saje

Upload: zuraabadi82

Post on 07-Mar-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

saje2

TRANSCRIPT

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (PSS) 1/2015

Tarikh:16 Januari 2015Hari:JumaatMasa:11:45 pagiTempat:Perpustakaan

Senarai kehadiran:1)Cik Mary Ng Siew Huan2)Encik Remaxson Jumen3)Puan Amelia Abdullah4)Cik Masbi Hj Bojeng5)Cik Nor Baizura Che Othman6)Puan Riti Jikem7)Puan Stum Semob8)Puan Rose Mathew Uchat Kajan9)Puan Tchong Nolia10)Puan Roseline Neles11)Cik Noria Jisen12)Cik Ginjos Sejep13)Encik Roland Benjamin14)Encik Muhd Shariffudin Mohd Sekeri

Bil.Perkara

1Kata- kata aluan1.1 Tuan Pengetua mengucapkan selamat pagi kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat pertama pusat sumber sekolah pada sesi 2015.1.2 Beliau menyatakan ini adalah kali pertama beliau menghadiri mesyuarat pusat sumber sekolah dan beliau tidak pasti jika guru yang ada pernah menjadi AJK pusat sumber atau tidak, tetapi beliau menyatakan dari sudut KPM pusat sumber merupakan satu bidang yang sangat penting. Hal ini demikian kerana segala apa yang ada di pusat sumber berfungsi untuk menyokong proses PdP. 1.3 Walaupun keadaan pusat sumber di SMK Lake masih serba kekurangan, Tuan Pengetua menyatakan beliau tidak pasti jika semua peralatan yang ada digunakan sepenuhnya atau tidak, dan tidak semua peralatan boleh disimpan di dalam perpustakaan, tetapi beliau menyatakan bahawa rekod pendaftaran alatan mesti dipusatkan. Hal ini kerana pada semasa ke semasa, pihak sekolah perlu membuat laporan kepada KPM tentang penggunaan pusat sumber, buku-buku yang ada dan sebagainya.1.4 Tuan Pengetua meminta agar guru yang tidak pernah memegang jawatan sebagai guru pusat sumber atau tidak tahu tentang tugas yang perlu dilakukan, guru perlu berusaha mencari maklumat tersebut sama ada secara atas talian atau di mana sahaja tentang apakah itu pusat sumber dan fungsinya dan yang paling penting ialah ia menyokong proses PdP, sehingga akhirnya minat pelajar terhadap pembelajaran semakin meningkat. Bila minat meningkat, pelajar sendiri akan berusaha mencari sumber untuk melonjakkan prestasi mereka. Beliau juga berharap agar semua guru di sini faham walaupun dengan segala kekurangan ruang dan sumber, tapi penggunaannya mestilah dioptimumkan sehabisnya.1.5 Pengetua menyatakan dalam modul iThink, terdapat satu modul yang dipanggil Thinking School, dalam modul itu konsepnya ialah pelajar dapat berfikir sendiri tentang sesuatu perkara, jadi akan melahirkan satu komuniti yang dapat berfikir sendiri. Ia akan menjadi satu impak kepada masyarakat supaya masyarakat juga dapat menjadi satu masyarakat yang dapat berfikir. Beliau menegaskan hal ini kerana beliau berharap semua guru dapat mengatasi masalah kekurangan ruang dan sumber di SMK Lake sehingga pusat sumber dapat memainkan peranan yang berkesan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran.1.6 Semua peralatan di semua bilik khas sepatutnya direkod di dalam pusat sumber. Tuan Pengetua juga menyatakan setiap guru yang bertanggungjawab terhadap bilik khas sepatutnya menjadikan bilik khas tersebut sebahagian pusat sumber, di mana setiap bilik perlu menjadi pusat pembelajaran kendiri untuk pelajar. Sebagai contoh, surau yang mempunyai ruang yang besar tetapi tidak mempunyai buku yang mencukupi untuk menarik minat pelajar menggunakan bilik khas tersebut sepenuhnya.1.7 Guru perlu memainkan peranan penting dalam mencipta ruang untuk pembelajaran kendiri bagi pelajar, iaitu untuk menarik minat pelajar ke bilik-bilik khas. Guru boleh memaksimumkan penggunaan bilik khas, sebagai contoh menjadikan satu ruang yang kreatif yang dapat digunakan oleh pelajar untuk membaca. Pengetua berharap agar semua guru dapat memahami kepentingan ruang dan pusat sumber walaupun terdapat kekangan dari segi ruang. Guru harus menjadi kreatif untuk memaksimakan penggunaan ruang yang minimum tersebut.1.8 Tuan Pengetua menyatakan bilik kosong yang terdapat di makmal komputer 2 boleh dijadikan ruang untuk proses PdP dengan mengoptimumkan penggunaan bilik-bilik tersebut. Beliau sentiasa percaya bahawa jika seseorang mempunyai minat membaca, prestasinya akan sentiasa meningkat seperti contoh SK Ulu Lebai yang hanya mempunyai buku yang sangat sedikit tetapi digunakan sepenuhnya oleh pelajar disana. Isu yang ingin diketengahkan disini ialah pelajar suka ke pusat sumber untuk membaca walaupun mereka telah menghafal setiap buku di sana kerana sentiasa ada ruang untuk mereka membaca. 1.9 Semua guru boleh mencadangkan suatu sistem yang membolehkan pelajar meminjam buku untuk dibaca dan menggerakkan program NILAM di sekolah dan memastikan program ini berjaya sehingga pelajar akan mempunyai minat sendiri untuk membaca dan meningkatkan prestasi mereka. Tuan Pengetua berharap guru-guru akan berasa berbaloi bila ada pelajar yang seronok datang ke bilik tertentu untuk meminjam buku sehingga pelajar menunjukkan peningkatan dalam prestasinya.

