drama donggeng sang puteri

25
ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA “DONGENG SANG PUTERI” (KARYA WAN AHMAD ISMAIL) 01. PEMIKIRAN 02. PERSOALAN 1 PEMIKIRAN Perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Ayahanda Puteri iaitu Tengku Mahmud , golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitiu seorang penari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. Bonda Puteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaan darjat antara mereka. PERSOALAN 1. Kemiskinan hidup masyarakat. Contoh - Nenek Kebayan dan Puteri hidup di dalam keadaan daif di kawasan setinggan. 2. Penguasaan ekonomi oleh pendatang. Contoh – Nenek Kebayan hidup merempat di tanah air sendiri berbanding dengan golongan penjajah. 3. Isu pemerdagangan manusia. Contoh – Mamat berasa risau apabila mendapati puteri hilang. Dia risau jika puteri di culik atau diperdagangkan . 4. Kasih sayang dalam keluarga. Contoh – Tengku Mahmud amat menyayangi anaknya dan berusaha mencari anaknya walaupun sudah 17 tahun tidak berjumpa. 5. Mementingkan darjat, status. Contoh – Ibu Puteri dihalau keluar oleh keluarga Tengku Mahmud yg berketurunan istana setelah dia adalah penari kelab malam. 7. Keperitan hidup zaman penjajahan. Contoh – Nenek Kebayan hidup menderita pada zaman penjajahan Jepun dan terpaksa makan

Upload: jaklin-empol

Post on 28-Oct-2015

263 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Drama Donggeng Sang Puteri

ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA “DONGENG SANG PUTERI”

(KARYA WAN AHMAD ISMAIL)

01. PEMIKIRAN

02. PERSOALAN

1

PEMIKIRAN

Perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Ayahanda Puteri iaitu Tengku Mahmud , golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitiu seorang penari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. Bonda Puteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaan darjat antara mereka.

PERSOALAN

1. Kemiskinan hidup masyarakat. Contoh - Nenek Kebayan dan Puteri hidup di dalam keadaan daif di kawasan setinggan.

2. Penguasaan ekonomi oleh pendatang. Contoh – Nenek Kebayan hidup merempat di tanah air sendiri berbanding dengan golongan penjajah.

3. Isu pemerdagangan manusia. Contoh – Mamat berasa risau apabila mendapati puteri hilang. Dia risau jika puteri di culik atau diperdagangkan .

4. Kasih sayang dalam keluarga. Contoh – Tengku Mahmud amat menyayangi anaknya dan berusaha mencari anaknya walaupun sudah 17 tahun tidak berjumpa.

5. Mementingkan darjat, status. Contoh – Ibu Puteri dihalau keluar oleh keluarga Tengku Mahmud yg berketurunan istana setelah dia adalah penari kelab malam.

7. Keperitan hidup zaman penjajahan. Contoh – Nenek Kebayan hidup menderita pada zaman penjajahan Jepun dan terpaksa makan ubi kayu. Mereka juga dipaksa minum air sabun.

Page 2: Drama Donggeng Sang Puteri

03. WATAK PERWATAKAN

1. PUTERI LELAWATI AYU (WATAK UTAMA)a) Penyayang

Contoh, dia amat menyayangi Nenek Kebayanb) Seorang yang suka merendah diri

Contoh, Puteri selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat.

c) Seorang yang setia Contoh, Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana.

d) Seorang yang tidak suka meminta-mintaContoh, Puteri berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka.

e) Seorang yang tabahContoh, Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.

f) Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.Contoh, Puteri tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut

2. NENEK KEBAYAN (WATAK SAMPINGAN)a) Penyayang

Contoh, dia amat menyayangi puteri dan bonda puterib) Seorang yang tabah.

Contoh, Nenek Kebayan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun hidup dalam zaman penjajahan Jepun.

c) Seorang yang taat kepada perintah Allah.Contoh, Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan solat, selalu membaca Al-Quran, dan patuh pada hukum hakam agama.

d) Seorang yang suka berceritaContoh, Nenek Kebayan bercerita keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.

e) Seorang yang tidak suka meminta-minta.Contoh, walaupun hidup menderita pada zaman Jepun akibat kekurangan makanan dan kezaliman Jepun, Nenek Kebayan tidak meminta-minta.

f) Seorang yang bertanggungjawab.Contoh, Nenek Kebayan sangat bertanggungjawab menjaga Puteri dari kecil hingga besar seperti cucunya sendiri.

