satu kajian terhadap prestasi pemain bola ... kajian terhadap prestasi pemain bola sepak johor...

25
SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: phungmien

Post on 30-May-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR

SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT

VERONICA RAJES SHANMUKAM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK

JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : VERONICA RAJES SANMUKAM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh

__________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : STAFF QUARTERS RAJA MUSA ESTATE, DR.MOHAD ANIZU B. MOHD. NOR 45000 KUALA SELANGOR Nama Penyelia SELANGOR DARUL EHSAN Tarikh : 12 MAC 2004 Tarikh: 12 MAC 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : Dr. Mohad Anizu B. Mohd. Nor

Tarikh : 12 Mac 2004

Page 4: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

i

SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR

SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT

VERONICA RAJES SHANMUKAM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mac 2004

Page 5: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………..………………………

Nama Penulis : Veronica Rajes Shanmukam

Tarikh : 12 Mac 2004

Page 6: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii

DEDIKASI

Khas buat ayah ibu dan nenek dicintai, Jutaan terima kasih atas nasihat dan galakanmu, Doa restu kalian menjadi impirasi perjuanganku.

Khas buat kakak-kakak, abang ipar dan adik-adik tersayang, Terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama,

Yang kalian berikan selama ini.

Khas buat teman karibku dan rakan-rakan disanjungi, Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar, Kenangan bersama kalian tidak ku lupakan.

Ku susun sepuluh jariku untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas segala doa

restu, kesabaran, sokongan, dorongan dan bantuan kalian semua…..

Pengorbanan dan kesabaran adalah kunci kejayaan.

Page 7: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iv

PENGHARGAAN

Hati saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana atas limpah kurnia

serta keizinanNya telah memberkatiku dengan ketenangan, kekuatan, kesabaran dan

ketabahan dalam melaksanakan segala tugas saya

Dalam coretan ini, saya ingin ukirkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada Dr.Mohad Anizu B. Mohd. Nor selaku penyelia kerana

keikhlasan dan kesungguhan beliau di atas segala bimbingan, dorongan, galakan,

nasihat dan panduan yang berguna dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda

(PSM) ini.

Ribuan terima kasih dan penghargaan ini ditujukan khas buat En.Zul’Azmi

Zuluifci Pegawai Pembangunan Bola Sepak Johor, pihak pengurusan, jurulatih, serta

fisioterapi Persatuan Bola Sepak Johor dan Kelab Bola Sepak Johor (Johor FC) atas

kerjasama dan sumbangan kalian. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Dr.Gan Eng Cheng (Ortopedik) dan Pn.Halida selaku Ketua Rehabilitation

Hospital Pakar Damansara yang sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar

dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan ini kepada kedua ibubapa, subjek kajian,

Ilanggovan, Kunaraja, Navin, Robert, Thilageswary, Roseliza serta rakan-rakan

seperjuangan telah membantu penyelidik dalam menjayakan projek ini amatlah

dihargai. Tidak ketinggalan penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha melaksanakan projek

penyelidikan ini.

Akhir sekali, bantuan dan hasil usaha yang diberikan akan saya kenangi

selamaya. Terima kasih dan semoga Tuhan memberkati kalian semua.

Page 8: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

v

ABSTRAK

Bola sepak merupakan salah satu permaian yang terkenal bukan sahaja di

Malaysian tetapi juga di dunia. Kecederaan sering berlaku dalam kebanyakkan

sukan. Bola sepak merupakan sejenis permainan yang berbentuk sentuhan.

Kecederaan berlaku tanpa disedari ataupun melalui kemalangan. Permainan bola

sepak mencatatkan kadar kecederaan yang tertinggi di bahagian lutut. Kebiasaanya

kecederaan lutut yang melibatkan ligamen, tendon dan patella akan membawa ke

pembedahan. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya kecederaan

lutut semasa bermain. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau sejauh manakah

rawatan moden yakni cara pembedahan boleh mempengaruhi prestasi pemain Bola

Sepak Johor. Seramai 3 pemain Bola Sepak Johor yang pernah menjalani

pembedahan meniscal repair di bahagian lutut dan masih giat bermain dipilih.