2Cadangan aktiviti tahunan Pusat Sumber Sekolah 20152.1 Program Pemerkasaan program NILAM2.1.1 Puan Amelia Abdullah menyatakan bahawa harapan untuk tahun ini ialah jumlah bacaan pelajar dapat ditingkatkan berbanding jumlah tahun lepas. Puan Amelia mengajukan soalan bolehkan guru-guru lain dilibatkan di dalam program Nilam selain daripada guru bahasa kerana selama ini perekodan dan pengesahan dilakukan oleh guru bahasa. Tuan Pengetua bertanya bagaimana mahu melibatkan guru lain.2.1.2 Cik Masbi Haji Bojeng telah memberi respon yang memberitahu bahawa bacaan pelajar tidak semestinya hanya buku cerita, tetapi jika melibatkan mata pelajaran lain seperti sains, pelajar boleh membuat rumusan tentang apa yang mereka baca dan guru subjek boleh mengesahkan dengan tandatangan buku NILAM. Walaupun subjek lain, atau sumber lain asalkan melibatkan pembacaan, ia boleh dijadikan sebagai sumber bacaan NILAM dan guru subjek boleh menandatangi buku NILAM pelajar sebagai pengesahan. 2.1.3 Tuan Pengetua menegaskan bahawa guru subjek juga boleh mengesahkan jika pelajar ada membuat pembacaan dan rumusan di dalam buku NILAM, tetapi hanya guru NILAM boleh mengisi jumlah bacaan di atas talian. Guru juga perlu memastikan mereka mengesahkan apa yang dibaca pelajar berkaitan subjek mereka.2.1.4 Puan Amelia meminta penyelaras NILAM untuk memasukkan peraturan tersebut dan menerangkan kepada para pelajar tentang perkara tersebut, dan tidak perlu untuk hanya guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja bertanggungjawab terhadap rekod NILAM pelajar.2.1.5 Program Bakul Nilam akan diwujudkan semula bermula tahun ini. Perpustakaan sekolah sudah mempunyai beberapa bakul untuk diletakkan buku-buku yang boleh guru-guru gunakan di dalam kelas sebab tidak semua kelas dapat masuk ke perpustakaan. Beliau meminta jasa baik guru-guru perpustakaan untuk meletakkan 40 atau 45 buah buku ke dalam bakul NILAM. Pelajar yang berminat, guru boleh menghantar mereka untuk mengambil bakul NILAM di perpustakaan dan mengisi borang berkaitan. Surat khabar Harian Metro juga boleh dibawa ke bilik kelas sebagai bahan bacaan NILAM kerana artikel di dalam surat khabar di kira sebagai 4 buah buku.2.1.6 Ini kerana novel mempunyai banyak muka surat dan perlu masa yang lama untuk menghabiskan sesebuah novel. Tuan Pengetua bertanya jika pelajar atau guru tahu tentang perkara tersebut. Puan Amelia menyatakan sepatutnya guru NILAM sudah memberitahu pelajar tentang perkara tersebut, tetapi sejauh mana dipraktikkan tidak diketahui. Puan Stum menyatakan bahawa pelajar sudah diberitahu tentang perkara ini tetapi yang menjadi masalah ialah pelajar tidak mencatat rekod bacaan mereka sendiri.2.1.7 Cadangan yang seterusnya ialah Bicara Perhimpunan yang mana Puan Amelia menyatakan bahawa perkara ini pernah dirujuk dengan Tuan Pengetua tahun lepas dan program ini akan cuba dilaksanakan dengan mencari calon yang telah melepasi tahap NILAM supaya dapat diwujudkan rakan NILAM. Mereka akan membuat ulasan di perhimpunan, sekali dalam sebulan. Penyelaras NILAM perlu mencari pelajar yang sesuai dan berhubung dengan pihak yang menyelaras perhimpunan pada hari yang berkenaan jika ada slot pada hari berkenaan. Program ini akan diteruskan sepanjang tahun.2.1.8 Program Jom Baca juga akan diadakan cuma Puan Amelia menyatakan tarikh untuk membuat program ini belum ditetapkan. Program ini akan melibatkan sekumpulan pelajar duduk di dalam perpustakaan dan membaca serentak pada masa yang