majlis penyerahan projek - · pdf filekementerian sumber asli dan alam sekitar, ......

9
1 BIL 4.2013 + KELUARAN OKTOBER - DISEMBER 2013 + ISSN 1823 4887 SEMINAR BIODIVERSITI 2013 MS.4 SERAHAN GADING DARIPADA KASTAM MS.5 PERHILITAN HANTAR PULANG ORANG UTAN SUMATRA KE NEGARA ASAL MS.7 PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC), SUNGKAI, PERAK DARIPADA JPS KEPADA PERHILITAN. MAJLIS PENYERAHAN PROJEK

Upload: vanquynh

Post on 06-Feb-2018

288 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

1

BIL 4.2013 + KELUARAN OKTOBER - DISEMBER 2013 + ISSN 1823 4887

SEMINAR BIODIVERSITI 2013MS.4

SERAHAN GADING DARIPADA KASTAMMS.5

PERHILITAN HANTAR PULANG ORANG UTAN SUMATRA KE NEGARA ASALMS.7

PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN(NWRC), SUNGKAI, PERAK DARIPADA JPS KEPADA PERHILITAN.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK

Page 2: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

2 3

Utama : 4 Penguatkuasaan : 5-7 Kelestarian : 8-11

Aktiviti : 12-15Kelestarian : 8-11

Salam sejahtera kepada semua warga PERHILITAN dan selamat bertemu

kembali dalam keluaran edisi keempat Buletin PERHILITAN tahun 2013. Buletin kali ini memuatkan aktiviti-aktiviti yang menarik yang berlaku sepanjang bulan Oktober hingga Disember tahun ini.

Buletin kali ini terus memaparkan aktiviti-aktiviti utama yang dirancang dan dilaksanakan oleh Jabatan sama ada di peringkat negeri mahupun di peringkat Ibu Pejabat. Dengan penyiaran berita-berita serta artikel-artikel ini, adalah diharapkan ia dapat memberi maklumat di kalangan warga Jabatan dan masyarakat umum. Penglibatan dan komitmen dari semua warga PERHILITAN perlu dipupuk kerana kejayaan dan kewibawaan sesebuah organisasi adalah bergantung pada kepimpinan yang utuh dan sokongan padu daripada warganya.

Akhir sekali, pihak Sidang Pengarang ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang artikel dan diharapkan kepada semua warga Jabatan akan terus memberi sumbangan demi meningkatkan lagi mutu Buletin PERHILITAN yang diterbitkan. Selamat membaca dan berjumpa lagi di keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih.

Dari Meja Sidang Pengarang...

PENAUNG

Y.BHG. DATO’ ABD.RASID BIN SAMSUDINKetua Pengarah

PENASIHAT

PUAN MISLIAH BINTI MOHAMAD BASIRTimbalan Ketua Pengarah I

PENGERUSI

DR. ZAABA BIN ZAINOL ABIDINTimbalan Ketua Pengarah II

EDITOR

ENCIK MOHD ALFENZI BIN ABDUL RAZAKENCIK MUHAMMAD AZIZI BIN MUSTAPAPUAN NORFARIZA BINTI MOHD KHALIDPUAN SITI NOR HUDA BINTI ABD GHANIENCIK CHE NOR BIN CHE ISMAIL

SETIAUSAHA

ENCIK MOHAMMAD NASRIE BIN MAT NASIR

PEREKA

PN.SAIDATUL AZURA MAHAYUDIN_____________________________________________________________________________

Pihak Sidang Pengarang mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan/ artikel/ komen dari seluruh warga PERHILITAN. Sila rujuk kepada alamat e-mel: [email protected]

Buletin PERHILITAN serta kandungannya adalah hak milik Jabatan PERHILITAN. Ianya tidak boleh dicetak semula, ditiru, diterjemah, disalin atau bertujuan seumpamanya samada melalui percetakan atau elektronik tanpa mendapatkan kebenaran daripada Jabatan PERHILITAN.

