borang pengesahan status tesis€¦ · ujian bleep (level) 89 i analisis ujian-t tahap daya tahan...

27
PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIAN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( UTM ) MELALUI UJIAN BLEEP SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 4A JALAN SEK. MEN. SRI NERING ENCIK YUNOS BIN HAJI DAHLAN 22000 JERTEH TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh : FEBRUARI, 2004 Tarikh : FEBRUARI, 2004 Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Upload: others

Post on 05-Nov-2019

71 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

PSZ 19 : 16 ( Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: PERBANDINGAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR ANTARA PEMAIAN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ( UTM ) MELALUI UJIAN BLEEP

SESI PENGAJIAN: 2003/2004 Saya ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktud di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan ) √ TIDAK TERHAD Disahkan Oleh TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA Alamat Tetap 4A JALAN SEK. MEN. SRI NERING ENCIK YUNOS BIN HAJI DAHLAN 22000 JERTEH TERENGGANU DARUL IMAN Tarikh : FEBRUARI, 2004 Tarikh : FEBRUARI, 2004

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda ( PSM )

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya terhadap karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains Sukan )”.

Tandatangan : ………………………………….....

Nama Penyelia : Encik Mohd Yunos Bin Haji Dahlan

Tarikh : …………………………………….

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

PERBEZAAN TAHAP DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR DI ANATARA

PEMAIN BOLA SEPAK DAN PEMAIN HOKI LELAKI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA MELALUI UJIAN BLEEP

ROSELIZA BINTI RAWI @ CHE TEH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”

Tandatangan : ……………………………

Nama penulis : Reliza Binti Rawi @ Che Teh

No K/P : 810518-11-5350

Tarikh : 24 Februari 2003

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

DEDIKASI

“…………………….istimewa buat ayahanda, bonda dan keluarga tercinta yang selama

ini banyak memberi dorongan, nasihat, semangat dan tunjuk ajar kepada anakanda terus

berjaya dalam menempuh bahtera kehidupan. Terima kasih kerana memberi sepenuh

kepercayaan dan harapan terhadap anakanda. Tidak lupa juga buat insan tersayang yang

banyak membantu dan memberi semangat dalam meneruskan perjuangan hidup

sepanjang empat tahun di UTM ini. Kesabaran dan tunjuk ajar yang diberikan amat

bermakna buat diriku. Ketahuilah kalian semua adalah nadi bagiku untuk meneruskan

perjalanan hidup yang masih jauh ini. Kepercayaan dan harapan kalian adalah

pembimbing perjalananku…………………….”

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah

dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana limpah kurnia dan rahmat-Nya dapat saya

menyiapkan dan menghasilkan projek penyelidikan ini.

Di kesempatan ini saya ingin megucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan kepada En. Yunos Dahlan selaku penyelia dan pensyarah yang telah banyak

memberikan tunjuk ajar dalam usaha saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Tidak lupa juga buat Muhammad Safwan Jamaludin yang sentiasa memberi

dorongan dan semangat selama pengajian saya di UTM ini. Tunjuk ajar, bantuan,

kesabaran dan keyakinan yang diberikan akan abadi dihayat ini.

Ucapan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Sains Sukan, pemain-pemain

bola sepak dan hoki lelaki UTM yang sudi menjadi subjek dalam kajian ini juga buat

rakan-rakan terutamanya Veronica, Nooraini, Nur Syaziah, Nor Hafizah, Amy, pelajar

tahun 4 Sains Sukan dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak yang telah

memberi bantuan dan kerjasama bagi tujuan ini.

Segala jasa baik kalian semua amat dihargai. Sesungguhnya hanya Tuhan dapat

membalasnya. Ingatlah yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu

adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbandingan tahap

daya tahan kardiovaskular melalui ujian bleep di antara pemain-pemain hoki lelaki dan

bola sepak Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 36 orang pemain terlibat sebagai

responden. Julat umur mereka adalah di antara 20 hingga 30 tahun. Mereka yang terpilih

merupakan pemain-pemain pilihan universiti yang berbakat dan menjalani latihan di

bawah kendalian jurulatih masing-masing untuk persedian ke Kejohanan Intervasiti

(MASUM. Ujian yang digunakan bagi mengukur tahap kecergasan para pemain ialah

Ujian 20 meter Bleep. Pengukuran dibuat terhadap bilangan denyutan kadar nadi rehat,

latihan, pemulihan dan tahap larian yang di ambil untuk menamatkan ujian bleep. Data

mentah yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan SPSS 11.5. Ujian-t digunakan

untuk mendapatkan perbandingan di antara kedua-dua sampel. Hasil yang di perolehi