sama.2.2 Penghasilan Bahan PdP2.2.1 Program ini adalah di bawah seliaan Puan Amelia sendiri dengan dibantu oleh guru perpustakaan dan kelab pustawakan dengan harapan melalui surat khabar atau majalah, boleh dihasilkan bahan untuk digunakan dalam kelas oleh guru-guru yang berminat.2.3 Sudut Bestari2.3.1 Puan Amelia sudah berbincang mengenai program ini bersama dengan Cikgu Masbi dan memandangkan cikgu Masbi mempunyai kepakaran dalam bidang ini, Puan Amelia meminta agar cikgu Masbi bersama cikgu Norlela untuk mencari artikel-artikel yang berkaitan untuk ditampal di sudut Bestari yang mana ruang tersebut akan disediakan di papan notis luar perpustakaan.2.3.2 Bahan yang diperlukan tidak hanya terhad kepada artikel tapi termasuk juga gambar-gambar atau maklumat yang berkaitan.2.4 Program 1 Panitia, 1 Aktiviti2.4.1 Puan Amelia menyatakan bahawa beliau telah berbincang dengan ketua-ketua panitia dan sebahagian daripada mereka bersetuju untuk turut serta. Program ini dilaksanakan dengan mengikut bulan mata pelajaran. Setiap panitia akan mengadakan satu aktiviti yang melibatkan pusat sumber. Sebagai contoh untuk bulan bahasa, mereka boleh mengulas sebuah buku yang dipilih dari perpustakaan. Ini bermakna perpustakaan ada dimanfaatkan oleh pelajar.2.4.2 Untuk subjek Pendidikan Seni Visual, Puan Amelia ada berbincang dengan cikgu Noria untuk aktiviti bulan Kemanusiaan seperti mengadakan pertandingan melukis sesuatu yang berkaitan dengan pusat sumber sebagai contoh logo pusat sumber, gambaran pusat sumber dan sebagainya. 2.5 Keceriaan dan kekemasan bilik khas dan papan notis2.5.1 Puan Amelia memohon kerjasama daripada semua penyelaras bilik-bilik khas untuk menceriakan dan menghias bilik yang mereka bertanggungjawab. Beliau mencadangkan supaya papan notis tidak dibiarkan kosong, sekurang-kurangnya perlu ada carta organisasi sesebuah kelab atau persatuan. Label juga perlu diletak untuk setiap kelab, persatuan atau papan notis yang lain.2.5.2 Cikgu Tchong Nolia boleh meminta ketua guru kelab atau persatuan untuk memastikan bahawa papan notis mereka tidak dibiarkan kosong. Jika guru-guru mempunyai cadangan tentang aktiviti lain yang boleh dijalankan, mereka boleh memberitahu cadangan tersebut kepada puan Amelia.2.5.3 Cikgu Tchong Nolia bertanya siapa yang mempunyai kuasa untuk menurunkan notis-notis yang telah lama kerana ada antara notis-notis tersebut telah lama ditampal, adakah AJK papan notis boleh menyimpan notis-notis tersebut dan jika guru mahukannya, mereka boleh mendapatkannya daripada cikgu Tchong. Puan Amelia mencadangkan supaya cikgu Tchong berjumpa dengan ketua guru tersebut untuk mengingatkan mereka. Cikgu Remaxson menyatakan bahawa notis tersebut perlu diturunkan selepas aktiviti dijalankan tetapi jika tidak membebankan, AJK papan notis boleh tolong menanggalkan notis dan diletak dalam satu kotak untuk dituntut oleh guru-guru berkenaan.2.5.4 Cikgu Tchong Nolia juga bertanya tentang beberapa papan notis yang berkunci dan siapa yang mempunyai kunci papan notis tersebut. Cikgu Remaxson telah menyatakan bahawa kunci tersebut boleh dituntut dari pejabat tetapi jika pejabat tidak mempunyai kunci, cikgu Tchong boleh bertanya dulu pada guru-guru yang memegang jawatan AJK papan notis sebelum ini. Jika masih tidak ditemui, laporan perlu dibuat kepada pihak pejabat. Jika papan notis dipasang semula dengan kunci baru, satu salinan kunci akan disimpan di pejabat dan penyelaras papan notis perlu menyimpan satu salinan.

