rundingan kolektif

Upload: suenarty23

Post on 14-Jan-2016

129 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Rundingan kolektif

1. Why do workers join trade unions?Menurut Seksyen 2 Akta Kesatuan Sekerja 1959, kesatuan sekerja ialah apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan di mana tempat pekerjaan mereka adalah di Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak.

-Pekerja menyertai kesatuan sekerja kerana ianya dapat menjaga kebajikan anggota atau pekerja. Selain itu,dapat mewujudkan perhubungan yang baik antara majikan dengan pekerja, dapat mengadakan perjanjian bersama majikan, mewakili pekerja dalam tuntutan atau dakwaan di mahkamah, mengatur dan mengadakan aktiviti sosial antara anggota kesatuan, dan dapat menganjurkan tindakan perusahaan melalui peruntukan undang-undang seperti mogok.

-Oleh itu secara kesimpulannya adalah kesatuan sekerja amat penting terutamanya dalam usaha pekerja-pekerja menuntut hak dan kebajikan mereka secara bersama. Dengan wujudnya kesatuan, hak pekerja lebih terbela. Hal ini kerana tuntutan yang dibuat oleh seorang pekerja terhadap majikan tidak akan dilayan atau perhatian berbanding sekumpulan pekerja. Dengan mewujudkan kesatuan sekerja adalah cara terbaik supaya suara pekerja dapat didengar oleh majikan. Menurut Maimunah, terdapat tiga sebab utama mengapa pekerja membentuk kesatuan sekerja, iaitu kerana tuntutan ekonomi, hak dan sosial.

2. Is registration of trade union by Director-General of trade union automatik.

Tidak, Pendaftaran kesatuan sekerja bukannya berlaku secara automatik dipersetujui oleh Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja. Ini kerana terdapat prosedur yang harus diambil. Menurut seksyen 8 Akta Kesatuan Sekerja 1959, setiap kesatuan mesti didaftarkan mengikut undang-undang dalam tempoh satu bulan ia ditubuhkan. Permohonan ini, mestilah dikemukakan kepada KP yang akan memutuskan sama ada kesatuan tersebut boleh didaftar atau sebaliknya. Walaubagaimanapun KP berhak melanjutkan tempoh pendaftaran tidak melebihi 6 bulan sekiranya perlu. Antara salah satu prosedur sebelum membuat pendaftaran pihak tersebut perlu mendapatkan tandatangan sekurang-kurangnya 7 orang anggota kesatuan. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama yuran yang ditetapkan dengan satu salinan bercetak berkenaan dengan keadah atau peraturan kesatuan yang ditandatangani oleh anggota kesatuan yang membuat permohonan tersebut. Selain itu, maklumat lain juga perlu disertakan seperti nama jawatan dan alamat ahli yang membuat permohonan, nama dan alamat ibu pejabat kesatuan serta nama kesatuan serta nama, umur, alamat dan jawatan pegawai kesatuan. Selepas itu, sekiranya kesatuan sekerja telah didaftarkan dengan sempurna barulah Ketua Pengarah akan mengeluarkan pengakuan atau sijil pendaftaran kesatuan.

Walaubagaimanapun Ketua Pengarah berhak menolak pendaftaran kesatuan seperti yang termaktub seksyen 12 (3) Akta Kesatuan Sekerja 1959 iaitu:

a) Kesatuan sekerja itu digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan tujuan penubuhannya.b) Kesatuan sekerja gagal mematuhi akta dan peraturan.c) Tujuan, keadah dan keanggotaan kesatuan sekerja bercanggah dengan peruntukan akta dan peraturan.d) Nama kesatuan sekerja itu sama atau hampir sama dengan nama kesatuan sekerja yang lain,

Atau

Pada pendapat Ketua Pengarah nama itu tidak diingini, melainkan nama itu dapat diubah dan diterima oleh ketua pengarah.

