sample fiqh rosnani kimsuan

45

Upload: sazahlie

Post on 24-Dec-2015

63 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Kewangan Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan
Page 2: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan
Page 4: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan
Page 5: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

PTS ISLAMIKA SDN. BHD. (847946-W)No 12 & 12A, Jalan DBPDolomite Business Park68100 Batu Caves, Selangor, MalaysiaTel: +6 03 6188 0316 Faks: +6 03 6189 0316E-mel: [email protected]

Laman web rasmi PTS: www.pts.com.myLaman web PTS Islamika: www.ptsislamika.com.myKedai buku online PTS: www.bookcafe.com.myFacebook: www.facebook.com/bukuptsTwitter: www.twitter.com/bukupts

© Dr. Zaharuddin Abd. Rahman, 2014

Terbitan Pertama 2014

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada PTS Islamika Sdn. Bhd.

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit dan penulis buku ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Buku-buku terbitan PTS Islamika Sdn. Bhd. boleh dibeli pada harga diskaun istimewa bagi tujuan kegunaan pelajar, promosi jualan, seminar dan latihan korporat. Maklumat lanjut, sila hubungi bahagian Jualan dan Khidmat Pelanggan, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanZaharuddin Abdul Rahman, 1975- Fiqh Kewangan Islam / Dr. Zaharuddin Abdul Rahman. Includes index Bibliography: page 705 ISBN 978-967-366-196-1 1. Finance--Religious aspects--Islam. 2. Finance (Islamic law). I. Judul. 332.091767

Muka Taip Teks: Cambria

Saiz Taip Teks: 12/16 pt

Dicetak oleh:Diedarkan oleh:PTS PUBLICATIONS &DISTRIBUTORS SDN. BHD.Tel: +6 03 6188 0316Faks: +6 03 6189 0316E-mel: [email protected]

Pengarah Penerbitan:Fauzul Na'im Ishak [email protected]

Pengurus Besar Penerbitan:Mohd Ikram Mohd Nor Wazir [email protected]

Penasihat Akademik: Profesor Emeritus Abdullah Hassan [email protected]

Pengurus Penerbitan:Imran Azmi [email protected]

Timbalan Pengurus Penerbitan: Nora Herni Abdul Rahim [email protected]

Pengarah Seni:Hisham Salmin [email protected]

Pengurus Grafik: Mohd Zaidi Ismail [email protected]

Eksekutif Latihan dan Penerbitan Nur Hafidhzah Mohd Dahri [email protected]

Editor Perolehan: Fazilah Hussain [email protected]

Editor Kreatif Senior: Nawal Hakim Md Yussof [email protected]

Editor Pengurusan:Amiratul Awatif [email protected]

Penyunting:Busra Husin

Pereka Kulit Buku dan Grafik:Mohd Fauzi Burhanudin [email protected]

BS PRINT (M) SDN. BHD.No. 10, Jalan Indrahana 1,Off Jalan Kuchai Lama,58100 Kuala Lumpur.

Page 6: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

DR. ZAHARUDDIN ABD. RAHMAN

Page 7: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Penghargaan ix

Mukaddimah xi

Kandungan

BAB PENDAHULUAN Penerangan Ringkas Berkenaan

Maqasid dan Jual Beli 2

1. Fasal Pertama 4

Pengertian Maqasid

1.1 Unit Pertama 4Pengertian Maqasid Menurut

Bahasa dan Istilah

1.2 Unit Kedua 17Maqasid dan Istilah-Istilah yang

Sama Maksud Dengannya

2. Fasal Kedua 29

Pengertian Maqasid

2.3 Unit Pertama 29Pengertian Jual Beli Menurut

Bahasa dan Istilah

2.4 Unit Kedua 37Hukum Taklifi untuk Jual Beli

2.5 Unit Ketiga 39Pembahagian Jual Beli

2.6 Unit Keempat 47Rukun dan Syarat Jual Beli

2.7 Unit Kelima 52Maqasid Syariah di Sebalik

Pensyariatan Jual Beli

Nota Hujung 62

Page 8: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

BAB SATU Penetapan Maqasid Syariah

dalam Hukum Syarak 87

1. Fasal Pertama 90

Tujuan Syariat Diturunkan

1.1 Unit Pertama 92Maksud Maslahah

1.2 Unit Kedua 95Maksud Syari' dan Asy-Syariat

1.3 Unit Ketiga 99Dalil-Dalil Maslahah kepada Manusia

1.4 Unit Keempat 102Maslahah Duniawi

2. Fasal Kedua 107

“Asal kepada Muamalat adalah Melihat Makna”

2.1 Unit Pertama 108Analisis Kaedah dan Maksudnya

2.2 Unit Kedua 109Dalil-dalil yang Menunjukkan Asal

kepada Muamalat adalah Makna

2.3 Unit Ketiga 114Kaitan Kaedah dengan Hukum Jual Beli

Page 9: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

3. Fasal Ketiga 115

Cara-Cara Penetapan Maqasid Syariah

3.1 Unit Pertama 118Dalil-Dalil Al-Quran dan Sunnah

yang Jelas

3.2 Unit Kedua 153Istiqra’ (Kajian Induksi) Terhadap

Tindakan Syari`

3.3 Unit Ketiga 160Petunjuk Sahabat dalam

Memahami Hukum-Hukum Al-Quran dan Sunnah

3.4 Unit Keempat 163Peranan Akal dalam Menentukan

dan Menetapkan Maqasid

Nota Hujung 173

BAB DUA 213Hukum Jual Beli dan

Objektif Pensyariatannya 213

1. Fasal Pertama 216

Kajian Fiqh dalam Bab Jual Beli daripada Kitab Al-Ikhtiyar Li ta'lil Al-Mukhtar

1.1 Unit Pertama 219Latar Belakang dan Buku Penulis

1.2 Unit Kedua 221Objektif Pensyariatan Undang-Undang

Islam dalam Rukun Jual Beli

1.3 Unit Ketiga 225Objektif Syariah dalam Masalah

Syarat-Syarat Jual Beli

1.4 Unit Keempat 227Objektif Syariah pada Kesahihan

dan Ketidaksahihan Jual Beli

Page 10: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

2. Fasal Kedua 288

Hukum Jual Beli Semasa

2.1 Unit Pertama 290Jual Beli Hak-Hak Maknawi

2.2 Unit Kedua 350Jual Beli Salam

2.3 Unit Ketiga 404Jual Beli Elektronik

2.4 Unit Keempat 482Jual Beli Riba antara Umat Islam

dan Kafir dalam Negara Mereka

2.5 Unit Kelima 533Menjual Peralatan Muzik

Nota Hujung 594

PENUTUP 697

INDEKS 703

BIBLIOGRAFI 707

Page 11: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan
Page 13: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

penghargaan

Menghormati dan menyanjung alim ulama adalah antara prinsip dan akhlak terpuji dalam Islam. Rasulullah s.a.w. menyebutkan dalam sebuah hadith, “Tidak termasuk

daripada golongan kami orang yang tidak menghormati golongan tua, tidak menyayangi golongan muda, dan tidak mengetahui kemuliaan orang tua.”1

Oleh itu, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada guru saya, al-faqih Dr. Muhammad U’qlah Al-Ibrahim yang sudi menyelia tesis ini. Sepanjang berada di bawah seliaan beliau, saya dilimpahkan dengan kebaikannya, akhlaknya, dan ilmunya yang luas. Saya akui penghargaan saya ini tidak mampu menandingi jasa yang diberikannya kepada saya. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya dipanjangkan umurnya, ilmunya sentiasa dapat dimanfaatkan oleh ulama dan penuntut ilmu, dan diberkati ilmu dan zuriatnya.

