rph tahun 2 (1.4.9)

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Manipulasi Alatan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.4.9 Mengelecek bola menggunakan tangan. 2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan. 5.4.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Melakukan kemahiran mengelecek bola menggunakan tangan. (ii) Kognitif Menerangkan postur badan yang perlu semasa mengelecek bola. (iii) Afektif Menunjukkan rasa puas hati melalui sorakan yang gembira selepas melakukan aktiviti perlumbaan mengelecek bola.

Upload: joelhew

Post on 27-Sep-2015

31 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

tahun 2 kssr (1.4.9)

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniModul: KemahiranAspek: 1- Kemahiran PergerakanStandard Kandungan: Manipulasi Alatan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran: 1.4.9 Mengelecek bola menggunakan tangan. 2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan. 5.4.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan.Hasil Pembelajaran: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :(i) Psikomotor Melakukan kemahiran mengelecek bola menggunakan tangan. (ii) Kognitif Menerangkan postur badan yang perlu semasa mengelecek bola. (iii) Afektif Menunjukkan rasa puas hati melalui sorakan yang gembira selepas melakukan aktiviti perlumbaan mengelecek bola.Tarikh: 22 APRIL 2015Masa: 9.40 pagi 10.10 pagiTahun: 2 BestariBilangan Murid: L- 7 P- 7Penerapan Nilai: Keyakinan diriKemahiran Berfikir: Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan. Strategi Utama: KontekstualBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran: 1. Kon - 42. Bola Baling- 8 biji3. Pembesar Suara- 14. Skitel- 8Bahagian / MasaAktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi KelasCatatan

Permulaan (5 minit)1. Kehadiran2. Kesihatan3. PakaianLucky Day Kehadiran murid direkodkan. Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat. Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus PembelajaranMemanaskan badan dengan iringan muzik untuk mewujudkan kesediaan diri dalam PnP.Organisasi Kelas Murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Setiap kumpulan akan diberi 5 biji bola yang berlainan, maknanya akan ada murid yang tiada bola. Murid-murid akan membuat dua bulatan yang besar. Apabila muzik dibunyikan, murid-murid akan melemparkan bola kepada rakan mereka masing-masing secara suka hati. Guru akan memberhentikan muzik pada bila-bila masa, dan murid yang tidak mempunyai bola di tangannya akan dikira kalah. Murid yang kalah akan didenda untuk melompat bintang sebanyak 5 kali. Aktiviti diteruskan selama 3 minit.

Ciri Strategi: Menghubungkait (Relating)

BSPP1. Kon 2. Pembesar Suara3. Bola Getah

Catatan:Menerusi akiviti ini, murid-murid akan dapat mengetahui kesan pergerakan seluruh badan bagi membantu pemanasan badan.

Perkembangan (10 minit)Melantun BolaFokus PembelajaranMemukul bola dengan pemukul ke atas dan ke hadapan.Organisasi Kelas Guru memberi penerangan dan menunjukkan demonstrasi cara mengelecek dengan bantuan murid-murid.i. Guna tangan kanan dan kiri.ii. Imbangkan dirian dan lutut fleksi.iii. Bola di depan atau di sisi kaki, selari dengan tangan yang melantun.iv. Bola dilantun pada paras pinggang.v. Lihat bola dan arah sasaran. Guru memberi latihan ansur maju kepada pelajar dan menunjukkan cara pelaksanaannya. Murid akan dibahagikan kepada 4 kumpulan besar. Dalam setiap kumpulan, secara bergiliran, seorang murid dikehendaki melantun bola setempat pada aras pinggang dengan menggunakan tangan kanan dan kiri secara berselang-seli. Setiap murid perlu melantun bola sebanyak 5 kali ulangan masing-masing bagi tangan kanan dan kiri. Kemudian, murid yang telah melantun bola akan meneruskan dengan mengelecek bola setempat sehingga rakan sekumpulan yang seterusnya mula mengelecek bola. Aktiviti berakhir apabila semua murid melaksanakan pergerakan mengelecek bola.

Ciri Strategi Mengalami (Experiencing)

BSPP1. Bola Baling

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat mengalami pergerakan melantun yang akan mengawal aras ketinggian bola semasa mengelecek bola.

Kemuncak (10 minit)Lumba Mengelecek BolaFokus PembelajaranMengelecek bola dengan bergerak secara dinamik. Organisasi Kelas Murid-murid dibahagikan secara rata kepada 2 kumpulan, Kumpulan A dan B. Setiap ahli kumpulan perlu mengambil giliran mengelecek bola dari skitel 1 ke skitel 2. Kemudian, murid mengolek bola kembali kepada ahli sekumpulan untuk meneruskan giliran yang seterusnya dan duduk di belakang skitel 2 sementara menunggu rakannya yang lain. Keempat-empat kumpulan akan mula serentak. Kumpulan yang selesai semua gliran dahulu akan sebagai pemenang.

Ciri Strategi :Memindahkan (Transferring)

BSPP1. Skitel2. Bola Baling

Catatan:Menerusi aktiviti ini, murid-murid dapat memindahkan kemahiran mengelecek yang dikuasai ke dalam situasi bergerak secara dinamik .

Penutup (5 minit)Bola Monyet & RumusanFokus Pembelajaran:Kualiti pergerakan semasa menyejukkan badanOrganisasi kelas Murid menjalankan aktiviti menyejukkan badan dengan permainan kecil Bola Monyet. Seorang daripada setiap kumpulan akan dipilih sebagai Monyet. Monyet perlu berdiri di tengah dan cuba menangkap bola yang dihantar oleh rakan sekumpulan. Apabila Monyet dapat menangkap bola, rakan yang menghantar bola tadi akan digantikan menjadi Monyet pula.

Guru memberi peluang kepada murid untuk membincangkan kunci kejayaan dan masalah yang mereka hadapi dalam pembelajaran hari ini dengan berdiri di tengah bulatan yang ditanda dengan kon.

Guru menjalankan sesi soal jawab dan rumusan isi pelajaran. Antara soalan yang dilontarkan ialah:i. Apakah ketinggian yang sepatutnya bola melantun semasa mengelecek bola?ii. Bagaimanakah postur badan semasa mengelecek bola?

Ciri Strategi :Memusatkan murid

BSSP1. Kon 2. Bola Getah

Catatan:Melalui aktiviti menyejukkan badan, murid-murid dapat menurunkan suhu badan dan kadar nadi secara perlahan-lahan.

Melalui rumusan daripada guru, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran.