ringkasan eksekutif projek e-glhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · ringkasan...

16

Upload: others

Post on 27-Oct-2019

208 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu
Page 2: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL

Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu berkaitan dengan kelulusan dan

penghantaran surat jaminan secara online. Kumpulan KIK CRTW ini telah ditubuhkan bagi

menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan dan penghantaran surat jaminan rawatan

pemulihan kepada pembekal rehabilitasi iaitu mengambil masa selama 3 hari 35 minit. Kelewatan

ini boleh menjejaskan perkhidmatan pengurusan hilangupaya kepada Orang Berinsurans (OB)

yang dilaksanakan oleh Cawangan Return To Work. Matlamat perkhidmatan pengurusan

hilangupaya ini diwujudkan untuk memberi pemulihan secara efektif dan efisien kepada OB yang

mengalami kecederaan akibat kemalangan atau penyakit bagi tujuan kembali semula bekerja

dengan lebih cepat dan sihat. Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah di bawah skop Bidang

Projek : Penyampaian Perkhidmatan dalam Kategori Projek : Penciptaan.

Proses kelulusan dan penghantaran surat jaminan sebelum inovasi dilakukan menggunakan dua

(2) pendekatan iaitu secara manual dan sistem yang mempunyai sembilan (9) proses kerja.

Kebanyakan proses pengeluaran surat jaminan ini adalah dibuat secara manual berbanding

melalui sistem.

Selepas projek ini dilaksanakan, proses kelulusan pengeluaran surat jaminan telah diinovasikan

secara menyeluruh dengan menggunakan sistem secara online. Proses kerja telah berjaya

dikurangkan daripada sembilan (9) menjadi dua (2) langkah sahaja.

Keberhasilan projek daripada perlaksanaan sistem E-GL ini dapat dilihat dari segi penjimatan

masa daripada 3 hari 35 minit kepada 1 hari, permohonan dan kelulusan yang boleh dilakukan di

mana-mana sahaja, dapat meningkatkan peningkatan mutu perkhidmatan kepada OB serta

dapat mengurangkan kos penggunaan kertas dan pengurangan tenaga kerja.

Impak daripada projek ini adalah dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, menjimatkan kos

kerana tidak perlu mencetak untuk mendapatkan kelulusan Pengurus Cawangan dan proses

pemulihan OB dapat dilakukan lebih awal serta membantu OB untuk kembali bekerja dengan

lebih cepat dan selamat.

Projek ini secara tidak langsung memberi nilai tambah dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar melalui pengawalan penebangan hutan serta perlepasan gas rumah hijau yang

boleh menyebabkan pemanasan global.

Page 3: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

1.0 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN

1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN

1.1.1 PENGENALAN KUMPULAN KIK

NAMA KUMPULAN : CRTW

NAMA ORGANISASI : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL

ALAMAT : TINGKAT 15, CAWANGAN RETURN TO

WORK, MENARA PERKESO,

281, JALAN AMPANG,

50538 KUALA LUMPUR.

NO TEL : 03 4264 5376

NO FAKS : 03 4257 4603

EMEL : [email protected]

TARIKH PENUBUHAN : 3 JULAI 2017

FASILITATOR : ROSHAIMI MAT ROSELY

KETUA KUMPULAN : ROSMAWATI MAT

AHLI KUMPULAN : MOHD SHAKIR MOHD SAAD

WONG FONG WEI

AMIR EFFENDI MOHAMAD

PANNIRSELVAM RAJAMANIKAM

NORHASHIMAH MOHD NOOR

NOR’AIN MOHD SALLEH

FAIZLINDA MOHD YUSOF

MOHD SHOPIAN HARUN

SURIANA MD HAMIL

1.1.2 PROJEK DAN KATEGORI

BIDANG PROJEK : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

KATEGORI PROJEK : PENCIPTAAN

1.1.3 NAMA DAN TAJUK PROJEK

NAMA PROJEK : E-GL

TAJUK PROJEK : KELULUSAN DAN PENGHANTARAN

SURAT JAMINAN SECARA ONLINE

TARIKH SIAP PROJEK : 13 OKTOBER 2017

Page 4: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

1.2 SOKONGAN DAN KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI SETIAP

AGENSI TERLIBAT

Page 5: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

2.0 SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN

a. Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari

2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada

Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau

penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seharusnya kembali semula

ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat. Program Return To Work

dilaksanakan menerusi pendekatan Pengurusan Hilangupaya yang sistematik di mana

setiap kes yang layak dan bermotivasi akan diuruskan oleh seorang Pengurus Kes

yang bertanggungjawab sebagai perantara antara OB, doktor yang merawat, majikan,

pusat rehabilitasi dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi memastikan setiap masalah

dan halangan OB dapat diselesaikan dengan kadar segera melalui pendekatan yang

terbaik.

b. Program ini yang telah berusia selama 10 tahun ini dilaksanakan dengan kerjasama

semua pihak termasuk pekerja, keluarga, majikan, doktor yang merawat, pembekal

rehabilitasi, badan bukan kerajaan, pusat vokasional dan pihak-pihak lain dalam

membantu menjayakan Program Return To Work dengan lebih efektif. Sejak program

dilancarkan sehingga 30 September 2017, seramai 17,368 OB telah berjaya dipulihkan

dan kembali semula bekerja. Kejayaan yang memberangsangkan ini telah membawa

inisiatif kepada tertubuhnya Pusat Rehabilitasi PERKESO.

c. Usaha yang dilaksanakan ini adalah selari dengan matlamat Teras Ke 4: Pelan

Strategik PERKESO untuk Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Pelanggan dalam

mencapai Ministerial Key Performance Indicator (MKPI) Kementerian Sumber Manusia

iaitu dari segi jumlah pekerja yang dipulihkan dan kembali semula bekerja. Ia juga

mendokong matlamat Rancangan Malaysia ke-11 dalam Mentransformasikan

Perkhidmatan Awam untuk Produktiviti seterusnya ke arah mencapai Wawasan 2020.

Page 6: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

d. Projek E-GL ini dihasilkan untuk menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan dan

penghantaran surat jaminan rawatan pemulihan kepada pembekal rehabilitasi iaitu

mengambil masa selama 3 hari 35 minit. Perkara ini telah melambatkan sesi rawatan

pemulihan diberikan kepada OB yang mana boleh menjejaskan proses kembali semula

bekerja dengan cepat, sihat dan selamat.

e. Sesi soalselidik telah dijalankan ke atas pembekal rehabilitasi dan Pengurus Kes bagi

mengenalpasti kepuasan dan maklumbalas berkaitan proses pengeluaran dan

penghantaran surat jaminan. Sebanyak sebelas (11) soalan telah dikemukakan kepada

tiga puluh (30) buah pembekal rehabilitasi dan tiga puluh (30) orang Pengurus Kes

secara rawak. Hasil daripada soalselidik ke atas pembekal rehabilitasi menunjukkan

50% menyatakan lewat menerima surat jaminan. Manakala, maklumbalas daripada

Pengurus Kes pula menunjukkan sebanyak 96% lewat menerima surat jaminan.

f. Terdapat perbezaan yang ketara dalam penilaian yang diberikan oleh pembekal

rehabilitasi dan Pengurus Kes. Analisa yang dibuat mendapati bahawa senario ini

terjadi kerana pihak pembekal rehabilitasi tidak mengetahui tarikh sebenar surat

jaminan dipohon dan diluluskan.

g. Ia merupakan isu yang sangat membimbangkan kerana Pengurus Kes juga sering

menerima aduan daripada OB mengenai kelewatan memulakan rawatan pemulihan.

h. Selepas Sistem E-GL ini dilaksanakan, hasil soalselidik yang diperoleh menunjukkan

100% pembekal rehabilitasi dan Pengurus Kes bersetuju bahawa penggunaannya

adalah sangat efektif dan efisien.

i. Lanjutan daripada maklumbalas yang diterima, maka terhasillah proses takrifan dalam

mengkaji isu dan punca secara mendalam seterusnya mencadangkan kaedah

penambahbaikan yang bersesuaian.

Page 7: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

Proses takrifan bagi isu ini adalah seperti berikut:

Keadaan Semasa Penemuan Masalah Penambahbaikan / Hasrat

Kelewatan

penerimaan surat

jaminan kepada OB

dan pembekal

rehabilitasi.

1. Proses Kerja yang panjang

melibatkan Pegawai Kerani

perlu;

• copy and paste maklumat

daripada sistem

• mencetak

• semak

• kelulusan dan tandatangan

• muatnaik dan kemaskini

• pos dan emel

Merekabentuk aplikasi dalam

Sistem Disability Management

melibatkan penghantaran surat

jaminan secara automated

kepada pembekal rehabilitasi, OB

dan Pengurus Kes.