Jutaan terima kasih juga kepada guru saya, Dr. Zakaria Muhammad Al-Qudhah, anggota unit penyeliaan yang berperanan penting dalam penghasilan tesis ini atas usaha yang diberikannya dalam bentuk pembacaan, pembetulan, dan tunjuk ajar. Begitu juga guru saya, Dr. Abdul Rauf Al-Kharabisyah. Sesungguhnya nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan, menguatkan dan menambahkan lagi nilai ilmiah tesis ini, serta menjadikannya lebih terperinci.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada dua orang guru saya daripada unit viva, iaitu Dr. Abdul Naser Musa Abu Basal dan Dr. Abdul Malik bin Abdul Rahman As-Sa’diy yang sudi membincangkan tesis ini dan membetulkannya, walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing. Saya mendoakan semoga Allah s.w.t. melimpahkan ilmu yang berkat kepada mereka.

Page 14: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islamx

Tidak ketinggalan juga, ucapan terima kasih secara khusus kepada seluruh warga pensyarah di Fakulti Syariah Universiti Yarmouk, dan umumnya kepada semua pensyarah di bumi Jordan yang pernah mencurahkan ilmu kepada saya. Khususnya, Dr. Muhammad Fathi Al-Duraini, Dr. Ziyad Subhi Ziyab, Dr. Abdul Fattah Idris Al-Masri, Dr. Syeikh Fadhl Hassan Abbas, Dr. Ibrahim Khalifah Al-Masri, Dr. Ismail Abu Syariah, Prof. Madya Ahmad As-Saad, Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, Syeikh Syuaib Al-Arnauth, Dr. Nuh Ali Al-Qudhah, Dr. Muhammad Falih, dan Dr. Abdullah Salih. Semoga Allah s.w.t. membalas jasa baik dan memberkati usaha mereka.

Akhir sekali, kepada semua yang membantu dalam menghasilkan tesis ini. Jazakumullah anni khairal jaza’.

1. Direkodkan oleh At-Tirmizi dalam kitab Al-Bir wa As-Silah, no. 1920, 4/322, cetakan Maktabah Islamiyah.

Nota Hujung

Page 15: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

MUKADDIMAH

Segala puji kepada Allah s.w.t. yang mengajar dengan pena, mengajar manusia apa yang dia tidak tahu. Ya Allah, hanya kepada-Mu kami menyembah, kepada-Mu jua

kami solat dan sujud, kepada-Mu kami menuju dan bergerak. Kami mengharap rahmat-Mu, dan kami takut akan azab-Mu. Selawat dan salam untuk hamba-Mu, pesuruh-Mu, makhluk terbaik-Mu, penyampai wahyu-Mu, Muhammad bin Abdullah. Hamba yang Engkau utus sebagai rahmat untuk sekalian alam, hujah kepada sekalian manusia, penyampai berita gembira, pemberi ingatan, penyeru ke jalan-Mu, dan sebagai pelita yang menerangi alam.

Baginda s.a.w. menunaikan amanah yang digalas kepadanya, menasihati umat, menjelaskan Al-Quran yang diturunkan Tuhan kepada manusia. Baginda jualah yang meninggalkan kepada umatnya (agama) yang putih (terang dan jelas). Malamnya seperti siangnya, tidak ada sesiapa akan menyimpang daripadanya, melainkan orang yang binasa.

Ya Allah, limpahkan selawat dan salam kepada junjungan besar kami, Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, dan para sahabatnya yang beriman kepadanya, menyokongnya, menolongnya, dan mengikuti cahaya yang diturunkan bersamanya. Juga kepada mereka yang mencontohinya dan mengikuti petunjuknya sehingga hari pembalasan.

Para sarjana Islam bersepakat, objektif semua agama samawi yang disyariatkan kepada manusia adalah bagi mencapai tujuan-tujuan yang dikehendaki Allah s.w.t. Ini dapat diketahui dengan jelas melalui penelitian terhadap nas-nas yang menerangkan wujudnya hubungan rapat antara hukum-hakam dan tujuan-tujuannya. Ayat-ayat berkaitan fiqh hanya perantara dalam mencapai tujuan-tujuan ini. Apabila meneliti nas-nas, kita dapati banyak ayat Al-Quran yang mengandungi hikmah-

Page 16: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islamxii

hikmah dan sebab-sebab pensyariatannya. Hikmah-hikmah ini menjelaskan tujuan Allah s.w.t. mensyariatkan sesuatu hukum. Terdapat juga dalam sebahagian ayat, Allah s.w.t. menegaskan dengan jelas sebab-sebab itu. Sebagai contoh, Allah s.w.t. menerangkan hikmah penciptaan manusia dan jin dalam surah Az-Zariyat, ayat 56:

Dan tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan bagi menyembah-Ku.

Begitu juga mengenai pengutusan para rasul dan penurunan kitab. Allah s.w.t menerangkan dalam surah Al-Hadid, ayat 25:

Demi sesungguhnya! Kami mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata dan Kami menurunkan bersama-sama mereka kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.

Kita juga dapati tujuan-tujuan ini banyak disebut dalam hadith Nabi. Ini membolehkan sahabat memahami tujuan daripada setiap hukum khususnya yang berkaitan dengan muamalat. Sekiranya terdapat ayat yang tidak menyebutkan sebab-sebab pensyariatannya, maka ia termasuk dalam tujuan-tujuan yang umum.

Berdasarkan perkara di atas, fiqh menjadi bidang yang mampu menyelesaikan segala kesulitan dan permasalahan. Ini kerana, fiqh Islam bersifat hidup dan anjal, iaitu boleh memberikan hukum yang sesuai kepada kes-kes baru yang tidak berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. dan salafus

Page 17: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Mukadimah xiii

soleh. Ia mampu memberi hukum yang khusus untuk setiap permasalahan bersumberkan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w ataupun berdasarkan roh, hikmah, dan rahsia di sebalik sesuatu syariat itu sendiri. Para ilmuwan berkata, “Syariat Islam tidak membawa sesuatu yang bercanggah dengan akal ataupun yang bercanggah dengan ilmu yang benar. Ini adalah salah satu bukti kukuh bahawa apa yang datang daripada Allah s.w.t. bersifat jelas dan tetap, serta sesuai dipraktikkan pada setiap masa dan tempat.” Memandangkan keunikan yang hanya terdapat pada agama Islam ini, saya mengambil keputusan menulis buku berkenaan maqasid syariah yang berkaitan dengan hukum jual beli.