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kadar denyutan nadi

rehat, latihan dan pemulihan. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap

daya tahan kardiaovaskular antara kedua-dua pemain melalui pengujian tahap larian

(level) ujian Bleep. Ujian-t ialah 5.102, p< 0.05 iaitu 0.000.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

ABSTRACT

The main aim of this research is to identify the differences in cardiovascular

endurance between male hockey players and soccer players of Universiti Teknologi

Malaysia. 36 players between the age of 20 to 30 years had been identified as respondent.

Players selected are based on their talent and currently undergoing trainning in

preparetion for the Intervarsity ( MASUM) tournament. The Bleep test is used to test the

cardiovascular endurence of these palyers. Measurement of pulse heart rate before,

during and after are obtain from the testS. Beside that, the time taken to complete the

level of the bleep test are also recorded. All the data obtained were anlyzed using SPSS

version 11.5. T-test are used to abtain the differences between these two sports. The

result show that there are no significant difference in pulse heart rate before, during and

after from the testS. However the t-test showed that were significant difference in

cardivascular endurence between players of in the level of bleep test. The result of t-test

is 5.102, p< 0.05 was 0.000.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 4

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Objektif Kajian 6

1.7 Hipotesis Kajian 7

1.8 Limitasi Kajian 7

1.9 Dilimitasi Kajian 8

1.10 Definisi Operasional 8

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Program Latihan Fizikal 12

III METODOLOGI KAJIAN 22

3.1 Pengenalan 22

3.2 Rekabentuk Kajian 22

3.3 Pemilihan Sampel 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 24

3.5.1 Pemilihan Subjek 25

3.5.2 Penyerahan Surat Perlantikan 25

3.5.3 Surat Perjanjian 25

3.5.4 Taklimat Kajian 25

3.5.5 Fasa Permulaan 26

3.5.6 Fasa Ujian 26

3.5.7 Fasa Pengumpulan Data 26

3.5.8 Fasa Analisis Data 27

3.5.9 Prosedur Menjalankan Ujian Bleep 27

IV PENGANALISAAN DATA 28

4.1 Pengenalan 28

4.2 Dapatan Skor Mentah Ujian Pencapaian 29

Pemain Bagi Setiap Pasukan

4.3 Analisis Bagi Setiap Item 32

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

4.4 Penganalisaan Data Secara Statistik Deskriptif 32

4.4.1 Analisis Biodata Subjek 32

4.4.1.1 Analisis Subjek Mengikut Umur 33

4.4.1.2 Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 35

4.4.1.3 Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 37

4.4.1.4 Analisis Subjek Mengikut Posisi 39

4.4.1.5 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi

Rehat 41

4.4.1.6 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi

Latihan 44

4.4.1.7 Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi

Pemulihan 47

4.4.1.8 Analisis Subjek Mengikut Tahap

Kecergasan (Level) 49

4.5 Penganalisaan Data Secara Statistik Inferential 51

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 63

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 64

5.3 Rumusan 67

5.4 Masalah-Masalah Yang Dihadapi 68

5.4.1 Subjek 68

5.4.2 Tempat Kajian 68

5.5 Cadangan 69

5.5.1 Subjek kajian 69

5.5.2 Pentadbiran Ujian 69

5.5.3 Instrumen Kajian 70

5.5.4 Pengawalan Pembolehubah Luar 70

5.6 Penutup 71

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN 75

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT

1 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Hoki Lelaki UTM 30

2 Skor Mentah Ujian Pencapaian Pasukan Bola Sepak UTM 31 3 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Umur 33 4 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Berat Badan 35 5 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Ketinggian 37 6 Taburan Bilangan Subjek Mengikut Posisi 39

7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Hoki Lelaki UTM. 41

8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Rehat Pemain Bola Sepak UTM. 42

9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Hoki Lelaki UTM. 44

10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Bilangan Denyutan Kadar Nadi Latihan Pemain Bola Sepak UTM. 45