3. Why do employers join unions?

Menurut seksyen 2 akta perhubungan perindustrian 1967, majikan ditafsirkan sebagai mana-mana orang atau kumpulan smaada yang diperbadankan atau tidak diperbadankan yang mengambil pekerja dibawah satu kontrak pekerjaan, termasuklah kerajaan dan mana-mana pihak berkuasa berkanun melainkan apabila diperuntukkan secara nyata selainnya dalam akta ini. Manakala akta kerja 1955, majikan pula adalah mana-mana orang yang membuat kontrak perhidmatan supaya mengambil berkerja mana-man orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus atau faktor yang berkaitam dengan mengambil berkerja. Majikan-majikan menyertai kesatuan majikan untuk memastikan hak-hak dan kepentingan majikan dilindungi dan terpelihara. Kesatuan membolehkan majikan-majikan menubuhkan forum untuk khidmat nasihat serta perbincangan antara ahli-ahli mengenai perkara-perkara yang saling berkaitan seperti pertukaran maklumat kajian dan latihan. Kesatuan membekalkan ahli-ahlinya dengan nasihat, panduan dan bantuan di dalam semua aspek berkaitan dengan undang-undang buruh dan perhubungan perusahaan seperti terma-terma pekerjaan, masalah disiplin pekerja, pemberhentian pekerjaan, jam bekerja dan kerja lebih masa, pengiktirafan kesatuan, tuntutan kesatuan terhadap terma dan syarat pekerjaan.

4. What is the role and function of bodies like the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) and Malaysian Employers Federation (MEF)

Fungsi utama kesatuan sekerja adalah untuk bersuara bagi pihak anggota mereka dan cuba mendapatkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja dalam organisasi. Setiap kesatuan berikan keutamaan kepada keperluan anggota mereka sendiri. Walau bagaimanapun, banyak kesatuan pula adalah anggota Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Badan ini melaksanakan beberapa fungsi termasuk:a) Menyelidik mengenai perkara yang berkaitan dengan pekerjaanb) Melatih pemimpin-pemimpin kesatuanc) Mewakili semua pekerja di seluruh negara, termasuk mereka yang tidak menjadi anggota kesatuan.

Fungsi ketiga di atas selalu menyebabkan MTUC dilaporkan dalam berita. MTUC bukan merupakan kesatuan sekerja (ia didaftarkan di bawahAkta Persatuan1966) dan oleh itu tidak boleh menjalankan perundingan bersama, piket atau mengaturkan mogok. Walau bagaimanapun, hanya anggotanya sahaja, iaitu kesatuan sekerja yang mempunyai hak undang-undang, boleh lakukan aktiviti tersebut.

Persekutuan MajikanMajikan Malaysia (MEF) adalah organisasi utama majikan sektor swasta di Malaysia diiktiraf di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 1959, MEF menggalakkan dan perlindungan hak-hak dan kepentingan majikan. MEF menyediakan satu forum untuk perundingan dan perbincangan di kalangan ahli-ahli mengenai perkara-perkara kepentingan bersama, dan berusaha untuk menerima pakai prinsip-prinsip dan amalan sumber dan perindustrian hubungan manusia melalui maklumat, nasihat, penyelidikan dan maklumat, latihan dan aktiviti-aktiviti lain.

MEF memberikan khidmat nasihat kepada majikan, bimbingan dan bantuan dalam semua aspek undang-undang buruh dan hal-hal perhubungan industri seperti keadaan kerja, masalah disiplin, pemberhentian kerja, jam kerja dan kerja lebih masa, pengiktirafan kesatuan dan tuntutan kesatuan atas terma-terma dan syarat-syarat. MEF juga mengkaji cadangan yang dikemukakan kepada ahli-ahli kesatuan sebelum memulakan tawar-menawar kolektif. Nasihat diberi tentang bagaimana untuk berurusan dengan tuntutan itu dan bagaimana untuk menyediakan cadangan balas dan bantuan disediakan dalam rundingan Perjanjian Kolektif.

5. State and discuss the Union in Malaysia.

a)Kesatuan Kakitangan Am International Islamic University Malaysia (KURNIA) Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.

Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli dengan lain-lain pekerja atau di antara ahli dengan Kesatuan atau pegawai Kesatuan atau antara pegawai Kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan atau pertikaian di antara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara

Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, kebendaan dan pendidikan menurut undang-undang.

b)Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Telekomunikasi, Semananjung Malaysia

Mencapai matlamat supaya semua pekerja yang menjadi anggota kesatuan memajukan kepentingan ahli-ahlinya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan pendidikan. Mengatur perhubungan di antara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik dengan mengambilkira Code of Conduct for Industrial Harmony.

Meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya sukatan gaji yang adil dan sesuai, syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan dan keselamatan pekerjaan.

c)Kesatuan sekerja perguruan. Pembela kaum guru dan profesion keguruan Sentiasa prihatin terhadap perkhidmatan para guru Meningkatkan kebajikan ahli-ahli dari segi social dan material Membantu kaum guru memahami perananya dalam mengisi hasrat Falsafah Pendidikan Negara Meningkatkan imej dan martabat professionalisme guru

d)Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Perladangan (NUPW) Mewakili buruh-buruh dan pekerja-pekerja separuh mahir bagi seluruh semananjung Malaysia

e)Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kerajaan (CUEPACS). Menangani isu-isu wanita. Membantu menetapkan gaji minimum. Membantu menangani kegawatan ekonomi. Mempercepatkan penyelesaian dalam sebarang masalah pertelingkahan.

6. What is the different between unilateral and bilateral decision making?

Pembuatan keputusan unilateral adalah satu bentuk pembuatan keputusan yang hanya melibatkan satu pihak sahaja semasa proses pembuatan tersebut dijalankan. Pembuatan keputusan sebegini lazimnya di laksanakan oleh pihak pengurusan atau majikan secara sendiri tanpa melibatkan mana-mana individu atau pihak-pihak lain. Pembuatan keputusan mengenai perkara-perkara seperti di dalam prerogatif majikan sering memerlukan pembuatan keputusan sebegini. Contohnya pembuatan keputusan majikan terhadap perlantikan jawatan baru. Pembuatan keputusanbilateral pula merupakan proses yang melibatkan beberapa pihak yang lain. Kebiasannya pembuatan keputusan ini melibatkan perbincangan antara pihak-pihak seperti majikan, kesatuan sekerja dan kerajaan (apabila perlu). Proses ini sering berlaku apabila terdapat percangahan atau pertikaian antara majikan dan pekerja mengenai terma-terma dalam kontrak pekerjaan. Hasil dari perbincangan ini ialah perjanjian kolektif.

7. Decribe the preparation prior in collective bargaining?

Seksyen 2 Akta Perhubungan Perindustrian 1967 mentafsirkan perundingan kolektif sebagai perundingan dengan tujuan mencapai perjanjian kolektif. Perundingan kolektif diadakan di antara pihak kesatuan sekerja dan majikan atau kesatuan majikan. Majikan yang mengiktiraf sebuah kesatuan sekerja dalam organisasi sebenarnya memberi hak bersuara kepada perwakilan itu khususnya dalam perundingan kolektif.Walau bagaimanapun Seksyen 13(1) memberi hak kepada kesatuan sekerja memulakan perlawaan bagi satu perundingan kolektif. Namum begitu terdapat beberapa perkara yang dilarang dimasukan dalam draf atau cadangan kepada perjanjian kolektif itu iaitu:a) Kenaikan pangkat oleh majikan terhadap mana-mana pekerja daripada kategori atau gred lebih rendah kepada kategori atau gred yang lebih tinggi.b) Pertukaran pekerja oleh majikan dalam profession, perdagangan atau kerja, dengan syarat apa-apa pertukaran itu tidak menyebabkan perubahan yang merugikan pekerja berhubungan dengan terma-terma pekerjaan.c) Pelantikan mama-mana pekerja oleh majikan sekiranya ada kekosongan dalam organisasi.d) Penamatan perkhidmatan pekerja oleh majikan atas sebab lebihan pekerja atau penyusunan semual profession, perdagangan atau kerja majikan atau sebab-sebab bagi penamatan tersebute) Pemecatan dan pengambilan semuala seseorang pekerja oleh majikan.f) Menyerah hak atau peruntukan tugas-tugas atau tugas khas kepada pekerja oleh majikan yang selaras atau sesuai dengan terma-terma pekerjaan.