Sampel yang terlibat adalah berusia dalam lingkungan 19-26 tahun. Dua jenis ujian

telah dijalankan ke atas sampel iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Kedua-dua ujian ini

dijalankan dengan menggunakan ‘Bench Step Test’. Data yang diperolehi telah

dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for Social Science’

(SPSS) versi 11.5. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa tidak terdapat

perbezaan sinifikan terhadap prestasi pemain Bola Sepak Johor sebelum dan selepas

menjalani pembedahan lutut berdasarkan nilai-t yang diperolehi. Jika rawatan

pemulihan dilakukan dengan teratur dan baik, maka atlit dapat beraksi dengan baik

seperti sediakala. Secara kesimpulannya, tidak terdapat perbezaan terhadap prestasi

pemain bola sepak sebelum dan selepas pembedahan lutut.

Page 9: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vi

ABSTRACT

Football is one of the most popular sports, not only in Malaysia but also in

the world. Injury is one of the common things in most of the sports. Football is a

contact sport. Injuries occur either by accident or unintentional. Football records

higher knee injuries. Knee injuries involved ligaments, tendons and patellar will

occur to a surgery. There are many factors, which may cause injuries. The aim of

this study was conducted to survey the length of usage of modern treatment such as

surgery that effect the performance of football players in Johor. Three Johor foolball

players who went for meniscal repair and still playing for their team were chosen.

The samples involved aged between 19-26 years. Two types of test were carried out

as on Pre-Test and Post-Test. Both test was done using the Bench Step Test. All the

data obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)

version 11.5. The result of this study has showed that there were no significant

differences on the performances of Johor football player before and after the knee

surgery. If the rehabilitation treatment done appropriate and according, the athlete

should be able to perform good and as usual. As a conclusion, there is no difference

in the performance of footballers prior and after the knee surgery.

Page 10: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Kepentingan Kajian 9