3Laporan bilik - bilik khas3.1 Surau3.1.1 Keadaan bumbung surau yang bocor masih belum dapat dibaiki walaupun laporan telah dibuat kepada pejabat dan KPT telah membuat laporan untuk pembaik pulih namun belum dibaiki.3.1.2 Cikgu Remaxson telah mencadangkan agar surau dijadikan tempat yang lebih kreatif seperti meletakkan buku-buku berkaitan keagamaan dan menceriakan tempat tersebut agar boleh menarik minat pelajar untuk datang selain daripada waktu kelas.3.1.3 Cikgu Masbi juga telah mencadangkan agar ketua panitia memohon peruntukan untuk membeli rak bagi meletak bahan bacaan di dalam surau, tidak hanya terhad kepada Al-Quran tetapi juga buku-buku lain yang berkaitan.3.1.4 Cikgu Remaxson memaklumkan bahawa setiap bilik khas perlu dilekatkan peraturan-peraturan dan langkah-langkah keselamatan di pintu bilik-bilik khas. Ini telah ditekankan oleh pihak PPD supaya pengguna bilik-bilik khas ini dapat membaca dan mengetahui peraturan yang perlu mereka patuhi semasa berada di dalam bilik-bilik khas tersebut. Beliau juga menyatakan langkah-langkah yang perlu dilakukan di dalam bilik tersebut yang perlu dibuat bila berlaku kecemasan. Alat pemadam api sepatutnya ada di setiap bilik khas dan ini akan dimajukan kepada tuan Pengetua.3.2 NILAM3.2.1 Cikgu Rose Mathew menyatakan satu AJK baru akan ditubuhkan berkaitan dengan program membaca kerana tuan pengetua amat menitikberatkan soal tersebut. Carta organisasi AJK berkenaan akan diberikan oleh cikgu Rose Mathew apabila semuanya selesai.3.2.2 Penyelaras akan dipilih untuk program Bicara Perhimpunan dan penyelaras ini akan mencari pelajar yang akan membuat ulasan buku pada minggu tersebut.3.2.3 Program NILAM juga akan mengadakan perasmian untuk program ini pada perhimpunan yang akan ditetapkan kemudian.3.2.4 Anugerah bacaan terbanyak akan diwujudkan untuk menarik dan menggalakkan para pelajar untuk membaca. Untuk membawa pelajar ke dalam perpustakaan mempunyai banyak kekangan sebagai contoh, masa untuk pelajar bergerak dari kelas ke perpustakaan dan perpustakaan ke kelas, bilangan pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas serta pelajar tidak membuat laporan tentang apa yang dibaca oleh mereka.3.2.5 Cikgu Rose mencadangkan agar dibuat satu jadual untuk setiap kelas masuk ke perpustakaan dalam satu masa dan pelajar boleh membuat laporan dalam buku NILAM mereka. Hanya pada masa itu pelajar boleh menggunakan ruang sepenuhnya untuk mencari bahan bacaan NILAM.3.2.6 Portal i-Nilam belum dapat dibuka kerana masih dalam penyelenggaraan jadi pendaftaran untuk tingkatan 1 belum dapat dibuat.3.2.7 Cikgu Remaxson meminta guru-guru untuk memikirkan cara bagaimana untuk memberikan aktiviti kepada pelajar sesi petang menggunakan ruang semasa menunggu masuk ke kelas sebagai contoh menyediakan bahan bacaan di luar yang boleh dibaca oleh pelajar untuk mengelakkan para pelajar sesi petang membuat bising di kawasan kelas.3.2.8 Cikgu Tchong Nolia memberi cadangan untuk mengumpulkan pelajar di suatu tempat dan menyuruh semua pelajar untuk membaca apa sahaja bahan bacaan tetapi di SMK Lake, masalah yang dihadapi ialah kekurangan tempat bagi pelajar untuk berkumpul. Cikgu Remaxson meminta guru-guru untuk memberikan cadangan agar pusat sumber dapat digunakan semaksimumnya dengan penggunaan ruang yang sangat terhad.3.2.9 Cikgu Rose Mathew membuat cadangan untuk mengadakan perpustakaan bergerak (Mobile Library) yang dijalankan oleh kelab perpustakaan. Buku-buku boleh didapatkan daripada derma orang ramai sebagai contoh jika ada guru yang ingin memberikan buku yang tidak lagi mereka gunakan kepada perpustakaan