2

Page 3: Drama Donggeng Sang Puteri

3. TENGKU MAHMUD BAGINDAa) Seorang yang bertimbang rasa

Contoh: Baginda tidak mendesak Puteri untuk tinggal bersama-samanya di istana tetapi baginda memberikan masa untuk Puteri berbincang dengan neneknya dan berfikir tentang tawaran baginda tersebut.

b) Seorang yang tidak beraniContoh: Baginda tidak dapat mempertahankan isterinya yang telah disingkirkan dari istana hanya kerana isterinya merupakan seorang penari joget.

4. PUTERA ZAINAL ABIDINa) Seorang yang bijak menyamar

Contoh: Putera telah menyamar sebagai pemungut barang buangan sewaktu baginda ingin mendekati Puteri dengan nenaknya.

b) Seorang yang pemurahContoh: Putera ingin membelanja nenek Puteri, Mamat dan Puteri makan sarapan di kedai makan besar.

c) Seorang yang berkebolehanContoh: Putera memiliki kebolehan bermain sandiwara, membuat topeng, kipas dan terompah.

5. MAMAT BESAR JALILa) Seorang yang baik hati

Contoh: Mamat selalu mengutamakan Puteri iaitu apabila dia membawa makanan kepada Puteri.

b) Seorang budak lelaki yang nakalContoh: Mamat pernah mencuri topeng kepunyaan Putera.

c) Seorang yang penyayangContoh : Mamat menyayangi Puteri.

3

Page 4: Drama Donggeng Sang Puteri

04. PLOT

4.1 BINAAN PLOT

Permulaan Putera mengejar Mamat yang telah mencuri topeng dan kipas yang merupakan barangan jualan Putera.

Perkembangan Puteri bermimpi mendengar suatu suara yang mengkehendakinya berkahwin dengan anak raja dan menjadi menantu raja.

Puteri menerima subang sebelah dan sepersalinan baju daripada seorang lelaki yang tidak dikenali melalui Mamat.

Tengku Mahmud Baginda mengupah Putera Zainal Abidin untuk mencari Puteri (anaknya) yang telah terpisah selama 18 tahun.

Tengku Mahmud Baginda mengidapi penyakit leukemia.

Klimaks/Puncak Tengku Mahmud Baginda mengakui bahawa Puteri adalah anak kandungnya dan disahkan oleh Kebayan.Tengku Mahmud Baginda mempelawa Puteri untuk tinggal bersamanya di istana.

Penurunan .Tengku Mahmud memujuk Puteri dan nenek Puteri untuk tinggal di istana.

Tengku Mahmud memberi jaminan bahawa adat peraturan istana tidak lagi seperti dahulu.

Peleraian Puteri membuat keputusan untuk tinggal bersama nenek Kebayan di kawasan setinggan.

4

Page 5: Drama Donggeng Sang Puteri

4.2 TEKNIK PLOT

05. LATAR MASA

5

DialogContoh :Putera : Bagaimana, Ku?Mahmud : Bagaimana apa?Putera: Penyakit leukemia Ku?

(Dongeng Sang Puteri - halaman 255)

PemerianContoh :MAMAT mengeluarkan bungkusan kecil dari saku bajunya. Di berikan kepada Puteri ......... Dia mendapati ada sebentuk subang.

(Dongeng Sang Puteri – halaman 239)

Saspen

Contoh :Mamat : Kan Tengku Mahmud sakit leukemia, waktu untuknya hampir mati. Puteri tidak diberitahu?

(Dongeng Sang Puteri – halaman 280)

Imbas Kembali Contoh:Nenek Kebayan teringat kembali kesusahan semasa zaman penjajahan Jepun di mana dia terpaksa makan ubi kayu. Mereka juga di paksa minum air sabun dan dipijak perut mereka.

