rich dad, poor dad · pdf filememilih suatu cara berfikir saya sendiri. sebagai satu proses,...

Download Rich Dad, Poor Dad · PDF filememilih suatu cara berfikir saya sendiri. Sebagai satu proses, ... Yang satu mengajar saya bagaimana menulis resume yang berkesan sehingga saya boleh

If you can't read please download the document

Upload: truongmien

Post on 06-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 11

    Rich Dad, Poor DadSeperti yang diceritakan oleh Robert Kiyosaki

    Saya mempunyai dua ayah, yang satu kaya dan yang satu miskin. Yang satuberpendidikan tinggi dan bijak; dia mempunyai ijazah Ph.D. serta telah menyelesaikanempat tahun pendidikan sarjananya hanya dalam masa kurang dari dua tahun.Kemudian dia melanjutkan pengajiannya ke Stanford University, University ofChicago, dan Northwestern University, semuanya dengan biasiswa penuh. Ayah yangsatu lagi tidak tamat pun pendidikan sekolah menengahnya.

    Kedua ayah saya itu berjaya dalam kerjaya mereka, bekerja keras sepanjang hidupmereka. Kedua-duanya memperolehi pendapatan yang besar. Tapi yang satu bergelutdalam kewangan sepanjang hidupnya. Sedang yang satu lagi menjadi salah seorangyang terkaya di Hawaii. Yang satu mati meninggalkan puluhan juta dolar untukkeluarganya, badan kebajikan dan gerejanya. Yang satu lagi meninggalkan banyakhutang untuk dibayar.

    Kedua lelaki itu kuat, berkarisma, dan berpengaruh. Keduanya memberi sayanasihat, tetapi nasihat mereka tidaklah serupa, malah saling bertentangan. Kedua-duanya sangat mempercayai pendidikan tetapi tidak mengesyorkan bidang pendidikanyang sama.

    Sekiranya saya hanya mempunyai seorang ayah, saya mesti menerima atau menolaknasihatnya. Mempunyai dua orang ayah yang memberi nasihat, menawarkan kepadasaya pilihan sudut pandang yang berbeza; satu dan lelaki yang kaya dan satu lagi danlelaki yang miskin.

    Ternyata saya tidak sekadar menerima atau menolak yang satu atau yang lain, tetapisaya berfikir lebih jauh, membanding-bandingkan dan kemudian memilih untuk dirisaya sendiri.

    Masalahnya adalah, ayah yang kaya belum lagi kaya dan ayah yang miskin tidakpun miskin. Keduanya baru saja memulai kerjaya mereka, dan keduanya bertungkus-lumus dalam soal wang dan keluarga. Tetapi mereka mempunyai pandangan yangberbeza tentang masalah wang.

    Misalnya, satu ayah akan mengatakan, Cintakan wang adalah punca segalakejahatan. Yang satu lagi mengatakan, Kekurangan wang adalah punca segalakejahatan.

    Sebagai anak muda, mempunyai dua ayah yang kuat dan berpengaruh pada sayabukanlah perkara mudah. Saya ingin menjadi anak yang baik dan mendengar kata,tetapi kedua-dua ayah itu tidak memperkatakan perkara yang sama. Perbezaanpandangan mereka, terutama bila bersabit soal wang, begitu ekstrim sehingga

  • 12

    menumbuhkan rasa ingin tahu yang besar. Saya mulai berfikir dalam jangka waktuyang lama tentang apa yang dikatakan oleh mereka masing-masing.

    Banyak waktu peribadi saya dihabiskan untuk berfikir, bertanyakan diri sendiri,Mengapa ayah berkata begitu? dan kemudian bertanyakan soalan yang samaterhadap ucapan ayah yang satu lagi. Adalah jauh lebih mudah untuk mengatakan,Ya, dia benar. Saya setuju dengan itu. Atau menolak sudut pandangnya denganmengatakan, Orang tua tidak tahu apa-apa yang dia katakan. Sebaliknya,mempunyai dua ayah yang saya cintai memaksa saya untuk berfikir dan akhirnyamemilih suatu cara berfikir saya sendiri. Sebagai satu proses, memilih untuk diri sayajauh lebih berharga untuk jangka panjang, berbanding cuma menerima atau menolaksatu-satu sudut pandangan.