1.6 Hipotesis Kajian 11

1.7 Limitasi Kajian 11

1.8 Delimitasi Kajian 12

1.9 Definisi Operasional 12

1.10 Penutup 16

Page 11: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

viii

II SOROTAN KAJIAN 17 2.1 Pengenalan 17

2.2 Kecederaan 17

2.3 Kecederaan Lutut 18

2.4 Faktor-faktor Kecederaan Lutut 22

2.5 Prestasi Atlit 29

2.6 Penutup 32

III METODOLOGI KAJIAN 33

3.1 Pengenalan 33

3.2 Rekabentuk Kajian 33

3.3 Pemilihan Subjek 34

3.4 Tempat Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 34

3.5.1 Borang Rekod Kecergasan Diri 35

3.5.2 Bangku Setinggi 30 cm 35

3.5.3 Wisel 35

3.5.4 Jam Randik 35

3.5.5 Borang Skor 35

3.5.6 Pita Pengukur 35

3.6 Prosedur Kajian 36

3.6.1 Pemilihan Subjek 36

3.6.2 Penyerahan Surat Perlantikan 36

3.6.3 Surat Perjanjian 36

3.6.4 Taklimat Kajian 36

3.6.5 Fasa Permulaan 37

3.6.6 Fasa Ujian 37

3.6.7 Fasa Pengumpulan Data 37

3.7 Kaedah Penganalisaan Data 39

3.8 Penutup 39

Page 12: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ix

IV PENGANALISAAN DATA 40

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Deskriptif 41

4.2.1 Analisis Biodata Subjek 41

4.2.1.1 Analisis Subjek Mengikut Umur,

Berat Badan, ketinggian Subjek 42

4.2.1.2 Analisis Profail Subjek 43

4.2.1.3 Analisis Kecederaan Subjek 44

4.2.1.4 Analisis Tempoh Masa Rawatan

Pemulihan 45

4.2.2 Analisis Data Ujian 45

4.2.2.1 Data Mentah Ujian Bench Step

Sebelum Pembedahan 46

4.2.2.2 Data Mentah Ujian Bench Step

Selepas Pembedahan 48

4.2.2.3 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 50

4.3 Analisis Inferensi 52

4.3.1 Analisis Tahap Prestasi S1 Bagi Ujian

Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian

Bench Step 52

4.3.2 Analisis Tahap Prestasi S2 Bagi Ujian

Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian

Bench Step 54

4.3.3 Analisis Tahap Prestasi S3 Bagi Ujian

Pra dan Ujian Pos Menggunakan Ujian

Bench Step 56

4.4 Kesan-kesan Sampingan Setelah Menjalani

Pembedahan Lutut 58

4.5 Rawatan Pemulihan yang Diambil 58

4.6 Penutup 63

Page 13: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

x

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 64

5.1 Pengenalan 64

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Analisis Biodata Subjek 65

5.2.2 Analisis Profail Subjek 66

5.2.3 Analisis Kecederaan Subjek 66

5.2.4 Analisis Tempoh Masa Rawatan Pemulihan 67

5.2.5 Analisis Data Ujian 67

5.2.6 Analisis Inferensi 68

5.3 Kesan Sampingan 70

5.4 Rawatan Pemulihan 71

5.5 Masalah-Masalah yang Dihadapi 71

5.6 Kesimpulan 72

5.7 Cadangan 73

5.8 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN (A-Q) 80-97

Page 14: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peratusan Kecederaan Di Bahagian Lutut

Mengikut Jenis Permainan 3

1.2 Kadar Kejadian Jenis-jenis Kecederaan

yang Boleh Menimpa Bahgian Lutut 4

1.3 Jenis-jenis Lakuan yang Boleh Mencederakan

Bahagian Lutut dan Kadar Kecederaan yang

Disebabkan Olehnya 5

3.1 Prosedur Bench Step Test 38

4.1 Data Mentah Bagi Umur, Berat Badan,dan

Ketinggian Subjek 42

4.2 Data Profail Subjek 43

4.3 Data Kecederaan Subjek 44

4.4 Tempoh Masa Rawatan Pemulihan 45

4.5 Data Ujian Bench Step Sebelum Pembedahan 46

4.6 Data Ujian Bench Step Selepas Pembedahan 48

4.7 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 50

4.8 Tahap Prestasi S1 Bagi Ujian Bench Step 52

4.9 Tahap Prestasi S2 Bagi Ujian Bench Step 54

4.10 Tahap Prestasi S3 Bagi Ujian Bench Step 56

4.11 Jadual Latihan 60

Page 15: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Pandangan Anterior Lutut 19

4.1 Bilangan Tapakan yang Dilakukan

Sebelum Pembedahan 47

4.2 Bilangan Tapakan yang Dilakukan

Sepelas Pembedahan 49

4.3 Perbezaan Min Pra dan Min Pos 51

4.4 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam

Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S1 53

4.5.1 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam

Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S2 55

4.6 Kedudukan nilai-t 1.000 Dalam

Pengujian Hipotesis Bagi Subjek S3 57

Page 16: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Bahagian Sagital Sendi Lutut Kanan 80

B Pengelasan Kekoyakan Meniscus 81

C Pandangan Sisi Postetrior Cruciate

Ligament dan Anterior Cruciate Ligament 82

D Kedudukan Ligament Collateral Pandangan

Anterior Lutut Kaki Kanan 83

E Meniscal Repair 84

F Rekod Kesihatan dan kecergasan Diri 85

G Surat Kebenaran Untuk Mendapatkan

Maklumat Pemain 86

H Surat Perlantikan Sebagai Subjek Kajian

Projek Sarjana Muda (PSM) 87

I Surat Perjanjian 88

J Cara Melakukan Ujian Bench Step 89

K Borang Skor Ujian Bench Step 90

L Muscular Endurance Profile Chart (Men) 91

M Rehabilitation Medicine Department Knee

Exercise 92

N Nalai Genting Ujian-t 94

O Descriptives 95

P Paired-Samples T-Test 96

Q Surat Kebenaran Daripada Fakulti Pendidikan 97

Page 17: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan bola sepak dewasa ini semakin

hari semakin meningkat dan juga mencabar. Bola sepak adalah permainan utama

yang berjaya menarik ramai penonton bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di dunia.

Mutu permainan yang memuaskan adalah antara faktor yang membawa penonton

menyaksikan permainan tersebut. Sukan bola sepak masih dianggap sebagai sukan

nombor satu dunia.

Mutu permainan yang berkualiti di hasilkan oleh gabungan pemain yang cergas dan

berprestasi tinggi. Prestasi cemerlang secara individu dan berpasukan adalah

matlamat utama dalam permainan bola sepak. Seseorang pemain dalam pasukan

bola sepak akan lebih bernilai sekiranya menunjukkan prestasi yang baik dan dalam

masa yang sama mampu menyaingi tekanan dalam bola sepak tanpa mengalami

cedera.

