revolusi iran

11
BAB П IRAN SEBELUM REVOLUSI 2.1 IRAN SEMASA PEMERINTAHAN DINASTI PAHLEVI Pada tanggal 17 Desember 1941,Muhammad Reza dinobatkan sebagai Shah ( Raja ) Iran kedua bagi Dinasti Pahlevi dengan gelaran “ His Imperial Majesty, Muhammad Reza Shah Pahlevi, Shah Of Shahs, Light Of The Aryan ( Shahanshah Aryamehr )”, ertinya Yang Dipertuan Seri Maharaja Baginda Muhammad Reza Shah Pahlevi Raja Di Raja Cahaya Orang-orang Aryan. Pertabalan Muhammad Reza Pahlevi sebagai Shah Iran baru dalam usia 20 tahun merupakan hasil dukungan penuh daripada pihak bersekutu terutama dari pihak Inggeris dan Rusia. Ini dapat dibuktikan apa yang berlaku terhadap ayahanda Muhammad Reza , Reza Khan, yang telah diturunkan tahtanya sebagai Shah Iran pada tahun 1941 hasil tekanan dan ancaman daripada pihak bersekutu.Ini bermula daripada hubungan baik dan sokongan Reza Khan terhadap pihak Nazi German dalam Perang Dunia . Perkara ini telah mengundang kemarahan daripada pihak bersekutu yang menjadi lawan pihak Nazi German. Pihak bersekutu berasa kedudukan mereka di Timur Tengah tergugat dan terancam dengan hubungan ini. Pihak Inggeris dan Rusia telah meminta Iran mengusir orang-orang German yang berada di negaranya , namun

Upload: haryani-jasni

Post on 06-Nov-2015

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

war

TRANSCRIPT

BAB

IRAN SEBELUM REVOLUSI

2.1 IRAN SEMASA PEMERINTAHAN DINASTI PAHLEVI

Pada tanggal 17 Desember 1941,Muhammad Reza dinobatkan sebagai Shah ( Raja ) Iran kedua bagi Dinasti Pahlevi dengan gelaran His Imperial Majesty, Muhammad Reza Shah Pahlevi, Shah Of Shahs, Light Of The Aryan ( Shahanshah Aryamehr ), ertinya Yang Dipertuan Seri Maharaja Baginda Muhammad Reza Shah Pahlevi Raja Di Raja Cahaya Orang-orang Aryan.

Pertabalan Muhammad Reza Pahlevi sebagai Shah Iran baru dalam usia 20 tahun merupakan hasil dukungan penuh daripada pihak bersekutu terutama dari pihak Inggeris dan Rusia. Ini dapat dibuktikan apa yang berlaku terhadap ayahanda Muhammad Reza , Reza Khan, yang telah diturunkan tahtanya sebagai Shah Iran pada tahun 1941 hasil tekanan dan ancaman daripada pihak bersekutu.Ini bermula daripada hubungan baik dan sokongan Reza Khan terhadap pihak Nazi German dalam Perang Dunia . Perkara ini telah mengundang kemarahan daripada pihak bersekutu yang menjadi lawan pihak Nazi German. Pihak bersekutu berasa kedudukan mereka di Timur Tengah tergugat dan terancam dengan hubungan ini. Pihak Inggeris dan Rusia telah meminta Iran mengusir orang-orang German yang berada di negaranya , namun hal ini ditolak oleh Iran. Pada tanggal 25 Ogos 1941, pasukan Inggeris dan Rusia memasuki Iran dengan cara paksa dan berhasil mendudukinya. Akibatnya Reza Khan dipaksa turun dari tahtanya dan digantikan dengan anaknya Muhammad Reza Shah sebagai Shah Iran yang baru yang terkenal sebagai pro-sekutu.31 Dengan perlantikan Muhammad Reza Pahlevi sebagai Shah Iran yang baru dan tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran pemerintahan mendorong Iran secara tidak langsung berada di bawah kendali dua kuasa besar tersebut.

