resipi 2

38
Apam Belanda APAM BELANDA BAHAN-BAHAN: 250 ml susu cair 150 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 40 gm gula halus Secubit garam 1 sudu kecil yis 2 biji telur 60 gm mentega (cair) BAHAN ISIAN: Cip coklat CARA MENYEDIAKAN: 1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur). 2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur. 3. Uli rata hingga sebati. Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain. 4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula. 5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega. 6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda. 7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya. 8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara. 9. Bila ia mengembang dan kuning, angkat.

Upload: nuwa-ainun

Post on 08-Apr-2016

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

resipi2

TRANSCRIPT

Page 1: RESIPI 2

Apam Belanda APAM BELANDA

BAHAN-BAHAN:

250 ml susu cair

150 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung

40 gm gula halus

Secubit garam

1 sudu kecil yis

2 biji telur

60 gm mentega (cair)

 

BAHAN ISIAN:

Cip coklat

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Satukan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali susu dan telur).

2. Kosongkan bahagian tengahnya dan tuangkan susu dan pecahkan telur.

3. Uli rata hingga sebati. Rehatkan doh selama sejam. Tutup dengan kain.

4. Kemudian tuangkan mentega cair dan uli rata semula.

5. Panaskan cetakan (kuih cara ataupun baulu) dengan mentega.

6. Sudukan adunan dan isikan cip coklat ataupun apa saja isian kegemaran anda.

7. Tuang sedikit lagi adunan agar ia menutupi isiannya.

8. Bakar dalam ketuhar atau bakar atas api seperti membakar kuih cara.

9. Bila ia mengembang dan kuning, angkat.

Page 2: RESIPI 2

BITTERBALLEN NASI

BAHAN-BAHAN:2 ulas bawang putih - dicincang2 sudu makan tepung gandum150 ml air1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)3/4 sudu teh garam¼ sudu teh serbuk lada sulah300 gm nasi putih25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus30 gm keju parut2 sudu makan marjerin untuk menumisMinyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:1 biji telur75 gm tepung goreng serbaguna

CARA-CARA:1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..5. Bantukkan bulat dan celupkan di dalam telur dan gulingkan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (Ayu golekkan sekali jerk semalam sbb tak baca arahan dengan betul.. ekekekeke.. sib baik cantek jek masa goreng tu.. tak berderai pun.. huhuhu..)6. Goreng sehingga kuning keemasan..

TIPS AYU:Seelok²nya kepal nasi tu time dia panas².. cantek jerk kepalannya bersatu..

OREO MUFFINS

Resipi ini dikongsi bersama oleh Maklang (FRD), resipi asal dari Kak Rossya. Sedap nih bukan budak-budak je suka mak budak, bapak budak pun pasti menikmatinya…

Kepada Maklang dan Kak Rossya, terima kasih sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.

OREO MUFFINSSource: Sis Rossya/ Maklang

Ingredients1 3/4 cup all-purpose flour

Page 3: RESIPI 2

1/4 cup sugar1 tablespoon baking powder1/3 cup butter or margarine1 cup milk1 egg16 OREO chocolate sandwich cookies, coarsely chopped50g white chocolate chopped50g dark chocolate chopped

DirectionsMix flour, sugar and baking powder in medium bowl. Cut in the butter until mixture resembles breadcrumbs. Blend milk and egg in a small bowl. Stir into flour mixture. Gently stir in chopped cookies and chopped white/ dark chocolate. Spoon batter into greased or paper-lined muffin trays. Sprinkle with more chopped chocolates.

Bake for 15-20minutes or until toothpick inserted near centres comes out clean. Cool in pan on wire rack for 5 minutes. Remove from pan, cool slightly.

Nota dari Maklang: Maklang bakar sampai masak muffin dengan sudu 170’C. Kalau muffin belum masak selama masa membakar 15 – 20 minit ditambah beberapa minit sehingga ia masak serata.