11 Min Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 Bagi

Pemain Hoki Lelaki dan Bola Sepak UTM 47

12 Taburan Tahap Daya Tahan Responden

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Mengikut Norm Bagi Pemain Hoki Lelaki Dan Bola Sepak UTM. 49

13 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan

Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Rehat 51

14 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan

Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Latihan. 53

15 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan

Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 1 55

16 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan

Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 2 57

17 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Kadar Nadi Pemulihan 3 59

18 Analisis Ujian-t Tahap Daya Tahan

Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM Dari Segi Tahap Larian Ujian Bleep (lavel) 61

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

SENARAI RAJAH

NO. JADUAL JADUAL MUKA SURAT 1 Graf Peratusan Subjek Mengikut Umur 34 2 Graf Peratusan Subjek Mengikut Berat Badan 36 3 Graf Peratusan Subjek Mengikut Ketinggian 38 4 Graf Peratusan Subjek Mengikut Posisi 40

5 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 43

6 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar

Nadi Latihan 46

7 Graf Peratusan Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 1, 2 dan 3 48

8 Graf Peratusan Tahap Daya Tahan Responden

Mengikut Norma Bagi Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola Sepak UTM 50

9 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis

Kadar Nadi Rehat 52

10 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Latihan 54

11 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis

Kadar Nadi Pemulihan 1 56

12 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Kadar Nadi Pemulihan 2 58

13 Kedudukan Nilai-t dalam Pengujian Hipotesis

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Kadar Nadi Pemulihan 3 60

14 Kedudukan Nilai-t Dalam Pengujian Hipotesis Tahap Larian Ujian Bleep (level) 62

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Analisis Subjek Mengikut Umur 75

B Analisis Subjek Mengikut Berat Badan 76 C Analisis Subjek Mengikut Ketinggian 78

D Analisis Subjek Mengikut Posisi 80 E Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Rehat 81 F Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Latihan 83 G Analisis Subjek Mengikut Kadar Nadi Pemulihan 85 H Analisis Subjek Mengikut Masa Larian

Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak

UTM Dari segi Kadar Nadi Rehat, Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Pemulihan Serta Skor Ujian. 90

J Borang Rekod Kecergasan Diri 93 K Borang Skor Ujian Bleep 94 L Borang Pemilihan Sujek 95

M Surat Perlantikan 96 N Surat Perjanjian 97 O Jadual Nilai Kritikal-t 98

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Dewasa ini, bersenam, bersukan dan beriadah merupakan rutin bagi masyarakat

kita. Kesedaran tentang betapa pentingnya mengamalkan aktiviti bersukan dan bersenam

merubah persepsi lama masyarakat kita yang menganggap senaman bukan suatu sosial

yang harus di ambil berat. Kesihatan dan kecergasan badan nyatanya merupakan elemen

penting bagi setiap individu untuk menjalani kehidupan yang sihat dan menjalankan

tanggungjawab dengan sempurna. Masa yang berlalu bak persis kijang dan urusan harian

yang di pertanggungjawabkan bukanlah penyebab untuk kita tidak melakukan aktiviti

kecergasan dan senaman.

Terdapat pelbagai aktiviti senaman dan sukan yang boleh kita lakukan sama ada

aktiviti lasak mahupun sebaliknya. Kebiasaanya aktiviti sukan yang lasak, memerlukan

tahap kecergasan fizikal yang kuat dan mantap.Tahap kecergasan fizikal seseorang itu

berkait rapat dengan sistem respirasi manusia. Semasa paru-paru menyerap oksigen

pembakaran bahan kimia telah berlaku bagi menghasilkan tenaga untuk badan melakukan

aktiviti yang memerlukan daya tahan kardiovaskular, memerlukan daya tahan yang tinggi

dan memerlukan daya tahan otot.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Adalah penting untuk kita memahami konsep kecergasan dengan betul sebelum

kita melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Nyatanya kecergasan untuk sukan seperti

bola sepak dan permain hoki memerlukan daya tahan untuk menahan keseluruhan

permainan dan kebolehan seseorang melakukan semua kemahiran dengan sempurna. Ini

memerlukan lebih banyak kekuatan dan kepantasan untuk menetapkan langkah dan

bermain secara agresif. Ia memerlukan ketangkasan dan kefleksibelan untuk menukar

arah dengan pantas dan serta merta. Ia juga memerlukan kecergasan yang menyeluruh

untuk membolehkan seseorang itu bermain dan melakukankan aktiviti dalam keadaan

tenang. Dalam istilah kecergasan terdapat beberapa komponen yang terlibat di antaranya

ialah daya tahan, kekuatan, kelajuan, kuasa, kordinasi, kefleksibelan, ketangkasan dan

lemak badan.