Page 18: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2

Mereka yang telibat dalam bidang ini hanya mempunyai satu matlamat

sahaja iaitu untuk berjaya dalam bidang yang diceburi dan secara tidak langsung

untuk mencipta nama sebagai orang yang terpantas, terkuat, termahal, paling

disegani oleh orang ramai dan seumpamanya. Oleh itu manusia sanggup membuat

apa saja dan menggunakan pelbagai cara untuk mencapai hasratnya itu. Tetapi

mereka lupa akan tahap kemampuan tubuh badan mereka yang mempunyai had-had

tertentu. Jika melebihi had-had tertentu itu maka akan berlakulah apa yang

dikatakan sebagai ketidakstabilan fungsi tubuh badan. Ketidakstabilan yang

dimaksudkan ialah seperti terjejas koordinasi mental dengan perlakuan anggota dan

sebagainya.

Dalam arah menuju pencapaian matlamat yang telah ditetapkan kadangkala

seseorang harus mengharungi berbagai rintangan dan juga komitmen. Antara

rintangan-rintangan dan komitmen-komitmen yang dimaksudkan ialah seperti

komitmen pekerjaan, kesukaran mendapat cuti, masalah keluarga, komitmen masa

latihan, penglibatan politik dan tidak ketinggalan juga masalah kecederaan. Di

antara halangan-halangan yang tersebut tadi, kecederaan yang paling digeruni dan

ditakuti oleh ahli-ahli sukan. Jika berlaku sebarang kecederaan, ini bererti atlit

tersebut akan menghadapi kesukaran untuk meningkatkan prestasi khasnya dan

sukar untuk mencipta nama amnya.

Di antara kecederaan yang sering berlaku dalam bidang sukan ataupun

permainan ialah di bahagian lutut. Ini diikuti pula dan kecederaan di bahagian

pergelangan kaki dan seterusnya di bahagian-bahagian anggota badan yang lain.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Neuman (1969) telah menganggarkan bahawa

risiko untuk tercedera di bahagian lutut ialah sebanyak 31.0%. Manakala Deverequz

dan Lachmant (1983), mereka mendapati bahawa risiko untuk menerima kecederaan

di bahagian lutut sahaja dalam kesemua jenis permainan dan sukan ialah sebanyak

23.3%.

Pengkaji-pengkaji lain yang telah memberi pandangan yang sama dalam hal

ini ialah Orawan dan Puranen (1978) sebanyak 28.7%, Kvist dan Jarvinen (1980)

yang menganggarkan risiko sebanyak 28.1%, serta Galaska (1980) sebanyak 24.2%.

Page 19: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

3

Terdapat juga kajian-kajian yang telah menunjukkan bahawa risiko kecederaan di

bahagian lutut di kalangan ahli sukan adalah lebih tinggi terutamanya bagi mereka

yang melibat diri dalam aktiviti latihan. Pengkaji-pengkaji seperti James (1978)

melaporkan bahawa kadar kecederaan di bahagian lutut ialah 29.0%, Pangliono dan

Jackson (1980) sebanyak 30.0%, Gudas (1980) sebanyak 30.8%, dan Clement

(1981) sebanyak 41.7%.

Jika dilihat dari data-data yang telah dikemukakan oleh para pengkaji di atas,

fenomena kecederaan di bahagian lutut adalah satu perkara yang membimbangkan.

Malah kadar kecederaan agak tinggi di bahagian lutut jika dibandingkan dengan

kadar kecederaan di bahagian-bahagian lain. Satu kajian telah dibuat oleh Pusat

Rawatan Sukan di Turku, Helsinki, di mana seramai 2762 ahli sukan telah

dimasukkan ke pusat tersebut sebagai pesakit luar dari tahun 1976 hingga tahun

1984 daripada angka tersebut, 32.0% iaitu seramai 886 orang pesakit tersebut,

seramai 697 orang adalah lelaki manakala yang bakinya adalah wanita.

Kecederaan di bahagian lutut boleh mengakibatkan kesan yang buruk kepada

atlit-atlit jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya. Ini boleh menurunkan tahap

prestasi mereka dan juga penglibatan mereka dalam bidang sukan. Risiko

berlakunya jenis permanian atau sukan yang diceburi. Hasil daripada kajian yang

dijalankan oleh beberapa pengkaji barat seperti Um Kujala, et al. (1986)

menunjukkan bahawa kadar berlakunya kecederaan di bahagian lutut mengikut jenis

permainan adalah seperti dalam jadual 1.1 di bawah,

Jadual 1.1 Peratusan kecederaan di bahagian lutut mengikut jenis permanian.

