rubrik

21
TAJUK MIND MAPPING (PETA MINDA) KURSUS PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN QSE 6044 TUGASAN TUGASAN INDIVIDU NAMA : ALIFF BIN ABU BAKAR NO MATRIK : M20122001748 NO KAD PENGENALAN : 880425435017 NAMA PENSYARAH : DR. NORKHALID BIN SALIMIN

Upload: mursyidzulkefli

Post on 20-Dec-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rubrik

TRANSCRIPT

Page 1: rubrik

TAJUK

MIND MAPPING (PETA MINDA)

KURSUS

PENTAKSIRAN KURIKULUM SAINS SUKAN

QSE 6044

TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU

NAMA : ALIFF BIN ABU BAKAR

NO MATRIK : M20122001748

NO KAD PENGENALAN : 880425435017

NAMA PENSYARAH : DR. NORKHALID BIN SALIMIN

Page 2: rubrik

1.0 Pengenalan

Kaedah penilaian berasaskan ujian pen dan kertas seperti ujian bulanan,

peperiksaan pertengahan semester atau peperiksaan akhir tahun sememangnya

memberikan maklumat tentang pencapaian murid secara keseluruhan, tetapi tidak

memberikan maklumat tentang bagaimana murid perlu lakukan untuk meningkatkan

prestasi pembelajaran.

Oleh yang demikian, kaedah pentaksiran diperkenalkan kerana tidak seperti

penilaian, pentaksiran adalah proses mengumpul dan mengorganisasi maklumat

tentang tahap kemajuan dan pencapaian murid. Buck, Lund, Harrison dan Cook

(2007) menyatakan bahawa melalui pentaksiran, guru, murid dan ibu bapa dapat

membuat keputusan tentang pembelajaran murid, memberi dan menerima maklum

balas tentang tahap kemajuan, kekuatan dan kelemahan dalam proses

pembelajaran, disamping turut memberi maklumat tentang keberkesanan kurikulum

pengajaran guru. Adi Badiozaman (2006) mencadangkan peranan pentaksiran

diperluaskan bukan semata-mata sebagai satu alat untuk penggredan tetapi sebagai

satu proses guru sebagai fasilitator bersama-sama membimbing murid dalam

pembelajaran, merealisasikan potensi diri, mengenali perkembangan kemajuan

pembelajaran dan mencungkil bakat dalam pelajaran.

Selain daripada mengukur penguasaan pembelajaran pelajar, Baehr (2004)

menyatakan bahawa pentaksiran adalah sebahagian dari proses pembelajaran yang

boleh dijadikan sebagai pengalaman pembelajaran dengan melibatkan pelajar dalam

proses pentaksiran. Adi Badiozaman (2006) menyatakan bahawa pentaksiran di

sekolah-sekolah di Malaysia memfokuskan kepada prestasi dan pencapaian pelajar.

Jarang sekali pentaksiran dianggap sebagai satu proses di antara guru bersama-

sama dengan pelajarnya untuk membantu pembelajaran dalam merealisasikan

potensi diri pelajar sepenuhnya. Pentaksiran bukan satu instrumen untuk

penggredan tetapi adalah satu proses mengenali perkembangan kemajuan

pembelajaran pelajar sebenarnya serta mencungkil bakat mereka dalam bidang

pendidikan.

Kaedah pentaksiran alternatif boleh menyemarakkan pembelajaran,

memudahkan pengajaran dan menurut Hensley (1997), memberi keputusan

pencapaian yang lebih baik kepada pelajar. Pentaksiran alternatif turut melibatkan

pelajar dalam memaparkan pengetahuan dan kefahaman dengan mereka cipta,

Page 3: rubrik

menghasilkan atau membuat sesuatu aktiviti belajar daripada hanya mengambil

ujian objektif secara bertulis (Herman, Aschbacher, & Winter, 1992). Pentaksiran

alternatif dapat menilai pengetahuan pelajar (apa yang pelajar telah belajar) melalui

tugasan yang memerlukan pelajar memberikan tindak balas (Mustain, 1992).

