rupa

6
RUPA (unsur seni) Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan. pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa Jenis-jenis Rupa Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu: 1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

Upload: zarra12

Post on 04-Nov-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfbbgb

TRANSCRIPT

RUPA (unsur seni)

Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.

pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa

Jenis-jenis Rupa

Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:

1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empatsegi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu

2. Rupa Organik

Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnyaseperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan

C. Rupa Positif dan Rupa Negatif

Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.rupa positifrupa negative

D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak

Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.

Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak

1. susunan selang-seli2. Susunan turun separa3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee5. susunan cerminan6. Susunan sisik ikan

E. Rupa dan Lambang / logo

Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.

F. Rupa dan Muka Taip

Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).