(Dongeng Sang Puteri – halaman 234)

Imbas Muka

Contoh :Bangun untuk menjadi puteri raja yang boleh menitah supaya lelaki yang ingin mengahwini kamu menghantar sedulang darah nyamuk....

(Dongeng Sang Puteri – halaman 231)

Page 6: Drama Donggeng Sang Puteri

06. LATAR TEMPAT

07. LATAR MASYARAKAT

6

LATAR MASA

1. Keseluruhannya menggunakan latar masa era moden yakni selepas zaman kemerdekaan.Contoh kewujudan makanan barat seperti burger dan ais coke.

2. Tengah hari Contohnya: Sewaktu Kebayan Kembang Kasturi mengejutkan Putera Zainal Abidin yang tidur di tempat Puteri Lelawati Ayu .

LATAR MASA

1. Kampung Setinggan

- Tempat tinggal Puteri dan Kebayan- Tempat di mana Kebayan membesarkan Puteri- Tempat yang kotor dan daif- Tengku Mahmud jumpa semula anaknya selepas 18 tahun.

2. Rumah Besar / Istana

- Tempat tinggal Tengku Mahmud - Istana bagi golongan bangsawan- Ibu Puteri di halau kerana dia penari kelab malam.

3. Nite Club / Kelab Malam

- Tempat di mana Tengku Mahmud berjumpa ibu Puteri sehingga mereka berkahwin dan ibu puteri mengandung

3. Nite Club / Kelab Malam

- Tempat di mana Tengku Mahmud berjumpa ibu Puteri sehingga mereka berkahwin dan ibu puteri mengandung

Page 7: Drama Donggeng Sang Puteri

08.

09.

08. NILAI

7

1. Masyarakat Istana / Golongan Bangsawan

Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan Bangsawan / Istana.

4. Masyarakat Yang Suka Bersedekah

3. Masyarakat Yang Penyayang

2. Masyarakat Melayu Setinggan

Puteri dan Kebayan ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor.

Mamat dan Puteri menerima makanan dan pakaian dari sedekah seseorang yang baik hati.

Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya. Walaupun terpisah 16 tahun, baginda tetap mencari anaknya.

8. Masyarakat Yang Suka Tolong Menolong

7. Masyarkat Yang Miskin

6. Masyarakat Yang Melakukan Aktiviti Kraftangan

5. Masyarakat Yang Mentaati Perintah Allah

Ibu Puteri telah meninggal dunia semasa sedang solat walaupun dia seorang penari kelab malam.

Putera melakukan kerja kraftangan untuk menyara hidup seperti membuat topeng, terompah.

Kebayan menjaga Puteri dalam serba kekurangan di kaasan setinggan yang kotor dan daif.

Mamat sentiasa membantu Puteri dan Kebayan.

Page 8: Drama Donggeng Sang Puteri

1. Nilai kasih sayang

Contoh: Puteri yang begitu menyayangi nenek (Kebayan) hingga dia sanggup tinggal bersama nenek itu di kawasan setinggan yang kotor dan busuk demi kasih dan sayangnya terhadap nenek itu.

2. Nilai ketaatan kepada agama

Contoh: Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang, selalu mengaji Al-Quran, mengikut hukum-hakam dan perintah Allah.

3. Nilai ketabahan

Contoh: Nenek Kebayan merupakan seorang wanita tua yang tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dalam kehidupannya. Meski hidup dalam kemiskinan di kawasan setinggan, Nenek Kebayan tetap membesarkan Puteri walaupun mengalami kesempitan hidup.

4. Nilai kerajinanNilai kerajinan dapat memberikan kita kesenangan pada masa depan.

Contoh: Nenek Kebayan rajin berusaha untuk memperolehi rezeki yang halal. Walaupun dia hanya berjaja, tetapi pekerjaan itu tidak pernah disesalinya, malah dia lebih suka berjaja kerana akan mendapat sesuatu yang baik dalam hidupnya.

5. Nilai pemurahSifat pemurah membolehkan kita membantu golongan yang miskin.

Contoh: Putera merupakan seorang yang pemurah kerana telah memberikan makanan yang enak dan pakaian yang cantik kepada Nenek Kebayan dan Puteri.

