99 ways to accomplish more every day...saidina ali bin abi talib 25. kebahagiaan terletak pada...

20

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 1

Edisi Pertama, 2006 Edisi Keempat, 2013 Edisi Kelima, 2014 Edisi Keenam, 2016 Edisi Ketujuh, 2017

© Taidin Suhaimin

Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa sekalipun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit.

Diterbitkan Oleh USAHAWAN GROUP Management Consultants Lot 9, Grd. Floor, Taman Manggatal, Manggatal

Km 14.5, Jalan Tuaran

88450 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Tel: 6 016 831 4696, 6 088 497 141 – Fax: 6 088 497 142 Email: [email protected] Web: https://ugmc.bizland.com

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 2

TENTANG PENYUSUN

TAIDIN SUHAIMIN adalah perunding, penceramah dan penulis dalam bidang pembangunan diri yang berpengalaman menyampaikan ceramah di peringkat antarabangsa.

Semenjak tahun 1994, ribuan peserta dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei serta di Timur Tengah telah mengikuti program-program latihan dan pembangunan sumber manusia dalam sesi-sesi ceramah, seminar-seminar, persidangan-persidangan dan kursus-kursus yang beliau kendalikan.

Beliau juga pernah menyampaikan siri-siri ceramah motivasi menerusi TV1, RTM dalam Rancangan Inspirasi Pagi dan Radio Malaysia Sabah dalam Rancangan Motivasi Pagi.

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 3

PARA KATA

Buku ini mengandungi 365 kata-kata bestari dan inspirasi berunsur nasihat dan peringatan yang lazimnya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman pemimpin-pemimpin agung serta ahli-ahli fikir atau falsafah yang masyhur.

Buku ini diberi tajuk Membangunkan

GERGASI Dalam Diri Anda kerana pada dasarnya semua manusia adalah cemerlang dan mempunyai “GERGASI” dalam diri masing-masing. Yang membezakan ialah pendidikannya, keimanannya, prinsipnya, matlamatnya, keazamannya usahanya, kerajinannya, ketabahannya serta pencapaiannya.

Kata-kata inspirasi yang dimuatkan dalam buku ini jika anda hayati benar-benar, insya-Allah, saya yakin boleh membangkitkan semangat dan membangunkan diri anda ke arah kecemerlangan dan kejayaan.

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 4

KANDUNGAN

TOPIK Muka Surat

Gergasi Dalam Diri Anda! 6

Nilai Paradigma & Sikap 8

Lombong Emas Dalam Diri Anda 9

Mencapai Kecemerlangan 12

Mencapai Kejayaan 13

Mencapai Kebahagiaan 16

Keutamaan Akal 19

Keutamaan Berfikir & Bersikap Positif 22

Keutamaan Bersikap Realistik 26

Keutamaan Amalan Mengawal Diri 27

Nilai Matlamat & Arah Tuju Mantap 30

Keutamaan Merancang 33

Keutamaan Melaksanakan Tugas Dengan Cemerlang

34

Nilai Menghargai Masa 35

Cabaran & Kesusahan Landasan Kejayaan 36

Nilai Kecekalan 39

Keutamaan Sabar 42

Nilai Keyakinan Diri 44

Keutamaan Sikap Berani 46

Nilai Usaha Bersungguh-Sungguh 50

Kepemimpinan & Teladan 55

Keutamaan Bersikap Adil 58

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 5

TOPIK Muka Surat

Keutamaan Menghargai Orang Lain 61

Nilai Menghormati Orang Lain 62

Nilai Merendah Hati 63

Nilai Kemaafan 65

Nilai Senyuman 66

Nilai BerAgama, BerIman & BerTaqwa 67

Keutamaan Bersyukur Nikmat 72

Kekayaan Yang Sebenar 75

Nilai Hati Yang Jernih 76

Kemuliaan Adab & Budi Pekerti 78

Nilai Amanah & Kejujuran 86

Nilai Kesederhanaan 93

Nilai Bekerjasama 94

Nilai & Tertib Bersahabat 97

Nilai Adab & Kemahiran Berkomunikasi 102

Nilai Berbuat Baik & Berbaik Sangka 103

Nilai Kata-Kata Lembut & Kedermawanan 107

Keutamaan Diam & Memelihara Kata-Kata 111

Peringatan Tentang Berhutang 117

Peringatan Tentang Anak 118

Nilai Ilmu & Pengetahuan 121

Kewajipan Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa 126

Keutamaan Sentiasa Memperbaiki Diri 128

Akhir Kata 131

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 6

Membangunkan

GERGASI Dalam Diri Anda!

GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Anda mempunyai keupayaan dan kekuatan terpendam yang anda mungkin tidak sedari. Anda dilahirkan dengan kekuatan ini.

Namun, anda mungkin tidak pernah menyedari atau belajar mengenainya. Ia itulah sebaik-baik alat yang Tuhan berikan kepada makhlukNya; manusia dan tidak kepada mana-mana makhluk yang lain.

Apakah alat itu?

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 7

Alat itu adalah MINDA yang membolehkan manusia berfikir, merancang, membuat keputusan dan bertindak untuk melakukan atau mencapai apa yang manusia ingin atau perlukan.

