malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf filekementerian dalam menyediakan perkhidmatan...

33
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 9 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 31 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1352-L02149 Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha dan kajian yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang yang lebih efektif serta dapat mengurangkan kos rawatan pesakit. 2. PR-1352-L02328 Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2009 sehingga 2017. 3. PR-1352-L02287 Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian terhadap agensi-agensi yang melakukan penipuan terhadap pakej-pakej Umrah. Serta berapa banyak agensi yang terlibat dalam penipuan pakej Umrah ini. 4. PR-1352-L01671 Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah status terkini dengan bazaria Danau Kota .

Upload: phungcong

Post on 05-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI RABU, 9 OGOS 2017, PUKUL 10.00 PAGI

Bil.

31

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. PR-1352-L02149

Dato' Hasbullah Bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah usaha dan kajian yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah pinggang yang lebih efektif serta dapat mengurangkan kos rawatan pesakit.

2. PR-1352-L02328

Tuan Khalid Bin Abd Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di seluruh negara mengikut negeri dari tahun 2009 sehingga 2017.

3. PR-1352-L02287

Dato' Sri Abdul Azeez Bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian terhadap agensi-agensi yang melakukan penipuan terhadap pakej-pakej Umrah. Serta berapa banyak agensi yang terlibat dalam penipuan pakej Umrah ini.

4. PR-1352-L01671

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah status terkini dengan bazaria Danau

Kota .

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

2 AUM DR 9/8/2017

5. PR-1352-L01655

Datuk Hajah Norah Binti Abd. Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa ramaikah golongan belia dari kawasan luar bandar terutamanya dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis yang telah berjaya menerima bantuan melalui Program Usahawan Bergerak.

6. PR-1352-L01576

Dato' Kamarudin Bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan tindakan yang diambil ekoran laporan bahawa 500 klinik biasa telah gulung tikar akibat daripada sambutan perniagaan yang amat muram dua tahun terakhir ini.

7. PR-1352-L01624

Dato' Seri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauhmanakah projek perintis sistem penghadang jalan keselamatan beroda telah berjaya mengurangkan impak kemalangan jalan raya sejak dilaksanakan serta apakah tindakan proaktif Kementerian dalam mengatasi masalah vandalisme dan kecurian melibatkan kemudahan papan tanda jalan raya.

8. PR-1352-L01921

Dato' Kamarul Baharin Bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) perkembangan terkini Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ; dan

(b) kesan terhadap pertubuhan ekonomi serta peluang pekerjaan kepada rakyat yang mampu menjana kemampanan ekonomi.

9. PR-1352-L02439

Ir. Shaharuddin Bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah terdapat satu bentuk skim

pinjaman perumahan kepada rakyat di luar bandar khususnya untuk golongan belia yang ingin membina rumah atau membesar rumah warisan keluarga untuk memberi keselesaan kepada penghuni dan keluarga.

10. PR-1352-L02104

Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jadual perlaksanaan ECRL - East Coast Rail Line, yang akan menyambungkan Pelabuhan Kelang dengan Kelantan.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 3

11. PR-1352-L01525

Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa [ Ketereh ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah bajet bagi Projek Central Spine Road Kota Bharu-Sokor dan Machang dan apakah status terkini projek berkenaan.

12. PR-1352-L02004

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KEWANGAN

menyatakan jumlah hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dikutip Kerajaan daripada 1 Januari 2017 sehingga 31 Jun 2017, sama ada terdapat cadangan untuk menaikkan kadar kepada 6.5% dan menambahkan barang yang dikenakan GST.

13. PR-1352-L01613

Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong [ Hulu Rajang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian bercadang untuk menaiktaraf Hospital Kapit dan Klinik Kesihatan Belaga.

14. PR-1352-L01487

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan bilangan rakyat Malaysia yang berusia 71

tahun ke atas. Adakah Kerajaan pernah mengkaji konsep skim pencen sebanyak RM300 sebulan untuk semua orang rakyat berusia 71 tahun ke atas yang bukan penerima pencen Kerajaan atau pun Perkeso.

15. PR-1352-L02101

Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini aku janji Kementerian berkaitan sifar lubang iaitu "Zero Pothole" sehingga Jun 2017 dan nyatakan jalan-jalan yang telah diselenggarakan mengikut negeri.

