rph tahun 5

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN REKA BENTUK TEKNOLOGI TAHUN 5 TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN MASA 60 minit STANDARD KANDUNGAN 6.2 Menyediakan sajian STANDARD PEMBELAJARAN 6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 2) menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul. RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan. KEMAHIRAN 1) Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan

Upload: jamuna-batumalai

Post on 11-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANREKA BENTUK TEKNOLOGITAHUN 5

TAJUK6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA60 minit

STANDARD KANDUNGAN6.2 Menyediakan sajian

STANDARD PEMBELAJARAN6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul.6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik.

OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1) menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan makanan dengan betul. 2) menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul.

RINGKASANMurid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan.

KEMAHIRAN1) Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan carayang betul.2) Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

ELEMEN MERENTASKURIKULUM1. Keusahawanan :EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih.EK2 - Menilai idea secara kritis2. Kreativiti dan inovatif :Memilih idea yang terbaik untuk inovasi3. Nilai murni :Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

BAHAN BANTU MENGAJARVideo, gambar alatan memasak dan carta mencuci tangan.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSET INDUKSI 5 MINIT1) Guru membawa murid ke kantin sekolah dan minta murid untuk mengisi borang senarai semak setelah melihat persekitaran/pembersihan kantin.

2) Guru membincang dengan murid tentang senarai semak yang telah dibuat murid dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu.

LANGKAH 1 10 MINIT1) Guru menunjukkan Slide P&P tentang kepentingan sanitasi penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas.

Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul melalui video berserta dengan nota. (LAMPIRAN 1)

2) Guru melakukan aktiviti simulasi antara murid tentang langkah mencuci tangan yang betul.

AKTIVITI1) Guru meminta murid untuk menyusun kad imbas (cara mencuci tangan yang betul) di hadapan papan putih.

LANGKAH 2 15 MINIT1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Guru meminta murid bergerak secara satu stesen ke stesen setelah meniup wisel.

3) Setiap stesen, mengandungi no berserta dengan gambar, nama gambar dan bahan maujud.

4) Murid perlu menyenaraikan nama gambar yang dilihat mengikut nombor dalam kertas yang disediakan.

5) Setelah itu, guru menyediakan ruang bagi murid untuk menyusun atur nama alatan mengikut gambar.

6) Guru meminta murid untuk berkumpul lalu menerangkan fungsi bagi setiap alatan mengikut gambar dan membuat penilaian terhadap susun atur nama alatan.

AKTIVITI 20 MINIT

MENCARI HARTA KARUN

1) Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.

2) Dalam aktiviti ini, murid diberi arahan untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain dan perlu mencari kata kunci seterusnya sehingga mendapat kata kunci TAMAT.

3) Setiap kata kunci memiliki fungsi bagi nama alatan. 5) Oleh itu, mereka perlu berkumpul setiap fungsinya lalu perlu memadankan fungsi dengan susun atur nama alatan.

4) Penilaian akan dibuat oleh guru.

PENILAIAN 5 MINIT1) Guru memberikan lembaran kerja untuk menilai kefahaman murid.

PENUTUP 5 MINIT1) Guru menayangkan sebuah video berkaitan dengan tajuk pada hari itu.

2) Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran setelah melihat video yang ditayangkan.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja-penilaian

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan asas memasak di rumah.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :