rph thn 4

6
Mata pelajaran : Matematik Kelas : Tahun 4 Bilangan Murid : 30 orang Masa : 8:00 pagi 9:00 (1 jam) Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000 Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh : 1. Menganggar hasil darab. 2. Mendarab sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih daripada 100 000. Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat: 1. Menganggar lima hasil darab. 2. Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih daripada 100 000. Pengalaman sebelum ini : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai penambahan berulang. Bahan bantu mengajar : Laptop, projektor, Power Point, Carta nilai tempat, Drawing Table , Lattice Way of Multiplication , kertas putih, sampul surat, kad flash, dan hadiah. Aktiviti Pengajaran: LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN PENGAJARAN CATATAN/STRATEGI Set induksi ( 5 minit ) 1. Murid memerhatikan guru menayangkan soalan IQ yang mencabar melalui Power Point. 2. Murid mendengar penerangan daripada guru, sesiapa yang dapat menyelesaiakan masalah tersebut akan menerima sebuah hadiah yang Strategi berpusatkan Murid. BBM : Power Point : Soalan IQ , hadiah

Upload: nedah6676

Post on 23-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rph thn 4

Mata pelajaran : Matematik

Kelas : Tahun 4

Bilangan Murid : 30 orang

Masa : 8:00 pagi – 9:00 (1 jam)

Bidang pembelajaran : Pendaraban nombor bulat hingga 100 000

Objektif Pembelajaran : Selepas aktiviti pembelajaran, murid boleh :

1.      Menganggar hasil darab.

2.      Mendarab sebarang dua nombor, hasil darab tidak lebih

daripada 100 000.

Hasil pembelajaran : Selepas pembelajaran ini, murid-murid dapat:

1.    Menganggar lima hasil darab.

2.    Mendarab dengan betul sebarang dua nombor, hasil darab

tidak lebih daripada 100 000.

Pengalaman sebelum ini : Murid telah mengetahui bahawa pendaraban sebagai

penambahan berulang.

Bahan bantu mengajar : Laptop, projektor, Power Point, Carta nilai tempat,

“Drawing Table”,      “Lattice Way of Multiplication”,

kertas putih, sampul surat, kad flash, dan hadiah.

Aktiviti Pengajaran:

LANGKAH FOKUS PEMBELAJARAN DAN BUTIRAN

PENGAJARAN

CATATAN/STRATEGI

Set induksi

( 5 minit )

1. Murid memerhatikan guru menayangkan soalan IQ yang

mencabar melalui Power Point.

2. Murid mendengar penerangan daripada guru, sesiapa

yang dapat menyelesaiakan masalah tersebut akan

menerima sebuah hadiah yang misteri daripada guru.

3. Murid cuba untuk menyelesaiakan soalan tersebut.

Strategi berpusatkan Murid.

BBM : Power Point :

Soalan IQ, hadiah

(ganjaran) 

Page 2: rph thn 4

4. Murid dan guru membincang jawapan.

Langkah 1

( 10 minit )

1. Guru memberitahu murid bahawa kesilapan Algoritma

pendaraban yang sering berlaku adalah kesilapan nilai-nilai

tempat.

2. Guru mengajar murid tentang pendaraban antara nombor

3-digit dengan nombor 1-digit dengan menggunakan carta

nilai tempat melalui persembahan Power Point.

3. Guru memberi contoh kedua, pendaraban antara nombor

4-digit dengan nombor 2-digit.

4. Guru menerangkan kepada murid bahawa semasa

membuat proses pendaraban dalam bentuk Algoritma,

haruslah darabkan “multiplier” 3345 dengan “multiplicand”

sa “3” dahulu, barulah darab “multiplier” 3345 dengan

“multiplicand” puluh “2”. Akhir sekali menambahkan hasil

daripada kedua-dua hasil darab itu.

Strategi berpusatkan Guru.