16. PR-1352-L02088

Dato' Takiyuddin Bin Hassan [ Kota Bharu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah Kerajaan ke arah membanteras amalan dan gejala rasuah dalam sektor swasta serta kaitannya dengan sektor awam.

17. PR-1352-L02259

Dato' Hajah Normala Binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan jumlah tangkapan sindiket pelaburan Skim

Piramid seperti Mfc Club dan apakah langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh pihak Kementerian agar skim-skim sebegini tidak terus menerus memperdayakan rakyat Malaysia.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

4 AUM DR 9/8/2017

18. PR-1352-L01819

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan masih aktif beroperasi kerana laporan akhbar mendakwa bahawa Peguam Negara (AG) sebagai pengerusi sedang mengkaji semula operasi YBGK dan selain itu, peguam yang menyertai skim tersebut tidak dibayar untuk perkhidmatan mereka.

19. PR-1352-L01702

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :-

(a) apakah status terkini mengenai dengan cadangan kerjasama Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) serta Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP); dan

(b) adakah negara-negara ahli Trans-Pacific Partnership Agreement(TPPA) bercadang mewujudkan perjanjian alternatif dengan negara-negara lain terutama sekali negara-negara Eropah .

20. PR-1352-L(5)00014

Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan

berapakah jumlah Duta Khas dan Pegawai Khas yang telah dilantik dan disambung kontrak selepas umur persaraan daripada 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017. Adakah sistem ini akan diteruskan dan apakah kemudahan yang diberikan serta faedah jangka pendek atas pelantikan mereka kepada negara.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

21. PR-1352-L02124

Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah Kerajaan dalam mengatasi peningkatan kos sara hidup terutama bagi penduduk di bandar besar khususnya Kuala Lumpur kerana kos tol, parking, penjagaan anak dan sebagainya.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 5

22. PR-1352-L01760

Dato' Abd Aziz Bin Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan indeks terkini jenayah dalam negara dan apakah perancangan Kerajaan bagi mewujudkan suasana "feel good factor" dalam kalangan masyarakat selari dengan kedudukan Malaysia di tangga ke-29 negara paling aman daripada 163 negara seperti dicatat dalam Indeks Keamanan Dunia (GPI) pada tahun ini yang meningkat satu anak tangga daripada tahun lalu sebagai unjuran kepada isu jenayah yang masih berlaku dalam negara.

23. PR-1352-L02666

Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kementerian berniat untuk membentangkan rang undang-undang untuk memperkenalkan Daftar Penjenayah Seks (Sexual Offenders Registry) dan langkah-langkah yang akan diambil untuk tujuan tersebut .

24. PR-1352-L02749

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan punca insiden pesawat AirAsia X dari Perth ke Kuala Lumpur dan berpatah balik ke Perth 25/6/2017 dan insiden pesawat AirAsia X dari Gold Coast ke Kuala Lumpur berpatah balik Ke Brisbane pada 3/7/2017. Berapa kes pesawat Malaysia berpatah balik sejak 2015 mengikut nama syarikat pesawat dan tarikh insiden.

25. PR-1352-L01689

Dato' Dr. Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah peratusan terkini perbezaan

di antara pelajar lelaki dan perempuan di IPTA seluruh negara serta apakah perancangan Kementerian dalam mengurangkan jurang perbezaan tersebut bagi setiap pengkhususan.

26. PR-1352-L02415

Dato' Ir. Nawawi Bin Ahmad [ Langkawi ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kementerian merancang untuk membina jana kuasa nuklear untuk menjana elektrik pada masa akan datang di negara ini.

27. PR-1352-L01820

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan :-

(a) perbelanjaan yang akan terlibat dalam semua dialog dan program-program lain TN50 yang sedang dijalankan dan anggaran kos keseluruhan untuk program ini; dan

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

6 AUM DR 9/8/2017

(b) pihak manakah yang akan menanggung kos ini dan berapa Kementerian yang akan terlibat dan nam-nama Ahli Jawatankuasa untuk program ini.

28. PR-1352-L01712

Datuk Dr. Ewon Bin Ebin [ Ranau ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan :-

(a) apakah pendirian Kerajaan ke atas saranan untuk mengharamkan "christian evangelicalism" yang dibuat oleh Encik Azril Mohd Amin Centre For Human Right Research and Advocacy (CENTHRA) baru-baru ini; dan

(b) apakah tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk terus memelihara keharmonian dan toleransi pelbagai kaum dan agama di negara ini dan apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan ke atas kenyataan mana-mana pihak yang boleh menganggu-gugat keharmonian dan toleransi pelbagai kaum dan agama di negara ini.