Salah satu komponen yang penting dalam kecergasan ialah keupayaan

kardiovaskular. Iaitu kebolehan untuk meneruskan atau melakukan aktiviti yang

berintensiti tinggi dengan melibatkan kumpulan otot yang besar dalam jangka yang lama.

Aktiviti berintensiti tinggi memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang cekap

kerana situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah

yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut.

Kecergasan kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan

jantung lebih sihat. Dengan itu, peredaran darah menjadi lebih cekap serta peningkatan

kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaan yang optimum diteruskan dan oksigen boleh

dibekalkan keotot-otot untuk melambatkan keletihan dan kelesuan.

Kadar nadi rehat bagi individu yang aktif atau terlatih selalunya adalah rendah

iaitu di antara 20 hingga 30 denyutan berbanding individu yang tidak terlatih. Kadar nadi

akan sentiasa meningkat jika jumlah kerja yang dilakukan ditambah. Individu yang sihat

dan cergas fizikalnya mengambil masa yang singkat untuk pulih ke tahap denyutan nadi

normal jika dibandingkan dengan individu yang tidak cergas. Hal ini boleh dijadikan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

sebagai garis panduan kepada seseorang atlit untuk mengatahui tahap kecekapan sistem

kardiovaskularnya.

Melalui kecergasan kardiovaskular juga, kadar pengambilan oksigen maksimum

(VO2 max) seseorang boleh diukur. Kewujudan peralatan senaman seperti basikal

ergometer, tredmill dan polar heart rate dapat digunakan untuk mengukur kadar

pengambilan VO2 max dengan merekod kadar denyutan jantung bagi menentukan berapa

banyak oksigen yang boleh digunakan atau diperlukan dalam masa satu minit semasa

menjalani latihan fizikal (maximal)

Kecanggihan peralatan sukan dan senaman yang wujud pada hari ini haruslah

diambil peluang oleh atlit terutamanya bagi meningkatkan kecergasan mahupun prestasi

latihan. Peralatan sedemikian sememangnya penting bagi meningkatkan lagi mutu sukan

negara. Walau bagaimanapun, kewujudan peralatan senaman yang berteknologi tinggi

dan canggih juga bukanlah satu jaminan untuk melihat berlakunya ledakan peningkatan

mutu sukan negara kita. Oleh itu, atlit perlu sentiasa mengekalkan tahap kecergasannya

terutama sistem kardiovaskular kerana ia dapat membantu seseorang pemain bermain

dengan baik tanpa sebarang gangguan serta kecederaan di sepanjang tempoh permainan

seterunya meningkatkan kualiti permainan..

1.2 Latar Belakang Masalah.

Aset yang paling penting bagi seseorang pemain bola sepak dan hoki tidak kira

dimana posisi pemain itu berada ialah tahap kecergasan fizikalnya. Setiap tahun, Sukan

Antara Universiti Malaysia (MASUM) akan menganjurkan kejohanan antara universiti

yang akan berlangsung pada setiap hujung tahun. Ke semua universiti di Malaysia wajib

dan harus melibatkan diri dalam kejohanan ini. Bola sepak merupakan salah satu

permainan yang dipertandingkan dan pasukan bola sepak UTM merupaka salah satu

pasukan pilihan. Mereka mampu menempatkan nama di MASUM, namun setakat

manakah kejayaan yang mampu dipertaruhkan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Masalah utama yang dihadapai oleh mereka ialah mereka tidak ada tahap

kecergasan yang cukup. Nyatanya daya tahan kardiovaskular menentukan prestasi

pemain bola sepak kerana ia merupakan asas dalam segala jenis sukan. Tambahan pula

bola sepak merupakan satu aktiviti yang memerlukan penggunaan aerobik iaitu

penggunaan oksigen yang berpanjangan untuk sepanjang tempoh permainan tersebut.