SIDA

NG P

ENGA

RANG

Kandungan

JABATAN PerhiliTANKM 10 JAlAN CherAS, 56100 KUAlA

lUMPUr, MAlAYSiA. 03-9086 6800 03 - 9075 2873

www.wildlife.gov.my

MUKA DEPAN |

7 November – Majlis penyerahan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kepada Jabatan PERHILITAN telah diadakan pada 7 November, 2013. NWRC yang dibina di atas tapak seluas 10 ekar ini telah disempurnakan majlis penyerahannya oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Yusof. Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ Sri KSU telah mengadakan lawatan sekitar NWRC dan diberikan penerangan oleh Ketua Pengarah PERHILITAN mengenai fungsi Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan ini.

Selain itu juga, YBhg. Dato’ Sri KSU telah menyempurnakan acara penanaman pokok dan lawatan ke kawasan kurungan harimau dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN, YBhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin dan Ketua Pengarah JPS, YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Husaini bin Sulaiman. Turut hadir memeriahkan majlis ini, adalah wakil rombongan daripada Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur, JPS Negeri Perak, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Daerah Ulu Kinta dan juga kakitangan Jabatan PERHILITAN negeri seluruh Semenanjung Malaysia.

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC), SUNGKAI, PERAK DARIPADA JPS KEPADA PERHILITAN

Page 3: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

4 5

26 - 29 November - Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan Seminar Biodiversiti 2013 bertempat di Awana Genting Resort, Pahang pada 26 hingga 29 November 2013. Seminar yang diadakan kali kelima ini menjadi platform bagi perkongsian maklumat hasil inventori yang dijalankan dari tahun 2012 hingga 2013.Sebanyak 34 kertas kajian saintifik lisan serta 20 poster penyelidikan yang menyentuh kajian flora, fauna, sosio-ekonomi, persekitaran fizikal Kawasan Perlindungan dan usaha-usaha konservasi telah dibentangkan. Turut serta dalam seminar tersebut adalah wakil-wakil daripada Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia

Terengganu (UMT), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Wildlife Conservation Society (WCS) dan MyRIMBA. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Abd. Rasid Samsudin, Ketua Pengarah PERHILITAN mewakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Pihak Jabatan juga mengambil peluang ini untuk melancarkan Pelan Tindakan Konservasi Gajah Kebangsaan (NECAP) dengan kerjasama WCS.

SEMINAR BIODIVERSITI 2013 SERAHAN GADING DARIPADA KASTAM

17 Oktober - Jabatan telah menerima sebanyak 10 kotak gading berjumlah 2,360 batang seberat 5,868.3 kg daripada Jabatan Kastam di Stor Penguatkuasaan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Pelabuhan Klang Utara. Gading-gading tersebut telah diserahkan kepada Jabatan PERHILITAN yang diwakili oleh Pengarah PERHILITAN Selangor, Tn. Hj. Rahim bin Ahmad. Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai dan telah disertai oleh 16 orang kakitangan Ibu Pejabat PERHILITAN. Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Encik Abdul Kadir bin Abu Hashim dan Pengarah PERHILITAN Negeri Perak, Encik Fakhrul Hatta bin Musa turut hadir ketika kerja-kerja pengiraan dijalankan.

OPS GAMBANG

18 Disember - Satu pemeriksaan mengejut telah dijalankan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang. Semasa pemeriksaan didapati terdapat aktiviti-aktiviti pelanggaran Akta Pemuliharaan Hidupan Liar berlaku. Sebanyak 26 jenis hidupan liar dari pelbagai spesis telah dirampas atas kesalahan memiliki dan menyimpan Hidupan liar tanpa dokumen yang sah. Pemeriksaan ini telah diketuai dan dijalankan oleh kakitangan Bahagian Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Kes tersebut kini dalam proses siasatan untuk tindakan lanjut.

| UTAMA PENGUATKUASAAN |

Page 4: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

6 7OPS JELAI XV/ 20139 -27 November - Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menjalankan operasi bersama yang dinamakan Ops Jelai yang juga merupakan salah satu strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy). Ops Jelai I diadakan semenjak tahun 2002 dan yang dilaksanakan pada kali ini iaitu bermula dari 9 hingga 27 November 2013 merupakan Ops Jelai ke-15. Ini merupakan Ops Jelai kedua dilaksanakan pada tahun ini. Operasi yang dilaksanakan pada kali ini tertumpu di kawasan Taman Negara Terengganu dan melibatkan 120 peserta iaitu 60 kakitangan dari Jabatan PERHILITAN dan 60 peserta dari Angkatan Tentera Malaysia. Tujuan operasi ini dijalankan di Taman Negara adalah untuk meminimakan kadar pencerobohan dan pemburuan, mengenal pasti lokasi terkini kawasan pencerobohan, dan merekod kesan-kesan spesies hidupan liar.

