skema - blog cikgu jamaluddin | ilmu adalah kehidupan · web view- oleh sebab setiap ahli berada...

31
Cadangan skema. 1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pemiagaan kepada ekonomi negara. [3] Jawapan: Kepentingan pemiagaan kepada ekonomi: i.Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan [ fakta : ½ m ] - melalui kutipan cukai keuntungan yang dibayar oleh pemiagaan . [ huraian: ½ m ] [ fakta : ½ m + huraian ½ m = 1m ] ii.Meningkatkan kemudahan awam - kepada penduduk dengan pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan. iii. Menawarkan keluaran yang berkualiti dan harga yang berpatutan - melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. iv. Menyediakan peluang pekerjaan - kepada penduduk sekitar dengan menggunakan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti pemiagaan. v. Mewujudkan petempatan baru - bagi sesuatu kawasan geografi dengan adanya kumpulan firma seperti kawasan perindustrian baru. vi,Membangunkan industri pinggiran - seperti wujudnya tahap pemiagaan huluan dan hiliran. NOTA: Mana-mana 3 diatas sahaja. 1

Upload: vuongdieu

Post on 22-May-2018

252 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

Cadangan skema.

1 (a) Huraikan tiga kepentingan aktiviti pemiagaan kepada ekonomi negara. [3]

Jawapan:

Kepentingan pemiagaan kepada ekonomi:

i.Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan [ fakta : ½ m ]

- melalui kutipan cukai keuntungan yang dibayar oleh pemiagaan. [ huraian: ½ m ]

[ fakta : ½ m + huraian ½ m = 1m ]

ii.Meningkatkan kemudahan awam

- kepada penduduk dengan pembinaan infrastruktur pengangkutan dan perhubungan.

iii. Menawarkan keluaran yang berkualiti dan harga yang berpatutan

- melalui persaingan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

iv. Menyediakan peluang pekerjaan

- kepada penduduk sekitar dengan menggunakan sumber tenaga manusia untuk menjalankan aktiviti pemiagaan.

v. Mewujudkan petempatan baru

- bagi sesuatu kawasan geografi dengan adanya kumpulan firma seperti kawasan perindustrian baru.

vi,Membangunkan industri pinggiran

- seperti wujudnya tahap pemiagaan huluan dan hiliran.

NOTA:

Mana-mana 3 diatas sahaja.

1

Page 2: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(b) Senaraikan enam elemen persekitaran tugas organisasi. [ 3 ]

Jawapan:-

Elemen tugas persekitaran organisasi:

1. Pelanggan2. Pembekal3. Pembiaya dan pemodal4. Pesaing5. Kerajaan6. Pekerja

(c) Jelaskan empat faktor dorongan yang dimaksudkan oleh Herberg. [ 2 ]

Jawapan

Faktor dorongan tersebut ialah:

i.Tanggungjawab [ ½ m ]

ii.Pengiktirafan[ ½ m ]

iii.Kemajuan kerja[ ½ m ]

iv.Cabaran[ ½ m ]

v.Kreativiti[ ½ m ]

Nota

Mana-mana 4 pertama di atas

(d) Nyatakan alat kawalan yang sering digunakan dalam organisasi. [ 2 ]

Jawapan:

i. Analisis pulang modal. [ ½ m ]

ii.Belanjawan [ ½ m ]

iii.Carta Gantt [ ½ m ]

iv. analisis PERT/CPM [ ½ m ]

(e) Nyatakankan empat ciri perlakuan manusia mengikut 'teori Y' yang dianjurkan oleh Douglas McGregor. [3]

Jawapan:-

2

Page 3: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

Ciri perlakuan manusia mengikut "teori Y" yang dianjurkan oleh Douglas McGregor:

i.Rajin bekerja [ 1m ]

ii.Dapat membuat kerja tanpa arahan dan kawalan [ 1m ]

iiiBersikap proaktif, imiginatif, dan kreatif [ 1m ]

iv.Bersedia dan rela untuk menerima tanggungjawab [ 1m ]

(f) Huraikan maksud autoriti dan tanggungjawab dalam pengurusan. [ 2 ]

Jawapan:-

Autoriti

ialah hak dan kuasa [ ½ m ] yang dimiliki oleh seseorang pengurus untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan. [ ½ m ]

Maksimum 1 m

Tanggungjawab

ialah kewajipan untuk melaksanakan tugas [ ½ m ]kepada seseorang, yang telah diamanahkan oleh organisasi, [ ½ m ]

Maksimum 1 m

(g) Nyatakan empat perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukanpolisi kredit. [ 2 ]

Jawapan:

Empat perkara yang dipertimbangkan oleh pembiaya dalam menentukan polisi kredit:

i. Tempoh kredit diberi [ ½ m ]

ii. Tahap kredit pelanggan. [ ½ m ]

iii. Polisi kutipan. [ ½ m ]

iv. Diskaun/ rebet . [ ½ m ]

3

Page 4: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(h) Berikan empat contoh risiko yang boleh diinsuranskan [ 2 ]

Jawapan:

1.Kebakaran [ ½ m ]

2.Kemalangan [ ½ m ]

3.Kecurian [ ½ m ]

4.Perkapalan [ ½ m ]

5.Penerbangan [ ½ m ]

6.Gadaian [ ½ m ]

7.Risiko liabiliti / tanggungan awam [ ½ m ]

8.Pecah amanah / Jaminan amanah setia . [ ½ m ]

4 fakta yang pertama

( 4 x ½ m = 2m)

(i ) Bezakan keputusan rutin dengan keputusan tidak rutin dan berikan contoh [ 3 ]

Jawapan

Keputusan rutin [1m]

– dibuat berdasarkan kepada masalah yang biasa/kerap berlaku/berulang-ulang [1m ] dalam organisasi.