CHOCOLATE OIL CAKE

Bahan-bahannya2 cawan gula3 cawan tepung serbaguna2 sudu teh baking soda1/2 sudu teh garam1/2 cawan serbuk koko1 sudu makan chocolate emulco2 cawan air1 cawan minyak sayuran1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranyaPanaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak.

s

BUTTERCREAM ICING

Bahan-bahannya

Page 4: RESIPI 2

½ cawan shortening½ cawan mentega, dilembutkan1 sudu the esen vanilla3 cawan gula2 sudu besar susu segar

Cara-caranya1. Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla. Masukkan gula satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan.

Nota: D menggunakan 3 cawan gula, rasanya masih manis mungkin boleh kurangkan kepada 2 – 2 ½ cawan ikut tahap kemanisan yang anda mahukan. Boleh juga letak perasa badam atau perasa oren untuk buttercream ini ikut citarasa masing-masing.

ORANGE BUTTER CAKE BEBOPSumber: Kak Bebop

Bahan-bahannya200 gram tepung gandum1/4 sudu teh baking powder1/2 sudu besar susu tepung250 gram mentega5 biji telur175 gram gula2 sudu besar orange juiceparutan kulit limau dari sebiji limauD tambah 2 sudu besar orange paste

Cara-caranya1. Pukul tepung, baking powder, susu tepung, mentega hingga gebu dan tidak berbintil-bintil.2. Di dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur dan gula sehingga lembut dan pekat. Kemudian masukkan orange juice dan parutan kulit limau kedalam adunan telur dan kacau sebati.3. Selepas itu masukkan adunan telur tadi kedalam adunan butter dan adun sebati.4. Tuang adunan kedalam loyang 9” dan bakar dalam 30 – 40 minit pada suhu 170’C. Nak masuk dalam cupcake pun boleh jugak.

ULASAN D: Adunan telur dan gula mesti anda pastikan dipukul dengan betul sehingga gebu, likat dan pekat. Ini yang dapat membantu menghasilkan Orange Cake yang gebu dan sempurna.

sORANGE CHEESE FROSTING

120g butter250g cream cheese120g icing sugar

Page 5: RESIPI 2

1 sudu besar orange paste

Masuk semua dalam mixer dan pukul hingga kembang dan sebati. Boleh sediakan in advance lepas tu simpan dalam peti sejuk dan gunakan kemudian... Warnakan ikut suka..

VANILLA CUPCAKESSumber: Cintabiru

Bahan-bahannya250 gram mentega tanpa garam, dilembutkan180 gram gula kastor (resipi asal menggunakan 250 gram gula tapi pada rasa saya terlalu manis dan saya kurangkan)4 biji telur185 gram tepung naik sendiri60 gram tepung gandum185 gram susu segar

Cara-caranya1. Kedua dua jenis tepung diayak, letak tepi.2. Pukul butter dan gula sampai gebu.3. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi.4. Campurkan tepung dan susu segar berselangseli dengan adunan tadi.5. Siapkan kertas cupcakes, bubuh adunan di dalam dan bakar pada suhu 180 deg dalam 7-10 minit, bergantung kepada size kertas cupcake anda.

Frosting(Untuk 12 cupcakes size sederhana)

Bahan-bahannya3 biji putih telurIcing sugarsecubit garam1 sudu teh orange extract (untuk mengurangkan rasa manis pada frosting)Pewarna mengikut citarasa

Cara-caranya1. Pukul putih telur sampai kaku (terbalikkan make sure confirm tak jatuh kat muka).2. Masukkan gula sedikit sedikit, pukul lagi.3. Akhir sekali masukkan sedikit garam, orange extract dan pewarna.

Nota: (Icing sugar ni saya letak cuma agak agak jer sebab tu tak letak sukatan.. maaf ye. Tapi selalunya 70% of the whole 500g packet)

Tips:- Make sure biarkan frosting tu seketika dulu (dalam 5mins) sebelum kita pipe.. kalau tak nanti tak cantik frosting kita.- Kalau tak ada nozzle untuk ketatkan tip ngan piping bag, dulu saya ketatkan dengan menggunakan scotch tape.