sekolah, ini boleh memberi variasi buku untuk pelajar gunakan membaca. Cikgu Rose juga memberi cadangan untuk membuat buku cerita secara helaian yang di laminate dan diletakkan di dalam bakul serta di letak di beberapa tempat, yang mana pelajar boleh membacanya di mana-mana. 3.2.10 Cikgu Rose juga menyatakan akan ada masalah untuk menjadikan cadangan ini suatu kenyataan iaitu ia akan memerlukan kerja keras daripada semua pihak untuk permulaannya dan ia akan menjadi bertambah mudah bila masa berlalu. Cikgu Remaxson menyatakan ia cadangan yang baik kerana kita memerlukan sesuatu yang baru yang boleh kita cuba praktikkan. Sekurang-kurangnya pelajar mempunyai bahan bacaan apabila mereka menunggu kelas mereka bermula dan mereka tidak akan membuat bising.3.2.11 Puan Amelia memohon supaya AJK PSS menyebarkan maklumat tersebut kepada semua termasuk rakan guru dan para pelajar termasuk maklumat tentang NILAM yang mana semua guru mata pelajaran boleh menyemak bacaan NILAM para pelajar, tidak hanya membebankan para guru bahasa.3.3 Perpustakaan3.3.1 Cikgu Nor Baizura melaporkan bahawa tahun lepas seramai 30 orang pengawas perpustakaan telah dilantik dan sijil kepada ahli pustakawan tingkatan 5 telahpun diberikan tahun lepas. Untuk tahun 2015, bilangan ahli pustakawan telah dihadkan kepada 20 orang kerana ramai ahli pustakawan yang tidak datang bertugas tahun lepas.3.3.2 Cikgu Nor Baizura telah meminta cadangan daripada pihak pengurusan untuk menjalankan denda bagi pelajar yang tidak dan lewat menghantar buku yang dipinjam kepada perpustakaan. Cikgu Remaxson telah menyatakan perkara tersebut boleh dimajukan ke dalam mesyuarat pengurusan dan telah meminta guru perpustakaan menyediakan cadangan bagaimana untuk melaksanakan denda tersebut.3.3.3 Cikgu Riti telah bertanya jika hanya 2 guru sesi pagi dan 2 guru sesi petang yang dilantik untuk bertugas di perpustakaan kerana cikgu Salbiah telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi penasihat kepada 3 aktiviti kokurikulum yang mana beliau perlu turun setiap hari ke sekolah pada sesi pagi. Cikgu Remaxson telah mencadangkan agar cikgu Salbiah berjumpa dengan PK Kokurikulum untuk memaklumkan perkara itu kerana mungkin perkara itu telah terlepas pandang.3.3.4 Guru-guru perpustakaan juga telah diingatkan supaya mengambil tahu tentang prosedur peminjaman buku, pemulangan buku, perekodan buku dan pelbagai lagi kerja yang melibatkan perpustakaan tidak hanya bergantung kepada kerani perpustakaan sahaja. Peraturan dan langkah keselamatan perlu ditampal di sudut-sudut perpustakaan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.3.3.5 Cikgu Masbi bertanya jika Astro Kampus yang dibekalkan oleh KPM masih berfungsi atau tidak. Cikgu Rose menyatakan astro kampus tidak berfungsi kerana tempat untuk astro kampus asyik dipindah. Masalah lain yang timbul ialah tiada guru yang bertugas untuk menjaga astro kampus apabila cuti sekolah kerana astro kampus perlu dipasang setiap hari. Perkara ini akan dirujuk kepada PKG Bau tentang astro kampus.3.4 Dewan Ilmu3.4.1 Buku tempahan untuk dewan ilmu telah disediakan dan guru perlu mengisi boring tempahan jika ingin menggunakan dewan ilmu, kecuali untuk beberapa kes seperti kelas luar sidang, kelas tingkatan 6 yang memang ditempah sepanjang tahun penggunaannya. Jika tempahan bertindih, cikgu Roseline menyatakan guru-guru perlu berbincang dan mengutamakan mana yang lebih penting.3.4.2 Peraturan telah diletakkan di pintu dewan ilmu, cikgu Roseline bertanya bagaimana mahu menempah poster peraturan seperti di dalam perpustakaan dan apabila ada beliau akan menampal