– Contoh: - menambah pengeluaran [ ½ m ]

- menyelaraskan kerja [ ½ m ]

- mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ]

Maksimum 1 ½ markah

Keputusan tidak rutin [1m]

- dibuat terhadap masalah yang tidak dijangka/jarang berlaku/sekali sekala/masalah baru [1m].

- Contoh:

- pelanggan mengubah spesifikasi produk [ ½ m] - mana-mana contoh yang sesuai [ ½ m ]

Maksimum 1 ½ markah

4

Page 5: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(j ) Jelaskan maksud kemahiran manusia , kemahiran teknik dan kemahiran masa . [ 3 ]

Jawapan

i.Kemahiran Manusia.

Kebolehan pengurus untuk:-

- memimpin pekerja. [ 1m ] /

- memberi arahan /tugas [ 1m ]

- memberi motivasi [ 1m ]

- menyelaraskan pekerja dan kerja [ 1m ] /

- memahami hubungan pekerja

- untuk berkomunikasi dengan pelbagai golongan masyarakat atau manusia. [ 1m ]/

- melalui, kemahiran ini, pengurus berupaya berkomunikasi, memotivasi, memimpin, dan mempengaruhi orang lain dengan baik.

ii.Kemahiran Teknik.

Kebolehan pengurus untuk:-

- mengoperasi mesin dan peralatan [ 1m ] /

- mengaplikasikan kaedah/prosedur untuk melaksanakan kerja/

- menggunakan teknologi dan kemahiran untuk kerja harian/

- kerja yang agak rutin/

- lazimnya, kemahiran ini diperoleh melalui latihan yang sesuai dan daripada pengalaman kerja. /

- kemahiran yang berkaitan rapat dengan aktiviti operasi syarikat.

iii. Kemahiran Masa.

Kebolehan pengurus untuk:-

- kemampuan pengurus menjadualkan kerja mengikut keutamaan kerja /

- kerja yang perlu dilaksanakan tidak terbengkalai/

- melakukan tugas yang disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan./

- Penggunaan masa dengan berkesan/

- Penjadualan tugas/ perancangan masa yang rapi/

5

Page 6: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

2. Syarikat TOBIAR Berhad adalah pengedar barangan pengguna yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh Malaysia. Syarikat ini telah beroperasi selama lima tahun tetapi peningkatan jualannya perlahan. Ini disebabkan oleh sasaran pasarannya yang kurang efektif. Pengurusan syarikat berpendapat bahawa ia perlu memahami kaedah pemetakan pasaran yang betul agar pertumbuhan jualan dapat dipertingkatkan lagi.

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan pasaran? [ 2 ]Jawapan:-

Pasaran

- merupakan tempat/satu keadaan dua pihak, iaitu pembeli dan penjual membuat pertukaran terhadap barangan [ 1 m ] dengan harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. [ 1 m ]

Maksimum 2 m

(ii) Huraikan maksud pemetakan pasaran. [ 2 ]

Jawapan:-

Pemetakan pasaran

- merupakan satu proses membahagikan pasaran [ ½ m] pelanggan yang luas kepada

beberapa kumpulan pengguna [ ½ m ] yang mempunyai ciri-ciri,keperluan, dan tingkah laku yang berlainan [ ½ m] yang memerlukan pemasar menjalankan aktiviti pemasaran yang berbeza. [ ½ m ]

Maksimum 2 m

6

Page 7: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(b) Huraikan ciri-ciri yang boleh digunakan oleh Syarikat tersebut untuk memetakkan pasaran barangan pengguna ke seluruh negara. [13 ] Jawapan:Fakta = 1, maksud = 1, 1 huraian & 1 contoh atau 2 huraian = 2mAsas-asas pemetakan

[1m]

maksud[ 1m ]

Huraian [ 1 m]

Contoh [ ½ m ]

Geografi - meliputi aspek lokasi dan tempat.

-Kawasan-Negeri-Negara-Daerah-Dan lain-lain[ mana-mana 1 di atas ]

-Siaran Radio Televisyen Malaysia yang memancarkan programnya mengikut daerah tempatan seperti Radio Kedah, Radio P.Pinang. dan lain-lain.- penduduk yang tinggal di Nepal cenderung menggunakan kenderaan pacuan empat roda berbanding dengan mereka di Belanda yang bertopografi rata.

Demografi - berdasarkan aspek ciri-ciri penduduk.

- Umur- Jantina- Bangsa/ kaum- Saiz keluarga- Pendidikan- Dan lain-lain

- Kosmetik dipasarkan mengikut jantina, iaitu terdapat kosmestik bagi kaum lelaki dan kosmestik bagi kaum wanita- jenama Kiko mengeluarkan pakaian bayi dan kanak-kanak; John Master mengeluarkan pakaian lelaki; manakala jenama Soda mengeluarkan pakaian untuk wanita dalam lingkungan umur belasan tahun sehingga 35 tahun

Psikografi Ciri-ciri pengguna - Kelas sosial- Personaliti- Gaya hidup- minat

- Minyak wangi Estee Lauder yang mempunyai haruman yang lembut adalah ditujukan untuk wanita berpersonaliti- orang yang berkelas sosial tinggi cenderung menjadi ahli kelab golf dan membeli barangan berjenama, manakala untuk mereka di kelas sosial rendah, mereka bersenam di padang dan tidak mengutamakan jenama semasa membeli-belah.

Gelagat Ciri-ciri penggunaan/Tindakbalas terhadap sesuatu Produk

-Kekerapanpenggunaan- Volum penggunaan-Guna atau tak guna

- Kesetiaan kepada sesuatu jenama, yakin dan terus guna

Faedah Kebaikan dan kepuasan

-menyempurnakn kehendak- menyelesaikanMasalah

- Ubat gigi yang dapatmemutihkan gigi akan dibeli oleh pengguna yang inginkan faedah tersebut- pemasar akan mengeluarkan pelbagai jenis syampu yang cuba menyelesaikan masalah rambut dan menawarkan faedah tertentu kepada penggunanya.

7

Page 8: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(c) Selain daripada pemetakan pasaran, pengurusan Syarikat TOBIAR Berhad perlu juga memahami campuran pemasaran. Huraikan setiap elemen dalam campuran pemasaran. [ 8 ]

Jawapan:

(c) Elemen dalam campuran pemasaran:

i. Keluaran/produk [ 1m ]

- Keluaran ialah sesuatu yang ditawarkan oleh pemasar kepada pengguna sasaran bagi memenuhl keperluan dan kehendak seseorang itu. [ 1m ] /

- Keluaran merangkumi aspek-aspek ketara seperti warna, saiz bahan, dan bentuk [ 1m ] /

- Aspek tidak ketara pula meliputi jaminan keluaran, waranti, kemudahan kredit dan khidmat selepas jualan. [ 1m ]

Maksimum 2 m

ii. Penentuan harga[ 1m ]

- Harga merupakan satu nilai yang perlu dibayar oleh pengguna bagi memperoleh faedah sesuatu keluaran yang dihasilkan oleh peniaga. [ 1m ] /

- Terdapat dua bentuk keluaran, iaitu barang-barang dan perkhidmatan [ 1m ]/

- Penentuan harga dipengaruhi oleh faktor dalaman seperti objektif syarikat kos dan strategi campuran pemasaran, serta faktor luaran seperti pasaran, pennintaan pesaing, dan sebagainya. [ 1m ]

Maksimum 2 m

iii.Promosi [ 1m ]

- Promosi merupakan satu proses komunikasi yang dijalankan oleh pemasar untuk membentahu, menggalakkan, dan menyakinkan pembeli supaya mencuba dan membeli keluaran yang ada dalam pasaran. [ 1m ]

- Campuran promosi terdiri daripada elemen seperti pengiklanan, jualan persendirian promosi jualan, dan publisiti. [1m ]

Maksimum 2 m

iv.Pengedaran[ 1m ]

- Pengedaran ialali satu proses pemindahan keluaran daripada pusat pengeluaran kepada pengguna sasaran di tempat dan masa yang sesuai dengan kehendak pengguna. [ 1m ] /

- Pengedaran memerlukan saluran agihan untuk menggerakkan keluaran daripada pengeluar kepada pengguna. [ 1m ]

Maksimum 2 m

8

Page 9: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

3 (a) Proses pemiagaan membuat keropok ikan melibatkan tiga peringkat, iaitu

(i)membangunkan keluaran,

(ii)menguruskan permintaan, dan

(iii)memenuhi pesanan.

Dengan menggunakan contoh perniagaan di atas, terangkan setiap peringkat tersebut. [ 9 ]

Jawapan:

(i) Membangunkan keluaran

- Membangunkan keluaran merupakan tindakan untuk mengenal pasti jenis-jenis keluaran

yang hendak dikeluarkan oleh pengeluar supaya dapat memberi kepuasan kepada pengguna.

[ huraian = 1m ]

- Pengeluar boleh membuat inovasi ke atas keluaran sedia ada supaya mutu dan fungsi

keluaran dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa. [ huraian =1m ]

- Selain itu, pengeluar yang kreatif boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan

untuk menghasilkan satu keluaran baru supaya dapat memenuhi kekosongan keperluan

pengguna. [ huraian = 1m ]

Mana-mana 2 di atas sahaja- Sebagai contohnya. Proton mengeluarkan kereta Proton Gen-2 setelah mengkaji keperluan

pengguna terhadap versi kereta tersebut. [ contoh = 1m ]

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]ii. Menguruskan permintaan

- Mengurus permintaan ialah satu aktiviti yang dilakukan oleh pemiagaan untuk menarik

minat bakal pembeli untuk mencuba dan membeli sesuatu keluaran

- Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah m.mbuat promosi, pengiklanan jualan dan

pembungkusan yang menarik.

Mana-mana 2 di atas sahaja- Sebagai contohnya, pemasar membuat pelancaran jualan secara besar-besaran dan

menenma pesanan terlebih dahulu. Pengguna yang memesan mengikut giliran yang ditetapkan

akan menerima pengurangan harga keluaran yang dibeli

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]

9

Page 10: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

iii. Memenuhi pesanan

- Memenuhi pesanan adalah peringkat pemasar memastikan pembeli mendapat barangan

sebagaimana yang telah dijanjikan oleh jurujual pada masa dan lokasi yang ditentukan.

- Bagi memastikan pesanan dipenuhi secara lancar. aktiviti pemiagaan, iaitu menyimpan,

mcmasang, dan menyediakan aktiviti perkhidmatan selepas jualan perlu dijalankan.

- Dengan itu, peringkat ini melibatkan aktiviti pergudangan, agihan, dan khidmat selepas

jualan yang dijalankan oleh penmcit.

Mana-mana 2 di atas sahaja- Sebagai contohnya, keluaran yang dijanjikan tidak memberi mutu yang ditetapkan ikan

digantikan dengan barangan barn sebagai jaminan kepada pengguna yang membeli barangan

tersebut.

[ 2 huraian + 1 contoh = 3 m ]

3 (b) Huraikan perkaitan antara peranan sektor swasta, sektor awam, dan badan-badan berkanun dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara. [ 7 ]

Jawapan:-

Perkaitan antara peranan sektor swasta, sektor awam, dan badan-badan berkanun dalam

pembangunan dan perkembangan ekonomi negara;

(i) Peranan sektor swasta:

- Merupakan organisasi yang akan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi

memenuhi kehendak pengguna untuk memenuhi keperluan seharian. [ 1m ]

- Dalam menjalankan aktiviti pemiagaan, sektor swasta memerlukan sumber tenaga

manusia untuk memenuhi jawatan dalam organisasinya. Maka sektor swasta menawarkan

peluang pekerjaan kepada negara.

