s i s t e m i n s u r an s p e k e r ja an sip dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan...

37
1 SISTEM INSURANS PEKERJAAN Januari 2018

Upload: lamthien

Post on 11-May-2018

258 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

1

S I S T E M I N S U R AN S P E K E R J A ANJ a n u a r i 2 0 1 8

Page 2: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

KANDUNGAN2

Page 3: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

FAQ ASAS (DASAR)SISTEM INSURANS PEKERJAAN

3

Page 4: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

4

1. Bilakah tarikh sebenar SIP akan

dikuatkuasakan?

SIP telah diwartakan tarikh

kuatkuasanya pada 1 Januari 2018.

Semua pekerja swasta wajib

mencarum kepada SIP mulai tarikh

kuatkuasa.

2. Apakah definisi seorang pekerja danmajikan?

“pekerja” ertinya seseorang yang diambilbekerja dengan bergaji di bawah suatu kontrakperkhidmatan atau perantisan dengan seorangmajikan, sama ada kontrak itu nyata atautersirat atau secara lisan atau bertulis,mengenai atau berkaitan dengan kerja sesuatuperusahaan yang baginya Akta ini terpakai.

“majikan” ertinya pemilik sesuatu perusahaanatau orang yang dengannya seseorangpekerja telah membuat suatu kontrakperkhidmatan atau perantisan dantermasuklah:

a) seorang pengurus, ejen atau orang yangbertanggungjawab bagi pembayaran gajikepada pekerja itu; dan

b) wakil di sisi undang-undang bagi pemilikperusahaan atau orang itu.

Page 5: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

5

3. Apakah insurans sosial dan perbezaan

dengan insurans komersial?

SIP adalah insurans sosial yang

berasaskan konsep solidarity fund,

Pooling of Resources, Sharing of

Risks dengan pendekatan 'defined

benefit' yang bertindak sebagai jaringan

keselamatan sosial (social safety net).

Konsep SIP mementingkan kebajikan

pencarum dan tidak mempunyai elemen

keuntungan kepada organisasi. Insurans

sosial mempunyai nilai tambah bagi

memberi faedah secara maksimum

kepada pencarum.

Insurans komersial pula adalah

berkonsepkan orientasi perniagaan

dengan keutamaan kepada keuntungan

maksimum kepada pihak konsesi.

Insurans komersial kebiasaannya tidak

mempunyai kelebihan dari segi skala

ekonomi yang besar dan manfaat lebih

menjurus kepada mereka yang

berkemampuan berbanding dengan

insurans sosial.

Page 6: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

6

4. Bolehkah pekerja yang telah lamamencarum tetapi tidak pernah membuattuntutan dan mendapatkan balik carumanbeliau?

Berdasarkan konsep solidarity fund,pooling of resources and sharing ofrisks, setiap tuntutan faedah SIPmemerlukan sekurang-kurangnya 38hingga 146 caruman daripada pencarumlain untuk membiayai tuntutan tersebut.

Sekiranya cadangan ini dipertimbangkan,semua pencarum yang tidak pernahmembuat tuntutan akan memintacaruman mereka dikembalikan.

Bila ini berlaku, konsep solidarity fundtidak lagi boleh dipakai dan sebaliknyaakan menjadi savings model sepertiKWSP.

Ini bermakna, pencarum yang kehilanganpekerjaan hanya layak dibayar faedahmengikut carumannya sendiri iaituserendah RM1.90 x 12 atau x 24 atauRM7.90 x 12 atau x 24 iaitu antaraRM22.80 hingga RM189.60. Berbandingfaedah di bawah SIP antara RM2,515hingga RM14,265.

Ini adalah model SIP yang selaludicadangkan oleh pihak MEF. Jikamencarum seumur hidup pun tidakakan berjaya menyamai faedahkewangan SIP dan ini belum termasukbantuan carian kerja dan latihan.

Page 7: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

7

5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja

yang diberhentikan?

Statistik pemberhentian untuk 3 tahun

kebelakangan ini ialah 44,343 (2015),

37,699 (2016) dan 26,638 (sehingga

Ogos 2017). Walau bagaimanapun,

angka sebenar adalah jauh lebih tinggi

kerana 74% daripada majikan di

negara ini adalah dalam kategori

perusahaan mikro yang menggaji 5

pekerja dan kurang yang tidak diwajibkan

melapor pemberhentian kepada JTK.