2. Penghantaran melibatkan;

• alamat bertukar

• alamat tidak lengkap / salah

• tempoh masa pengeposan –

cuti perayaan / mingguan /

jarak

3. Penerimaan

• Surat rosak

• Hilang

• Tiada makluman penerimaan

kepada Pengurus Kes

3.0 TINDAKAN PEMBUKTIAN & PENYELESAIAN

3.1 Cadangan Penyelesaian & Strategi Perlaksanaan

What

Merekabentuk aplikasi dalam Sistem Disability Management melibatkan

penghantaran surat jaminan secara automated kepada pembekal rehabilitasi, OB

dan Pengurus Kes.

Who

Pengurus Kes dan Bahagian ICT, PERKESO yang menyumbang idea serta

membangunkan sistem

When

Penghasilan sistem bermula pada November 2015 sehingga Disember 2015 dan

perlaksanaannya bermula pada 1 Januari 2016

Where Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

Why

Sistem E-GL ini dapat mempercepatkan proses kelulusan dan penghantaran surat

jaminan kepada pihak pembekal rehabilitasi serta OB. Selain itu, ia boleh disimpan

untuk tujuan semakan.

How Penghasilan satu sistem yang baru – Sistem E-GL

Page 8: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

Bagi mengukuhkan lagi kaedah penyelesaian tersebut, kumpulan KIK CRTW turut menggunakan

Kaedah New Blue Ocean Strategy (NBOS) yang bersesuaian dengan canvassing strategy yang

dianalisa sebelum mencapai matlamat :

• 100% permohonan dan kelulusan surat jaminan adalah melalui proses online

• Penjimatan masa daripada 3 hari 35 minit kepada 1 hari diperuntukkan untuk kelulusan dan

penghantaran satu surat jaminan

• Pengurangan proses kerja daripada 9 ke 2 langkah sahaja

• Permohonan dan kelulusan ini boleh diadakan dimana-mana sahaja

• Peningkatan mutu perkhidmatan kepada OB

• Dapat mengurangkan penggunaan kertas dan pengurangan tenaga kerja

3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian

Kumpulan KIK CRTW telah mengambil inisiatif membangunkan Sistem E-GL bagi

meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan PERKESO secara menyeluruh selari

dengan fungsi dan tanggungjawab dalam membantu OB kembali bekerja

E-GL

REDUCE

RAISE

CREATE

ELIMINATE

Pengurangan proses kerja

Penghapusan

proses percetakan dan

penggunaan kertas

Penjimatan kos

Peningkatan mutu

perkhidmatan

Meningkatkan imej

penyampaian

Menghasilkan 100% permohonan online

Permohonan boleh dibuat di mana-mana

Penjimatan masa

Page 9: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

3.3 Pelan Perlaksanaan Pembangunan Sistem E-GL

Bil. Perkara

1 Deraf bentuk dan butiran menu pada sistem

2 Perbincangan bersama Bahagian ICT, PERKESO

3 Uji Cuba 1

4 Perbincangan bersama pihak ICT selepas Uji Cuba 1

5 Uji Cuba 2

6 Pembentangan kepada pengurusan jabatan

7 Tindakan penyeragaman

3.4 Tindakan Uji Cuba

Bil. Perkara Tarikh Sasaran Keputusan Uji Cuba

1 Uji Cuba

1

Dis

2105

Penggun

a Sistem

Kekurangan maklumat bagi pelulus untuk membuat

keputusan

2 Uji Cuba

2

Jan

2016

Penggun

a Sistem

Maklumat sokongan untuk membuat permohonan

telah ditambah dengan memberikan justifikasi yang

bersesuaian

3.5 Penghasilan Output: Sistem E-GL

3.5.1 Perbezaan Sistem E-GL

• Sistem Websys (sebelum perlaksanaan Projek KIK)

• Ia melibatkan permohonan secara online dan proses kerja secara manual

• Sistem E-GL (selepas perlaksanaan Projek KIK)

Permohonan surat jaminan

(online)

Pelulus meluluskan

permohonan (online)

Route ke Pegawai Kerani

(online)

Pegawai Kerani semak dan

sediakan surat jaminan (manual)

Cetak surat jaminan (manual)

Tandatangan Pelulus (manual)

Imbas dan muatnaik surat

jaminan (manual)

Emel dan pos surat jaminan

kepada pembekal (manual)

Surat jaminan sampai ke pembekal (manual)

