risalah amalan bulan rejab bulan rejab.pdf · risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan...

16
Risalah Amalan Bulan Rejab 1 Risalah Amalan Bulan Rejab Muqaddimah Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib, yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama. Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang bulan Rejab yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan Jazakumullahu khairal jaza’.

Upload: ngodat

Post on 25-Feb-2018

280 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

1

Risalah Amalan Bulan Rejab

Muqaddimah

Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar,

tasbih, doa dan amalan-amalan lain, yang diambil dari beberapa kitab dan kutaib,

yang disusun untuk dimanfaatkan oleh diri Al-Faqir dan semua saudaraku seagama.

Sesungguhnya amalan-amalan ini seharusnya tidak ditinggalkan oleh Muslim

Mukmin dalam ubudiyyah dan perjalanannya kepada Allah sepanjang bulan Rejab

yang penuh barokah dan mulia ini. Kepada para masyaikh dan pembaca yang

melihat kesalahan dan kekurangan yang ada padanya, mohon untuk

membetulkannya dan memberitahukannya kepada Al-Faqir dan diucapkan

Jazakumullahu khairal jaza’.

Page 2: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

2

Ketika melihat anak bulan Rejab

Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

(Sayyiduna Anas ibn Malik mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi ketika

menjelang bulan Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan Ibn Abi ad-Dunya

dalam Mujab ad-Da’wah).

Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)

Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang

Sunat Mutlaq 10 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah,

Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.

Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

(Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada

waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke

dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu

meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

Riwayat Al-Bukhari)

Page 3: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

3

Kemudian, bacalah doa Nabi Adam :

(Imam Al-Azraqi meriwayatkan dengan sanadnya, bahawa ketika diturunkan dari

syurga, Nabi Adam telah melakukan tawaf 7 kali di sekeliling Ka’bah. Baginda

kemudiannya bersembahyang 2 rakaat mengadap Ka’bah. Selepas itu, Baginda

pergi ke Multazam dan berdoa dengan doa ini. Lalu Allah mewahyukan kepada

Nabi Adam : “Wahai Adam, sesungguhnya engkau telah berdoa kepadaKu dengan

doa-doa dan Aku telah memperkenankannya. Tidaklah berdoa seseorang dari

kalangan anak cucumu dengannya, melainkan Aku hapuskan keresahan dan

kesusahannya. Aku tahan daripadanya barangnya yang hilang. Aku cabutkan

kefaqiran dari hatinya. Aku jadikan kekayaan di antara dua matanya. Aku kurniakan

kepadanya keuntungan setiap orang yang berniaga dan datang dunia kepadanya

dalam keadaan terpaksa, sekalipun dia tidak mahu kepada dunia tersebut.” Rujuk

Tarikh Makkah, Abu Walid al-Azraqi, 2/370 dan Fi Rihab al-Bait al-Haram, Al-

Muhaddith Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki, ms. 52. Sayyid Muhammad al-

Maliki mengatakan: “Sanad hadith ini baik.”)

Kemudian, bacalah doa ini:

Page 4: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

4

(Sayyiduna Ali meluangkan masanya untuk beribadah pada 4 malam dalam

setahun; malam awal bulan Rejab, malam ‘Aidul Fithri, malam ‘Aidul Adha dan

malam Nisfu Sya’ban dan ini adalah antara doa dibacanya pada malam tersebut.)

Kemudian, bacalah doa ini:

(Sayyid al-Quthb ar-Rabbani, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani berkata di dalam kitabnya

Al-Ghunyah li Tholib Thoriq al-Haqq, 1/236-237, bahawa doa ini dibaca pada awal

bulan Rejab. Rujuk juga Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain

al-Fathani, 2/65 dan Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin

Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 67-69)

Page 5: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

5

Kemudian, bacalah istighfar ini:

Page 6: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

6

ڻڻںںڱڱ

ےھھھھہہہہڻڻۀۀ

﮻ ﮺﮹﮸﮷﮶﮵﮴﮳﮲ۓۓے

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini,

menambah lagi:)

Page 7: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

7

ۇۇ﮴﮲﮳ۓ ۓ ھھےے

ىىېېېېۉۉۅۅۋۋٴۇۈۆۈ ۆ

ەئ ەئائائ

(Lihat tambahan ini dalam Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin

Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 69-73 dan Amalan Bulan Rajab:

Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 16-18.