Berdasarkan kajian oleh ILO pada 2010

hingga 2012, jumlah pekerja yang

kehilangan pekerjaan dan berpotensi

untuk menuntut faedah di bawah SIP

dianggarkan antara 137,000 hingga

215,000 setiap tahun.

Dalam kegawatan ekonomi tahun

1997/1998, bilangan pekerja tempatan

yang diberhentikan adalah 121,222.

Manakala 2007/2009, seramai 154,000

pekerja tempatan diberhentikan semasa

krisis subprima USA.

Page 8: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

8

6. Mengapakah liputan SIP mandatori

bukannya pilihan?

Setiap pekerja perlu dilindungi daripada

pelbagai ketidaktentuan dan risiko yang

boleh berlaku disebabkan peralihan

ekonomi dan ketidakpadanan

permintaan dan penawaran kerja.

Kehilangan pekerjaan boleh terjadi

kepada sesiapa sahaja.

Kebanyakan negara melaksanakan SIP

secara mandatori kecuali sesetengah

negara yang memperluaskan liputannya

kepada ketegori pekerja tertentu seperti

golongan yang bekerja sendiri atau

pekerja asing. (e.g. Denmark

memperkenalkan skim insurans

sukarela namun liputan melebihi 80%

populasi yang bekerja)

Page 9: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

9

7. Bolehkan faedah SIP dibayar bagi tempoh

yang lebih panjang dan kadar

penggantian yang lebih tinggi?

Berdasarkan pengesyoran oleh pakar

runding ILO, sebagai permulaan Faedah

SIP dihadkan kepada tahap minimum

iaitu tidak lebih daripada 6 bulan,

manakala kadar penggantian pendapatan

pula tidak kurang daripada 45% (purata).

Sekiranya dana SIP berkembang dan

mantap, pelbagai penambahbaikkan

boleh dibuat untuk faedah pencarum

(majikan dan pekerja) seperti berikut:

kadar penggantian pendapatan yang

lebih tinggi

tempoh faedah lebih daripada 6 bulan

terutamanya kepada pekerja yang

berusia

bantuan mobiliti yang lebih

komprehensif seperti bantuan

perpindahan, sewa rumah sementara,

bantuan persekolahan dan

sebagainya

bayaran materniti untuk tempoh 3

bulan atau lebih

subsidi gaji untuk menggalakan

majikan menggaji penganggur yang

berusia, atau pekerja baharu yang

tiada pengalaman kerja.

Page 10: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

10

8. Adakah kerajaan menjangkakan banyak

syarikat akan menghadapi masalah

penutupan akibat masalah ekonomi

sehingga wujudnya idea untuk

melaksanakan SIP?

SIP bertindak sebagai automatic

economic stabilizer semasa kegawatan

dan peralihan ekonomi kerana disokong

oleh income security measures dan

dasar pasaran buruh aktif (ALMP).

Kadar caruman 0.4% iaitu (0.2% majikan

dan 0.2% pekerja) adalah kadar yang

terendah di dunia berbanding dengan

kadar purata dunia antara 1.5% dan 3%.

Kadar caruman 0.4% dapat menjana

RM479.5 juta setahun. Berdasarkan

unjuran pemberhentian dan tuntutan

bantuan kewangan SIP, dana SIP hanya

dapat bertahan selama 2 tahun 9 bulan.

Sebagai perbandingan purata kadar

caruman yang mampan (sustainable) di

kebanyakkan negara di dunia adalah 3%

seperti jadual berikut:

Page 11: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

11

Bil. Negara Pekerja (%) Majikan (%) Kerajaan (%) Total

1 Malaysia 0.2 0.2 Tidak mencarum 0.4

2 Argentina Tidak mencarum 0.89 – 1.50 Tidak mencarum 1.5

3 Bahrain 1 1 1 3

4 Canada 1.83 2.56 Tidak mencarum 4.39

5 Chile 0.6 (Savings)1.6 (Savings)

7.9 10.90.8 (Insurance)

