rph pj mencongklang tahun 1 minggu 3

11
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 1 Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kauluan , Tuaran , Sabah Guru : Mohd Hafizuddin Bin Hasan (910531-11-5097) Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Aspek : 1.1 Kemahiran Pergerakan Tajuk : Mencongklang (Galloping) / Unit 7 Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu) Masa : 07.20 pagi 07.50 pagi (30 minit) Tahun : 1 Bilangan Murid : 10 orang ( 7 lelaki , 3 perempuan ) Purata Umur : 7 Tahun Objektif Pembelajaran : Berkebolehan melakukan pergerakan mencongklang dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.2.1 Melakukan pergerakan mencongklang.

Upload: mohd-hafizuddin-hasan

Post on 19-Oct-2015

163 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

mencongklang

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANI KSSR TAHUN 1

Sekolah: Sekolah Kebangsaan Kauluan , Tuaran , SabahGuru: Mohd Hafizuddin Bin Hasan (910531-11-5097)Mata Pelajaran : Pendidikan JasmaniAspek: 1.1 Kemahiran PergerakanTajuk : Mencongklang (Galloping) / Unit 7Tarikh : 19 Februari 2014 (Rabu)Masa: 07.20 pagi 07.50 pagi (30 minit)Tahun : 1Bilangan Murid: 10 orang ( 7 lelaki , 3 perempuan )Purata Umur: 7 TahunObjektif Pembelajaran: Berkebolehan melakukan pergerakan mencongklang dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran: 1.2.1 Melakukan pergerakan mencongklang. 2.2.1 Menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. 5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan. Pengalaman Sedia ada: Murid pernah melihat perlakuan mencongklang seperti perbuatan meniru pergerakan kuda.Penerapan Nilai Murni : Patuh pada arahan guru , keseronokan , keyakinan , menjaga keselamatan dan bekerjasama.KBKK : TKP: Kinestetik, Verbal linguistik KB: menjana idea dan menghubungkaitEMK: Kreativiti Penggabungjalinan: Ketangkasan dan koordinasiKesepaduan: Bahasa Melayu (arahan) , Pendidikan Moral (nilai) , Muzik (aktiviti dengan iringan muzik)Alatan: Skital Besar (8) , Marker (14) , Wisel (1) , Gelung (10) , Tali (10) , Kad Bernombor (4) , Lembaran Kerja (10) , Pundi Kacang (10)

Bahagian/MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Permulaan(5 Minit)Aktiviti Meningkatkan Kadar Nadi

Permainan Cabut Ekor Kuda

Setiap murid akan diberikan seutas tali untuk diletakkan di belakang seluar. Apabila wisel dibunyikan,setiap murid perlulah bergerak secara mencongklang seperti kuda yang berlari. Murid perlulah cuba mencabut ekor yang terdapat pada kawan dan mengelak daripada ekornya sendiri di cabut. Murid yang telah dicabut ekornya hendaklah mencongklang secara setempat.

GGGG

G

KAEDAH/STRATEGI-TKP : -Kinestetik

ABM/BBM-Skital besar-Skital kecil-Tali-Wisel

PENGGABUNGJALINAN-Ketangkasan

NILAI MURNI-Patuh pada arahan guru-Keseronokan-Menjaga keselamatan

Bahagian/MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Gerak Kerja Kelas(10 Minit)Aktiviti 1Mencongklang bebas dengan iringan muzik

Aktiviti 2Mencongklang Ikut Arah Jam

Aktiviti 3Mencongklang Laluan Zig-zag

Guru menunjukkan demonstrasi perlakuan yang betul ketika mencongklang. Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Kaki dominan dibawa ke hadapan dan lutut fleksi. Bergerak dengan kaki dominan sentiasa berada di hadapan dan kaki bukan dominan di belakang. Murid akan membawa gelung sambil mencongklang.

Dua orang murid akan dipilih untuk mengetuai barisan kumpulan masing-masing. Guru akan memegang kad bernombor arah jam. Apabila guru mengangkat nombor 6 misalnya,ketua perlu membawa ahlinya ke arah jam no 6 secara mencongklang. Aktiviti diulang dengan menukar ketua.

Apabila wisel ditiup,murid paling hadapan akan mencongkang secara zig-zag. Murid-murid akan mencongklang secara zig-zag melalui marker yang telah disusun oleh guru. Setelah tiba di marker paling hujung,murid perlu berpatah balik untuk giliran rakan yang seterusnya.

GGGG

G

G

1

G

93

6

G

KAEDAH/STRATEGI-TKP : -Kinestetik

ABM/BBM-Skital besar-Marker-Gelung-Wisel

NILAI MURNI-Patuh pada arahan guru-Keyakinan-Bekerjasama

KAEDAH/STRATEGI-TKP : -Kinestetik

ABM/BBM-Skital besar-Marker-Kad bernombor-Wisel

KBKK-Menjana idea

PENGGABUNGJALINAN-Ketangkasan

NILAI MURNI-Patuh pada arahan guru-Keyakinan-Bekerjasama

Bahagian/MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Permainan Kecil(10 Minit)

Permainan Lumba Mencongklang

Setiap ahli kumpulan akan mencongklang secara zig-zag melalui marker yang telah disusun ke arah gelung di hadapan. Murid akan mengambil satu pundi kacang dan berpatah semula ke garisan permulaan secara mencongklang. Ahli kumpulan seterusnya akan meneruskan permainan setelah rakan berjaya menghabiskan satu pusingan permainan. Kumpulan yang berjaya mengambil semua pundi kacang di dalam gelung akan dikira sebagai pemenang.G

KAEDAH/STRATEGI-TKP : -Kinestetik

EMK :-Kreativiti

ABM/BBM-Skital besar-Pundi Kacang-Gelung-Marker-Wisel

KBKK-Menghubungkait

PENGGABUNGJALINAN-Ketangkasan

NILAI MURNI-Patuh pada arahan guru-Keseronokan-Menjaga keselamatan

Bahagian/MasaAktivitiButiran MengajarOrganisasiCatatan

Penutup(5 Minit)Gerak KendurAktiviti Regangan Otot

Soalan Pentaksiran

Aktiviti regangan dimulakan dengan menolak kepala ke atas dan ke bawah. Kepala di tolak ke kanan dan ke kiri. Pergelangan tangan tangan kanan dan kiri dibengkokkan ke atas dan ke bawah. Kaki kanan dan kiri dibengkokkan ke atas.

Setiap murid diberikan soalan pentaksiran sebagai kerja rumah.

GGGGG

KAEDAH/STRATEGI-TKP : -Kinestetik

ABM/BBM-Skital besar-Lembaran kerja-Wisel

KBKK-Menjana idea

NILAI MURNI-Patuh pada arahan guru-Keseronokan-Bekerjasama

i.Kekuatan :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ii.Kelemahan ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

iii.Cadangan penambahbaikkan :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________v.Ulasan Guru Pembimbing/Pensyarah Pembimbing :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Disediakan Oleh :

_________________________(Mohd Hafizuddin Bin Hasan)Disemak Oleh:

__________________(Guru Pembimbing)Disahkan Oleh :

_____________________(Pensyarah Pembimbing)