sample kajian

3
Di antara aspek yang perlu kita ambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah mengenai saiz sampel yang akan kita gunakan. Banyak persoalan yang timbul; berapa banyak sampel yang akan kita guna, kena guna saiz sampel yang besar kah untuk dapatkan signifikan, bagaimana nak tentukan saiz sampel, cara apa dan juga betulkah sampel yang kita gunakan itu menepati ciri-ciri populasi kajian . Jika kita menggunakan kajian kuantitatif, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan yang tertentu dengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan dan juga aras keyakinan dan selalunya kita memilih menggunakan ralat persampelan 5%, (significance level ( )- .05) dengan aras keyakinan ( α level of confidence) 95%. Sebagai seorang penyelidik, kita sendiri yang perlu menetapkan aras signifikan kajian kita untuk kita uji hipotesis kajian kita. Aras signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha ). α Terdapat juga penyelidik yang menetapkan aras signifikan alphanya pada .001 dengan aras keyakinan 99%. Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).

Upload: shahirahsharifuddin

Post on 28-Jan-2016

116 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PERSAMPELAN KAJIAN

TRANSCRIPT

Page 1: Sample KAJIAN

Di antara aspek yang perlu kita ambil kira yang melibatkan persampelan kajian ialah mengenai saiz sampel yang akan kita gunakan. Banyak persoalan yang timbul; berapa banyak sampel yang akan kita guna, kena guna saiz sampel yang besar kah untuk dapatkan signifikan, bagaimana nak tentukan saiz sampel, cara apa dan juga betulkah sampel yang kita gunakan itu menepati ciri-ciri populasi kajian….

Jika kita menggunakan kajian kuantitatif, saiz sampel boleh ditentukan dengan menggunakan prosedur pengiraan yang tertentu…dengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan dan juga aras keyakinan…dan selalunya kita memilih menggunakan ralat persampelan 5%, (significance level (α)- .05) dengan aras keyakinan (level of confidence) 95%.

Sebagai seorang penyelidik, kita sendiri yang perlu menetapkan aras signifikan kajian kita untuk kita uji hipotesis kajian kita. Aras signifikan yang biasa ditetapkan dalam penyelidikan Sains Sosial ialah p<.05 (nilai alpha α).  Terdapat juga penyelidik yang menetapkan aras signifikan alphanya pada .001 dengan aras keyakinan 99%.

Biasanya untuk menentukan saiz sampel, kita boleh merujuk jadual penentuan saiz sampel yang telah disediakan seperti jadual Krejcie & Morgan (1970) dan jadual Cohen et al. (2001).

Page 2: Sample KAJIAN

Namun, Krejcie & Morgan (1970) tidak membincangkan secara langsung tentang aras signifikan dan ralat persampelan berbanding dengan Cohen et al. (2001). Selain itu, jika kita tidak mengetahui jumlah populasi kajian, perisian G*Power lebih sesuai kerana ia membantu kita menetapkan saiz sampel dengan mengambil kira saiz kesan (effect size), ralat

Page 3: Sample KAJIAN

persampelan dan juga aras signifikan kajian. Cohen (1977) juga membincangkan tentang saiz kesan ini dalam kajian beliau.

Walauapapun, keputusan pemilihan semuanya bergantung kepada kita sendiri yang menjalankan penyelidikan tersebut. Tidak kira jenis dan prosedur saiz sampel yang kita gunakan perlu ada justifikasinya. Ini penting yang akan membuktikan bahawa kita faham kajian yang kita sendiri jalankan…