Signifikan kajian ini dapat dilihat berdasarkan perkara-perkara di bawah:

1. Agama Islam yang dibawa oleh Muhammad s.a.w adalah agama yang sempurna, utama, tinggi darjatnya, dan mulia. Padanya terletak segala kebaikan, kesempurnaan, rahmat, keadilan, dan kebijaksanaan. Jadi tidak dinafikan, dalam setiap hukum jual beli yang ditentukan oleh Allah s.w.t. itu tersembunyi di sebaliknya nilai-nilai penting yang perlu dikaji.

2. Menyibukkan diri dalam membincangkan tajuk ini dinilai sebagai amal soleh. Segala usaha mempelajari, mengkaji, ataupun sekadar berfikir tentangnya adalah sebaik-baik amal yang perlu diberikan keutamaan. Ia sejajar dengan perintah Allah s.w.t. dan rasul-Nya supaya kita mengenali nikmat-nikmat-Nya dan membincangkan tentangnya. Ia adalah antara amal soleh yang besar nilainya.

3. Menerangkan kebaikan Islam kepada setiap orang yang mempunyai akal dan fitrah yang sihat adalah satu medium dakwah yang berkesan. Sekiranya ada dalam kalangan pendakwah yang menjelaskan tentang hakikat dan kebaikan Islam menggunakan medium ini, maka pasti

Page 18: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islamxiv

ramai manusia akan tertarik dengan keindahan Islam. Ini kerana, mereka akan melihat agama ini sesuai dengan keperluan dunia dan akhirat.

4. Tajuk ini mampu menghapuskan segala kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan yang menolak hukum-hakam Islam. Ini kerana, ia adalah kebenaran yang terhasil daripada penerangan yang jelas dan bukti-bukti meyakinkan. Sekiranya kita dapat membongkar sebahagian daripada hakikat agama ini, maka ia menjadi faktor penting penerimaan Islam dalam kalangan manusia. Selain itu, ia juga menguatkan kepercayaan manusia terhadap akidah Islam dan bidang muamalat Islam itu sendiri.

5. Kajian ini tidak hanya terbatas kepada maqasid atau tujuan-tujuan pensyariatan sahaja. Ia turut mencakupi perbahasan berkenaan beberapa permasalahan semasa tentang hukum jual beli. Secara tidak langsung, ia menambahkan lagi pengetahuan kita tentang muamalat semasa.

6. Akad jual beli adalah akad yang penting dan sering digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Maka, usaha mengupas hikmah-hikmah di sebalik akad jual beli adalah satu usaha penting dan perlu diberi perhatian.

Sebab Pemilihan Tajuk dan Objektif KajianSebab-sebab pemilihan tajuk buku dan objektif buku ini dapat difahami melalui perkara-perkara di bawah:

1. Buku ini ditulis bagi menerangkan prinsip-prinsip dan keindahan agama Islam berdasarkan pengetahuan saya. Walaupun pengetahuan saya ini cetek bagi menjelaskan isi kandungan agama yang sempurna ini, malah penulisan ini juga tidak mampu menerangkannya secara ringkas ataupun terperinci, namun sesuatu yang tidak dapat

Page 19: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Mukadimah xv

dicapai objektifnya secara menyeluruh tidak bermakna ia harus ditinggalkan hanya kerana manusia tidak mampu mencapainya.

2. Keindahan Islam itu ketara dalam semua permasalahannya, sama ada dalam prinsip-prinsip asasnya (usul) mahupun dalam cabang-cabangnya (furu’). Oleh kerana kurangnya penulisan berbentuk aplikasi sebegini dalam bidang maqasid syariah, maka saya memilih tajuk ini supaya kita mampu memahami maqasid syariah di sebalik hukum-hakam, permasalahannya, prinsip-prinsipnya, dan cara mengeluarkan hukum daripadanya.

3. Beberapa jenis sistem jual beli masa kini menjadi topik yang hangat dibincangkan dan memerlukan jawapan yang meyakinkan, iaitu menerangkan hukumnya dan maqasid di sebaliknya. Oleh itu, ia wajar dikaji secara fiqhiyyah berserta dengan maqasidnya.

4. Pada zaman ini, muncul golongan lepasan universiti-universiti barat dan mereka yang terpengaruh dengan ideologi barat, cuba mempersoalkan kelogikan hukum-hukum Islam. Malah, ada sebahagian daripada mereka dengan beraninya menyerang hukum-hukum itu dengan alasan ia bertentangan dengan kehendak semasa dan tidak sesuai dilaksanakan pada zaman ini. Lantaran itu, penulisan seperti ini penting sebagai wadah bagi menjawab persoalan-persoalan ini. Ia sekali gus menolak segala kekeliruan dan menjadi perisai yang meneguhkan hati-hati orang beriman supaya mereka melaksanakan perintah Allah s.w.t. kepada mereka.

5. Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, rakyat di negara ini memerlukan gambaran terperinci dengan objektif yang jelas. Maka, tajuk maqasid adalah sesuai dengan rakyat seperti di negara ini.

Page 20: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islamxvi

Metodologi KajianKajian ini menggunakan kaedah induktif, analisis, dan deduktif:

1. Penggunaan kaedah induktif dapat dilihat daripada dua sudut:

◆ Menghimpun dan mengkaji ayat-ayat, hadith-hadith, dan kata-kata sahabat yang berkaitan hukum jual beli secara khusus, dan berkaitan harta secara umumnya. Tujuannya bagi mengenal pasti maqasid syariah di sebalik hukum-hukum itu. Untuk tujuan itu, saya menyebut sebahagian nas sahaja. Ini kerana, terdapat sebahagian nas lain yang menyebutkan maqasid dengan lebih jelas daripada nas yang lain.

◆ Menghimpun dan mengkaji pendapat-pendapat fuqaha daripada keempat-empat mazhab dan fuqaha yang lain sama ada yang terdahulu mahupun kontemporari.

2. Kaedah analisis pula digunakan selepas meneliti nas-nas yang disebutkan dan pendapat-pendapat fuqaha. Analisis dilakukan terhadap setiap hipotesis dan pendapat para fuqaha. Selepas itu, saya membincangkannya dalam lingkungan maqasid syariah.

Mekanisme penulisan saya mengikuti langkah-langkah berikut:

◆ Bab-bab dalam penulisan ini disusun secara logik, bermula dengan penerangan definisi, perbezaan istilah yang digunakan, kemudian asas-asas maqasid dan jual beli. Selepas itu, perbincangan masalah dilakukan secara mendalam berdasarkan maqasid syariah. Bermula dengan penentuan maqasid syariah dalam sesuatu hukum berserta dengan beberapa langkah-langkah penting yang digunakan sebelum menentukan maqasid. Selepas itu, saya kemukakan hukum jual

Page 22: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Mukadimah xvii

beli tradisional dan moden, berserta kesan maqasid terhadap hukum. Akhir sekali, maqasid syariah akan diterangkan di sebalik setiap hukum.