PERHILITAN HANTAR PULANG ORANG UTAN SUMATRA KE NEGARA ASAL10 Oktober - Tiga ekor Orang Utan Sumatra telah berjaya dihantar pulang ke negara asal, hasil usaha Jabatan PERHILITAN. Orang Utan ini diperoleh hasil daripada rampasan perdagangan hidupan liar secara haram yang dilakukan pada 6 tahun yang lepas. Tindakan undang-undang telah diambil ke atas kes rampasan ini di bawah Akta.

Penghantaran ini telah dilakukan bersama oleh Jabatan PERHILITAN dengan kerjasama daripada Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam Sumatera Utara, SOCP (Sumatran Orang utan Conservation Programme) dan MAS Kargo pada 10 Oktober 2013.

Urusan penghantaran balik ketiga-tiga ekor Orang Utan ini adalah berlandaskan kepada peruntukan di bawah Artikel VIII CITES dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686).

Keputusan menghantar balik ke Negara asal dibuat apabila ketiga-tiga ekor Orang Utan tersebut telah dikenal pasti sebagai spesies Pongo abelii oleh Makmal Perbankan Sumber Genetik Hidupan Liar (WGRB) dan disahkan bebas daripada penyakit seperti Ebola virus, Marburg virus, Simian immunodeficiency virus dan hepatitis.

Ketiga-tiga ekor Orang Utan ini yang masing-masing bernama Fazren (Jantan), Suzie ( Betina ) dan Sam (Betina) dihantar pulang pada 10 Oktober 2013 dari Lapangan Terbang KLIA. Kos penghantaran balik Orang Utan tersebut adalah ditanggung bersama oleh Kerajaan Malaysia, Kerajaan Indonesia dan SOCP. Manakala MAS Kargo telah menaja perjalanan kos penerbangan Orang Utan tersebut dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia.

Ketiga-tiga ekor Orang Utan ini akan ditempatkan semula di Taman Negara Sumatera setelah melalui proses kuarantin di pusat SOCP.

| PENGUATKUASAAN PENGUATKUASAAN |

Page 5: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

8 9

PROGRAM PELEPASAN BANTENG KE HABITAT LIAR

25 Oktober - Sekumpulan Banteng (Bos javanicus) yang terdiri daripada seekor jantan dewasa dan 4 ekor Banteng betina telah dilepaskan ke habitat liar di Taman Negara Pahang Sg. Relau, Merapoh, Pahang. Pelepasan ini adalah merupakan langkah Jabatan memperkenalkan kembali spesies tersebut ke habitat liar setelah sekian lama ianya dipercayai pupus.

Banteng tersebut terlebih dahulu dimasukkan ke dalam padok pra-pelepasan yang dibina khusus di dalam hutan selama 3 bulan sebagai langkah membiasakannya kepada suasana habitat semulajadi. Setelah dilihat ianya telah biasa dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan hutan, barulah ianya dilepaskan. Untuk tempoh jangka masa tertentu Banteng ini masih diberikan makanan tambahan sehingga ianya dilihat betul-betul boleh hidup sendiri di habitat semulajadi. Makanan yang terdiri daripada rumput napier dan pellet akan terus diberi sehingga Banteng sampai ke padang ragut atau sudah pandai mencari makan sendiri dan tidak lagi bergantung kepada makanan yang diberikan.

PROGRAM PELEPASAN SELADANG KE HABITAT LIAR 28 Oktober – Empat ekor Seladang jantan (Bos gaurus) daripada PKHL Jenderak Selatan telah dilepaskan ke habitat liar RHL Krau. Pelepasan ini adalah bertujuan supaya Seladang-seladang tersebut akan memasuki kumpulan Seladang betina yang telah dilepaskan pada tahun lepas.

