p a g e · 2019-11-13 · p a g e | 3 2.0 projek abstrak o projek “reuse recycle garden” ini...

20
Page | 1 Isi Kandungan 1.0 Maklumat Projek............................................................................................................ 2 2.0 Projek Abstrak............................................................................................................... 3 3.0 Objektif Projek…………………………………..…………………….…………………….....4 4.0 Kaedah Projek……………………………………………………………………….………5-10 5.0 Kejayaan Projek…………………………………………………………………………........11 6.0 Impak Projek & Kaitan Sustainable Development Goals (SDGs)……………...12-13 7.0 Perkongsian & Promosi……………………………………………………………………14 8.0 Kekangan & Batasan………………………………………………………….………….15 9.0 Refleksi Diri……………………………………………………………………………………16 10.0 Kesimpulan………………………………………………………………………………..16 Penghargaan……………………………………………………………………………………..17 Pengesahan……………………………………………………………………………………….18 Lampiran A…………………………………………………………………………………………19 Lampiran B………………………………………………………………………………………….20

Upload: others

Post on 16-Mar-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 1

Isi Kandungan

1.0 Maklumat Projek ............................................................................................................ 2

2.0 Projek Abstrak ............................................................................................................... 3

3.0 Objektif Projek…………………………………..…………………….…………………….....4

4.0 Kaedah Projek……………………………………………………………………….………5-10

5.0 Kejayaan Projek…………………………………………………………………………........11

6.0 Impak Projek & Kaitan Sustainable Development Goals (SDGs)……………...12-13

7.0 Perkongsian & Promosi……………………………………………………………………14

8.0 Kekangan & Batasan………………………………………………………….………….…15

9.0 Refleksi Diri……………………………………………………………………………………16

10.0 Kesimpulan………………………………………………………………………………..16

Penghargaan……………………………………………………………………………………..17

Pengesahan……………………………………………………………………………………….18

Lampiran A…………………………………………………………………………………………19

Lampiran B………………………………………………………………………………………….20

Page 2: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 2

1.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama Projek: Reuse Recycle Garden

Tempat: Sekolah Kebangsaan Assam Jawa

Tempoh masa: 1 Julai 2018 – 16 September 2018

Pemimpin: Encik Ahmad Buhaini Buhamy Bin Bu Naif

Mentor: Encik Asrul Shah Bin Jamaluddin

Nama: Siti Nur Izzati Binti Rosli

Krew: ‘A’ Kuala Selangor

Alamat: No 46, Batu 45, Kampung Teluk Penyamun,

45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan

No PPM: BK 01139

No WOSM: 674081

No IC: 990624-05-5268

Nombor telefon: 018-2281530

E-mel: [email protected]

Page 3: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 3

2.0 PROJEK ABSTRAK

o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen

3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”. Kami memilih taman di SK Assam Jawa sebagai

tapak projek ini adalah kerana kami mendapati bahawa sekolah tersebut merupakan

sekolah tertua di daerah kami. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai asrama untuk

menempatkan pelajar-pelajar mereka. Oleh yang demikian, banyak faedahnya jika

kami menjadikan sekolah ini sebagai tapak projek memandangkan pihak pentadbir

yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami.

o Projek ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menceriakan taman di SK Assam

Jawa yang telah lama terbiar dan tidak digunakan. Hal ini didapati membahayakan

para pelajar yang melakukan aktiviti mahupun melalui di taman tersebut. Selain itu,

projek ini juga adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagi menjaga

kebersihan alam sekitar.

o Kesimpulannya, projek ini dapat memberikan pengetahuan serta mendorong para

pelajar serta penduduk setempat di sekitar daerah Kuala Selangor mengenai

kepentingan alam sekitar. Hal yang demikian, dapat juga melahirkan generasi muda

yang bijak dalam menguruskan barang-barang terbuang.

Page 4: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 4

3.0 OBJEKTIF PROJEK

Membaikpulih dan mencantikkan taman di SK Assam Jawa

Memupuk sifat prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar dan penduduk

di sekitar kawasan

Melahirkan generasi yang bijak dalam menguruskan barang-barang terpakai

Page 5: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 5

4.0 KAEDAH PROJEK

4.1 Pengenalan

Projek ini merupakan projek yang melibatkan unsur-unsur ‘Reuse, Reduce, Recycle’

di mana kami menggunakan semula bahan-bahan yang telah dibuang dan terpakai.