◆ Masalah-masalah fiqh yang berkaitan jual beli dikemukakan mengikut pendapat mazhab empat, iaitu Hanafiyah, Malikiyah, Syafi’yah, dan Hanbaliyah. Pendapat-pendapat mazhab lain juga dikemukakan sekiranya perlu. Pendapat fuqaha kontemporari juga akan diambil kira sekiranya pendapat mereka terkenal dan mempunyai nilai tersendiri. Saya juga menyebutkan dalil-dalil yang digunakan oleh setiap mazhab dan perbincangan mengenainya antara para fuqaha. Akhir sekali, saya sebutkan pendapat yang saya setujui berdasarkan dalil dan maqasid syariah.

◆ Ketika merujuk ayat Al-Quran dan hadith, nombor ayat berserta nama surah dan sumber asal hadith yang digunakan, saya hanya merujuk kepada hadith daripada Sahih Bukhari dan Muslim ataupun satu daripadanya. Jikalau saya tidak menjumpai hadith dalam kedua-duanya, saya mencarinya di rujukan-rujukan premier dan sekunder, ataupun kitab-kitab syarah. Kemudian, saya menerangkan status hadith itu dengan merujuk kitab-kitab hadith yang muktabar.

◆ Merujuk kamus bahasa Arab bagi menjelaskan maksud istilah-istilah bahasa dan merujuk kamus istilah ekonomi bagi menerangkan istilah-istilah berkaitan ekonomi.

◆ Menggunakan nota kaki mengikut format kajian ilmiah. Ia bertujuan menyatakan butiran teks-teks yang dipetik daripada sumber lain dan penulisnya. Ia juga digunakan bagi memperkenalkan tokoh-tokoh, menjelaskan perkataan yang tidak difahami, dan mengingatkan pembaca kepada isi sebelumnya ataupun yang akan disebutkan sekiranya perlu dan memberi rujukan lain yang mengandungi lebih banyak maklumat.

Page 23: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islamxviii

◆ Menterjemah istilah-istilah yang terdapat dalam buku ini ke bahasa Inggeris bagi menerangkan maksudnya supaya kita mendapat lebih banyak faedah.

◆ Di akhir buku ini, saya senaraikan dapatan-dapatan penting yang saya peroleh disertakan dengan indeks ayat Al-Quran, hadith, tokoh, dan isi kandungan buku, berserta nombor muka surat bagi memudahkan pembaca membuat rujukan.

Saya berharap pendahuluan ini dapat memberikan gambaran umum mengenai objektif buku. Setiap yang baik dalam buku ini datang daripada petunjuk Allah s.w.t., manakala yang buruk datang daripada kelemahan saya dan syaitan. Saya akhiri dengan doa dan ucapan alhamdulillahi rabbil alamin.

Oleh,Zaharuddin Abdul Rahman Hashim Al-MaliziJabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Universiti Yarmouk.

Nota Hujung

1. As-Sa’diy, Abdul Rahman bin Nasir, Ad-Durrah Al-Mukhtasarah fi Mahasin Al-Din Al-Islami, Riyadh, Arab Saudi, Lembaga Penyelidikan Ilmiah dan Fatwa, cetakan pertama, 1999, ms. 39.

Page 24: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Bab PendahuluanPenerangan Ringkas Berkenaan Maqasid dan Jual Beli

Terbahagi kepada dua fasal:

Pengertian Maqasid

Fasal Kedua

Fasal PERTAMA

PENGERTIAN Jual Beli

Page 25: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Penerangan ringkas mengenai maqasid dan jual beli

Ulama masa kini khususnya para pengkaji maqasid banyak membahaskan persoalan-persoalan penting berkenaan maqasid. Ia dilakukan bagi menjelaskan

kepentingan dan peranannya, khususnya dalam fiqh Islam dan ilmu-ilmu syariah lain. Seawal perbahasan lagi mereka menghadapi banyak cabaran. Mereka mendapati istilah maqasid tidak mempunyai pengertian khusus yang memenuhi dua syarat pengertian, iaitu ia perlu bersifat menyeluruh Ketiadaan pengertian .(مانع) dan bersifat menangkis (جامع)yang khusus menyukarkan mereka yang ingin mendalami tajuk ini kerana pengertian adalah asas utama dalam apa juga perbahasan. Oleh kerana itu, banyak usaha yang dilakukan oleh ulama moden dalam membina sebuah pengertian yang lengkap untuk dijadikan asas dalam menjelaskan banyak permasalahan. Apa yang mereka lakukan adalah mengembalikan perkataan maqasid kepada kata asalnya menurut bahasa. Ini dengan harapan ia membawa kepada pengertian istilah yang sesuai.

Page 26: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Ini kerana, dengan memahami maksud secara bahasa kita akan memahami tajuk ini dengan jelas dan tepat. Saya akan memberikan penerangan ringkas tentang pengertian maqasid menurut bahasa dan istilah. Kemudian, menjelaskan persamaan dan perbezaan antara istilah maqasid dan istilah-istilah lain yang hampir sama maksudnya.

Kemudian saya akan membahaskan secara ringkas pengertian jual beli, pembahagiannya, dan maqasid syariah di sebalik pensyariatannya. Perlu diingatkan, saya mengkhususkan bab ini dengan menyebutkan perkara-perkara asas dan berkaitan sahaja. Tujuannya bagi memberikan gambaran awal kepada isu-isu yang akan dibincangkan dalam bab-bab seterusnya. Oleh itu, ada beberapa perkara yang berkaitan dengan maqasid dan jual beli tidak saya sebutkan. Ini kerana, ia tidak menepati objektif dan bimbang ia akan menjadikan buku saya ini panjang lebar, tetapi kurang faedahnya.

Page 27: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam4

PENGERTIAN MaqasidFasal PERTAMA

Unit PertamaPengertian Maqasid Menurut Bahasa dan Istilah

Perkataan maqasid berasal daripada fi’il thulathi (kata kerja yang terdiri daripada tiga huruf), iaitu َقَصَد yang bermaksud menuju. Maqasid adalah kata jamak dan kata tunggalnya adalah maqasid dalam ilmu sorof adalah masdar mimi مقصد Perkataan .(مقصد)dan isim makan.1 Ia terbentuk daripada wazan َمْفِعل dan wazan ini digunakan bagi memberi makna masa, tempat, dan masdar (kata terbitan). Oleh itu, مقصد bererti tempat dituju ataupun masa dituju.2 Ia juga bermaksud tujuan. Sebagai contoh, “Tujuan saya melakukan perkara ini adalah bagi membantunya.”3 Walaupun begitu, perlu diingatkan sekiranya huruf sebelum akhir dalam fi'il mudhari’ berbaris bawah (يفِعل), maka masdar mimi yang terbentuk daripadanya menjadi (مفَعل) (huruf sebelum akhir berbaris atas). Memandangkan perkataan maqasid berasal daripada kata kerja

seperti يضِرب maka sebutan yang betul adalah ,ضرب (huruf shad berbaris atas).