Dalam sesebuah pemerintahan negara tiga teras utama yang menjadi tulang belakang iaitu politik, ekonomi dan sosial budaya. Ketiga teras ini saling berkaitan antara satu sama lain. Menyalahgunakan atau melakukan ketidakadilan antara satu teras tersebut akan menyebabkan timbulnya permasalahan di dua teras yang lain.Oleh sebab itulah seorang pemerintah akan bertindak berhati-hati apabila timbulnya permasalahan yang berkaitan dengan salah satu teras ini. Maka bahagian ini akan menbincangkan mengenai perkembangan politik, ekonomi dan sosial budaya pada zaman pemerintahan Muhammad Reza Shah dan melihat permasalahan-permasalahan yang timbul daripada perkembangan ini yang akhirnya timbul penentangan rakyat terhadap pemerintahannya.

2.2 POLITIK

Muhammad Reza menaiki tahta sebagai Shah Iran ke-2 bagi Dinasti Pahlevi pada tahun 1941 selepas perlepasan tahta oleh ayahnya, Reza Khan. Namun pertukaran pemerintahan tidak bermakna bertukarnya cara atau status quo pemerintahan di Iran, ini kerana Shah Muhammad Reza telah mengikut jejak langkah pemerintahan ayahandanya dalam mengurus soal pemerintahan namun lebih lebih berpengaruh lagi dengan menguasai seluruh sistem politik negara Pada asasnya Muhammad Reza Shah menunjukkan dua persamaan dari segi pemerintahan dengan zaman ayahandanya, iaitu bersifat nasionalisme dan memodernisasikan Iran mengikut acuan Barat. Dalam bahagian ini, gaya kepimpinan politik Shah Muhammad Reza dapat di bahagikan kepada dua iaitu kepimpinan polisi politik dalaman dan pengaruh kuasa dari politik luar.

2.2.1 POLITIK KEPIMPINAN SHAH MUHAMMAD REZA

Terdapat dua jalan yang dilaksanakan oleh Muhammad Reza Shah dalam mengukuhkan pemerintahannya. Pertama melalui jalan pewarisan tahta yang dipusakainya dan kedua dengan menjadikan Iran sebagai rakan sekutu kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat. Dalam bahagian penguasaan melalui jalan pewarisan tahta mempunyai tiga faktor yang saling berkait rapat, pertama dapat menggunakan kekuasaan politik dengan bebas. Kedua menguasai dan mengawal dalam bidang pengagihan kuasa di peringkat pusat dan berkuasa melantik para jemaah menteri dan ketiga paksaan melalui kuasa ketenteraan dan agen perisikan terhadap golongan yang menentang. Semua ini dapat dilihat dalam kepimpinan politik Muhammad Reza Shah Pehlevi. Beliau mengawal semua peranan Majlis, Kabinet, ketenteraan,parti-parti pembangkang Demi memelihara kekuasaannya, Shah Muhammad Reza telah menubuhkan Polis Rahsia Diraja atau di kenali sebagai SAVAK. Polis rahsia ini bertanggungjawab untuk menghadapi dan membenteras para pembangkang dan penentang kerajaan. 32

Shah Muhammad Reza telah memusatkan kekuasaan politik hanya tertumpu pada lingkungan politik istana semata walaupun tertubuhnya Majlis Senat dan Kabinet Iran. Oleh sebab itu pada zamannya kedua sistem badan ini menjadi kaku. Kabinet dan Majlis tidak diberi kuasa untuk menggubal atau meminda undang-undang. Setiap idea atau dasar perundangan yang di keluarkan oleh kedua badan ini jika tidak seiring dengan idea dan kepentingan politik istana maka akan dihapuskan.Pada bulan Mei 1961, Shah Muhammad Reza telah membubarkan Majlis dan Senat dan menguatkuasakan program pembaharuannya yang dikenali sebagai Revolusi Putih.