Jenis Permainan Kadar Kecederaan Bola Sepak 20.0%

Bola Tampar 11.6%

Pelari Maraton 13.1%

Orienteering 7.6

Hoki ais 7.2

Page 20: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

4

Jika dilihat dari Jadual 1.1, jelaslah bahawa pemainan yang menceburkan diri

dalam permainan yang berbentuk sentuhan dan kekerasan mempunyai risiko yang

tinggi untuk menerima kecederaan di bahagian lutut. Ini tidaklah bererti bahawa

pemain dalam permaninan lain tidak mempunyai sebarang risiko untuk menerima

kecederaan ada di mana-mana sahaja, tidak kira di padang mahupun semasa

menjalani latihan, bertandingan atau semasa bersiar-siar dan beriadah.

Terdapat berbagai-bagai jenis kecederaan di bahagian lutut. Mengikut Um,

Kujala, et al. (1986) mereka telah menjelaskan bahawa jenis kecederaan yang utama

yang berlaku di bahagian lutut adalah seperti dalam jadual 1.2.

Jadual 1.2 Kadar kejadian jenis-jenis kecederaan yang boleh menimpa

bahagian lutut.

Dalam kajian mereka, dapati bahawa peringkat umur purata yang sering

mengalami masalah di bahagian lutut ialah 20.8 tahun. Dalam kajian tersebut,

didapati kecederaan di bahagian lutut adalah disebabkan oleh beberapa lakuan yang

kerap dilakukan. Lakuan-lakuan tersebut sering digunakan dalam sesuatu

permainan. Lakuan-lakuan yang dimaksudkan ialah seperti dalam Jadual 1.3.

Jenis Kecederaan Kadar Kejadian

Apisitis patella 20.4%

Sindrom Osgood – Schlatter 10.1%

Konaropati patella 10.0%

Kecederaan ligamen 9.0%

Terkoyak meniskus 6.9%

Page 21: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

5

Jadual 1.3 Jenis-jenis lakuan yang boleh mencederakan bahagian lutut dan

kadar kecederaan yang disebabkan olehnya.

Semasa bersukan atau bertanding, prestasi merupakan salah satu faktor yang

harus diberi perhatian sepenuhnya. Jika atlit mempunyai tahap prestasi yang baik,

sedikit sebanyak ia boleh menentukan kejayaan dan juga kecemerlangan atlit

tersebut. Pelbagai cara sering dilakukan untuk memperolehi kemahiran dan tahap

prestasi yang tinggi sebelum sesuatu pertandingan diceburi. Latihan yang

menggunakan daya fizikal yang optimum hinggalah ke latihan yang bercorak mental

diatur dan digunakan supaya ianya dapat memajukan atlit ke suatu tahap yang

dihajati. Ini adalah kerana kerap kali kejayaan seseorang itu dikaitkan dengan

pencapaian prestasinya. Jika kecederaan boleh menggugat peningkatan prestasi

seseorang, maka haruslah dihayati dengan serius cara-cara untuk menghadkan risiko

berlakunya sebarang kecederaan.

Terdapat beberapa bukti yang pernah diutarakan mengenai perkaitan

kecederaan di bahagian lutut dengan penurunan prestasi atlit. Ini tidak dapat

dinafikan selepas berlakunya kecederaan, ada atlit yang berhenti terus dan tidak

melibatkan dari secara cergas dalam bidang sukan. Lebih-lebih lagi jika berlaku

kecederaan di bahagian sendi lutut kerana sendi merupakan bahagian yang

terpenting dalam proses pergerakan tubuh badan manusia. Jika berlaku kecederaan,

sudah tentulah akan terdapat ganguan-ganguan ke atas pergerakan yang akan

dilakukan di pergelangan tersebut.

Jenis Lakuan Kadar Kecederaan

‘Blocked’ 30.0 %

‘Tackled’ 21.0 %

‘Blocking’ 14.0 %

‘Tackling’ 8.0 %

‘Clipped’ 6.0 %

Page 22: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

6

1.2 Latar Belakang Masalah

‘Sekiranya kita dapat memberikan setiap individu khasiat dan senaman

dalam jumlah yang seimbang, tidak terlalu sedikit dan tidak pula terlalu banyak, kita

akan menemui cara yang paling selamat untuk kesihatan”. (Hippocrates 460–377

S.M).