Secara ringkasnya langkah-langkah bagi mengadakan perundingan kolektif adalah seperti berikut:a) Kesatuan sekerja pekerja yang sudah diberi pengiktirafan atau kesatuan sekerja majikan atau majikan boleh mempelawa antara satu sama lain bagi memulakan perundingan kolektif. Biasanya satu draf secara bertulis berserta dengan cadangan-cadangan kepada perjanjian kolektif akan disertakan bersama-sama dengan pelawaan tersebut.b) Pihak-pihak tersebut hendaklah menyatakan persetujuan secara bertulis bagi mengadakan perundingan kolektif dalam masa 14 hari dari tarikh pelawaan tersebut.c) Jika pihak-pihak itu sudah menyatakan persetujuan kepada pelawaan, tarikh perundingan yang pertama hendaklah di tetapkan dalam masa 30 hari daripada tarikh pelawaan dibuat.d) Apabila satu tarikh perundingan sudah ditetapkan dan perundingan berkenaan syarat-syarat perjanjian kolektif di persetujui tanpa sebarang pertelingkahan, boleh dikatakan satu perjanjian kolektif sudah tercapai antara pihak tersebut.e) Perjanjian kolektif tersebut hendaklah ditandatangani dan diserahkan kepada pendaftar mahkamah yang dilantik di bawah akta perhubungan perindustrian 1967 untuk mendapat perakuan atau pengiktirafan daripada mahkamah.f) Sekiranya pelawaan ditolak atau tiada perundingan dimulakan dalam tempoh 30 hari, pihak-pihak yang membuat pelawaan hendaklah memberitahu Ketua pengarah secara bertulis dan ketua pengarah hendaklah mengambil langkah-langkah tertentu sebagaimana yang perlu bertujuan membawa pihak-pihak berkenaan memulakan perundingan kolektif.g) Jika pihak-pihak tersebut enggan memulakan perundingan kolektif selepas langkah-langkah tertentu diambil, suatu pertikaian perdagangan adalah disifatkan sudah wujud terhadap perkara-perkara yang disebut dalam pelawaan itu.

8) Describe the contents commonly found in collective agreement?

Menurut Seksyen 2 Akta Perhubungan Perindustrian 1967 perjanjian kolektif ialah suatu perjanjian bertulis yang dicapai antara majikan atau kesatuan sekerjamajikan-majikan di satu pihak dengan kesatuan sekerja pekerja-pekerja di satu pihak yang lain berhubung dengan syarat dan peraturan pekerjaan dan kerja pekerja-pekerja atau berhubung dengan hubungan antara pihak-pihak tersebut.

Antara perkara-perkara yang disebut di dalam perjanjian kolektif ialah Bahagian I, pihak-pihak yang terlibat dalam mencapai persetujuan bersama tersebut, tarikh kuatkuasa dan tempoh perjanjian tersebut, pengubahsuaian perjanjian serta penamatan perjanjian, dan tafsiran berkenaan perjanjian tersebut dan pertikaian.

Bahagian II pula berkenaan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak berkenaan dengan pengiktirafan persatuan, pengiktirafan syarikat, pekerja-pekerja bukan ahli serta potongan yuran ahli.

Manakala Bahagian III pula terdapat beberapa perkara berkenaan dengan pekerja percubaan, kenaikan pangkat, tangga gaji atau upah, bonus tahunan atau elaun, masa bekerja, cuti sakit, rawatan hospital, masa bekerja, berkenaan dengan hari cuti, aktiviti kesatuan sekerja dan beberapa lagi yang berkenaan selagi tidak melanggar prerogatif pihak pengurusan.

