rukun baiah agenda tarbiyyah islamiyyah

Upload: adam

Post on 30-May-2018

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    1/10

    AGENDA TARBIYYAHISLAMIYYAH

    HARAKIYYAH YANGEFEKTIFRUKUN BAIAH :

    :

    MUQADDIMAH

    Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm.

    Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini( 2002 ) adalah tahun yang menggenapkan usia 54 th. Kesyahidan beliau . Semoga

    rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.

    Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy Syahid dan kepada

    mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

    Saudaraku yang dihormati sekeliian :

    Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung

    lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu reality yang memaksakita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

    Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh)segala jenis

    kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang

    lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah danmusuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak

    EB A H A N B A C A A N

    T A Z K I R A H

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    2/10

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    3/10

    dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan

    Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyahyang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai

    Ansarullah .

    Saudara ku yang dihormati sekelian .

    Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada IkhwanulMuslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu individu tertentu . Tetapi

    kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .

    Pertama : FAHAM

    Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya

    Ia diberifaham tentang agama .

    Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

    Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.

    Kedua : IKHLAS

    Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,

    hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan

    aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang

    berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".Surah Al Anaam . Ayat : 162 - 163

    Ketiga : AMAL

    Dan katakanlah (wahai Muhammad):Beramallah kamu (akan segala yangdiperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan

    melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    4/10

    Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia

    menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".Surah At Taubah . Ayat : 105

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    Keempat : JIHAD

    Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari

    kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada

    keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untukmembela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang

    berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggalduduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-

    tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik

    (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orangyang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan

    pahala yang amat besar;

    Surah An Nisa . Ayat : 95

    Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untukberperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah .

    ( Al hadis )

    Kelima : PENGORBANAN

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa

    mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan berolehSyurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka

    ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagaijanji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil

    serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada

    Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinyaitu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang

    besar.

    Surah At Taubah . Ayat : 111

    Keenam : TAAT

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    5/10

    Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada

    Allah Azza wa Jalla dan dengarserta taatsekalipunpemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah

    seorang hamba abdi .

    ( Al Hadis , Matan Al Arbain )

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    Ketujuh : THABAT

    Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yangbersikap benar menunaikan apa yang telah

    dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang

    membela Islam); maka di antara mereka ada yangtelah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur

    syahid), dan di antaranya ada yang menunggugiliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang

    mereka janjikan itu) sedikitpun.

    Surah Al Ahzaab . Ayat : 23

    Kelapan : TAJARRUD

    (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman:

    "Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannyaialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh

    kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah

    yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kamitetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami

    beribadat".Surah Al Baqarah . Ayat : 138

    Kesembilan : UKHUWWAH

    Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnyaberiman hanyalah orang-orang yang percaya kepada

    Allah dan RasulNya, kemudian mereka (teruspercaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka

    berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada

    jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar

    (pengakuan imannya).

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    6/10

    Surah Al Hujurat . Ayat : 15

    Kesepuluh : THIQAH

    Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka

    tidak disifatkan beriman sehingga merekaAGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    menjadikan engkau hakim dalam mana-mana

    perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudianmereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu

    keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,dan mereka menerima keputusan itu dengan

    sepenuhnya.

    Surah An Nisa . Ayat : 65

    Saudara ku sekelian :

    Sedemikian antara Nas yang sempat ana kemukakan

    sekadar untuk gambaran asas bahawa kita bukan

    taasub kepada ikhwan kerana mengkaji Arkanul

    baiah dan beramal dengannya . ( Segalanya adalahkerana sabit nas. )

    Kita sedar dan selayaknya kita memahami bahawa

    menerima pakai teori perlaksanaan amal Islami yang

    dikemukakan oleh siapa saja tokoh gerakan Islam

    termasuk Al Imam Hassan Al Banna , mestilah

    terlebih dahulu mengambil kira natijah qiraat AlZuruf .

    Justeru itu , membaca zuruf perjuangan kita di

    Malaysia , kita amat perlu kepada pemimpin danpejuangnya yang menghayati Arkanul baiah . Kitamasih menghadapi 1001 kepincangan dalaman untuk

    menangani konspirasi musuh .

    Bagaimana masih ada anggota jamaah PAS yang

    tidak memahami Islam dengan sejelas jelasnya

    yang akhirnya mencacatkan dakwah dan

    perjuangannya . maka rukun baiah yang pertamaiaitu Al Fahmu dengan usul 20 nya , bolehmembantu untuk kita mengatasi masaalah tasawwur

    atau kefahaman yang masih kabur .