Kata jamaknya adalah maqasid. Sebahagian fuqaha menjamakkan perkataan (قصد) menjadi (قصود). Namun, ia menyalahi standard yang ditetapkan oleh ulama nahu seperti yang dijelaskan oleh Al-Fayumi.4 Pendapat yang tepat adalah jamak bergantung pada cara yang didengari daripada orang Arab (قصد). (مقاصد) adalah (مقَصد) Adapun jamak .(مساع)

Bagi memahami maksud yang sebenar perkataan maqasid, kita perlu menjelaskan makna perkataan (القصد) seperti yang digunakan dalam bahasa Arab, antaranya:

Pengertian Maqasid Menurut Bahasa

Page 28: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 5

Dan di antara mereka ada yang bersederhana.

(Surah Al-Fatir, ayat 32)

2

1 Ia bermaksud kesederhanaan dan pertengahan antara dua perkara. Disebutkan dalam Al-Quran:

Begitu juga dalam ayat di bawah ini:

Dan bersederhanalah ketika kamu berjalan.

(Surah Luqman, ayat 19)

Disebutkan juga dalam sebuah hadith: (القصد القصد تبلغوا) maksudnya:6 Bersederhanalah, bersederhanalah pasti kamu sampai. Kita hendaklah bersederhana dalam setiap apa yang kita lakukan sama ada melalui percakapan mahupun perbuatan. Bersederhana dalam sesuatu bermaksud tidak berlebih-lebihan.7

Meminta sesuatu dan menuju ke arah sesuatu, seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith: الصالة) إىل خرج حىت لعثمان :bermaksud (فقصدت “Saya mengekori Uthman sehingga beliau keluar menunaikan solat.”8 قصدك adalah kata seerti جتاهك (menuju ke arahmu).9 Para fuqaha juga menggunakan perkataan ini untuk maksud yang sama, contohnya: .(املقاصد معتربة يف التصرفات) dan (املقاصد تغري أحكام التصرفات)

Page 29: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam6

Ia juga bermaksud jalan yang lurus. Allah s.w.t. menjelaskan:

Dan kepada Allah jua tertentunya urusan memberi panduan yang menerangkan jalan yang lurus.

(Surah Al-Nahl, ayat 9)11

3

4 Antara maksudnya juga adalah dekat seperti dalam ayat:

Sekiranya yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh.

Surah At-Taubah, ayat 42

Apa yang dimaksudkan dengan ungkapan-ungkapan yang disebutkan tadi adalah setiap yang diniatkan oleh seorang mukalaf dalam hatinya, dan setiap apa yang ditujukan kepadanya, ia sebenarnya menggambarkan kemahuan dalamannya.10

Page 30: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 7

Taha Abdul Rahman12 menggunakan pendekatan kata lawan dalam meneliti maksud perkataan القصد. Berikut adalah makna-makna perkataan القصد berdasarkan kata lawan:13

1. Perkataan القصد digunakan sebagai lawan untuk perkataan يلغو adalah القصد Maka, maksud .(sia-sia) لغا mendapat faedah atau mendapat maksud. Jadi, القصد di sini bererti maksud sesuatu ungkapan. Makna القصد di sini mengandungi unsur semantik.

2. Ia juga digunakan sebagai lawan untuk perkataan di sini membawa maksud ingat القصد ,Jadi .(lupa) سها يسهوdan mengandungi unsur emosi.

3. Sebagai lawan perkataan يلهو menyimpang daripada) هلا matlamat yang benar). Jadi, maksud مقصد ialah mencapai matlamat yang benar dan wujud faktor yang benar. Maksud ini berkait rapat dengan hikmah. Jadi, makna القصد di sini mempunyai unsur nilai.

Selepas menghuraikan makna-makna di atas, beliau menjelaskan, “Secara umumnya, perkataan القصد boleh membawa maksud mendapat faedah ataupun mencapai niat ataupun mencapai matlamat.14

Pengertian Maqasid Secara Istilah

Pendapat saya, daripada keempat-empat pengertian yang disebutkan tadi, pengertian bahasa yang dekat dengan pengertian istilah ialah meminta sesuatu, menuju ke arahnya. Ia adalah kata lawan untuk kata kerja يلهو menyimpang) هلا daripada matlamat yang benar) membawa maksud mencapai matlamat yang benar seperti dikemukakan oleh Taha Abdul Rahman.

Page 32: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam8

Sepanjang penelitian saya terhadap laporan-laporan kajian ulama moden, kebanyakan mereka bersetuju yang ulama terdahulu tidak meletakkan pengertian maqasid syariah secara tepat dan menyeluruh, walaupun istilah ini sering digunakan dalam penulisan–penulisan mereka. Abdul Rahman Al-Kilani turut menghuraikan kenyataan ini ketika beliau menyebutkan penggunaan istilah ini boleh dilihat dengan jelas dalam kalangan ulama usul fiqh dan fiqh terdahulu. Namun, itu daripada sudut-sudut yang berbeza. Antaranya adalah kaedah fiqh yang masyhur, مبقاصدها yang bermaksud, "Setiap perkara itu األمور bergantung pada tujuannya (maqasid). Dimaksudkan dengan maqasid di sini ialah sesuatu yang disembunyikan seseorang dalam niatnya dan ditunjukkan dalam perbuatannya."15 Maksud ini bertepatan dengan satu pengertian bahasa yang disebutkan sebelum ini. Namun, kesemua penggunaan ini tidak menentukan sebuah pengertian secara istilah. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ia memberi gambaran awal tentang maksud maqasid dan boleh dijadikan asas untuk setiap usaha dalam membentuk sebuah pengertian maqasid.

Sekiranya ditanya, mengapa tidak ada pengertian khusus untuk maqasid sejak beratus-ratus tahun dahulu? Jawapannya adalah kemungkinan besar kerana istilah ini sudah difahami dengan jelas dalam kalangan ulama.16 Ahmad Ar-Raisuni menyatakan sebab mengapa Imam Asy-Syatibi tidak memberi pengertian secara istilah untuk maqasid walaupun ramai yang mengiktiraf kehebatan kitabnya dalam ilmu maqasid. Beliau berkata, “Mungkin kerana beliau menganggap perkara ini sudah jelas dan semakin jelas sehingga tidak perlu dijadikan bahan bacaan tambahan. Cukuplah sekadar membaca kitabnya yang khusus mengenai maqasid, iaitu Al-Muwafaqat. Mungkin beliau tidak bersungguh-sungguh menjelaskan pengertian maqasid kerana buku ini dikarang untuk bacaan para ulama. Malah, para ulama yang memang pakar dalam ilmu-ilmu agama.”17

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan ramai pengkaji berusaha mendapatkan pengertian yang terbaik untuk istilah maqasid. Mereka mengemukakan ungkapan-ungkapan ulama terdahulu dan pengertian-pengertian yang dicadangkan oleh ulama moden. Lalu, mereka mengupasnya satu per satu dengan tujuan memilih

Page 33: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 9

pengertian yang terbaik. Mereka bukan sahaja berusaha mendapatkan pengertian terbaik, malah berusaha membezakan perkataan maqasid dengan perkataan-perkataan lain yang mempunyai maksud berdekatan. Kemudian, menentukan maksud yang sesuai dan maksud yang tidak sesuai supaya tidak timbul kekeliruan kepada pembaca dan pelajar-pelajar baru dan pertengahan.