Pentaksiran alternatif boleh meningkatkan akauntabiliti guru dan kredibiliti terhadap

bidang Sains Sukan dan boleh digunakan sebagai pentaksiran program.

Pentaksiran terbahagi kepada dua kaedah iaitu pentaksiran tradisional dan

pentaksiran alternatif. Kaedah pentaksiran tradisional menggunakan ujian pen dan

kertas atau ujian amali yang bertujuan menilai pengetahuan dan kemahiran pelajar

dengan memberi gred pencapaian. Kebiasaannya pentaksiran tersebut melibatkan

perbandingan gred pencapaian dalam kalangan pelajar. Maklumat pentaksiran tidak

menjelaskan perkara-perkara yang pelajar perlu lakukan bagi memperbaiki

pengetahuan dan kemahirannya dan gagal menyediakan maklumat yang

membolehkan pelajar memperbaiki proses pembelajarannya. Kaedah pentaksiran

tradisional dengan menggunakan ujian pen dan kertas atau ujian amali didapati

menghadkan konteks pentaksiran yang lebih meluas. Situasi ini adalah satu

kebiasaan dalam sistem persekolahan di negara ini.

Pentaksiran alternatif pula menggunakan kaedah ujian bertulis dan ujian

amali yang mempunyai skala ukur berupa senarai semak dan skoran rubrik.

Pentaksiran ini melibatkan pelbagai teknik ukuran seperti peta konsep, jurnal atau

laporan, portfolio, log pembelajaran, pentaksiran prestasi, projek, main peranan dan

lain-lain teknik ukuran yang memberikan maklumat dan maklum balas tentang

kemajuan dan perkembangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains

Sukan. Pentaksiran tersebut bertujuan menyelesaikan masalah sebenar (real world

problems) yang berkaitan dengan pengalaman pembelajaran dalam kehidupan

pelajar melalui aktiviti sukan.

Di samping itu, pentaksiran alternatif menekankan kemahiran berfikir pada

aras tinggi, mewujudkan kolaborasi dan melibatkan pelajar menilai aktiviti belajar

secara sendiri serta memahami konsep pentaksiran untuk capai ke arah yang lebih

baik dalam pembelajarannya. Pentaksiran alternatif boleh dilaksanakan di sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan sahaja terhad kepada akhir sesi

persekolahan. Kaedah pentaksiran alternatif ini juga akan meningkatkan mutu

penaksir (guru) dalam pengembangan pengajaran dan juga yang ditaksir (pelajar)

dalam pencapaian pembelajaran.

Page 4: rubrik

2.0 Konsep alat berfikir

Menurut Som dan Mohd Dahalan (1998), alat berfikir merupakan instrumen

yang dapat membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematis dan

berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir ini, idea-idea yang disampaikan akan

menjadi lebih tersusun, jelas dan mudah difahami. Yang tercakup dalam alat berfikir

ini adalah:

(i) Soalan dan penyolaan

(ii) Pengurusan grafik

(iii) CoRT

(iv) Peta minda

Peta minda telah digunakan sejak berzaman untuk tujuan pembelajaran,

percambahan fikiran, ingatan, pemikiran visualisasi dan penyelesaian masalah oleh

para pendidik, jurutera, pakar psikologi dan orang ramai secara umumnya. Menurut

Buzan (2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi

termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar

sebagai “jaring” atau “penjaringan”, merancang dan pengilustrasian dalam

kejuruteraan. Jikalau dibandingkan dengan peta konsep yang dibangunkan oleh

pakar pembelajaran pada 60-an, peta minda adalah menyerupainya tetapi ia adalah

lebih ringkas, berjejari dengan hanya ada satu kata kunci dari pusatnya.

Menurut Tee et al. (b) (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang

mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang

dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta

dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya. Peta minda adalah sangat

sesuai digunakan untuk membuat nota pada sesebuah topik untuk suatu mata

pelajaran berdasarkan prinsip penggunaannya. Selari dengan tujuan peta minda

iaitu ia membolehkan pelajar mencatat nota dengan mudah serta mengingat sesuatu

dengan mudah di samping menggabungkan serta menyeimbangkan kegunaan otak

kanan dan otak kiri semasa belajar. Maka, peta minda adalah amat sesuai dan tepat

bagi tujuan kajian ini agar pelajar dapat membuat, menyimpan dan mengulangkaji

nota dengan baik dan berkesan.