4.2 Cadangan Reka Bentuk / Lakaran Projek

Rajah 4.2.1

Rajah 4.2.1 adalah anggaran dan pengiraan sebelum laluan kecil di taman tersebut

didekorasi dengan penutup botol.

Rajah 4.2.2

Rajah 4.2.2 adalah gambaran cadangan rekabentuk projek yang dilakar menggunakan

aplikasi ‘3D Editor’ untuk menyesuaikan corak yang dicadangkan.

Bahagian kiri dan kanan: 16pcs x 81pcs

Bahagian atas: 92pcs x 17pcs

Bahagian bawah: 92pcs x 33pcs

Page 6: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 6

4.3 Bahan-bahan yang digunakan untuk menghiasi taman di SK Assam Jawa

Tempurung kelapa yang telah dibuang ;

Tayar kereta terpakai;

Penutup botol terbuang;

Page 7: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 7

4.4 Prosedur Projek

4.4.1 Lawatan Tapak

Tarikh: 1 Ogos 2018 (Rabu)

Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532496

- Lawatan tapak bersama mentor projek iaitu Encik Asrul Shah bin Jamaluddin.

Semasa lawatan tapak, kami berbincang dan bertanya idea-idea tambahan daripada

beliau dan cadangan rekabentuk projek ini.

- Selain itu, kami mengukur luas dan lebar laluan di taman dengan tujuan untuk

membuat anggaran bilangan bahan yang kami perlukan semasa kerja-kerja

dilakukan.

- Seterusnya, kami melakukan kerja-kerja pembersihan tapak seperti memecahkan

lantai lama yang pecah. Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan kecederaan

kepada para pelajar semasa melalui di kawasan taman ini.

- Kami menggunakan kayu untuk membuat bingkai laluan sebelum kerja-kerja

dimulakan agar ia lebih mudah dan lebih kemas semasa bancuhan simen diletakkan.

Page 8: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 8

4.4.2 Kerja-kerja Perlaksanaan Projek

Tarikh: 30 Ogos 2018 – 10 September 2018

Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532502

Kerja-kerja membuat laluan di sekeliling taman ini mengambil masa hampir 2 minggu

iaitu bermula pada 30 Ogos 2018 (Khamis) hingga 10 September 2018 (Selasa)

dengan kerjasama dan tenaga yang disumbangkan oleh beberapa orang kelana

krew ‘A’ Kuala Selangor.

Proses yang paling utama adalah pembancuhan simen, dimana kami perlu

mempunyai ilmu dan teknik yang betul untuk membancuh simen agar ia lebih kemas

dan mudah untuk meletakkan dan membenamkan penutup-penutup botol.

Seterusnya, kami menyusun penutup botol mengikut lakaran dan rekabentuk yang

telah kami bincang dan cadangkan.

Setelah penutup telah disusun rapi, kami menggunakan bancuhan simen yang lebih

cair untuk meratakan di sekitar penutup botol agar tidak mudah tercabut.

Kemudian, kami mengelap permukaan penutup botol agar tidak kotor dilitupi simen

yang telah kering.

Semasa kerja-kerja berlangsung, mentor dan pemimpin kami turut membantu agar

kerja-kerja lebih mudah memandangkan ahli kumpulan projek kami yang sedikit.

Page 9: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 9

4.4.3 Proses Pembersihan

Tarikh: 11 September 2018 (Selasa)

Pautan scout.org: https://www.scout.org/node/532504

o Pada keesokkan harinya, kami membersihkan laluan yang telah siap dan

bahan-bahan untuk menghiasi taman tersebut seperti kerusi batu yang lama

dan sebagainya.

o Cat lutsinar digunakan untuk mengilatkan penutup-penutup botol di laluan

sekeliling taman manakala cat berwarna-warni digunakan untuk mengecat

dan mendekorasi bahan-bahan lain untuk dijadikan hiasan.

o Pelbagai barangan terbuang dan terpakai digunakan untuk menghiasi taman

seperti tempurung, tayar-tayar lama dan lain-lain.