- Keuntungan yang diperoleh oleh pemiagaan akan dikenakan cukai keuntungan.

- Cukai ini adalah sumber pendapatan utama negara bagi menjalankan aktiviti

pembangunan ekonomi negara.

Maksimum 2 m

10

Page 11: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(ii) Peranan sektor awam:

- Kerajaan bertanggungjawab menyediakan kemudahan awam kepada masyarakat. Barang

awam ini tidak akan dikeluarkan oleh sektor swasta kerana sektor swasta bermotifkan keuntungan.

- Sebagai pihak berkuasa, kerajaan menjadi penyokong kepada sektor swasta untuk

mengeluarkan barangan melalui pengurangan cukai dan galakan yang lain.

- Kerajaan bertanggungjawab mengeluarkan lesen dan permit kepada pemiagaan supaya

pemiagaan dijalankan secara sah dan tidak bercanggah dengan kepentingan ekonomi negara.

Maksimum 2 m

(iii) Peranan badan-badan berkanun:

- Badan berkanun melalui agensinya mewakili kerajaan melakukan kerja-kerja kawal selia

bagi sebarang aktiviti sektor swasta, supaya mereka mematuhi undang-undang dan peraturan

yang ditetapkan.

- Peranan yang dimainkan oleh badan berkanun membolehkan kewibawaan sektor swasta

dapat dipelihara sebagai satu organisasi yang diperlukan oleh masyarakat dalam keperluan

ekonomi. Sebagai contohnya, peniaga tidak sewenang- wenangnya menaikkan harga barang.

- Badan berkanun dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kursus dan latihan kepada

pekerja bagi melahirkan tenaga pekerja yang terlatih. Tenaga pekerja yang terlatih dapat

mengeluarkan keluaran berkualiti dan meningkatkan daya pengeluaran.

Maksimum 3 m

3 (c) Terangkan empat persekitaran umum dan bincangkan bagaimana setiap persekitaran tersebut mempengaruhi prestasi pemiagaan. [12]

Jawapan:

Empat persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi pemiagaan:

i. Ekonomi [ Fakta : ½ m ]

- Persekitaran ekonomi merujuk kepada situasi ekonomi di dalam dan di luar negara.

[ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Keadaan ekonomi yang melambung dan meleset akan membawa kesan kepada dunia perniagaan. [ 1m ]

- Peranan bank pusat menentukan polisi tentang penawaran wang boleh mempengaruhi perkembangan perniagaan. [ 1m ]

11

Page 12: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

- Penawaran wang bertambah menyebabkan permintaan akan meningkat dan pemiagaan turut berkembang.[ 1m ]

- Kitaran ekonomi mewujudkan kitaran pemiagaan seperti kitaran pertumbuhan, kemerosotan, kemelesetan, dan kemewahan. [ 1m ]

[ Fakta : ½ m + Maksud : ½ m + 2 perbincangan = 3 m ]

ii. Teknologi [ Fakta : ½ m ]

- Teknologi merupakan cara baru dalam melakukan sesuatu kerja. [ Maksud : ½ m ]/

- Teknologi sering dikaitkan dengan ciptaan kaedah baru melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D). [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Peningkatan teknologi membantu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa pengeluaran, dan membantu mengurangkan kos perniagaan. [ 1m ]

- Pemiagaan harus peka terhadap perubahan teknologi yang berlaku dan menggunakan teknologi yang dapat membantu meningkatkan prestasi pemiagaan mereka.[ 1m ]

- Penggunaan teknologi yang canggih dapat meningkatkan kemampuan bersaing sesebuah perniagaan melalui kelebihan-kelebihan yang diperoleh. [ 1m ]

iii. Fizikal [ Fakta : ½ m ]

- Fizikal merujuk kepada kekayaan sumber semulajadi sesebuah negara, terutamanya bahan mentah. . [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Kekayaan sesebuah negara dapat digunakan untuk membangunkan aktiviti pemiagaan.

- Sebagai contohnya, Malaysia mempunyai sumber yang banyak seperti petroleum, getah, dan kelapa sawit.

- Sumber-sumber ini bukan hanya dapat dieksport dan menyalurkan pendapatan dari luar negara, malah juga membantu melahirkan lebih banyak industri sekunder dan mengeluarkan barang-barang pengganti import.

- Sumber fizikal yang banyak juga membolehkan kerajaan menjadikannya sebagai daya tarikan untuk mempelawa pelabur asing melabur di dalam negara.

12

Page 13: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

iv. Persaingan dan jaringan [ Fakta : ½ m ]

- Persekitaran persaingan dan jaringan boleh wujud dalam sesuatu industri apabila sesebuah pemiagaan menjalankan pemiagaan. . [ Maksud : ½ m ]

Perbincangan : [ mana-mana 2 huraian di bawah 2 m ]

- Persaingan yang berlaku dalam sesebuah pemiagaan termasuklah persaingan pasaran, pesaing, persaingan harga, dan persaingan antarabangsa.

- Sebagai contohnya, persaingan pasaran terbahagi kepada persaingan sempuma, monopoli, oligopoli, dan monopolistik.

- Dalam pasaran persaingan sempuma, firma pemiagaan tidak bebas meletakkan harga tetapi menerima harga yang ditentukan oleh pasaran.