peraturan tersebut di pintu dewan ilmu. Cikgu Amelia dan Cikgu Remaxson menyatakan tempahan boleh dibuat di bawah perpustakaan.3.4.3 Mana-mana guru atau kelas yang menggunakan dewan ilmu perlu memastikan keadaan dewan ilmu selepas penggunaan adalah bersih, tetapi cikgu Roseline telah berjumpa dengan ketua Pentadbir untuk meminta tukang cuci membersihkan dewam ilmu dan mereka akan menjalankan kerja pembersihan dua kali seminggu iaitu pada hari selasa dan jumaat sekiranya tiada pengguna. Jika ada pengguna, mereka akan membersihkan dewan ilmu semasa ketiadaan pengguna. Untuk kunci, para guru boleh mendapatkan daripada pejabat atau jika lebih pukul 5, boleh dapatkan kunci dari cikgu Chin Jin Lan.3.4.4 Untuk pemadam api, cikgu Remaxson menyatakan bahawa bilik-bilik khas yang memerlukan pemadam api, boleh cuba memohon di bawah nama pusat sumber sekolah. Cikgu Roseline bertanya jika boleh dibuat salinan kunci dewan ilmu untuk beliau pegang dan cikgu Remaxson menyatakan bahawa hal itu perlu terus diaju kepada tuan Pengetua kerana beliau telah perlu mengetahui siapa yang memegang kunci tersebut. Pengetua meminta agar keceriaan dewan ilmu ditambah baik kerana menurut beliau, bilik tersebut kelihatan suram.3.4.5 Cikgu Remaxson juga menyatakan jika terdapat sebarang kerosakan pada bilik khas, penyelaras bilik boleh melaporkan kerosakan tersebut kepada pejabat am untuk diambil tindakan. Bukti bergambar juga boleh diambil untuk perekodan.3.5 Bilik Mesyuarat3.5.1 Penyelaras meminta supaya ada tukang cuci membersihkan bilik mesyuarat bersama dengan dewan ilmu kerana bilik mesyuarat hanya ruang yang kecil dan jarang digunakan. Dinding akan dihiaskan dengan beberapa perkara sebagai contoh carta organisasi sekolah supaya dinding tidak nampak kosong.3.5.2 Cikgu Remaxson menyatakan bilik mesyuarat penting kerana digunakan apabila ada pelawat dari luar sebab ia melambangkan sekolah kita. Cikgu Roseline memberi cadangan untuk meletakkan visi misi sekolah. Biasanya bilik itu digunakan untuk menjamu pelawat, jadi diharapkan agar penyelaras boleh menghias dinding bilik mesyuarat sebaiknya.3.5.3 Jika ada barang yang diperlukan, cikgu Roland perlu menyenaraikan barang yang diperlukan dan menyerahkan kepada penyelaras pusat sumber. Cikgu Roland juga meminta untuk disediakan satu skrin yang boleh digunakan untuk membuat persembahan atau mesyuarat. Cikgu Masbi menyatakan skrin boleh gerak ada di sekolah dan boleh digunakan jika diperlukan, atau dinding yang bersih boleh dijadikan sebagai skrin.3.6 Bilik Pendidikan Seni Visual (PSV)3.6.1 Cikgu Noria menyatakan bilik PSV kekurangan buku di situ, jadi cikgu Noria memohon bekalan buku untuk pelajar PSV gunakan di sana. Cikgu Noria juga menyatakan jika terdapat lebihan poster atau risalah bercetak yang boleh ditampal di dinding untuk diberikan kepada bilik PSV.3.6.2 Penyelaras juga meminta cat untuk menjadikan bilik PSV lebih ceria, yang mana cikgu Noria dan cikgu PSV lain boleh menceriakan bilik tersebut.3.7 Bilik CARE3.7.1 Penyelaras bilik CARE, cikgu Ginjos menyatakan beliau baru sahaja dilantik menjadi penyelaras bilik tersebut jadi beliau memerlukan masa untuk mengubahsuai bilik tersebut supaya boleh menjadi tempat yang boleh diguna untuk pelajar. Cikgu Ginjos juga akan mengadakan kerja gotong royong pembersihan bersama para pelajarnya di dalam bilik CARE. Cikgu Remaxson menyatakan cikgu Ginjos boleh meminjam kunci daripada pihak pejabat.3.7.2 Cikgu Ginjos menyatakan beliau memerlukan barang-barang untuk menghias bilik Care seperti langsir yang mana beliau perlu memohon di bawah nama PSS seperti bilik-bilik