6. Nilai bertanggungjawabSifat bertanggungjawab amat penting bagi seseorang yang menjalani kehidupan di

dunia ini.

Contoh: Nenek Kebayan ialah seorang yang bertanggungjawab kerana telah membesarkan Puteri dengan baik selama 16 tahun setelah ditinggalkan oleh bondanya.

09.PENGAJARAN

8

Page 9: Drama Donggeng Sang Puteri

a. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau kelas dalam kehidupan kerana akan mendatangkan kesan negatif kepada kita.Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku Mahmud Baginda telah mengahwini anak Kebayan Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. Kesannya telah menyebabkan isterinya disingkirkan dari istana.

b. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada kita.Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 16 tahun setelah kematian bondanya.

c. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama.Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.

d. Kita hendaklah sentiasa mengawal pergerakan anak-anak kita agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak sihat.Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget tanpa pengetahuan Kebayan Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi pergerakan anaknya itu.

e. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita.Contohnya : Kebayan Kembang Kasturi tabah menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.

10. GAYA BAHASA

Jenis Gaya Maksud/Huraian Contoh daripada teks

9

Page 10: Drama Donggeng Sang Puteri

Bahasa

Personifikasi 1. Dikenal juga sebagai unsur perorangan.

2. Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat  manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.

3. Cerita mimpi nek, mimpi bodoh (hlm233)Jangan lanjutkan cerita yang pilu

Simile Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak boleh dihitung)

Cantiknya macam bonda kamu (ms 240)

Tentunya cantik semacam neneknya itu (ms 247)

Metafora

 

Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat, dan sebagainya

4. Lembah buangan (hlm 238)

Hiperbola Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya

Jambatan emas (hlm 231)

 Sinkof Bermaksud penyingkatan perkataan

nek (hlm 233) [nenek]tak (hlm 238) [tidak], nak (hlm238) [hendak]aja (hlm 239) [sahaja]ni (hlm 343) [ini]tu (hlm 246) [itu]

 Bahasa asing Perkataan daripada bahasa asing (selain bahasa Melayu) yang terdapat dalam teks sastera

Bahasa Hindi: Maharaja Mughai Shah Jahan, Taj Mahal, Jamunadi Agara, Khurram, (hlm 232)

Bahasa Inggeris: coke, burger (ms 236)Bahasa istana Beradu

bertitah (hlm 1)

10

Page 11: Drama Donggeng Sang Puteri

Peribahasa/ Simpulan bahasa

Anak buangan (hlm 233)Memilih bulu (hlm 245)

Inversi Pembalikkan kata Suara siapa itu? (hlm 233)

Repitisi Lakukan bagaimana? Suara itu hanya menyuruh. Suara siapa itu? (hlm 233)

Barangan mana? Barangan itu? Barangan itu bukan barangan yang terbuang. (hlm 246)

11. SUDUT PANDANGAN

Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin. Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:

Contohnya: KEBAYAN diam seketika. Dia resah, dia gelisah. Dia mundar mandir untuk memberikan jawapan. PUTERA dan PUTERI memerhatikan saja gelagat KEBAYAN itu.

11

Page 12: Drama Donggeng Sang Puteri

SOALAN STRUKTURBAHAGIAN 1

01.

a) Nyatakan dua perwatakan Mamat.

i. _________________________________

ii. _________________________________

b) Siapakah cucu nenek dan nyatakan satu perwatakannya.

i. __________________________________

02.

12

KEBAYAN: La, kamu ni betullah bodoh, tak cerdik, macam budak berumur setahun! Mamat, Putera tu andai saja, tak tahu betul ke tidak. Kamu ni lekas sangat percaya. Kita tunggu Puteri dulu, selepas itu baru kita pergi.PUTERA: Tak apa, kita percaya dia akan pulang. Dia tidak akan mati kelaparan.Tentunya nenek tahu, cucu nenek itu cerdik dan pintar orangnya. Mungkin bukan macam Mamat ni. (Ketawa)

(Dipetik daripada Drama Dongeng Sang Puteri,karya Wan Ahmad Ismail)