Permohonan surat jaminan (online)Pelulus meluluskan permohonan dan surat jaminan diemel terus kepada pembekal rehabilitasi (online)

Page 10: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

4. KEBERHASILAN PROJEK

4.1 KESAN JANGKA PENDEK (KIRAAN UNTUK

SATU KES)

Bil. Aktiviti Sebelum Proses Kerja

Masa Penghantaran

(Minit)

Kos Percetakan &

Pengeposan

(RM)

Kos Tenaga Kerja

sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas

1 Permohonan surat jaminan / / 5 2 - - - -

2 Pelulus meluluskan permohonan / / 1 3 - - - -

3 Route ke Pegawai Kerani / - 1 - - - - -

4 Pegawai Kerani semak dan

sediakan surat jaminan / - 5 - - - 5 -

5 Cetak surat jaminan / - 5 - 0.5 - 5 -

6 Tandatangan Pelulus / - 5 - - - - -

7 Imbas dan muatnaiksurat jaminan / - 5 - - - 5 -

8 Emel dan pos surat jaminan kepada

pembekal rehabilitasi / - 10 - 7.31 - 10 -

9 Surat jaminan sampai ke pembekal

rehabilitasi / - 4320 - - - - -

Page 11: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

4.2 KESAN JANGKA PANJANG

Kesan jangka panjang hasil daripada sistem E-GL yang dilaksanakan ini telah memberi

beberapa impak positif yang merangkumi impak kepada kos, jabatan dan pemegag taruh

(stakeholder) serta nilai tambah.

a. Impak kepada kos

Sistem E-GL ini dapat menjimatkan kos tenaga kerja di samping dapat mengurangkan

kos penggunaan kertas. Sistem ini juga dapat mengurangkan kos penghantaran surat

jaminan kepada pembekal rehabilitasi dan OB. Selain itu, kerani yang sedia ada boleh

menumpukan kepada tugas-tugas lain atau digunakan di cawangan lain yang

memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai.

ELEMEN SEBELUM PENGGUNAAN APLIKASI SELEPAS

PENGGUNAAN

APLIKASI

a. Kos Pentadbiran

Tenaga kerja Tenaga kerja

(RM 67.83 x 22 hari) x 12 bulan

= RM 17907.12

Tenaga kerja tidak

diperlukan

Jumlah Penjimatan RM17907.12

b. Kos Pencetakan

1 unit toner bagi Pencetak RICOH Model SP 5310 DN = RM 1045 (bersamaan 25,000 helai cetakan)

1 rim A4 (double A) = RM 12.40 (500 keping)

1) Toner RM 0.0418 = sehelai kertas

RM 0.0418 x 5 helai kertas = RM 0.209

Pencetakan dan

penggunaan kertas

tidak digunakan lagi

2) Kertas 1 surat jaminan = 5 helai kertas

1 kertas = RM 0.0248

RM 0.0248 x 5 helai = RM 0.124 (kos

untuk sehari)

Pengiraan pengeluaran surat

jaminan sehari

Surat jaminan bagi tahun 2016

= 1955

I bulan = 1955/12

= 162

1 hari = 162/22

= 8 GL

Pengeluaran surat jaminan sehari

= 8 set surat jaminan x 5 helai.

Toner + Kertas

RM 0.21 + RM 0.12 = RM 0.333

(kos bagi satu surat jaminan)

1 hari = 8 set surat jaminan

= RM 2.664

1 bulan = RM 2.664 x 22 hari bekerja =

RM 58.608

1 tahun = RM 58.608 x 12 bulan

= RM 703.296

Jumlah Penjimatan RM 703.296

Jumlah Penjimatan (a + b) Keseluruhan Setahun RM 18,610.42

Page 12: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

b. Impak Kepada Jabatan

Sistem E-GL ini secara tidak langsung dapat mengelakkan aduan daripada OB atas

kelewatan memulakan sesi rawatan pemulihan. Imej penyampaian perkhidmatan

PERKESO juga dapat dipertingkatkan sejajar dengan tagline PERKESO Prihatin iaitu

“Melangkaui Ekspektasi Pelanggan”.

