sarjana pendidikan mod kerja kursusweb.usm.my/education//med offshore/brochure med (offshore...2...
TRANSCRIPT
SARJANA PENDIDIKAN
MOD KERJA KURSUS
Objektif Program
� Untuk mengembangkan pemahaman yang terperinci
dalam bidang pendidikan yang lebih spesifik seperti
Pengajian Kurikulum dan Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan.
� Untuk memberi latihan dalam penyelidikan pendidikan,
baik dalam suasana universiti mahupun dalam lapangan
pekerjaan pelajar. Calon akan diberi latihan dan
pendedahan dalam pelbagai kaedah penyelidikan agar
dapat menggunakan kaedah yang sesuai dalam keadaan
tertentu.
� Untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar
menggunakan pengalaman mereka bagi menganalisis
dan membuat penyelidikan terhadap pelbagai
perspektif, amalan dan aliran pemikiran dalam
menangani masalah dan isu-isu pendidikan di peringkat
nasional dan global.
Pelajar lulusan program ini akan dapat:
1. mempunyai pengetahuan dan perspektif yang pelbagai
dalam bidang pengkhususan dan amalan profesionalisme
mereka;
2. mempunyai pengetahuan dan berkeupayaan mengaplikasi
pelbagai perspektif teori dan model pendidikan;
3. berkeupayaan menjadi pendidik yang kritis dan kreatif serta
berpandangan luas tetapi rasional tentang pendidikan;
4. menganalisis secara perbandingan masalah dan isu
pendidikan di peringkat nasional dan global berkaitan
bidang pengkhususan yang diikuti; dan
5. melaksanakan kajian yang berkaitan dengan bidang
pengkhususan yang diikuti.
Secara Luar Pesisir
(Offshore)
Bidang Pengkhususan
Dua (2) bidang pengkhususan akan
ditawarkan:
� Pengajian Kurikulum
� Pengurusan dan Pentadbiran
Pendidikan
Calon boleh memilih salah satu daripada
dua bidang pengkhususan.
PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
Nama Ijazah yang
akan dianugerahkan:
IIIjjjaaazzzaaahhh SSSaaarrrjjjaaannnaaa
PPPeeennndddiiidddiiikkkaaannn
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan untuk mengikuti program
ini seperti yang ditetapkan oleh USM dan
Pusat Pengajian untuk Sarjana Pendidikan
Kerja Kursus. Calon mesti mempunyai/
memenuhi:
1. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf
sekurang-kurangnya dengan Kepujian
Kelas Kedua Tinggi atau PNGK 2.75
ke atas;
2. kelayakan/pengalaman profesional
dalam pendidikan atau bidang yang
berkaitan yang diiktiraf;
3. pengalaman mengajar atau pengalaman
yang berkaitan dengan bidang
pendidikan sekurang-kurangnya
2 tahun;
4. keperluan Bahasa Malaysia yang
ditetapkan oleh Senat USM; dan
5. keperluan lain yang tertakluk kepada
syarat-syarat Universiti.
Kerjasama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, USM dan Usains Holding Sdn. Bhd. (Dimiliki penuh oleh Universiti Sains Malaysia)
Jangka Masa Pengajian/Kaedah
2 Tahun (4 Semester)
Jangka masa program ini dijalankan meliputi tempoh masa
2 tahun untuk komponen kerja kursus dan projek
penyelidikan.
Kuliah dan tutorial adalah secara berkala pada hujung minggu.
Jadual perjumpaan dan perbincangan secara bersemuka untuk
penyeliaan projek penyelidikan secara bersemuka antara
pensyarah dan pelajar akan ditetapkan.
Struktur Program
Seseorang calon WAJIB mendaftar sebanyak 6 kursus
(sejumlah 24 unit) dalam Komponen Kerja Kursus dan
3 kursus (16 unit) dalam Komponen Penyelidikan.
M.Ed Kerja Kursus (40 unit)
Komponen Kerja Kursus
(24 unit)
Komponen Penyelidikan
(16 unit)
Kursus
Pengkhususan
(TERAS)
2-4 kursus
(8-16 unit)
Kursus
Kemahiran
Penyelidikan
(TERAS)
2 kursus
(8 unit)
Kursus
Pengembangan
Ilmu (ELEKTIF)
2-4 kursus
(8-16 unit)
Projek
Penyelidikan
(TERAS)
(8 unit)
JUMLAH 6 kursus
(24 unit) JUMLAH 3 kursus
(16 unit)
Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar yang akan digunakan ialah bahasa Malaysia.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat kursus sedia ada
dalam bidang pengkhususan berkaitan yang menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, pengajaran akan
menggunakan bahasa Inggeris selaras dengan pelaksanaan
kursus ini di kampus induk.