Kata-kata pujangga ini telah dipetik pada dua puluh lima abad yang lepas

mengenai bersukan, dan kini ianya menjadi kenyataan di mana sukan telah pun

diterima dengan luasnya di seluruh dunia sebagai salah satu cara membuat seseorang

individu itu cergas. Minat yang mendalam akan menggalakkan penceburan

seseorang itu dalam sukan sebagai salah satu aspek ke arah corak kehidupan yang

sihat. Bagaimanapun, perlulah diingatkan bahawa kecergasan tidak boleh

menyumbangkan ke arah kecergasan hanya apabila ianya mengambilkira ke atas

senaman atau latihan yang tetap ‘regular basic’ dan disokong oleh amalan

pemakanan yang baik.

Atlit-atlit merupakan orang yang selalunya berada di tahap kecergasan fizikal

yang tinggi serta sentiasa membuat persediaan sebelum sesuatu perlawanan atau

latihan. Namun begitu dengan tidak mengambilkira peringkat atau taraf, samada atlit

tempatan atau pun atlit luar negara, kecederaan semasa bersukan masih berlaku dan

sukar untuk dielakkan. Kebanyakan kecederaan sukan adalah ringan dan secara

keseluruhannya tidak menghalang atlit daripada meneruskan kerja-kerja sehariannya

(Peter dan Renstrom, 1986). Semakin ramai orang yang mula memberi perhatian

yang serius terhadap aktiviti-aktiviti sukan dan pada mereka kecederaan itu mestilah

dirawat dengan baik dan berkesan supaya mereka dapat meneruskan aktiviti sukan

tersebut secepat mungkin boleh.

Kecederaan sukan berlaku akibat dari aktiviti fizikal yang dilakukan samada

untuk tujuan rekreasi mahupun yang bercorak professional. Kecederaan ini

mungkin berlaku disebabkan oleh kemalangan atau pun lebihan lasak ‘over use’ dan

kecederaan ini tidak semestinya berbeza daripada kecederaan yang bukan berbentuk

Page 23: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

7

sukan (Peter dan Restrom, 1986). Setengah kecederaan sukan adalah ringan di mana

rawatannya boleh dilakukan sendiri, ada pula yang cedera parah serta memerlukan

rawatan khas dan rapi manakala ada juga kecederaan yang sangat parah dan boleh

membawa maut.

Memandangkan kebanyakan daripada kecederaan boleh dicegah maka

langkah-langkah keselamatan yang telah ditentukan perlulah diikuti umpamanya

membuat regangan otot, longgarkan sendi dan memanaskan badan ‘warm-

up’sebelum memulakan aktiviti serta memulihkan badan ‘warm down’ selepas tamat

permainan atau aktiviti (Kulund, 1982). Bagaimanapun kecederaan tetap berlaku

kerana ‘malang tidak berbau’. Di antara kecederaan sukan yang paling banyak

berlaku ialah kecederaan di bahagian lutut. Ini adalah disebabkan pembentukan

secara anatominya yang melibatkan sendi, tendon, otot dan ligamen yang kompleks.

Mengikut Welss dan Luttgens (1976), sendi lutut mudah cedera berbanding

sendi lain dalam badan. Terdapat dua faktor utama kenapa sendi lutut mudah

cedera. Faktor pertama ialah iaitu sendi lutut mempunyai struktur yang kompleks

dan kedudukanya terletak di tengah-tengah pinggang dengan tapak kaki. Faktor

seterusnya ialah sendi lutut merupakan kombinasi sendi engsel dengan sendi

gelangsar.

Garrick (seorang ahli bedah ortopedik) telah menyatakan dalam ‘The

Phsician and Sport-Medicine’ (1985) daripada 10,271 kes kecederaan telah dirawat,

kira-kira separuh daripadanya adalah disebabkan oleh lebihan lasak. Masalah

lebihan lasak ini melebihi kecederaan akut ‘acute’ tennis, luncur ais ‘figure skating’

dan senamrobik. Manakala kecederaan akut adalah lebih kerap berlaku pada sukan

meluncur salji, bola keranjang, bola sepak Amerika dan bola sepak. Beliau

menambah lagi bahawa lutut merupakan kawasan anatomi yang paling kerap

tercedera di antara sembilan jenis sukan iaitu bola keranjang, tarian, bola sepak

Amerika, gimnastik, larian, luncur salji, bola sepak, tennis dan luncur ais. Sukan

yang paling tinggi sekali mendapat kecederaan lutut ialah luncur salji dan diikuti

dengan bola sepak dan bola sepak Amerika.

