dongeng sang puteri.pptx

Upload: dan-dan-moshi

Post on 14-Jan-2016

285 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Dongeng Sang Puteri (Wan Ahmad Ismail)

Dongeng Sang Puteri (Wan Ahmad Ismail)

Pemikiran

Perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Ayahanda Puteri iaitu Tengku Mahmud, golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitu seorang penari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. Bonda Puteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaan darjat antara mereka.

PersoalanPersoalan kemiskinan hidup masyarakat.Contoh: Nenek Kebayan dan Puteri hidup di dalam keadaan daif di kawasan setinggan.

Persoalan penguasaan ekonomi oleh pendatang.Contoh:Nenek Kebayan hidup merempat di tanah air sendiri berbanding dengan golongan penjajah.

Persoalan isu pemerdagangan manusia.Contoh: Mamat berasa risau apabila mendapati puteri hilang. Dia risau jika puteri di culik atau diperdagangkan .

Persoalan kasih sayang dalam keluarga.Contoh:Tengku Mahmud amat menyayangi anaknya dan berusaha mencari anaknya walaupun sudah 17 tahun tidak berjumpa.

Persoalan mementingkan darjat, status.Contoh: Ibu Puteri dihalau keluar oleh keluarga Tengku Mahmud yg berketurunan istana setelah dia adalah penari kelab malam.Watak dan Perwatakan

Puteri Lelawati AyuSeorang yang penyayangContoh : Puteri amat menyayangi Nenek Kebayan

Seorang yang suka merendah diriContoh : Puteri selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat.

Seorang yang setiaContoh : Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana.

Seorang yang tidak suka meminta-mintaContoh : Puteri berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka.

Seorang yang tabahContoh : Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.

Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.Contoh : Puteri tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut

Nenek KebayanSeorang yang penyayangContoh, dia amat menyayangi puteri dan bonda puteri

Seorang yang tabah.Contoh : Nenek Kebayan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun hidup dalam zaman penjajahan Jepun.

Seorang yang taat kepada perintah Allah.Contoh : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan solat, selalu membaca Al-Quran, dan patuh pada hukum hakam agama.

Seorang yang suka berceritaContoh : Nenek Kebayan bercerita keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.

Seorang yang tidak suka meminta-minta.Contoh : walaupun hidup menderita pada zaman Jepun akibat kekurangan makanan dan kezaliman Jepun, Nenek Kebayan tidak meminta-minta.

Seorang yang bertanggungjawab.Contoh : Nenek Kebayan sangat bertanggungjawab menjaga Puteri dari kecil hingga besar seperti cucunya sendiri.

Tengku Mahmud Baginda

Seorang yang bertimbang rasaContoh: Baginda tidak mendesak Puteri untuk tinggal bersama-samanya di istana tetapi baginda memberikan masa untuk Puteri berbincang dengan neneknya dan berfikir tentang tawaran baginda tersebut.

Seorang yang tidak beraniContoh: Baginda tidak dapat mempertahankan isterinya yang telah disingkirkan dari istana hanya kerana isterinya merupakan seorang penari joget.

Putera Zainal AbidinSeorang yang bijak menyamarContoh: Putera telah menyamar sebagai pemungut barang buangan sewaktu baginda ingin mendekati Puteri dengan nenaknya.

Seorang yang pemurahContoh: Putera ingin membelanja nenek Puteri, Mamat dan Puteri makan sarapan di kedai makan besar.

Seorang yang berkebolehanContoh: Putera memiliki kebolehan bermain sandiwara, membuat topeng, kipas dan terompah.Mamat Besar Jalil

Seorang yang baik hatiContoh: Mamat selalu mengutamakan Puteri iaitu apabila dia membawa makanan kepada Puteri.

Seorang budak lelaki yang nakalContoh: Mamat pernah mencuri topeng kepunyaan Putera.

Seorang yang penyayangContoh : Mamat menyayangi Puteri.

PlotPermulaan

Putera mengejar Mamat yang telah mencuri topeng dan kipas yang merupakan barangan jualan Putera.

Perkembangan Puteri bermimpi mendengar suatu suara yang mengkehendakinya berkahwin dengan anak raja dan menjadi menantu raja. Puteri menerima subang sebelah dan sepersalinan baju daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui Mamat. Tengku Mahmud Baginda mengupah Putera Zainal Abidin untuk mencari Puteri (anaknya) yang telah terpisah selama 18 tahun. Tengku Mahmud Baginda mengidapi penyakit leukemia

Klimaks/Puncak Tengku Mahmud Baginda mengakui bahawa Puteri adalah anak kandungnya dan disahkan oleh Kebayan. Tengku Mahmud Baginda mempelawa Puteri untuk tinggal bersamanya di istana.

Peleraian Puteri membuat keputusan untuk tinggal bersama nenek Kebayan di kawasan setinggan.