Kepintaran Emosi dan Kepintaran Minda diri anda bergabung sebagai suatu kuasa GERGASI ciptaan Tuhan yang tidak ada tolok bandingnya.

Antara cara-cara terbaik untuk memperkasakan Gergasi dalam diri anda itu ialah dengan memberikan input-input yang bernilai tinggi ke dalamnya.

Kata-kata inspirasi yang dimuatkan dalam buku ini diadun khusus untuk membantu anda membangun serta memantapkan lagi GERGASI yang sedia ada dalam diri anda!

Insya-Allah.

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 8

NILAI PARADIGMA & SIKAP 1. Hampir semua kemajuan besar dalam

bidang saintifik adalah suatu pemecahan pemikiran lama atau paradigma lama.

Thomas Khun

2. Penemuan terbesar generasi saya ialah bahawa makhluk manusia dapat mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap dan pemikiran mereka.

William James

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 9

LOMBONG EMAS DALAM DIRI ANDA 3. Lombong emas dalam diri anda

adalah fikiran anda. Anda dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang anda inginkan.

Abdullah Mansur M. H.

4. Jauh di dalam diri seseorang terdapat kuasa-kuasa yang kuat; kuasa-kuasa yang akan mencengangkannya, bahawa dia tidak pernah terfikir yang ia sebenarnya memilikinya; kuasa-kuasa yang akan merevolusikan hidupnya jika terangsang dan digunakan untuk membuat sesuatu tindakan.

Orison Swett Marden, 1848-1924

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 10

5. Apa juga yang anda boleh lakukan atau impikan, anda boleh memulakannya. Dengan tekad, akan wujud kebijaksanaan, kekuatan, dan keajaiban.

Goethe

6. Semuanya boleh diambil daripada seorang kecuali satu perkara iaitu kebebasan - untuk membuat pilihan, untuk memilih cara sendiri.

Victor E. Frankl

7. Potensi seseorang adalah seperti laut besar belum pernah dilayari, benua baru yang belum diterokai, suatu dunia kemungkinan menunggu untuk diterokai dan disalurkan ke arah beberapa kebaikan yang banyak.

Brian Tracy

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 11

8. Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Arcele Ari Tandy

9. Potensi bukanlah titik akhir tetapi kapasiti untuk berkembang dan belajar.

Eileen Kennedy – Moore

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 12

MENCAPAI KECEMERLANGAN 10. Anda adalah apa yang anda lakukan

berulang kali. Kecemerlangan bukanlah suatu tindakan tetapi suatu amalan/tabiat.

Aristotle

11. Setiap orang pada dasarnya adalah cemerlang. Yang membezakan ialah pendidikannya, keimanannya, prinsipnya, matlamatnya, keazamannya usahanya, kerajinannya, ketabahannya serta pencapaiannya.

Taidin Suhaimin

12. Siapa sahaja anda, jadilah seorang yang baik.

Abraham Lincoln

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 13

MENCAPAI KEJAYAAN 13. Kesempatan yang kecil seringkali

merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Anon

14. Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

Peribahasa Arab

15. Kejayaan adalah isi padu hasil usaha-usaha kecil (dan berkesan) yang dilakukan (diulangi) hari demi hari.

Robert Collier

16. Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Anon

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 14

17. Orang yang berjaya, mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan.

E. M. Gray

18. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

Anon

19. Rahsia kejayaan adalah kesediaan menyambut peluang yang menjelma.

Anon

20. Anda tidak dapat mendorong / membuat seseorang mendaki suatu tangga kejayaan melainkan jika orang itu sendiri bersedia untuk mendakinya.

Andrew Carnegie

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 15

MENGECAPI KEBAHAGIAAN 21. Kalau petang dan pagi seseorang itu

beroleh aman dan sentosa daripada sebarang gangguan, itulah orang yang bahagia.

Zaid bin Harithah

22. Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain.

Rasulullah S. A. W.

23. Berbahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.

Saidina Ali bin Abi Talib

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 16

24. Kalau engkau ingin menjadi raja, pakailah sifat kanaah. Kalau engkau ingin beroleh syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerti yang baik. Kedua-dua sifat ini ialah kawan bahagia.

Saidina Ali bin Abi Talib

25. Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.

Imam Al-Ghazali

26. Tahan menderita kepahitan hidup sehingga penderitaan menjadi kekayaan adalah bahagia.

Hamka

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 17

27. Seseorang yang berbahagia bukanlah seseorang yang berada dalam suatu set keadaan, tetapi adalah dalam suatu set paradigma dan sikap.

Hugh Downs

28. Kebahagiaan paling utama adalah dalam kesihatan.

George William Curtis

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 18

KEUTAMAAN AKAL 29. Walau bagaimana pun alim seseorang

itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

Lukmanul Hakim

30. Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

James Allen

31. Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak-tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.

Saidina Ali bin Abi Talib

MEMBANGUNKAN GERGASI DALAM DIRI ANDA!

Muka Surat 19

END OF SAMPLE

Thank you for your interest and taking the time downloading and reading the sample of this e-book. If you like this e-book and would like to download it in its entirety (365 words of wisdom), please click the link below. https://ugmc.bizland.com/ebook-mgdda.html

For inquiry, please Whatsapp us at: https://wasap.my/60168314696