Seperti bola sepak juga, pemain hoki juga menghadapi masalah dan situasi yang

sama memandangkan mereka juga memerlukan komponen pergerakan yang hampir sama

dengan bola sepak. Kemahiran hoki melibatkan penggunaan kayu hoki serta koordinasi

mata juga tangan yang baik. Tahap kecergasan seseorang pemain hoki terutamnya sistem

kardiovaskular juga perlu ada pada tahap yang tinggi. Faktor ini membolehkan seseorang

pemain beraksi selama 70 minit di dalam sesuatu tempoh perlawanan dengan lebih baik.

Bertepatan dengan permasalahan ini, kajian yang dijalankan ini adalah untuk

mengukur perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular setiap pemain bola

sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui ujian Bleep yang dijalankan ke atas mereka.

1.3 Penyataan Masalah.

Berdasarkan pemerhatian dan keputusan yang terdahulu yang diberikan oleh

pihak Unit Sukan UTM, kebanyakan daripada atlit bola sepak UTM kurang dari segi

kecergasan terutamanya dari segi komponen aerobik, dimana ia terdiri daripada kapasiti

aerobik dan kekuatan aerobik. Secara umumnya pemain-pemain bola sepak mesti

mempunyai kecergasan aerobik yang baik, iaitu mempunyai daya tahan kardiovaskular

yang baik memandangkan pemain bola sepak mengambil masa yang agak lama untuk

menghabiskan sesuatu perlawanan.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Namun pasukan bola sepak nyatanya lebih cemerlang dari pasukan hoki dalam

menghadapi kejohanan Sukan Antara Universiti ( MASUM ) jika dilihat dari segi

keputusannya berbanding pasukan hoko. Namun masa yang agak lama dalam

menghadapi sesuatu perlawanan memaksa mereka mempunyai ketahanan kardiovaskular

yang tinggi.

Berlandaskan fenomena ini, penyelidik melakukan kajian yang hanya tertumpu

kepada satu aspek utama sahaja iaitu perbandingan tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular di antara pemain-pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki UTM melalui

ujian Bleep.

1.4 Persoalan Kajian.

Persoalan yang mungkin timbul semasa kajian dijalankan adalah seperti berikut:

1.4.1 Adakah bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi

pemulihan dan masa yang diambil untuk menamatkan ujian Bleep berbeza di

antara pemain bola sepak dan pemain hoki lelaki.

1.4.2 Adakah terdapat perbezaaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular di antara

pemain-pemain bola sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia.

1.5 Kepentingan Kajian.

Melalui kajian yang dijalankan ini, diharap setiap pemain dapat mengatahui tahap

daya tahan kardiovaskular masing-masing dalam sukan bola sepak dan hoki. Moga ia

dapat memberi kesedaran kepada setiap pemain untuk meningkatkan lagi dan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

memperbaiki tahap daya tahan kardiovaskular mereka bagi membentuik satu pasukan

bola sepak dan hoki yang mantap untuk menghadapi perlawanan mendatang.

Berdasarkan keputusan kajian yang dilakukan ini, setiap pemain dapat

memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu persembahan masing-masing berpandukan

rekod mereka.di harapkan juga ia dapat memberi panduan kepada jurulatih dan pihak-

pihak yang terlibat untuk merancang program latihan dan latihan yang bersesuian untuk

pasukan kelolaannya. Dengan cara ini program latihan dapat diubahsuai dan

diperkembangkan dari masa ke semasa berpandukan kadar peningkatan pencapaian

individu mahupun berpasukan.

1.6 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk;

1.6.1 Mengenalpasti tahap daya tahan kardiovaskular di kalangan pemain-pemain bola

sepak dan hoki lelaki Universiti Teknologi Malaysia.

1.6.2 Membuat perbandingan bilangan kadar denyutan nadi rehat, kadar nadi latihan,

kadar nadi pemulihan dan tahap larian (level) melalui ujian bleep terhadap pemain

bola sepak dengan hoki.

1.6.3 Mengatahui bilangan denyutan kadar nadi rehat, kadar nadi latihan, kadar nadi

pemulihan dan tahap larian (level) yang mampu untuk menamatkan larian.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

1.7 Hipotesis Kajian 1.7.1 Ho 1

Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular

dari segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan

(KNP), dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di

antara kedua-dua pasukan.