yang lain, kecuali jika guru mempunyai langsir yang mahu didermakan. Bilik Care baru diwujudkan kembali kerana sebelum ini bilik itu telah ditukar kepada bilik evidens bagi PBS. Cikgu remaxson menyatakan bilik care akan diletakkan kerusi meja dan boleh digunakan oleh pelajar bagi kelas bimbingan atau kelas bahasa Cina yang diuruskan oleh ciku Chong Oi Ling. Cikgu Ginjos menyatakan cikgu Bima telah menyatakan kerusi meja akan diletak di dalam bilik care kerana ada kerusi meja baru yang diletakkan di dalam kelas. Bilik Care juga digunakan oleh tingkatan 6 untuk membuat pameran kerja seni mereka pada setiap tahun.3.8 Makmal Komputer3.8.1 Penyelaras makmal komputer menyatakan makmal komputer tiada masalah kecuali dengan kerusi yang rosak, di mana yang boleh diletak oleh pihak makmal komputer. Cikgu Remaxson memberitahu jika perabot terletak di bawah kuasa pihak sekolah, maka ia perlu pelupusan. Cikgu Masbi telah menghubungi PKG dan pihak PKG menyatakan bahawa perabot di makmal komputer terletak di bawah kuasa pihak sekolah kecuali untuk peralatan ICT boleh memohon untuk penyelenggaraan. Jadi cikgu Remaxson telah meminta penyelaras makmal komputer untuk mengumpulkan kerusi yang rosak di suatu sudut dan jika mempunyai inventori, prosedur pelupusan perlu dilakukan untuk perabot.3.8.2 Cikgu Masbi memberitahu bahawa makmal komputer bawah mempunyai ruang yang agak terhad kerana dengan pentaksiran pelajar ICT tingkatan 4 dan tingkatan 5, stor juga masih dalam penyusunan kerana sistem pembesar suara juga diletakkan di situ, jadi ruang penyimpanan menjadi agak terhad, maka kerusi yang rosak perlu dipindahkan ke suatu tempat yang lain supaya ruang tersebut dapat diguna sepenuhnya.3.8.3 Cikgu Masbi juga memberitahu jika ada guru yang ingin menggunakan makmal komputer, mereka perlu membuat tempahan dengan penyelaras iaitu cikgu Masbi. Ada beberapa orang guru yang telah membuat tempahan untuk penggunaan makmal, ada yang menempah mengikut keperluan semasa dan ada yang menempah untuk sepanjang tahun. Internet tidak mempunyai masalah cuma ada beberapa buah komputer yang rosak.Untuk masa sekarang, hanya hari selasa sahaja diperuntukkan bagi cikgu Norlela menjalankan aktiviti kelab Maxis Cyberkids sesi petang. Cikgu Remaxson menyatakan bahawa hanya guru yang benar-benar ingin menggunakan LCD sahaja boleh membuat tempahan, bukan hanya kerana ingin menggunakan suasana sejuk untuk menagajar.3.8.4 Tentang peralatan ICT, penyelaras telah menyatakan bahawa LCD bergerak yang diguna pakai oleh guru banyak yang telah rosak. Makmal komputer bawah digunakan untuk kelas bimbingan dan pentaksiran, waktu petang telah digunakan untuk pentaksiran tingkatan 4 dan tingkatan 5. Untuk kelas bimbingan, cikgu Masbi telah berbincang dengan ketua bidang, cikgu Swim Mining untuk mengadakan slot kelas bimbingan bagi pelajar ICT. Manakala buku-buku berkaitan ICT masih yang sama seperti buku tentang Microsoft word dan excel.3.8.5 Bagi bilik akses, ia masih belum dapat dibuka kerana semua komputer di sana telah rosak dan penyelaras telah berbincang dengan PKG untuk memohon penyelenggaraan. Baru-baru ini, sekolah telah menerima notebook 1 Malaysia sebanyak 84 buah untuk program PISA dan PdP. Guru boleh menggunakan notebook atau membawa pelajar mereka untuk menggunakan notebook untuk dibawa ke kelas tetapi tidak boleh membawa notebook tersebut keluar dari kawasan sekolah. Cikgu Masbi dan juruteknik komputer sedang mengaktifkan notebook tersebut dan install Microsoft Window 2007 kerana yang diberi ialah Microsoft Window 2010, memandangkan guru-guru lebih mahir menggunakan versi 2007.