29. PR-1352-L02085

Tuan Sivakumar Varatharaju Naidu [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapa tidak ada perkataan Bahasa Tamil di papan tanda di seluruh KLIA dan KLIA 2. Adakah kerajaan mempunyai hasrat untuk mempamerkan perkataan Bahasa Tamil di papan tanda lapangan terbang tersebut sebagai kesungguhan menghormati kaum India.

30. PR-1352-L01432

Dato' Haji Mohd Fasiah Bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah

Kerajaan bagi memastikan serangan penyakit hawar daun bakteria (BLB) kepada tanaman padi di kawasan Barat Laut Selangor tidak akan berlaku lagi dan berapa jumlah bantuan yang telah dihulurkan kepada pesawah yang terjejas akibat serangan BLB berkenaan baru-baru ini.

31. PR-1352-L02487

Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan tahap keselamatan di pintu

masuk negara sehingga kejadian kehilangan kontena mengandungi peralatan radar tentera berteknologi tinggi dengan transaksi tanpa permit berlaku di Pelabuhan Tanjung Pelepas ( PTP ) Johor Bahru.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 7

32. PR-1352-L02232

Tuan Ng Wei Aik [ Tanjong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan caj servis, komisen serta pulangan-pulangan lain yang boleh dikutip atau diperoleh oleh syarikat-syarikat pengendali atau ejen-ejennya bagi setiap kompaun, notis atau saman mahkamah yang dikeluarkan (termasuk yang dijelaskan serta yang tidak dijelaskan) melalui Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) seluruh negara.

33. PR-1352-L01830

Dato' Haji Abdul Rahman Bin Mohamad [ Lipis ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status terkini penyenaraian hitam skim cepat kaya yang sedang giat beroperasi dan langkah Kerajaan dalam menangani isu skim cepat kaya yang semakin berleluasa sekarang seperti Skim Bit Club Network, Gagasan Ummah, Dinar Dirham dan sebagainya .

34. PR-1352-L02286

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timur ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan jumlah kes-kes Peminjam (PTPTN) telah merujuk masalah kewangan serius kepada AKPK untuk menstrukturkan semula pembayaran tunggakan pinjaman mereka.

35. PR-1352-L01884

Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah langkah serta usaha yang akan dijalankan oleh Kementerian bagi mengekang permasalahan buli dalam kalangan pelajar-pelajar universiti.

36. PR-1352-L02046

Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan.

37. PR-1352-L02524

Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah hasil siasatan Kerajaan terhadap isu kehilangan kontena radar tentera berteknologi tinggi di Pelabuhan Tanjong Pelepas (PTP) sebagaimana yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

8 AUM DR 9/8/2017

38. PR-1352-L02151

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan adakah Kerajaan bersedia untuk menubuhkan satu "Parliament Select Committee" untuk menyiasat, membuat saranan mengenai hakisan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan melaksanakan sepenuhnya terma-terma kandungan Perjanjian Malaysia 1963 tersebut mengikut Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963.

39. PR-1352-L01741

Dr. Ismail Bin Daut [ Merbok ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah peruntukan yang diberikan pada tahun ini bagi mengatasi masalah ombak besar yang menyebabkan berlakunya hakisan pantai di negeri Kedah khususnya di kawasan Tanjung Dawai.

40. PR-1352-L01994

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sama ada beliau akan memberi jaminan bahawa Kementerian tidak akan membaharui atau melanjutkan perjanjian konsesi BERNAS apabila ia tamat tempoh pada tahun 2021 kerana ia tidak memelihara kepentingan pesawah padi, pengilang dan pengguna di negara ini.

41. PR-1352-L02173

Tuan Haji Hasbi Bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status pembersihan pusat-pusat judi, cyber di Sarawak dan di Parlimen Limbang khususnya.

42. PR-1352-L01681

Dato' Sri Ikmal Hisham Bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah perkembangan langkah

merombak sistem pengajian dan latihan di Universiti Pertahanan Nasional (UNPM) dalam usaha mengelakkan perbuatan buli daripada berulang.

