sambutan karnival kpkt - · pdf filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... hari perancangan...

20
No. Tel : 03-8312 4000 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472 www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my www.swcorp.my/swcorpnews SWCorp NEWS SWCorp Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Bil. 6 / 2016 Persidangan PUSPANITA Habitat Moment 2016 Pertandingan Sculpture 3R Tema PUSPANITA Dalam Memperkasa Kepimpinan dan Mendepani Cabaran Global dipilih selaras dengan peranan PUSPANITA itu sendiri selaku rakan perkhidmatan awam yang menyebarluas dan memperjelaskan kepada rakyat dasar-dasar serta program kerajaan. Ms4 Pengisian utama program Habitat Moment ialah bacaan ikrar Aku Janji Habitat Moment. Bacaan ikrar ini merupakan simbolik kepada penyertaan golongan pelajar dalam usaha untuk memelihara kemampanan penempatan dan alam sekitar Ms5 Mahasiswa buktikan bahan-bahan terbuang mampu menghasilkan arca yang sangat menarik dan unik Ms13 #asingkan SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA KARNIVAL KPKT meriahkan Ibu Kota Sambutan Ms3 Ms3 9 772289 898005 ISSN 2289-8980

Upload: phungkhanh

Post on 04-Feb-2018

323 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

No. Tel : 03-8312 4000 | Talian Indahkan Malaysia 1 800 88 7472www.swcorp.my | F swcorpMY | T @swcorp_my | instagram : swcorp_my

www.swcorp.my/swcorpnews

SWCorp NEWSSWCorp

Terbitan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)

Bil. 6 / 2016

Persidangan PUSPANITA Habitat Moment 2016 Pertandingan Sculpture 3RTema PUSPANITA Dalam Memperkasa

Kepimpinan dan Mendepani Cabaran Global dipilih selaras dengan peranan PUSPANITA itu sendiri selaku rakan perkhidmatan awam yang menyebarluas dan memperjelaskan kepada rakyat dasar-dasar serta program kerajaan. Ms4

Pengisian utama program Habitat Moment ialah bacaan ikrar Aku Janji Habitat Moment. Bacaan ikrar ini merupakan simbolik kepada penyertaan golongan pelajar dalam usaha untuk memelihara kemampanan penempatan dan alam sekitar Ms5

Mahasiswa buktikan bahan-bahan terbuang mampu menghasilkan arca yang sangat menarik dan unik Ms13

#asingkan SISA PEPEJAL DEMI MASA DEPAN ANAK-ANAK KITA

KARNIVAL KPKT meriahkan Ibu Kota

Sambutan

Ms3Ms3

9 772289 898005

ISSN 2289-8980

Page 2: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

ANJUNG KARANG – Lebih 3,000 penduduk sekitar Tanjung Karang membabitkan empat komuniti iaitu Taman Seri Setia, Taman

Seri Bakti, Taman Seri Jaya dan Taman Seri Desa hadir pada majlis gotong-royong yang melibatkan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar. Program gotong-royong ini merupakan kolaborasi antara pihak Pejabat Menteri KPKT, SWCorp, JPP Zon 2 Tanjung Karang, Majlis Daerah Kuala Selangor, Alam Flora Sdn. Bhd dan agensi kerajaan berkaitan. Selain Noh, turut hadir pada program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Dato' Dr. Tam Weng Wah, Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), SWCorp, Dato' Zainul Abidin Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), SWCorp, Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha, Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat KPKT dan wakil-wakil dari agensi terlibat serta Pengarah-Pengarah Bahagian SWCorp. Acara yang berlangsung seawal jam 7.30 pagi pada 10 Disember 2016 lalu, meriah dengan pelbagai aktiviti antaranya, gotong-royong bersama komuniti, pembersihan longkang menggunakan jentera vacall dan water jet oleh Alam Flora Sdn. Bhd., program Back To School dan penyerahan sumbangan beg sekolah kepada pelajar sekolah.

Turut diadakan ialah pelancaran Sangkar Kitar Semula, pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak di bawah umur 6 tahun dan kategori kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, pertandingan gubahan barangan kitar semula dan pameran dari agensi kerajaan seperti SWCorp, Pejabat Kesihatan Daerah, Alam Flora Sdn. Bhd, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Penerangan dan lain-lain. SWCorp yang menyertai pameran yang diadakan di padang permainan Taman Seri Setia Tanjung Karang ini juga turut membawakan hasil ciptaan dari barangan kitar semula (sculpture) ke tapak program. Apa yang pasti program yang dirasmikan oleh Tan Sri Noh ini ternyata memberi impak dan menarik perhatian pengunjung kerana pengisiannya untuk menggalakkan amalan kitar semula melalui perasmian Sangkar Kitar Semula dan konsep kejiranan yang baik khususnya dalam

menjaga kebersihan kawasan persekitaran mendapat sambutan mengalakkan daripada komuniti yang terlibat. Bagi SWCorp pula, program ini adalah platform terbaik untuk mempromosikan amalan pengasingan sisa pepejal mengikut kategori di kalangan masyarakat khususnya di komuniti Zon 2 Tanjung Karang. Ia juga berupaya mewujudkan hubungan berterusan di antara SWCorp dan masyarakat dalam mempromosikan dan mempergiatkan usaha ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih efisien.

2

SIDANG EDITOR

PENAUNGDATO' DR. ZULKAPLI MOHAMED

PENASIHATDATO' ZAINUL ABIDIN ABDULLAHDR. MOHD PAUZE MOHAMAD TAHA

EDITORMOHD AZHAR ABD HAMID

WARTAWAN ZAITUN ABDUL RASHIP

JURU FOTOMUHAMMAD SHAZWAN ABD RAZAK

PROMOSI DAN EDARANNURUL SHAFIEKA MOHD PAUZI

*Keluaran 2 bulan sekali

T

INFO

Para pelajar menerima sumbangan sempena program "Back To School"

Tan Sri Noh OmarMenteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

»Program yang dirasmikan oleh Tan Sri Noh ini ternyata memberi

impak dan menarik perhatian pengunjung kerana pengisiannya untuk menggalakkan amalan kitar semula melalui perasmian Sangkar Kitar Semula dan konsep kejiranan

yang baik khususnya dalam menjaga kebersihan kawasan

persekitaran mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti

yang terlibat

Menteri meriahkan gotong-royong bersama komuniti Tanjung Karang

M a s i h B e l u m TerlambatKitar Semula Sekarang!

www.kpkt.gov.my/ separationatsource

Talian IndahkanMalaysia

1-800-88-7472

Page 3: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

3

UALA LUMPUR – Bertemakan “Bandar Mampan Komuniti Sejahtera”, Karnival Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan

dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2016 kali ini menggabungkan empat sambutan rasmi tahunan KPKT iaitu Hari Habitat Sedunia, Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari Kitar Semula dan Hari Tandas Peringkat Kebangsaan. Berlangsung meriah, karnival yang dirasmikan oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar itu telah berjaya menarik lebih 6,000 warga kota meluangkan masa cuti hujung minggu mereka dan cuti persekolahan anak-anak untuk hadir melihat sendiri pelbagai acara dan sambutan yang diadakan di Dataran Merdeka di Ibu Kota.

Noh dalam ucapannya berkata, penganjuran acara ini adalah secara kolaborasi strategik selaras dengan konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Beliau berkata, ia juga sejajar dengan dasar perbelanjaan berhemah yang disarankan oleh kerajaan. Malah pemilihan tema ini juga menjurus kepada persiapan awal Malaysia untuk satu lagi acara gemilang yang berkaitan dengan penempatan manusia iaitu World Urban Forum ke-9 (WUF9) pada 2018, melibatkan penyertaan lebih 140 negara dari seluruh dunia. Program yang julung kali diadakan dengan memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat ini dianjurkan selama dua hari bermula dari 3 hingga 4

November di Dataran Merdeka di sini dan dibuka kepada rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur yang terdiri daripada golongan profesional dan masyarakat awam. Sepanjang karnival diadakan, pelbagai pameran, demonstrasi dan aktiviti menarik yang berkonsepkan persekitaran kehidupan yang mampan bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat khususnya penduduk bandar diadakan. Malah majlis perasmian Karnival KPKT 2016 turut menyaksikan pelancaran Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN-3) dan Dasar Perbandaran Negara Ke-2 (DPN2). Bagi memeriahkan karnival, terdapat 30 food truck yang menyajikan pelbagai jenis makanan dan minuman, khas untuk pengunjung menjamu selera, selain

pelbagai jenis promosi barangan dan hadiah turut diberikan kepada pengunjung bertuah. Ternyata karnival ini juga secara tidak langsung mempromosikan Malaysia dalam kalangan pelancong tempatan dan maklum balas diterima amat baik.

K

Sambutan Karnival KPKT meriahkan Ibu Kota

»Pemilihan tema ini juga menjurus kepada persiapan

awal Malaysia untuk satu lagi acara gemilang yang berkaitan dengan penempatan manusia iaitu World Urban Forum ke-9

(WUF9) pada 2018, melibatkan penyertaan lebih 140 negara

seluruh dunia.

INFO MENARIK SEMPENA KARNIVAL

Sebanyak 5 PBT diiktiraf sebagai Bandar Bersih a) Majlis Perbandaran Muar b) Majlis Daerah Rembau c) Majlis Daerah Pekan d) Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan e) Perbadanan Putrajaya

a) Intel Technology Sdn. Bhd. b) Western Digital (M) Sdn. Bhd. c) Daikin Malaysia Sdn. Bhd.

a) Merryland Corporation (Syarikat mesin kompos dari Jepun) b) Bioland Group (Syarikat mesin Anaerobic Digester dari China)

Tempat pertama Orang Utan (Universiti Sains Malaysia)

Tempat kedua ECO-FRIENDLY TRAIN COMPARTMENT (Universiti Teknologi MARA)

Tempat ketiga PEMANGSA (Universiti Malaysia Kelantan)

Anugerah Bandar Bersih 2015

3 Industri Dianugerahkan Industrial Zero Waste Best Practices 2016

Pameran Oleh Agensi Luar Negara

Pertandingan City Hunt Dikelolakan oleh Gabungan Perubuhan-Pertubuhan Alam Sekitar Malaysia (MENGO)

Pertandingan Sculpture 3R Antara IPT

Pelbagai aktiviti menarik memeriahkan Karnival KPKT 2016Pelbagai aktiviti menarik memeriahkan Karnival KPKT 2016

Page 4: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

UTRAJAYA - Peranan PUSPANITA Dalam Memperkasa Kepimpinan dan Mendepani Cabaran

Global menjadi tema bagi Persidangan Tahunan PUSPANITA kali keempat yang diadakan pada 17 November 2016 di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya. Persidangan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa selaku Penasihat PUSPANITA dan turut dihadiri oleh Puan Sri Datuk Rohani Abdullah, Yang di-Pertua PUSPANITA semasa Majlis Makan Tengah Hari dengan lebih seribu peserta yang hadir ke persidangan tersebut. Hadir sama ialah Ketua Setiausaha Kementerian dan Setiausaha Kerajaan Negeri yang merupakan Penasihat PUSPANITA Cawangan dan juga Pengerusi-pengerusi PUSPANITA Cawangan seluruh negara. Persidangan ini merupakan tahun keempat berturut-turut dianjurkan oleh PUSPANITA sejak tahun 2013. Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar dalam bidang masing-masing. Antara pembentang dalam persidangan ini ialah Datuk Dr. Denison Jayasooria dari Razak School of Government (RSOG) dan Cik Haniza Ros Nasaruddin dari MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. Tema PUSPANITA Dalam Memperkasa Kepimpinan dan Mendepani Cabaran Global dipilih selaras dengan peranan PUSPANITA itu sendiri selaku rakan perkhidmatan awam yang menyebarluas dan memperjelaskan kepada rakyat dasar-dasar serta program kerajaan. Ali Hamsa dalam ucapannya menyifatkan penganjuran persidangan yang berdasarkan elemen 3K iaitu Keilmuan, Keusahawanan dan Kebajikan amat relevan dengan

keperluan dan kehendak ahli serta penjawat awam dalam konteks semasa. Pendekatan lawatan turun padang dan ziarah kebajikan ke negeri-negeri telah merakyatkan PUSPANITA untuk mendekati dan memahami rakyat di peringkat akar umbi. Secara tidak langsung PUSPANITA merupakan barisan hadapan yang membantu sektor awam khususnya dan kerajaan amnya dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Beliau turut menyarankan agar PUSPANITA dapat bersama-sama Perkhidmatan Awam menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti atau program. Sempena persidangan ini juga, PUSPANITA sebagai sebuah persatuan berkebajikan telah memberikan sumbangan kebajikan keseluruhannya berjumlah RM100,000 kepada 32 buah Taska Permata PUSPANITA di seluruh negara. Menurut Ali Hamsa, sumbangan ini akan diperluaskan ke Taska Permata PUSPANITA di cawangan-cawangan kecil seluruh

negara pada tahun hadapan dalam usaha menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja bagi memberi lebih kemudahan kepada ahli dan penjawat awam. Pameran dan jualan juga diadakan sempena persidangan ini yang antaranya bertujuan memberi pengetahuan mengenai peranan dan fungsi setiap kementerian, jabatan mahupun agensi. Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri turut menerima sijil penghargaan penyertaan pameran di mana gerai pameran ICU pada kali ini telah mengetengahkan jualan produk daripada usahawan-usahawan program Satu Daerah Satu Industri (SDSI). Sesungguhnya program anjuran PUSPANITA telah memberi banyak manfaat kepada ahlinya dan masyarakat keseluruhannya. Aktiviti dan program yang dilaksanakan bukan sahaja mengeratkan silaturrahim sesama ahli malah memberi pengalaman berharga khususnya dalam hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.