    Salah satu sebab orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin miskin, dan kelasmenengah terperangkap dengan masalah hutang ialah kerana subjek wang diajarkan dirumah, dan tidak di sekolah. Kebanyakan kita belajar soal wang daripada ibu bapa kita.Jadi, apakah yang dapat diajar oleh ibu bapa yang miskin kepada anak-anak merekamengenai wang? Mereka hanya mengatakan, Teruslah bersekolah dan belajarlahbersungguh-sungguh.. Si anak mungkin lulus dengan cemerlang tetapi dengan set-minda dan program kewangan orang miskin. Perkara ini telah dipelajari ketika merekamasih muda lagi.

    Subjek wang tidak diajar di sekolah. Sekolah memfokus kepada kemahiran sarjanadan kemahiran profesional, bukan kepada soal kemahiran kewangan. Perkara inimenjelaskan bagaimana para banker, doktor, dan akauntan yang pandai dan mendapatgred cemerlang di sekolah masih terus bergelut dalam soal wang sepanjang hidupmereka. Hutang negara kita yang menggunung, sebahagian besarnya disebabkan olehpara ahli politik dan pegawai kerajaan yang berpendidikan tinggi membuat keputusansoal kewangan dengan sedikit atau tanpa latihan sama sekali mengenai subjek wang.

    Saya sering memandang ke depan, ke milineum baru, dan tertanya-tanya apa yangakan terjadi apabila kita mempunyai jutaan orang yang memerlukan bantuankewangan dan perubatan. Mereka akan bergantung pada keluarga mereka ataukerajaan untuk mendapatkan sokongan kewangan. Apa yang akan terjadi bila JaminanPerubatan dan Sosial kehabisan wang? Bagaimana sesebuah bangsa boleh bertahan jikasoal mengajar anak-anak mengenai wang terus diserahkan pada ibu bapa saja - yangkebanyakannya menjadi, atau sudah pun miskin?

    Disebabkan saya mempunyai dua ayah yang berpengaruh, saya belajar dari merekaberdua. Saya mesti memikirkan nasihat setiap ayah, dan dalam melakukan hal ini, sayamemperolehi wawasan berharga tentang kuasa dan kesan fikiran seseorang terhadaporang lain. Misalnya, ayah yang satu mempunyai tabiat untuk berkata, Saya tidakmampu mendapatkannya. Ayah satu lagi melarang penggunaan perkataan begitu. Diamendesak saya untuk berkata, Bagaimana saya boleh mendapatkannya? Yang satuialah pernyataan, yang satu lagi ialah pertanyaan. Yang satu melepaskan anda darikesusahan, yang satu lagi memaksa anda untuk berfikir. Ayah saya yang-kemudian-menjadi-kaya akan menerangkan bahawa secara automatik apabila mengucapkanperkataan, Saya tidak mampu membelinya, otak anda akan berhenti bekerja.Sebaliknya, dengan mengajukan pertanyaan, Bagaimana saya boleh membelinya?

  • 13

    otak anda perlu bekerja. Yang dia maksudkan bukanlah membeli segala sesuatu yanganda inginkan. Dia fanatik dalam melatih minda anda, iaitu komputer paling hebat didunia. Otak saya semakin kuat setiap hari kerana saya melatihnya. Semakin kuat otaksaya, semakin banyak wang yang saya perolehi. Dia percaya bahawa secara automatikapabila mengatakan, Saya tidak mampu membelinya ialah satu tanda kemalasanmental.

    Sungguhpun kedua-dua ayah saya bekerja keras, saya perhatikan ayah yang satumempunyai tabiat menidurkan otaknya bila tiba pada urusan wang, sementara yangsatu lagi mempunyai tabiat melatih otaknya. Hasil jangka panjangnya ialah ayah yangsatu ini tumbuh lebih kuat secara kewangan dan yang satu lagi lebih lemah. Ini tidakjauh berbeza dengan orang yang pergi ke gimnasium untuk bersenam secara rutinberbanding dengan seseorang yang setiap hari duduk di sofa menonton tv. Latihanjasmani yang sesuai meningkatkan peluang anda untuk sihat, dan latihan mental yangsesuai meningkatkan peluang kekayaan anda. Kemalasan menyusutkan baik kesihatanmaupun kekayaan.