Page 10: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 10

4.4.4 Proses Pengumpulan Bahan

Tarikh & Tempat:

1) 14 Julai 2018 (Sabtu) – Pusat Kitar Semula, Kerayong

2) 10 Julai 2018 ( Selasa) – Kempen Bersama Pelajar SK Assam Jawa

3) 5 Julai 2018 (Khamis) – Pantai Remis, Jeram, Selangor

4) 4 Ogos 2018 (Sabtu) – Pusat Kitar Semula Thanam Industry Sdn. Bhd.

Pautan scout.org:

https://www.scout.org/node/532497

https://www.scout.org/node/486436

https://www.scout.org/node/490181

Page 11: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 11

5.0 KEJAYAAN PROJEK

Gambar sebelum projek.

Gambar selepas projek

Page 12: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 12

6.0 Impak Projek dan Sustainable Development Goals (SDGs)

6.1

4. Quality Education

Projek ini amat memberi impak kepada para

pelajar SK Assam Jawa kerana kami

mengadakan Kempen 3R, agar para pelajar

sekolah tersebut memperolehi kesedaran

tentang kepentingan alam sekitar.

Melalui kempen ini kami menerangkan kepada

pelajar mengapa kami melakukan projek tersebut

dan kesannya terhadap alam sekitar.

6.2

14. Life Below Water

Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan

alam sekitar bukan sahaja dikaitkan dengan

tumbuhan, malah hidupan lain juga boleh turut

terjejas. Salah satunya adalah kehidupan di

dalam air.

Hal yang demikian, apabila terlalu banyak barang

terbuang berada di tempat yang tidak

sepatutnya, maka ia akan hanyut ke laut atau

sungai apabila dibawa hujan.

Hal ini dititikberatkan adalah kerana semakin

bertambah peratusan hidupan dalam air seperti

penyu mati akibat segelintir sikap manusia yang

tidak bertanggungjawab.

Salah satu usaha dari projek ini yang memberi

impak dan kesan yang boleh mengurangkan

Page 13: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 13

kepupusan adalah dengan melakukan

pemeliharaan kawasan di pantai.

Pemeliharaan ini saya lakukan di Pantai Remis,

Jeram, Kuala Selangor, Selangor bersama

beberapa orang rakan saya untuk menggalakkan

juga masyarakat setempat .

6.3

15. Life On Land

Projek ini juga bertujuan untuk memberi impak

terhadap flora dan fauna. Oleh sebab itu, konsep

3R dititikberatkan untuk menjayakan projek ini.

Selain itu, bahan yang digunakan untuk

mencantikkan taman ini juga dipilih bagi

mengurangkan pencemaran alam sekitar. Oleh

yang demikian, kami hanya menggunakan

barang terpakai dan terbuang sahaja untuk

mendekorasi taman ini.

Page 14: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 14

7.0 Perkongsian Kejayaan

7.1 Penggunaan taman dalam kalangan pelajar SK Assam Jawa

(Gambar ini diambil semasa waktu pelajar berehat sebelum waktu kelas tambahan)

7.2 Senarai nama rakan yang dikongsi semasa promosi dan kejayaan projek:

I. Fatimah Azzahrah bt. Mohd Fairuz (Rakan sekolah)

II. Suhailah bt. Kamaruzzaman (Rakan sekolah)

III. Nur Amirah Qistina (Pengakap Kelana Negeri Kelantan)

IV. Farisha Azureen (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)

V. Farah Izzati bt. Sohaili (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)

VI. Muhammad Alamin b. Fauzani (Pengakap Kelana ‘A’ Kuala Selangor)

VII. Nur Athirah bt. Roslan (Rakan di media sosial)

VIII. Fatin Haziqah bt. Mohd Zaini (Rakan sekolah)

IX. Nur Istihara bt. Iskandar (Rakan sekolah)

Page 15: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 15

8.0 Kekangan Projek

8.1 Kekangan Masa

Semasa melakukan kerja-kerja, kami terikat dengan waktu bekerja dan waktu

belajar. Oleh sebab itu, ianya menjadi kekangan kepada kami untuk menetapkan

satu tarikh atau masa untuk memulakan kerja-kerja projek.

Kerja-kerja yang kami lakukan juga mengikut keadaan cuaca kerana kawasan projek

kami tidak berbumbung dan sangat gelap pada waktu malam. Apabila hari hujan,

kami terpaksa menangguhkan kerja-kerja pada hari seterusnya agak simen dan cat

tidak luntur terkena hujan.