PROLOG : (Suara percakapan diperdengarkan dengan bacaan suara yang menggerunkan.) Anakku, seharusnya kamu sudah bangun. Bangun untuk menjadi seorang puteri raja yang boleh menitah supaya lelaki yang ingin mengahwini kamu menghantar sedulang darah nyamuk dan membina sebuah jambatan emas. Anakku, seharusnya kamu sudah duduk di takhta dan memerintah seluruh warga lelaki di negara kamu datang menghadap untuk memilih calon untuk menjadi suami kamu. Pilihlah yang boleh kamu titahkan untuk mengikut telunjuk kamu. Kamu yang menjadi raja, suami kamu yang menjadi hamba. Bangun dan buatlah apa yang kita titahkan. Kamu mesti berkahwin dengan anak raja, menjadi isteri raja muda dan menjadi menantu raja. Beradu di istana dan jangan tidur di tempat buangan sampah yang busuk. (DipetIk daripada Drama Dongeng Sang Puteri, karya Wan Ahmad Ismail.)

Page 13: Drama Donggeng Sang Puteri

a) Nyatakan satu latar masyarakat berserta dengan contoh.

i. _______________________________________

b) Nyatakan satu teknik plot berserta contoh.

i. _______________________________________

03.

a) Nyatakan satu latar masa. i. ______________________________

b) Jelaskan tiga latar masyarakat.

i. ______________________________

ii. ______________________________

iii. ______________________________

04.

13

KEBAYAN : Bukan tiada beras, tiada nasi. Jepun jahat, mereka ambil semua beras orang kampung. Terpaksa makan ubi. Pun kalau ada ubi, kalau tiada makan apa-apa. Macam kita alami sekarang. Kita bernasib baik.

PUTERI: Mana jahat dengan penagih dadah, pencuri yang sering mencuri barangan yang kita dapat hasil kutipan harian kita, nek?

(Dipetik daripada Drama Dongeng Sang Puteri,karya Wan Ahmad Ismail)

PUTERI: Meminta-minta itu, minta sedekah tidak baik Mamat! Seperti yang pernah Puteri dengar, sesiapa yang meminta sedekah, padahal mempunyai kadar yang mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya, maka dia hanya memperbanyak para ahli neraka kepada dirinya. Meminta-minta tak baik, nek!

MAMAT: Mamat tak minta, dia yang bagi, seorang lelaki. Mamat lupa nama dia, tapi Mamat selalu bergaul, bercakap, bermain, bergurau dengan dia tu. Mamat tak minta sedekah pun.

(Dipetik daripada Drama Dongeng Sang Puteri,karya Wan Ahmad Ismail)

Page 14: Drama Donggeng Sang Puteri

Jelaskan dua pengajaran beserta contoh.

i. ______________________________________________

ii. ______________________________________________

05.

Berikan dua contoh bagi setiap gaya bahasa di bawah berdasarkan petikan di atas.

a.repitisi

i. _________________________________

ii. _________________________________

14

KEBAYAN : Bangun! Bangun Puteri! Matahari dah meninggi ni. Tak baik tidur tengah hari. Dah sembahyang subuh ke belum budak bahagia ni, bangun, bangun …lah, degil betul budak yatim piatu ni. Nenek kata bangun, bangunlah. Bangun!

(Dipetik daripada Drama Dongeng Sang Puteri,karya Wan Ahmad Ismail)

Page 15: Drama Donggeng Sang Puteri

b.sinkope

i. _________________________________

ii. _________________________________

SOALAN ESEIBAHAGIAN 2

01.Huraikan pemikiran beserta contoh berdasarkan drama “Dongeng Sang Puteri” karya Wan Ahmad Ismail.

02.Jelaskan perwatakan bagi watak-watak yang berikut.

a. Kebayan Kembang Kasturib. Puteri Lelawati Ayu

03.Huraikan latar masyarakat berdasarkan drama “Dongeng Sang Puteri” karya Wan Ahmad Ismail.

15

Page 16: Drama Donggeng Sang Puteri

04.Jelaskan lima nilai yang terdapat dalam drama “Dongeng Sang Puteri” karya Wan Ahmad Ismail.