Peta minda dapat diaplikasikan ke atas individu, keluarga, pendidikan dan

situasi perniagaan, mencatat nota, sumbangsaran (dalam mana idea-idea

Page 5: rubrik

dimasukkan ke dalam peta berjejarian dari pusat, di mana pengumpulan dan

pengorganisasian dilakukan pada tahap seterusnya), merumuskan, mengulangkaji

dan menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh, seseorang dapat sambil

mendengar kuliah dan mencatat nota dengan menggunakan peta minda untuk isi

dan kata kunci terpenting. Seseorang juga dapat menggunakan peta minda sebagai

suatu teknik memori atau mengeluarkan idea yang kompleks. Peta minda juga

digalakkan sebagai suatu kaedah untuk digunakan bersama ketika sesi

mencetuskan kreativiti berasaskan pensil warna.

Peta minda dapat dilukis dengan menggunakan tangan, sama ada sebagai

”nota kasar”, sebagai contoh, ketika menghadiri kuliah atau mesyuarat. Peta minda

juga dikenali sebagai “Swiss army knife for the brain” adalah satu teknik mengambil

nota yang telah diguna oleh lebih daripada 250 juta individu di seluruh dunia. Pada

masa yang sama, penggunaan peta minda juga amat luas dalam dunia pendidikan

dan perniagaan (Buzan, 2002).

Matlamat Buzan adalaah untuk membolehkan “Manual operasi Otak Manusia”

dimiliki oleh seramai individu yang mungkin di seluruh dunia. Kejayaan usaha ini

kian dicapai menerusi ucaptama, media, penerbitan (lebih daripada 90 tajuk setakat

ini), perisian dan pusat-pusat latihan kursus Buzan. Tony Buzan adalah pencipta

kepada peta minda, alat berfikir yang paling berkuasa. Pengarah Microsoft iaitu Bill

Gates mengenal pasti kepentingan peta minda dalam artikelnya bertajuk “The road

ahead – how mind mappers are taking our information democracy to the next

stage” ... “ satu generasi perisian peta minda baru mampu diguna sebagai asas

templet digital untuk bantu menghubungkait dan mensintesis idea dan data, justeru

mencipta pengetahuan baru.

Peta minda adalah satu teknik mengrafik yang sungguh berkuasa di mana ia

mampu membekalkan kunci universal ke atas membuka potensi pemikiran

seseorang. Peta minda mengikat kepelbagaian kemahiran berhubung penggunaan

korteks yang melibatkan perkataan, imej, nombor, logic, muzik, warna, kepekaan ke

atas ruang dengan berkesan. Selain itu, ia juga memberi kebebasan kepada individu

menjelajahi kemampuan otak yang tiada batasannya. Peta minda boleh

diaplikasikan dalam semua aspek kehidupan di mana ia mampu meningkatkan

pembelajaran dan

pemikiran seseorang individu, justeru menggalakkan perkembangan diri.

Page 6: rubrik

Penciptaan peta minda bermula pada akhir 1960-an oleh Tony Buzan yang

kini

digunakan oleh jutaan individu di seluruh dunia. Peta minda digunakan oleh semua

golongan daripada yang sangat muda hingga kepada yang sangat tua di mana

mereka ingin menggunakan pemikiran dengan lebih berkesan.

3.0 Kegunaan dan kepentingan peta minda

Terdapat banyak kegunaan peta minda. Peta minda berfungsi sebagaimana

otak berfungsi – di mana ia tidak berfungsi secara linear. Ingatan adalah dalam

bentuk

saling berkait dan tidak linear. Sebarang idea mungkin mengandungi beribu

hubungkait dalam otak. Selain itu, peta minda membolehkan hubung jalinan

disimpan dan dipertingkatkan dalam pemikiran. Minda mengingati kata kunci dan

imej dan bukannya ayat. Peta minda hanya menggunakan kata kunci dan imej,

justeru membenarkan maklumat yang banyak dimasukkan ke dalam sehelai kertas.

