rph-bola-keranjang-1.docx

14
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Tunjang : Kemahiran Tarikh : 21/07/2013 Masa : 8.00 Pagi – 9.00 Pagi Tahun : 5 Cemerlang Umur :11 tahun Bilangan Murid : 30 Orang Tema : Bola Keranjang Tajuk : Kemahiran menghantar dan menyambut bola Hasil Pembelajaran : Murid-murid dapat 1. mengetahui teknik asas menyambut dan menghantar bola keranjang 2. memahami teknik dan cara menyambut dan menghantar bola keranjang Objektif Pengajaran Dan Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Psikomotor : melakukan kemahiran menghantar dan menyambut bola dengan Teknik yang betul 2. Kognitif : menyatakan teknik dan cara menghantar dan menyambut bola yang betul. : memerhati teknik menghantar dan menyambut murid lain dan

Upload: tiewwin123

Post on 27-Sep-2015

366 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

bola keranjang

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjang: KemahiranTarikh: 21/07/2013Masa: 8.00 Pagi 9.00 PagiTahun: 5 CemerlangUmur:11 tahunBilangan Murid: 30 OrangTema: Bola KeranjangTajuk: Kemahiran menghantar dan menyambut bolaHasil Pembelajaran: Murid-murid dapat1. mengetahui teknik asas menyambut dan menghantar bola keranjang2. memahami teknik dan cara menyambut dan menghantarbola keranjangObjektif Pengajaran Dan Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran,murid-murid dapat:1. Psikomotor: melakukan kemahiran menghantar dan menyambutbola dengan Teknik yang betul2. Kognitif : menyatakan teknik dan cara menghantar dan menyambut bola yang betul. : memerhati teknik menghantar dan menyambut murid lain dan menyatakan kesalahan yang dilakukan. 3. Afektif : bekerjasamamelakukan aktiviti pembelajaran:memahami dan mematuhi peraturan keselamatan semasa beraktiviti bagi menjaga keselamatanKemahiran bahasa : mendengar, bertutur dan memerhatiSistem bahasa : kosa kata bola keranjangPengisian kurikulum : kerjasama, bantu-membantu dan semangat berpasukanBahan Bantu Mengajar : Bola keranjang, kon, bibs dan wiselPengetahuan sedia ada : Murid-murid pernah bermain bola keranjang, : Murid-murid pernah menyaksikan pertandingan bola keranjang

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Induksi set(5 minit)Aktiviti Permainan Kecil : Jala dan ikan

1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dengan mengikut nombor genap dan nombor ganjil. 2. Kumpulan nombor ganjil akan menjadi jala, manakala kumpulan nombor genap akan menjadi ikan.3. Guru menerangkan peraturan untuk menjalankan aktiviti permainan kecil ini termasuk kawasan bermain.4. Aktiviti ini akan dihentikan semasa guru meniup wisel.

Kemahiran: Mendengar

Alatan: Wisel

Nilai:Semangat pasukan

Regangan yang dibuat bermula dari :i) Kepalaii) Tanganiii) Kaki

Soalan Guru:Apakah kepentingan memanaskan badan?Jawapan : supaya tidak cedera.1. Selepas aktiviti permainan kecil, guru bermula membuat regangan otot-otot.2. Murid-murid mengikut cara yang ditunjuk oleh guru.3. Guru menerangkan kepentingan memanaskan badan kepada semua murid.

Pertama(30 minit)Aktiviti cubaan hantaran dan menyambut bola Lambung bola ke atas dan menyambutnya dengan dua belah tangan di aras muka.1. Guru menerangkan teknik lambung bola dan menyambut bola.2. Guru mengarah murid membentuk kumpulan dengan sekumpulan 2 orang untuk melakukan secara bergilir-gilir.Kemahiran:Mendengar,Memerhati,Bertutur

Alatan:Bola keranjang,Wisel

Nilai:Kerjasama

Aktiviti hantaran lantun

Teknik hantaran lantun: Kedua-dua belah tangan memegang bola pada aras dada Pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai dengan jarak 1/3 agar bola dilantunkan semula dan dapat disambut oleh ahli pasukannya.

Teknik menyambut bola (hantaran lantun): Sambut bola dan menggunakan kedua-dua belah tangan berada di hadapan badan iaitu pada aras pinggang. Pastikan bola disambut dengan jari-jari, bukan dengan menggunakan tapak tangan.