Beberapa pandangan ulama terdahulu berkenaan maqasid yang menjadi sumber kepada pengertian yang diberikan oleh ulama moden adalah berikut:

1

2

Imam Abu Hamid Al-Ghazali18 menyatakan: “Maksud maslahah pada asalnya ialah mendatangkan manfaat dan menolak mudarat. Namun, ia bukan apa yang saya maksudkan di sini, kerana mendatangkan manfaat dan menolak mudarat adalah kepentingan dan manfaat kepada seorang hamba dalam mencapai matlamat mereka. Apa yang saya maksudkan dengan maslahah ialah memelihara tujuan Allah s.w.t. Terdapat lima tujuan Allah s.w.t. terhadap hamba-Nya, iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan, dan harta mereka. Apabila hilang tujuan-tujuan di atas, maka berlakulah kerosakan. Manakala menjaganya pula adalah satu maslahah.”19

Al-Izz bin Abdul Salam20 ketika menjelaskan sebab penulisan kitab Qawaid Al-Ahkam fi Masalih Al-Anam, beliau menjelaskan sebahagian daripada maksud maqasid. Katanya, dalam bab Menjelaskan Sebab Penulisan Kitab ini, “Tujuan saya menulis kitab ini adalah bagi menerangkan manfaat dan kebaikan di sebalik segala bentuk ketaatan, muamalat, dan tingkah laku manusia supaya mereka berusaha mencapainya selain menjelaskan kesalahan-kesalahan yang perlu mereka jauhi.

Keseluruhan syariat mengandungi manfaat sama ada menolak mudarat ataupun mendatangkan manfaat. Jikalau

Page 34: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam10

3

4

kamu mendengar ayat Allah s.w.t. yang bermula dengan آمنوا) الذين yang bermaksud, 'Wahai orang-orang (يأيها yang beriman', dan kemudian kamu memahami perintah Allah selepas seruan itu, kamu pasti mendapati Allah menyebutkan kebaikan di sebalik perintah itu yang menggalakkan kamu melakukannya ataupun keburukan yang menegah kamu daripadanya ataupun kedua-duanya sekali, iaitu galakan dan tegahan.21”

Husam Ibrahim Husein, dalam tesis masternya cuba meletakkan satu pengertian khas untuk maqasid menurut Syeikh Al-Izz. Selepas meneliti kata-kata Syeikh, akhirnya beliau mengatakan pengertian maqasid ialah, “Mendatangkan kebaikan serta sebab-sebabnya kepada manusia dan menolak keburukan serta sebab-sebabnya daripada mereka di dunia dan akhirat ataupun menggabungkan kedua-duanya sekali.”22

Imam Saifuddin Al-Amidi23 pula mentakrifkan maqasid syariah sebagai, “Tujuan disyariatkan hukum sama ada mendapat kebaikan ataupun menolak kemudharatan ataupun kedua-duanya untuk seseorang hamba. Selepas diketahui tujuan pensyariatan adalah mendapat kebaikan dan menolak kemudharatan. maka perlu diketahui bahawa ia berlaku sama ada di dunia ataupun di akhirat.”24

Manakala Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah25 pula mentakrifkannya sebagai, “Tujuan-tujuan baik yang dicapai selepas melakukan perintah-perintah-Nya. Ia juga bermaksud kesudahan yang baik untuk segala perintah-Nya yang menunjukkan kebijaksanaan-Nya.”26

Yusuf Ahmad Al-Badawi dalam tesis kedoktorannya melakukan perincian terhadap teks-teks Syeikh Ibnu

Page 35: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 11

5 Imam Asy-Syatibi28 menjelaskan, “Oleh itu, jelaslah yang tujuan Allah s.w.t menetapkan syariat adalah memberi kebaikan di dunia dan akhirat. Allah s.w.t menjadikan tujuannya kebaikan semata-mata. Maka, sudah pasti kebaikan yang dijanjikan Allah s.w.t. dalam syariat-Nya itu bersifat kekal dan umum, serta meliputi kesemua perintah-Nya, semua hamba-Nya yang mualaf, dan pada setiap keadaan.”29

Dalam menentukan tujuan pensyariatan hukum, para ulama terdahulu melalui satu aliran pemahaman yang hampir sama. Ini menunjukkan, mereka bersepakat dalam memahami maksud maqasid, iaitu mereka memberi penekanan terhadap konsep menjaga kemaslahatan manusia dan menolak kemudharatan di dunia dan akhirat sebagai konsep utama maqasid syariah. Ia disebutkan sebagai الغايات املحمودة, iaitu tujuan-tujuan yang baik tanpa diberikan penjelasan yang terperinci berkenaannya.

Selepas meneliti pengertian-pengertian yang disebut tadi, dua perkara penting dapat disimpulkan di sini, iaitu:

1

Taimiyah dan mengumpulkan kata-kata beliau berkenaan maqasid daripada berbagai karyanya dan membentuk sebuah definisi yang diambil daripada kata-kata Ibnu Taimiyah sendiri, iaitu, “Segala hikmah yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. di sebalik setiap perintah dan larangan-Nya. Ia bertujuan merealisasikan pengabdian hamba kepada-Nya dan juga memberi kebaikan kepada hamba-Nya di dunia dan di akhirat.”27

Page 36: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam12

1

Berikut antara definisi maqasid yang dikemukakan oleh ulama kontemporari. Ia perlu dibincangkan supaya kita menemukan definisi terbaik:

Beliau mentakrifkan maqasid sebagai: “Makna dan hikmah yang diperhatikan oleh syarak dalam setiap keadaan pensyariatan ataupun sebahagian besarnya. Pemerhatiannya itu tidak hanya terbatas kepada jenis tertentu daripada hukum-hukum syarak.”35 Beliau turut menyebutkan definisi yang sama di tempat lain, “Ia adalah perbuatan dan kelakuan yang mempunyai maksud dan tujuan pada zatnya. Jiwa akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya dengan pelbagai usaha dan menahan segala kesusahan demi melaksanakan perintah Allah s.w.t.”36