7 China 1 2 Caruman ad-hoc 3

8 France 2.4 4 Tidak mencarum 6.4

9 Germany 1.5 1.5 Tidak mencarum 3

10 Japan 0.60.6 + 0.35 (Two

Services)

25% daripada

keseluruhan kos1.55

11 South Korea 0.650.65 +

Tidak mencarum 2.150.25-0.85*

13 Thailand 0.5 0.5 0.25 1.25

14 United States Tidak mencarum 3.2 Tidak mencarum 3.2

15 Viet Nam 1 1 1 3

Purata 3.61

Median 3.00

Page 12: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

FAQ LIPUTANSISTEM INSURANS PEKERJAAN

12

Page 13: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

13

1. Siapakan yang diliputi di bawah SIP?

SIP meliputi semua majikan danpekerja yang mencarum di bawah Akta4 dan berumur di antara 18 tahunsehingga 60 tahun sahaja, kecuali:

Pekerja yang berumur kurangdari 18 tahun pada 1 Januari2018;

Pekerja telah berumur 57pertama kali mencarum dalamSIP;

Kakitangan awam, BadanBerkanun, PBT;

Self-employed;

Domestic workers; dan

Sole proprietor atau majikan yangtidak menggaji pekerja

Mereka yang lain seperti di JadualPertama Akta SIP 2017

2. Mengenai kelayakan SIP, pada slide liputan

dan kadar caruman menyatakan salah

satu pengecualian kelayakan adalah

bersara wajib, bagaimana pula sekiranya

kakitangan tersebut bersara

optional/pilihan pada usia 55 tahun yang

dibenarkan dalam Skim Perkhidmatan

Syarikat? Adakah mereka layak

memohon SIP?

Salah satu syarat kelayakan SIP adalah

aktif mencari pekerjaan (actively seeking

work).

Mana-mana pekerja yang telah bersara

tidak layak menuntut faedah SIP.

Page 14: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

14

3. Adakah SIP meliputi pekerja asing? Jikatidak, mengapa?

SIP tidak meliputi pekerja asingsebagaimana dasar sedia ada dibawah Akta 4. Melalui fasal 83 AktaSIP, Menteri akan membuat perintahbagi mengecualikan pekerja asing.

Pekerja asing tidak diliputi keranamereka diambil bekerja untuk tempohtertentu sahaja iaitu kontrak bertempohtetap. Penamatan suatu kontrakbertempoh tetap tidak dianggapsebagai kehilangan pekerjaan dalamAkta SIP ini.

Walau bagaimanapun, sekiranyamajikan memberhentikan pekerjatempatan dan menggantikan denganpekerja asing, Kerajaan mungkin akanmewajibkan pekerja asing turutmencarum dalam dana SIP.

4. Adakah SIP melindungi mereka yang

bekerja sendiri?

Jawapannya tidak, SIP hanya terpakai

kepada pekerja yang bekerja dengan

majikan.

Kehilangan pekerjaan bagi pekerja

bekerja sendiri sukar untuk disahkan

atau tidak dapat ditentukan kerana tiada

pihak yang boleh menentusahkan

berlakunya pemberhentiaan kerja.

Page 15: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

15

5. Adakah pekerja fixed term contract layak

menuntut faedah SIP?

Jika pekerja tersebut kehilangan

pekerjaannya semasa dalam tempoh

kontrak perkhidmatan, pekerja tersebut

layak menerima faedah SIP.

Pekerja tersebut tidak layak menerima

faedah SIP sekiranya tempoh kontrak

perkhidmatan telah tamat.

Walau bagaimanapun, bilangan

caruman (loading factor) yang dibayar

oleh pekerja tersebut tidak terjejas dan

masih diambil kira.

6. Adakah pelajar internship perlu mencarum

SIP?

Pelajar yang menjalani internship

termasuk pelatih program SL1M tidak

perlu mencarum di bawah Akta SIP.

Walau bagaimanapun, pelatih perantisan

(apprenticeship) adalah perlu mencarum

di bawah Akta 4 dan SIP.

Page 16: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

16

7. Adakah pekerja yang diberhentikan

pekerjaan semasa dalam tempoh

percubaan (probation) layak untuk

faedah SIP?