05.Bincangkan lima pengajaran yang terdapat dalam drama “Dongeng Sang Puteri” karya Wan Ahmad Ismail.

SKEMA JAWAPAN

SOALAN STRUKTUR : DRAMA DONGENG SANG PUTERI KARYA WAN AHMAD ISMAIL

JAWAPAN 01.

a. Dua perwatakan Mamat

- bodoh, tak cerdik, macam budak berumur setahun - mudah mempercayai orang lain.

b. Cucu Nenek Kebayan dan perwatakannya -Puteri/Puteri Lelawati Ayu Perwatakan puteri: cerdik dan pintar

16

Page 17: Drama Donggeng Sang Puteri

JAWAPAN 02.

a. Satu latar masyarakat beserta contoh. - Masyarakat istana contoh: puteri raja

raja hamba

b. Satu teknik plot beserta contoh - Imbas muka contoh : suara itu membayangkan puteri akan berkahwin dengan anak raja, menjadi isteri raja muda dan menantu raja.

JAWAPAN 03.

a. Satu latar masa zaman pemerintahan Jepun

b. Tiga latar masyarakat: - Masyarakat kampung/desa - Masyarakat yang dijajah - Masyarakat yang tidak bermoral

JAWAPAN 04.

Dua pengajaran beserta contoh.i. kita janganlah mengharap pada pemberian orang contoh: Meminta-minta itu, minta sedekah tidak baik Mamat!

ii. kita haruslah ingat-mengingati contoh: sesiapa yang meminta sedekah, padahal mempunyai kadar mencukupi untuk keperluan pagi dan petangnya,maka dia hanya memperbanyak para ahli neraka kepada dirinya.

JAWAPAN 05.

Berikan dua contoh bagi setiap gaya bahasa.

i. repitisi,

17

Page 18: Drama Donggeng Sang Puteri

contoh: bangun

ni

ii. singkope,contoh: tak

ni dah

SKEMA JAWAPAN

SOALAN ESEI : DRAMA DONGENG SANG PUTERI KARYA WAN AHMAD ISMAIL

JAWAPAN 01.

Pemikiran dalam drama:

Perbezaan darjat antara golongan istana dengan rakyat biasa. Contohnya: Ayahanda Puteri iaitu Tengku Mahmud , golongan istana, telah berkahwin dengan bondanya iaitiu seorang penari kelab malam dan tinggal di kawasan setinggan yang kotor dan busuk. Bonda Puteri telah dihalau keluar dari istana oleh keluarga Tengku Mahmud kerana perbezaan darjat antara mereka.

JAWAPAN 02.

18

Page 19: Drama Donggeng Sang Puteri

a. Perwatakan Kebayan Kembang Kasturi

a) PenyayangContoh, dia amat menyayangi puteri dan bonda puteri

b) Seorang yang tabah.Contoh, Nenek Kebayan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun hidup dalam zaman penjajahan Jepun.

c) Seorang yang taat kepada perintah Allah.Contoh, Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan solat, selalu membaca Al-Quran, dan patuh pada hukum hakam agama.

d) Seorang yang suka berceritaContoh, Nenek Kebayan bercerita keperitan hidup pada zaman pemerintahan Jepun.

e) Seorang yang tidak suka meminta-minta.Contoh, walaupun hidup menderita pada zaman Jepun akibat kekurangan makanan dan kezaliman Jepun, Nenek Kebayan tidak meminta-minta.

f) Seorang yang bertanggungjawab.Contoh, Nenek Kebayan sangat bertanggungjawab menjaga Puteri dari kecil hingga besar seperti cucunya sendiri.

b. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu

a) PenyayangContoh, dia amat menyayangi Nenek Kebayan

b) Seorang yang suka merendah diriContoh, Puteri selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal dia seorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat.

c) Seorang yang setia Contoh, Puteri tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan, walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal di istana.

d) Seorang yang tidak suka meminta-mintaContoh, Puteri berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakan ahli neraka.

e) Seorang yang tabahContoh, Puteri tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setinggan yang busuk dan kotor.

f) Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain.Contoh, Puteri tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa baginda merupakan ayahanda Puteri. Puteri menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut.

