ringkasan karangan.latihan dan nota. latihan 2. membaca

3
Bahagian A(i) ( Masa yang dicadangkan : 40 minit ) 20 markah Arahan; Baca petikan ini dengan teliti. Kemudian, tulis satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Penduduk negara ini, teutamanya golongan remaja dan pelajar perlu diberi banyak pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pengarah Bahagian Gerakan membaca, Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ), M. Kukanesan berkata bahawa faktor kurangnya tabiat membaca dalam diri ibu bapa merupakan sebab utama generasi muda sekarang kurang minat membaca. Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanam tabiat suka membaca sejak kecil lagi. Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu startegi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baru dalam pelbagai bidang. Tanpa membaca, manusia tidak tahu atau tidak mendapat idea baru, sebaliknya akan terus terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan pada alaf yang akan datang. Atas kesedaran ini, PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan ogos sebagai Bulan Membaca. Selain itu, kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain. Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan mempupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga, terutama sekali kanak-kanak. Hal ini demikian kerana tabiat ahli keluarga yang lebih dewasa biasanya akan diikuti dengan mudah oleh ahli keluarga yang masih kecil. Peranan pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memberi dorongan dan galakkan membaca dikalangan para pelajar dan mengikis tabiat membaca semata-mata untuk lulus peperiksaan, dengan demikian maka budaya minat membaca dapat disemai.

Upload: ismailhadadak7377

Post on 27-Dec-2015

47 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Karangan.latihan Dan Nota. Latihan 2. Membaca

Bahagian A(i)( Masa yang dicadangkan : 40 minit )

20 markahArahan; Baca petikan ini dengan teliti. Kemudian, tulis satu ringkasan tentang langkah-langkah untuk menggalakkan remaja membaca. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penduduk negara ini, teutamanya golongan remaja dan pelajar perlu diberi banyak pendedahan tentang budaya dan kepentingan membaca sebagai salah satu cara untuk memperkaya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pengarah Bahagian Gerakan membaca, Perpustakaan Negara Malaysia ( PNM ), M. Kukanesan berkata bahawa faktor kurangnya tabiat membaca dalam diri ibu bapa merupakan sebab utama generasi muda sekarang kurang minat membaca. Menurut beliau, ibu bapa memainkan peranan penting bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai minat membaca dan menjadikan buku sebagai teman pada masa lapang sebagai langkah untuk menanam tabiat suka membaca sejak kecil lagi.

Beliau berkata bahawa semua lapisan masyarakat perlu membudayakan amalan membaca sebagai satu startegi untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan mampu melahirkan idea-idea baru dalam pelbagai bidang. Tanpa membaca, manusia tidak tahu atau tidak mendapat idea baru, sebaliknya akan terus terpinggir daripada kemajuan dan pembangunan pada alaf yang akan datang.

Atas kesedaran ini, PNM telah melaksanakan pelbagai cara dan kempen membaca yang berterusan seperti menjadikan bulan ogos sebagai Bulan Membaca. Selain itu, kerajaan hendaklah membantu untuk memperlengkap perpustakaan sekolah dan mewujudkan perpustakaan bergerak secara lebih sistematik dan berbagai-bagai aktiviti lain.

Setiap keluarga pula digalakkan menyediakan sudut perpustakaan sendiri di rumah sebagai asas bagi mencetuskan dan mempupuk minat membaca dalam kalangan ahli keluarga, terutama sekali kanak-kanak. Hal ini demikian kerana tabiat ahli keluarga yang lebih dewasa biasanya akan diikuti dengan mudah oleh ahli keluarga yang masih kecil.

Peranan pihak sekolah juga hendaklah sentiasa memberi dorongan dan galakkan membaca dikalangan para pelajar dan mengikis tabiat membaca semata-mata untuk lulus peperiksaan, dengan demikian maka budaya minat membaca dapat disemai.

( dipetik daripada : Budaya dan tabiat membaca masyarakat kita. Dewan Masyarakat edisi 2009 )

BAHAGIAN A ( ii ) : Pemahaman( 10 markah )

Berdasarkan petikan Bahagian A, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud kata terpinggir ? ( 2 markah )

2. Nyatakan dua peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memupuk amalan membaca di kalangan anak-anak mereka ? ( 4 markah )

3. Pada pendapat anda, mengapakah amalan membaca perlu dijadikan suatu kebiasaan? ( 4 markah )

Page 2: Ringkasan Karangan.latihan Dan Nota. Latihan 2. Membaca

BAHAGIAN A( I )TIP MENJAWAB SOALAN RINGKASAN KARANGAN ( TEKNIK 7 LANGKAH )

1. Baca - Baca arahan soalan dan kenal pasti kata kunci soalan.- Baca petikan yang diberi dan fahami maksud petikan.

2. Cari -Cari isi-isi penting. ( isi-isi penting berkaitan dengan kata kunci soalan )-Cari seberapa banyak isi-isi penting dan tandakan.

3. Sedia -Sediakan rangka ringkasan.

-Hanya tulis sekurang-kurangnya 6 isi-isi penting atau lebih yang diperoleh daripada petikan yang diberi.

4. Olah -Olah ayat isi-isi penting yang ditulis pada rangka ringksan. Cara mengolah seperti berikut;

i. Isi 1 kaitkan dengan kata kunci soalan. ii. Guna penanda wacana seperti; -Selain itu,

-Di samping itu, -Seterusnya, -Selanjutnya pula, -Akhir sekali

ii. Gunakan kata hubung seperti; -dan -serta

iii.. Ringkaskan ayat-ayat tersebut dengan membuang atau meninggalkan bahagian ayat yang tidak penting seperti nama tokoh, keterangan, contoh-contoh, dan sebagainya.

5. Semak-Semak ejaan, tanda baca dan struktur ayat

6. Kira -Selepas mengolah ayat, proses mengira jumalah patah perkataan perlu dilakukan. ( kiraan mesti dibuat dalam rangka ringkasan ) -Jumalah patah perkataan mesti tidak melebihi 80 patah perkataan.

-Sekiranya jumlah patah perkataan kurang , ambil lagi isi penting yang telah dicari dan olah ayat semula.

-Jangan melebihi 80 patah perkataan dan cara mengira jumlah patah perkataan hendaklah dikira di mana ayat tersebut berakhir atau noktah terakhir.

7. Tulis -Tulis jawapan lengkap. -Tulis satu perenggan sahaja. -Jangan lupa menulis jumlah perkataan di bawah jawapan ringkasan karangan tersebut