4Hal-hal lain4.1 Borang inventori4.1.1 Puan Amelia telah menyediakan satu borang inventori untuk semua penyelaras yang menguruskan bilik-bilik khas mencatat peralatan apa yang ada di sana. Cikgu Remaxson bertanya jika borang yang diberi sama dengan borang inventori yang dibuat oleh pihak pejabat kerana untuk inventori pejabat, hanya barang atau alatan yang mempunyai nombor siri dianggap harta sekolah dan di catat inventorinya. Yang tidak mempunyai nombor siri tidak dianggap harta sekolah. Puan Amelia menyatakan borang itu hanya untuk makluman sendiri supaya tidak menjadi isu kemudian hari. 4.1.2 Guru-guru boleh mencatat di ruang catatan jika alatan tersebut tidak mempunyai nombor siri. Satu salinan borang untuk simpanan guru-guru dan satu salinan diserahkan kepada penyelaras pusat sumber. Alatan yang mempunyai nombor siri perlu dilekatkan pada pintu untuk Room Inventory. Borang tersebut perlu diserahkan pada selewat-lewatnya Jumaat depan.4.2 Pesanan Barang4.2.1 Puan Amelia memaklumkan penyelaras setiap bilik khas boleh memohon untuk membeli barangan yang diperlukan, tetapi dapat atau tidak masih tidak di ketahui.4.2.2 Namun beliau menyatakan bahawa jika guru-guru ingin membuat inesiatif sendiri amatlah digalakkan sementara menunggu barang yang dipesan sampai. Jika ada antara guru yang ingin memesan barang, mereka boleh memaklumkan kepada cikgu Amelia Abdullah dan beliau akan cuba untuk mengetengahkan perkara tersebut kepada pihak atasan.4.3 Keceriaan Bilik-Bilik Khas4.3.1 Penyelaras setiap bilik khas diminta untuk memeriksa jika terdapat sebarang kerosakan di dalam bilik khas dan perkara tersebut boleh dilaporkan kepada pihak pejabat am untuk tindakan susulan. Puan Amelia juga memberitahu banyak jam di dalam bilik khas tidak berfungsi dan perlu dipasang dengan bateri baru.4.3.2 Mungkin ada sesetengah penyelaras telah melaporkan kerosakan kepada Ketua Tadbir dan pejabat tetapi perkara itu tetap perlu dilaporkan kerana mungkin ada kes terlepas pandang dan guru boleh tolong mengingatkan pejabat tentang perkara tersebut. Puan Amelia juga telah menyentuh tentang plak nama pengetua yang masih tidak ditambah dengan nama pengetua sebelum ini.4.3.3 Sebuah jam diminta oleh cikgu Ginjos untuk diletakkan di dalam bilik CARE. Cikgu Remaxson menyatakan perkara tersebut boleh ditanya kepada tuan Pengetua atau guru boleh menyumbang jam untuk bilik khas masing-masing.4.4 Hal-hal Lain4.4.1Cikgu Noria mencadangkan agar susun atur perpustakaan diubahsuai sedikit kerana susunan sekarang memudahkan para pelajar melakukan perkara yang tidak sepatutnya di dalam perpustakaan. Cikgu Rose telah memberitahu bahawa susun atur rak di dalam perpustakaan mempunyai prosedur tetapi kerana ada pelajar yang melakukan perkara tidak sepatutnya, maka susunan terpaksa dibuat seperti sekarang.4.4.2 Cikgu Remaxson mencadangkan agar seorang guru boleh disediakan tempat di belakang perpustakaan agar pengawasan lebih terperinci. Ini boleh mengelakkan dari perkara yang tidak sepatutnya berlakui dengan pengawasan guru-guru. Pintu kecemasan tidak dibuka setiap masa walaupun mengikut peraturan ia perlu dibuka sentiasa, ini berlaku kerana bermacam-macam perkara yang tidak diingini berlaku seperti pelajar yang berada di dalam perpustakaan bercakap dan membuat bising dengan pelajar yang berada di luar.4.4.3Cikgu Remaxson menyatakan memang terdapat sedikit rombakan pada pembahagian tugas pada tahun ini kerana ingin memberi peluang kepada guru-guru merasa tugas yang berlainan, di samping itu setiap guru diberi tugas-tugas yang tertentu kerana pihak pengurusan percaya guru mampu melakukannya. Jadi beliau berharap agar guru dapat memberikan yang terbaik dan sama-sama menjayakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin. Seperti kata tuan Pengetua, PSS memainkan peranan yang sangat penting dalam meningkatkan prestasi pelajar.4.4.4 Cikgu Ginjos memberitahu beliau memerlukan cat dan langsir untuk menghias bilik CARE, cikgu Masbi ingin memesan pewangi untuk diletak dalam makmal computer. Guru-guru diminta menyediakan satu senarai keperluan setiap bilik khas dan senarai itu hendaklah dihantar selewat-lewatnya hari Jumaat, 23 Jan beserta dengan borang inventori.4.4.5 Cikgu Stum memaklumkan bahawa mesyuarat NILAM akan dijalankan sebaik saja pelajar tingkatan 3 selesai dibahagikan. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, guru-guru masih boleh merujuk Puan Rose untuk PSS.4.4.6 Puan Amelia mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:15 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

. (NOR BAIZURA CHE OTHMAN) (PUAN AMELIA ABDULLAH) Penyelaras Pusat Sumber