Diceritakan bahawa empunya istighfar ini ialah Abdullah ibn Asy-Syathori, seorang

yang terkenal fasiq, tetapi tidak pernah lupa membacanya setiap malam (waktu

akhir malam) di bulan Rejab, setelah sembahyang sunat 2 rakaat. Beliau akhirnya

dimuliakan jenazahnya oleh Allah . Oleh itu, Rasulullah meminta kepada

Sayyiduna Ali untuk menulisnya. Rujuk Lum’ah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn

Abdur Rahman al-Kelantani, ms. 54-62)

Selepas Isya’, bacalah sebanyak 70 kali dengan mengangkat kedua tangan:

Page 8: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

8

(Syaikh Abdul Hamid al-Qudsi, seorang ulama yang mengajar di Masjidil Haram

dalam kitabnya, Kanzun Najah was Surur menjelaskan, bahawa Wahb bin

Munabbih berkata: “Aku telah membaca di dalam kitab-kitab Allah yang

diturunkan menyatakan: Barang siapa membaca: Allahummaghfir li warhamni wa

tub’alayya”, (Ya Allah, ampunilah aku, sayangi aku dan terimalah taubatku) 70 kali

pagi dan petang, tubuhnya tidak akan tersentuh api neraka.” Rujuk juga Tuhfah al-

Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-

Linggi, ms. 67)

Khususnya pada malam ini, sangat dianjurkan memperbanyakkan istighfar.

Selain itu bersembahyang sunat, membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir,

menghadiri majlis ilmu dan mana-mana amalan hasanat (kematian) yang

mentaqarrubkan diri kepada Allah .

Amalan setiap hari dan malam di bulan Rejab sehingga hujung

bulan Rejab

Membaca doa:

Berpuasa sebanyak mana hari yang dimahu atau sepanjang bulan

(Berpuasa di bulan ini dan bulan-bulan haram (Al-Asyhur al-Hurum) mempunyai

fadhilat yang sangat besar. Terdapat hadith-hadith shahih tentang puasa pada bulan

Rejab antaranya riwayat Muslim, An-Nasa’i dan Abu Daud. Hadith-hadith lain

tentangnya termasuklah riwayat Al-Baihaqi dan Ibn Majah. Antara para ulama yang

membolehkan puasa pada bulan Rejab termasuklah Imam Izz ad-Din bin Abd as-

Salam (fatwa beliau tentangnya telah dinukilkan oleh Al-Imam al-Allamah Ibn Hajar

al-Haitami dalam kitabnya Al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah), Imam Nawawi

dalam Syarh An-Nawawi ala Shahih Muslim dan Al-Majmu’ dan juga ulama’ lain

yang ramai. Al-Imam al-Hafiz, Syaikh Ibn Rajab al-Hanbali pula menyebutkan di

dalam Latho’ifnya bahawa sebahagian daripada para Salaf, berpuasa sepenuh-

penuh bulan-bulan Haram di antara mereka Ibn Umar, Al-Hasan al-Bashri dan Abu

Ishaq as-Subaili. Sufyan ath-Tauri berkata: “Bulan-bulan haram, aku menyukai untuk

Page 9: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

9

berpuasa dalamnya.” (Rujuk Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-

Wazha’if, ms. 120). Al-Fadhil, Tuan Guru Abdul Raof Bin Haji Nurin al-Bahanji al-‘Ali

telah mengupas dengan panjang lebar tentang puasa Rejab ini di dalam blog beliau:

http://pondoktampin.blogspot.com/. Rujuk juga perbahasan tentangnya di dalam

buku Al-Faqir, Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’, Selangor: Mawleed

