rph1
TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV 2012
Tahun : 2
Modul : Bidang Menggambar
Aktiviti : Lukisan
Tema : Buatan Manusia
Tajuk : Permainan Tradisional (Dam Haji)
Masa : 60 minit
Media :
Alat : Pembaris
Bahan : Kertas lukisan, pensel, dan pensel warna atau oil
pastel
Bahan Bantu Mengajar : Dam haji sebenar, gambar dam haji.
Elemen Merentas Kurikulum : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
STANDARD KANDUNGAN
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, garisan, warna, ruang,
imbangan dan kepelgaian yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia
dan karya seni dalam penghasilan lukisan.
2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media
dan teknik dalam penghasilan lukisan.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan lukisan.
4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.
STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan
bahasa seni visual yang ada pada lukisan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - Ilusi
1.1.1.2 Garisan - Tebal dan nipis
1.1.1.3 Warna - Primer dan sekunder
1.1.1.4 Ruang - Ilusi
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan - Simetri atau tidak simetri atau gabungan
imbangan.
1.1.2.2 Kepelbagaian - Hal benda (subject matter)
1 | M u k a s u r a t
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV 2012
1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual,
media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan.
1.2.1 Mengenai dan menyatakan jenis-jenis media.
1.2.1.1 Alat - Pembaris
1.2.1.2 Bahan - Kertas lukisan, pensel, dan pensel warna atau oil
pastel.
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan tekniuk dalam penghasilan
lukisan.
1.2.2.1 Teknik - Garisan selari atau garisan bersilang atau
gabungan kedua-dua garisan.
1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman
kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahasa secara kreatif.
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya.
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya.
1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi tehadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan.
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Isi Pelajaran Aktiviti P & P Catatan
Soalan:
Apakah yang kamu
lihat dalam video
tersebut?
Klu:
Permainan
tradisional
Jangkaan jawapan:
Permainan ‘dam haji’
Set Induksi (Masa : 5 Minit)
Guru menunjukkan sebuah video dua orang
sedang bermain permainan tradisional yang
dipanggil ‘dam haji’.
Murid dirangsang untuk meneka apakah yang
sedang dilakukan oleh orang tersebut.
Guru memberikan sedikit klu untuk
memudahkan murid meneka jawapan
Murid dirangsang meneka tajuk pembelajaran
dan kemahiran yang akan dipelajari.
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran hari ini.
Kemahiran berfikir
Menghubung kait dengan
pengalaman
BBB
LCD, Komputer, video
permainan ‘dam haji’
2 | M u k a s u r a t
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV 2012
Tajuk pelajaran:
Membuat / melukis
‘dam haji’
Definisi lukisan:
Lukisan adalah
proses melukis
dengan
menggunakan teknik
lorekan ton, melakar
garisan dan gosokan
menggunakan alat
tulis yang kering ke
atas sesuatu
permukaan.
Komponen alat dan
media ialah pensel,
arang, pensel warna,
kertas dan kanvas
Langkah 1 (Masa : 15 Minit)
Persepsi Estetik
Guru menunjukkan gambar dam haji dan
contoh lukisan.
Guru bersoal jawab tentang bahasa seni
visual yang ada pada beberapa contoh lukisan
dam haji menggunakan pelbagai media kering.
Guru menyatakan definasi lukisan.
Contoh 1
Contoh 2
Langkah 2 (Masa : 25 Minit)
Aplikasi Seni
Guru memperkenalkan dan menyatakan
media yang akan digunakan.
Guru menunjuk cara melakar gambar dam haji
dengan memberikan penekanan pada ruang
dan imbangan.
Guru menunjuk cara mewarna lakaran dengan
menekankan penggunaan ton warna untuk
menimbulkan bentuk.
Langkah 1
Bina 9 kotak baris dan 9
kotak lajur seperti di bawah.
BBB
Pensel, kertas lukisan,
pembaris
3 | M u k a s u r a t
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV 2012
Contoh ton warna
yang boleh dipilih:
a. Merah + hitam
b. Hijau + oren
c. Kuning + biru
d. Putih + hitam
Ekspresi Kreatif
Murid melakar dan mewarna lukisan dengan
bimbingan guru.
Murid menghasilkan lukisan dam dan
mewarnanya mengikut kreativiti.
Murid perlu memilih dua warna yang
mempunyai ton yang kontra
Langkah 2
Warnakan kotak tersebut
dengan pensel warna atau
‘oil pastel’ secara berselang
seli. Pemilihan warna
mengikut kreativiti.
BBB
Pensel warna atau oil
paster (untuk mewarna)
Langkah 3 (Masa : 10 Minit)
Apresiasi Seni
Murid mempamerkan karya masing-masing.
Murid menceritakan karya sendiri dan rakan
tentang warna yang mereka pilih.
4 | M u k a s u r a t
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV 2012
Sosial:
Pujian atas usaha
dan kejayaan
menyiapkan
Penutup (Masa : 5 minit)
Kognitif
Guru bertanya kepada pelajar isi pelajaran
pada hari ini.
Guru menerangkan kepentingan
permainan tradisional
Sosial
Guru bertanya apakah perasaan murid
semasa menjalankan aktiviti
Guru memberi pujian atas sikap murid
yang bersungguh-sungguh ketika
menjalankan aktiviti dan tugasan.
Guru menamatkan sesi pengajaran dan
pelajaran.
5 | M u k a s u r a t