43. PR-1352-L02599

Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian terhadap cadangan penubuhan jawatankuasa Ombudsman bagi menangani gejala salah laku di kalangan penjawat awam yang semakin berleluasa.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 9

44. PR-1352-L01567

Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi [ Sungai Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah jumlah projek bagi menaik taraf serta memperluas projek tebatan banjir di seluruh negara yang telah diluluskan bagi tempoh satu tahun yang lalu dan berapakah jumlah peruntukan yang diterima bagi projek tersebut di parlimen Sungai Besar.

45. PR-1352-L01557

Puan Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sistem pemilihan (electoral system) yang lain untuk menggantikan sistem First-Past-The-Post (FPTP) yang sedia ada, seperti Mix Proportional Vote yang diamalkan di New Zealand.

46. PR-1352-L01504

Dato' Mansor Bin Othman [ Nibong Tebal ] minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai semua syarikat di mana Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV) memegang saham, bilangan dan peratus pegangan saham dalam syarikat berkenaan serta kegiatan anak-anak syarikat tersebut.

47. PR-1352-L02565

Dr. Izani Bin Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik kemalangan yang melibatkan kakitangan hospital KKM pulang dari tempat kerja selepas bekerja di luar waktu pejabat dalam tempoh bermula 2014 sehingga 2017 dan apakah langkah pencegahan yang diambil terutama bagi kes berpunca daripada kepenatan dan tidak cukup tidur.

48. PR-1352-L02719

Datuk Haji Shabudin Bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah rangka kerja strategik Kementerian

dalam membanteras kumpulan gangster dalam kalangan pelajar sekolah yang turut didapati terlibat dalam kegiatan jenayah terancang.

49. PR-1352-L02070

Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam memastikan keharmonian antara kaum dan masyarakat Malaysia tidak tergugat oleh kumpulan-kumpulan pelampau yang memainkan sentimen agama dan kaum dalam cubaan memecahbelahkan rakyat.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

10 AUM DR 9/8/2017

50. PR-1352-L01470

Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan bilakah kerja-kerja pembinaan jalan Lebuh Raya Pan Borneo melibatkan jajaran jalan coastal highway dari Tuaran ke Kudat akan dimulakan dan bilakah ianya dijangka siap sepenuhnya.

51. PR-1352-L02248

Dr. Mohd Hatta Bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah sebabnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menukar persempadanan bahagian Parlimen dan DUN dalam Urusan Belah Bahagi Daerah Mengundi pada April 2016 dan tidak mengikut proses persempadanan semula dalam Perlembangan Persekutuan.

52. PR-1352-L01429

Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setiap sebarang pengenaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap mana-mana barangan baharu diperlukan melalui kelulusan Kabinet atau Jabatan Kastam Diraja Malaysia sendiri yang mempunyai kuasa dalam menentukan pengenaan GST terhadap mana-mana item barangan atau makanan.

53. PR-1352-L02385

Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan strategi menyekat dan memberhentikan fenomena menjadikan institusi-institusi Amanah Melayu Bumiputera saperti FELDA, MARA, TABUNG HAJI sebagai 'piggy bank' kepada pemimpin kleptokrat Melayu dan rakan-rakan mereka.

54. PR-1352-L01800

Dato' Abdullah Sani Bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan kedudukan visa pekerja asing yang

ditangguhkan.

55. PR-1352-L01495

Datuk Jumat Bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapakah bilangan rumah PPRT

yang akan dibina di kawasan Parlimen Sepanggar pada 2017.

56. PR-1352-L01635

Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan langkah penguatkuasaan kepada syarikat-syarikat pengeluaran produk halal di pasaran sedia ada yang telah diberikan persijilan halal.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 11

57. PR-1352-L02229

Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali [ Gombak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab kegagalan Program Transformasi Ekonomi memandangkan bahawa indeks pencapaian sektor pembuatan The Nikkei Malaysia Manufacturing Purchasing Managers' Index (PMI) telah jatuh ke peringkat yang terendah dalam lima tahun pada bulan Jun 2017..

58. PR-1352-L02615

Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan

apakah Kementerian telah mengenal pasti potensi sumber air tanah yang boleh menjadi sumber utama atau sokongan bekalan awam negara.

59. PR-1352-L01408

Dato' Wira Othman Bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan berapakah jumlah pelaburan Kerajaan dalam PROTON sejak ia ditubuhkan dan mengapa PROTON tidak berdaya maju.

