rph blog pi shaliza

4
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 1. Mata pelajaran : Pendidikan Islam – Jawi Kelas : 1 Delima ( Pemulihan ) Tarikh / Hari : 20 Februari 2014 – Hari Khamis Masa : 10.10 – 11.10 pagi ( 60 minit ) Bilangan murid : 8 orang ( 6 - lelaki, 1 – perempuan ) Tajuk : Suku kata terbuka Standard kandungan : 7.1 ) Membaca, membina dan menulis suku kata terbuka. Standard pembelajaran: 7.1.2 – Membaca, membina dan menulis suku kata terbuka dengan betul. Objektif : Murid dapat :- 1) Mengenal dan membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul. 2) Membina suku kata terbuka dengan betul. 3) Menulis suku kata terbuka dengan betul. Kemahiran berfikir : Mengkelaskan suku kata terbuka. Penerapan nilai : Beradab sopan ketika menuntut ilmu. Gabung jalin : Akhlak : Beradab sopan ketika menuntut ilmu. Penyerapan : Bahasa Melayu E.M.K : EK 1.8 ) Kesanggupan belajar daripada kesilapan. EK 1.1 ) Bertanggungjawab terhadap keputusan. EK 1.6 ) Keinginan kepada maklum balas segera.

Upload: sharifah-muminah

Post on 30-Jul-2015

238 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph blog pi shaliza

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Islam Tahun 1.

Mata pelajaran : Pendidikan Islam – Jawi

Kelas : 1 Delima ( Pemulihan )

Tarikh / Hari : 20 Februari 2014 – Hari Khamis

Masa : 10.10 – 11.10 pagi ( 60 minit )

Bilangan murid : 8 orang ( 6 - lelaki, 1 – perempuan )

Tajuk : Suku kata terbuka

Standard kandungan : 7.1 ) Membaca, membina dan menulis suku kata terbuka.

Standard pembelajaran: 7.1.2 – Membaca, membina dan menulis suku kata terbuka dengan betul.

Objektif : Murid dapat :-

1) Mengenal dan membaca perkataan suku kata terbuka dengan betul.2) Membina suku kata terbuka dengan betul.3) Menulis suku kata terbuka dengan betul.

Kemahiran berfikir : Mengkelaskan suku kata terbuka.

Penerapan nilai : Beradab sopan ketika menuntut ilmu.

Gabung jalin : Akhlak : Beradab sopan ketika menuntut ilmu.

Penyerapan : Bahasa Melayu

E.M.K : EK 1.8 ) Kesanggupan belajar daripada kesilapan. EK 1.1 ) Bertanggungjawab terhadap keputusan. EK 1.6 ) Keinginan kepada maklum balas segera.

Bahan bantu mengajar: 1) Kad imbasan 2) Kad gambar 3) Lembaran kerja

Page 2: Rph blog pi shaliza

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Pendahuluan( 2 minit )

Doa sebelum belajar

Guru meminta murid-murid membaca doa belajar bersama-sama.

Adab berdoa

Set Induksi( 3 minit )

Gambar rama-rama dan susu

Murid-murid melihat gambar yang ditunjukkan oleh guru.

Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar tersebut.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

EK 1.6Keinginan kepada maklum balas segera

Langkah 1

( 20 minit )

Suku kata terbuka huruf ‘ra’ dan ‘sin’.

Murid mendengar penjelasan daripada guru mengenai suku kata terbuka dan tertutup.

Guru meminta murid mengeja suku kata tersebut mengikut gambar dan disediakan oleh guru.

BBM : Kad gambar

Langkah 2

( 15 minit )

Mengeja, mencantum dan membaca suku kata terbuka menjadi perkataan.

Permainan :

- Sampul beracun

Guru mempamerkan carta belajar suku kata terbuka ‘ra’ dan ‘sin’ kepada murid yang menerangkannya.

Murid dikehendaki membaca secara latih tubi secara indivudi dan kelas.

Guru membuat aktiviti permainan sampul beracun dan mengiringi mereka.

Cara permainan sampul beracun : Mana-mana murid yang memegang sampul semasa lagu diberhentikan, maka murid itulah yang akan disoal mengenai suku kata di dalam sampul tersebut.

Page 3: Rph blog pi shaliza

Guru bersoal jawab dengan murid secara individu, kumpulan dan kelas.

Langkah 3( 5 minit )

Penilaian dan pemulihan

Guru mempamerkan carta suku kata terbuka ‘ra’ dan ‘sin’.

Murid membaca suku kata terbuka secara latih tubi dengan bimbingan guru.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.

Guru membincangkan jawapan bersama murid.

Penutup

( 15 minit )

Pengukuhan, ulangkaji tajuk pelajaran, kuiz.

Guru member rumusan mengenai tajuk dan isi pelajaran.

Guru menyediakan kuiz suku kata terbuka.

Murid menjawab soalan kuiz suku kata terbuka secara individu.