Pekerja yang masih di dalam tempoh

percubaan (probation) dan

diberhentikan sebelum tamat tempoh

percubaannya boleh memohon SIP

tertakluk kepada syarat kelayakan

Pekerja Kontrak yang diberhentikan

sebelum tamat tempoh kontrak adalah

layak memohon tertakluk kepada

syarat kelayakan mereka kecuali

mereka yang diberhentikan di bawah

tafsiran Seksyen 30 Akta SIP

8. Adakah pencarum yang muflis layak

menuntut faedah SIP?

Pencarum yang diisytiharkan muflis boleh

memohon faedah SIP tertakluk kepada

syarat kelayakan.

Page 17: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

17

9. Adakah pengarah syarikat (company

director) perlu mencarum?

Pengarah syarikat yang menerima gaji

secara bulanan (remuneration) wajib

mencarum di bawah Akta 4 dan SIP.

Manakala, pengarah syarikat yang

menerima elaun (fee) tidak diwajibkan

untuk mencarum.

Bagi pekongsi yang dilantik sebagai

pengarah urusan di bawah Perkongsian

Liabiliti Terhad (PLT - Limited Liability

Partnership) perlu mencarum di bawah

Akta 4 dan SIP.

Page 18: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

FAQ OPERASI (MAJIKAN)SISTEM INSURANS PEKERJAAN

18

Page 19: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

19

1. Bagaimanakah majikan membayarcaruman SIP?

Terdapat 2 kaedah pembayarancaruman:

1. Bagi pengguna yang telah mempunyaiID Portal ASSIST, sila layarihttps://sip.perkeso.gov.my/eisc/rcc

Sila ke Pejabat PERKESOberdekatan dengan membawa :

cek, kiriman wang atau wang pos;dan

Cetakan EIS ContributionReceived (ECR)

2. Untuk membuat bayaran caruman SIPsecara manual, sila muat turunLampiran 1 di laman webhttps://www.perkeso.gov.my/sip/tatacara.php

Emailkan Lampiran 1 ke

[email protected] maklumat seperti berikut:

Contoh : [Caruman SIP]: (KodMajikan) A38000012061 – (BulanCaruman) 02/2018

Sila ke Pejabat PERKESO berdekatandengan membawa :

cek, kiriman wang atau wang pos; dan

cetakan bukti penghantaran emailke [email protected]

Slip Akuan Terimaan Bayaran CarumanSIP akan diberi kepada majikan olehPERKESO.

Pembayaran melalui Electronic FundTransfer (EFT), perbankan internet atauFPX tidak dibenarkan buat sementarawaktu.

Page 20: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

20

2. Saya telah berdaftar dengan PERKESO

sebelum ini (di bawah Akta 4), adakah

saya perlu berdaftar lagi?

Majikan yang telah berdaftar dengan

Akta 4 dan menggunakan Portal

ASSIST PERKESO untuk membayar

caruman tidak perlu mengemukakan

Borang SIP 1/1A dan Borang 2/2A

secara manual kepada PERKESO.

3. Adakah terdapat jadual caruman SIP yang

membolehkan majikan buat rujukan?

Rujuk Jadual Kedua Akta SIP 2017

http://www.parlimen.gov.my/files/billindex/

pdf/2017/DR/D.R.%2039_2017%20-

%20bm.pdf

Rujuk juga microsite SIP

www.perkeso.gov.my/sip

Page 21: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

21

5. Jika pihak syarikat membayar kenaikan

gaji pada bulan Mac 2018 manakala

pemotongan SIP pada bulan Jan 2018 dan

Feb 2018 mengikut kadar gaji lama,

perlukah pihak syarikat ‘backpay’ shortfall

pemotongan SIP pada PERKESO?

Segala pembayaran caruman oleh

setiap pekerja adalah berdasarkan gaji

yang dibayar pada bulan tersebut.

4. Saya sudah mendaftar di e-portal untuk

website Perkeso. Adakah SIP juga

menggunakan platform sama? Adakah ia

akan mempunyai 2 kod majikan yang

berbeza?