Page 6: RESIPI 2

BEST EVER MUFFIN

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)

2 cawan tepung gandum3 sudu teh baking powder½ sudu teh garam¾ cawan gula1 biji telur1 cawan susu segar¼ cawan minyak sayuran

Cara-caranya

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin

Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

KEK LAPIS SISIK IKANSumber : Rabiah Amit

Bahan A10 biji kuning telur2 biji putih telur250 g gula halus1 sudu makan ovalette75 ml air sejuk1 tin seri kaya (300 gm)1/2 botol kecil Horlicks (100 gm)

Page 7: RESIPI 2

250 gm tepung hong kong300 gm mentega, dipukul bersama 4 sudu makan susu pekat manisKepingan Haw Flakes

CaraPukul bahan A hingga kembang kemudian kaup balikkan tepung dan gaul sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi dan gaul rata dan sebati dengan adunan di atas.

Bakar 4 sudu makan setiap lapis hingga masak secara grill. Bagi setiap 2 lapis, letakkan haw flakes secara menyerong. Ulangi proses sehingga habis.

Nota :1. Kita gunakan acuan 7" x 7" x 4"

APAM BUTTER SARAH JASMINE

Sedikit tips bila D membuat kuih ini, adunan gula yang telah dimasak hendaklah suam panasnya sebelum dicampurkan dengan bahan-bahan yang lain. Acuan lompang hendaklah dipanaskan terlebih dahulu dan tuang adunan ¾ penuh. Tutup kukusan hendaklah dibungkus dengan kain supaya air wap tidak jatuh diats kuih. Selamat mencuba.Bahan A

1 cawan gula1 cawan air250gm butter

Gula dimasak dengan 1 sudu besar air sehingga hangus. Kemudian masukkan baki air & butter.

Bahan B

3 biji telur1 ½ cawan gula2 cawan tepung gandum1 tin susu cair2 sudu teh sodium bicarbonate

Cara-caranya

Page 8: RESIPI 2

1. Telur & gula dipukul sehingga kembang.2. Masukkan tepung.3. Masukkan susu cair.4. Masukkan adunan gula hangus, dikacau hingga rata.5. Minyakkan cawan lompang & panaskan diatas kukusan.6. Tuangkan adunan 3/4 penuh & kukus selama 20 min & angkat.7. Keluarkan apam dari cawan & sejukkan.

Kalau untuk 1 cawan tepung = 128 gram

manakala 1 cawan gula pula = 201 gram

APAM SERI AYUSumber : Kak Hanieliza

BAHAN-BAHAN:3 biji telur240 gm gula240 ml santan atau fresh milk1 s/b jus pandan (Ayu tambah sekali esen pandan dan pewarna hijau)270 gm tepung gandum1 s/k ovallate1 s/b tepung kanji ]kelapa parut muda] [ gaulkan garam ]

CARA-CARA:1. Telur dimesin/dipukul bersama gula hingga kembang.2. Masukkan santan/fresh milk, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati.3. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada acuan.4. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat.5. Tuangkan adunan tepung tadi.6. Kukus hingga masak selama 15 minit.

ROLL SOSEJ DAN SOS UNIK

Bahan-Bahannya:-

8 keping roti sandwich Gardenia (brand lain pun ok)8 batang sosej ayam, celur 5 minit, angkat dan toskan2 biji telur

Page 9: RESIPI 2

1/2 camca teh serbuk lada sulah2 camca besar bijan1 camca besar tepung gandum*Sedikit air*(*disatukan hingga menjadi pes pekat)Minyak untuk menggoreng

Bahan Sos:-

2 camca besar mayonise1 camca besar sos tomato2 camca besar sos cili1 ulas bawang putih, cincang halus10 biji jeruk capers, dicincang halus