UALA LUMPUR – Intel Technology Sdn. Bhd. (ITSB) dipilih sebagai Johan bagi Anugerah

Industrial Zero Waste Best Practices 2016 yang diadakan baru-baru ini menewaskan puluhan syarikat dalam pelbagai industri yang turut mengambil bahagian. Untuk kemenangan itu, ITSB menerima wang tunai RM2,500, sijil dan trofi. Manakala Naib Johan jatuh kepada Western Digital (M) Sdn. Bhd., yang menerima wang tunai RM1,500 beserta sijil dan trofi manakala tempat ketiga disandang Daikin Malaysia Sdn. Bhd. yang menerima wang tunai RM1,000, sijil dan trofi. Anugerah Industrial Zero Waste Best Practices 2016 diberikan bagi mengiktiraf tahap keberkesanan pengurusan sisa pepejal perindustrian di sesebuah premis industri di Malaysia yang memfokuskan kepada amalan pengasingan dan pengurangan sisa pepejal serta pelaksanaan aktiviti 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di premis industri. Program ini dibuat oleh SWCorp sebagai penghargaan dan

galakan kepada premis industri di atas inisiatif dan usaha untuk mengurangkan janaan sisa pepejal serta komitmen yang diberikan dalam pelaksanaan amalan zero waste. Melalui pengiktirafan ini diharapkan ia dapat menggalakkan lagi pelaksanaan amalan zero waste secara berterusan di kalangan premis industri. Terdahulu, jemputan bagi pertandingan ini diberikan kepada 400 industri yang mewakili 17 sektor industri pada 25 April hingga 31 Julai 2016 manakala lawatan penilaian telah dijalankan pada 18 hingga 20 Oktober 2016 dan 2 November 2016. Lawatan dibuat sebagai pembuktian dokumentasi serta untuk menilai tahap keberkesanan amalan kitar semula dan program pengurangan sisa yang telah dijalankan di premis industri yang tercalon. Penilaian merangkumi aspek janaan sisa, penstoran, pelupusan, pengurangan sisa pepejal dan amalan kitar semula di kawasan produksi dan bukan produksi. Mereka yang tercalon sebelum itu dikehendaki

mengisi borang penyertaan yang mengandungi maklumat pengurusan sisa pepejal di premis dan borang penyertaan dikembalikan kepada SWCorp dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebanyak 21 penyertaan telah diterima yang terdiri daripada pelbagai sektor dan memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. Antaranya sektor plastik (2 industri); elektrik dan elektronik (7 indutsri); logam (4 industri); percetakan, perkayuan, perabot, getah, kimia, kitar semula dan farmaseutikal (masing-masing 1 industri). Penyertaan ini membabitkan antara lain Toto Malaysia Sdn. Bhd., Nichias FGS Sdn. Bhd., Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd., Osram Opto Semiconductor (M) Sdn. Bhd., Cycle Trend Industries Sdn. Bhd., Straits Timber Products (Pahang) Sdn. Bhd. dan SMT Technologies Sdn. Bhd. Anugerah ini turut melibatkan Jabatan Alam Sekitar yang bertindak selaku panel penilai.

4

K

Anugerah Industrial Zero Waste Best Practices 2016 iktiraf syarikat yang komited

Penyampaian Anugerah Industrial Zero Waste Best Practices 2016 disempurnakan oleh Menteri KPKT

Panel juri dari SWCorp ketika membuat lawatan tapak dan membuat penilaian ke atas pihak industri

P

Persidangan PUSPANITAgaris peranan sebenar bantu laksana dasar kerajaan

>>Tema PUSPANITA Dalam Memperkasa Kepimpinan dan

Mendepani Cabaran Global dipilih selaras dengan peranan

PUSPANITA itu sendiri selaku rakan perkhidmatan awam

yang menyebarluas dan memperjelaskan kepada rakyat

dasar-dasar serta program kerajaan.

Tan Sri Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara selaku penasihat PUSPANITA

Ahli PUSPANITA bergambar bersama anugerah emas yang diterima dalam persidangan kali ini

Page 5: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

UALA LUMPUR - Bacaan ikrar oleh ratusan pelajar dari sekitar Lembah Klang bergema di Auditorium Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL), pada 18 November 2016 lalu. Antara lain ikrar berkenaan yang dibacakan di hadapan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan beberapa tetamu kenamaan menyebut pelajar-pelajar berkenaan akan mengingatkan diri dan masyarakat mengenai hak setiap individu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa, selamat dan berkualiti. Pelajar-pelajar berkenaan yang juga merupakan sebahagian daripada peserta dalam program Habitat Moment 2016 berikrar akan membantu menyebarkan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab semua pihak terhadap masa depan penempatan manusia yang perlu dijaga dan ditingkatkan ke arah pembangunan yang mampan selain menjaga alam sekitar dan mengelakkan perilaku yang akan mencetuskan kemudaratan terhadap habitat dan rangkaian alam sekitar. Mereka juga berjanji memberi keutamaan kepada penjagaan alam sekitar dalam melaksanakan pembangunan atau penerokaan muka bumi secara terancang dan menjadikan aktiviti memelihara alam sekitar sebagai tugas dan tanggungjawab utama serta memastikan alam sekitar tidak dikorbankan demi kekayaan atau kepentingan mana-mana pihak. Ikrar yang bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu semasa, persekitaran manusia dan perancangan alam sekitar ini membabitkan pelajar yang terdiri daripada sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur iaitu SK Sultan Hisamuddin Alam Shah; SK Jalan Batu; SK Convent (1) Bukit Nanas (M);

SJK(T) Appar dan SJK(C) Chung Kwok. Mereka yang hadir dalam program Habitat Moment 2016 juga turut melibatkan beberapa agensi dan jabatan lain. Halimah dalam ucapan perasmiannya berkata, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah dilantik oleh United Nations (UN) sejak tahun 1985 lagi, sebagai focal point bagi menyelaras dan melaksanakan semua aktiviti berkaitan Program Penempatan Manusia (The United Nations Human Settlements Programme UN - Habitat). Ini termasuklah Sambutan Hari Habitat Sedunia yang kini merupakan program flagship KPKT . Kerana itu menurutnya, sambutan Hari Habitat Sedunia 2016, pihak Kementerian telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti seperti pertandingan photo journalism, pertandingan analisis senario Habitat dan penerbitan majalah HABITAT. “Pelaksanaan semua aktiviti dan program ini melibatkan pelbagai kumpulan sasar terutamanya pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat IPTA dan masyarakat umum. Penganjuran program ini juga turut melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian seperti Bahagian Kesejahteraan Bandar, Jabatan Landskap Negara, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan SWCorp. Semua program ini juga telah berjalan serentak bermula daripada awal Julai 2016 lagi. “Dan kemuncak kepada semua program ini ialah Majlis Perasmian Habitat Moment. Pengisian utama program Habitat Moment ialah bacaan ikrar Aku Janji Habitat Moment. Bacaan ikrar ini merupakan simbolik kepada penyertaan golongan pelajar dalam usaha untuk memelihara kemampanan penempatan dan alam sekitar,” katanya.

Menurut Halimah, ikrar yang dilafazkan juga bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar terhadap isu semasa, persekitaran manusia dan perancangan alam sekitar selaras dengan kepentingan generasi muda yang merupakan pelapis pemimpin negara di masa hadapan. Melalui ikrar ini diharap para pelajar akan lebih menghayati idea persekitaran mampan dan seterusnya akan lebih sensitif dalam menangani isu semasa berkaitan persekitaran penempatan mereka. Justeru katanya, bagi pihak KPKT, beliau sangat menghargai kerjasama dan komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri serta sekolah-sekolah berkaitan yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik dalam menyediakan penglibatan pelajar demi menjayakan semua program Kementerian pada kali ini. “Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada semua barisan juri yang terlibat dalam semua pertandingan yang diadakan, guru-guru pengiring dan barisan urus setia yang telah bekerja keras bagi menjayakan program ini,” katanya yang turut mengucapkan syabas kepada pemenang yang berjaya mencerna idea dan bersaing di peringkat akhir di dalam pertandingan yang diadakan. Hadir sama pada program ini ialah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) KPKT, Dato’ Halimi Abd. Manaf; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPKT, Dato’ Nor Inchun Mohamed Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed; Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Dato’ Zainuddin Ahamad; Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Haji Ahmad Tajuddin Jab; pegawai-pegawai kanan KPKT, guru dan wakil media.

K

5

»Ikrar yang bertujuan meningkatkan kesedaran

pelajar terhadap isu semasa, persekitaran manusia dan

perancangan alam sekitar ini membabitkan pelajar yang

terdiri daripada sekolah-sekolah sekitar Kuala

Lumpur iaitu SK Sultan Hisamuddin Alam Shah; SK

Jalan Batu; SK Convent (1) Bukit Nanas (M); SJK(T) Appar

dan SJK(C) Chung Kwok.

»Pelaksanaan semua aktiviti dan program ini melibatkan

pelbagai kumpulan sasar terutamanya pelajar

sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat IPTA

dan masyarakat umum. Penganjuran program ini

juga turut melibatkan semua jabatan dan agensi di bawah

Kementerian.

Habitat Moment 2016saksikan ikrar pelihara alam sekitar

Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016Para pelajar dari sekolah sekitar Kuala Lumpur memeriahkan sambutan Habitat Moment 2016

Page 6: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

6

UANTAN - Minggu Transformasi Siswa Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) menyaksikan acara bersejarah

apabila satu Majlis Pelancaran Kampus Hijau Ke Arah POLISAS Bebas Polisterina telah disempurnakan oleh Pengarah SWCorp Negeri Pahang, Dato' Mohd Nor Afandi Abd Aziz. Pelancaran bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dan tidak menggunakan polisterina yang boleh memberi kesan berbahaya kepada manusia dan alam sekitar. Polisterina diketahui umum mengandungi bahan seperti stirena dan benzena yang berbahaya dan mengambil masa kira-kira 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi. Terdahulu sebelum majlis pelancaran bermula, satu sesi taklimat "Bebas Polisterina dan Amalan 3R" telah diadakan bersama siswa baharu. Mohd Nor Afandi dalam ucapannya berkata, program kampus hijau ke arah POLISAS bebas polisterina ini merupakan program yang menyokong teknologi hijau dalam mengurangkan penggunaan beg plastik dan polisterina yang membawa bahaya kesan penggunaan kepada manusia dan alam sekitar. “Kajian yang dilakukan oleh Institute for Energy and Environmental Research (IEER) pada 1992 mendapati polisterina yang diperbuat daripada hydrochloroflouro carbon (HCFC-22) berpotensi mengancam alam sekitar sebanyak tiga hingga lima kali lebih tinggi berbanding bahan buangan lain. “Kajian Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan

2B yang merupakan agen penyebab kanser kepada manusia,” katanya. Menurut beliau, bahan-bahan kimia daripada bekas polisterina akan menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia. Tindakan kimia ini akan memberi mudarat kepada tubuh dan kesihatan manusia. Justeru katanya, penghapusan penggunaan polisterina di dalam POLISAS ini mampu memberi impak yang besar dalam kehidupan sekaligus dapat memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat akan pentingnya menjaga persekitaran dalam mencapai kesihatan yang optimum demi kelangsungan hidup. Beliau juga berpandangan program ini sekaligus dapat membantu SWCorp dalam merealisasikan beberapa objektif strategik Pelan Transformasi Minda 2015 - 2020 untuk melahirkan masyarakat menghargai dan mengutamakan kebersihan dan keindahan persekitaran. “Program kampus hijau ke arah POLISAS bebas polisterina yang dijalankan ini merupakan usaha dalam memberi kesedaran yang sewajarnya tentang bahaya dan keburukan amalan penggunaan polisterina bukan sahaja terhadap alam sekitar, tetapi juga kepada kesihatan manusia,” katanya. Sementara itu, pada 19 November 2016 lalu bertempat di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan, telah diadakan Pertandingan Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau Bagi Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan Tahun 2016. SWCorp telah diberi kepercayaan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadi salah seorang hakim bagi pertandingan berkenaan yang salah satu syarat utamanya adalah penggunaan

barang kitar semula dalam rekabentuk yang dihasilkan. Kriteria penilaian 3R bagi rekabentuk bandar teknologi hijau antara lain menetapkan setiap pasukan terdiri daripada dua orang pelajar (berusia 13-15 tahun) dan mereka dikehendaki membina sebuah bandar yang mengaplikasikan konsep teknologi hijau yang melibatkan bangunan, pengangkutan, sumber tenaga, penggunaan tanah, sisa dan sumber air serta ICT dengan menggunakan sekurang-kurangnya 80 peratus bahan kitar semula. Setiap pasukan diberi masa dua jam untuk menyempurnakan projek dan penyediaan booth. Pembentangan dilakukan di booth masing-masing semasa kehadiran hakim untuk sesi soal jawab dan mengambil masa tujuh minit bagi setiap pasukan. Model Bandar juga perlu

mengandungi sekurang-kurangnya satu komponen yang boleh bergerak dan pembinaan model mengikut kesesuaian skala yang ditentukan oleh murid masing-masing dengan saiz pembinaan tidak boleh melebihi 100 cm (L) x 150 cm (P) x 50 cm (T) termasuk semua bahan sokongan, bahan yang digantung di bawah atau di atas meja dan komponen-komponen luar. Selain itu turut ditetapkan ialah penjanaan sumber tenaga elektrik mesti dari model pembinaan sendiri (penggunaan bateri, panel atau litar ringkas dibenarkan) dan tidak boleh menggunakan bahan elektrik dari luar (seperti sambungan suis). Manakala bagi kaedah penghakiman pula, ia terbahagi kepada Model Bandar (60 peratus) dan Pembentangan (40 peratus).