c. Impak Kepada Pemegang Taruh (Stakeholder)

i. Pembekal Rehabilitasi

Surat jaminan yang telah diluluskan menerusi Sistem E-GL ini dapat segera dihantar

kepada pihak pembekal rehabilitasi sekaligus dapat menyegerakan proses

pemulihan OB. Keadaan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara PERKESO

dan pihak pembekal rehabiitasi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang

berkualiti dan cekap kepada OB. Selain itu, pihak pembekal rehabilitasi juga dapat

merangka dan mengatur perancangan pemulihan yang bersesuaian dan

dikoordinasikan bersama Pengurus Kes.

ii. Orang Berinsurans (OB)

Hasil daripada perlaksanaan Sistem E-GL ini, pihak pembekal rehabilitasi dapat

segera menghubungi OB bagi menjalani sesi rawatan pemulihan seterusnya

mempercepatkan proses pemulihan OB. Kesannya, OB dapat kembali bekerja lebih

awal dalam keadaan selamat dan sihat.

iii. Majikan

Kebaikan kepada majikan pula, sistem E-GL ini dapat mengembalikan OB bekerja

lebih awal dan cepat seterusnya dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Keadaan

ini secara tidak langsung dapat memberi kepuasan kepada majikan terhadap

perkhidmatan PERKESO di mana majikan tidak perlu menggajikan pekerja baru

bagi menggantikan tempat OB.

iv. Kementerian Sumber Manusia

Sejak tahun 2010, jumlah OB kembali bekerja merupakan salah satu daripada

pengukuran KPI Menteri kepada PERKESO. Bagi tahun 2017, jumlah yang

ditetapkan adalah seramai 2500 peserta Program Return To Work perlu kembali

bekerja. Oleh yang demikian, sistem ini dapat mempercepatkan proses OB

menjalani sesi rawatan pemulihan dan sekaligus dapat mengembalikan OB ke alam

pekerjaan dengan lebih awal serta dapat merealisasikan hasrat Kementerian

Sumber Manusia dengan mencapai KPI tersebut.

Page 13: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

d. NILAI TAMBAH

i. OB yang berjaya kembali bekerja dengan cepat hasil daripada menjalani rawatan

pemulihan segera secara tidak langsung dapat meningkatkan statistik OB yang

kembali bekerja dari tahun ke tahun. Keadaan ini secara tidak langsung membawa

kepada pencapaian KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia

kepada PERKESO.

ii. Selain itu, OB yang berjaya kembali bekerja ini dapat diintegrasikan semula kepada

komuniti seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kepada diri, keluarga,

masyarakat dan negara. Secara umumnya, usaha yang dilaksanakan ini selari

dengan Pelan Strategik PERKESO: Teras Ke 4 iaitu Meningkatkan Kesejahteraan

Sosial Pelanggan dan juga Wawasan 2020 Teras ke 2.

iii. Penghasilan sistem E-GL ini boleh memberi nilai tambah kepada pengurangan kos

pengoperasian melalui langkah penjimatan penggunaan kertas dan percetakan.

Justeru, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dikekalkan melalui

pengawalan penebangan pokok dalam penghasilan kertas sebagai salah satu

kesan jangka panjang kepada negara. Penebangan pokok yang berleluasa boleh

menyumbang kepada 12 – 20% daripada pelepasan gas rumah hijau yang

mengakibatkan perubahan iklim negara. Selain itu, sebanyak 70% spesis haiwan

serangga dan tumbuhan hidup tidak dapat meneruskan kehidupan akibat daripada

penebangan hutan yang berleluasa.

iv. Sistem ini juga dapat menghapuskan kos sewaan setor fizikal kepada setor maya

dalam penyimpanan dokumen sulit. Sebagaimana sedia maklum, dokumen sulit

perlu disimpan selama 7 tahun sebelum ianya boleh dilupuskan yang mana akan

mengakibatkan penambahan kos sewaan dan penambahan ruang simpanan

berbanding setor maya yang tidak memerlukan ruang penyimpanan dokumen.

Sebagai contoh, kos sewaan setor sekarang ini di Putra Pack adalah sebanyak RM

50,000 sebulan.

v. Selain itu, sistem E-GL ini mampu menjimatkan kos pelupusan dokumen sulit.

Terdapat kajian menyatakan kertas mencatatkan pengeluaran sisa terbanyak iaitu

sebanyak 17% bersamaan RM 205 juta. Manakala, kos pengurusan yang

ditanggung oleh kerajaan pusat adalah hampir RM 2 billion setahun. Tapak

pelupusan terbuka pula akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan

pembebasan gas metana yang menyebabkan pemanasan global, selain

menurunkan nilai hartanah di sekitarnya. Sidang kemuncak perubahan iklim

Copenhagen, Denmark 2009 telah mensasarkan pengurangan intensiti perlepasan

gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK sehingga 40% menjelang

tahun 2020. Sehingga 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33%

intensiti perlepasan gas metana daripada KDNK hasil daripada perlaksanaan

langkah-langkah mitigasi.