JAWAPAN 03.

Latar Masyarakat dalam drama.

19

Page 20: Drama Donggeng Sang Puteri

a. Masyarakat istana / golongan bangsawan Contohnya: Watak Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan Bangsawan / Istana.

b. Masyarakat Melayu setinggan Contohnya: Watak Puteri Lelawati Ayu dan Kebayan Kembang Kasturi merupakan penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor.

c. Masyarakat yang penyayang Contohnya: Watak Tengku Mahmud Baginda yang sangat menyayangi Puteri Lelawati Ayu walaupun telah terpisah selama 16 tahun namun baginda tetap mencari anaknya yang telah terpisah.

d. Masyarakat yang suka bersedekah Contohnya : Watak Mamat dan Puteri Lelawati Ayu yang telah menerima sedekah makanan daripada seseorang iaitu Putera Zainal Abidin.

e. Masyarakat yang mentaati perintah Allah. Contohnya: Nenek Kebayan Kembang Kasturi yang tidak pernah meninggalkan solat dan sentiasa membaca Al-Quran.

JAWAPAN 04.

Lima nilai dalam drama

1. Nilai kasih sayang

Contoh: Puteri yang begitu menyayangi nenek (Kebayan) hingga dia sanggup tinggal bersama nenek itu di kawasan setinggan yang kotor dan busuk demi kasih dan sayangnya terhadap nenek itu.

2. Nilai ketaatan kepada agama

Contoh: Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang, selalu mengaji Al-Quran, mengikut hukum-hakam dan perintah Allah.

3. Nilai ketabahan

Contoh: Nenek Kebayan merupakan seorang wanita tua yang tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dalam kehidupannya. Meski hidup dalam kemiskinan di

20

Page 21: Drama Donggeng Sang Puteri

kawasan setinggan, Nenek Kebayan tetap membesarkan Puteri walaupun mengalami kesempitan hidup.

4. Nilai kerajinanNilai kerajinan dapat memberikan kita kesenangan pada masa depan.

Contoh: Nenek Kebayan rajin berusaha untuk memperolehi rezeki yang halal. Walaupun dia hanya berjaja, tetapi pekerjaan itu tidak pernah disesalinya, malah dia lebih suka berjaja kerana akan mendapat sesuatu yang baik dalam hidupnya.

5. Nilai pemurahSifat pemurah membolehkan kita membantu golongan yang miskin.

Contoh: Putera merupakan seorang yang pemurah kerana telah memberikan makanan yang enak dan pakaian yang cantik kepada Nenek Kebayan dan Puteri.

6. Nilai bertanggungjawabSifat bertanggungjawab amat penting bagi seseorang yang menjalani kehidupan di

dunia ini.

Contoh: Nenek Kebayan ialah seorang yang bertanggungjawab kerana telah membesarkan Puteri dengan baik selama 16 tahun setelah ditinggalkan oleh bondanya.

JAWAPAN 05.

Lima pengajaran dalam drama.

a. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau kelas dalam kehidupan kerana akan mendatangkan kesan negatif kepada kita.Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku Mahmud Baginda telah mengahwini anak Kebayan Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget. Kesannya telah menyebabkan isterinya disingkirkan dari istana.

b. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada kita kerana itu adalah tanggungjawab yang harus kita laksanakan.Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah memelihara Puteri Lelawati Ayu selama 16 tahun setelah kematian bondanya.

c. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama kerana dengan adanya pegangan agama akan menjadi panduan hidup kepada kita walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

21

Page 22: Drama Donggeng Sang Puteri

Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan selalu membaca Al-Quran.

d. Kita hendaklah sentiasa mengawal pergerakan anak-anak kita agar mereka tidak melakukan perkara yang tidak sihat yang akhirnya dipandang rendah oleh masyarakat.Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget tanpa pengetahuan Kebayan Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi pergerakan anaknya itu.

e. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita walaupun pelbagai keperitan hidup yang harus kita hadapi.Contohnya : Kebayan Kembang Kasturi tabah menghadapi penderitaan hidup sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.

22