review artikel - toleransi dan pluralisme menurut pengalaman masyarakat bidayuh

11
FAKULTI SAINS SOSIAL SEMESTER 2/ TAHUN 2016 HMEF5014 EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY NO. MATRIKULASI : CGS01193425 NO. KAD PENGNEALAN : 840410106193 NO. TELEFON : 0102254300 E-MEL : [email protected] 1

Upload: mohd-shirazi

Post on 13-Apr-2016

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Berkaitan Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

TRANSCRIPT

Page 1: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

FAKULTI SAINS SOSIAL

SEMESTER 2/ TAHUN 2016

HMEF5014

EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

NO. MATRIKULASI : CGS01193425

NO. KAD PENGNEALAN : 840410106193

NO. TELEFON : 0102254300

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN

1

Page 2: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

Toleransi dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

Jurnal Usuluddin 40 (Julai-Disember 2014): 99-133

Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Wan Ariffin Wan Yon, Suraya Sintang

Sikap dan keterbukaan masyarakat Bidayuh Sarawak dengan kesediaan untuk tinggal

bersama dan menjalin hubungan intim sesama ahli keluarga yang berbeza agama adalah

sangat tinggi. Justeru, mendorong penulis untuk mengkaji situasi sebenar masyarakat

Bidayuh di Sarawak.

Berdasarkan artikel ini, penulis tidak menyatakan secara jelas objektif artikelnya. Namun ada

menyatakan dalam abstraknya mahu melihat sejauh mana penerimaan unsur pluralisme

agama dalam pengalaman toleransi masyarakat Bidayuh, serta bolehkah disamakan

pluralisme agama ini dengan toleransi kekeluargaan yang berbeza agama.

Penulis merangka teori mengenai toleransi dan pluralisme dengan jelas. Penulis telah

merujuk 5 artikel berkaitan toleransi dan 4 artikel tentang pluralisme dengan satu rujukan dari

laman sesawang. Daripada sumber rujukan yang dinyatakan, penulis dapat menerangkan

maksud teori mengenai toleransi dan pluraslime dengan jelas dan boleh difahami.

Namun penjelasan penulis seakan-akan bercampur-campur antara kedua-dua teori. Pembaca

perlu membaca serta memahami secara berulang-ulang bagi melihat perbezaan kedua-dua

teori ini. Penulis juga menggunakan rujukan teori bermula dari tahun 2000 sehingga tahun

2010.

Secara ringkasnya dapat difahami bahawa toleransi ialah sifat keterbukaan dan muafakat

dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Manakala pluralisme pula ialah anggapan

bahawa semua agama adalah sama nilaiannya di sisi Tuhan. Tiada beza tujuan nilai agama A

dan agama B.

2

Page 3: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

Dalam penulisan artikel ini, penulis mensasarkan dua konsep utama iaitu konsep pluralisme

dan toleransi. Kedua-dua konsep ini telah dijelaskan berdasarkan rujukan-rujukan dan ulasan

yang diberikan sehingga 5 muka surat (m/s 100-104). Kemudian berdasarkan kedua-dua

konsep ini, penulis mengulas pula tentang masyarakat bidayuh serta kaitannya dengan konsep

pluralisme dan toleransi.

Berdasarkan dapatan teori, penulis cuba menguji hasil teori dan kaitannya dengan masyarakat

Bidayuh, dengan cara menemu bual dan soal selidik responden bagi menghasilkan kajian

teori teruji seterusnya menemui dapatan akhir. Perbincangan utama dalam artikel ini ialah

berkaitan sejauh manakah amalan toleransi dan pluralisme dalam masyarakat Bidayuh.

Penulis telah mengkaji secara teori apakah maksud sebenar toleransi dan pluralisme serta

membezakan kedua-duanya dengan kehendak sebenar dalam Islam. Kemudian, penulis mula

mengkaji tentang sejarah awal masyarakat Bidayuh serta menyatakan bagaimana bermulanya

masyarakat Bidayuh boleh dipengaruhi dengan unsur toleransi dan pluralisme.

Dalam artikel ini, penulis menyatakan gambaran awal mengenai masyarakat Bidayuh

berdasarkan kajian literature dari Edmund Leach (1947) dan J. Stall (1940), William R.

Geddes (1954 & 1957) serta banyak lagi mendapati bahawa pengaruh kedatangan barat dan

agama Kristian ke dalam masyarakat Bidayuh telah memberi perubahan bukan sahaja dari

aspek pendidikan, bahkan anutan serta kepercayaan sekaligus kepelbagaian budaya yang

mencorakkan jalinan dan interaksi walaupun berlainan etnik dan agama.