Cara membuatnya:-

1. UNTUK ROLL SOSEJ:- Leperkan setiap keping roti dengan torak (alat penggelek pastri) hingga leper. Ketepikan.2. Ambil sebatang sosej, letak dibahagian pangkal roti dan gulung hingga ke hujung, sapu degan pes tepung sebagai gam dan lekatkan roti tadi. Buat hingga habis.3. Dalam satu bekas, pecahkan telur, campur serbuk lada sulah dan kacau hingga rata. Celup roti gulung tadi dan golekkan dgn sedikit bijan. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper towel. Goreng gunakan api sederhana. Potong ikut suka dan hidangkan bersama "sos unik".4. SOS UNIK:- Satukan semua bahan2 untuk sos dan kacau hingga rata dan sebati. Hidangkan bersama roll sosej tadi..

Spaghetti sempoi

Bahan-bahan ( 5 )

1/2 bungkus spaghetti sedikit minyak (untuk rebus speggeti tadi)

Page 10: RESIPI 2

1 bungkus ayam/daging kisar 1 tin kecil tomato puree 1/2 cawan sos cili cendawan butang (kuantiti ikut suka) 3 biji bawang putih (dicincang) sedikit aji (kalau nak) garam secukup rasa sedikit air

Cara-cara

1. Untuk rebus spaghetti - Rebus air dengan sedikit minyak sehingga mendidih masukkan spaghetti tadi dan rebus hingga lembut

2. Kuah - Tumiskan bawang putih masukkan tomato puree dan sos cili Masakan selama 10 minit 3. Kemudian masukkan ayam/daging kisar Tambah sedikit air (1/4 cawan) 4. Masukkan garam dan aji secukup rasa Masukkan pula cendawan butang Masak sehingga naik

minyak kira-kira 20 minit

Bahan-bahan ( 1 biji kek )

tepong super fine - 150 gram gula kastor - 150 gram telor - 5 biji telor A ovalette - 15ML - bersamaan 1 sudu besar air daun pandan - 80ML minyak / mentega cair -80ML pes pandan - 5ML/ 1sudu teh serbuk penaik - 5ML/1 sudu teh sedikit pewarna hijau [x]

Cara-cara

1.

satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kalajuan pengadun)

Page 11: RESIPI 2

2.

perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau...pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.

3. tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.

4.

sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8icni, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. tuangkan adunan dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius

5.

bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis...(betul ker ayat ku...hihihihi)

6.

ini la tepong yang sesuai untuk buat kek...

7.

pes pandan yang sweet guna..500ML -RM18.00...sweet kena la beli yang besar...jimat sikit...

8. kek dimasak mengunakan api bawah dan atas

Page 12: RESIPI 2

APAM BLOSSOMBahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuk275 gm tepung gandum

200 gm gula halus - 150gm susu segar

1 sudu makan baking powder1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)Pewarna

Cara-caraMasukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8

minit.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna yg digemari

Masukan separuh adunan ke dlm paper cup yg diletak dlm acuan lompang dan letakkan filling (bluberry/kcg merah) dan masukkan separuh lagi adunan sehingga 3/4 penuh .

Kukus dgn api yg sederhana selama 10 minit.(air kukusan dipanaskan terlebih dahulu sehingga mendidih)

Nota : api kukusan jgn terlalu kuat nanti permukaan apam pecah

BAHAN-BAHANNYA :-)125 gram mentega1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)2 biji telur gred A1/2 camca teh esen vanilla5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekaliBuah strawberry segar, untuk hiasanGula manik halus, untuk hiasanOREO CUPCAKEBAHAN BUTTERCREAM :-)125 gram mentega

Page 13: RESIPI 2

70 gram krimwell80 gram gula ising, ayak1/2 camca teh esen vanilla2 camca besar susu pekat manis

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.

2. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.

3. UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...

s

Page 14: RESIPI 2

APAM DOT DOT..