Revolusi ini kemudiannya di kenali sebagai Revolusi Shah dan Rakyat. Secara umumnya revolusi ini mencamtum aspek utama iaitu politik , ekonomi dan sosial. Revolusi Putih ini merupakan salah satu pemikiran politik Shah Muhammad Reza untuk mengawal semua program pembangunan ekonomi dan sosial budaya Iran di bawah satu kuasa pusat. Perlaksanaan revolusi ini didokong sendiri oleh kekuasaan politiknya dan undang-undang negara. Revolusi ini secara garis besarnya bertujuan untuk mengubah dan memodenkan cara hidup rakyat Iran melalui pembaharuan ekonomi dan sosial. Shah Muhammad Reza cuba mengadunkan prinsip-prinsip demokrasi barat dengan tradisional Iran. Oleh kerana itulah, beliau berpendapat proses demokrasi dan pembaratan rakyat Iran sebenarnya tidak lari daripada konteks fahaman bangsa Iran itu sendiri.33 Revolusi ini mencakupi beberapa prinsip utama mengenai pemerintahan yang mana ianya menjadi tumpuan atau matlamat utama bagi semua jentera atau kakitangan pemerintah. Revolusi ini meliputi enam hal iaitu (1)land reform (2) memiliknegarakan hutan dan padang rumput ( 3) penjualan umum keluaran negara untuk membiayai land reform ( 4 ) pembahagian keuntungan saksama antara pemilik dan perkerja dalam bidang perindustrian ( 5 ) mereformasikan atau memperbaharui undang-undang pilihan raya iaitu memberi hak mengundi kepada kaum wanita ( 6 ) membentuk satu badan organisasi untuk membenteras buta huruf. Daripada enam prinsip ini di tambah lagi dalam program revolusi ini iaitu ( 7 ) membangunkan pusat-pusat kesihatan ( 8 ) membangunkan sistem pembangunan pembandaran negara ( 9 ) membina pusat atau rumah keadilan Khanehha-ye ensaf ( House Of Equity ) di setiap kampung ( 10 ) miliknegarakan sumber air untuk sistem pengaliran dan industri (11) menghapuskan kawasan miskin tegar dan pemulihan serta pemeliharan alam sekitar dan menambahbaikan taraf kehidupan rakyat (12) penyusunan semula semua organisasi pentadbiran kerajaan, sistem pendidikan, pengagihan sistem pentadbiran .34

Shah juga berhasil melemahkan peranan Parlemen, ini dapat dilihat bagaimana setiap pemilihan ahli anggota Parlemen mendapat pengawasan yang ketat daripada pihak pemerintah.. Keadaan ini dilihat kewujudan Majlis, Senat dan Parlemen hanyalah berfungsi sebagai pelengkap demokrasi sahaja. Ini kerana kebanyakkan ahli anggota Parlemen yang dilantik mempunyai hubungan baik dengan Shah dan para pendukung Shah. Begitu juga dengan Parti Politik yang diwujudkan hanyalah sekadar mengkaburi mata rakyat. Ini kerana hanya parti politik buatan pemerintah sahaja yang diakui rasmi oleh pihak Istana Shah.

Sejak tahun 1957 di Iran hanya ada dua kompenan parti politik iaitu Hezb-e-Melliyun ( Parti Kebangsaan ) dan Hezb-e- Mardom ( Parti Rakyat ) Parti Melliyun berperanan sebagai parti Kerajaan yang ditentang oleh parti Mardom sebagai parti pembangkang. Bagi para penentang Shah, kedua kompenan parti ini hanyalah merupakan parti buatan pihak pemerintah., ini kerana sudah diketahui umum ketua kedua parti ini iaitu Asadollah cAlam bagi parti Melliyun dan Manucher Eqbal bagi parti Mardom merupakan sahabat baik kepada Shah, tambahan pula semua anggota calon kedua parti tersebut harus mendapat pengesahan dan persetujuan dari pihak Savak. Sedangkan Savak berada di bawah kawalan pihak pemerintah keseluruhannya. Ini menunjukkan kewujudan kedua parti politik ini hanyalah helah daripada pihak pemerintah untuk menarik perhatian rakyat semata-mata. Namun akhirnya kedua parti ini telah bubarkan oleh Shah Muhammad Reza kerana merasakan kekuasaannya tergugat dan tidak selamat apabila meningkatnya sokongan rakyat terhadap kedua kompenan parti politik tersebut. Tambahan lagi Asadollah dan Eqbal dikatakan bersubahat dan berkerjasama dalam mempertingkatkan pengaruh mereka di kalangan rakyat Iran. Pada Mac 1975, Shah Muhammad Reza berasa perlu membentuk satu sahaja parti politik yang berperanan di Iran. Dasar ini telah mendapat kritikan daripada pihak penyokong demokrasi di Barat dan para pemikir bebas.35