- Jaringan pemiagaan yang baik seperti pemasaran yang luas akan memberi kelebihan kepada firma berbanding dengan pesaing lain dalam industri.

v. Politik dan perundangan

- berkaitan dengan politik dan polisi awam,dasar,peraturan dan kawalan kerajaan,sokongan atau galakan kerajaan

- pusat hiburan,kedai minuman dan sebaginya

- kestabilan politik ( keamanan,peraturan ) akan mewujudkan suasanan yang baik untuk perniagaan berkembang maju

- jika berlaku huru-hara,prestasi perniagaan terjejas

vi. Sosialbudaya

- perubahan aktiviti sosial umpamanya seperti pakaian permakanan,hiburan akan menyebabkan perniagaan perlu mengubah atau menyesuaikan barang dan perkhidmatan mengikut kehendak masyarakat.

- ini akan meningkatkan prestasi perniagaan

- contoh keperluan orang melayu berbeza dengan orang cina.

13

Page 14: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

4 (a)Bezakan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi serta berikan contoh yang sesuai [ 4 ]

Perbezaan antara konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi:

Aspek Pemusatan Autoriti Pemencaran AutoritiKawalan Dikawal oleh segolongan kecil

peringkat atasan. [ ½ m ] Diturunkan kepada peringkat pengurusan bawahan dan bilangan autoritinya lebih ramai. [ ½ m ]

Penugasan - Pembuatan keputusan terbatas.- - Kurang penyertaan dalam proses membuat keputusan. [ ½ m ]

- Banyak penugasan yang berlaku.- Penyertaan pihak bawahan dalam proses membuat keputusan adalah besar. [ ½ m ]

Hasil keputusan yang diperoleh

Lebih seragam kerana hanya beberapa pihak yang membuat keputusan. [ ½ m ]

Pelbagai kerana melibatkan banyak pihak yang membuat keputusan. [ ½ m ]

Contoh Pengurus kewangan membuat keputusan sendiri tentang sumber dan penggunaan dana. [ ½ m ]

Dalam jabatan sumber manusia, terdapat banyak pihak yang membuat keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing.[½ m ]

(b)Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemusatan autoriti dan pemencaran autoriti. [ 5 ]

Jawapan:

Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pemusatan dan pemencaran autoriti:

i. Beban tugas pengurus-pengurus. Sekiranya beban pengurus adalah banyak,

pemencaran kuasa boleh dilakukan. [ 1m ]

ii.Kepentingan keputusan. Pembuatan keputusan-keputusan yang sangat penting perlu dilakukan melalui pemusatan kuasa. [ 1m ]

iii. Kepantasan keputusan. Keputusan boleh dibuat dengan cepat sekiranya pemencaran kuasa dilakukan. [ 1m ]

iv. Faktor kerahsiaan. Perkara-perkara yang rahsia dan sulit mestilah dipusatkan kepada seseorang. [ 1m ]

v. Kemampuan dan kebolehan pekerja-pekerja. Sekiranya pekerja-pekerja dianggap berkemahiran tentang kerja yang dilakukan, kuasa boleh diagihkan kepada mereka. [ 1m ]

14

Page 15: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

(c)Jelaskan : [16]

(i)Empat kelebihan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.

1. Pemusatan kuasa membolehkan pengurusan atasan bertindak sebagai satu pasukan kerana semua perlu mengikut arahannya, dan persaingan antara staf jabatan dengan jabatan lain tidak wujud [ 1m ]

2. Oleh sebab segala persetujuan perlu diperoleh daripada seseorang, maka beliau akan sedar tentang segala aktiviti yang sedang berlaku dalam organisasi. [ 1m ]

3.Dengan pemusatan kuasa, pengurusan atasan dapat meminta semua staf lain bekerjasama sesama mereka. Ini memudahkan pembuat keputusan mengkordinasi sesuatu perkara yang perlu dilaksanakan. [ 1m ]

4. Pemusatan kuasa juga memudahkan pembuat keputusan melakukan kawalan, kerana semua staf perlu melakukan tugas mengikut arahan yang diberikannya. Jadi, pembuat keputusan mengetahui kerja-kerja yang perlu dilaksanakan dan standard yang perlu dicapai. [ 1m ]

Maksimum 8 markah

(ii)Empat kelemahan pemusatan autoriti dalam proses membuat keputusan.

1.Pembuatan keputusan mungkinmenghadapi beban yang terlalu banyak, kerana terdapat pelbagai jeniskeputusan yang perlu dibuat pada setiap hari dalam pemiagaan. [ 1m ]

2.Proses membuat keputusan akan menjadi perlahan kerana ia tertumpu kepada seorang sahaja. Ini akan menyebabkan operasi harian menjadi tidak lancar kerana perlu bergantung pada keputusan yang dibuat lambat. [ 1m ]

3. Motivasi pekerja akan merosot kerana mereka tidak dibenarkan terlibat dalam pembuatan keputusan dan hanya perlu menerima arahan daripada orang lain. Para pekerja mungkin merasa kurang bebas kerana perlu bergantung pada seorang sahaja[ 1m ]

4. Kaedah membuat keputusan ini akan menyebabkan para pekerja tidak terlatih dalam proses membuat keputusan. Ini akan membawa masalah apabila mereka perlu menjawat jawatan yang lebih tinggi, kerana mereka akan bergantung pada orang lain[ 1m ]

Maksimum 8 markah

5 (a) Bandingkan pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal. [10]

15

Page 16: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

Jawapan:

Perbandingan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal:

Aspek Pemimpin Formal Pemimpin Tidak FormalPerlantikan Melalui saluran organisasi

mengikut prosedur dan syarat-syarat tertentu.[ ½ m ]

Melalui persetujuan bersama ahli-ahli yang terlibat. .[ ½ m ]

Jawatan Jawatan diiktiraf dan melalui prosedur perlantikan.[ ½ m ]

Jawatan tidak diiktiraf dan tidak rasmi dalam organisasi. .[ ½ m ]

Tanggungjawab Akauntabiliti kepada mencapai matlamat organisasi. .[ ½ m ]

Bertanggungjawab kepada kumpulan berdasarkan matlamat kumpulan. .[ ½ m ]

