resipi

6
Arca buah Bahan2nya: 100gm buah kana 100gm buah ceremai (ganti dgn ceri hitam) 100gm buah plum (ganti dgn ceri merah) 100gm halwa mangga (tambah sendiri) 100gm buah pala (ganti dgn 50gm buah kedondong dibelah2) 50gm halia (30gm aje cukup) } 50gm bwg merah } 40gm bwg putih } - dikisar 30gm serai (dlm 3 btg diketuk) 50gm pes cili ( 30gm aje memadai) 50gm gula 10gm garam halus minyak secukupnya Cara menyediakan: 1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan2 yg dikisar dan serai. Kacau rata sehingga berbau harum. 2. Selepas itu masukkan pes cili dan kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak. 3. Perasakan dengan gula dan garam, kemudian dikacau rata. 4. Masukkan buah kana, ceremai, plum, ceri dan buah pala. Kacau rata dan masak di atas api sederhana. 5. Angkat dan sedia utk dihidangkan ~ taburkan dgn sedikit bijan yg telah disangai...

Upload: jonathan-teng

Post on 12-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

this is a recipi to cook

TRANSCRIPT

Arca buahBahan2nya:

100gm buah kana 100gm buah ceremai (ganti dgn ceri hitam) 100gm buah plum (ganti dgn ceri merah) 100gm halwa mangga (tambah sendiri) 100gm buah pala (ganti dgn 50gm buah kedondong dibelah2) 50gm halia (30gm aje cukup) } 50gm bwg merah } 40gm bwg putih } - dikisar 30gm serai (dlm 3 btg diketuk) 50gm pes cili ( 30gm aje memadai) 50gm gula 10gm garam halus minyak secukupnyaCara menyediakan:1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan2 yg dikisar dan serai. Kacau rata sehingga berbau harum.2. Selepas itu masukkan pes cili dan kacau rata sehingga sebati dan pecah minyak.3. Perasakan dengan gula dan garam, kemudian dikacau rata.4. Masukkan buah kana, ceremai, plum, ceri dan buah pala. Kacau rata dan masak di atas api sederhana.5. Angkat dan sedia utk dihidangkan ~ taburkan dgn sedikit bijan yg telah disangai...

Arca LImau

Bahan-bahan ( 6 - 8 orang makan ) 1 cawan minyak masak 1 cawan cuka putih 1 cawan gula pasir 1 sudu besar garam 200 gram kismis kuning 5 biji limau jeruk Buah kuma cina buah belimbing buluh jeruk 2 biji epal hijau (potong dadu) 10 biji buah prun 10 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 1

Cara-cara1. Cara memasak:2. 1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 3. 2. Kemudian, masukkan cuka, gula pasir dan garam. Kacau hingga sebati.4. 3. Apabila mendidih, masukkan semua bahan yang lain. 5. 4. Masak hingga pekat.6. 5. Siap untuk dihidang. 7. Petua: Rendam epal hijau dalam air berais dan campur dengan perahan lemon supaya epal tidak bertukar menjadi kehitaman.

Kerabu manggaPenyediaan:20 Minit|Memasak:15 Minit|Keseluruhan:35 minitJumlah Hidangan :3Bahan-Bahan:Bahan-bahan A: 2 biji mangga epal,diparut memanjang. 1 kuntum bunga kantan,dihiris halus. 1 biji bawang besar.Bahan-bahan lain: 10 biji cili padi,dihiris,kalau mahu pedas,boleh tambah bilangan cili padi itu. Udang kering,digoreng tanpa minyak,sampai naik bau dan ditumbuk separa hancur. Kacang tanah,digoreng tanpa minyak,dibuang kulit dan tumbuk separa hancur. 3 sudu besar jus limau nipis 2 sudu besar sos ikan Gula dan garam secukup rasaCara Penyediaan:1. Campurkan bahan-bahan A dan gaul sehingga mesra.2. Masukkan pula kacang tanah dan udang kering.3. Masukkan cili api,sos ikan,gula dan garam ke dlm jus limau nipis.Kacau sebati.4. Tuang bancuhan jus limau nipis ke dlm bahan campuran mangga tadi.5. Gaulkan sehingga mesra dan rasa keseimbangan manis,masam dan masin kerabu tersebut.6. Sedia untuk dihidangkan.

Arca ikan MASinBAHAN-BAHANNYA :200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau)10 biji bawang merah kecil10 ulas bawang putih20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)3 camca besar cuka makan (JALEN)1 camca besar gula melaka3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)2 tangkai daun kari, dilurutkanGaram secukup rasa1/4 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :2 camca besar cili kisar1 biji bawang besar1 inci halia1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN REMPAH :1 camca teh ketumbar biji1 camca teh jintan kasar1 camca teh jintan halus3/4 camca teh halba1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.

Bubur LambukBahan-bahan ( sekeluarga ) 1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan) 1 sudu besar minyak sapi 2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap) 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah) segenggam udang kering 2 helai daun pandan 1 sudu kecil halba 1 sudu kecil jintan kasar 1 biji bawang besar - hiris 3 biji bawang putih - hiris 2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis 1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk) 2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh) 6 biji bawang merah - buat bawang goreng daun sup dan daun bawang garam secukup rasa air secukupnya

Cara-cara1. panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning2. lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.4. lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.6. masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..7. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.8. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.9. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.10. nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.