sbfs 1103 kemahiran berfikir

Upload: dean03

Post on 02-Mar-2016

526 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SBFS 1103 KEMAHIRAN BERFIKIR & PENYELESAIAN MASALAH

Topik 1 : Penyelesaian Masalah

PengenalanPenyelesaian masalah merupakan matlamat utama dalam satu-satu proses pertolongan. Namum matlamat ke arah penyelesaian masalah bukanlah suatu yang mudah dicapai kerana ia melibatkan tahap-tahap dan penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu. Justeru, kertas ini akan menggariskan maksud masalah dan penyelesaian masalah serta membincangkan tahap-tahap yang perlu diambilkira dalam proses penyelesaian masalah semasa memberikan proses pertolongan.Maksud Masalah dan Penyelesaian MasalahPerkataan masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi atau pengalaman yang boleh memberi kesan kepada ketidakseimbangan seseorang individu dari aspek emosi, pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal (Compton, Gallaway & Cournoyer, 2005). Kehadiran masalah turut secara langsung boleh menolak atau memotivasikan seseorang individu untuk bergerak ke hadapan terutamanya dari aspek pemikiran dan tindakan yang boleh memberi jalan penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi. Dengan kata lain, kehadiran masalah selain memberi tekanan kepada individu, ia turut mendorong individu untuk mencuba sedaya-upaya menggunakan kekuatan peribadi ke arah mencari jalan penyelesaian masalah tersebut. Usaha-usaha individu untuk menyelesaikan atau menamatkan masalah yang sedang dihadapinya inilah yang boleh dirumuskan sebagai tindakan individu mengharungi proses-proses tertentu ke arah penyelesaian masalah.

Proses Penyelesaian MasalahAntara ahli teoris yang telah memperkenalkan pendekatan penyelesaian masalah adalah John Dewey (1910) dan Helen Harris Perlman (1957, 1970, 1986) (Skidmore, 2000). Kedua-dua teoris terkenal ini melihat penyelesaian masalah sebagai satu bentuk kaedah pertolongan yang melibatkan proses-proses tertentu (Hepworth & Larsen, 2002). Peringkat Penyelesaian Masalah4 peringkat:1. mengenal pasti dan mengetahui masalah yang dihadapi2. mencari kaedah penyelesaian masalah3. memilih kaedah penyelesaian masalah4. melaksanakan kaedah penyelesaian masalah yang dipilihkepentingan Penetapan Matlamat Dalam Penyelesaian Masalah1. Untuk memastikan tahap masalah yang dihadapi2. Mencari kaedah penyelesaian masalah yang terbaik3. Pastikan matlamat penyelesaian yang boleh/mampu dicapaiPanduan Am Penyelesaian Masalah1. Meneroka Masalah2. Menentukan matlamat penyelesaian masalah yang realistik dan boleh dicapai3. Menjana idea4. Memilih idea5. Mengimplementasi pelan rancangan6. Menilai/mengukur dan membuat susulan lanjut

Analisis Punca Penyebab Masalah (RCA)3 punca asas1. Sebab fizikal2. Sebab manusia3. Sebab organisasiProses RCA :1. mengetahui masalah2. memgumpulkan data3. mengidentifikasi kemungkinan faktor penyebab4. menidentifikasi punca utama5. rekomendasi dan implementasi kaedah penyelesaianHalangan / KekanganDorner & Wearing (1995) dan Fluke (1991)Halangan untuk menyelesaikan masalah:1. Ketidak jelasan masalah yang dihadapi2. Polytely3. Bersifat terlalu kompleks4. Bersifat dinamikMaksud penyelesaian ialah jawapan kepada penyelesaian masalah / pengurusan masalah sehingga mencapai matlamat yang dikehendaki ,Harris. R (1998)Pendekatan Stop It3 cara :1. mengelakkan dari masalah itu berlaku2. menghapuskan masalah3. mengurangkan masalahPendekatan Mop It3 cara :1. menguruskan masalah2. mengarahkan semula masalah3. toleransi masalahMerancang Penyelesaian1. mengenal pasti masalah2. mencari kaedah penyelesaian masalah3. memilih kaedah penyelesaian yang terbaik4. implementasi perancangan penyelesaian masalah