rph dunia muzik

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA MUZIK Mata Pelajaran : Dunia Muzik Kelas : 1 Bestari Tarikh : 27/8/2015 (Selasa) Masa : 10.30-11.10 pagi Bilangan murid : 25 orang Tema : Aku dan Muzik Tajuk : Haiwan Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah mendengar bunyi - bunyi haiwan. 2. Murid mempunyai pengalaman menyanyi lagu kanak-kanak. Gaya pembelajaran : Visual - 5 : Audio – 14 : Kinestetik - 6 Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti-mewarnakan gambar haiwan. Penerapan nilai : Berdisiplin-mengikut arahan. Objektif pengajaran :Di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti, murid akan dapat: 1. Menyanyi lagu bunyi haiwan mengikut muzik. 2. Menyenaraikan 3 jenis haiwan spesies burung. 3. Mewarnakan gambar haiwan mengikut kreativiti masing-masing. Bahan Bantu Mengajar: Video, Powerpoint, Audio, lembaran kerja. MASA ISI PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Upload: nur-syaza-mohamad-rosli

Post on 06-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dunia Muzik

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Dunia Muzik

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

DUNIA MUZIK

Mata Pelajaran : Dunia Muzik

Kelas : 1 Bestari

Tarikh : 27/8/2015 (Selasa)

Masa : 10.30-11.10 pagi

Bilangan murid : 25 orang

Tema : Aku dan Muzik      

Tajuk                  : Haiwan

Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid pernah mendengar bunyi - bunyi haiwan.

2. Murid mempunyai pengalaman menyanyi lagu kanak-kanak.

Gaya pembelajaran : Visual - 5

: Audio – 14

: Kinestetik - 6

Elemen Merentas Kurikulum: Kreativiti-mewarnakan gambar haiwan.

Penerapan nilai : Berdisiplin-mengikut arahan.

Objektif pengajaran    :Di akhir pengajaran dan pembelajaran nanti, murid akan dapat:

1. Menyanyi lagu bunyi haiwan mengikut muzik.

2. Menyenaraikan 3 jenis haiwan spesies burung.

3. Mewarnakan gambar haiwan mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan Bantu Mengajar: Video, Powerpoint, Audio, lembaran kerja.

MASA ISI PENGAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi

(5 minit)

Tempo cepat dan

lambat.

1. Guru menayangkan video perlumbaan

antara kura-kura dan arnab kepada murid.

2. Murid diminta untuk menunjukkan cara

kura-kura berlari.

3. Murid diminta untuk menunjukkan cara

arnab berlari.

4. Guru menyoal murid: Apakah perbezaan

antara cara larian kura-kura dan arnab.

5. Murid dijangkakan menjawab beramai-

BBM: Video

Kemahiran berfikir:

Membanding beza

Page 2: RPH Dunia Muzik

ramai: Kura-kura berlari lambat. Arnab

berlari laju.

Langkah 1

(10 minit )

Dengar muzik dan

menyanyi

1. Murid mendengar dan memberi tumpuan

kepada lagu “Bunyi-bunyi Haiwan” yang

dipasangkan oleh guru.

2. Guru membimbing murid menyanyikan

lagu “Bunyi-bunyi Haiwan” bait demi bait.

3. Guru mengarahkan murid menyanyikan

keseluruhan lagu berbantukan iringan

muzik.

4. Guru menayangkan slide tentang lirik

lagu “Bunyi-bunyi Haiwan”.

5. Murid diarahkan untuk menyalin semula

lirik lagu tersebut dalam buku latihan muzik

masing-masing.

BBM: Powerpoint

Langkah 2

(12 minit)

Mewarna gambar

haiwan

1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang

mengandungi gambar haiwan: ayam, itik,

dan burung.

2. Murid diarahkan untuk mewarnakan

lembaran kerja yang diberikan oleh guru

mengikut kreativiti masing-masing dalam

masa 10 minit.

3. Murid diarahkan untuk menghantar

tugasan tersebut kepada guru untuk

disemak.

BBM:Lembaran

kerja

Langkah 3

(10 minit)

Murid menyanyi

lagu “Bunyi-Bunyi

Haiwan” beserta

gaya

1. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan.

2. Guru memperdengarkan sekali lagi lagu

“Bunyi-Bunyi Haiwan” kepada murid.

3. Murid dikehendaki untuk menyanyikan

lagu dan membuat gaya yang sesuai

mengikut kreativiti dalam kumpulan

masing-masing.

4. Murid dikehendaki untuk

BBM: Audio

Page 3: RPH Dunia Muzik

mempersembahkan nyanyian dan gaya

hasil daripada perbincangan dalam

kumpulan masing-masing.

5. Guru memberi peneguhan positif

kepada murid hasil daripada

persembahan kreatif mereka.

Penutup

(3 minit)

Rumusan

Soalan Guru :Apa yang kamufaham tentangpelajaran hari ini?

1. Guru bertanya kepada beberapa orang murid tentang pelajaran dipelajari.

2. Murid menjawab berdasarkan kefahamannya dalam bentuk rumusan dengan bantuan guru.

Kemahiran berfikir:

Membuat

kesimpulan