amalan di bulan muharam

17
Norazmi Hasshim

Upload: norazmi2012

Post on 18-Dec-2014

1.189 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

Page 2: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Tujuan penghijrahan ini adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini mengambil masa 8 hari.

Page 3: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

Berdoa merupakan satu ibadat dan perintah Allah SWT berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud : 'Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya aku mustajab untuk kamu”.( Surah Ghafir ayat 60)

Dengan kata lain kita juga hendaklah melakukan hijrah. Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa kepada Allah. Hijrah sebegini akan terus berkekalan sehingga hari kiamat. Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.

Page 4: Amalan di bulan Muharam
Page 5: Amalan di bulan Muharam
Page 6: Amalan di bulan Muharam

ن�و�ى ا م� ام�رئ� لك�ل ا ن�م� إ و� بالن ي�ات ال� ع�م�األ� ا ن�م� إ

ت� آ�ان� م�ن� ف�الله إلى ت�ه� ر� ج� ه ف� وله س� و�ر� الله إلى� ت�ه� ر� ج� ه

�ان�ت� آ و�م�ن� وله س� ور�ة� � أ ر� ام� و

أ� ا ي�ب�ه� ی�ص لد�ن�ي�ا ت�ه� ر� ج� ت�ه� ه ر� ج� ه ف� ا ه� ی�ن�كح�ل�ي�ه إ ر� اج� ه� ا م� ل�ى Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepadaإ

niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Norazmi Hasshim

Setiap Amalan dengan Niat

Page 7: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

Para ulama Hanafiah telah menyatakan kemakruhan berpuasa hari Asyura tanpa berpuasa pada hari sebelumnya (Hari Tasu`a) atau selepasnya.Mazhab Hanafi dan Maliki pula tidak memakruhkan puasa tunggal sedemikian.Sebahagian ulama yang menggalakkan puasa hari ke 9 bulan Muharam berdasarkan hujah berikut:

1- Bagi membezakan ibadah umat Islam dan orang Yahudi. Rasulullah pernah bersabda: Berpuasalah pada hari Asyura, dan berbezalah dengan orang Yahudi dengan berpuasa sebelumnya selama sehari, atau selepasnya selama sehari. [Diriwayatkan oleh Ahmad]

GALAKAN PUASA 9 MUHARAM

Page 8: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

2. Untuk menyambung puasa hari Asyura dengan ibadah puasa juga, sepertimana tegahan berpuasa tunggal hari Jumaat.

3. Berjaga-jaga dengan kesalahan hari. Boleh jadi hari kesembilan tersebut adalah hari kesepuluh, jika berlaku kesalahan dalam mengira anak bulan.

Ulama dalam Mazhab Syafiie dan Hanafi pula menggalakkan puasa pada hari ke 11 Muharam sekiranya tidak sempat berpuasa pada hari ke 9. Bahkan, Asy-Syarbini menyatakan bahawa: Terdapat bukti dari Imam Asy-Syafiie yang menyatakan galakan berpuasa selama tiga hari (9, 10, 11 Muharam) di dalam kitab al-Uum dan al-Imla`.

Page 9: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

Sejarah Asyura

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Page 10: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

1. Hari pertama Allah menciptakan alam.2. Hari pertama Allah menurunkan rahmat.3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.4. Allah menjadikan 'Arasy.5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.7. Nabi Adam a.s. dicipta. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.8. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.9. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.

Peristiwa Bersejarah Hari Asyura

Page 11: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim

10. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.11. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.11. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.12. Nabi Ayub a.s. Disembuhkan dari penyakitnya. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.13. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.14. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.15. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.16. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.17. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

Page 12: Amalan di bulan Muharam

Tarikh Hari Asyura {10 Muharram }

Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.

1. Melapangkan masa/belanja anak  isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya  iman dalam hatinya.

Page 13: Amalan di bulan Muharam

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

Page 14: Amalan di bulan Muharam

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. ” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

Norazmi Hasshim

Page 15: Amalan di bulan Muharam

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal  wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Page 16: Amalan di bulan Muharam

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan“

Bayangkanlah seandainya Allah menghantar malaikat kepada setiap daripada kita, mengatakan bahawa Dia amat mengasihi dan mencintai kita.. Ya Allah, betapa bahagianya saat itu.. Pasti tiada lagi sengketa sesama manusia dan umat Islam. Sebab apa? Kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai kasih akan seorang saudara..kerana setiap daripada kita sudah tahu nilai cinta akan seorang sahabat. Cinta yang hanya semata-mata kerana Allah..

Norazmi Hasshim

Page 17: Amalan di bulan Muharam

Norazmi Hasshim