Oleh kerana peta minda bercirikan visualisasi dan memperlihatkan hubung kait

antara kata kunci, maka ia adalah lebih mudah diimbas kembali berbanding nota

berciri linear.

Mencatat bermula dari pusat kertas membenarkan seseorang mencatat ke

semua arah berbanding dari hujung atas kiri. Pengurusan peta minda

menggambarkan bagaimana otak manusia mengurus idea. Peta minda adalah

mudah dirujuk. Pada masa yang sama, merujuk secara berulang mengukuhkan

ingatan. Cara terbaik dalam membuat rujukan adalah dengan melakukan imaginasi

ke atas kandungan peta minda, kemudian baru merujuk kembali kepada peta minda

jika terdapat sebarang kekaburan. Individu dapat mengingat pada perkara yang

mudah dilihat. Peta minda membenarkan individu mencatat kata kunci yang mudah

dilihat secara visual dengan berkesan. Kepentingan peta minda dapat dihubungan

dengan perkara di bawah:

(a) Menghasilkan Nota

Setiap kali maklumat dicatat, peta minda mampu menguruskannya dalam bentuk

ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati otak. Peta minda boleh digunakan untuk

membuat nota bagi sebarang sumber – buku, kuliah, syarahan, taklimat, bahan

bacaan, mesyuarat, temu bual dan perbualan telefon.

Page 7: rubrik

(b) Ingat Kembali

Setiap kali maklumat diimbas kembali dari ingatan, peta minda membenarkan idea

yang lintas pada fikiran dicatat dengan pantas dalam keadaan terurus. Catatan yang

dilakukan tidak perlu dalam bentuk ayat penuh. Peta minda berfungsi pantas dan

berkesan dalam aktiviti imbas kembali nota kuliah, kandungan bahan bacaan dan

perkara yang telah diulangkaji.

(c) Kreativiti

Setiap kali seseorang ingin mencetuskan suatu idea berdasarkan kreativitinya, peta

minda membebaskan pemikirannya daripada pemikiran linear dan membolehkan

idea-idea baru bercambah dengan baik. Pengguna peta minda harus menganggap

setiap item di dalam peta minda adalah pusat kepada peta minda yang baru.

(d) Penyelesaian Masalah

Setiap kali seseorang berhadapan dengan permasalahan – sama ada dalam bidang

profesional atau peribadi – peta minda membantu individu untuk mengenal pasti isu-

isu dan hubung kait antara satu sama lain. Selain itu, ia juga membantu individu

mendapatkan gambaran keseluruhan dengan pantas di samping mengesan

perbezaan ke atas aspek situasi dan kepentingannya.

(e) Perancangan

Setiap kali seseorang merancang sesuatu, peta minda membantu individu

memperolehi dan mengurus semua maklumat berkaitan dengan mudah. Peta minda

boleh digunakan untuk merancang sebarang penulisan sama ada dari surat hingga

ke skrip lakonan, mahu pun buku. Di samping itu, peta minda juga boleh digunakan

untuk merancang suatu mesyuarat, aktiviti harian, pelancongan, kerangka karangan,

penulisan makalah, laporan dan persembahan.

(f) Pembentangan

Peta minda membantu seseorang menyediakan topik dan urutan semasa ingin

membuat suatu pembentangan. Peta minda bukan sahaja membantu dalam

mengurus idea-idea dengan nyata, malah memberi satu gambaran menyeluruh

secara visual dalam pemikiran tanpa merujuk kepada helaian kertas. Peta minda

sangat membantu dalam membuat persembahan seperti laporan, kertas kerja, hasil

perbincangan dan sumbangsaran.

(g) Penggunaan otak kiri dan kanan serentak

Peta minda berupaya menggabungkan dan mengimbangkan penggunaan otak

kanan dan otak kiri semasa belajar.