Platform penyerahan maklumat

caruman dan pendaftaran SIP dan Akta

4 akan disekalikan di dalam portal

ASSIST dengan menggunakan kod

majikan yang sama.

Page 22: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

22

6. Apakah penalti yang dikenakan ke atas

majikan ingkar?

Majikan yang melakukan kesalahan

tidak mendaftar perusahaan dan

pekerjanya akan disabit bertanggungan

dengan denda tidak melebihi RM10,000

atau penjara untuk tempoh tidak

melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

Majikan juga dikehendaki membayar

tunggakan caruman dan apa-apa

bayaran lain seperti faedah caruman

lewat bayar (FCLB) sebanyak 6% bagi

tiap-tiap satu hari caruman lewat atau

tidak dibayar atau minimum RM5 yang

terbit daripada tidak membayar

caruman.

7. Kenapa PERKESO perlu melantik ejen

pemungut bagi maksud mendapatkan

balik apa-apa hutang yang kena dibayar

kepada PERKESO?

Amalan melantik ejen pemungut

adalah perlu bagi memungut sebarang

hutang seperti caruman tertunggak

dan Faedah Caruman Lewat Bayar

(FCLB) yang kena dibayar kepada

Pertubuhan

Tindakan sedemikian diperlukan bagi

memastikan pendapatan tertunggak

dikutip bagi tujuan kemampanan dana

SIP

Page 23: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

23

8. Apakah jenis-jenis pendapatan yang perludiambil kira untuk caruman ini?Bagaimakah kiraannya?

Definisi gaji adalah sama seperti Akta 4iaitu gaji kasar.

Merujuk kepada Akta SIP 2017 adalahberikut:

“gaji” ertinya semua saraan yang kenadibayar dengan wang oleh seorangmajikan kepada seorang pekerjatermasuklah apa-apa bayaranberkenaan dengan cuti, harikelepasan, lebih masa dan kerjatambahan pada hari kelepasan tetapitidak termasuk—

(a) apa-apa caruman yang kenadibayar oleh majikan itu kepadamana-mana kumpulan wang pencen,kumpulan wang keselamatan sosialatau kumpulan wang simpanan;

(b) apa-apa elaun perjalanan atau nilaiapa-apa konsesi perjalanan;

(c) apa-apa jumlah wang yang dibayarkepada pekerja itu bagi membayarbelanja khas yang dilakukan hasildaripada pekerjaannya;

(d) apa-apa ganjaran yang kenadibayar apabila berhenti bekerja ataubersara;

(e) apa-apa bonus tahunan;

(f) apa-apa faedah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lainyang ditadbir oleh Pertubuhan; dan

(g) apa-apa saraan lain sebagaimanayang ditetapkan;

Page 24: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

24

9. Berapakah kos SIP kepada majikan

terutama SME dan Micro enterprises?

Daripada 662,939 majikan, 74% adalah

terdiri daripada majikan mikro (micro

enterprises) yang menggaji 5 pekerja

dan ke bawah. Jika purata gaji pekerja

adalah RM1,000 seorang, kos caruman

majikan adalah RM1.90 seorang

sebulan. Jika 5 pekerja, kos caruman

SIP adalah RM9.50 sebulan (RM1.90 x 5

orang) atau RM114 setahun (RM1.90 x

12 bulan x 5 orang).

Adakah caruman sebanyak RM9.50

sebulan bagi 74% majikan di negara ini

membebankan?

Page 25: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

FAQ LOE/ KELAYAKAN CARUMANSISTEM INSURANS PEKERJAAN

25

Page 26: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

26

1. Adakah pekerja yang diberhentikan boleh

mendapat faedah SIP sebelum tempoh

matang caruman pada 1 Januari 2019?

Antara syarat kelayakan untuk menerima

faedah SIP ialah

kehilangan pekerjaan yang telah

disahkan;

mempunyai caruman sekurang-kurang 12

bulan dalam tempoh 24 bulan bagi

tuntutan pertama;

pemberian bantuan kewangan juga

bergantung kepada sama ada pencarum

berkenaan bersedia untuk kembali

semula bekerja (able to work, available to

work and actively seeking work); dan

bersedia mengikuti apa-apa program

penempatan pekerjaan.

Pekerja yang kehilangan pekerjaan perlu

memenuhi kesemua syarat kelayakan di

atas untuk terus menerima bantuan

kewangan SIP untuk tempoh dari 3

hingga 6 bulan.

Page 27: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

27

2. Majikan saya tidak membayar gaji saya

dan rakan-rakan sejak beberapa bulan

yang lepas disebabkan oleh masalah

kewangan syarikat. Bilakah saya layak

untuk menuntut faedah SIP? Ini adalah

kerana, sekiranya saya meletak jawatan

atau menerima kerja di syarikat lain, saya

bimbang majikan tidak akan membayar

gaji tertunggak dan saya juga akan hilang

pampasan renti-kerja.

Sila rujuk Sub Fasal 30 (2) (b) RUU SIP.

Kes majikan gagal membayar gaji boleh

dianggap sebagai constructive dismissal

atau wilful breach (kemungkiran) terma

dan syarat kontrak perkhidmatan

dengan sengaja oleh majikan.

Dalam konteks ini, pekerja yang tidak

dibayar gaji walaupun pada bulan

pertama dan letak jawatan pada bulan

berikutnya berhak untuk

dipertimbangkan menerima faedah SIP.

Walau bagaimanapun, kes seperti ini

akan akan diperhalusi dan dirujuk kepada

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau JPP

kerana majikan masih bertanggungan

untuk membayar gaji tertunggak dan

bayaran pampasan renti kerja yang

berkaitan. Isu yang berkaitan ialah sama

ada pekerja berkenaan menganggap

dirinya telah ‘kehilangan pekerjaan’.

Page 28: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

28

3. Saya bekerja dengan syarikat

outsourcing pembersihan bangunan di

mana syarikat menpunyai kontrak

dengan pemilik bangunan dalam tempoh

dua tahun. Setelah bekerja 10 bulan, kami

diberhentikan tanpa alasan yang

munasabah dan majikan sebaliknya

mengambil pekerja asing. Adakah kami

layak menuntut faedah SIP? Jika tidak,

apakah hak kami sebagai buruh?

Pekerja tidak layak menuntut faedah SIP

kerana caruman tidak memenuhi syarat

minimum iaitu 12 bulan (termasuk bulan

diberhentikan)

Dari segi Akta Kerja 1955, pekerja juga

tidak layak apa-apa pampasan

penamatan kerja kerana bekerja kurang

dari dua tahun.

Walau bagaimanapun, majikan telah

melakukan kesalahan kerana

mengutamakan penggajian pekerja asing

berbanding pekerja tempatan.

Sekiranya pekerja bekerja dengan

majikan lain, caruman terdahulu (10

bulan) akan diambil kira jika berlaku

kehilangan pekerjaan pada masa akan

datang.

Page 29: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

29

4. Apakah langkah dan strategi bagimengelakkan moral hazards dikalanganpenerima faedah SIP?

Antara mekanisme untuk mencegahmoral hazards termasuk:

Memenuhi syarat kelayakan -penerima faedah SIP mestilahbersedia untuk kembali bekerja,mampu untuk bekerja dan aktifmencari pekerjaan (available to work,able to work and actively seekingwork).

Penerima faedah SIP akan dipantaudengan teliti dan wajib melaporkanaktiviti pencarian kerja setiap bulansebagai syarat untuk terus menerimafaedah bulanan;

Sebarang penipuan, pemalsuan ataudokumen yang mengelirukan akandidakwa dan pesalah dikehendakiuntuk memulangkan semula faedahyang diperolehi;

Bagi tuntutan yang berulang kali,tempoh kelayakan yang lebih lamabagi setiap tuntutan yang berikutnya(longer loading factor);

Penerima faedah SIP yang tidak hadiratau menolak 2 kali tawaran kerjayang bersesuaian atau menolakjemputan menghadiri temu duga danenggan mengikuti program latihan,bayaran faedah boleh digantung dantidak layak untuk menerima faedahberikutnya.

Page 30: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

30

5. Adakah VSS atau MSS layak untuk terima

faedah dari skim ini?

Merujuk kepada Seksyen 30 (2) Akta

SIP 2017, VSS dan MSS layak

mendapat faedah SIP.