Seekor daripada Seladang jantan tersebut dipasang kolar satelit untuk tujuan pemantauan pergerakannya. Perangkap kamera juga telah dipasang di pintu keluar padok dan beberapa tempat di dalam hutan bagi merakam pergerakannya.

Seladang tersebut juga masih terus diberikan makanan rumput napier dan daun mengkirai di luar padok pelepasan sehingga ianya pandai mencari makan sendiri di habitat liar dan tidak lagi pulang ke padok untuk mendapatkan makanan.

PEMASANGAN SANGKAR PELEPASAN UNGKA TANGAN PUTIH (Hylobates lar) DI TAMAN NEGARA PAHANG, SUNGAI RELAU

14 November – Program gotong-royong pemasangan sangkar untuk pelepasan Ungka Tangan Putih (Hylobates lar) telah dilaksanakan di Taman Negara Pahang, Sungai Relau. Seramai lapan orang kakitangan dari Ibu Pejabat PERHILITAN dan TNPSR terlibat dalam program ini. Sebanyak dua ekor Ungka Tangan Putih (1:1) akan dilepaskan ke habitat asal pada awal tahun hadapan.

TANGKAP PINDAH HARIMAU KUMBANG DI KG. GENTAM, KUALA PILAH

25 November - Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan menerima aduan gangguan Harimau Kumbang ke atas kambing peliharaan penduduk Kampung Gentam, Kuala Pilah. Selepas siasatan dijalankan, didapati terdapat kesan tapak kaki Harimau Kumbang dan pihak Jabatan memasang perangkap pada 26 November 2013.Pada 27 November 2013, lebih kurang jam

PROGRAM SURVEI DAN PEMINDAHAN PERANGKAP TAPIR

15 November – Satu Program Pelepasan Hidupan Liar (Tapir) telah dijalankan dengan kerjasama antara Unit Tapir, Bahagian Konservasi Biodiversiti, Taman Negara Pahang Sg. Relau dan PERHILITAN Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk mendapatkan data keliaran serta tahap kemandirian tapir yang jinak selepas dilepaskan ke habitat asal.

09.00 pagi Harimau Kumbang telah memasuki perangkap. Seramai lima orang kakitangan Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan mengambil tindakan membawa harimau ke pejabat PERHILITAN Seremban untuk diberikan rawatan dan memasang chip. Harimau Kumbang tersebut dilepaskan ke Sungai Deka, Hulu Terengganu.

KELESTARIAN || KELESTARIAN

Page 6: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

10 11

PROGRAM TAKSIDERMI TAPIR

27 November – 4 Disember - Program Taksidermi Tapir telah dijalankan pada 27 November hingga 4 Disember 2013 bertempat di Taman Negara, Pahang Kuala Tahan dan Institut Biodiversiti (IBD). Pasukan taksidermi Jabatan seramai enam orang terdiri daripada kakitangan Taman Negara, IBD dan Jabatan PERHILITAN Johor telah terlibat dalam program ini. Sesi ‘post-mortem’ dikendalikan oleh Pegawai Veterinar Jabatan iaitu Dr. Ahmad Zulhizri Ahamad Suhaimi manakala sesi taksidermi diketuai oleh En. Khairul Nizam Kamaruddin. Objektif program ini ialah menghasilkan ‘mounting’ spesimen anak tapir menggunakan teknik gentian kaca (fiber glass) sebagai badan tiruan. Badan tiruan telah siap manakala kulit sedang dalam proses pengawetan yang mengambil masa selama dua hingga tiga minggu. Selepas proses itu, pasukan taksidermi akan menjahit kulit bagi menghasilkan spesimen ‘mounting’ yang lengkap.

PROGRAM INVENTORI HIDUPAN LIAR (KAMBING GURUN) DI KAWASAN GUA-GUA MERAPOH

20 Disember – Program inventori hidupan liar (Kambing Gurun) di kawasan gua-gua Merapoh, Pahang telah dilaksanakan dari 13 hingga 20 Disember 2013. Seramai 11 orang kakitangan dari Ibu Pejabat PERHILITAN, Jabatan PERHILITAN Pahang, Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Pahang terlibat dalam program ini. Sebanyak sembilan (9) buah gua telah dilawati iaitu Gua Kambing, Gua Gunting, Gua Padang Kawad, Gua Goyang, Gua Tagang, Gua Tahi Bintang, Gua Rimau/Jinjang Pelamin, Gua Bekok dan Gua Kopek.