BBM : Power Point: C arta

nilai tempat  ,

Klip Video "Math is so

easy"

Page 3: rph thn 4

5. Guru menayangkan sebuah klip video yang menarik yang

menunjukkan tiga nombor darab dengan tiga nombor, di

mana ia adalah teknik yang pantas dan cekap.

Langkah 2

( 10 minit )

1. Murid mendengar guru memberitahu mereka bahawa selain

daripada menggunakan teknik “drawing table” untuk

menyelesaikan soalan Algoritma pendaraban ini.

2.  3 3 4 5 X 2 3 =

Guru memberitahu bahawa 3345= 3000 + 300 + 40 + 5,    23 =

20 + 3

 3. Dua orang murid dipanggil naik ke depan untuk membuat

sebuah soalan yang ditulis oleh guru di atas papan hitam.

4. Murid dan guru membincang jawapan bersama-sama.

Strategi berpusatkan

Guru.

BBM : Power Point:

T eknik “drawing

table”

Langkah 3

( 10 minit )

1. Seterusnya, guru memperkenalkan satu lagi Algoritma yang

dapat membantu murid dalam pendaraban, iaitu “Lattice Way of

Multiplication”.

2. Guru memberitahu murid selepas mendarab semua nombor di

Strategi berpusatkan

Guru.

BBM : Power Point:

Teknik   “Lattice Way of

Multiplication”  

Page 4: rph thn 4

atas, langkah yang seterusnya ialah menambahkan semua

nombor pada petak-petak yang serong mengikut anak panah

yang berwarna merah itu.

3. Guru meminta murid untuk memilih sendiri Algoritma yang

mana satu lebih sesuai dan memudahkan mereka untuk mencari

jawapan semasa membuat Algoritma pendaraban.

4. Guru memberi satu soalan yang melibatkan pendaraban antara

nombor 4-digit dengan nombor 2-digit.  4527 X 35 = , kemudian

meminta murid untuk menggunakan ketiga-tiga Algoritma

pendaraban yang diajar tadi untuk mencarikan jawapan tersebut.

5. Setelah murid menyelesaikan soalan itu, guru menanya

mereka Algoritma yang mana satu lebih mudah dipakaiguna,

yang mana lebih susah untuk digunakan. Murid bolehlah

menggunakan mana-mana satu yang difikirkan mudah

dipakaiguna.

Langkah 4

( 20 minit )

1. Murid-murid duduk dalam kumpulan kecil yang seramai 3

orang.

2. Guru memberi sekeping kertas putih kepada setiap orang

murid, 3 keping kad yang ditulis “Carta Nilai Tempat”,

“Drawing Table” dan “Lattice Way of Multiplication”, 5 soalan

pendaraban yang dimasukkan dalam sampul surat.

3. Apabila guru memberi arahan “mula”, ketiga-tiga murid

dalam kumpulan masing-masing mencabut sekeping kad,

sesiapa yang tercabut jenis Algoritma yang tertentu, malah dia

akan menggunakan Algoritma itu untuk menyelesaikan kelima-

lima soalan pendaraban yang terdapat dalam sampul surat.

4. Masa yang dikenakan ialah 10 minit, apabila masa tamat,

murid-murid akan menukar kertas jawapan mereka sesama

sendiri untuk disemak.

5. Murid yang dapat menyelesaikan kesemua soalan itu akan

mendapat hadiah yang istimewa dari guru sebagai ganjaran.

Strategi berpusatkan

Murid.

BBM : Kertas putih,

sampul surat, kad flash,

dan hadiah

Page 5: rph thn 4

Penutup

( 5 minit )

1. Murid meneliti guru menayangkan klip video tentang teknik-

teknik pengajaran pendaraban matematik yang menarik.

2. Guru mengulang balik hasil pembelajaran yang telah

dipelajari oleh murid-murid pada kelas ini.

Strategi berpusatkan

Guru.

BBM : 

Klip Video 1

Klip Video 2

Klip Video 3