Muhammad Thahir bin Asyur34

2 Para ulama terdahulu juga menggariskan bahawa setiap hukum yang disyariatkan Allah s.w.t. mengandungi hikmah dan tujuan sama ada yang mampu difikirkan oleh manusia ataupun tidak. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi30 juga menegaskan kesepakatan ulama dalam masalah ini dengan berkata, “Sesungguhnya setiap hukum syarak mempunyai sebab pensyariatannya, mudah difahami, dan sentiasa dikaitkan dengan kemaslahatan manusia. Perkara ini disepakati oleh seluruh umat Islam melainkan segolongan kecil daripada Mazhab Zahiri dan sependapat dengan mereka.”31 Syeikh Dr. Fathi Ad-Duraini32 juga menyokong kesimpulan ini dengan berkata, “Majoriti ulama usul berpendapat, setiap hukum syarak mempunyai sebab pensyariatannya, iaitu memelihara keperluan manusia. Ini bermaksud, ia berlandaskan tujuan-tujuan yang ditentukan, dijelaskan, serta dipandukan.”33

Page 37: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 13

5

3

4

2 ‘Alal Al-Fasi

Beliau menyatakan, “Apa yang dimaksudkan dengan maqasid syariah ialah tujuan-tujuan pensyariatan dan rahsia yang Allah s.w.t. tentukan untuk setiap hukum.”37

Dr. Muhammad Zuhaili

Dr. Muhammad Fathi Ad-Duraini

Dr. Muhammad Uqlah

Beliau pula mentakrifkannya sebagai, “Tujuan, matlamat, keputusan, serta maksud yang dibawa dan terkandung dalam hukum-hakam syariat Islam. Ia (tujuan, matlamat, keputusan, dan maksud) adalah perkara-perkara yang direalisasikan oleh syariat pada setiap masa dan tempat.”38

Beliau mentakrifkan maqasid sebagai, “Sesuatu yang tersembunyi di sebalik ungkapan dan teks, iaitu syariat Islam menggunakannya dalam perkara-perkara yang berbentuk umum dan khusus.”39 Beliau turut berkata, “Maslahah ialah tujuan syariat. Ia juga adalah tujuan adanya hukum. Memandangkan hukum itu sendiri adalah keadilan dalam syariat, saya berpendapat, keadilan itu adalah maslahah yang realistik, benar, dan perlu diambil kira dalam setiap keputusan, sama ada di peringkat individu mahupun orang awam.”40

Beliau berkata, “Tujuan pensyariatan Islam (maqasid) adalah setiap urusan mempunyai makna, hikmah, nilai yang bersifat tinggi syariat Islam, diwujudkan bagi mencapainya menerusi nas-nas yang menyebutkan berkenaannya, ataupun menerusi hukum-hukum yang disyariatkan kepada manusia.”41

Page 38: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam14

6

7

Selepas mengemukakan pengertian-pengertian di atas, saya tidak akan membincangkannya dengan lebih lanjut. Ini kerana, ia saling berkait rapat antara satu sama lain dan tidak mempunyai perbezaan ketara. Seperti yang dapat kita perhatikan, kesemua pengertian di atas tertumpu kepada inti pati asas maqasid, dan tidak terkeluar daripada skop yang ditetapkan oleh ulama-ulama terdahulu. Selain itu, kita dapat melihat usaha yang diberikan oleh ulama moden daripada segi susunan kata, pemilihan bahasa yang lebih mudah dan baik supaya ia menyeluruh, dan mudah difahami.

Kesimpulannya, pengertian yang lebih tepat untuk istilah maqasid syariah ialah pengertian yang diberikan oleh 'Alal Al-Fasi dan Ar-Raisuni kerana maksudnya jelas. Sungguhpun begitu, saya ingin menambah beberapa perkara seperti berikut:

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Beliau pula mentakrifkannya, “Maqasid syariah ialah mendatangkan maslahah (kebaikan) kepada manusia dan menolak kemudharatan.”42

Dr. Ahmad Ar-Raisuni

Beliau menyatakan, “Maqasid syariah ialah tujuan yang ditentukan oleh syariat, dan ia perlu dicapai demi kebaikan manusia.”43 Nuruddin Al-Khadimi pula menyatakan, “Ia adalah maksud tersirat yang dapat dilihat pada hukum-hukum syarak dan mempunyai kesan kepada hukum-hukum itu, sama ada maksud itu hikmah yang berbentuk umum, maslahah yang berbentuk khusus, ataupun tanda-tanda ringkas (إمجالية). Maksud-maksud itu tertakluk kepada tujuan yang satu, iaitu pengakuan Allah s.w.t. sebagai Tuhan dalam mencapai maslahah manusia di dunia dan akhirat.”44

Page 39: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 15

“Tujuan dan rahsia yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk setiap hukum-Nya demi memelihara maslahah manusia.”

1. Saya memilih perkataan األسرار (rahsia) sebagai ganti untuk perkataan احلكم (hikmah). Ini kerana, perkataan lebih selalu digunakan, selain maksudnya lebih األسرارjelas. Penggunaan perkataan yang jarang digunakan akan menimbulkan kekeliruan. Maka, lebih baik menggantikannya dengan perkataan yang lebih mudah.

2. Saya hanya menyebut maslahah manusia kerana ia lebih menyeluruh tanpa perlu menyebutkan mendatangkan maslahah dan menolak kemudharatan di dunia dan akhirat.

Namun, pengertian yang saya pilih ialah:

Maqasid Syariah Umum

Maqasid Syariah Khusus

Maqasid Syariah Sebahagian

Pengertian ini merangkumi pengertian khusus dan umum. Wallahu a’lam.45

Buku ini menumpukan kepada tujuan-tujuan Allah s.w.t. menurunkan syariat dan ia dibahagikan kepada tiga bahagian.46

Page 40: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam16

Maqasid Syariah Umum

Maqasid Syariah Sebahagian

Ia adalah maqasid yang menjadi tujuan umum untuk setiap bab-bab yang diturunkan oleh syariat. Ar-Raisuni menyatakan, “Ia adalah apa yang dimaksudkan oleh kebanyakan mereka yang membicarakan berkenaan maqasid syariah. Ia juga adalah bahagian maqasid yang tertinggi daripada segi umumnya dan ringkasannya.”47

Ia adalah tujuan Allah s.w.t. mensyariatkan setiap hukum yang berbentuk wajib, haram, sunat, dan sebagainya. Contohnya kewajipan solat, pengharaman zina, dan keharusan talak, iaitu meletakkan satu batasan supaya kemudharatan yang terhasil daripada perkahwinan itu tidak berterusan. Jamaluddin A’tiyyah menjelaskan bahagian ini. “Ia adalah apa yang disebutkan oleh fuqaha sebagai hikmah. Kemudiannya, digantikan dengan istilah al-i’llah (sebab) dalam mengeluarkan hukum qiyas memandangkan istilah ini lebih tepat.”49

Ia adalah hikmah khusus untuk bab-bab tertentu dalam syariat. Sebagai contoh, maqasid syariah dalam urusan kewangan, hukum kekeluargaan, sedekah, jenayah, dan sebagainya.48

Maqasid Syariah Khusus

Page 41: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 17

Merujuk kepada definisi pilihan saya sebelum ini, saya ingin menyatakan, saya memilih pengertian itu kerana ia merangkumi ketiga-tiga pembahagian yang disebutkan tadi tanpa mengabaikan satu daripadanya. Namun begitu, kajian saya hanya menumpukan kepada bahagian kedua dan ketiga sahaja. Ini kerana, kajian berkenaannya sedikit, manakala berkenaan pada bahagian pertama sudah banyak ditulis.