PROGRAM PELEPASAN BURUNG UPEH SIRI 8 DI KUALA GULA

16 Disember - Program pelepasan burung Upeh Siri 8 telah dijalankan di PKHL Kuala Gula, Perak. Program ini telah disempurnakan oleh Pengarah, Bahagian Konservasi Biodiversiti, Encik Salman bin Saaban. Turut hadir wakil dari Zoo Negara dan Pegawai Perhubungan Awam. Burung Upeh (Mycteria cinerea) merupakan sejenis burung air yang besar, dengan taburan yang agak terhad dan disenaraikan oleh IUCN/Birdlife International sebagai Vulnerable. Di Malaysia, ianya dikategorikan sebagai Diperlindungi Sepenuhnya (Jadual II) di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2004 [Akta 716]. Walau bagaimanapun, survei yang dilakukan oleh pihak Jabatan PERHILITAN di Hutan Simpan Paya Laut Matang bermula tahun 1980an hingga 2006 menunjukkan penurunan populasi spesies ini. Bermula tahun 2007, pihak Jabatan PERHILITAN telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Upeh di Kuala Gula, Perak.

Program ini telah dijalankan dengan kerjasama Zoo Negara Malaysia.

INVENTORI BIODIVERSITI HUTAN SIMPAN ULU MUDA, KEDAH

13 – 21 Disember – Bahagian Konservasi Biodiversiti dengan kerjasama Jabatan PERHILITAN Negeri Kedah telah menganjurkan Program Inventori Biodiversiti Hutan Simpan Ulu Muda, Kedah. Inventori bertujuan untuk mengenalpasti spesies hidupan liar serta taburannya yang terdapat di kawasan ini dan telah disertai oleh 20 orang kakitangan Jabatan PERHILITAN. Di akhir program ini, satu sesi pembentangan hasil inventori telah dibuat dan turut dihadiri oleh Pengarah PERHILITAN Kedah, Encik Mohamad Hafid bin Rohani.

Pemantauan dijalankan dengan menggunakan kaedah radio transmitter dan satellite transmitter. Kawasan pelepasan yang dipilih adalah di Kuala Gula yang merupakan kawasan yang menyediakan habitat yang sesuai bagi spesies ini. Ianya juga merupakan kawasan di mana populasi liarnya telah direkodkan secara konsisten oleh Jabatan PERHILITAN semenjak tahun 1980-an. Sehingga kini, sejumlah 50 ekor burung Upeh telah dilepaskan di Kuala Gula daripada 8 program pelepasan. Pada bulan Ogos 2013 tiga ekor anak burung Upeh telah menetas daripada sarang yang direkodkan pada Jun 2013. Berita terbaru ini merupakan perkembangan yang amat baik dan program pelepasan ini akan diteruskan lagi bagi menambah populasi Burung Upeh di kawasan ini.

| KELESTARIAN KELESTARIAN |

Page 7: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

12 13

SAMBUTAN “ WORLD WILDLIFE WEEK”

1 – 7 Oktober - Jabatan PERHILITAN telah mengadakan sambutan “ World Wildlife Week” secara maya melalui Laman Web Rasmi Jabatan, Laman Facebook dan Twitter

LAWATAN PASUKAN KERJA KUMPULAN TERAS KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR (NRE)KE TAMAN NEGARA PULAU PINANG

2 Oktober - Seramai 38 orang pegawai dan kakitangan Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara (MaCGDI), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengadakan lawatan kerja ke Taman Negara Pulau Pinang pada 2 Oktober 2013. Lawatan ini merupakan salah satu pengisian agenda yang telah dirancang dalam Mesyuarat dan makmal “Spatially Enable NRE” bagi pasukan kerja kumpulan teras Kementerian

PROGRAM KEMBARA LESTARI BUMI HIJAU KUALA SUNGAI PINANG, TAMAN NEGARA PULAU PINANG

13 Oktober - Program Kembara Lestari Bumi Hijau telah diadakan di Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau iaitu Pintu Masuk Ke-2 Taman Negara Pulau Pinang.