Autoriti Autoriti melalui jawatan rasmi yang disandang. .[ ½ m ]

Autoriti melalui pengaruh sendiri dan kebolehan yang ada. .[ ½ m ]

Bidang kuasa Mengikut perundangan dan peraturan organisasi. .[ ½ m ]

Kuasa yang diberi oleh kumpulan tertentu dan terikat kepada perundangan dan peraturan organisasi. .[ ½ m ]

(b) Terangkan lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit berbanding dengan organisasi jangkauan kawalan luas. [10]

Jawapan:

Lima konsep pengorganisasian yang wujud dalam organisasi jangkauan kawalan sempit berbanding dengan organisasi jangkauan kawalan luas:

i. Rantaian arahan [ fakta : ½ m ]

- Rantaian arahan menunjukkan hubungan langsung antara ketua dengan pekerja

[ maksud ½ ] ./

- Rantaian arahan dapat menunjukkan sistem pelaporan dalam sesebuah organisasi [ ½ m ]

Perbandingan [ 1m ]

- Bagi jangkauan kawalan sempit, arahan lambat tiba kepada pekerja. sementara dalam jangkauan kawalan luas arahan, arahan cepat sampai ke peringkat bawah. [ 1m ]

[ fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

ii. Pemusatan dan pemencaran autoriti[ fakta : ½ m ]

16

Page 17: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

- Pemusatan kuasa bermaksud segala hak membuat keputusan ditumpukan kepada seorang sahaja dalam organisasi dan biasanya kuasa ini dipegang oleh individu yang berjawatan tinggi dalam pemiagaan. Manakala Pemencaran kuasa pula bermaksud hak membuat keputusan diagihkan kepada semua individu di sepanjang struktur organisasi tetapi kuasa tertinggi masih dipegang oleh pengurusan atasan. [ maksud ½ ]

Perbandingan [ 1m ]

- Organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan sempit mempunyai autoriti yang lebih memusat.Manakala organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan luas mempunyai autoriti yang kurang memusat.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

iii. Penugasan autoriti

- Penugasan autoriti juga dikenali sebagai pengagihan tanggungjawab oleh seseorang ketua kepada pekerja bawahannya.

- Setiap pengurus atau ketua harus melakukan penugasan autoriti kerana mereka tidak akan dapat memikul dan melaksanakan tanggungjawab yang terlalu banyak.

- Jangkauan kawalan sempit melibatkan penugasan autoriti yang banyak berbanding dengan jangkauan kawalan luas yang kurang penugasan autoriti.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

iv.Autoriti

- Autoriti merujuk kepada hak seseorang individu dalam membuat keputusan dan mengarah individu-individu lain dalam organisasi.

- Apabila seseorang itu diberi autoriti, beliau juga perlu diberi kuasa supaya arahan yang diberikan dapat dilaksanakan secara berkesan.

- Dalam organisasi yang menggunakan jangkauan kawalan sempit, kebanyakan autoriti terletak pada pengurusan pertengahan berbanding dengan jangkauan kawalan luas autoriti yang tertumpu kepada pihak pengurusan atasan.

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

v. Akauntabiliti

- Konsep ini berkaitan dengan individu yang bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas dan akan menerima kesan daripada pelaksanaan tanggungjawab tersebut.

- Sebagai contohnya, apabila hasil jualan syarikat rendah, individu yang dianggap menanggung akauntabiliti adalah pengurus jualan.

17

Page 18: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

- Jangkauan kawalan luas mempamerkan pengurusan atasan akan menerima akauntabiliti sepenuhnya, sementara jangkauan kawalan sempit menunjukkan banyak pihak yang menerima akauntabiliti dalam membuat keputusan

[ Fakta : ½ m + maksud ½ m + perbandingan 1 m = 2 m ]

(c) Bincangkan kesan kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi. [10]

Jawapan:

Kesan positif kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi:

- Mewujudkan kerjasama antara ahli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam organisasi.

[ 1m ]

- Pasukan yang dibentuk dapat mengurangkan persaingan individu kerana setiap ahli mempunyai sumbangan yang penting. [ 1m ]

- Ahli-ahli dalam satu pasukan boleh memberi sebarang idea dan pandangan dengan bebas untuk meningkatkan kemajuan.

- Semua ahli yang terlibat akan mewujudkan satu bentuk kumpulan yang membolehkan penggemblingan tenaga dilakukan bagi menghasilkan satu hasil kerja yang bermutu.

- Membentuk pemimpin yang berkesan daripada mengetuai sesuatu pasukan serta mendapat pengalaman yang berguna dalam kepimpinan.

Maksimum 5 markah

Kesan negatif kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi:

- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan ahli. Hal ini menjejaskan kelancaran aktiviti yang dijalankan.

[1m ]

- Kewujudan pasukan akan menyukarkan pencapaian matlamat jika penyelarasan yang dibuat tidak begitu baik dan boleh menimbulkan kekaburan tugas dan peranan. [ 1m]

- Penglibatan yang tertumpu kepada pasukan akan menyebabkan wujudnya kecederungan berpuak di kalangan kumpulan atau pasukan lain dalam organisasi.

- Oleh sebab setiap ahli dalam kumpulan seling bergantung antara satu sama lain dalam mencapai matlamat, maka ini menyukarkan mereka untuk mengenal pasti individu yang perlu bertanggungjawab ke atas sesuatu tindakan.

- Proses membuat keputusan memerlukan masa yang lama kerana keputusan yang dibuat perlu mendapat idea daripada ahli kumpulan dan mengumpulkan idea tersebut.

Maksimum 5 markah

18

Page 19: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

6. (a)Jelaskan maksud belanjawan tunai dan tiga kegunaannya kepada sesebuah organisasi perniagaan. [7]

Jawapan.