KESAN PERJANJIAN KOLEKTIF Seksyen 17( 1) APP memperuntukkan bahawa perjanjian kolektif yang telah diberi perakuan oleh mahkamah hendaklah disifatkan sebagai suatu award dan mengikat pihak-pihak dalam perjanjian termasuk mana-mana kes apabila suatu pihak itu adalah kesatuan sekerja majikan-majikan, kesemua ahli kesatuan sekerja yang perjanjian itu berkaitan dan pengganti, pemegang serah hak atau penerima pindahan mereka, dan keseinua pekerja yang bekerja atau kemudiannya diambil bekerja dalain pengusahaan atau sebahagian daripada pengusahaan yang mana perj anjian itu berkaitan. Selain daripada itu perjanjian kolektif hendaklah menjadi syarat tersirat kontrak perkhidinatan antara pekerja-pekerja dengan majikan bagi tempoh berkuatkuasanya. Semua kadar upah dan syarat-syarat pekerjaan dalam perjanjian kolektif juga hendaklah dipatuhi melainkan perjanjian ini dipinda oleh perjanjian terkemudian atau oleh keputusan mahkamah. I Namun begitu di bawah undang-undang Inggeris, perjanjian kolektif tersebut bukanlah inerupakan satu kontrak yang mengikat antara pekerja dengan majikan tetapi hanya sebagai satu perjanjian semata-mata antara kesatuan sekerja pekerja dengan majikan. Perkara ini telah diputuskan dalam kes Young lwn Canadian Northern Railway Ltd. (1931) A.C. 83 yang inana Mahkamah Privy Council memutuskan . . . adalah dimaksudkan sebagai perj anj ian antara sekumpulan majikan dengan pertubuhan buruh bilamana majikan mengaku janji bahawa mereka akan mematuhi peraturan-peraturan tertentu yang berfaedah untuk pekerja mereka. Dengan sendirinya perjanjian kolektif tidak mewujudkan kontrak antara mana-mana individu pekerja dengan syarikat yang inenj adi majikannya.

Berbeza dengan keadaan di bawah undang-undang Inggeris, seksyen 17 APP menegaskan kesan perjanjian kolektif yang diperaku sebagai award sebagai mengikat pihak-pihak terlibat dan semua pekerja yang bekerja dan kemudiannya diambil bekerja di mana perjanjian itu berkaitan. Malah seksyen 1 7(2) seterusnya inenekankan bahawa bermwla daripada tarikh perjanjian kolektif dan bagi tempoh sahnya, perjanjian kolektif adalah menjadi syarat tersirat kontrak antara pekerja-pekerja dengan inajikan inengenai kadar gaji dan syarat-syarat pekerjaan.

PERJANJIAN KOLEKTIF YANG TIDAK DIPATUHI Mana-mana kesatuan sekerja atau pihak-pihak yang terikat oleh perjanjian kolektif, berhak untuk membuat aduan kepada mahkamah sekiranya perjanjian kolektif tidak dipatuhi. Peruntukan Seksyen 56(1) APP, menyebut: Apa-apa aduan bahawa mana-mana syarat dalam mana-mana award atau perjanjian kolektif yang telah diakui oleh mahkamah tidak dipatuhi boleh diadukan ke mahkamah secara bertulis oleh mana-mana kesatuan sekerja atau orang yang terikat oleh award atau perjanjian itu. Apabila Mahkamah Perindustrian membuat penghakiman, ia hendaklah bertindak mengikut ekuiti, perasaan hati yang baik dan merit kes yang substantial tanpa memikirkan kepada perkara-perkara teknikal dan berbentuk undang-undang. Namun begitu, persoalan undang-undang masih boleh dirujuk kepada Mahkamah Tinggi dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dicabar.

KESIMPULAN Perjanjian kolektif memainkan peranan yang penting dalam membentuk terma dan syarat pekerjaan yang paling memuaskan kepada seseorang pekerja. Perjanjian kolektif dapat memberikan terma dan syarat perkhidmatan yang paling baik dan berfaedah jika dibandingkan dengan Akta Kerja 1955 dan kontrak perkhidmatan individu pekerja. Bahagian III suatu perjanjian kolektif memberi peluang yang besar kepada kesatuan sekerja untuk memasukkan sebanyak mungkin terma dan syarat perkhidmatan yang berfaedah kepada mereka. Selain dari terma dan syarat perkhidmatannya boleh dirundingkan melalui perundingan kolektif, perjanjian kolektif juga mempunyai ikatan undang-undang kerana keengganan majikan untuk mematuhinya akan menyebabkan ia melakukan kesalahan di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967. Perjanjian kolektif juga secara tidak langsung akan menggalakkan penubuhan kesatuan sekerja pekerja kerana hanya kesatuan sekerja pekerja sahaja yang boleh memainkan peranannya untuk berunding dengan majikan dalam perundingan kolektif bagi menentukan terma dan syarat perkhidmatan yang terbaik bagi mereka.