Sumber Asli dan Alam Sekitar yang telah diadakan pada 1-4 Oktober 2013 di Hotel Hydro, Pulau Pinang. Dalam lawatan ini, pasukan kerja telah dibawa melawat ke Titian Kanopi, Sungai Tukun dan Teluk Kampi, Taman Negara Pulau Pinang.

PENYU WARISAN ALAM

12 Oktober - Satu program bertajuk ‘Penyu Warisan Alam’ telah diadakan di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh 9 orang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kini mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam di Kampus INTAN Wilayah Utara sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporatnya. Peserta program seramai 70 orang ini merangkumi pelajar Universiti Sains Malaysia, Kakitangan Kerajaan dan orang awam. Semasa program, para peserta diberi peluang melepaskan 50 anak penyu ke laut dan diberi pendedahan tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.

KURSUS INTEGRASI MINDA

21 Oktober - Jabatan PERHILITAN telah menganjurkan Kursus Integrasi Minda bertempat di Institut Biodiversiti (IBD) melibatkan seramai 30 orang peserta daripada seluruh Semenanjung Malaysia dari 21 hingga 23 Oktober 2013. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan semangat dalam membangunkan personaliti yang berketrampilan. Peserta juga ditekankan cara berfikir yang lebih proaktif serta positif dalam pengurusan kerjaya. Sepanjang kursus ini, pengajaran dilaksanakan dalam bentuk interaksi

Program anjuran bersama ICU Negeri Pulau Pinang, INTAN Wilayah Utara dan Taman Negara Pulau Pinang ini antara lainnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar dan mewujudkan interaksi positif antara pihak yang terlibat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah penanaman pokok, kayuhan basikal sejauh 30 km, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan banyak lagi.

dua hala dan berkonsepkan kaedah Andragogi. Penceramah kursus ialah Dr. Rubiah Kulop Hamzah yang merupakan seorang penceramah motivasi yang terkenal menerusi siaran media dan Encik Che Nor Bin Che Ismail dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh En. Aziz bin Che Man, Penolong Pengarah Kanan, IBD.

| AKTIVITI AKTIVITI |

Jabatan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan secara maya ialah Pertandingan Kuiz Hidupan Liar dan slot-slot informatif mengenai hidupan liar. Antara aktiviti lain yang dijalankan adalah penghasilan Mural Hidupan Liar di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan konservasi hidupan liar.

Page 8: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

14 15

PAMERAN DAN REKAAN INOVASI SEMPENA HARI INOVASI 2013

29 Oktober - Jabatan PERHILITAN dan 13 Jabatan di bawah NRE telah menyertai pameran Inovasi sempena Hari Inovasi anjuran NRE bertempat di Wisma Sumber Asli pada 29-30 Oktober 2013.

Pameran ini menekankan hasil reka cipta projek Inovasi Jabatan iaitu ‘Mengurangkan tempoh masa membina sangkar kuarantin’ yang diketuai oleh Puan Rahmah Ilias, Bahagian Konservasi Biodiversiti dan ‘Pelaksanaan Inovasi Program Pendidikan Biodiversiti di Paya Indah Wetlands’ yang diketuai oleh En. A’zman bin Hj. Othman. Penilaian terhadap bahan pameran telah dilaksanakan pada 29 Oktober 2013 bermula jam 2.30 petang oleh 3 orang ahli panel penilai iaitu Pn Yamuna A/P Perimalu, Ketua Unit Komunikasi Korporat, NRE, wakil daripada MAMPU dan wakil NRE.

YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri NRE diiringi oleh YBhg. Dato’ Sri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha, NRE dan YBhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin, Ketua Pengarah PERHILITAN serta pegawai-pegawai telah melawat ke tapak pameran sebelum merasmikan sambutan Hari Inovasi Peringkat NRE 2013 pada 30 Oktober 2013.