Belanjawan tunai

- adalah suatu perancangan kewangan yang menganggarkan penerimaan tunai dan pembayaran tunai bagi beberapa tempoh yang ditetapkan. [1m]

Kegunaan belanjawan tunai

i. Peniaga dapat mengukur keupayaan untuk berniaga [ Fakta : 1 m ] sekiranya penerimaan tunai melebihi jumlah pembayaran tunai maka wujud aliran tunai

yang positif;dengan ini operasi perniagaan adalah berdaya maju [ huraian: 1m ]

[ Fakta: 1m+ Huraian: 1m = 2m]

ii. Penerimaan wang tunai perniagaan dapat dianggarkan Penerimaan tunai hasil daripada operasi biasa perniagaan dapat di ramalkan bergantung

kepada ramalan jualan, syarat pemberian kredit dan corak pembayaran oleh pelanggan atau penghutang.

iii. Peniaga dapat merancang pelaburan secara teratu r sekiranya terdapat lebihan wang tunai apabila aliran tunai adalah positif; pengurus merancang strategi untuk pelaburan di atas

lebihan tunai seperti membesarkan perniagaan, membeli bangunan baru, membeli peralatan baru untuk meningkatkan produktiviti dan sebagainya.

iv. Sebagai panduan untuk perbelanjaan sebenar sekiranya berlaku aliran tunai yang positif syarikat dapat membuat perbelanjaan ke atas

lebihan tunai secara efisien dan mengelak berlakunya pembaziran.

[Mana-mana 3 di atas, Fakta: 1m + Huraian: 1m = 2m x 3 = 6 m]

Syarikat AURA Sdn. Bhd. menjalankan aktiviti perniagaan cosmetik dan herba di peringkat

antarabangsa. Pendapatan syarikat pada setiap tahun sentiasa meningkat dari semasa ke

semasa ekoran pemasaran agresif yang dilakukan oleh bahagian pemasaran syarikat

19

Page 20: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

tersebut.

Anggaran jualan syarikat tersebut untuk bulan Januari hingga Mei 2010 adalah seperti

berikut:

Bulan RMJanuari 60 000Februari 100 000

Mac 115 000April 220 000May 250 000

(i)Daripada jadual di atas, 40% ialah jualan tunai, 60% dipungut sebulan selepas jualan.

(ii)Kos Belian ialah 50% daripada harga jualan, dan kebiasaan pembelian bahan-bahan

mentah dibuat sebulan sebelum jualan. Pembayaran belian adalah secara tunai

(iii)Perbelanjaan yang dibayar pada setiap akhir bulan ialah:

Perbelanjaan RMSewa 3000

Promosi 6000Gaji dan Upah 7000

(b)Berdasarkan maklumat di atas, sediakan belanjawan tunai Syarikat AURA Sdn. Bhd. untuk bulan Januari hingga April 2010 [10]

Syarikat ABC Sdn.Bhd

Belanjawan tunai untuk bulan Januari hingga Aprili 2010

Perkara Januari Februari Mac April

20

Page 21: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

Baki Awal (42000) (39500) (59500)Penerimaan:

Jualan tunai 40%

Jualan kredit 1 bulan 60%

24,000

-

(½) 40,000

36,000

(½)

(½)

46,000

60,000

(½)

(½)

88,000

69,000

(½)

(½)

Jumlah penerimaan 24,000 76,000 106,000 157,000Pembayaran:

Belian Tunai

Sewa

Promosi

Gaji dan upah

50,000

3000

6000

7000

(½)

(½)

(½) (½)

57,500

3000

6000

7000

(½) 110,000

3000

6000

7000

(½) 125,000

3000

6000

7000

(½)

Jumlah pembayaran 66,000 73,500 126,000 141,000

Lebihan dan kekurangan (42,000) (½) 2500 (½) (20,000) (½) 16,000 (½)

Aliran Tunai Bersih(39,500) (½) (59 500) (½) (43 500) (½)

MAKSIMUM = 10M

(c)Huraikan dua objektif kewangan yang ada dalam perniagaan. [ 8 ]

i. Memaksimumkan keuntungan syarikat [ Fakta : 1m ] melihat berapa banyak keuntungan diperolehi [ huraian : 1m ] membandingkan kadar peningkatan dari tahun sebelumnya [ huraian : 1m ] fokus kepada tujuan untuk mendapatkan keuntungan [ huraian : 1m ]

ii. Memaksimumkan kekayaan pemegang saham meningkatkan perolehan per syer sebagai pulangan kepada pemegang saham iaitu tuan punya firma menggalakkan pemegang syer untuk terus melabur dalam syarikat

[Fakta: 1m, setiap Huraian : 1m x 3 huraian, 4 x 2 = 8 m]

7 (a)Bebanan kerja yang bersesuaian adalah penting untuk memastikan setiap pekerja dapat melaksanakan tugas dengan tepat dan berkesan. Bincangkan. [ 9 ]

Jawapan:-

Bebanan kerja yang bersesuaian dapat laksana tugas dengan berkesan

Maksud “bersesuaian” dari segi

21

Page 22: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

kuantiti/beban tugas tahap kesukaran tempoh masa kepelbagaian tugas

Perbincangan isi.

i. Kuantiti – tidak boleh terlalu banyak ( ½ m) dan terlalu sedikit ( ½ m)

Perbincangan:

Terlalu banyak – Kesannya stres produktiviti merosot (1m)

Terlalu sedikit - Kesannya bosan produktiviti rendah (1m)

ii. Tahap Kesukaran – tahap bersesuaian dengan kebolehan, kemahiran, pengalaman, keupayaan (1m)

Perbincangan:

Terlalu sukar – Kesannya tak dapat melaksana dengan baik dan mencapai objektif. (1m)

Terlalu Mudah – kesannya tugas tidak mencabar, tidak bersemangat, tidak bersungguh-sungguh.(1m)

iii. Tempoh masa – Tempoh terlalu lama atau terlalu singkat.(1m)

Perbincangan:

Segera – tergesa-gesa kesannya kualiti terjejas.(1m)

Terlalu lama – kesannya tugasan terabai, terlupa arahan.(1m)

iv. Kepelbagaian tugas – terlalu banyak tugasan (pelbagai) atau terlalu sedikit (1m).