Hipotesis mendapati bahawa masyarakat Bidayuh telah menerapkan unsur-unsur toleransi

dan pluralisme dalam interaksi mereka. Ini dapat dilihat apabila mereka secara automatik

apabila mereka menjamu makanan halal kepada penganut beragama Islam, meraikan

perayaan keagamaan bersama serta saling menghormati antara sesama mereka. (m/s 109-

114).

Ya, sememangnya terdapat nilai yang implisit (tidak langsung) dalam kajian ini. Kesan

kedatangan barat dengan membawa tema pendidikan dan pembangunan, telah berjaya

3

Page 4: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

mempengaruhi majoriti etnik Bidayuh untuk memeluk agama Kristian seterusnya

meninggalkan amalan animisme mereka.

Antara lain, secara tidak langsungnya etnik Bidayuh ini telah menerima pendidikan yang

lebih baik dan pembangunan khususnya konsep rumah panjang yang baru dan lebih selesa.

Dengan pengaruh pendidikan dan pembangunan inilah yang menyebabkan etnik ini

berinteraksi sesama mereka secara toleransi dan pluralisme.

Evidens dalam kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Penulis mengkaji berdasarkan

kajian teori dan dapatan kajian bertajuk Budaya Toleransi dan Gejala Pluralisme (2012).

Penulis juga menggunakan kaedah temu bual beberapa individu yang terlibat dalam kajian

berkenaan yang terlibat dalam urusan pentadbiran jalinan hubungan antara umat beragama

seperti Mufti Sarawak, Pengarah Pusat informasi Islam Sarawak dan Ketua Gereja Katolik

boleh diguna pakai. Ini kerana, kajian soal selidik tersebut telah diedarkan sebanyak 100 set

dan telah disemak dan dimurnikan oleh pakar serta dibuat kajian rintis kepada 34 responden.

Penulis juga menjalankan kajian temu bual sendiri serta soal selidik sendiri, dengan

melibatkan sebanyak 65 responden. Set soalan yang diedarkan adalah sebanyak 100 set.

Namun yang dikembalikan hanya 65 set. Soal selidik dikhususkan kepada 2 bahagian iaitu

Budaya Toleransi dengan 9 jenis soalan dan Amalan Pluralisme dengan 9 jenis soalan juga.

Walau bagaimanapun, penulis langsung tidak merujuk dan menyertakan mana-mana petikan

ayat al-Quran, tafsir al-quran mahupun hadith dalam kajian ini. Sebaik-baiknya penulis

memetik satu atau dua sumber, lebih-lebih lagi tafsir-tafsir muktabar yang menyentuh

langsung tentang toleransi dan pluralisme secara terus.

Artikel ini telah disesuaikan dengan kajian literatur tajuk-tajuk yang sesuai dengan kajian.

Seperti contoh “Pendekatan Epistemologi dalam Menangani Pluralsime Agama”, “Argumen

Pluralisme Agama: Membangun Toleransi Berbasis a-Quran”, “Pluralisme: Keracunan Istilah

4

Page 5: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

dan Pemahaman”, “Diversity to Pluralisme”, dan lain-lain lagi. Penulis menggunakan kajian

literatur untuk memahami masalah kajian, mengenal pasti teori berkaitan toleransi dan

pluralisme, mengenali latar belakang sejarah etnik Bidayuh serta memahami sejauh mana

keterikatan sentimen dalam etnik ini.

Berdasarkan kepada kajian ini, terdapat sumbangan yang berguna untuk diguna pakai

khususnya dalam dakwah Islam dan perpaduan masyarakat Malaysia dalam konteks

1Malaysia. Dalam konteks dakwah kepada masyarakat pribumi Sarawak khasnya dan

penduduk bukan Islam Malaysia amnya, para pendakwah mestilah melihat dari sudut sejarah

bagaimana pihak barat gigih menyuntik tujuan mereka. Oleh yang demikian, pendakwah

perlu menguasai sasaran dakwah mereka dengan cara menguasai bahasa, adat budaya, sejarah

dan latar belakang.

Selain itu, menggunakan pendekatan pendidikan dan pembangunan, iaitu membangunkan

sekolah-sekolah dan membina infrastruktur yang sempurna. Ini pastinya memerlukan

sokongan semua pihak yang berkaitan. Anjuran forum-forum dan dialog berkaitan faham

agama dan budaya boleh dijadikan contoh terbaik dalam memberi kefahaman yang

mendalam dalam hidup bermasyarakat.

Dari sudut politik pula, ahli politik boleh melihat kemajmukan penduduk Sarawak

menyebabkan satu-satu gagasan kerajaan sukar dibentuk kerana terdapat persaingan yang

tinggi antara kelompok. Justeru ahli politik dan kerajaan perlu memikirkan pendekatan yang

lebih sesuai dalam mewujudkan situasi politik yang lebih kukuh serta berkekalan.