POLISAS bebas polisterina dan kisah rekabentukBandar Teknologi Hijau

K

Antara peserta Pertandingan Rekabentuk Bandar Teknologi Hijau Bagi Sekolah-Sekolah Berprestasi Tinggi Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 sedang memberikan penerangan kepada pihak juri

OTA TINGGI – Bertempat di Flat Sri Saujana, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi, telah diadakan program Pengasingan Sisa Pepejal

dan Pembersihan Awam Melestarikan Alam Sekitar pada 23 Oktober lalu. Projek yang dianjurkan oleh SWCorp Negeri Johor ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Mohamed Sadique. Program bermula seawal jam 7.00 pagi dengan acara senamrobik yang dimeriahkan dengan penglibatan ahli sukarelawan dari kawasan Tenggara diikuti pelepasan peserta kayuhan basikal (Fun - Ride) dan pertandingan mewarna oleh kanak-kanak Tadika Kemas yang berjalan secara serentak. Ketibaan Halimah disambut paluan kompang, persembahan tarian zapin serta persembahan tarian etnik daripada pelajar-pelajar Sekolah Rendah Taman Sri Saujana serta pelajar Sekolah Menengah Taman Saujana, Kota Tinggi. Turut dipersembahkan ialah persembahan bercerita tentang Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca oleh pelajar berkenaan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) SWCorp, Dato' Zainul Abidin Abdullah, dalam ucapannya berkata, penduduk di Flat Sri Saujana seharusnya berlapang dada kerana kemudahan bagi meletakkan barangan kitar semula iaitu Sangkar Kitar Semula disediakan di kawasan kediaman ini. "Perletakan Sangkar Kitar Semula ini adalah sebagai usaha untuk memupuk masyarakat melaksanakan pengasingan sisa pepejal. Diharap dengan adanya Sangkar Kitar Semula ini, penduduk di sini

dapat memanfaatkannya sebaik mungkin tanpa mencampurkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula dengan sisa pepejal yang lain,” katanya. Beliau juga berharap masyarakat setempat berusaha ke arah mengubah kehidupan mereka agar lebih prihatin terhadap persekitaran yang bersih dan berganding bahu memastikan usaha yang dilakukan dapat memberi impak dan perubahan pada masa hadapan dengan menjadikan amalan pengasingan sisa pepejal ini sebagai budaya agar keindahan alam sekitar dapat dikekalkan dan seterusnya dapat diwarisi untuk generasi akan datang. Dalam pada itu, Halimah dalam ucapan perasmiannya berkata, pengurusan alam sekitar yang semakin hari semakin kompleks memerlukan perancangan yang menyeluruh. "Alam sekitar adalah aset paling bernilai, namun, sikap kurang prihatin dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar menyebabkan persekitaran kawasan kediaman dan tempat-tempat awam turut dicemari. Salah satu tabiat buruk yang mengganggu keindahan alam sekitar ialah sikap masyarakat membuang sampah di merata tempat,” katanya. Katanya, kajian menunjukkan setiap pengguna di Malaysia menghasilkan 0.9 hingga 1 kilogram sisa pepejal setiap hari. “Dalam hal lain, senario sampah berselerak di merata kawasan tanpa mengendahkan undang-undang yang terpampang pada papan tanda amaran menjadi pemandangan lazim. Sikap begini seharusnya sudah lama pupus dalam diri setiap rakyat Malaysia kerana negara sudah membangun. Usaha memupuk kesedaran

wajar dimulakan sejak usia muda. “Oleh itu, ibu bapa seharusnya menjadi penggerak utama. Begitu juga di sekolah, satu kurikulum perlu digubal sebagai mata pelajaran supaya generasi pelapis negara dapat menanam sikap mencintai alam sekitar di jiwa masing-masing. Kegiatan kokurikulum juga boleh dijadikan wadah berkesan dengan penubuhan Kelab Alam Sekitar atau Kelab Pencinta Alam,” katanya. Beliau turut menyentuh mengenai perlaksanaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang telah dikuatkuasakan. "Seharusnya masyarakat perlu lebih bijak menguruskan sisa pepejal bermula dari rumah yang melibatkan pengasingan sisa pepejal mengikut jenis yang boleh dikitar semula. Walaupun perkara ini telah jelas dinyatakan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672), tetapi pelaksanaan dasar ini masih di peringkat yang kurang memuaskan. Ini adalah disebabkan oleh sikap masyarakat yang masih belum menunjukkan keprihatinan terhadap alam sekitar,” katanya. Beliau menegaskan, sekiranya masyarakat hanya tahu dan sedar akan amalan pengasingan sisa pepejal ini tetapi

tidak mengamalkannya, tentunya aspirasi negara untuk mewujudkan kelestarian alam sekitar dan menjadi di antara 10 negara terbersih di dunia sekadar impian semata-mata. Selain itu katanya, masyarakat seharusnya sedar bahawa amalan mengasingkan sisa pepejal ini juga akan memberi kesan cukup besar kepada alam sekitar serta dapat menjimatkan kos pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang menelan belanja hampir RM2 bilion setahun. Beliau sebelum itu turut melancarkan pelekat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca. Program yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Norazam Dato’ Osman itu dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah serta persembahan daripada Band SWCorp dan pelajar sekolah. Antara pihak yang berusaha menjayakan program ini termasuklah Pihak Pengurusan Flat, JPP Zon 1 dan 2, Majlis Daerah Kota Tinggi, penduduk flat, sukarelawan dari kawasan Tenggara, Pejabat Pendidikan Daerah serta penduduk sekitar Kota Tinggi.

K

Flat Sri Saujana dipilih laksana program pengasingan sisa pepejal

Halimah bergambar bersama kanak-kanak cilik yang memenangi pertandingan mewarna

Page 7: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

7

UALA LUMPUR - Sehingga 15 Disember 2016 lalu, sebanyak RM1,050 jumlah bayaran kompaun

telah dikutip dari 25 Notis Tawaran Kompaun yang dikeluarkan kepada Orang Kena Kompaun (OKK). Jumlah itu diterima hanya daripada 21 OKK yang tampil membuat bayaran. Sebelum ini sebanyak 211,016 premis telah diperiksa dan melibatkan 2,098 buah taman untuk tujuh negeri yang melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Daripada jumlah itu sebanyak 98 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) telah dikeluarkan, dan 25 Izin Kompaun telah diperolehi setakat ini dan yang terbaharu dari cawangan Kangar (2 Izin Kompaun). Manakala bagi operasi penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca yang lakukan ke atas Kedah, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor pula, bermula 1 Jun 2016

hingga 15 Disember 2016 sebanyak 1,003 premis dan 12 taman telah diperiksa. Menerusi pelaksanaan penguatkuasaan pengasingan sisa pepejal ini juga, sebanyak 2,052 tan sisa kitar semula telah berjaya dikumpul melalui kutipan dari rumah ke rumah oleh syarikat konsesi semenjak ia dilaksanakan bermula dari September 2015 (Tempoh trial). Hal ini juga menunjukkan berlaku pengurangan sebanyak 12.6 peratus sisa pepejal yang dilupuskan ke tapak pelupusan pada tahun 2016 berbanding tahun 2015. Ini sekaligus menunjukkan bahawa masyarakat di negara ini mempunyai tahap kesedaran yang tinggi untuk melaksanakan pengasingan sisa pepejal. Dengan komitmen yang diberikan oleh masyarakat terhadap pelaksanaan pengasingan sisa pepejal ini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula negara daripada 10.5 peratus pada

tahun 2012 kepada 17.49 peratus pada tahun 2016 seiring dengan sasaran kadar kitar semula negara sebanyak 22 peratus menjelang tahun 2020.

UALA LUMPUR - Tahun 2016, buat julung-julung kalinya Majlis Perbandaran Kangar menganjurkan

acara Karnival MPK Di Hati Rakyat 2016 bertujuan mendekatkan Pihak Berkuasa Tempatan dengan rakyat Negeri Perlis. Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 25 sehingga 27 November 2016 lalu diadakan Dataran Dato' Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis. Antara aktiviti yang dianjurkan ialah pameran-pameran agensi kerajaan dan swasta, jualan produk tempatan, pertandingan woodball, bola sepak 7 sebelah, sukan rakyat, pertandingan koir, pertandingan lanskap, ceramah agama dan pertandingan memasak

antara Ketua Jabatan. SWCorp Negeri Perlis tidak ketinggalan menyertai pameran di booth yang disediakan oleh penganjur. Sepanjang karnival tersebut, SWCorp Perlis mengadakan kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, mempromosikan Amalan 3R selain aktiviti menarik di booth seperti permainan Dam Jumbo SWCorp, kuiz 3R, puzzle #asingkan serta pertandingan Swafoto di photo booth SWCorp Perlis. Selain itu, SWCorp Perlis turut menyertai Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah dan Pertandingan Memasak Antara Ketua Jabatan dan berjaya merangkul tempat pertama dalam pertandingan memasak berkenaan dengan membawakan konsep Value Food No Waste.

Majlis perasmian Karnival MPK Di Hati Rakyat 2016 ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Perlis pada 26 November 2016. Sebelum acara perasmian, baginda berkenaan mencemar duli bersama-sama dengan Ketua-Ketua Jabatan dan rakyat berbasikal di sekitar bandar Kangar serta melawat asnaf-asnaf sekitar Perlis. Dalam titah ucapannya, baginda menyeru supaya rakyat Perlis menyokong segala usaha yang dilakukan oleh MPK dalam memastikan kesejahteraan dan pembangunan negeri Perlis dapat dilaksanakan dengan jayanya.

K

K

Kempen pengasingan sisa pepejal kepada orang ramai turut mengisi Karnival MPK pada kali ini

RM1,050 bayaran kompuan dikumpul setakat Disember 2016

Karnival MPK bantu promosi Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca

»Menerusi pelaksanaan

penguatkuasaan pengasingan sisa

pepejal ini juga, sebanyak 2,052 tan

sisa kitar semula telah berjaya

dikumpul melalui kutipan dari rumah ke

rumah oleh syarikat konsesi semenjak ia

dilaksanakan bermula dari September 2015

sehingga Oktober 2016.

INFO

Page 8: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

UKIT FREASER - Bermula November 2014 hingga Oktober 2016 lalu, projek pengurusan sisa pepejal bersepadu di Bukit

Fraser yang dijalankan dengan usahasama iaitu Japan International Cooperation Agency (JICA), SWCorp, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta beberapa agensi lain telah menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan. Walaupun projek di Bukit Fraser ini merupakan projek ke-2 yang dilaksanakan dengan usahasama pakar-pakar pengurusan sisa pepejal dari Jepun yang dibawa oleh JICA ke Malaysia, namun ia melalui cabaran yang berbeza. Projek pertama sebelum ini telah dilaksanakan di kawasan Hang Tuah Jaya, Melaka selama tiga tahun iaitu bermula pada tahun 2011 hingga 2013. Dalam satu seminar yang diadakan baru-baru ini, peserta telah didedahkan secara terperinci bagaimana projek pengurusan sisa pepejal yang lebih baik dan berkesan telah dilakukan di kawasan tumpuan pelancong ini dan inisiatif-inisiatif yang telah dilakukan. Seminar “Improvement of Solid Waste Management in Fraser’s Hill” antara lain menjelaskan mengenai inisiatif mempertingkatkan kesedaran awam dan pengetahuan mengenai kepentingan pengurusan sisa pepejal bersepadu, memberi pengetahuan kepada peserta mengenai cara dan kaedah yang sesuai serta praktikal untuk digunapakai dalam mengurus sisa pepejal dan menghargai pihak yang terlibat dalam projek tersebut khususnya komuniti, agensi kerajaan dan penduduk di Bukit Fraser. Seminar ini juga merupakan medium penting untuk tujuan hebahan kejayaan projek kepada PBT, agensi swasta, industri, komersial di seluruh negeri Pahang dan lain-lain kawasan mengenai amalan pengurusan sisa pepejal bersepadu di Bukit Fraser. Jalinan kerjasama dan hubungan dua hala di antara kerajaan Malaysia

dan Jepun dalam bidang penyelidikan, latihan, pemindahan teknologi, sistem dan kaedah pengurusan sisa pepejal akan dapat dipertingkatkan selari dengan hasrat kerajaan dan Dasar Pandang ke Timur 2.0 (LEP 2.0). Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menguruskan sisa pepejal di negara ini bukan sahaja hanya tertumpu di bandar-bandar besar sahaja malah kawasan-kawasan tanah tinggi seperti di Bukit Fraser. Program ini juga penting untuk meningkatkan pengurusan sisa pepejal negara secara keseluruhan sepertimana yang dirancangkan dalam dasar RMK-11. Seminar diadakan di Dewan Serbaguna, Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (iKPKT), Bukit Tinggi, Bentong, Pahang ini telah dirasmikan oleh ADUN Negeri Pahang, Dato’ Abd Aziz Mat Kiram. Antara yang hadir pada seminar ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri Pahang merangkap EXCO Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Wakil Ketua Eksekutif JICA Malaysia, Kojiro Matsumoto; Ketua Eksekutif Biro Alam Sekitar Bandar Kitakyush, Kengo Ishida; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) SWCorp, Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha dan Pengarah Kitakyushu Environmental Preservation Association (KEPA), Akinori Kida. Topik yang dibentangkan pada seminar berkenaan ialah Project for Improvement of Solid Waste Management in Fraser's Hill : Activity Report oleh Yoshihiro Okada; Waste Composition Analysis in Fraser's Hill (MrNobuyuki Ogata); Composting of Food Waste Recycling in Fraser's Hill (Yasushi Matsuo); Proposal for Safe Landfill Related to Fraser’s Hill (Hidetoshi Hamada); dan Waste Reduction and Recycling (Shinsuke Takeuchi). Untuk rekod, Bukit Fraser dipilih oleh JICA sebagai kawasan kajian kerana lokasinya yang agak terpencil dan jauh daripada pekan Kuala Kubu dan bandar

Raub. Dari aspek logistik, ini menyukarkan kutipan sisa pepejal dan meningkatkan kos pengurusannya. Dengan bilangan penduduk tetap mencecah 1,000 orang serta kehadiran pelancong seramai 120,000 orang setahun, pengurusan sisa pepejalnya dilihat sangat mencabar. Ini kerana, jarak tapak pelupusan yang menerima sisa pepejal dari Bukit Fraser iaitu di Tapak Pelupusan Cheroh terletak lebih kurang 60 kilometer dan terpaksa melalui jalan yang berbukit bukau serta mengambil masa lebih tiga jam perjalanan pergi dan balik. Kerana itu juga kos pengurusan sisa pepejal di Bukit Fraser sahaja mencecah RM28,000 sebulan. Justeru, bagi meningkatkan pengurusan sisa pepejal di Bukit Fraser, SWCorp bersama JICA yang diwakili oleh pakar-pakar dari Bandar Kitakyushu serta sokongan padu Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Daerah Raub dan Alam Flora Sdn. Bhd., kami telah menjalankan kajian bersama dengan peruntukan sebanyak RM2 juta daripada pihak JICA untuk melaksanakan projek ini. Projek ini juga mengambil inspirasi dari bandar Kitakyushu yang menjalankan pengurusan sisa pepejal terbaik dan menghasilkan kadar kitar semula paling tinggi di seluruh Jepun. Bagi memastikan pengurusan sisa pepejal di Bukit Fraser dijalankan secara bersepadu, sisa makanan yang dijana dari hotel-hotel akan diasingkan dan seterusnya diproses menjadi bahan kompos yang boleh digunakan untuk memperbaiki struktur tanah dan boleh menggantikan baja kimia. Mesin pengkomposan sisa makanan telah dibekalkan oleh JICA dengan kapasiti sebanyak 500 kilogram sehari. Sejak program pengasingan sisa pepejal dan pengkomposan sisa makanan mula dilaksanakan pada bulan Disember 2015 yang lalu, sebanyak 15 tan sisa makanan berjaya dirawat yang menghasilkan sebanyak 500 kilogram baja kompos. Bagi bahan kitar semula pula, penduduk akan menjual terus bahan kitar semula yang telah dikumpulkan

kepada SWCorp atau syarikat persendirian bagi mendapatkan insentif secara terus. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan bahan kitar semula berakhir di tapak pelupusan. Selain pengkomposan sisa makanan dan pengasingan bahan kitar semula, kajian berkaitan tapak pelupusan turut menjadi agenda utama projek ini. Tapak Pelupusan Cheroh di Raub yang masih aktif menerima sisa pepejal dari Bukit Fraser dan Tapak Pelupusan Jalan Jeriau yang telah ditutup merupakan lokasi kajian yang dijalankan oleh JICA. Kajian akan dijalankan bagi membuat cadangan untuk memanjangkan jangka hayat Tapak Pelupusan Cheroh manakala Tapak Pelupusan Jalan Jeriau pula akan dikaji tahap pencemarannya.