Latihan menghantar dan menyambut hantaran lantun

BA A akan menghantar kepada B melalui hantaran lantun dan B akan menyambut bola tersebut. B pula akan menggunakan teknik hantaran lantun menghantar bola kepada A dan A akan menyambung bola tersebut.

1. Guru menerangkan teknik dan tujuan hantaran lantun dalam bola keranjang.2. Guru mengarahkan murid membuat sekumpulan 2 orang bagi meneruskan hantaran lantun.3. Guru meniup wisel sebagai tanda tamatnya aktiviti pertama.

Aktiviti hantaran aras dada dan menyambut bola.

Teknik hantaran aras dada: Bersedia dengan memegang bola dengan dua belah tangan. Pegang bola atas paras dada dengan siku menghampiri badan. Berdiri dalam keadaan satu kaki di depan dan satu kaki di belakang. Melangkah apabila menuju ke sasaran dan menolak tangan ke hadapan. Gunakan ibu jari dan jari-jari lain untuk menolak bola ke depan. Bola dihantar ke paras dada penerima. Tapak tangan terbuka ke tepi setelah bola ditolak keluar.

Teknik menyambut bola (hantaran aras dada) : Kedua-dua belah tangan dihulur lurus ke arah bola. Tangan terbuka, jari direnggangkan. Sebaik sahaja bola disambut, siku tangan dibengkokkan dan bola dirapatkan dengan badan. Kaki melangkah selangkah balik serentak apabila menerima bola iaitu kaki depan bergerak ke belakang.

Latihan menghantar dan menyambut hantaran aras dada

CB

A

FD

E

A hantar bola kepada B, B hantar balik kepada A. A terus hantar kepada C, C hantar balik kepada A dan seterusnya sehingga A menerima hantaran daripada F. Peserta F akan mengambil alih tempat A yang akan yang berada di pusat bulatan. Latihan akan ditamatkan apabila sampai giliran peserta A yang berada di pusat bulatan. Variasi: a. Tukar arah hantaran b. Hantaran secara perlahan c. Hantaran secara pantas

1. Guru menerangkan teknik dan tujuan hantaran aras dada serta menyambut bola dalam bola keranjang.2. Guru mengarahkan murid untuk membentuk bulatan dengan seramai 6 orang bagi meneruskan hantaran aras dada.3. Guru meniup wisel sebagai tanda tamatnya aktiviti kedua.

Aktiviti gabungan hantaran aras dada dan hantaran lantun

A

B

A berlari ke depan dan menerima bola daripada B. B seterusnya bergerak ke depan dan menerima hantaran daripada A.1. Guru memberi arahan kepada murid bagi menjalankan aktiviti gabungan hantaran aras dada dan hantaran lantun.2. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan berdua bagi meneruskan aktiviti ini.3. Guru meniup wisel sebagai tanda tamatnya aktiviti ketiga.4.

Kedua(20 minit)Permainan kecil

Pusingan pertama

Pusingan 1: 14 pelajar terlibat

Pusingan kedua

Pusingan 2: 16 pelajar terlibat

Petunjuk:

Wakil pasukan/penjaring

Pemain/murid-murid

Kon1. Guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan yang terdiri daripada 14 dan 16 murid. 2. Guru mengehadkan kawasan dan membezakan pasukan murid dengan memberikan salah satu pasukan memakai bibs. 3. Setiap pasukan menghantar satu wakil untuk menyambut bola yang diertikan sebagai penjaring. Wakil pasukan masing-masing berdiri dalam lingkungan kon yang disediakan.4. Setiap jaringan yang diperoleh mewakili satu mata. 5. Tempoh masa yang dikenakan adalah selama 10 minit bagi setiap pusingan.

Alatan: Wisel,Bibs,Kon

Kemahiran: Mendengar,Memerhati

Nilai:Kerjasama,bantu-membantu,semangat berpasukan

Penutup (5 minit)Sejukkan badan

1. Guru membuat regangan dari kepala ke kaki.1. Pelajar mengikuti cara guru. Kemahiran: Bertutur

Refleksi

1. Guru bertanya kepada pelajar tentang kemahiran yang dipelajari.