1.7.2 HA 1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap daya tahan kardiovaskular dari

segi kadar nadi rehat (KNR), kadar nadi latihan (KNL), kadar nadi pemulihan

(KNP) dan tahap larian (level) pemain-pemain bola sepak serta hoki lelaki di

antara kedua-dua pasukan.

1.8 Limitasi Kajian Untuk melakukan kajian ini, secara keseluruhannya terbatas kepada beberapa

perkara berikut:

1.8.1 Kajian ini hanya tertumpu kepada ujian daya tahan kardiovaskular sahaja. 1.8.2 Kajian yang dijalankan hanyalah menggunakan sempel pelajar-pelajar lelaki iaitu

atlit bola sepak dan hoki UTM sebagai subjek iaitu 18 orang sampel dari pasukan

bola sepak dan 18 orang sampel dari pasukan hoki yang berumur di antara 20-30

tahun.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

1.8.3 Subjek yang dipilih untuk kajian ini bebas daripada sebarang penyakit yang

merbahaya dan sihat.

1.8.4 Pengukuran untuk melihat kadar daya tahan kardiovaskular hanya dilakukan

melalui ujian Bleep.

1.9 Delimitasi Kajian ini tidak terbatas kepada perkara-perkara berikut: 1.9.1 Semangat dan usaha yang gigih subjek sepanjang program latihan dan ujian . 1.9.2 Subjek tidak semestinya tidak menghisap rokok dan minum minuman keras. 1.10 Definisi Operasional

Dalam usaha melaksanakan kajian ini, terdapat pelbagai termonologi yang

digunakan. Di antara pengertian termonologi yang membatu dalam menjalankan

kajian ini adalah seperti berikut:

1.10.1 Daya tahan kardiovaskular

Keupayaan jantung untuk berkerja keras mengepam darah beroksigen kebahagian

tubuh badan manusia apabila melakukan aktiviti daya tahan.

1.10.2 Daya Tahan

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

Kebolehan atlit untuk melakukan aktiviti yang berterusan dalam jangka masa

yang lama.

1.10.3 Kecergasan Fizikal.

Fisiologi yang cergas atau keupayaan fizikal seseorang untuk melakukan kerja

harian tanpa merasa letih atau penat dan masih mempunyai tenaga untuk

melakukan aktiviti riadah dan mengahadapi kecemasan dengan tenang dan penuh

tenaga.

1.10.4 Kadar Denyutan Nadi (KDN)

Bilangan denyutan nadi dalam jangka masa seminit. Denyutan nadi ini dikesan di

arteri karotid pada leher selama 30 saat. Untuk memperolehi jumlah denyutan

seminit, bilangan yang diperolehi didarab dengan dua. Bacaan denyutan nadi

diambil semasa subjek berada dalam keadaan duduk.

1.10.5 Kadar Nadi Rehat (KNR)

Bilangan denyutan nadi dalam jangkamasa seminit yang diambil semasa subjek

dalam keadaan rehat sebelum latihan. Bacaaan diambil sebanyak tiga kali dan jika

ianya tidak berubah, maka ia dikira sebagai kadar nadi rehat.

1.10.6 Kadar Nadi Latihan (KNL)

Bilangan denyutan nadi yang diambil dalam jangka masa seminit yang diambil

sebaik sahaja selepas subjek berhenti daripada melakukan aktiviti.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS€¦ · Ujian Bleep (level) 89 I Analisis Ujian-t tahap Daya Tahan Kardiovaskular Antara Pemain Hoki Lelaki dan Pemain Bola sepak UTM Dari segi Kadar

1.10.7 Kadar Nadi Pemulihan (KNP)

Kadar denyutan nadi kembali ke paras normal atau kadar rehat berbanding dengan

masa selepas aktiviti tamat.

1.10.8 Ujian Bleep Ujian larian yang berteruasan di antara 2 orang atlit yang berjarak 20 meter. Ianya dijalankan dengan menggunakan keset yang telah direkodkan dengan bunyi bleep. Masa akan bertambah bagi setiap peningkatan tahap. Setiap tahap menggunakan 60 saat dan terdapat 23 tahap. Kelajuan tahap permulaan ialah 8.5 km/j dan ianya akan bertambah 0.5 km/j bagi setiap tahap yang seterusnya.