UALA KEDAH - Lorong Mayat, Kampung Tengah, Kuala Kedah kali ini menjadi sasaran Program Kesedaran 3R (Reduce,

Reuse, Recycle) dan Gotong-Royong Bagi Membanteras Denggi dan Virus Zika anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), SWCorp dan Enviroment Idaman Sdn. Bhd. Dilaksanakan pada 21 hingga 22 Oktober yang lalu, program ini melibatkan 10 wakil dari Jabatan Kesihatan, 10 wakil dari MBAS, 10 wakil dari SWCorp, 20 wakil dari Environment Idaman Sdn. Bhd. dan penduduk kampung sekitar Lorong Mayat. Dengan bantuan dua buah backhoe dan lori, program yang dirasmikan oleh Setiausaha MBSA yang mewakili Yang di-Pertua MBSA, Hakim Ariff Md Noor, turut dihadiri Pengarah SWCorp Negeri Kedah, Fadzilah Hasan. Penduduk yang hadir bersama wakil-wakil dari agensi terbabit antara lain membersihkan longkang, memotong rumput, membersihkan halaman rumah, membersihkan tapak buangan sampah yang dibuang ke laut. Bagi pengisian minda dan

pendedahan ilmu, turut diadakan pameran bersama agensi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran penduduk kampung bagi menjaga kebersihan alam sekitar. Taklimat kesedaran awam dan 3R serta taklimat denggi dan zika juga diadakan, di samping kutipan barangan kitar semula, pertandingan laman terbersih dan pemeriksaan darah dan gula oleh Jabatan Kesihatan kepada penduduk kampung turut diadakan. SWCorp juga tidak ketinggalan mengadakan pameran Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca, pameran dan demonstrasi kompos takakura (penghasilan baja daripada sisa makanan), pameran kraftangan daripada barangan yang boleh dikitar semula serta taklimat kesedaran awam dan 3R yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan, Azhana Che Ghazali. Pada program berkenaan sebanyak 215 kilogram bersamaan dengan RM90.10 jumlah barangan kitar semula berjaya dikumpul dengan kategori barangan yang paling banyak dikumpul ialah botol plastik, kertas warna dan kotak. Diadakan juga Pertandingan Laman Terbersih melibatkan keseluruhan penduduk di Kampung Tengah, Kuala

Kedah di mana rumah penduduk akan dinilai dari segi tahap kebersihan, lanskap, menggunapakai hiasan laman daripada barangan kitar semula seperti tayar, botol dan sebagainya. Lorong Mayat dipilih sebagai lokasi kerana sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mendapati, penduduk di kampung ini banyak mendapat wabak demam denggi. Daripada maklum balas yang diterima daripada penduduk, mereka sangat berpuas hati kerana mendapat banyak manfaat dan kesedaran daripada program-program yang dijalankan seperti info-info penting semasa taklimat terutamanya mengenai penjagaan kesihatan yang baik,

taklimat denggi dan zika. Pengarah SWCorp Kedah, Fadzilah Hasan berkata, program ini secara tidak langsung telah membantu penduduk kampung Lorong Mayat meningkatkan kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar di samping membanteras masalah wabak denggi yang semakin membimbangkan. Program yang dijalankan seperti program gotong-royong dan program kutipan barangan kitar semula telah mengubah sikap masyarakat dan mewujudkan semangat positif antara penduduk kampung terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan.

8 JICA kongsi kejayaan, ilmu pada seminar

pengurusan sisa pepejal bersepadu

Warga kerja SWCorp turut terlibat dalam aktiviti gotong-royong membanteras denggi dan virus zika

B

K

“Sejak program pengasingan dan

pengkomposan sisa makanan mula

dilaksanakan pada bulan Disember 2015 yang lalu,

sebanyak 15 tan sisa makanan berjaya dirawat

yang menghasilkan sebanyak 500 kilogram

baja kompos.

Bagi bahan kitar semula pula, penduduk akan menjual terus bahan

kitar semula yang telah dikumpulkan kepada

SWCorp atau syarikat persendirian bagi

mendapatkan insentif secara terus. Ini secara

tidak langsung dapat mengurangkan bahan

kitar semula berakhir di tapak pelupusan.

Lorong Mayat jadi sasaran!

Page 9: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

UALA TERENGGANU - SWCorp Terengganu dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) diminta untuk mengkaji aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh membantu mempertingkatkan amalan kitar semula di negeri ini. Ia termasuk langkah-langkah untuk mewujudkan galakan yang bersesuaian, terutama bagi penggunaan teknologi dalam aktiviti kitar semula. Usaha ini dibuat bagi memastikan Terengganu kekal sebagai “role-model” bagi amalan kitar semula yang bakal dicontohi semua rakyat dan majikan di negara ini. Buat masa ini, semua jabatan serta agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang berada di Terengganu sudah diwajibkan untuk menempatkan tong-tong kitar semula di pejabat masing-masing bagi menggalakkan semua pegawai kerajaan mengukuhkan lagi amalan kitar semula dalam kalangan pegawai di tempat kerja dan keluarga masing-masing. Selain itu, setiap kawasan perumahan juga perlu disediakan dan dilengkapi dengan Pusat Kitar Semula selain Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bekerjasama antara satu sama lain dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan responsif kepada pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa pepejal. Tambahan dari itu, KPKT, PBT, pemaju perumahan, pengurus pusat membeli belah dan pihak-pihak lain mestilah memastikan bahawa pusat pengumpulan sisa buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang sesuai dan mudah diakses, seperti di kawasan perumahan, di pusat aktiviti komuniti, di pusat membeli-belah dan juga di tempat pekerjaan untuk memudahkan dan menggalakkan lebih ramai orang mengitar semula.

Selain itu, pendidikan dan pemahaman terhadap amalan kitar semula juga sangat penting ditekankan. Ini kerana dalam pemikiran kebanyakan rakyat Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong kitar semula semata-mata. Kitar semula adalah jauh daripada itu, ia adalah satu cara hidup yang berkait rapat dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana dan menghargai nilai sesuatu benda. Pemikiran kitar semula harus menjadi sebahagian daripada kebiasaan kita, baik di peringkat pembelian, penggunaan ataupun pembuangan. Maka, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan amalan kitar semula dalam diri setiap rakyat, pihak-pihak berkuasa

terutamanya PBT hendaklah bekerjasama dengan rakyat dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur yang disediakan adalah mencukupi, efisien dan konsisten. Umum mengetahui, salah satu daripada masalah alam sekitar yang semakin meruncing di Terengganu pada masa kini ialah jumlah pembuangan sisa pepejal yang semakin banyak, serta tapak pelupusan yang semakin padat dan berkurangan. Keseluruhan negeri Terengganu kini menghasilkan kira-kira 1,400 tan sampah setiap hari atau sebanyak 504,000 tan setahun. Kadar penghasilan sampah negeri ini dijangka meningkat pada kadar 20 peratus setiap tahun, selari dengan pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi negeri yang semakin pesat. Manakala kajian mendapati, tapak pelupusan sisa buangan sedia ada hanya dapat menampung setakat 60 peratus sisa buangan dalam masa dua tahun lagi. Walaupun teknologi canggih untuk pelupusan sisa buangan wujud dan kerajaan sedang dalam proses meningkatkan penggunaan teknologi tersebut, namun usaha-usaha ini tidak akan mencukupi bagi tujuan sebenarnya. Dari segi ekonomi, Kerajaan Negeri terpaksa membelanjakan lebih daripada 96 juta ringgit setahun untuk menguruskan sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negeri ini. Sekiranya kita berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 22 peratus daripada jumlah janaan sampah, adalah dijangka kita boleh menjimatkan sekurang-kurangnya RM21 juta setiap tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat. Dari segi industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak sumber ekonomi baharu, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang perniagaan dan

pekerjaan yang baharu serta lebih, jika dibandingkan dengan industri pembuangan sisa pepejal semata-mata. Paling penting, amalan kitar semula dapat menolong memelihara alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup rakyat terutamanya rakyat negeri Terengganu sejagat. Terdahulu, sebagai komitmen negeri terhadap usaha peningkatan amalan kitar semula, telah diadakan Program Transformasi Terengganu Terbersih (Pembudayaan Kebersihan, Pengasingan Sisa Di Punca dan Kitar Semula) Sekolah dan Tadika Negeri Terengganu Tahun 2016. Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman serta kesedaran kepada pelajar terhadap kepentingan pemeliharaan kebersihan, alam

sekitar dan seterusnya amalan kitar semula yang merupakan satu perkara yang amat penting sekali dalam usaha untuk mencapai pembangunan yang mampan, berkualiti dan seimbang di masa hadapan. Majlis penutup program berkenaan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.

9

Role-Model kitar semula

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri Terengganu, Bazlan Abd. Rahman menyempurnakan majlis penutupan Program Transformasi Terbersih

Antara murid Tadika yang menyertai Pertandingan Mewarna sempena program Transformasi Terengganu Terbersih

K

ULAU PANGKOR - Pulau Pangkor terkenal dengan keindahan pantai dan menjadi tempat tumpuan pelancong

dalam dan luar negara. Menyedari hakikat itu, Global Environment Centre telah berusaha mengembalikan keceriaan pulau ini dengan melakukan Program Pembersihan Pantai dan Pendidikan Alam Sekitar 2016 di bawah projek pengurusan sisa pepejal Pulau Pangkor. Memilih Kampung Sungai Pinang sebagai lokasi tumpuan, program yang diadakan pada 27 November 2016 ini disertai lebih 600 peserta. Program yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi itu telah dirasmikan oleh ADUN Kawasan Manong, Dato’ Mohamad Kamil Dato’ Shafie. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kemahiran di kalangan komuniti Pulau Pangkor, mempromosikan konsep Taman Pulau Pelancongan kepada komuniti, memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar kepada komuniti, memberikan pendidikan kepada komuniti tentang

kepentingan penjagaan alam sekitar dan meningkatkan penyertaan komuniti dalam program pembersihan Pulau Pangkor dan pendidikan alam sekitar. Program gotong-royong yang dibahagikan kepada enam kumpulan ini melakukan pembersihan di beberapa kawasan tumpuan. Antaranya, Jeti Pangkor, Teluk Dalam, Pasir Bongak, Teluk Nipah, Teluk Gedung dan Sungai Pinang. Jumlah keseluruhan kutipan pembersihan bagi ketujuh-tujuh kawasan berkenaan ialah sebanyak 769.47 kilogram. Hasil daripada program pembersihan ini, ia sedikit sebanyak memberikan kesedaran kepada komuniti tentang kepentingan penjagaan alam sekitar di samping menjadikan Pulau Pangkor bersih dan menarik ramai pelancong serta memupuk generasi anak muda agar menjaga kebersihan untuk tidak membuang sampah ke dalam laut. Namun bagi memastikan Pulau Pangkor terus kekal bersih dan indah, program pembersihan pantai dan pendidikan alam sekitar perlu diteruskan untuk meningkatkan kesedaran komuniti setempat.

Global Environment Centre bersihkan Pulau Pangkor

PPara sukarelawan ketika menjalankan aktiviti gotong-royong di sekitar Pulau Pangkor

Buat masa ini, semua jabatan serta agensi kerajaan

negeri dan persekutuan yang berada di Terengganu

sudah diwajibkan untuk menempatkan tong-tong kitar

semula di pejabat masing-masing bagi menggalakkan

semua pegawai kerajaan mengukuhkan lagi amalan

kitar semula dalam kalangan pegawai di tempat kerja dan

keluarga masing-masing.

