ruj. fail : mdkp.ns 01.500-5/1 · pdf filemajlis daerah kuala pilah no. tel : 06-4812075/...
TRANSCRIPT
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH NO. TEL : 06-4812075/ 4814025
72009 KUALA PILAH NO. FAKS: 06-4811042
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Email : [email protected]
Laman web: http://www.mdkp.gov.my
Ruj. Fail : MDKP.NS 01.500-5/1
IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada
rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18
tahun pada tarikh iklan ditutup :
BIL JAWATAN DAN GRED KLASIFIKASI PERKHIDMATAN
JUMLAH KOSONG
GAJI
1.
Akauntan Gred WA41 (Kontrak )
Kewangan
1
RM2,820.00-RM9,585.00
2.
Penolong Pegawai Sistem Maklumat Gred FA 29 (Kontrak)
Sistem Maklumat
1
RM1,549.00-RM5,684.00
3.
Penolong Jurutera Gred JA 29 (Tetap)
Kejuruteraan
1
RM1,860.00- RM5,701.00
3.
Pembantu Penguat kuasa Gred KP 19 (Tetap )
Keselamatan Dan Pertahanan Awam
1
RM1,360.00-RM4,052.00
4.
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (Tetap)
Pentadbiran Dan
Sokongan
2
RM1,352.00-RM4,003.00
5.
Pembantu Awam Gred H11 (Tetap Dan Kontrak )
Kemahiran
12
RM1,218.00-RM2,939.00
IKLAN JAWATAN KOSONG
SKIM PERKHIDMATAN : AKAUNTAN
GRED JAWATAN : WA 41
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
TARAF JAWATAN : KONTRAK
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang
diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
(ii) lulus peperiksaan akhir Badan-badan
Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh
Kerajaan.
(iii) lulus peperiksaan kelayakan (QE)
Institut Akauntan Malaysia (MIA)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
DISKRIPSI TUGAS : 3. Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi
perakaunan dan kewangan pejabat-pejabat Kerajaan,
meliputi melaksanakan analisis laporan kewangan serta
fungsi perbendaharaan.
SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
GRED JAWATAN : FA29
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : SISTEM MAKLUMAT
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
1. SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang
berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan derta Sijil Kemahiran Malaysia
tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kamahiran Malaysia
Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
2.SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
3.DISKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab membangun program baru untuk
sesuatu sistem gunaan komputer , memperkembangkan
sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi
keperluan semasa.
SKIM PERKHIDMATAN : PENOLONG JURUTERA
GRED JAWATAN : FA29
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEJURUTERAAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : KONTRAK
1. SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
atau
(ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(keutamaan diberikan kepada yang memiliki sijil/
diploma dalam bidang senibina)
2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
3.SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan
Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred
AB19,AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan
Meriyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara
Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29,
tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah
disahkan dalam perkhidmatan dan :
(a) (i) mempunyai kalayakan di perkara 3.1(c)
(i) atau 3.1 (c)(ii);
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) had umur pelantikan:
(i) berumur kurang dari 54 tahun pada
tarikh lantikan bagi pegawai yang
berumur persaraan paksa 55 atau 56
tahun ; atau
(ii) berumur kurang dari 56 tahun pada
tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 58 tahun ; atau
(iii) berumur kurang dari 58 tahun pada
tarikh lantikan bagi pegawai yang umur
persaraan paksa 60 tahun
SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU PENGUAT KUASA
GRED JAWATAN : KP 19
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KESELAMATAN DAN PERTAHAN AWAM
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : TETAP
1. SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-
kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet
atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan
dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan berkebolehan
bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa
Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan
ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred
KP19: RM1,416.40); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang
berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
dan (d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal
dan pancaindera seperti yang berikut:
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi
lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa
bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg
bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan
(BMI) di antara julat 19 hingga 26;
(iv) mempunyai sekurang-kurangnya 79sm
ukuran dada yang biasa dan 84sm
semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(v) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata
kiri dan kanan yang diuji berasingan
dengan ketetapan V6/9 tanpa
menggunakan cermin mata;
vi) pengecaman warna dan pendengaran
yang tidak cacat; dan
vii) diperiksa dan diperakui sihat untuk
berkhidmat oleh pengamal perubatan
yang berdaftar.