Unit Kedua

Maqasid dan Istilah-Istilah yang Sama Maksud Dengannya

Terdapat beberapa istilah yang mempunyai kaitan dengan maqasid. Dalam bab ini, saya menjelaskan maksud-maksud istilah ini dan menerangkan persamaan dan perbezaannya dengan maqasid.

Pertama: Hikmah

Hikmah menurut bahasa ialah: Mengetahui hakikat sebenar alam ini dan mengamalkan tuntutannya. Ia juga bermaksud tekun dan teliti. Berdasarkan maksud ini, orang yang berilmu digelar hakim kerana dia mempunyai hikmah dan kecekapan dalam pelbagai perkara.50 Dalam Al-Quran, perkataan hikmah membawa makna kenabian ataupun sunnah Rasulullah s.a.w.51 Manakala pengertian bahasa yang dekat dengan pengertian istilahnya ialah: Setiap perkara yang berkait dengan akibat baik. Ia adalah kata lawan kepada kebodohan.52

Para ulama fiqh dan usul fiqh mengemukakan beberapa pengertian hikmah secara istilah melalui pelbagai pendekatan:

Page 42: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam18

“Hikmah ialah kesudahan sesuatu hukum syarak, sama ada mendatangkan maslahah ataupun menyempurnakannya.”53

“Hikmah ialah tujuan sesuatu hukum itu disyariatkan seperti memelihara jiwa dan harta.”54

“Hikmah ialah sebuah makna yang merujuk kepada maslahah.”56

“Hikmah ialah tujuan pensyariatan hukum.”57

“Hikmah ialah suatu gambaran berkenaan semua hukum. Ia menunjukkan tujuan pensyariatan yang terkandung dalamnya, sama ada mendatangkan maslahah ataupun menolak kemudharatan.”55

Hikmah ialah suatu makna yang terhasil daripada pensyariatan satu hukum, iaitu mendatangkan kemaslahatan atau menyempurnakannya dan menolak kemudharatan atau mengurangkan kadarnya.

Makna yang sesuai dalam pensyariatan hukum, iaitu sesuatu yang diperlukan dalam pensyariatannya. Dalam erti kata lain, sesuatu yang menjadikan kenyataan zahir itu sebagai sebab (علة) seperti kesusahan dalam bermusafir. Wujudnya kesusahan ini sesuai menjadikan musafir sebagai sebab Allah s.w.t. mensyariatkan hukum qasar dalam solat.

Para ulama moden mengkaji ungkapan-ungkapan ini, lalu mereka membatasi penggunaan istilah ini dalam kalangan ulama fiqh dan usul fiqh kepada dua maksud:58

Page 43: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

Pengertian Maqasid 19

Dengan ini, kebanyakan pengkaji berpendapat, penggunaan istilah hikmah dan maqasid tidak menunjukkan sebarang perbezaan. Namun begitu, saya berpendapat terdapat sedikit perbezaan antara kedua istilah ini, iaitu:

Maksud hikmah lebih tepat dan lebih sesuai dibandingkan dengan maqasid. Ini kerana, ia disandarkan kepada Allah s.w.t. ketika menyebutkan tujuan Allah s.w.t. melakukan perbuatan-Nya. Mungkin ada yang tidak bersetuju sekiranya perkataan maqasid digunakan dalam hal yang berkaitan dengan perbuatan Allah s.w.t. seperti penciptaan makhluk, pengutusan para rasul, dan sebagainya. Dalam erti kata lain, menyandarkan perkataan maqasid kepada Allah s.w.t. Mereka mengatakan, maqasid tidak sesuai ditujukan kepada Allah s.w.t., sebaliknya yang sesuai adalah hikmah.

Hujah mereka yang menyatakan pendapat ini adalah, Allah s.w.t. menginginkan kebaikan yang diperoleh daripada maqasid terhadap manusia melalui penciptaan-Nya, pengutusan para rasul, begitu juga dengan mereka melaksanakan hukum-hukum syarak. Maka, Allah s.w.t. mencipta makhluk-Nya supaya mereka mengabdikan diri kepada-Nya dan menjadi khalifah-Nya di atas muka bumi.

Pengutusan para rasul sebagai penyampai berita gembira dan pemberi ingatan bertujuan mengislahkan mereka dan demi kebaikan mereka di dunia dan akhirat. Apabila manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan segala tuntutan agama, mereka mencapai tujuan pengabdian diri kepada Allah s.w.t., mendapat keredhaan-Nya, dimasukkan ke syurga-Nya, dan mendapat ketenangan. Kesemua maqasid ini adalah yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. melalui perbuatan-Nya serta semua hukum-Nya. Namun, kebaikan-kebaikan ini kembali kepada manusia dan tidak kembali kepada Allah s.w.t.59

Page 44: Sample Fiqh Rosnani Kimsuan

FIQH Kewangan Islam20

“Ia adalah satu makna yang mempengaruhi hukum, bukan kerana makna itu sendiri.”61

Abu Hasan Al-Basri Al-Mu’tazili62 menyatakan: “I’llah menurut istilah fuqaha ialah sesuatu yang mempengaruhi hukum syarak. Sesuatu hukum itu hanya menjadi syarak sekiranya diistinbatkan daripada sumber syarak.”63

“Faktor pensyariatan hukum”. Al-Amidi menyatakan: “I’llah pada asalnya bermaksud faktor yang mengandungi hikmah. Hikmah itu menjadi tujuan Allah s.w.t. mensyariatkan sesuatu hukum.”64

Asy-Syatibi pula mentakrifkannya sebagai “Hikmah atau maslahah di sebalik sesuatu kewajipan dan keharusan. Ia juga adalah kemudharatan di sebalik larangan Allah.”65

Perkataan 'illah (ِعلَّة) menurut bahasa mempunyai dua maksud. Pertama ialah penyakit dan kedua ialah sebab. Disebutkan dalam hadith Saidatina Aisyah, “Abdul Rahman memukul dengan kakiku60 disebabkan unta itu.” Berdasarkan hadith ini, boleh dikatakan maksud i’llah secara bahasa ialah sebab seperti yang akan dibincangkan dalam pengertian i’llah menurut ulama usul fiqh.

Istilah i’llah digunakan oleh para fuqaha dengan pelbagai maksud dan akhirnya membawa kepada kontroversi. Dalam kajian ini, saya hanya akan menyebutkan secara ringkas pengertian ulama usul fiqh terhadap istilah ini seperti di bawah:

Kedua: I'llah (sebab)