Page 10: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

ANGAR - Jelajah Forum dan Ekspo Mampan (JFEM) Perlis 2016 dianjurkan

secara bersama oleh Associated Cyclosportif Trekkers (ACT) yang bukan sahaja bergiat aktif dalam aspek kesukanan malah menjayakan program pembinaan modal insan dan pembangunan masyarakat ke arah mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya hidup yang mampan. Program ini melibatkan agensi-agensi lain seperti pemain industri, agensi kerajaan, institusi-institusi serta badan pengawal selia indusri. JFEM Perlis 2016

telah dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Perlis, YB Ahmad Bakri Dato' Ali pada 5 November 2016. Dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Bakri mengucapkan syabas kepada pihak penganjur dan berterima kasih atas pemilihan Negeri Perlis sebagai salah satu lokasi JFEM tahun 2016. Program ini dilihat sangat dekat dengan Kerajaan Negeri Perlis yang mengutamakan aspek kelestarian alam sekitar serta memfokuskan ke arah Negeri Bandaraya Tahun 2030 di mana masyarakat perlulah menjadi masyarakat berminda kelas pertama yang mengutamakan aspek kebersihan dan

mengamalkan kitar semula serta mesra teknologi hijau. ACT selaku penganjur utama telah mengundang SWCorp Negeri Perlis sebagai rakan penganjur JFEM Perlis 2016. Kerajaan Negeri Perlis, Koridor Utara Malaysia (NCER), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), syarikat konsesi Environment Idaman Sdn. Bhd., Persatuan Ikatan Seniman Perpaduan Nasional (ISPEN) dan agensi-agensi kerajaan juga terlibat menjayakan progam ini. Jelajah ini menyasarkan kunjungan pengunjung yang terdiri daripada pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan rendah di sekitar Perlis dan juga orang awam. Antara pengisian JFEM adalah menjadikan amalan kitar semula sebagai satu budaya yang berterusan di kalangan masyarakat. Tajuk-tajuk forum yang telah diatur seperti Teknologi Hijau dan Amalan Kitar Semula : Nak Bermula Dari Mana memfokuskan kepada sasaran untuk kelestarian alam sekitar.

Turut diadakan juga pameran Kempen Kitar Semula yang bertujuan memberi kesedaran dan pendidikan kepada penduduk setempat berhubung arahan kerajaan mengenai Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca secara mandatori mulai 1 Jun 2016. Di samping itu, terdapat booth pameran dan jualan yang mempromosikan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menepati ciri-ciri pembangunan mampan terutamanya dalam kalangan usahawan dan badan-badan sokongan mengikut kategori seperti Teknologi Pertanian, Teknologi dan Perniagaan, Makanan Berkualiti dan juga Gaya Hidup. Selain itu, Hari Tanpa Petrol yang merupakan satu kempen untuk mengurangkan penggunaan bahan api turut diadakan. Pada siri jelajah ini juga diperkenalkan Perlis Car Free Day sebagai trademark program. Pelbagai aktiviti seperti berjalan kaki, berbasikal, roller blade dan skate board dilaksanakan semasa Perlis Car Free Day di mana pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli

Parlimen Arau, Dato' Seri Dr. Shahidan Kassim pada 6 November 2016. Antara objektif yang dapat dicapai pada JFEM Perlis 2016 ialah SWCorp dapat mengadakan promosi lebih meluas bagi pelaksanaan penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca kepada orang awam dalam skala yang besar melalui pendekatan mendekati orang ramai (engagement), pameran, tayangan video serta demonstrasi pengasingan sisa pepejal. Selain itu, SWCorp dapat melaksanakan pemindahan ilmu (knowledge transfer) kepada institusi pengajian tinggi, sekolah-sekolah serta masyarakat setempat melalui taklimat pengkomposan sisa organik kepada para pelajar dan pengunjung. Lebih menarik apabila JFEM Perlis 2016 ini menjadi salah satu medium untuk menyebarluaskan peranan serta tanggungjawab SWCorp kepada masyarakat di mana jelajah ini dapat membantu mempromosikan SWCorp.

OTA BAHRU - Orang Kelantan baru-baru ini berpeluang melihat pelbagai

inovasi dan teknologi hijau yang dipamerkan oleh pelbagai syarikat yang terkenal dalam bidang berkaitan. Penganjuran Ekspo Hijau Kelantan 2016, ternyata banyak manfaat apabila berjaya menghimpunkan pemain industri teknologi hijau untuk mempromosikan inovasi produk dan berkongsi maklumat, potensi, teknologi serta penyelidikan terkini dalam sektor teknologi hijau kepada pengunjung yang hadir.Program anjuran Kerajaan Negeri Kelantan melalui portfolio Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan ini merupakan acara tahunan di Kelantan. Diadakan di pasar raya terkemuka, KB Mall Kota Bharu, secara tidak langsung ekspo ini turut dikunjungi oleh pengunjung dari Terengganu dan Selatan Thailand. Antara agensi dan syarikat yang menyertai ekspo ini ialah SWCorp Negeri Kelantan, Kelantan Biotech Corporation, Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn.

Bhd., Go Global Green Sdn. Bhd. dan banyak lagi. Apa yang penting ekspo ini secara tidak langsung dapat memupuk masyarakat kepada penjimatan tenaga dan menjaga alam sekitar seterusnya menuju ke arah Kelantan Hijau Lestari. Majlis penutupnya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan, Dato’ Che Abdullah Mat Nawi. Dalam pada itu, satu acara yang berlainan bertempat di Dewan Sri Tunjung, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan pada 3 November lalu telah mengadakan Program Taklimat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan Pertandingan Kitar Semula Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan 2016 (PerKiSS 2016). Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah SWCorp Negeri Kelantan, Dato' Sri Afandi Hamzah dan telah dihadiri 200 guru dari sekolah seluruh Kelantan. Taklimat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca disampaikan Pegawai Penguatkuasa, SWCorp Negeri Kelantan, Mohammad Ruzi Mat Selek. Ia bertujuan memberi pendedahan awal

kepada pendidik mengenai pengetahuan dan cara pengasingan sisa pepejal yang betul untuk dijadikan amalan dan budaya dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan alam sekitar. Ia juga bertujuan mendidik guru supaya mengamalkan budaya Kitar Semula atau 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle. Melalui taklimat ini diharapkan para guru dapat memanjangkan ilmu yang diperolehi kepada pelajar di sekolah mereka nanti. Taklimat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan Majlis Penyampaian Hadiah Sempena Pertandingan PerKiSS ini bertujuan untuk menggalakkan sekolah-sekolah di seluruh negeri Kelantan agar lebih aktif menyertai pertandingan kitar semula dan seterusnya menjalankan program Bank Kitar Semula secara berterusan. Penyertaan program kitar semula oleh sekolah-sekolah di negeri Kelantan adalah diharapkan dapat menjadi penyumbang paling besar untuk mencapai sasaran kitar semula negara sebanyak 22 peratus pada tahun 2020. SWCorp telah menyediakan satu Pelan

Strategik 2014 - 2020 yang berteraskan peningkatan kualiti persekitaran yang baik dan sejahtera menjelang 2020. Ia menitikberatkan dasar dan strategi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam secara bersepadu, efektif, lestari serta menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup masyarakat melalui pendidikan masyarakat, penguatkuasaan undang-undang, kecekapan penyampaian perkhidmatan dan penggunaan teknologi yang efektif. Pelbagai langkah telah dan akan diambil oleh SWCorp dalam memastikan penglibatan setiap lapisan masyarakat dalam merealisasikan hasrat tersebut termasuk

menyediakan pelan tindakan terhadap kebersihan. Pelan ini bertujuan menggariskan langkah-langkah yang perlu diambil dalam memastikan faktor kebersihan menjadi keutamaan setiap lapisan masyarakat. Ini termasuklah penubuhan Kelab Kitar Semula di sekolah-sekolah serta tadika. Selaku agensi yang bertanggungjawab terhadap perkara ini, SWCorp saban tahun melaksanakan inisiatif yang dapat menggalakkan peningkatan kadar kitar semula di negara ini yang sekaligus memberi impak yang besar terhadap pengurusan sisa pepejal di Malaysia.

10

JFEM bantu SWCorp dekati masyarakat

Ekspo Hijau, Taklimat Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan PerKiSS untuk orang Kelantan

K

K

Pelbagai aktiviti menarik di booth SWCorp memeriahkan lagi JFEM

Persembahan pembukaan semasa majlis perasmian Ekspo Hijau Negeri Kelantan

Page 11: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

11

UALA LUMPUR - Nama Robin Hood ternyata memberi tuah kepada empat remaja apabila aplikasi yang dicetuskan dari

nama itu dipilih sebagai juara Sime Darby Young Innovators Challange (SDYIC). Ia bermula apabila Ivan Avannus, pelajar berusia 15 tahun dari SM St Michael Penampang, Sabah, melayari Facebooknya dan dia ternampak satu iklan mengenai SDYIC. "Mereka mencari penginovasi untuk menyertai kem berkenaan, dan saya sudah pun mempunyai idea yang terlintas di fikiran saya, jadi saya memutuskan untuk mendaftar," katanya dalam temubual bersama sebuah portal media di Malaysia. Menurut Ivan, di kem itu, dia ditempatkan dalam pasukan bersama tiga remaja lain iaitu Ezra Robert, remaja dari Sabah yang juga berusia 15 tahun dan bersekolah di All Saints Anglican Academy, Allegra Chan, 16, dari Lodge International School Sarawak dan Joseph Chung, 14, dari Tunku Putra. "Pada mulanya kami merasa janggal (antara satu sama lain), tapi kemudian kami sedar yang kami dari jenis orang yang sama, jadi kami 'klik'," kata Ivan. Pasukan ini akhirnya telah memenangi SDYIC di peringkat kebangsaan pada Jun tahun ini, dengan inovasi Robin Food, sebuah aplikasi mudah alih dan untuk laman web desktop. "Ia adalah sebuah aplikasi yang menghubungkan pasar raya yang mempunyai lebihan makanan, dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang tidak mempunyai makanan yang mencukupi untuk diberikan kepada golongan yang memerlukannya. "Pasar raya ini boleh memberi maklumat mengenai berapa banyak lebihan makanan yang mereka ada, NGO boleh meminta berapa banyak makanan yang mereka perlukan," jelas Chung. Mengimbau kembali penyertaannya, menurut Chung, sekolahnya telah mengedar risalah mengenai kem itu dua hari sebelum tarikh akhir, jadi dia hampir tidak sempat mendaftar. Manakala bagi Chan dan Robert pula, mereka mendapat tahu tentang SDYIC melalui guru-guru mereka. "Guru saya memaklumkannya kepada saya dan saya menyertainya kerana ia nampak seperti menyeronokkan," kata Chan. Bagi Robert pula, pada mulanya dia teragak-agak untuk menyertainya kerana tidak mengetahui tentang pertandingan tersebut, tetapi pada akhirnya, ternyata dia tidak menyesal. Pada hari pelancaran aplikasi itu, keempat-empat remaja ini kemas berpakaian baju mereh Sime Darby, dan sudah tentunya Ivan dan Chung begitu bersemangat untuk menceritakan pengalaman mereka. Kata Ivan, kem yang mereka hadiri sangat berbeza daripada yang dia pernah sertai sebelum ini kerana mereka

sangat terbuka dan menghormati semua idea. Ini menyebabkan mereka yang menyertai kem itu tidak takut untuk meluahkan idea-idea mereka. Remaja ini memberi tumpuan mereka terhadap isu pembaziran makanan selepas menghadiri bengkel di kem serantau SDYIC pada bulan Mac . "Kami bertemu pakar dari World Wildlife Fund (WWF) dan dia memberitahu kami bahawa pembaziran makanan sebenarnya satu masalah alam sekitar yang besar. "Apabila kita membazirkan makanan, kita membazir bukan sahaja makanan tetapi juga air, tenaga, masa dan juga bahan api sekiranya makanan itu diimport," kata Ivan. Mereka menghasilkan aplikasi tersebut selepas cambahan idea yang bersungguh-sungguh, termasuk idea-idea yang "tidak masuk akal", seperti menggunakan drone untuk mengumpulkan lebihan makanan dari rumah-rumah individu dan menghantarnya kepada NGO yang memerlukannya. Selepas menapis idea mereka untuk Robin Food dan membangunkan prototaip aplikasi itu, remaja itu muncul pemenang di peringkat serantau dan kemudiannya, di peringkat kebangsaan SDYIC, yang membolehkan mereka membawa pulang hadiah RM10,000 serta sebuah piala dan MacBook Air apabila menewaskan tiga lagi pasukan di peringkat akhir. Tetapi ia tidak berakhir di situ. Sime Darby memutuskan untuk membangunkan prototaip mereka sebagai aplikasi sepenuhnya selepas mereka menang pada bulan Jun, dan pada 15 Disember, mereka akhirnya melancarkan versi kerja Robin Food dengan kerjasama dengan, antaranya, Tesco Stores (M) Sdn. Bhd. dan Yayasan Bantuan Makanan. "Kami ingatkan selepas pertandingan akhir, ia hanya berakhir di situ, tetapi kemudian apabila Sime Darby berkata mereka akan membangunkan aplikasi itu, kami sangat terkejut dan gembira," kata Chung. Ini hanyalah permulaan kerana menurut wakil Sime Darby, mereka merancang untuk terus mengembangkan aplikasi tersebut, seperti bekerjasama dengan hotel dan restoran untuk menyediakan lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan melalui aplikasi. Kami di SWCorp sangat menghargai dan mengucapkan tahniah di atas kesungguhan dan usaha kreatif ke empat-empat remaja ini. Idea mereka menerusi aplikasi Robin Hood telah sedikit sebanyak memberi kejayaan kepada kami yang telah melancarkan kempen Value Food No Waste dengan kolaborasi bersama pihak hotel dan pasar raya bermula dari tahun 2015 bagi mengelakkan pembaziran makanan semasa penyediaan makanan. Justeru itu SWCorp berharap usaha yang dilaksanakan oleh empat remaja ini dicontohi yang lain.