Bahan-bahan ( 45 biji Cup Sederhana Besar )

3 biji telur 275 gm tepung gandum* 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum) 150gm susu segar (fresh milk) . Boleh juga ganti dgn susu sejat 1 sudu teh ovallete Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) Pewarna & Esen Vanilla 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis)

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette ,pukul lagi sehingga sebati dan nampak adunan akan berubah texture menjadi gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa

2.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

3. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang. Saya guna acuan tart , kawan saya guna acuan apam..boleh je mana2..asalkan berlapik

4. Picitkan blueberry filling secukupnya

5.

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan

6. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit 7. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah

Page 15: RESIPI 2

8. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

APAM BALIKBahan-bahan : 2 cawan tepung naik sendiri } diayak 1/4 cawan gula (jika suka manis jadikan 1/2 cawan gula)1/2 sudu kecil soda bikarbonat 1 1/2 cawan susu segar (ganti dgn air biasa pun boleh tapi kureng skit lah rasanya nanti) 1/2 sudu kecil baking powder 1 cawan kacang tanah yg telah digoreng } dimesin - untuk ditabur 1 tin jagung krim - untuk ditabur 1 cawan gula - untuk ditabur sedikit mentega (Yang ni, Naz tukar dengan majerin)

Cara membuat : Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, susu segar, baking powder dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.

Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar (ambil ler tutup periuk yg sesuai utk pan tu klu pan tak ada penutup). Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega. Tutup sekejap, bila masak bolehlah diangkat dan dilipat

Pandan Muffin (Resepi asal from Yani; telah diubah suai sendiri)

Bahan :180 g mentega tanpa garam (unsalted butter)140 g gula halus (naz guna gula pasir biasa je)2 biji telur gred A80 ml susu segar1 camca teh esen vanilla220 g tepung gandum *2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)1 camca teh pandan paste dan colouring hijau

Page 16: RESIPI 2

Sedikit coklat cip untuk hiasan (optional) (I used raisin)

Cara :Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

MEE KARI

Bahan-bahan :1 kg mee kuning (celur dan toskan)Sawi hijau (basuh,potong dan celur)Taugeh (buangkan kaki/akarnya)Tauhu (goreng dan hiris)Telur (rebus dan potong dua)Daun bawang & daun sup (basuh dan hiris)Cili merah (dihiris)Limau nipis/ limau kasturi

Bahan-bahan Kuah :2 cawan isi ayam yang dipotong kecil500 gm udang200 gm bebola ikan1 paket fish cake (potong nipis)1 paket tofu pok4 TBSP rempah kari dibancuh dgn sikit air asam jawa utk jadi pes5 cawan santan (Naz guna 1/2 santan dan 1/2 susu segar)200 gm keledek (direbus dan dikisar)MinyakGaram

Bahan-bahan mesin :2 batang serai1 inci halia5 ulas bawang kecil4 ulas bawang putih2 TBSP cili mesin2 TBSP udang kering

Page 17: RESIPI 2

Cara Memasak Kuah :1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan pes kari dan sedikit santan...biarkan naik minyak.2. Masukkan ayam dan udang serta baki santan dan juga keledek tadi..renehkan sehingga naik minyak dengan api perlahan. Part ni ikutlah nak pekat ke nak cair. Adjustlah ye..3. Kemudian masukkan fish cake, bebola ikan, tofu pok dan garam secukup rasa.4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

NOTA : Keledek rebus tu, kalau tak letak pun tak apa. Biasa buat mee kari, Naz tak letak pun. Saja cuba kali ni.. Memang kuahnya agak pekat sikit..