MAJLIS RAMAH MESRA KETUA PENGARAH PERHILITAN BERSAMA KAKITANGAN JABATAN PERHILITAN KELANTAN

29 Oktober - Majlis ramah mesra YBhg. Dato’ Abd Rasid Samsudin, Ketua Pengarah PERHILITAN bersama kakitangan Jabatan PERHILITAN Kelantan telah berlangsung di Pejabat PERHILITAN Daerah Kuala Krai. Di dalam majlis yang sama, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah turut menandatangani plak, merasmikan bangunan pejabat baru PERHILITAN Daerah Kuala Krai. LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH

PERHILITAN KE PEJABAT PERHILITAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN8 – 9 November 2013 - YBhg. Dato’ Abd Rasid bin Samsudin, Ketua Pengarah PERHILITAN diiringi Pengarah Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat, YBhg. Dato’ Suid bin Saad telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat PERHILITAN Wilayah Persekutuan Labuan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pengarah PERHILITAN Wilayah Persekutuan En. Dzumie Heriman bin Mohd Nor. Rombongan YBhg. Dato’ Ketua Pengarah juga telah dibawa melawat Pulau Kuraman Wilayah Persekutuan Labuan dalam lawatan selama dua hari itu.

CUCI RENTIS GUNUNG BENUM 201305–10 November – Satu program mencuci rentis Gunung Benum anjuran Jabatan PERHILITAN telah dijalankan oleh Unit Pengurusan Rezab Hidupan Liar Krau di bawah Unit Ekopelancongan. Seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PERHILITAN, Persatuan Pemandu Pelancong, Sukarelawan, pendaki bebas dan Orang Asli telah bersama-sama menjayakan program ini. Pendakian bermula dari Pos Perlok pada 5 November 2013 menuju ke Kem Jeneruh, Gunung Lilin, Permatang Angin dan Puncak Gunung Benum. Laluan turun pula adalah melalui Permatang Gunung Cermin, Sungai Besar dan keluar menerusi Lata Bujang pada 10 November

LAWATAN NAGASAKI BIO PARK, JEPUN KE PUSAT KONSERVASI HIDUPAN LIAR SUNGAI DUSUN13 November - Rombongan daripada Nagasaki Bio Park, Jepun diketuai oleh Presiden Bio Park Mr. Yamaguchi bersama Pengarah Kobena dan Pemaja telah membuat lawatan ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun. Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Encik Ahmad Azhar Mohammed ,

Pengarah Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan, Sungkai Perak yang bertindak sebagai pegawai pengiring. Dalam lawatan tersebut rombongan telah diberi taklimat oleh Encik Rahim bin Ahmad ,Pengarah PERHILITAN Selangor. Rombongan telah dibawa melawat kurungan Tapir dan Buaya julung-julung. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat kondisi Tapir yang akan diserahkan oleh Jabatan PERHILITAN kepada Nagasaki Bio Park.

2013. Sepanjang program 6 hari 5 malam ini berlangsung, beberapa penyelenggaraan dan penambaikan rentis dan tapak perkhemahan telah dilakukan. Antaranya adalah mencuci rentis dan menambah plat penanda rentis di sepanjang laluan pendakian sebagai kemudahan para pendaki yang ingin mendaki Gunung Benum. Selain itu, penyelenggaraan tangki di tapak Perkhemahan Gunung Lilin dan Kem Permatang Angin turut dijalankan. Jaring penutup tangki dan atap bagi menyalur air hujan ke tangki telah diganti baru. Bagi memastikan tiada pendaki yang sesat semasa menggunakan rentis Gunung Benum ini, beberapa laluan dan rentis yang mengelirukan telah ditutup. Rentis laluan ke Gunung Benum ini akan dibuka semula kepada pelancong pada bulan Januari 2014.

| AKTIVITI AKTIVITI |

Page 9: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK -  · PDF fileKementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, ... Kerja-kerja pengiraan telah dilakukan di ... Kampung Gentam, Kuala Pilah