UALA LUMPUR - Projek rintis bagi merawat sisa organik dan sisa makanan dari sumber yang dikenali

sebagai Milen Bio Green Food Waste Disposal berpotensi untuk diperluas setelah penggunaannya dilihat mampu memberikan alternatif di dalam pengurusan sisa pepejal. Ia sedang di peringkat perbincangan apabila lawatan yang diadakan di Pasar Besar dan Restoran Upperstar Damai di Kota Kinabalu pada 16 Disember lalu telah membuktikan kebolehupayaan mesin ini berfungsi dengan baik. Teknologi yang dibangunkan oleh syarikat Milen Bio (Korea) Sdn. Bhd. itu mempunyai kemampuan untuk merawat sisa pepejal bagi mengurangkan janaan sisa makanan yang merupakan komposisi sisa pepejal terbesar iaitu sebanyak 40 peratus dari dihantar ke tapak pelupusan. Semasa sesi lawatan yang disertai oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Ismail Mokhtar; Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli

Mohamed; wakil syarikat konsesi Alam Flora Sdn. Bhd.; serta dua wakil dari Bahagian Teknologi dan Penyelidikan, SWCorp, taklimat terperinci mengenai kebolehan, kebaikan dan keupayaan mesin tersebut telah disampaikan oleh syarikat berkenaan. Untuk kegunaan pasar, mesin berkapasiti 100 kilogram digunakan manakala untuk kegunaan restoran mesin yang berkapasiti 15 kilogram digunakan. Dalam pada itu, sebagai menyokong usaha ini, Majlis Bandaraya Kota Kinabalu telah membeli sebanyak 40 unit mesin Milen Bio Green Food Waste Disposal ini untuk diedarkan kepada restoran-restoran di sekitar Kota Kinabalu. Satu daripadanya ialah Restoran Upperstar Damai yang melibatkan 10 hingga 20 kilogram sisa organik dirawat setiap hari. Selaras dengan itu, inisiatif ini dilihat boleh menyumbang kepada persekitaran yang lebih mampan memandangkan pembaziran makanan yang tidak terkawal dari premis perniagaan memberi kesan yang sangat besar kepada alam sekitar.

ORIB - Dengan matlamat mewujudkan pasukan pelapis yang dikenali Komuniti 3R (K3R) dalam membantu

kegiatan dan aktiviti K3R setempat, Jawatankuasa Kerja Projek Pengurusan Sisa dan Amalan Terbaik Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) telah menganjurkan bengkel bertajuk “KEM REMAJA 3R EKO RENJER” pada 14 hingga 16 Oktober 2016 bertempat di Bakau Gruv Kampung Resort, KM58, Tanjung Sepat, Morib. Kem itu juga bertujuan memberi kefahaman awal mengenai kepentingan amalan kitar semula di semua peringkat komuniti di samping mengeratkan jaringan K3R bersama persatuan-persatuan penduduk dan sekolah-sekolah yang terlibat. Penganjuran kem ini adalah antara aktiviti yang dipersetujui di bawah program sambutan 10 tahun LA21 KL dengan melibatkan kumpulan remaja berusia di antara 13 hingga 18 tahun yang terdiri dari murid sekolah menengah (projek Lestari Rakyat LA21 KL) dan remaja dari persatuan–persatuan penduduk Kuala Lumpur yang terpilih. LA21 merupakan satu keperluan penting bagi pembangunan Kuala Lumpur. Dalam hal ini SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berfungsi sebagai salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang

bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bertindak sebagai wakil kerajaan untuk meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan; meningkatkan sokongan masyarakat kepada program yang bermanfaat kepada semua; meningkatkan kebolehan untuk memenuhi keperluan masyarakat; mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan, kesepakatan, keberkesanan dan kecekapan, lebih bertanggungjawab dan berwawasan strategik. Program ini melibatkan kumpulan remaja berusia di antara 13 hingga 18 tahun seramai 30 orang yang terdiri dari pelajar sekolah menengah (projek Lestari Rakyat LA21 KL) dan remaja dari persatuan-persatuan penduduk Kuala Lumpur yang terpilih. Sepanjang kem diadakan antara aktiviti yang dijalankan seperti Taklimat Pengurusan Sisa Pepejal, Taklimat Kaedah Pelupusan Sisa Pepejal, Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Pembersihan Kawasan Hutan Bakau, Bengkel, Teori dan Praktikal - Kompos dan Enzim, Bengkel Minyak Masak Terpakai dan Eko Kraf (Pembuatan Lilin dan Sabun), Bengkel Inovasi Hijau dan Lawatan ke Perkampungan Orang Asli.

Robin Hood bawa tuah kepada empat remaja

Milen Bio perkenal inisiatif

rawat sisa makanan

Kem Remaja 3R Eko Renjer

cari pelapis baharu

K

K

M

Dari kiri; Ezra Robert, Ivan, Allegra Chan dan Joseph Chung

Page 12: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

12

ELAKA – Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam (MPIPA) atau dahulunya dikenali sebagai Konvensyen Kumpulan Inovatif

dan Kreatif (KIK) peringkat kebangsaan merupakan platform di mana pengiktirafan dan penghargaan diberikan kepada penjawat awam yang bergiat aktif dalam menghasilkan projek inovasi. Ia konvensyen yang mempertandingkan projek-projek inovasi yang telah berjaya di peringkat Kementerian dan seterusnya layak ke peringkat ini. Pasukan inovasi SWCorp merupakan antara pasukan yang berjaya menyertai MPIPA bagi mewakili Kementerian Kesejahteran Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sekaligus membawa nama SWCorp ke peringkat lebih tinggi. Pasukan inovasi daripada SWCorp Kedah iaitu Lang Merah telah terpilih menyertai MPIPA yang telah diadakan pada 14 hingga 15 November 2016 di Melaka International Trade Center (MITC) dengan mempertaruhkan projek bertajuk Interactive Bin. Projek Interactive Bin adalah sebuah tong kitar semula yang dapat menarik minat masyarakat terutamanya kanak-kanak untuk menggunakannya di samping dapat memberikan kesedaran masyarakat tentang betapa pentingnya amalan kitar semula.

SWCorp cipta nama di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan Sebanyak tiga pasukan inovasi SWCorp telah berjaya menyertai Konvensyen Team Excellence peringkat kebangsaan setelah merangkul Anugerah Emas di Mini Konvensyen Team Excellence (Mac – April 2016) dan Konvensyen Team Excellence peringkat wilayah (Ogos 2016). Konvensyen Team Excellence peringkat kebangsaan telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25 hingga 27 Oktober 2016 di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dan sebanyak 240 pasukan dari sektor kerajaan dan swasta telah menyertai konvensyen ini. Tiga pasukan inovasi yang mewakili SWCorp telah mempertaruhkan projek masing-masing. Tiga projek berkenaan ialah Penggunaan Tong Sampah Tidak Mesra Pengguna Semasa Penganjuran Majlis (Kumpulan T4R4 SWCorp Negeri Kelantan); Kesukaran Memantau Sasaran Kerja Tahunan (Creative Innovation Solutions - CIS, Ibu Pejabat SWCorp); dan Sistem Sokongan Amalan 3R Yang Sedia Ada Kurang Berkesan (Kumpulan Spartan, SWCorp Negeri Melaka). Kumpulan T4R4 telah membawa projek Penggunaan Tong Sampah Tidak Mesra Pengguna Semasa Penganjuran Majlis di mana projek ini dapat menyenangkan pengunjung untuk membuang sampah serta membuat pengasingan sisa pepejal mengikut kategori yang telah ditetapkan di samping dapat mentransformasikan minda masyarakat ke arah cintakan alam sekitar. Manakala bagi Kumpulan CIS pula

telah mempersembahkan projek Kesukaran Memantau Sasaran Kerja Tahunan (SKT) di mana kumpulan ini telah membangunkan sebuah sistem bagi membantu urus setia dalam memantau prestasi pencapaian SKT SWCorp selaras dengan Pelan Strategik yang telah dibuat. Kumpulan Spartan pula telah membawa projek Sistem Sokongan Amalan 3R Yang Sedia Ada Kurang Berkesan di mana dengan terciptanya aplikasi android berkonsepkan 3R dengan menggunakan telefon pintar ia dapat memudahkan masyarakat untuk membudayakan amalan 3R yang mana barangan 3R boleh dijual melalui aplikasi tersebut tanpa perlu pergi ke vendor. Ketiga-tiga pasukan ini telah berjaya membawa pulang Anugerah Emas.

SWCorp Rangkul Emas di Peringkat AntarabangsaDalam pada itu, pada 22 hingga 25 Ogos 2016 yang lalu bertempat di Hotel Grand Centara, Bangkok, Thailand, SWCorp telah berjaya merangkul Anugerah Emas dengan mempertandingkan projek MyAttendance. Pada International Convention on Quality Control Circles (ICQCC) 2016 itu, sebanyak 39 kumpulan telah mewakili Malaysia yang terdiri daripada 20 agensi kerajaan dan 19 agensi swasta. Projek yang dibangunkan secara in-house dan tidak mengeluarkan sebarang kos itu adalah integrasi dari lima sistem lain di SWCorp iaitu sistem cuti, latihan, tuntutan kerja lebih masa, pergerakan dan sistem majlis rasmi. Sistem MyAttendance juga pernah mendapat Johan Kategori Pengurusan Anugerah Inovasi Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (AIKSU KPKT) 2013 dan telah digunapakai oleh Yayasan Melaka melalui perkongsian pintar.

Anugerah Platinum di IQPC, BaliInternational Quality and Productivity Convention (IQPC) merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Wahana Kendali Mutu (WKM) melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Tujuan penganjuran adalah untuk mendapat pengalaman dan berkongsi pengetahuan dengan kumpulan Team Excellence seluruh Asia Tenggara di samping dapat mempelbagaikan amalan terbaik yang boleh diperolehi dari perkongsian projek inovatif dan kreatif serta boleh dipraktikkan di SWCorp. Kumpulan P.R.O dari pasukan inovasi SWCorp Negeri Johor terdiri daripada lima orang warga kerja telah berjaya terpilih untuk menyertai konvensyen tersebut. Pasukan Inovasi ini telah diiringi oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Pengarah Negeri Johor dan telah berlangsung di Sanur Paradise Plaza Hotel, Bali Indonesia pada 7 hingga 10 November 2016. Pasukan inovasi SWCorp Negeri Johor telah mempertaruhkan projek Skuad I.D bagi pertandingan tersebut di mana

ia merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan di kalangan masyarakat serta komuniti di negeri Johor yang bertujuan untuk bersama-sama menggembleng tenaga dalam usaha memastikan negeri Johor bebas daripada masalah sampah haram seterusnya mampu merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih. Sebanyak 355 pasukan yang terdiri daripada empat negara di Asia iaitu Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia telah menyertai konvensyen ini.

Pasukan inovasi SWCorp Negeri Johor telah merangkul Anugerah Platinum pada konvensyen tersebut. Pasukan ini juga telah berjaya memenangi beberapa kemenangan sebelum ini, antaranya Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan dan Anugerah Emas Konvensyen Team Excellence Wilayah pada tahun 2015 serta Naib Johan dalam Konvensyen KIK peringkat KPKT dalam kategori pengurusan pada tahun 2014.

MPIPA iktiraf projek inovasi penjawat awamM

Kumpulan PRO bergambar bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), SWCorp dan Pengarah SWCorp Negeri Johor

Antara sijil dan piala yang dimenangi oleh pasukan CIS dari Ibu Pejabat SWCorp

Kumpulan T4R4 selepas menerima Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence Kebangsaan

Kumpulan Spartan mempertaruhkan projek Sistem Sokongan Amalan 3R pada Konvensyen Team Excellence Kebangsaan

Page 13: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

13

UALA LUMPUR - Buat julung kalinya SWCorp menganjurkan Pertandingan Sculpture

3R antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Ia adalah salah satu inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kesedaran dan persepsi masyarakat umumnya dan mahasiswa terutamanya mengenai potensi barangan terpakai dan kitar semula untuk menghasilkan bahan yang mempunyai nilai seni. Terbuka kepada pelajar universiti awam dan swasta, setiap peserta perlu menghantar arca yang diperbuat daripada barangan terpakai dan barangan kitar semula. Walaupun julung kali diadakan namun hadiah ditawarkan juga sangat lumayan. Johan pertandingan ini menerima RM3,000, Naib Johan RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dengan masing-masing menerima trofi dan sijil. Bermula pada September 2016 dan berakhir 31 Oktober 2016 yang lepas, sebanyak 24 penyertaan diterima daripada enam IPT dengan jumlah keseluruhan 125 peserta. Antara IPT yang menghantar penyertaan termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi

MARA (UiTM) Kampus Shah Alam dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Alam. Proses penilaian dan pemilihan pemenang telah dibuat pada 22 November 2016 di Ibu Pejabat SWCorp, Cyberjaya oleh beberapa juri profesional antaranya Dr. Rosli Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Melaka; Mohamad Majidi Amir, Kurator, Balai Seni Visual Negara; Awang Muzaiddin Ahat, Koordinator, Gabungan Pertubuhan Alam Sekitar Malaysia (MENGO); Mohd Norazrin Ariffin, Pereka Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, SWCorp; dan Mohd Rohaidy Zulkifli, Jurutera 3R, SWCorp WPKL. Hasil daripada proses penilaian, juri telah sebulat suara memilih USM sebagai Johan dengan arcanya iaitu Orang Utan sebagai simbolik kepada usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kemampanan eko-sistem dengan mengguna semula tayar terpakai. Karya ini diilhamkan daripada keinginan untuk mereka cipta sebuah arca yang mempunyai nilai estetika dan menarik perhatian masyarakat walaupun hanya diperbuat daripada tayar terbuang. Karya Orang Utan ini juga telah memenangi Anugerah Khas Pilihan Umum yang dibuat berdasarkan jumlah “Like” di laman sosial Facebook SWCorp Malaysia dan undian daripada

warga kerja SWCorp. Untuk Naib Johan diberikan kepada arca Eco-Friendly Train Compartment (ETM) hasil karya daripada UiTM. EcoTrainMent (Eco-Friendly Train Compartment) ialah arca yang terhasil daripada inspirasi rekabentuk gerabak kereta api dengan menggunakan bahan-bahan terpakai. Karya ini bertemakan kereta api klasik yang dihasilkan daripada tong minyak yang terbuang. Kereta api ini boleh berfungsi sebagai tempat pembuangan bahan kitar semula. Ia juga boleh digerakkan ke tempat lain kerana dilengkapi dengan roda. Manakala bagi pemenang ketiga jatuh kepada arca bertemakan PEMANGSA hasil karya daripada UMK. Arca ini membawa maksud perhubungan dalam suatu rantaian kehidupan. Burung helang merupakan pemangsa yang perlu berusaha dengan gigih untuk mendapatkan mangsanya iaitu ikan di lautan. Begitu jugalah manusia yang harus berusaha dengan lebih gigih untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Menerusi pertandingan seperti ini, SWCorp berharap agar masyarakat sedar mengenai kepentingan dan potensi sisa pepejal dalam konteks penggunaan semula barangan terbuang agar objektif pertandingan ini dapat dicapai.