8.2 Keselamatan Pelajar SK Assam Jawa

Bagi mengelakkan sebarang kecederaan dan kemalangan berlaku yang melibatkan

pelajar-pelajar SK Assam Jawa semasa kerja-kerja berlangsung, kami terpaksa

memulakannya lewat selepas waktu persekolahan.

Page 16: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 16

9.0 Refleksi Diri

Semasa proses menyiapkan projek, saya berjaya memberi komitmen sepenuhnya

pada setiap aktiviti-aktiviti projek yang diadakan. Walaubagaimanapun, kekurangan

saya adalah semasa kerja-kerja projek dilakukan pada waktu siang kerana saya

terpaksa membahagikn masa belajar saya dan projek ini. Oleh sebab itu, saya hanya

boleh turun melaksanakan kerja-kerja pada waktu petang sehingga malas sahaja.

Selain dari itu, saya juga memberitahu beberapa orang daripada krew saya yang

berkelapangan untuk turut membantu, memandangkan ahli kumpulan projek kami

yang terdiri daripada 2 orang wanita.

10.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, projek ini dilaksanakan adalah untuk mencantikkan dan

menceriakan taman yang lama dan terbiar di SK Assam Jawa. Seterusnya, projek ini

juga adalah untuk memupuk dan menerapkan generasi yang mementingkan

kebersihan alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran-pencemaran yang berlaku.

Oleh yang demikian, saya berharap agar projek kami dapat diteruskan lagi di

sekolah-sekolah lain lalu dicontohi oleh semua golongan masyarakat.

Page 17: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 17

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah SWT Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas Nai

Muhammad S.A.W, seluruh keluarga baginda, para sahabat dan waris keturunan baginda.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang ingin dan ruang untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Nizamuddin bin Hj. Abd Majid, Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Assam Jawa, atas kesudian mengizinkan kami untuk menjalankan

projek Scouts Of The World Award kami di sekolah beliau. Saya amat menghargai dan

bersyukur atas kerjasama daripada guru-guru serta pelajar-pelajar yang sangat baik

daripada sekolah ini.

Penghargaan ini juga ditujukan buat pemimpin kami iaitu Encik Ahmad Buhaini

Buhamy bin Bu Naif dan mentor kami, Encik Asrul Shah bin Jamaluddin kerana banyak

meluangkan masa dan banyak membantu sepanjang projek ini dijalankan. Seterusnya,

ribuan terima kasih juga kepada beberapa orang kelana krew ‘A’ Kuala Selangor (Farisha

Azureen, Farah Izzati, Muhammad Alamin, Syarifudin Said, Daniel Hakimi, Muhammad

Syafiq, Nazzarul Hissam, Qurratul ‘Ain, dll) atas kesudian dan menyumbang tenaga untuk

membantu semasa kerja-kerja dijalankan.

Tidak lupa juga kepada keluarga tersayang kerana memberi sokongan dan keizinan,

rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa juga yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung yang terlibat sepanjang tempoh perlaksanaan projek Reuse Recycle Garden ini.

Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati segala usaha-usaha dan bakti yang telah

kita lakukan bersama, Insyaallah.

Sekian, terima kasih.

Page 18: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 18

Disediakan oleh:

____________________

(SITI NUR IZZATI BINTI ROSLI)

Pengurus Projek

Reuse, Recycle Garden

Disemak oleh:

___________________

(AHMAD BUHAINI BUHAMY BIN BU NAIF)

Pemimpin

Krew ‘A’ Kuala Selangor & Reuse Recycle Garden

Disemak oleh:

____________________

(ASRUL SHAH BIN JAMALUDDIN)

Mentor

Reuse Recycle Garden

Disahkan oleh:

__________________

(MOHAMAD SHAQIM BIN MAT RABI)

Koordinator

Scouts Of The World Award

Page 19: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 19

LAMPIRAN A

Surat Kebenaran Tapak Projek Reuse Recycle Garden

Page 20: P a g e · 2019-11-13 · P a g e | 3 2.0 PROJEK ABSTRAK o Projek “Reuse Recycle Garden” ini adalah inisiatif untuk mempromosikan elemen 3R iaitu “Reuse, Reduce, Recycle”

P a g e | 20

LAMPIRAN B

Laporan Kewangan Kumpulan