sabah, malaysia warta kerajaan · pdf filekecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan...

Download SABAH, MALAYSIA Warta Kerajaan · PDF fileKecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan 2.1 hingga 2.2 dalam Laporan ... Pada akhir tahun 2000, ... Pembelian 50 Unit Mesin Rumput

If you can't read please download the document

Upload: nguyenbao

Post on 06-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH

    SABAH, MALAYSIA

    Warta Kerajaan

    Jil. LIX] [No. 25KOTA KINABALU, KHAMIS, 1 JULAI 2004

    Kenyataan-kenyataan berikut adalah diterbitkan atas perintah Tuan YangTerutama Yang di-Pertua Negeri untuk Makluman Umum.

    DATUK K. Y. MUSTAFA,Setiausaha Kerajaan Negeri.

    Diterbitkan dengan kuasa

    No. 368 [No. JKM. PHB. 600-2/49/(15)

    ORDINAN PENGAMBILAN TANAH

    Bab 69

    ARAHAN DI BAWAH SEKSYEN 5

    Bahawasanya Yang di-Pertua Negeri berpendapat bahawa tanah yang disebut dalamPemberitahuan Warta No. 293/2004 hendaklah diambil, walau bagaimanapun,pengisytiharan serta merta bagi maksud itu tidak mungkin dapat dibuat sehingga kerja-kerja pengukuran disiapkan; oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan

    oleh seksyen 5 Ordinan Pengambilan Tanah, Yang di-Pertua Negeri dengan inimengarahkan bahawa pegawai yang diberi kuasa boleh melakukan apa-apa kerja

    di atas tanah yang berkaitan dengan penggunaannya, iaitu pembinaan Pusat Latihan Relauntuk Kementerian Dalam Negeri, yang bagi maksud tersebut tanah itu dicadangkan untukdiambil.

    Bertarikh di Kota Kinabalu, pada 10 Mei 2004.

    Dengan Perintah Tuan Yang Terutama,

    DATUK MUSA HJ. AMAN,Ketua Menteri Sabah.

    Bab 69

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH 1 Julai 20041,224

    [No. JKM. PHB. 600-2/49/(15)

    THE LAND ACQUISITION ORDINANCE

    Cap. 69

    DIRECTION UNDER SECTION 5

    Whereas it appears to the Yang di-Pertua Negeri that the land referred to in GazetteNotification No. 293/2004 should be acquired, but that until surveying work is completed,it is not possible to make an immediate declaration to that effect; now, therefore, in exercise

    of the power conferred upon him by section 5 of the Land Acquisition Ordinance,the Yang di-Pertua Negeri hereby directs that the authorised officers may do any

    work on the land connected to the use, to wit, the construction of the Rela Training Centrefor the Ministry of Home Affairs to which the land is intended to be put on its acquisition.

    Dated at Kota Kinabalu, this 10th day of May, 2004.

    By His Excellencys Command,

    DATUK MUSA HJ. AMAN,Chief Minister of Sabah.

    No. 369 [No. KKT&P: 606/9/24/171

    ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN, 1961

    (Ordinan No. 11 tahun 1961)

    NOTIS SENARAI PENILAIAN MAJLIS DAERAH KOTA MARUDU/PITASBAGI TAHUN 2004

    Berdasarkan kepada seksyen 74 dan 77, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, pembayar cukaidengan ini dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas telah memutuskanuntuk menggunapakai penilaian bagi tahun 2003 untuk tahun 2004. Senarai penilaianberkenaan bolehlah diperiksa di Pejabat Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas pada waktupejabat.

    2. Sesiapa yang ingin membuat bantahan terhadap penilaian yang dimaksudkanhendaklah memberi notis bertulis kepada Pengerusi Majlis Daerah Kota Marudu/Pitassekurang-kurangnya enam hari sebelum 14 Julai 2004 iaitu tarikh yang ditetapkan bagipendengaran bantahan.

    Cap. 69

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH

    3. Setiap notis hendaklah menyatakan dengan jelas amaun penilaian yang dianggapoleh pembantah sebagai munasabah untuk menggantikan amaun yang dinyatakan di dalamSenarai Penilaian serta alasan-alasan bantahan bersama dengan maklumat-maklumatberkaitan.

    Diperbuat di Kota Marudu pada 29 Oktober 2003.

    TAN HOI KWAN JANE,Pengerusi,

    Majlis Daerah Kota Marudu/Pitas.

    . [No. KKT&P: 606/9/24/171

    THE LOCAL GOVERNMENT ORDINANCE, 1961

    (Ordinance No. 11 of 1961)

    THE KOTA MARUDU/PITAS DISTRICT COUNCIL VALUATION LIST FOR 2004

    In accordance with sections 74 and 77 of the Local Government Ordinance, 1961 ratepayers are hereby informed that the Kota Marudu/Pitas District Council has resolved toadopt the valuation list of the year 2003 for the year 2004. The said valuation list may beinspected during office hours at the office of the Kota Marudu/Pitas District Council.

    2. Any person wishing to object to the valuation as aforesaid shall give notice thereofin writing to the Chairman of the Kota Marudu/Pitas District Council at least six daysbefore the 14th July, 2004 which is the date fixed for the commencement of the hearing ofobjections.

    3. Any such notice shall specify the amount of the valuation on which the personobjecting consider should be substituted for the amount stated in the valuation list and thenature and grounds of such persons objections and particulars thereof.

    Dated at Kota Marudu this 29th day of October, 2003.

    TAN HOI KWAN JANE,Chairman,

    Kota Marudu/Pitas District Council.