    Kedua-dua ayah saya mempunyai sikap yang bertentangan dalam cara berfikir.Seorang ayah berfikir bahawa orang kaya mesti membayar cukai lebih banyak untukmembantu dan memelihara mereka yang kurang bernasib baik. Yang seorang lagiberkata, Cukai itu mendenda mereka yang menghasilkan sesuatu dan memberiganjaran kepada mereka yang tidak menghasilkan sesuatu.

    Seorang ayah mengesyorkan, Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamudapat menemui sebuah syarikat yang baik untuk bekerja. Seorang lagi mengesyorkan,Belajarlah bersungguh-sungguh sehingga kamu menemui sebuah syarikat yang baikuntuk kamu beli.

    Yang satu mengatakan, Sebab ayah tidak kaya kerana ayah mempunyai kamu,nak.. Yang satu lagi mengatakan, Sebab ayah menjadi kaya kerana ayah mempunyaikamu, nak..

    Yang satu menggalakkan bercakap mengenai wang dan perniagaan di meja makan.Yang satu lagi melarang keras bercakap mengenai wang pada waktu makan.

    Yang satu berkata, Apabila berkaitan dengan wang, buatlah cara selamat, janganambil risiko. Yang satu lagi mengatakan, Belajarlah menguruskan risiko.

    Yang satu percaya, Rumah kita adalah pelaburan terbesar kita dan juga aset terbesarkita.. Yang satu lagi percaya, Rumah saya adalah liabiliti atau bebanan. Dan jikarumah kamu adalah pelaburan kamu yang terbesar, kamu sedang menghadapimasalah..

    Kedua-dua ayah saya membayar bil dalam waktunya, tetapi yang satu membayarbilnya terlebih dahulu, manakala yang satu lagi membayar bilnya terkemudian.

    Yang satu percaya bahawa syarikat atau kerajaan akan mengambil berat terhadap andadan keperluan anda. Dia sentiasa menitik-beratkan soal kenaikan gaji, plan pencen,kemudahan perubatan, cuti sakit, hari cuti, dan pelbagai kelebihan lain lagi. Dia

  • 14

    terpengaruh dengan dua bapa saudaranya yang memasuki tentera dan memperolehiganjaran pencen dan pelbagai faedah lainnya setelah dua puluh tahun aktifberkhidmat.. Dia menyukai idea faedah perubatan dan pelbagai keistimewaan khususyang disediakan oleh tentera untuk pesaranya. Dia juga suka dengan sistem tempohmemegang jawatan yang disediakan oleh universiti. Kadangkala, idea perlindungankerja untuk hayat dan faedah kerja kelihatan lebih penting berbanding pekerjaan itusendiri. Dia selalu mengatakan, Saya telah bekerja keras untuk kerajaan, saya berhakuntuk mendapat faedah itu.

    Yang satu lagi percaya pada sikap kemandirian penuh dalam urusan kewangan. Dialantang menentang mentaliti hak dan cara perkara itu melahirkan masyarakat yanglemah dan miskin secara kewangan. Dia sangat tegas dalam soal menjadi pesaingsecara kewangan.

    Seorang ayah bergelut untuk menabung beberapa dolar. Sedangkan yang seorang lagisibuk menciptakan pelaburan.

    Yang satu mengajar saya bagaimana menulis resume yang berkesan sehingga saya bolehmendapatkan pekerjaan yang baik. Yang satu lagi mengajar saya cara menulis pelanbisnes dan kewangan yang kuat, supaya saya dapat mencipta pekerjaan.

    Menjadi produk dua ayah yang kuat dan berpengaruh memberi saya kesempatan yangmewah untuk mengamati pengaruh fikiran yang berbeza ke atas hidup seseorang. Sayatelah menyedari bahawa manusia benar-benar membentuk hidup mereka melalui