Publishing, Cetakan Pertama, Januari 2011, ms. 511-516)

Membaca Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar) 3 kali pagi dan 3 kali

petang:

Membaca doa Nabi Adam :

Membaca istighfar sekali di antara Zohor dan Asar:

(Syaikh Shafwari menyebutkan bahawa diriwayatkan daripada Ibn Abbas, daripada

Nabi yang bersabda (mafhumnya), barang siapa membaca pada bulan Rejab,

Page 10: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

10

Sya’ban dan Ramadhan di antara Zuhur dan Asar kali bacaan di atas, Allah akan

mewahyukan kepada dua Malaikat untuk membakarkan catatan kejahatannya dari

buku catitannya. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain

al-Fathani, 2/66-67)

Membaca istighfar Abdullah ibn Asy-Syathori:

Page 11: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

11

ڻڻڻڻںںڱڱ

ےھھےھھہہہہۀۀ

﮻﮺﮹﮸﮷﮶﮵﮴﮳ ﮲ ۓۓ

(Sayyid Hasan bin Abdullah al-Haddad ketika menghimpunkan istighfar ini,

menambah lagi:)

Page 12: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

12

ۇۇ﮴﮲﮳ۓ ۓ ھھےے

ىىېېېېۉۉۅۅۋۋٴۇۈۆۈ ۆ

ەئ ەئائائ

Membaca sebanyak 70 kali pada waktu pagi dan 70 kali petang, dengan

mengangkat kedua tangan:

Istighfar Shoghir (Istighfar Kecil) sebanyak 70 kali, terutamanya pada

waktu sahur.

Bacalah Istighfar Kabir (Istighfar Besar) dinisbahkan kepada Sayyid Ahmad

ibn Idris, sebanyak 70 kali, terutamanya pada waktu sahur.

Page 13: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

13

.

Membaca tasbih 100 kali:

Membaca doa:

Sepanjang bulan ini, siang dan malamnya, sangat dianjurkan

memperbanyakkan istighfar, selain semua amalan-amalan taqarrub kepada

Page 14: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

14

Allah ; membaca Al-Quran, bersedekah, berzikir, menghadiri majlis ilmu,

menziarahi orang-orang soleh, menyantuni fakir miskin dan anak-anak yatim

dan lain-lain.

Amalan khusus mengikut hari

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari awal Rejab

hingga 10 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 11 Rejab hingga

20 Rejab:

Tasbih ini dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, mulai dari 21 Rejab hingga

30 Rejab:

(Fadhilat membaca tasbih-tasbih ini, mengikut hari 1-10, 11-20 dan 21-30 Rejab,

akan mendapat ganjaran pahala yang tidak terhingga. Rujuk Bada’i az-Zuhur,

Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, 2/65-66)

Malam ke-27 Rejab:

Sembahyang Mutlaq 2 rakaat. Setiap rakaat, selepas Surah Al-Fatihah

sekali, dibaca Surah Al-Ikhlas 20 kali.

Selepas salam, bacalah Solawat ini sebanyak 10 kali:

Page 15: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

15

(Fadhilat: Sesiapa yang membaca doa ini pada malam ke-27 bulan Rejab, maka akan

diterima doanya, diangkat kedudukannya dan dihidupkan hatinya pada hari segala

hati menjadi mati. Rujuk Bada’i az-Zuhur, Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain

al-Fathani, 2/66 dan Al-Bahjah al-Mardhiyyah, Muhammad bin Ismail Daudi al-

Fathoni, ms. 138-139)

Bacaan ini dibaca sebanyak 35 kali pada hari Jumaat terakhir dalam bulan

Rejab, ketika khatib berada di atas mimbar:

(Syaikh Ali al-Ajhuri berkata: “Sesiapa membaca pada Jumaat terakhir dalam bulan

Rejab akan bacaan ini sebanyak 35 kali, maka tidak akan terputus rezekinya dari

dalam tangannya pada tahun itu.” Rujuk Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan, Syaikh

Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi, ms. 74)

Page 16: Risalah Amalan Bulan Rejab Bulan Rejab.pdf · Risalah yang sangat kecil ini adalah himpunan beberapa amalan berupa istighfar, tasbih, doa dan ... Aku jadikan kekayaan di ... mewahyukan

Risalah Amalan Bulan Rejab

16

Rujukan: Kitab Arab:

1. Latho’if al-Ma’arif fi ma li Mawasim al-‘Am min al-Wazha’if, Al-Imam Al-Hafiz Zain ad-

Din bin Rajab al-Hanbali, ta’liq Muhammad al-Iskandarani, Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi,

Cetakan Kedua, 1416H/ 1996M, ms. 120.

Kitab Jawi:

2. Majmu’ah Musammah bi Tuhfah al-Awthon wa al-Ikhwan fi Zikr Badh al-Azkar wa al-

Awrad wa al-Ad’iyah allati tata’allaqu bi al-Awqat wa al-Azman, Al-Arif billah, Syaikh

Ahmad bin Muhammad Sa’id bin Jamaluddin al-Linggi al-Malayuwi, Cetakan Kedua dengan

kebenaran Kerajaan Negeri Sembilan (N.S.1135/49), ms. 66-74.

3. Lum’ah al-Awrad, Syaikh Wan Ali ibn Abdur Rahman al-Kelantani, t.t, ms. 54-62.

Bahasa Melayu:

4. Bada’i az-Zuhur (Segugus Bunga Nan Indah), Al-Alim al-Allamah az-Zaki, Syeikh Wan

Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani, dikumpul oleh Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd.

Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara &

Khazanah Fathaniyah, Jilid Kedua, 1997M, ms. 64-67.

5. Amalan Pelbagai Shalat Sunat: Amalan Bulan Rejab dan Sya’ban (Bahagian Ketiga),

Syaikhuna, Syaikh Haji Wan Mohd. Shaghir Abdullah, Kuala Lumpur: Persatuan Pengkajian

Khazanah Klasik Nusantara & Khazanah Fathaniyah, 1425H/2004M, ms. 15-16.

6. Amalan Bulan Rajab: Manfaatkan Saat Mustajab, Majalah al-Kisah, Edisi 12/2009, ms. 5-

32.

7. Amalan Bulan Rejab, Ibnu Idris al-Ahmadi, Negeri Sembilan: Abnak Production, Cetakan

Kedua, Jamadil Akhir 1424H/Ogos 2003, ms. 1-45.

* dipersilakan untuk disebarkan dengan niat memanjangkan amalan dan menta’mimkan manfaat

dengan menyebut sumber rujukan demi keberkatan ilmu. Bacalah dahulu Surah Al-Fatihah sekali

untuk Rasulullah dan ahli baitih, para sahabat, tabi’in dan tabi’in, kepada seluruh Auliya’illah, para

ulama’, fuqaha’ dan muhaddithin, juga kepada semua pengarang kitab dan kutaib yang Al-Faqir

jadikan sebagai sumber ambilan dan rujukan dalam menyusun amalan ini, wa bil khushush kepada

para masyaikh yang mengajar ilmu dan amalan kepada kita…..AL-FATIHAH.

Disusun oleh:

Yang hina dan berdosa yang mengharapkan keampunan Allah Yang Mulia

Muhadir bin Haji Joll

7.13 malam, 2 Rejab 1432H/ 3 Jun 2011M

[email protected]

http://xa.yimg.com/kq/groups/26385057/1708600223/name/Risalah+Amalan+Bulan+Rejab.pdf