MEE REBUSResepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan pelengkap :

Mee kuning 4 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu) 10 biji bebola ikan (direbus sekejap dalam air panas dan dibelah 2) Sayur sawi (dipotong-potong dan dicelur) Tauge (dibasuh dan celur sekejap) 4 biji telur rebus (dibelah 4 atau 2)

Bahan-bahan hiasan:

Daun sup dan daun bawang (dihiris) 4 biji cili merah (dihiris) Bawang goreng Limau kasturi atau limau nipis

Bahan-bahan kuah :

8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 1.5 inci halia 2 Tbsp udang kering (basuh dan rendam dalam air) 4 Tbsp serbuk kari daging

Page 18: RESIPI 2

4 batang serai (dititik) 1 kg ubi keledek (direbus dan dikisar halus) 500 gm daging lembu (dipotong kecil) 1-2 ketul kiub pati lembu 3 keping asam gelugor Air secukupnya (lebih kurang 2500 ml) Garam dan gula secukup rasa Minyak jagung untuk menumis

Cara-cara memasak kuah :

1. Toskan udang kering dari air. Kisar bersama bawang merah, bawang putih dan juga halia.

2. Panaskan minyak jagung di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan juga serai hingga garing dan naik baunya. Masukkan serbuk kari dan gaul sesekali selama 1-2 minit.

3. Masukkan daging lembu yang telah dipotong kecil. Biar hingga daging bertukar warna.

4. Masukkan air dan juga keledek yang telah dikisar. Masukkan juga asam gelugor. Biar hingga menggelegak.

5. Masukkan kiub pati lembu, garam dan gula secukup rasa dan masak kuah hingga sedikit likat mengikut selera masing-masing.

6. Hidangkan mee kuning bersama bahan-bahan pelengkap. Curahkan kuah ke atasnya apabila menghidang dan taburkan bahan-bahan hiasan. Perahkan asam limau sekiranya suka.

7. BISKUT OREO BLACK BEAUTYby: Citarasawan

Bahan A280 gm mentega200 gm gula castor

Bahan B250 gm tepung gandum50 gm serbuk koko30 gm tepung jagung20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia

Page 19: RESIPI 2

1/2 sudu teh baking powder

HiasanPutih telur - ita tak letakBiskut oreo - dikisar halus buang dulu krim diaCoklat masakan putih cairkanCroquant - ita tak letak

8.

9.

Pukul bahan A hingga kembangSemua bahan B satukan, kemudian ayak dan masukkan dalam bahan A dan gaul sebati hingga menjadi doh yang lembut.Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozel bentuk bulat dan memanjang.

Page 20: RESIPI 2

Tekan atas tray hingga habis.Sapukan atasnya dengan putih telur dan taburkan serbuk oreo di atasnya.Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minitKeluarkan biskut setelah masak. Tunggu biskut sejuk.Paip kan dengan coklat putih.

Cara ita Doh yang telah siap ita gentel bulat2 bentukkan seperti guli angaran berat 6 - 8 gm.Kemudian ita golek2kan atas oreo hancur tu.Susun dalam paper cup dan bakar.Selepas tu boleh lah melorek atasnya.

Biskut ni masa kita masak dia naik cantik tau membulat. tapi bila dah kita keluarkan dari oven dia akan turun.. jadi jangan panik! dan ingat tak jadi pulak..

Blueberry cheese tart

170gm marjerin atau butter50gm gula aising1 biji telur Gred C

290gm tepung gandum1 sudu kecil esen vanilla

acuan tart Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Page 21: RESIPI 2

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

250gm cream cheese 50gm gula kastor / gula halus

1 biji telur Saiz B½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Page 22: RESIPI 2

Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah.

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese

Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! dan selamat berpuasa! :)

Page 23: RESIPI 2

Bahan A

125 gm butter 1/2 cwn brown sugar 7 sudu besar madu

Bahan B

6 cwn cornflakes 1 cwn kismis 1 cwn badam cincang panggang/gajus

Hiasan

Mangkuk kertas kecil Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara

1. Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.

2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil. 3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau. 4. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10

minit. 5. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

MELT IN MOUTH- GERMAN COOKIES

Bahan-bahan :

125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik 40 gm gula icing, diayak 1 teaspoon, untuk biskut perisa vanilla  2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa

coklat) 125 gm potato starch

Page 24: RESIPI 2

80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.

2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).

3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).

4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

BISKUT SUSU.