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    7/10

    Usul 20 mengemukakan sekurang kurangnya 11

    asas kefahaman mengenai Islam .

    1. Kesyumulan Islam

    2. Sumber asas hukum hukum Islam3. Hakikat Iman

    4. Siasah Syariyyah

    5. Masaalah Khilafiyyah

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    6. Bagaimana menangani perkara perkara

    bidaah

    7. Martabat orang orang soleh / alim

    ulama

    8. Bagaimana berinteraksi dengan quran

    dan sunnah

    9. Asas Amal

    10. Martabat ilmu dan fungsi aqal

    11. Isu kafir mengkafir .

    Begitulah juga rukun rukun baiah yang lain . Antara

    yang paling ketara masaalah yang kita hadapi dalam

    jamaah kita di Malaysia , sehingga Arkanul baiahamat relevan untuk dihayati atau diamali , ialah

    persoalan ukhuwwah taat, pengorbanan , tajarrud ,thiqah sehingga persoalan ikhlas kadangkala turut

    mengkronikkan masaalah dalaman jamaah .

    Saudara ku yang dihormati sekelian .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang pertama AlFahmu , akan menyelesaikan kedangkalan fikrah dankefahaman tentang Islam yang mana ianya satu ruang

    yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan

    terseleweng dari hadaf perjuangan .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang kedua AlIkhlas , akan menamatkan krisis ego dan maslahah

    peribadi serta politik cantas sekaligus melengkapkan

    syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketiga AlAmal , akan mengatasi masaalah overlap dan krisistenaga dalam jamaah . Ianya turut mengatifkan

    jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami .

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    8/10

    Al Amal melahirkan individu pejuang dan

    jamaah haraki yang hakiki melalui maratibnyayang tujuh :

    . Pengislahan jiwa

    Jasad yang kuat Akhlak yang kontan

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    Fikrah yang intelek Mampu

    berdikari

    Aqidah yang sejahtera Ibadah yang sah Mujahadatun nafs Memelihara

    waktu

    Kerja yangbertanzim

    Bermanafaat untukorang lain .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang keempat , AlJihad , melahirkan pejuang yang meletakkan Islam diatas segala kepentingan hidup yang lain , serta

    bermati matian mempertahankan kesucian Islam

    sehingga musuh tidak boleh memandang ringan

    terhadap perjuangan Islam .

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    9/10

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelima , AtTadhiyyah , menguatkan jamaah dengan kesediaan

    pejuang pejuang untuk mewaqafkan diri dan

    berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan

    gerakkerja dan menyelesaikan masaalah mainalasan yang sering mengundang ketergendalaan

    operasi dan strategi .

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang keenam , AtThoah , menghidupkan jentera jamaah danmengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf

    dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh

    untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat .

    Segala arahan dan peraturan jamaah dapat

    direalisasikan sebagai mana yang dirancang .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketujuh , AsThabat , memanjangkan hayat perjuangan sehinggatahkik ghayah dapat dicapai , sekalipun perjuangan

    itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang

    senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan

    gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi tubi .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelapan , AtTajarrud , membawa pejuang pejuang Islam keluardari krisis wala dan dilema fikrah , mereka akan

    selamat dari lambaian . Sehinggaseluruh minda , fizikal dan roh mereka semata mata

    untuk Islam .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesembilan ,Al Ukhuwwah , menyelamatkan perjuangan dari

    binasa angkara tanazu dan krisis peribadi anggota

    jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang

    jitu setelah mengikis prasangka dan suuz Zhon

    dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi .

    Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesepuluh ,Ath Thiqah , menutup ruang musuh untukmemporak - perandakan jamaah , serentak ituterbentuk suasana tenang dan harmoni yang

  • 8/14/2019 Rukun Baiah Agenda Tarbiyyah Islamiyyah

    10/10

    memungkinkan rahsia jamaah terpelihara dan

    gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan

    dinilai dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan

    pengarahan tanggung jawab dapat dilansungkan

    dengan sebaik mungkin sedang ia antara asaskekuatan dalaman .

    AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

    PENUTUP

    Jelasnya , Arkanul baiah adalah unsur positif kearah kesempurnaan syakhsiyyah Islamiyyah dan

    Jamaah Harakiyyah .