K

Pertandingan Sculpture 3Rpupuk kesedaran mahasiswa

Arca bertajuk Orang Utan yang dihasilkan oleh pelajar USM - Johan

Hasil kreativiti dari pelajar UMK yang bertajuk Pemangsa - Tempat Ketiga

Karya bertajuk Eco-Friendly Train Compartment (ETM) dari pelajar UiTM - Naib Johan

Page 14: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

14

ELAKA - Pada 18 dan 19 November 2016 lalu satu Karnival Sukan Wilayah Selatan telah dianjurkan

oleh SWCorp Negeri Melaka dengan usahasama pihak SWM Environment Sdn. Bhd. Karnival dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, SWCorp, Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed; turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), Dato' Zainul Abidin Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal), Dr. Mohd Pauze Mohamad Taha; Pengarah SWCorp Negeri Melaka, Ir. Zulkifli Tamby Chik; Pengarah SWCorp Negeri Johor, Asri Amat; Pengarah SWCorp Negeri Sembilan, Zainal Fitri Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif SWM Environment Sdn. Bhd., Ho De Leong; Pengarah Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Mohd Azhar Abd Hamid; dan lain-lain warga kerja SWCorp dari wilayah selatan.

Karnival kali ini melibatkan SWCorp Negeri Melaka, SWCorp Negeri Johor, SWCorp Negeri Sembilan dan wakil SWM Environment Sdn. Bhd. Apa yang dapat diterjemahkan daripada karnival ini ialah manifestasi daripada semangat setiakawan, semangat muafakat dan kesungguhan dalam mencapai sesuatu yang terpamer sepanjang karnival dijalankan. Justeru ia menjadi satu karnival yang lebih memberi nilai, berjaya dan boleh dibanggakan oleh warga SWCorp secara keseluruhannya. Antara acara yang dipertandingkan adalah perlawanan bowling berpasukan sebagai acara pembukaan. Pelawanan golf di Tiara Golf & Country Club di Bukit Katil Melaka dan perlawanan bola sepak, badminton, ping pong dan tarik tali yang diadakan di Politeknik Merlimau. Tujuan utama penganjuran

karnival sukan ini adalah untuk menjadi platform bagi menyumbang kepada nilai positif seperti semangat pertandingan yang sihat, muhibbah, sikap tolak ansur, kesefahaman dan pembinaan moral dan fizikal yang lebih berkualiti ternyata dapat diterjemahkan dengan baik oleh setiap yang mengambil bahagian. Di akhir karnival, SWM Environment Sdn. Bhd. telah ditabalkan sebagai juara keseluruhan kerana kebanyakan acara didominasi oleh syarikat konsesi tersebut. Bagi tahun 2017, Johor akan menjadi tuan rumah pula dan ia diharapkan dapat menjadi titik tolak dalam penganjuran sukan seterusnya bagi mematangkan setiap anggota untuk berazam meningkatkan kemahiran dalam sukan juga di dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

ERSING - Walaupun ia sambutan hari keluarga, namun elemen berkaitan kitar semula dan cintakan kebersihan alam sekitar tetap

diterapkan dalam aktiviti yang dilakukan. Ini termasuk aktiviti litter picking di sepanjang Pantai Teluk Gorek Mersing yang turut menjadi salah satu Program Tanggungjawab Sosial (CSR) SWCorp dengan kerjasama daripada pihak SWM Environment Sdn. Bhd. dan juga sesi penyerahan risalah dan poster berkenaan dengan kempen Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca dan Value Food No Waste kepada Pengurus Resort Gorek Bay Mersing. Itulah apa yang dilakukan oleh kira-kira 130 orang peserta Hari Keluarga SWCorp Negeri Johor yang mana 80 daripadanya adalah warga kerja SWCorp dan selebihnya adalah pasangan suami, isteri dan anak-anak peserta. Program yang dijayakan oleh Johor Recreation Club (JRC) kali ini memilih Teluk Gorek, Mersing sebagai lokasi sambutan hari keluarga diadakan. Menurut Pengerusi JRC, Mohamad Akhmal Saat, jika tiada halangan acara itu akan dijadikan sebagai acara tahunan SWCorp Negeri Johor dengan objektif mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kalangan pegawai dan anggota. Selain itu, ia juga menjadi medan untuk saling kenal mengenali dan mengeratkan hubungan silaturrahim di

kalangan anggota dan ahli keluarga selain menyemarakkan semangat kerjasama, hormat menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Mohamad Akhmal terdahulu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah SWCorp Negeri Johor, Asri Amat yang juga Penaung bagi JRC, atas sokongan beliau yang membolehkan pihaknya melaksanakan aktiviti dan program pada tahun ini dengan lancar dan berjaya. Selain aktiviti berkaitan kebersihan, turut diadakan sukaneka yang melibatkan penglibatan semua anggota dan ahli keluarga termasuk kanak-kanak. Ini termasuk pertandingan bowling kelapa, baling dadu, bola beracun, tiup tepung dan tarik tali. Acara pada malam hari pula adalah pertandingan karaoke dan cabutan bertuah serta barbecue. Keesokannya harinya diadakan aktiviti bebas bersama keluarga di tepi pantai dan bergambar kenangan sebelum bersurai pada pukul 12.00 tengah hari. Apa yang pasti program Hari Keluarga SWCorp Negeri Johor 2016 ternyata telah berjaya merapatkan silaturrahim di antara anggota SWCorp dan ahli keluarga masing-masing dalam masa yang sama menjadikan aspek menghargai kebersihan persekitaran sebagai elemen utama.

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Karnival Sukan Wilayah Selatan cipta kejayaan tersendiri

Elemen kitar semula dalam sambutan Hari Keluarga SWCorp Johor

M

M

Poster Pengasingan Sisa Pepejal di Punca diedarkan kepada orang ramai sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

Acara pantai menjadi aktiviti yang menarik perhatian warga kerja SWCorp Johor dan keluarga

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp menyampaikan trofi kemenangan kepada Juara Keseluruhan Karnival Sukan Wilayah Selatan, SWM Environment Sdn. Bhd.

Page 15: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar
Page 16: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

16

SISTEMIK Lupus Eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimun” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf atau organ-organ lain di dalam badan.

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission) dan ada masanya menjadi aktif (relapse).

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam," Hadith riwayat Ibn Majah.

Hadith di atas adalah gambaran pentingnya kita menjaga hati yang merupakan organ paling utama dalam tubuh kita. Hati menjadi tempat Allah S.W.T membuat penilaian terhadap hambaNya. Pada hatilah terletaknya niat kita dalam sesuatu perkara. Niat yang ikhlas akan diberi ganjaran pahala. Justeru hati perlu dijaga dan dipelihara, jangan sampai ia rosak, sakit, buta, keras apatah lagi mati! Hati yang mati akan hanya memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri khasnya dan masyarakat umumnya. Seperti panca indera yang lain, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat. Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Bayangkan jika semakin banyak dosa yang kita lakukan, berapa titik hitam yang akhirnya akan meliputi hati kita.

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadah tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya. Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah S.W.T pada hari akhirat kelak.

Jangan biarkan hati mati!

Rohani

SLE penyakit kronik autoimun

KesihatanGambar HiasanGambar Hiasan

Siapa yang berisiko?Dianggarkan 90 peratus mereka yang mendapat SLE adalah wanita, sementara 10 peratus adalah lelaki dan kanak-kanak. Bagi wanita, SLE biasanya bermula semasa lingkungan umur boleh melahirkan anak, jarang sekali semasa kanak-kanak atau setelah putus haid.

Di Malaysia kita tidak mempunyai sebarang statistik untuk pengidap SLE. Ini adalah disebabkan SLE mempunyai pelbagai gejala dan melibatkan pelbagai disiplin, akibatnya penyakit ini amat sukar untuk dikesan.

Punca? Walaupun SLE boleh menyerang beberapa orang ahli keluarga, “gen lupus” yang khusus belum lagi dikenalpasti.

Kajian menyarankan ada beberapa “gen” mungkin boleh menentukan kebarangkalian seseorang itu diserang SLE. Gen ini juga dapat menentukan sama ada tisu atau organ yang terlibat serta tahap seriusnya penyakit SLE yang dialami. Bagaimanapun gen sahaja tidak sepenuhnya memainkan peranan. Sebaliknya para saintis sedang mengkaji faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada punca SLE. Antara sebab-sebabnya ialah sinaran cahaya matahari, tekanan emosi, pengambilan ubat-ubat tertentu dan juga kuman virus.

SLE merupakan penyakit autoimun yang terjadi apabila sistem daya tahanan badan menjadi bercelaru dan mula melawan tisu-tisunya sendiri. Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.

Jenis antibodi yang lazim didapati dalam pengidap SLE dipanggil antibodi anti nuklear (antinuclear antibody) kerana ia bertindakbalas dengan bahagian nukleus sel. Para saintis masih belum dapat memahami semua faktor yang menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu dalam penyakit SLE.

Gejala SLE? Setiap pesakit mempunyai gejala yang berbeza, iaitu sama ada sederhana atau serius. Gejala ini juga boleh datang dan pergi. Namun gejala SLE yang lazim ialah sendi bengkak dan sakit (arthritis), demam yang tidak diketahui puncanya dan keletihan yang amat sangat. Terdapat juga tompok-tompok merah (malar rash) di pipi dan hidung seperti bentuk “kupu-kupu”. Ruam juga boleh timbul di muka dan telinga, di bahagian atas kedua lengan dan tangan, bahu dan dada. Oleh kerana pengidap SLE sensitif kepada cahaya matahari (foto sensitif) tompok-tompok merah ini akan menjadi lebih teruk selepas terdedah kepada matahari. Sama ada seseorang itu mendapat gejala yang serius atau tidak berbeza dari seorang kepada seorang yang lain.

Ciri-ciri penyakit ialah: • Demam, keletihan dan penurunan berat

badan• Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama

beberapa minggu• Tompok-tompok merah menyerupai kupu-

kupu di pipi dan hidung• Tompok-tompok merah di kawasan kulit

yang terdedah kepada sinaran matahari• Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih

sebulan• Rambut gugur secara bertompok-tompok

atau di sekeliling (hair line)• Sawan, strok dan gangguan mental• Risiko untuk mendapat darah beku• Kerap keguguran bayi• Darah atau protien dalam air kencing

menunjukkan gangguan sistem buah pinggang

• Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah

Bagaimana mengesan SLE? Untuk mengesahkan pesakit mengidap SLE bukanlah suatu yang mudah. Kadang kala para doktor mengambil masa yang lama berbulan atau bertahun untuk mengesan SLE. Itu pun jika pesakit datang secara berterusan kepada seorang doktor untuk mendapat rawatan. Dengan cara ini semua gejala dapat dikumpul dan direkodkan.

Pesakit perlu memberitahu doktor kesemua masalah yang dialami dengan betul dan tepat. Kebolehan berkomunikasi yang berkesan di antara doktor dan pesakit sangat penting. Bagi pihak pesakit, ia dapat membentuk kefahaman dan kesedaran tentang penyakit SLE. Bagi pihak doktor pula, ia memerlukan pengetahuan serta pengalaman yang luas untuk mengesahkan diagnosa dengan tepat dan cekap. Di antara perkara yang perlu dilaporkan kepada doktor ialah sejarah kesihatan dan masalah kesihatan yang dialami sehingga kini. Maklumat ini amat membantu dan kritikal untuk menentukan diagnosa. Keputusan pemeriksaan darah dan air kencing serta pemeriksaan fizikal juga amat penting bagi membuat diagnosa yang tepat.

Bolehkah SLE dirawat?Merawat SLE adalah merupakan satu cabaran. Rawatannya juga bergantung kepada gejala dan tahap penyakit yang dialami.

Disebabkan pesakit SLE mengalami pelbagai gejala kita akan dapat melihat pesakitnya di pelbagai klinik seperti di klinik rheumatologi, dermatologi, nefrologi, hematologi, neurologi dan psykiatrik. Untuk menentukan pesakit SLE dirawat dengan sempurna, pakar-pakar dari pelbagai disiplin perlu bergabung tenaga bagi merawat dan menghalang penyakit SLE dari terus semarak (flare) serta dapat mengawal komplikasi dan menghalang organ-organ yang diserang SLE dari terus rosak.

Mengutamakan hal yang bermanfaatImam Ibnul Qayyim Rahimahullah mengatakan, “Hati yang sihat lebih mengutamakan hal bermanfaat daripada hal berbahaya”. Tanda-tanda hati yang sihat adalah selalu mengutamakan yang bermanfaat seperti beriman kepada Allah S.W.T, belajar dan menuntut ilmu, membaca dan mentadabburi Al-Quran, membaca buku-buku yang bermanfaat dan sebagainya.

Mengutamakan akhirat daripada duniaImam Ibnul Qayyim Rahimahullah mengatakan, “Dan termasuk di antara tanda-tanda hati yang sihat adalah berpindah dari dunia ini hingga singgah di akhirat dan diam di dalamnya”. Orang yang hatinya sihat akan mengutamakan akhirat daripada kehidupan dunia yang fana, tujuannya adalah akhirat dan ia menjadikan dunia ini sebagai tempat berlalu serta mencari bekal untuk akhirat yang kekal. Orang yang hatinya sihat juga akan selalu mempersiapkan diri dengan melakukan ketaatan dan mengerjakan amal-amal soleh dengan ikhlas kerana Allah S.W.T serta jauhi larangan-laranganNya.

Bertaubat kepada Allah dan menggantungkan hidup kepadaNyaOrang yang hatinya sihat akan menyedari dan meyakini bahawa tidak ada kehidupan, kebahagiaan, kesenangan, dan kenikmatan melainkan dalam beribadah hanya kepada Allah S.W.T, serta bertawakkal kepadaNya. Orang yang hatinya sihat akan selalu menggantungkan hidupnya hanya kepada Allah dan selalu bertaubat kepadaNya.

