sang kembala kuda

Click here to load reader

Upload: choo017

Post on 11-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

This is a presentation about "Sang Gembala Kembala-Komsas Tingkatan 4" Hopefully this presentation will help you!

TRANSCRIPT

Sang Kembala Kuda

Sang Kembala KudaMaksud SajakRangkap 1Dia lelaki bergelar perkasaDengan cemeti keberanian di tanganRembat angkuhnya memacu takutMenghalau kuda-kuda di padangBerebutan memburu kandang.

MaksudSang gembala kuda ialah seorang lelaki yang gagah. Berbekalkan keberanian yang dimilikinya, dia dengan angkuh merembat kuda dengan menggunakan cemeti untuk menakutkan kuda-kuda itu sambil menghalau kuda-kuda yang sedang berada di padang bersegera balik ke kandang.

Rangkap 2Rumput dan jerami yang terhidangAdalah kanun janji kesetiaanDimamah rakus kala laparTak peduli nasib diri setelah kenyangJadi tunggangan memburu rakan.Sementera itu, rumput dan jerami merupakan makanan yang lazim terhidang dan akan dimakan oleh kuda-kuda ketika lapar. Setelah kenyang, kuda-kuda itu tidak peduli akan nasib mereka dijadikan kuda tunggangan untuk menjejaki kuda-kuda yang lain.MaksudRangkap 3Dia lelaki punya kuasa Sesekali suaranya lebih gempitaDaripada ringkik kuda sekandangPacuannya diiring seribu keberanianMeredah onak di rimba perburuanMeranduk lumpur di paya penindasanSambil melibas cemeti durjanaDia melampar muslihatAku penyelamat maruahBerjuang atas dasar kebenaranMenentang semua kebobrokan.

Dengan kuasa yang ada padanya dan apabila sesekali bersuara nyaring, sang gembala kuda begitu berani dan yakin menunggang kuda-kuda itu menempuh segala rintangan dan kepayahan. Dai bijak menggunakan tipu helahnya dengan berpura-pura sebagai penyelamat maruah yang kononnya berjuang atas dasar kebenaran dan menentang segala penipuan.MaksudRangkap 4Dia lelaki sang gembala kudaHanya mengenal pantas tungganganTanpa membaca keletihannyaDia lelaki sang gembala kudaHanya tahu mengejar kehebatanTanpa menghitung kesakitannyaDan kuda-kuda itu ditunggangiDitunggangi dan ditunggangi!Sang gembala kuda ialah seorang lelaki yang hanya ingin mengetahui kepantasan larian kudanya tanpa mempedulikan kepenatan kuda itu. Sang gembala kuda juga hanya tahu mengejar kejayaan tanpa mengambil kira kesengasaraan kuda itu. Sang gembala kuda hanya mementingkan diri apabila kuda-kuda itu terus ditunggangi berulang-ulang kali tanpa rasa belas.MaksudTemaTemaSajak ini bertemakan kekuasaan penjaga kuda dan penganiayaan tenaga haiwan yang dilakukannya terhadap kuda-kuda tunggangannya.PersoalanPersoalanKekuasaan mempengaruhi gaya kepemimpinan.Ketegasan dalam memimpinPenganiayaan terhadap haiwan.Kepatuhan menurut perintah.Keberanian menempuh cabaran dan rintangan.Kebijaksanaan mengeksploitasi golongan yang lemahPasrah dan reda akan ketentuan Ilahi.Bentuk sajakBentuk sajakSajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.Bilangan barisnya tidak sama.Jumlah patah kata dalam setiap baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga enam patah kata sebaris.Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata.Rima akhir sajak ini bebas (abcdd,abcad,aabcccadecc dan abaabacc.)Gaya bahasa dan keindahan bunyiGaya bahasaContoh1. Pemilihan kata yang indah(a)Rembat angkuhnya memacu takut(b)Meredah onak di rimba perburuan2. EpiforaPerulangan kata ditunggangi3. Repetisi(Perulangan)Ditunggangi dan ditunggangi4. Metafora(a)Rimba pemburuan(bPaya penindasanCemeti durjana5. Personifikasi(a)Rembat angkuhnya memacu takut(b)Pacuannya diiiring seribu keberanian6. HiperbolaDimamah rakus kala lapar7. SinkopeTak peduli nasib diri setelah kenyang8. InversiDan kuda-kuda itu ditunggangi dari9. Asonansi(a)Sesekali suaranya lebih gempita(Bunyi vokal i)(b)Menentang semua kebobrokan(Bunyi vokal e)10. AliterasiDitunggangi dan ditunggangi!(Bunyi konsonan d)Dia melampar muslihat(Bunyi konsonan m)NadaNadaSajak ini berda sinis kerana menyatakan sikap mementingkan diri penjaga kuda dalam menjalankan tugasnya hinggan menganiayai dan mengakibatkan soal-soal penjagaan khusus terhadap haiwan itu.NilaiNilai1. Nilai tanggungjawabPenjaga kuda bertanggungjawab menjaga kuda tunggangannya dengan mengurus makan dan minum secara baik.2. Nilai keberanianPenjaga kuda berani menempuh berbagai-bagai kepayahan dan rintangan sewaktu menjaga kuda-kuda itu.3. Nilai kebijaksanaanPenjaga kuda bijak mengawal kuda tunggangannya ketika dia menghalau kuda-kuda itu masuk ke kandang.4.Nilai kegigihanPenjaga kuda gigih melaksanakan tugasnya menjaga kuda-kuda tunggangan walaupun terpaksa menggunakan kekerasan terhadap kuda-kuda itu.5. Nilai kepatuhanSekumpulan kuda digambarkan patuh akan arahan penjaga kuda.PengajaranSekian, terima kasih.