Dalam membentuk satu parti sahaja yang berperanan di Iran, Parti Rastakhiz telah dibentuk pada tahun 1977. Shah Muhammad Reza telah melantik Encik Amaouzegar sebagai Setiausaha Agung Parti Rastakhiz. Parti ini telah berusaha menarik sokongan masyarakat, hasilnya bilangan penyokong parti ini telah meningkat tahun demi tahun. Melalui sistem satu parti, Shah Muhammad Reza berusaha mengawal segala tindak tanduk rakyat Iran sesuai dengan kemahuannya. Shah Muhammad Reza telah mengeluarkan larangan supaya rakyat Iran tidak mengikuti dan memberi sokongan terhadap parti-parti politik lain atau membentuk parti politik yang baru. Bagi beliau tindakkan ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap negara. Namun sistem ini akhirnya menemui kegagalan, ini kerana sistem ini tidak sesuai digunakan dalam sistem politik demokrasi yang asal. Hasil daripada tindakan ini akhirnya munculnya gerakan-gerakan politik bawah tanah seperti serpihan daripada Parti Tudeh, Nasional Front,Gerakan Revolusi Islam dan Gerakan Pembebasan Iran36

Dalam itu juga Shah telah memperkuatkan sistem pertahanan dan keamanan ( Hankam ). Anggaran yang di sediakan untuk memodenisasikan sektor Hankam ini memakan perbelanjaan hampir 24 peratus daripada hasil ekonomi negara. Kebanyakkan peralatan ketenteraan dan keamanan ini diperolehi daripada pihak Amerika Syarikat iaitu sebanyak 70 peratus. Tujuan Hankam ini ialah untuk menjamin keselamatan pelayaran tanker minyak di Teluk Parsi dan untuk menghadapi sebarang kemungkinan di sebelah sempadan negara akibat daripada Perang Arab-Isreal dan Perang India-Pakistan. Di dalam negeri, pembangunan sistem Hankam ini bertujuan untuk menghadapi kaum pemberontak dan pemisah di wilayah Azerbaijan, Baluchistan dan Kurdistan. Pembangunan sistem Hamkam ini juga untuk menghadapi musuh-musuh politik yang menentang kekuasaan monarki. Jadi secara garis besarnya, angkatan bersenjata Iran mempunyai dua peranan sekaligus iaitu sebagai penjaga kedaulatan negara dan sebagai penjaga keamanan bagi kekuasaan Shah.

Dalam pada itu juga, Shah Muhammad Reza memiliki pasukan khusus pengawai kerajaan ( The Imperial Guard ) dan polis rahsia Savak ( Sazman e Etelaat Va Amniyat Keshvar atau Organisasi Informasi dan Keamanan Wilayah ) yang sangat di takuti oleh rakyat. The Imperial Guard merupakan pasukan elit yang mempunyai tugas khusus menjaga keselamatan dan keamanan Shah di mana sahaja beliau berada. Di dalamnya terdapat kumpulan berani mati ( Djavidan ), pasukan gerak khas dan pasukan yang khusus menjaga ibukota Tehran. Manakala Savak yang di bentuk pada 1957, merupakan pasukan polis rahsia yang bertugas menidakkan lawan-lawan politik Shah. Pasukan Savak sangat di takuti oleh para penentang Shah dan rakyat kerana tindakannya yang seringkali di luar batas perikemanusiaan.37