Selalu ingat kepada Allah dan tidak bosan dalam beribadah kepadaNyaOrang-orang yang hatinya sihat akan selalu ingat kepada Allah S.W.T. Mereka meneladani peribadi Rasulullah S.A.W.

Orang yang hatinya sihat akan selalu beribadah kepada Allah S.W.T, tidak pernah bosan dan selalu berzikir kepada Allah dengan zikir dan sesuai dengan sunnah Nabi. Orang yang hatinya sakit hanya beribadah kepada Allah S.W.T secara bermusim, sedangkan orang yang hatinya sihat akan selalu beribadah kepada Allah S.W.T secara berterusan walaupun dalam masa yang sedikit.

Tanda hatiyang sihat

Sumber : Persatuan SLE Malaysia

Page 17: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

17

PERTUBUHAN Alam Sekitar EcoKnights Kuala Lumpur dan Selangor, yang juga dikenali sebagai "EcoKnights", merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diasaskan oleh Yasmin Rasyid dan Mariam Osman pada tahun 2005. Ketika itu ia bertujuan membantu kumpulan kecil masyarakat bandar untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan sejahtera. Hari ini, EcoKnights beroperasi dengan enam kakitangan sepenuh masa dan diuruskan jawatankuasa yang terdiri daripada tujuh ahli dengan nasihat dan panduan daripada beberapa profesional. EcoKnights menawarkan khidmat mereka melalui program-program pendidikan dan kesedaran, kajian dan pelbagai lagi yang melibatkan banyak pihak. Kebanyakan pihak yang telah menggunakan khidmat mereka ialah agensi-agensi kerajaan, kumpulan masyarakat, syarikat korporat dan NGO yang lain. Misi EkoNights adalah untuk menghasilkan kehidupan yang mampan di kalangan masyarakat Malaysia melalui penyediaan platform di mana aktiviti berkaitan kehidupan yang lestari dapat dikongsi dengan masyarakat umum, mewujudkan program untuk golongan muda dan belia, menghasilkan bahan-bahan berkaitan penjagaan alam sekitar, mendekati komuniti setempat, menyediakan pendidikan berkaitan alam sekitar dan menjalinkan usahasama dengan syarikat korporat dan agensi kerajaan bagi menghasilkan gaya hidup yang lebih efektif dalam kalangan masyarakat. Manakala visi pertubuhan ini ialah

untuk mewujudkan kesedaran mengenai sistem ekologi Malaysia dan menghasilkan gaya hidup yang lebih mampan dan lestari. Antara lain mereka telah menjalankan beberapa aktiviti seperti kempen kesedaran dan pendidikan dengan alam sekitar melalui Kuala Lumpur Eco Film Festival yang bermatlamat mengajak rakyat Malaysia dan pihak berkaitan membangkitkan isu alam sekitar menerusi filem dan video mereka. Program yang sudah memasuki tahun ke enam ini turut mengajak mereka yang terlibat dalam industri perfileman untuk menghasilkan lebih banyak bahan mengenai alam sekitar di negara ini untuk pasaran dalam dan luar negara. Satu lagi program yang dijalankan ialah Langkawi Eco Film Festival, yang memberi fokus kepada penghasilan filem dan video mengenai alam sekitar di pulau bebas cukai itu. Mereka juga turut menganjurkan Anugerah Hijau Malaysia (Green Awards Malaysia) yang mendekati golongan muda melalui tiga kategori pertandingan melibatkan fesyen, senibina dan penghasilan filem. Selain itu program Knights of Nature Sustainability Camp turut dibuat bagi mereka yang cintakan alam sekitar. Ia merupakan perkhemahan tiga hari dua malam dengan pelbagai aktiviti melibatkan peserta berusia antara 15 hingga 23 tahun. Dalam program ini peserta akan didedahkan dengan pelbagai isu dan krisis ekologi yang memerlukan tindakan positif dan bersepadu dari semua pihak. Bagi mendekatkan diri dengan

masyarakat, EkoNights turut mengadakan bengkel komuniti yang antara lain memberi pendidikan dan kaedah terbaik untuk masyarakat mengadaptasi amalan yang baik untuk alam sekitar dalam kehidupan harian mereka sama ada di rumah atau di tempat kerja selain mengadakan pertandingan fotografi berkaitan alam sekitar. Bagi Project H20, pula mereka bekerjasama dengan NGO di Sabah yang mana projek ini bertujuan membekalkan air minuman yang bersih dan selamat untuk penduduk kampung di Pulau Mantanani. Program Cintai Tioman pula adalah pendekatan bersepadu untuk membantu meningkatkan daya tahan ekologi dan sosial di Pulau Tioman. Daripada aktiviti melibatkan pemulihan terumbu batu karang sehinggalah program berbentuk komuniti, Cintai Tioman bertujuan untuk membantu mengurangkan kesan kegiatan manusia ke atas terumbu karang di sekitar Pulau Tioman dan juga memberi kuasa kepada masyarakat tempatan untuk terlibat dalam pengurusan dan pemuliharaan sumber di pulau itu. Kempen Cintai Tioman dimulakan oleh Reef Check Malaysia dan EcoKnights, dengan sokongan Yayasan Sime Darby,

UNDP-SGP dan HSBC Amanah Takaful. Bagi anda yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Ekonights ini, anda boleh sahaja melakukan apa yang telah EkoNights lakukan di komuniti tempat tinggal anda, di universiti malah di tempat kerja sekali pun. Like Facebook mereka dan kongsikan dengan rakan-rakan anda sebagai salah satu usaha untuk membantu masyarakat agar turut sama memulihara alam sekitar. EkoNights juga sedia diundang oleh mana-mana pihak untuk memberikan taklimat, berkongsi pengalaman dan ilmu sama ada di sekolah, tempat kerja ataupun dalam industri filem. Anda juga boleh memberikan sumbangan dalam apa juga bentuk bagi membolehkan pertubuhan ini dapat terus bergerak dalam usaha menjadikan Malaysia lebih lestari.

EcoKnights

Like Facebook EkoNights dan kongsikan dengan rakan-rakan anda sebagai salah satu usaha untuk membantu masyarakat agar turut sama memulihara alam sekitar.

PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAMBLOK JBANGUNAN MKN EMBASSY TECHZONEJALAN TEKNOKRAT 263000 CYBERJAYASELANGOR DARUL EHSAN

MAMPU

UNIVERSITILIMKOKWING

UNIVERSITIISLAM MALAYSIA

MEASAT SATELLITE SDN BHD

ASTRO CYBERJAYA BROADCAST

KE KLIA

DARIKUALA LUMPUR

TOL MEX

LEBUHRAYA MEX

HUBUNGI KAMI03 2245 929203 2245 9539 / 9540 / [email protected]

SEWAAN RUANGPEJABAT3 aras ruang pejabat untuk disewakan.

Berkeluasan 26,000 kaki setiap aras.

Kemudahan parking turut disediakan.

SEWAAN RUANGKOMERSIAL

di cyberjaya

Lokasi strategik berdekatan dengan pejabat berstatus MSC, agensi Kerajaan dan Universiti.

Ke Kuala Lumpur - 20 minit melalui Lebuhraya MEX

Ke KLIA - 30 minit melalui Lebuhraya ELITE

Ke Putrajaya - 10 minit melalui Lebuhraya Lingkaran Putrajaya

PETA LOKASI

Nurseri 3,307sqfKlinik 770sqfGimnasium 409sqfKedai Runcit 11,447sqfBank 11,447sqfKafetaria 6910sqfKiosk 11,447sqf

untuk disewaruang pejabat dan komersial

03 2245 9292 / 9539 / 9540 / 9541

ajak anda melestarikan alam sekitar

03-8312 4000

03-8312 [email protected]

Page 18: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

PERSPEKTIF

RUANGAN IKLAN UNTUK DISEWAKami menawarkan ruangan iklan kepada anda untuk mempromosikan

produk, perkhidmatan, perniagaan dan lain-lain.SWCorp News akan dibaca meliputi lebih dua (2) juta pembaca di seluruh negara pada masa akan datang.

Dapatkan Borang Langganan Ruangan Iklan di www.swcorp.my/swcorpnews

Sebarang pertanyaan sila hubungiSWCorp : 03-8312 4011 - Pn. Zaitun Abdul Raship : 012-752 7042

PERSPEKTIF

Apa kata anda?Amalan kitar semula dan budaya menjaga kebersihan

di kalangan masyarakat di negara ini...

#asingkan DEMI MASA HADAPAN ANAK-ANAK KITA

Page 19: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

19

Page 20: Sambutan KARNIVAL KPKT -  · PDF filemewarna bagi kategori kanak-kanak di ... Hari Perancangan Bandar Sedunia, Hari ... Sebanyak 10 kertas kerja telah dibentangkan oleh pakar

SETIAP pembangunan dan kemodenan ada harga yang perlu dibayar. Kita mungkin lebih selesa menikmati pelbagai kecanggihan teknologi, begitu juga dengan kemodenan gaya hidup di hutan batu. Namun di sebalik hutan batu yang kita banggakan itu, berapa banyak hutan sebenar yang telah ditarah habis. Di sebalik kemeriahan pusat-pusat hiburan dan kerancakkan neon berwarni-warni yang berputar ligat di atas kepala hingga ke dini hari, berapa banyak pula haiwan yang mati kerana kepanasan melampau dan kediaman mereka yang telah dimusnahkan? Habitat haiwan tidak ramai yang peduli. Itu hakikat. Mungkin kerana haiwan tidak mampu bersuara dan juga tidak semua

haiwan dianggap komersial. Memelihara haiwan hanya dianggap satu perbuatan yang tidak menguntungkan. Kerana itulah semakin banyak populasi manusia, semakin banyak haiwan yang hilang entah ke mana. Mereka pupus ditelan kerakusan manusia. Jika ada pun haiwan dari spesis yang dianggap eksotik dan punya nilai komersial yang tinggi, kewujudan mereka diburu. Mereka didagangkan hingga merentasi sempadan. Sekadar untuk renungan dan jentikan hati untuk kita sama-sama mempertahankan apa yang ada, berikut adalah spesis-spesis comel yang berada dalam bahaya. Mampukah kita menyelamatkan mereka?

TRIVIA

Selamatkanspesis haiwan

Sand Cats

Gray Gentle Lemur

Sea Otter

Matschie's TreeKangaroo

Mandarin Duck Beluga Whale

Mexican Axolotl

Giant Panda

Egyptian Tortoise

Hawaiian Monk Seal

Pika Slow Loris Black Footed Ferret

Fennec Fox

Iberian Lynx

Sand Cats (kucing pasir) merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir di Afrika Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang mendadak.

Jika anda pernah tengok filem Madagascar pasti sangat kenal dengan binatang ni. Ingat King Julian? Bukannya sama tetapi ia berasal daripada keluarga beruk yang sama. Gray Gentle Lemur, salah satu spesis lemur ini hanya boleh dijumpai di Madagascar. Juga dipanggil bamboo lemur, pemakanan haiwan ini sama seperti namanya iaitu buluh.

Sea Otter ini hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan bagi mereka yang tamak. Si comel ini diburu kerana bulunya mengandungi nilai komersial yang sangat tinggi. Jika anda memandang pada wajah dan anak matanya, anda mungkin tertanya-tanya di dalam hati, siapa yang tergamak menangkap, membunuhnya dan menyiat-yiat bulunya? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik sahaja sudah berkurangan daripada 2,000 ekor pada awal abad ke-20.

Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira 11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam senarai kepupusan juga.

Mandarin Duck yang mendiami Asia Timur ini sama seperti burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang berwarna warni, manakala si betina hanya berwarna kosong. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ia masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana rasanya yang sangat tidak sedap.

Ini Dugong atau ikan paus? Ikan paus beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000 ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil ini. Ikan paus ini memang sangat comel dan bonjolan pada kepalanya memang sangat epik.

Pokemon? Anda jangan keliru. Ia bukannya binatang peliharaan Ash Ketchum. Mexican Axolotl ini sebenarnya spesis salamander dan tinggal di dalam air. Haiwan ini hampir pupus, dengan kurang daripada 1,200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat terakhir bagi Pokemon ini yang masih terpelihara. Jangan biarkan ia pupus kerana anda pasti kecewa sebab tidak lagi dapat bermain dan bermanja dengan haiwan yang sememangnya dilahirkan untuk senyum secara semulajadi sebegini.

Ramai yang tahu spesis ini sudah berada dalam istilah kepupusan. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3,000 ekor di habitat liar. Walaupun pelbagai usaha giat dijalankan, namun panda ini tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan dan di habitat liar, ia terdedah kepada ancaman pemburuan haram. Mungkin selepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif.

Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinman's Tortoise atau Leith's Tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang kritikal. Ia dipercayai sudah pupus di Mesir. Ironinya, kura-kura Mesir ini walaupun namanya “mesir” tetapi ia tidak dapat dijumpai di negara padang pasir itu. Ribuan daripada spesis ini sudah dihantar ke Amerika dan lain-lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.

Anjing Laut Sami Hawaii? Wah unik sungguh namanya bukan? Merupakan salah satu daripada spesis monk seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1,100 ekor di habitat liar. Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19, haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.

Pikachu? Ok, ini memang serius pokemon. Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Binatang ini terancam kerana ia terdedah kepada kesan pemanasan global. Disebabkan Pika tinggal di habitat yang sejuk dan agak lembap di kawasan tanah tinggi jadi apabila pemanasan global semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurang dan bakal membawa kepupusan kepada salah satu spesis pokemon ini.

Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang yang diburu hingga hampir pupus kerana dagingnya dikatakan boleh menyembuhkan penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan menyedut racun tersebut ke dalam mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.

Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini dianggap terancam oleh IUCN. Binatang ini pernah diisytiharkan pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil telah dijumpai di Wyoming, USA. Usaha-usaha pemuliharaan yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1,000 ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan terancam paling berjaya di USA.

Fennec Fox yang mendiami kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih lagi belum dianggap haiwan yang terancam, namun habitat mereka menerima ancaman dari aktiviti pelancongan dan pembangunan. Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam kerana ia boleh mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.

Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2,000 tahun yang lepas, yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih tinggal untuk membiak.

yang kian terancam