Perbincangan:

Pelbagai – kesannya diluar bidang kemahiran dan kepakaran, tak dapat membentuk kepakaran khusus (1m).

Khusus – kesannya menjadi rutin dan membosankan (1m).

[Mana-mana 3 isi]

1 isi = 1m: 3 x 1m = 3m]

[3 x 3m = 9 markah]

(b)Terangkan empat tanda ketegangan yang dihadapi oleh seseorang pekerja. [ 8 ]

Jawapan:

Empat tanda ketegangan seseorang pekerja

i. Penurunan tahap kesihatan [ fakta :1 m ]

perubahan fisiologi [ huraian: 1 m ] /

22

Page 23: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

- keletihan berpanjangan dan berlebihan [ 1m ] /

kurang bertenaga [ 1m ]/

berpenyakit

Maksimum 2 markah

ii. Perubahan sikap/psikologi/emosi [ fakta :1 m ]

murung[ huraian: 1 m ] /

mengelak diri[ huraian: 1 m ] /

panas baran/keganasan[ huraian: 1 m ]

Maksimum 2 markah

iii. Perubahan tingkah laku [ fakta :1 m ]

peningkatan keganasan/

banyak makan / alkohol / merokok/

pengambilan dadah/

Maksimum 2 markah

iv. Penurunan prestasi [ fakta :1 m ]

penurunan produktiviti/

peningkatan ketidakhadiran/

peningkatan kadar lantik henti

Maksimum 2 markah

(c)Jelaskan empat faktor luaran organisasi yang boleh menyebabkan “stress” kepada pekerja.

[ 8 ]

Jawapan:

Empat faktor luaran organisasi sebagai penyebab ketegangan

1. Ekonomi [ 1 m ]

23

Page 24: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

– ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi, kenaikan kos sara hidup, kemelesetan ekonomi

[ 1m ]

2. Politik

– ketidakstabilan kepemimpinan, perubahan dasar kerajaan, ancaman dan huru-hara

3. Perubahan teknologi

– desakan ke atas kemahiran, penggunaan teknologi

4. Keluarga dan saudara-mara

– desakan keluarga, kematian, kemalangan

5. Sosio-budaya

– pergaulan bebas, kelakuan ganas remaja, kehadiran buruh asing

Nota

Empat pertama

[ Fakta : 1m + huraian : 1m = 2m x 4 = 8m ]

8, (a)Pengurus Besar sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit di Mahang, mendapati bahawa hasil kilangnya telah merosot. Dengan menggunakan gambar rajah tulang ikan, terangkan proses mengenalpasti masalah yang dilakukan oleh Pengurus Besar kilang tersebut.

[ 5 ]

Jawapan:-(a) Lakaran rajah yang tepat Harus dapat kaitkan dengan situasi yang diberikan

Metod Mesin

24

Masalah

output

Lama Rosak

Page 25: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

Bahan Mentah Modal Buruh

[Gambarajah lengkap = 5m][Tidak lengkap = 2 ½ m]

[Gambarajah salah (cth: tulang songsang, tiada kepala) = tiada markah]

[Jawapan perlu mengikut urutan][Jawapan tanpa gambarajah = tiada markah keseluruhan]

1. Situasi – hasil kilang merosot [1m]

2. Punca besar – Modal, Mesin, Bahan mentah, Manusia, Metod (teknologi) [2½m]

3.Punca kecil [ H = 4m] Mesin (uzur, rosak, haus)

Modal (tak cukup pelaburan)

Bahan mentah (buah muda, yield perahan rendah)

Metod (teknologi lapuk)

Manusia (pekerja kurang mahir, kurang pekerja)

4. Punca sebenar mana-mana punca kecil yang berkaitan yang dikenalpasti sebagai

punca sebenar (masalah yang perlu diselesaikan) [2 ½m)

(b) Huraikan lima ciri individu yang berkesan seperti yang dicadangkan oleh Stephen R. Covey.

[10 ]

Jawapan:-

Ciri-ciri individu yang berkesan

1. Bersikap proaktif [Fakta : 1m ]

– menjangkakan sesuatu perubahan (berfikiran jauh), bersedia, berinisiatif [ Huraian = 1m]

[ F= 1m + H= 1m = 2 m ]

25

Kurang disiplin

Page 26: skema - Blog Cikgu Jamaluddin | Ilmu adalah kehidupan · Web view- Oleh sebab setiap ahli berada dalam satu pasukan, maka ini boleh menyebabkan berlakunya konflik personaliti di kalangan

2. Mulakan dengan mengingati matlamat

– Mempunyai tujuan dan halatuju, mengurus masa, membuat senarai semak, Fokus kepada hasil

3. Lakukan perkara yang utama dahulu

– memberi keutamaan kepada yang penting.

4. Berfikiran ‘menang-menang’

– membuat keputusan yang positif (tidak menjejaskan pihak lain), semua pihak mendapat faedah, faedah bersama.

5. Memahami sebelum difahami

- Cuba untuk memahami dahulu, kemudian cuba untuk difahami, merasai perasaan dan masalah orang lain, bertimbangrasa, empati.

6. Bersinergi

– merebut semua peluang, bekerjasama dalam kumpulan, menghargai perbezaan, menghasilkan kekuatan yang lebih besar

7. Tajam gergaji

– meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Nota:

[Jawapan 5 pertama sahaja]

[5 x 2m = 10]

[10 markah]

26