    1,2251 Julai 2004

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH

    SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAIPENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH PENAMPANG

    BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2001

    Penyata Harta dan Tanggungan dan Penyata Penerimaan dan Pembayaran AkaunMajlis Daerah Penampang bagi tahun berakhir 31 Disember 2001 telah diaudit oleh wakilsaya. Pihak pengurusan bertanggungjawab terhadap Penyata Kewangan ini.Tanggungjawab saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap PenyataKewangan tersebut.

    2. Penyata Kewangan ini disediakan mengikut asas penerimaan dan pembayaran tunai.Menurut asas ini, hasil dan harta berkaitan diiktiraf semasa diterima dan bukan semasadiperoleh, dan perbelanjaan diiktiraf semasa dibayar dan bukan semasa dilakukan.

    3. Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaianpengauditan yang diluluskan. Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dandilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama ada Penyata Kewanganadalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasukmemeriksa rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka danmemastikan pendedahan yang mencukupi dalam Penyata Kewangan. Penilaian juga dibuatterhadap prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian Penyata Kewangan secarakeseluruhan.

    4. Kecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan 2.1 hingga 2.2 dalam LaporanKetua Audit Negara, pada pendapat saya, Penyata Kewangan ini memberi gambaran yangbenar dan saksama terhadap kedudukan harta dan tanggungan yang berpunca dari urusniaga tunai bagi Majlis Daerah Penampang pada 31 Disember 2001.

    PG. AMIR BIN PG. OMAR,b.p. Ketua Audit Negara,

    Malaysia.

    Kota Kinabalu.

    Tarikh: 13 Januari 2004.

    [No. KKT&P. 400-14/1/5(119)No. 370

    1 Julai 20041,226

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH

    LAPORAN KETUA AUDIT NEGARAMENGENAI PENYATA KEWANGAN MAJLIS DAERAH PENAMPANG

    BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2001

    Laporan Ketua Audit Negara ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Sijil KetuaAudit Negara bagi menyokong pendapat Audit terhadap Penyata Kewangan tersebut.

    2. Pemerhatian Audit terhadap Penyata Kewangan adalah seperti berikut:

    2.1 Bantuan Kapital - RM1,708,000Bantuan Khas - RM434,773

    Pada akhir tahun 2000, Majlis telah menggunakan RM957,601 daripadabantuan kapital dan bantuan khas sejumlah RM2.14 juta untuk membiayaiaktiviti lain. Majlis hendaklah mendapatkan kelulusan daripada KementerianKerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri sebelum menggunakan baki bantuantersebut untuk tujuan lain. Sementara itu sekiranya baki tersebut tidakdiperlukan lagi, jumlah berkenaan hendaklah dipulangkan kepada KerajaanNegeri atau kelulusan khas diperoleh bagi menukar bantuan berkenaan kepadagran mengurus.

    2.2 Baki Akaun Semasa - RM1,078,422

    Sehingga akhir tahun 2001, baki wang dalam bank sebanyak RM1.08 jutatidak dapat disahkan kerana Majlis tidak mengemukakan penyata penyesuaianbank sepanjang tahun 2001.

    3. Selain daripada mengesahkan Penyata Kewangan tersebut, semakan Audit juga dibuatterhadap prestasi kewangan dan pengurusan aktiviti Majlis Daerah Penampang. Hasilsemakan itu dinyatakan dalam perenggan berikut:

    3.1 Prestasi Kewangan

    Pada tahun 2001, Majlis meramalkan belanjawan yang positif berdasarkananggaran penerimaan sejumlah RM21.47 juta dan pembayaran sejumlahRM19.79 juta. Majlis mengakhiri tahun kewangan dengan mencatatkan lebihansejumlah RM1.00 juta berdasarkan penerimaan sejumlah RM10.44 juta danpembayaran sejumlah RM9.44 juta. Secara keseluruhan, prestasi kewanganMajlis bagi tahun 2001 meningkat sejumlah RM681,719 berbanding dengantahun 2000, iaitu daripada lebihan sejumlah RM323,421 menjadi lebihansejumlah RM1.01 juta. Memandangkan liabiliti dan hasil tertunggak tidakdiambil kira dan akaun Majlis disediakan menurut asas perakaunan tunai tidakmemberi pendedahan yang mencukupi, saya tidak dapat memastikan kesankewangan sepenuhnya terhadap kedudukan kewangan Majlis DaerahPenampang pada 31 Disember 2001.

    1,2271 Julai 2004

  • WARTA KERAJAAN NEGERI SABAH

    3.2 Tunggakan Hasil

    Mengikut Penyata Tunggakan Hasil, jumlah tunggakan pada akhir tahun 2001ialah RM5.95 juta seperti berikut:

    Jenis Hasil JumlahRM

    Cukai Perkara Am 4,511,669

    Cukai Saluran Najis 1,253,170

    Ses Tanah 32,591

    Bayaran Pungutan Sampah 74,229

    Faedah Lewat Bayar Cukai 77,914

    Jumlah: RM5,949,573

    Jumlah tunggakan sewa gerai dan bangunan tidak dapat dipastikan keranamajlis tidak menyediakan senarai tunggakan tersebut. Majlis hendaklah

    mengambil tindakan yang lebih berkesan untuk mengutip tunggakan tersebut

    memandangkan jumlah tunggakan hasil telah meningkat daripada RM3.93 jutapada tahun 2000 kepada RM5.95 juta pada tahun 2001.

    3.3 Perbelanjaan Melebihi Peruntukan

    Pada tahun 2001, Majlis telah berbelanja sejumlah RM1,235 melebihiperuntukan tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian KerajaanTempatan dan Peru