Page 24: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

8

Berdasarkan kepada pernyataan-pernytaan tersebut maka dapatlah kita

bayangkan bahawa bahagian lutut merupakan anggota yang penting untuk dijaga.

Bagi pemain-pemain bola sepak kecederaan lutut akan menyebabkan pergerakan

mereka terhad di mana ianya boleh memberi kesan yang buruk ke atas prestasi dan

malah jika kecederaan mereka parah, mereka terpaksa merehatkan diri daripada

latihan atau perlawanan yang telah dirancangkan.

Solukun (1994) menyenaraikan punca berlaku kecederaan. Antaranya

keletihan, prestasi rendah, ketidak seimbangan kekuatan otot, kekurangan

kemampuan kaki, kurang kemampuan bergerak di sendi dan kurang memanaskan

badan yang menyebabkan atlit tidak mampu bersaing. Selain itu aspek psikologi

juga memainkan peranan terhadap kecederaan. Tahap kebimbangan, tekanan,

ketegangan dan kemarahan atlit boleh membawa kepada kecederaan juga. Solukun

(1994) pula menyatakan bahawa sukan bola sepak merupakan sukan yang

melibatkan sentuhan (contact) yang memerlukan gerakan yang laju, kasar, dinamik,

robus boleh menyebabkan atlit cedera.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah kecederaan dan prestasi permainan yang rendah dikalangan pemain

bola sepak yang telah dipilih untuk mewakili sesuatu pasukan elit seringkali

mengganggu persediaan jurulatih atau aturan pasukan yang telah dirancang dengan

teliti pada peringkat awal. Jurulatih dan pengurus pasukan memerlukan pemain

yang dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mengalami kecederaan yang

minimum untuk terus memberikan saingan dalam pertandingan yang dijalankan.

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh

manakah pembedahan yang dijalankan di bahagian lutut mempengaruhi prestasi

sukan pemain bola sepak yang diceburi. Jika benar pembedahan mempunyai kesan

sampingan, perlukah dibuat satu garis panduan atau pun senaman kepada pemain

bola sepak supaya mereka mengambil langkah-langah tertentu untuk mencegah

Page 25: SATU KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA ... KAJIAN TERHADAP PRESTASI PEMAIN BOLA SEPAK JOHOR SETELAH MENJALANI PEMBEDAHAN LUTUT VERONICA RAJES SHANMUKAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

9

kecederaan. Kepentingan ini adalah lebih ketara lagi di kalangan pemain bola sepak

Malaysia demi untuk meningkatkan lagi kemampuan atau kemajuan sukan di

Malaysia. Jika betul pembedahan boleh meninggalkan kesan ke atas prestasi,

bolehkah dicadangkan rawatan alternatif.

1.4 Objektif Kajian

Di dalam kajian ini, beberapa objektif telah digariskan sebagai garis panduan

penguji untuk menjalankan kajian. Beberapa objektif yang telah difikirkan perlu

adalah seperti berikut:

i. Membandingkan prestasi pemain bola sepak yang mengalami

pembedahan lutut sebelum dan selepas pembedahan.

ii. Mengenalpasti kesan-kesan sampingan ke atas pemain yang

menjalani pembedahan lutut.

iii. Mengenalpasti rawatan pemulihan yang diambil.

1.5 Kepentingan Kajian

Penglibatan dalam sukan bermakna mendedahkan diri dengan risiko-risiko

kecederaan. Ini kerana kebanyakan sukan memerlukan pergerakan fizikal dan

penggunaan tenaga yang maksimum. Malahan ada sukan yang melibatkan

perlanggaran yang menyebabkan kecederaan yang maksimum. Malahan ada sukan

yang melibatkan perlanggaran yang menyebabkan peratus untuk berlaku kecederaan

adalah tinggi.

Lutut merupakan satu sendi yang kompleks, oleh itu kecederaan yang

dialami selalunya mengambil masa yang agak lama untuk pulih. Kajian ini

bertujuan menyatakan bahawa kecederaan lutut tidak boleh dipandang ringan oleh