Page 8: rubrik

(h) Membuat sinopsis

Peta minda dapat merumuskan pelbagai bahan bacaan ke dalam bentuk sinopsis

atau ringkasan yang padat dan lengkap. Antara bahan bacaan yang sering kali

dirumuskan adalah seperti buku, novel, cerpen dan puisi.

4.0 i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan Inovatif

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan

untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini

adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi

Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM)

sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.

Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan

Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian

mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi

pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan

masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk

kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

4.1 Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk

peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi

kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta

pemikiran yang boleh digunakan.

i. Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan

pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan

maklumat mengikut konteks.

ii. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi

mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan

perkataan deskriptif atau huraian.

Page 9: rubrik

iii. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

iv. Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

v. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah

kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian

kedua adalah bahagian utama.

vi. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

vii. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis

hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah

peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab

peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat

daripada peristiwa tersebut.

viii. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk

mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor

penghubungan.

5.0 Panduan membina peta minda

Novak dan Gowin (1984) dan juga Nor Hayati (1993) menyarankan agar

kemahiran melukis peta konsep dipupuk dengan mengikuti langkah-langkah berikut

bagi memudahkan seseorang menghasilkan peta mindah yang sempurna.

i. Memahami bahan pengajaran yang dibaca.

ii. Mengeluarkan konsep-konsep atau kata kunci penting.

iii. Menyusun kata kunci mengikut hiraki iaitu menyusun kata kunci

bermula daripada yang umum beransur-ansur kepada yang lebih

spesifik di bawah.

iv. Mengaitkan satu konsep kata kunci dengan yang lain dengan anak

panah.

v. Menuliskan kata penghubung di atas anak panah agar dua katakunci.

Page 10: rubrik

vi. Diatas cabang juga anda digalakkan menggunakan grafik untuk

menarik perhatian semasa membaca.

6.0 Kaedah pelaksanaan peta konsep

Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan peta konsep dalam mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru perlu menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan. Beberapa langkah

perlu dilakukan bagi memastikan pelajar dapat mengaplikasikan dan memahami

panduan yang diberikan oleh guru.

i. Langkah 1

Gambaran peta minda. Sebelum pelajar melaksananakan peta minda,

pelajar terlebih dahulu akan ditunjukkan dengan cara atau teknik

melakarkan peta minda supaya pelajar dapat melihat gambaran awal

bagaimana untuk menghasilkan sebuah peta minda

ii. Langkah 2

Kriteria yang akan dinilai. Guru akan menerangkan terlebih dahulu apakah

kriteria yang ingin dinilai dalam penghasilan peta minda.

iii. Langkah 3

Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari dengan

menggunakan peta konsep.

iv. Langkah 4

Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea

utama dalam topik yang akan diajar. Guru mengemukakan sebarang

pertanyaan kepada pelajar bagi meningkatkan kesedaran pelajar.

v. Langkah 5

Pelajar-pelajar diminta menyiapkan peta minda secara individu yang telah

ditetapkan oleh guru mengikut topik yang telah dipelajari oleh guru. Guru

membimbing dan memantau para pelajar semasa menghasilkan peta

konsep.

vi. Langkah 6

Pembentangan peta minda yang dihasilkan oleh para pelajar dan

penilaian guru dilakukan.

Page 11: rubrik

7.0 Rubrik pemarkahan

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN TAHUN 5

RUBRIK PENILAIAN PETA MINDA INDIVIDU

ISI KANDUNGAN / FAKTA MARKAH

1. Mempunyai isi utama kurang daripada tiga

2. Huraian isi kandungan kurang jelas atau tiada huraian isi kandungan

LEMAH0 – 4

1. Mempunyai tiga hingga empat isi utama

2. Huraian isi utama yang bersesuaian

SEDERHANA5 – 7

1. Mempunyai empat atau lebih isi utama

2. Huraian isi utama lengkap dan jelas beserta contoh-contoh yang bersesuaian

CEMERLANG8-10

KREATIVITI DAN KEASLIAN MARKAH

1. Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain

2. Bahan rujukan yang sedikit

LEMAH0 – 4

1. Mempunyai kekreatifan dan keaslian

2. Bahan rujukan yang sesuai

SEDERHANA5 – 7

1. Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum

2. Pelbagai bahan tujukan yang bersesuaian

CEMERLANG8-10

Page 12: rubrik

REKABENTUK MARKAH

1. Rekabentuk dan paparan yang salah

2. Kurang cantik

LEMAH0 – 4

1. Rekabentuk dan paparan brusur yang betul tetapi kurang menarik

2. Sesuai

SEDERHANA5 – 7

1. Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur kelihatan seperti brosur sebenar