Bahan-bahan ( satu adunan boleh dpt hampir 100 biji )

250grm tepung jagung 1 tin susu pekat manis (yang kecik jgn abiskan) 1 sudu baking powder butter /marjerin untuk uli tepung perwarna -ikut suka

Cara-cara

1. Gaulkan tepung + susu cair 2. Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh . 3. Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai 4. Bakar dlm oven 180 = 15 minit...dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar 5. Perhatian: Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut

dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..

Page 25: RESIPI 2

Apam polkadot3 bj telur dr peti ais275 gm tepung gndum220 gm gula halus150 ml susu segar/cair3 sudu teh baking pwdr1 sudu kcik ovaletteapa2 fillingpewarna sesuka hati

- putar telo + gula dlu, pastu masuk ovallette, esen, susu, pastu last skali baru masuk cmpuran tpung & b.pwder...

Aiskrim Mudah

Bahan-bahan ( 5 org pun bleh )

1 tin susu pekat (saya wat 1/2 tin jerr) 1 tin air suam 1 sudu makan ovalet 1 biji telur esen vanila perisa n pewarna yang anda suka

Cara-cara

1. masuk semua dalam mixer @ blender dan putar sampai gebu,kembang n pekat likat 2. pas leh warnakan @ apa saja ikut suka n simpan dalam esbok. 3. selepas 3 jam dah leh makan.kalu nak lg best wat malam n sok pagi dah leh makan

Page 26: RESIPI 2

Bahan-bahan ( 50 biji atau lebih )

KULIT KARIPAP 1 kg tepung gandum 300 gram marjerin 1 sudu teh garam Air secukupnya INTI KARIPAP 500 gram ubi kentang (buang kulit dan belah 4) 250 gram isi ayam (potong kecil-kecil) 1 paket kecil serbuk kari ayam baba's (boleh lebihkan kalau suka) 5 ulas bawang putih (kisar) 5 ulas bawang merah (kisar) Setangkai daun kari Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa Minyak utk menumis dan menggoreng Air secukupnya

Cara-cara

1. Adunkan bahan-bahan kulit karipap hingga menjadi doh.Uli sampai benar-benar lembut.Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga naik baru.Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam bawang yang ditumis tadi.Kacau seketika.

3. Tambahkan sedikit air dan masukkan kentang yang telah direbus tadi bersama ayam.Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.Masak hingga kering.Angkat dan lecekkan inti ini.Jangan terlalu halus.

4. Ulikan doh dan canai kan sederhana nipis.Terapkan acuan karipap.Masukkan inti ke dalam kulit yang telah diterap.Tutupkan acuan.Keluarkan karipap dan kelimkan tepinya.Buat hingga habis adunan.

5. Panaskan minyak.Goreng karipap hingga masak dan garing.Sedia utk hidangan.

AISKRIM MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan ( boleh menjamu seisi keluarga.. )

2 cawan susu perisa strawberry/coklat (ikut suke) 2 cawan coffemate

Page 27: RESIPI 2

1 @ 2 sudu gula (kalo x buh pun x pe.. sbb susu tu dh manis)

Cara-cara

1. blendkan bahan2 tersebut sehingga berbuih (@ masukkan dlm mixer), masukkan dlm bekas.. pastu masuk dlm fridge.. setelah agak beku.. keluarkan semula & blend lagi skali.. then baru masukkan semula dan biarkan beku... pastu leh la makan.. he he

Fruit jelly

[email protected]

boleh guna oren, limau atau grapefruit

Created on : 24-01-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Hubungi yani

Page 28: RESIPI 2

139 Share

Bahan-bahan ( 2 orang )

2 biji limau- large size 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau 50g gula secubit garam

Cara-cara

1.

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.

2. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. 3. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga

mendidih.

4.

Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

5.

Grapefruit jelly

Page 29: RESIPI 2

6.

Kalau guna oren buatlah 4 biji. Mungkin susah sikit nak keluarkan isi oren berbanding dengan limau.

Tagjeli dessert

Laporan Masakan Bergambar (41)

26-01-2007 ini diaa.. grapefruit n honeydew jelly.. mudah skali.. =) Laporan oleh: zara_klate

eh macam mana kak zara guna honeydew.. korek ambik isi ke?.. kalau gitu boleh try buat kat tembikai nih..

Page 30: RESIPI 2

27-01-2007 yani... umie geram tengok agar2 zara yang comel loteh tu... so umie pun buatlah sikit, try dengan agar2 biasa... tak pakai sukat2, main agak2 je... buah oren ada 3 biji so buatlah TAPI... puas nak tarik isi oren tu takmo keluar... sampai nak lunyai... last2 umie biarkan je ler serabut oren tu kat dalam... hasilnya bila umie potong memang nampak sikit serat2 oren yang lekat kat kulit tu... cuma anak2 umie kata ok sebab nampak cam buah oren hehehehehe hb umie tertipu... dia ingatkan umie kasi dia oren... Laporan oleh: umi_e

a'ahlah umi_e ok je wpun nampak serat oren tu.. nampak real macam orenlah pulak.. :)

29-01-2007 Ini dia! jelly oren. jenuh jugak nak kluarkan isinya... almost gave up! I guna kristal jelly Nona perasa oren. Bawa ke umah MIL, ada family gathering. anak i yg nyk makan. Lepas ni nak buat honeydew or cantellop. tapi kat m'sia susah nak cari cantellop, kalo ada pun biasanya mahal. Guna tembikai ajela! Laporan oleh: Lilydvalley

hehe.. antara buah2 yg i buat tu, buah limau jepun tu yg paling senang nak keluarkan isi.. jap je dah boleh keluarkan semua isi2nya.. macam kupas limau biasa tu..

29-01-2007 Ini dia jelly oren...sekali pandang memang "Tipah tertiupu banggg!!"....sebiji cam oren betul, Tapi nak keluarkan isi masya allah payah beno. agaknya oren2 yg dah pindah ke M'sia nie degil2 laa. Apa2 pun puas hati sgt sebab nampak presentable dan macam sayang nak makan....lama mat belek2 baru makan... Laporan oleh: Mat Gebu

mat kena cari idea tukar dgn buah lain kot.. err buah apa lagi agaknya yg sesuai..

Page 31: RESIPI 2

31-01-2007 hari ni buat lagi... nak perabis agar2 yang ada sikit tu... dapatlah sebelah tembikai hehehehe Laporan oleh: umi_e

hehe.. umi_e dulu yg buat jelly tembikai.. i plan nak buat juga.. tapi tunggu summer nanti baru ada tembikai kat sini..

Kek Kukus Coklat Mocca Putih Telur

Bahan A525ml  putih telur400gm gula pasir1 sudu besar ovalette1 sudu teh garam1 sudu teh baking powder

Bahan B 250gm tepung gandum50gm santan serbuk

Page 32: RESIPI 2

Bahan C 100ml santan pekat (KARA)1 sudu teh esen vanila / coffee90gm mentega cair2 sudu besar susu pekat manis

Bahan D1 sudu besar coklat emulco1/2 sudu besar mocca emulco

Loyang 8 atau 9 in (di alas dan di gris)

Cara-cara :1.  Bahan A :  Putar putih telur dengan speed sederhana hingga berbuih.  Masukkan gula, garam dan baking powder, putar dengan kelajuan tinggi hingga menjadi putih dan kental.2.  Masukkan bahan B, kaup balik hingga rata.  Kemudian masukkan bahan C, kaup balik hingga rata.3.  Bahagikan kepada 3 mangkuk yang sama banyak.  Satu bahagian coklat, satu bahagian mocca dan satu lagi adunan asal.4.  Panaskan pengukus dahulu.  Tuang adunan coklat dan kukus selama 10 minit.  Tuang adunan mocca kukus selama 10 minit dan akhir sekali tuang adunan asal, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit hingga masak.

Page 33: RESIPI 2