Penulis menggunakan bahasa yang jelas dan mudah difahami. Setiap penjelasan dari teori

diberikan rujukan yang bersesuaian dan terkini. Penulis juga menggunakan carta yang jelas

serta berwarna dalam menyatakan dapatan soal selidik.

5

Page 6: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

Berdasarkan kajian ini, kita dapati bahawa integrasi kaum, bahasa dan agama di negara kita

secara tidak langsungnya dapat meningkatkan kefahaman masyarakat tentang budaya

toleransi serta saling hormat menghormati antara satu dengan lain. Dalam pada itu, budaya

pluralisme pula akan menyerap secara tidak langsung. Budaya pluralisme ini, perlulah diberi

perhatian dengan memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat muslim agar dapat

membezakan antara pluralisme dan toleransi antara agama.

Dengan bertambahnya bilangan pekerja asing ke Malaysia dari Bangladesh, Indonesia,

Filipina, Myanmar dan lain-lain, maka kita perlulah bersedia menghadapi kejutan budaya

yang biasa dihadapi oleh negara membangun yang lain. Perkahwinan campur sama ada

sesama agama atau bukan pasti berlaku. Seterusnya diikuti dengan percampuran adat,

budaya, bahasa, cara pemakaian dan lain-lain lagi. Maka secara tidak langsungnya penduduk

semenanjung juga berkemungkinan besar akan mengalami isu yang sama.

Penulis boleh mengembangkan dapat kajian dengan mengkaji dengan lebih mendalam,

bagaimana prinsip pluralisme boleh berlaku secara neutral dalam etnik Bidayuh, walaupun

kajian soal selidik (soalan 17) menunjukkan bahawa 61% responden menjawab bahawa

prinsip pluralisme agama tidak dibenarkan dalam agama mereka. Tetapi mereka sendiri

secara tidak langsungnya melakukan pluralisme.

Untuk kajian akan datang, dicadangkan kepada penulis agar dapat mengkaji toleransi dan

pluralisme masyarakat Melayu dengan memfokuskan kawasan bandar-bandar utama seluruh

negara. Ini kerana kebanyakan bandar-bandar utama mempunyai integrasi kaum yang sangat

banyak. Apakah mungkin di sana, boleh dikaji tahap-tahap tertentu masyarakat Melayu

Muslim terdedah dengan toleransi mahupun pluralisme. Penulis juga dicadangkan supaya

menambahkan lagi bilangan responden supaya dapatan lebih kukuh dan seimbang.

Jika diteliti secara mendalam, pembaca dapat melihat sumbangan artikel ini sebagai

persediaan sebelum memulakan dakwah di Sarawak khususnya mahupun di mana-mana

6

Page 7: review artikel - Toleransi Dan Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh

tempat. Kita boleh lihat bagaimana barat mula meresap ke dalam masyarakat dengan

menggunakan beberapa pendekatan.

Pendekatan dengan politik melalui penjajahan, kemudian dengan pendidikan dan

pembangunan seperti membangun sekolah-sekolah dan rumah panjang. Sikap yang baik serta

berakhlak. Seterusnya sikap yang baik ini dicontohi oleh etnik Bidayuh. Sebab itulah kita

dapat melihat masyarakat ini boleh bertoleransi dan berpartisipasi antara satu sama lain.

Yang pasti, gerak kerja ini menggunakan dana yang besar dan memerlukan kesediaan

sukarelawan yang kental hatinya dan sudah tentu mendapat latihan yang sewajarnya, serta

mengambil tempoh masa yang tertentu. Hasilnya majoriti masyarakat bidayuh beragama

Kristian pada hari ini.

Tidak dinafikan bahawa pihak barat bukanlah datang ke Malaysia dengan niat untuk

menjajah semata-mata. Bahkan lebih dari itu, iaitu untuk menyuntik jarum-jarum

Kristianisasi. Ia pasti dilakukan terlebih dahulu dengan kajian yang cukup mendalam seperti

karya bertajuk The Land of Sarawak (1954) dan Nine Dayak Nights (1957) di halaman 106.

Karya berjumlah 36 muka surat ini sememangnya telah mencapai objektifnya untuk melihat

sejauh mana amalan toleransi dan pluralisme masyarakat Bidayuh dengan disertakan kajian-

kajian lepas serta soal selidik yang bersesuaian. Secara kesimpulannya, penulis berjaya

mengemukakan bahawa sememangnya terdapat amalan pluralisme dalam masyarakat

Bidayuh walaupun mereka sendiri tidak memahami pendekatan pluralisme yang sebenar.

Tambahan pula agama mereka tidak membenarkan.

(1,470 patah perkataan)

7