16 | TAJUK AKHBAR BULAN OKTOBER - DISEMBER 2013

TAJUK AKHBAR TARIKH

Relocate wildlife before construction of camp begins THE STAR 1.10.13Penoreh getah koma dipatuk ular tedung UTUSAN MALAYSIA 1.10.13Villagers living in fear after livestock massacre THE STAR 2.10.13Sembilan kambing dibaham harimau HARIAN METRO 2.10.13Act against resort if claims are true NEW STRAITS TIMES 2.10.13Bats forced from caves THE STAR 3.10.13PERHILITAN: Species of bats in Cave Villa not under our purview

THE STAR 4.10.13

Harimau kumbang masuk perangkap BERITA HARIAN 4.10.13Two tonnes of illegal ivory slip past Malaysia THE STAR 10.10.13Prioritise needs of animals NEW STRAITS TIMES 15.10.13Gapam folk turn faith healer to fend off snakes THE STAR 15.10.13Enhance collective anti-smuggling efforts THE STAR 15.10.13NGO got it wrong about elephants NEW STRAITS TIMES 17.10.13Tigers, our heritage NEW STRAITS TIMES 26.10.13Sorok haiwan dalam bilik air BERITA HARIAN 31.10.13Harimau Malaya hampir pupus ke Kabinet MINGGUAN MALAYSIA 10.11.13KJ: Let’s join hand to curb poaching SUNDAY STAR 10.11.13Nahas kali ke tujuh HARIAN METRO 14.11.13Gajah masuk kampung jika banjir HARIAN METRO 18.11.13Ceroboh Taman Negara HARIAN METRO 20.11.13Sindiket curi hasil hutan tumpas BERITA HARIAN 22.11.13Panda Fu Wa, Feng Yi tiba April depan BERITA HARIAN 23.11.13Group: Explain enforcement issues THE STAR 23.11.13Authorities in the dark over convicted trafficker’s return THE STAR 23.11.13On the trail of wildlife smugglers NEW SUNDAY TIMES 24.11.13Harimau kumbang masih berkeliaran BERITA HARIAN 28.11.13Si hitam masuk jerat HARIAN METRO 28.11.13Budak cedera kena gigit babi hutan BERITA HARIAN 29.11.13 ‘Babi robek paha adik’ HARIAN METRO 29.11.13 ‘Probe continued wildlife trading’ THE STAR 30.11.13Crocodile sighting in Penang sparks frenzy THE STAR 1.12.13Taman Negara terhalang HARIAN METRO 5.12.13Warga emas zalimi tenggiling dijel 9 bulan UTUSAN MALAYSIA 6.12.13Bas terbalik elak babi, 9 cedera UTUSAN MALAYSIA 9.12.13Back to his wild days THE STAR 9.12.13Lelaki cedera kena rempuh babi hutan BERITA HARIAN 13.12.13Kepala berjahit disondol babi HARIAN METRO 13.12.13Bisa ular boleh bawa maut METRO AHAD 15.12.13Gajah sukar dijangka HARIAN METRO 16.12.13Sejam tarung nyawa HARIAN METRO 16.12.13Gergasi lawat kebun HARIAN METRO 16.12.13Misteri puluhan tapak kaki gergasi BERITA HARIAN 16.12.13MNS tak tolak kewujudan Orang Mawas di hutan Johor BERITA HARIAN 16.12.13Sejam tahan sakit dipatuk ular BERITA HARIAN 16.12.13A fence that serves no purpose THE STAR 17.12.13Tapak ‘bigfoot’ milik tapir HARIAN METRO 17.12.13Guna cara terbaik elak binatang liar cedera HARIAN METRO 17.12.13 ‘Bigfoot’ prints that of tapir THE STAR 17.12.13Tapak tapir, bukan Bigfoot BERITA HARIAN 17.12.1315 penguin ‘kita’ ke Vietnam BERITA HARIAN 18.12.13Beruang masuk jerat kena bius BERITA HARIAN 19.12.13Sun bear trapped in snare freed NEW STRAITS TIMES 19.12.13Panda Diplomacy THE STAR 24.12.13Monyet ganggu penduduk BERITA HARIAN 25.12.13Pemakan bangkai sesat masuk rumah HARIAN METRO 27.12.13Cat-ching farmer by surprise THE STAR 31.12.13Rela members help wildlife poachers NEW STRAITS TIMES 31.12.13