2.2.2 PENGARUH POLITIK LUAR

Dalam memperkukuhkan kekuatan politik, Shah Muhammad Reza telah menjadikan Iran sebagai sekutu rapat kepada Amerika Syarikat. Memang tidak dapat dinafikan, Shah Muhammad Reza Pahlevi menaiki tahta sebagai Shah Iran adalah hasil daripada sokongan penuh daripada kuasa politik luar iaitu Inggeris dan Russia. Namun setelah tamatnya Perang Dunia , Amerika Syarikat telah berjaya menyingkirkan pengaruh Inggeris dan Russia di Iran. Tambahan lagi, Shah Muhammad Reza berusaha menyikirkan pengaruh Russia dari Iran. Bagi Amerika Syarikat, Uni Soviet Russia merupakan penghalang utama bagi mereka untuk menyebar luaskan pengaruh mereka di Timur Tengah Oleh kerana itu tindakan Shah Muhammahd Reza ini dilihat bertepatan dengan kehendak politik luar Amerika Syarikat. Terdapat lapan priseden Amerika Syarikat terdahulu termasuk Jimmy Carter yang mendukung sepenuhnya kepimpinan Dinasti Pahlevi di Iran.Ini boleh dilihat kepada pujian Jimmy Carter terhadap Shah Muhammad Reza dengan mengatakan:

Iran Under the great leadearship of the Shah is an island of stability in one of the more troubled areas of the world38

Hubungan Iran dengan Amerika Syarikat di perkuatkan lagi dalam bentuk bantuan ketenteraan dan ekonomi dengan menggunakan doktrin atau idealogi Eisenhower. Doktrin Eisenhower adalah salah satu idealogi politik luar Amerika Syarikat. Idealogi ini bermaksud memberikan bantuan terhadap negara-negara yang mencari bantuan untuk mempertahankan intergreti dan kemerdekaan mereka daripada pengaruh Komunis dan gerakan pemberontak dalaman terutamanya bagi negara-negara yang pro Amerika Syarikat. Doktrin ini dipergunakan oleh Amerika Syarikat untuk menguasai sesuatu wilayah itu untuk bertindak balas atau melawan pengaruh komunis dan sebagai tempat penempatan ketenteraannya di wilayah tersebut dalam usaha menghadapi negara-negara yang bermusuhan dengan mereka.

Bagi Amerika Syarikat, Iran merupakan wilayah yang strategik untuk di jadikan sebagai Buffer State dalam menghadapi ancaman Uni Soviet Komunis di kawasan Asia Tengah. Ini kerana kedudukannya yang bersempadan dengan Russia. Oleh kerana itu, Amerika Syarikat memberi bantuan ekonomi dan ketenteraan yang sangat besar kepada Iran, dengan harapan agar Iran tidak jatuh ke dalam kekuasaan Komunis Uni Soviet. Pada tahun 1957, Amerika Syarikat telah membantu Iran dalam membentuk satu pasukan tentera elit dan polis rahsia yang di beri nama SAVAK. Pasukan Savak ini mendapat latihan dan peralatan ketenteraan sepenuhnya daripada pihak Amerika Syarikat. Hasilnya Iran telah menyatu ke dalam sistem ketenteraan dan politik Amerika Syarikat. Shah Muhammad Reza menganggap hal ini akan dapat membantu memperkuatkan posisi politiknya dan akan menjadikannya sebagai penguasa yang kuat di wilayah Timur Tengah. Di samping itu, perhubungan erat Iran dan Amerika Syarikat telah menyebabkan pihak Amerika Syarikat dapat ikut campur tangan dalam program pembangunan di Iran sehingga semua bidang kehidupan di Iran ketika itu menjadi terpengaruh dengan hegemoni Amerika Syarikat. Dalam pada itu juga Iran merupakan negara Islam kedua selepas Turki yang mengakui kewujudan negara Yahudi di Palestin39.