rph monyet yg pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang...

11
ir RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 Masa : 60 minit Tahun : 4 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tajuk : Monyet Yang Pintar Objektif : Pada akhir pengajaran, murid akan dapat Menyebut melalui pengucapan yang betul melalui dialog yang dibaca. Membaca ayat atau dialog yang pendek dan panjang dengan sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai. Membina dan menulis ayat dengan menggunakan ayat adjektif Hasil Pembelajaran Fokus Utama 7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks. 7.1 Membaca dan menerangkan maksud dan kandungan teks Fokus Sampingan 8.4 Membina dan menulis ayat berdasarkan sesuatu perkara. Kemahiran bahasa 1. Membaca 2. Menulis Sistem Bahasa Kata adjektif

Upload: perdull-der-chopper

Post on 04-Jan-2016

105 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

ir RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYUTAHUN 4

Masa : 60 minitTahun : 4Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTajuk : Monyet Yang Pintar

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid akan dapat

Menyebut melalui pengucapan yang betul melalui dialog yang dibaca.

Membaca ayat atau dialog yang pendek dan panjang dengan sebutan dan intonasi serta nada yang sesuai.

Membina dan menulis ayat dengan menggunakan ayat adjektif

Hasil Pembelajaran

Fokus Utama

7.0 Membaca, menaakul dan menghayati kandungan teks.

7.1 Membaca dan menerangkan maksud dan kandungan teks

Fokus Sampingan

8.4 Membina dan menulis ayat berdasarkan sesuatu perkara.

Kemahiran bahasa

1. Membaca2. Menulis

Sistem Bahasa Kata adjektif

Pengisian Kurikulum

Kemahiran berfikir (menjana idea)

Page 2: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

BCB – Kemahiran berdialog dengan kuat dan mendengar dengan berkesan, menyebut dengan baik, membaca dengan intonasi yang betul

Kecerdasan pelbagai – Verbal linguistic, Interpersonal Pembelajaran koperatif

Penyerapan nilai

Bekerjasama Berusaha Gigih Yakin pada diri

Page 3: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Langkah/masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

- Menunjukkan

beberapa keping

gambar binatang

kepada murid.

- Menyoal murid tentang nama

binatang tersebut.

- Membincangkan tentang sifat-

sifat binatang tersebut.

- Meminta murid beraksi dengan

membunyikan perihal binatang

tersebut.

ABM – Gambar

binatang

(monyet, singa

arnab, kambing,

kijang

Langkah 1

(10 minit)

Bacaan dan

pemahaman teks

Guru menerangkan

jalan cerita.

Aktiviti 1

1) Guru membahagikan teks

bertajuk “Monyet Yang Pintar”

kepada setiap murid.

2) Murid membaca cerita itu sambil

memahami cerita tersebut.

3) Beberapa orang murid

membaca dialog dengan kuat

mengikut watak dalam cerita

tersebut. Contoh dialog

“Jangan beri muka kepada singa

yang kejam itu. Ada hati dia mahu

makan kita. Kita mesti

membunuhnya sebelum kita

menjadi mangsa seterusnya.”

ABM – Petikan

teks

Belajar cara

belajar

- kemahiran

mendengar

- belajar

menyebut ayat,

dialog dengan

kuat

- Menyebut

dengan intonasi

yang betul

Langkah 2

(20 minit)

Perbincangan tentang

kandungan teks.

Aktiviti 1

- Guru menerangkan maksud

simpulan bahasa dan memberikan

contoh-contoh simpulan bahasa

supaya murid faham dengan

Kecerdasan

pelbagai

- Verbal

Linguistik

Page 4: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

tugasan yang akan dibuat.

Contoh:

1. Ada hati

2. Panas hati

3. Beri muka

4. Naik darah

- Murid dibahagikan kepada 3

kumpulan

- Guru memberikan tugasan

kepada setiap kumpulan.

Kump 1

1) Meminta murid memberi

maksud setiap simpulan bahasa

itu

Kump 2

1) Murid dikehendaki membina

ayat dengan menggunakan

simpulan bahasa tersebut.

Kump 3

1) Meminta murid

menyuaipadankan simpulan

bahasa itu dengan watak dalam

teks tersebut.

Contoh:

Ada hati adalah sifat Singa

- Setiap kumpulan akan

membentangkan tugasan dan guru

akan menerangkan kembali

tugasan murid supaya murid

dapat menulis dalam buku catatan

Nilai

- Yakin pada diri

- Bekerjasama

- Berusaha

Pembelajaran

koperatif

Kemahiran

berfikir

- Menjana idea

Page 5: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

Langkah 3

(10 minit)

Membina ayat

menggunakan kata

adjektif.

Contoh:

1. Ganas

2. Tua

3. Marah

4. Bengis

Aktiviti 1

1) Guru menerangkan tentang

maksud kata adjektif.

2) Murid-murid mencatat dan

membina ayat menggunakan kata

adjektif dalam buku latihan.

Kecerdasan

pelbagai

- Verbal

Linguistik

- Interpersonal

- Kemahiran

berfikir

Nilai

- Bekerjasama

- Berusaha

menjawab

- Gigih

Langkah 4

(10 minit)

Lembaran kerja 1) Guru mengedarkan lembaran

kerja kepada murid.

2) Murid diminta menjawad soalan

kefahaman berdasarkan teks

cerita tersebut.

3) Guru memantau kerja murid dan

mengarahkan murid menampal

lembaran kerja itu dalam buku

latihan.

ABM- Lembaran

kerja

Penutup

(5 minit)

Rumusan 1) Guru membuat rumusan

tentang topik yang dibincangkan.

2) Guru meminta murid agar

menjadikan teladan dari peristiwa

yang berlaku dalam cerita “Monyet

yang pintar.”

Page 6: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

Lembaran Kerja

Jawab soala-soalan di bawah berdasarkan teks cerita “Monyet Yang Pintar.”

1) Di manakah binatang-binatang itu tinggal?

Page 7: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

2) Kenapa monyet dikatakan pintar?

3) Bagaimanakah perwatakan singa?

4) Apakah perwatakan yang dibawa oleh monyet?

5) Kenapa semua binatang takut kepada singa?

Monyet Yang Pintar

Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa

di tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan

Page 8: Rph Monyet Yg Pintar. monyet yang terlepas dari zoo taiping telah sesat di dalam hutan batas lintang pulau pinang

raja di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering

menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut, mencari jalan

untuk menghapuskan singa itu.

“Biar saya pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu kepadanya

agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi.” Kata kambing kepada rakan-

rakannya.

Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.

“Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu

hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari.” Terdiam semua

binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.

Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu

berkata dengan marah.

“Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan

kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.”

“Tapi bagaimana, kijang?” sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.

“Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,”

kata monyet dengan berapi-api.

Esokya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu.

“Mengapa lambat, ha? Engkau tahu tak, aku lapar?” herdik singa.

“Ma…..ma….maafkan patik tuanku, semasa dalam perjalanan ke sini, patik

telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja,” sembah monyet pura-

pura ketakutan.

“Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si

bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya!” kata singa dengan bengis.

Panas hati singa mendengar penjelasan monyet.

Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi

tersebut, monyet pun berkata, “Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,”

monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang

masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang

dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.

Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman

dan bahagia.