rph 3 amali paip

8
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL KPD 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1 TUGASAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3 TAJUK : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 (AMALI KERJA PAIP) NAMA NO MATRIK MOHD ATIQ BIN ABDULLAH D20122062141 PENSYARAH : DR. ZALIZA BINTI HANAPI KUMPULAN : AT31

Upload: atiq-mohd

Post on 17-Sep-2015

287 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

RPH ketiga

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

KPD 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI & PENAKSIRAN 1

KUMPULAN : AT31

TUGASAN :RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 3TAJUK :KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TINGKATAN 1 (AMALI KERJA PAIP)

NAMANO MATRIK

MOHD ATIQ BIN ABDULLAHD20122062141

PENSYARAH : DR. ZALIZA BINTI HANAPI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANTarikh: 31/4/2015Masa: 10.00-10.40 pagi (40 minit)Tingkatan: 1 AmanKedatangan: /25Mata pelajaran: Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1Tajuk: Kerja PaipSub tajuk:1. Kerja Penyenggaraan Objektif umum: Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid dapat mengetahui jenis dan kelengkapan paip Objektif Hasil pembelajaran :Di akhir proses pembelajaran dan pengajaran, murid boleh:1) Mengenal pasti 3 jenis dan fungsi perangkap dengan betul2) Memilih dan menggunakan alatan yang sesuai untuk kerja penyenggaraan perangkap mengikut kesesuaian

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mempelajari topik jenis dan kelengkapan paip pada minggu lepas.

Strategi pengajaran : Berpusatkan murid, berpusatkan guru, dan bahan.ABM : Alatan tangan dan peralatan perangkapRujukan : Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim, Tuslah Binti Abdan, (2003), KBSM Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Selangor: Percetakan Cerdik Publications Sdn. Bhd.Langkah Keselamatan : Memastikan kipas berfungsi dengan baik. : Memastikan bengkel bersih dan selamat digunakan : Memastikan tingkap dibuka untuk dapatkan pengudaraan yang bebas

Cara penyampaian :SET INDUKSI (10.00 10.05 pagi)Tajuk : Kerja Paip1. Guru membawa murid ke singki kantin sekolah sambil menunjukkan jenis perangkap yang terdapat di singki kantin tersebut2. Guru bertanya kepada murid Mengapa perangkap singki di kantin semuanya sama sahaja? 3. Murid menjawab Murid menyatakan kemungkinan perangkap singki yang digunakan di kantin sekolah mudah untuk dipasang dan dibukaKemudian guru mengaitkan situasi tersebut dengan pembelajaran pada hari ini dan membawa murid ke bengkel amali kemahiran hidup.

Hari/MasaHasil pembelajaranIsi pembelajaranAktiviti guruAktiviti muridCatatan

Langkah 110.05 10.15 pagi(10 minit)Mengenal pasti 3 jenis dan fungsi perangkapa. Perangkap P

b. Perangkap S

c. Perangkap botol

Guru menunjukkan 3 jenis perangkap yang terdapat di bengkel amali sambil menyatakan nama jenis perangkap tersebut.

Guru membuat penerangan tentang perbezaan ketiga-tiga jenis perangkap tersebut dan fungsinya.

Guru meminta 3 orang murid untuk memegang jenis perangkap yang berbeza sambil mengenal pasti jenis dan fungsi perangkap dan meminta murid lain menyatakan betul atau salah berdasarkan kefahaman murid yang memegang perangkap.

Murid melihat jenis perangkap dan mendengar nama jenis perangkap tersebut.

Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.

Murid mendengar dan memberi respon sama ada betul atau salah.

Kaedah penyampaian :Penerangan, soal jawab

ABM : Peralatan perangkap

Strategi : Berpusatkan guru dan berpusatkan murid

Nilai :Rasional dan bekerjasama

KBKK:Menjana idea

Langkah 210.15 10.35 pagi(20 minit)Memilih dan menggunakan alatan tangan yang sesuai untuk kerja penyenggaraan perangkap mengikut kesesuaian.Langkah-langkah penyenggaraan perangkap:

1. Buka plag buangan dengan menggunakan sepana boleh laras.2. Gunakan dawai kasar untuk mengeluarkan endapan kotoran3. Selepas bersih, pasang semula nat dan ketatkan.Guru menunjukkan peralatan tangan yang digunakan untuk kerja penyenggaraan perangkap.

Guru menunjukkan kaedah menyelenggara ketiga-tiga jenis perangkap sambil membuat penerangan.

Guru meminta murid untuk memakai sarung tangan dan tidak berkelakuan negatif ketika melakukan amali di bengkel.

Guru meminta murid membina beberapa kumpulan dan mengagihkan tugas sesama ahli kumpulan untuk mencuba melakukan penyenggaraan perangkap disamping mengetahui alatan tangan yang betul.Guru memantau aktiviti amali yang sedang dilakukan oleh setiap kumpulan murid sambil membuat pembetulan jika terdapat kesalahan.

Guru meminta kumpulan murid untuk berhenti dan mengemas semula perlatan dan alatan yang digunakan.Murid melihat peralatan tangan yang ditunjukkan oleh guru

Murid melihat dan mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.

Murid memakai sarung tangan dan mendengar arahan yang diberikan oleh guru.

Murid memberi respon dengan membuat beberapa kumpulan dan melakukan tugas yang diberikan.

Setiap kumpulan murid melakukan kerja amali dengan kemas dan teratur seperti yang diajar oleh guru sebentar tadi.

Kumpulan murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru.

Kaedah penyampaian : Penerangan

ABM : Alatan tangan, perangkap

Strategi : Berpusatkan guru, murid, dan bahan

Nilai : Rasioanal dan bekerjasama

KBKK : Menjana idea

Langkah 3 10.3510.40 pagi (5minit)

PenutupGuru membuat rumusan tentang pembelajaran pada hari ini.

Guru meminta murid untuk masuk ke kelas secara teratur bagi sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran seterusnya.

Murid mendengar rumusan yang diterangkan oleh guru.

Murid mendengar arahan yang diberikan oleh guru.Kaedah penyampaian : penerangan

Nilai:Kerjasama dan rasional

Kesimpulan: Apakah yang anda pelajari hari ini?(10.35-10.40) : 1. Kerja penyenggaraanPenilaian: Pada akhir pembelajaran, guru membuat penilaian :1. Penilaian berterusan2. Guru bertanyakan soalan :a. Mengenal pasti 3 jenis dan fungsi perangkap dengan betul

Tugasan: Guru mengingatkan kepada murid untuk membuat latihan pengukuhan kerja penyenggaraan muka surat 45 hingga 47.Refleksi Diri :