Page 31: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

FAQ PERKHIDMATAN PEKERJAAN &

LATIHANSISTEM INSURANS PEKERJAAN

31

Page 32: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

32

1. Adakah wajar PERKESO menjalankan

perkhidmatan pekerjaan dan latihan

memandangkan telah wujud agensi yang

berkaitan seperti JobsMalaysia, 1MOC,

JPK dan JTM?

PERKESO akan bekerjsama dengan

pelbagai agensi sedia ada di bawah KSM

termasuk agensi yang melaksanakan

latihan dan carian pekerjaan termasuk

agensi swasta seperti Jobstreet.com bagi

mengurangkan kos pentadbiran dan

pertindihan fungsi.

Ini kerana tanggung jawab pencarian

kerja dan penempatan pekerjaan adalah

tanggung jawab semua pihak. Walau

bagaimanapun, sekiranya agensi-agensi

yang berkenaan tidak mempunyai

kapasiti dan kapabiliti yang sepatutnya

PERKESO akan turut menyediakan

perkhidmatan tersebut sebagai tanggung

jawabnya kepada pencarum.

PERKESO mempunyai pengalaman

yang luas selama 46 tahun dalam

mentadbir sosial insurans, pembayaran

faedah dan perkhidmatan penempatan

pekerjaan yang holistik (case

management approach).

Program Penempatan Pekerjaan

PERKESO telah dilaksanakan sejak

2007 dan telah diiktiraf diperingkat

antarabangsa sebagai antara pengamal

terbaik.

Page 33: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

33

2. Adakah pekerja layak untuk mendapat

faedah-faedah lain selain elaun seperti

penempatan pekerjaan sekiranya dia

meletakkan jawatan secara sukarela?

Untuk peringkat awal pelaksanaan SIP,

pekerja yang kehilangan pekerjaan

disebabkan perletakan jawatan secara

sukarela tidak layak mendapat bantuan

penempatan pekerjaan SIP.

Page 34: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

SOALAN INTERIMSISTEM INSURANS PEKERJAAN

34

Page 35: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

35

1. Saya kehilangan pekerjaan pada 3 tahun

lepas, adakah saya layak menuntut bantuan

interim?

Bantuan interim hanya layak kepada

orang yang kehilangan pekerjaan pada

tahun 2018.

Mana-mana pekerja yang kehilangan

pekerjaan sebelum tahun 2018 tidak layak

mendapat bayaran interim SIP.

Penggunaan dana interim ini hendaklah

dilaksanakan secara berhemat dan teratur

kerana dana interim ini sentiasa di dalam

pemantauan Kementerian Kewangan dan

Jabatan Audit Negara Malaysia.

2. Bagaimanakah saya boleh menuntut

bantuan interim?

Pekerja yang hilang pekerjaan boleh

membuat permohonan secara online di

website:

https://sip.perkeso.gov.my/ib/registration

Bagi membuat tuntutan, pekerja juga

boleh hadir ke 52 Pejabat PERKESO di

seluruh Malaysia.

Perlu juga disertakan Salinan kad

Pengenalan, Salinan no akaun dan apa-

apa dokumen sebagai bukti kehilangan

pekerjaan.

Page 36: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

36

3. Apakah tindakan PERKESO jika dana

interim ini habis sebelum tempoh matang

dana SIP pada 2019?

Dana interim adalah peruntukan kerajaan

sebanyak RM136 juta bagi membantu

pekerja yang kehilangan pekerjaan pada

2018 iaitu sebelum dana SIP matang.

Sekiranya dana interim mempunyai

lebihan selepas Disember 2018, dana

interim ini akan dimasukkan ke dana SIP.

Sekiranya dana ini habis sebelum

Disember 2018, PERKESO akan

memaklumkan kepada Kerajaan terlebih

dahulu dan menunggu arahan selanjutnya

daripada Kerajaan.

Page 37: S I S T E M I N S U R AN S P E K E R JA AN SIP dan ini belum termasuk bantuan carian kerja dan latihan. 7 5. Berapakah sebenarnya bilangan pekerja yang diberhentikan? Statistik pemberhentian

TERIMA KASIHS I S T E M I N S U R A N S P E K E R J A A N

37