2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(c)(i), 1(c)(iii) atau
1(c)(iv) BAHASA MELAYU hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil
Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
3. PENETAPAN GAJI PERMULAAN Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum
Gred KP19 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan berasaskan Gaji permulaan yang lebih
tinggi daripada gaji minimum Gred KP19 boleh
ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.
4. TEMPOH PERCUBAAN Pegawai yang dilantik adalah dikehendaki berkhidmat
dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.
5. LATIHAN Pegawai boleh dikehendaki mengikuti latihan yang
ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang
berkenaan.
6. PROGRAM TRANSFORMASI MINDA/ Pegawai dalam percubaan adalah dikehendaki hadir
PEPERIKSAAN dengan jayanya Program Transformasi Minda dan
dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.
7.PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN Pegawai yang dilantik adalah layak disahkan dalam
perkhidmatan apabila Pegawai yang dilantik adalah layak
disahkan dalam perkhidmatan apabila telah: (a)
memenuhi tempoh percubaan; (b) hadir dengan jayanya
Program Transformasi Minda dan lulus peperiksaan
perkhidmatan yang ditetapkan; dan (c) diperakukan oleh
Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
8. PERGERAKAN GAJI TAHUNAN Pergerakan Gaji Tahunan adalah tidak automatik dan akan
ditetap oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan berdasarkan
prestasi perkhidmatan.
.
SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU AWAM
GRED JAWATAN : H 11
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : KEMAHIRAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : TETAP DAN KONTRAK
1. SYARAT LANTIKAN Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan; dan
2. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-
kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada
peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah
Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan.
3. DISKRIPSI TUGAS Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang
memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan
pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas
peralatan dan ruang kerja.
SKIM PERKHIDMATAN : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
GRED JAWATAN : N19
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
TARAF JAWATAN : TETAP
SYARAT LANTIKAN 1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti
berikut :
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh Kerajaan.
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia
Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan serta Sijil Kemahiran malaysia
Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU 2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian
(sekurang kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
Melayu pada peringkat SPM/ Vokasional Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT PENINGKATAN 3. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Bentara
SECARA LANTIKAN Parlimen, Pemandu Kenderaan, Penghantar Notis dan
Pembantu Operasi adalah Pemandu Kenderaan,
Penghantar Notis dan Pembantu Operasi adalah layak
dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan
untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pembantu
Tadbir (P/O) Gred N19 tertakluk kepada kekosongan
jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
DISKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas perkeranian selaras dengan fungsi tugas Jabatan/Bahagian yang berkenaan seperti
tugas-tugas penyelenggaraan fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik serta penyediaan.
CARA MEMOHON
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada urus setia
Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dari tarikh jawatan diiklankan iaitu 7 Oktober
2016 . Borang juga boleh didapati secara proses muat turun daripada laman web rasmi
MDKP, http://www.mdkp.gov.my
2. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan
melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang
dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama PU (A)
176/2005.
3 Tarikh tutup permohonan ialah pada : 21 Oktober 2016.
4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka
yang berkelayakan seperti pegawai kumpulan A (Pengurusan dan Profesional), Pegawai
Kumpulan Sokongan 1, Penghulu, Jaksa Pendamai, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK
dan setaraf beserta gambar berukutan passport yang dialamatkan kepada :
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH
72009 KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
CATATAN :
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga dengan
setiap keputusan temu duga adalah muktamad.
2. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri.
3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup
hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
4. Borang yang tidak lengkap seperti tiada tanda tangan dan pengesahan tidak akan
dipertimbangkan.
................................................
HAJI ALI BIN HAJI LUMAN
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH KUALA PILAH.