Page 14: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI

Sistem E-GL ini berpotensi untuk digunakan bagi permohonan dan kelulusan seperti

berikut:

a. Kelulusan OB mendapatkan rawatan dialysis di mana permohonan boleh dikemukakan

oleh Pejabat PERKESO secara online kepada Ibu Pejabat bagi tujuan kelulusan.

Setelah mendapat kelulusan, surat rawatan atau surat jaminan akan secara automatik

dihantar terus kepada OB dan Pusat Dialisis di seluruh negara seterusnya OB dapat

menerima rawatan dengan kadar yang cepat dan segera.

b. Kelulusan surat jaminan bagi anggota PERKESO mendapatkan rawatan di hospital

panel di seluruh negara juga boleh mengaplikasikan sistem ini. Melalui penggunaan

sistem ini, anggota yang ingin membuat permohonan surat jaminan hanya perlu

mengemukan permohonan secara online untuk kelulusan Ibu Pejabat. Surat jaminan

yang telah diluluskan akan terus dihantar kepada pihak hospital panel seterusnya

mempercepatkan anggota mendapatkan rawatan.

LAMPIRAN

SISTEM E-GL

Page 15: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

KEPUTUSAN SOALSELIDIK KELULUSAN DAN PENGHANTARAN E-GL

1) Adakah anda berasa berpuas hati dengan kualiti penerimaan surat jaminan daripada

pihak PERKESO?

Pembekal Rehabilitasi Ya (15) Tidak (15)

Pengurus Kes Ya (3) Tidak (27)

2) Adakah anda menghadapi masalah dalam penerimaan surat jaminan daripada pihak

PERKESO?

Pembekal Rehabilitasi Ya (16) Tidak (14)

Pengurus Kes Ya (29) Tidak (1)

3) Jika Ya, nyatakan masalah tersebut

Surat jaminan lambat / tidak sampai

4) Pernahkah anda menerima surat jaminan atas nama Pusat Rehabilitasi lain?

Pembekal Rehabilitasi Ya (18) Tidak (12)

Pengurus Kes Ya (20) Tidak (10)

5) Adakah kaedah penghantaran surat jaminan melalui pos dirasakan sesuai pada masa

kini?

Pembekal Rehabilitasi Ya (3) Tidak (27)

Pengurus Kes Ya (2) Tidak (2)

6) Adakah anda menerima surat jaminan dalam tempoh masa yang singkat?

Pembekal Rehabilitasi Ya (10) Tidak (20)

Pengurus Kes Ya (4) Tidak (26)

7) Berapakah kekerapan surat jaminan yang lewat diterima?

Pembekal Rehabilitasi Selalu (5), Jarang (13), Kadang-Kadang (8), Tidak Pernah (4)

Pengurus Kes Selalu (14), Jarang (8), Kadang-Kadang (7), Tidak Pernah (1)

8) Pernahkah anda menerima aduan daripada OB mengenai kelewatan memulakan semula

rawatan pemulihan akibat penerimaan surat jaminan yang lewat?

Pembekal Rehabilitasi Ya (3) Tidak (27)

Pengurus Kes Ya (28) Tidak (2)

9) Berapakah purata hari surat jaminan diterima?

Pembekal Rehabilitasi < 3 hari (10), >3 hari (15) Tidak terima langsung (5)

Pengurus Kes < 3 hari (7), >3 hari (21) Tidak terima langsung (2)

Page 16: RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GLhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu

10) Sila berikan komen bagaimana untuk meningkatkan kualiti penghantaran surat jaminan

kepada pihak anda?

Penghantaran secara online

Selepas Sistem diaplikasikan:

1) Adakah sistem E-GL ini memberi faedah kepada pusat rehabilitasi anda?

Pembekal Rehabilitasi Ya (30) Tidak (0)

Pengurus Kes Ya (30) Tidak (0)

2) Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk hubungi OB selepas surat jaminan diterima

menerusi sistem E-GL ini?

Pembekal Rehabilitasi < 3 hari (25), >3 hari (5)

Pengurus Kes < 3 hari (26), >3 hari (1)