2. Amat sesuai dan cantik

CEMERLANG8-10

BAHASA MARKAH

1. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah LEMAH0 – 4

2. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki

SEDERHANA5 – 7

3. Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik,jelas dan tidak mengandungi kesalahan

CEMERLANG8-10

ILUSTRASI MARKAH

1. Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung

2. Penyusunan gambar –gambar yang kurang menarik

LEMAH0 – 4

1. Menggunakan ilustrasi hanya sekadar mencukupi syarat

2. Penyusunan gambar-gambar yang sesuai

SEDERHANA5 – 7

Page 13: rubrik

1. Menggunakan ilustrasi yang pelbagai menarik dan sesuai

2. Penyusunan gambar menarik

CEMERLANG8-10

CEMERLANG(36 - 50)

SEDERHANA(21 - 35)

LEMAH(1 - 20)

Mempunyai fakta asas dan

tambahan, yang lengkap,

jelas dan sesuai. Paparan

aliran maklumat yang

betul, terperinci dan tepat.

Mempunyai kreativiti dan

keaslian. . (gambar, warna

dan reka letak).

Mempunyai beberapa

fakta asas dan tambahan

yang sesuai. Paparan

aliran maklumat yang betul

tetapi kurang tepat namun

mempunyai kreativiti dan

keaslian.

Mengandungi beberapa

fakta asas dan terdapat

beberapa fakta yang

salah. Paparan aliran

maklumat yang kurang

tepat. Kurang kreatif dan

kurang rujukan.

8.0Kesimpulan

Peta minda memberi impak yang besar dan penting ke atas pembelajaran

pelajar. Pelajar dapat membuat nota kuliah yang berkesan dengan menggunakan

peta minda. Semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah

disimpan. Selain itu, ulang kaji dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan

menerusi penggunaan peta minda.

Meneliti kajian-kajian lepas yang dilakukan oleh Cindy et al. (2006), Henry

(2006) serta Ang dan Ong (2007), menunjukkan pelajar yang mengamalkan

penggunaan peta minda dalam pembelajaran berupaya mengingat dan memperolehi

keputusan yang lebih baik.

Page 14: rubrik

9.0 Rujukan

Ang, Gek Moi and Ong, Lee Lian (2007). Introducing Mind Map in Comprehension.

Recent Research on Mind Maps in Education. m.s. 11-19.

Buzan, Tony (2002). How to Mind Map. London: Thorsons. m.s. 65.

Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school.

London: Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.

Cindy Oh; Hariati Ali; Adeline Enriquez; Ilyana Bte Mohd Anwar; Hazel Lim; Law, Ee

Peng; Leong, Pei Ying and Wee, Chiu Mei (2006). Reading With Understanding

Through The Use if Mind Maps. Recent Research on Mind Maps in Education.

m.s. 5-19.

Henry Toi (2009). Research on how Mind Map improves Memory. Recent Research

on Mind Maps in Education. m.s. 21-24.

http://mindmapkids.multiply.com/photos

http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-

map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/

http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest16017-170716-mind-mapping-

map-powerpoint-spcug-mindmappingver2-education-ppt/

http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm

http://www.buzanworld.comMind_Maps.htm

Som Hj, Nor dan Mohd Dahalan Mohd Ramli (1998). Kemahiran Berfikir Secara

Kritis & Kreatif. Selangor: Longman. m.s. 304-305, 318-321, 323-324.

Tee, Tze Kiong, Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman

dan Yee, Mei Heong (a) (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan

Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s. 114-121.