sang merak dan sang arnab

Upload: shangkaran-manickam

Post on 03-Nov-2015

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bhb

TRANSCRIPT

SANG MERAK DAN SANG ARNAB

Sang Arnab sangat risau kerana ekornya pendek. Ia ingin benar ekornya panjang dan cantik. Sang Arnab mahu ekornya seperti ekor merak. Ekor merak panjang dan cantik. Semua manusia memuji kecantikan ekor merak.

Pada suatu hari, Sang Arnab berjumpa dengan Sang Merak. Sang Arnab memuji kecantikan Sang Merak. Sang Merak berasa bangga kerana mendapat pujian. Sang Merak mengembangkan ekornya. Ekornya sangat cantik. Sang Arnab terus memuji kecantikan Sang Merak. Namun, Sang Arnab memuji Sang Merak kerana ada tujuan lain. Sang Arnab ingin meminjam ekor Sang Merak. Sang Merak bersetuju meminjamkan ekornya kepada arnab. Sang Merak membuat pertukaran ekor dengan arnab. Sang Arnab memakai ekor Sang Merak. Sang Merak memakai ekor Sang Arnab. Alangkah gembiranya Sang Arnab apabila mendapat ekor Sang Merak.Sang Arnab berlari ke sana dan ke mari. Sang Arnab menari-menari di tengah padang.Merak pula memakai ekor arnab. Alangkah terperanjatnya merak kerana mendapati dirinya berekor kontot. Pang! Tiba-tiba terdengar bunyi senapang. Sang Arnab termengah-mengah lari masuk ke dalam hutan. Ia pergi berjumpa Sang Merak dan menceritakan bahawa ia ditembak oleh pemburu. Nasibnya baik kerana tidak terkena peluru pemburu. Sang Arnab meminta semula ekornya. Mereka bertukar ekor masing-masing. Sang Arnab tidak mahu memakai ekor Sang Merak lagi. "Biarlah ekorku pendek dan tidak cantik, asalkan diriku selamat," fikir Sang Arnab.

Pengajaran: Kita haruslah bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita. Setiap kurniaan Tuhan pastilah ada kebaikannya untuk diri kita.PENEBANG KAYU DENGAN ANAKNYADi dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin. Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.Bagaimana nanti kalau jiran-tetangga kita menanya tentang ayah? Tanya isteri penebang kayu. Kamu beritahulah mereka bahawa dia tinggal di tokong untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.Keesokkan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut. Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa sibuk. Kami ingin membawa ayah ke tempat yangs selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknnya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!. Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan. Ayah, kata anak penebang kayu dengan lembut, Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya Marilah kita pulang ke rumah ayah.Pengajaran : Kita perlu menjaga ibu bapa kita selepas kita menjadi dewasa. Ia adalah tanggungjawab kita untuk menjaga ibubapa kita. Kita perlu menghargai pengorbanan mereka sepanjang hidup kita. Tanpa mereka kita tidak dapat mencapai matlamat hidup kita.