60. PR-1352-L01535

Dato' Dr. Haji Noor Azmi Bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan adakah Kementerian sedar ribuan haiwan terlindung daripada spesies yang terancam dan eksotik telah mati semasa dalam penjagaan Jabatan PERHILITAN setelah dirampas dari individu yang tidak bertanggung jawab sejak tahun lalu. Apakah usaha Kementerian di dalam mencari punca-puncanya untuk mengatasi isu ini di masa akan datang .

61. PR-1352-L02641

Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah pemasangan

meter baru TNB di lokasi yang rendah dapat memenuhi ciri-ciri keselamatan.

62. PR-1352-L02528

Tuan Ahmad Baihaki Bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah sebab utama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat menetapkan serta mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal, seperti yang diamalkan oleh banyak negara di dunia.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

12 AUM DR 9/8/2017

63. PR-1352-L02692

Datuk Rozman Bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah pelan tindakan Kementerian dalam konteks kerjasama antarabangsa sebagai usaha untuk menyelamatkan badak Sumatera yang semakin diancam kepupusan serta dapat memastikan kelangsungan hidup mamalia ini.

64. PR-1352-L01648

Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah [ Jasin ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) nilai aset kewangan dan nilai aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, kilang, gedung perniagaan, bangunan komersial, rumah kedai, hotel, tanah pertanian dan tanah komersial mengikut kaum pada tahun 2000, 2010 dan 2016; dan

(b) langkah-langkah berkesan untuk merapatkan jurang kekayaan antara kaum yang semakin melebar ini.

65. PR-1352-L02584

Tuan Idris Bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah bilangan pesakit yang tidak berjangkit

dalam kalangan rakyat Malaysia yang berumur 40 tahun ke bawah dan apakah langkah pencegahan yang dibuat untuk mengatasi masalah ini.

66. PR-1352-L01795

Dato' Sri Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah langkah yang lebih

agresif untuk memastikan isu kekurangan bekalan ikan dan harga mahal pada musim perayaan baru-baru lebih terkawal dengan berkesan walaupun usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian.

67. PR-1352-L01836

Dato' Fauzi Bin Abdul Rahman [ Indera Mahkota ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-

langkah yang diambil oleh Majlis Perhutanan Negara untuk mengawal pencerobohan hutan simpan kekal di seluruh Semenanjung Malaysia. Juga nyatakan jumlah keseluruhan keluasan Hutan Simpan Kekal yang ada pada masa ini bagi setiap negeri dan nisbahnya kepada keluasan Tanah Semenanjung.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 13

68. PR-1352-L02503

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN

menyatakan :-

(a) adakah Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menyediakan ruang menunggu sementara (holding area) atau akan menaik taraf ruang menunggu sementara di semua lapangan terbang antarabangsa terutamanya KLIA dan KLIA2 untuk pelawat dari luar negara yang ditahan dari kemasukan ke negara dan sedang menanti penerbangan seterusnya untuk dihantar pulang ke negara asal ; dan

(b) apakah kemudahan dan keadaan ruang menunggu sementara tersebut kerana sering kali menerima aduan bahawa ruang menunggu sementara adalah dalam keadaan tidak memuaskan termasuk ada aduan bahawa ruang menunggu sementara di KLIA2 sebenarnya adalah lokap.

69. PR-1352-L02512

Tuan Haji Ahmad Lai Bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pihak Kerajaan mempunyai mekanisma untuk mengesan rakyat yang mempunyai Dwi Kerakyatan dan apakah tindakan kepada rakyat yang tidak mengisytihar diri mereka mengambil kerakyatan negara lain.

70. PR-1352-L02353

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] minta PERDANA MENTERI menyatakan setakat ini apa sudah jadi dengan pelan New Economic Model( NEM) yang dilancarkan pada tahun 2014 dan berapa kos telah dibelanjakan untuk menjayakan program transformasi ekonomi negara ini.

71. PR-1352-L02141

Dato' Sri Bung Moktar Bin Radin [ Kinabatangan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perancangan utama pihak kerajaan dalam

memastikan keselamatan perairan pantai timur Sabah ataupun kawasan yang telah diisytiharkan sebagai ESSZONE agar sentiasa terjamin keselamatannya daripada kesan pertempuran tentera kerajaan dan puak-puak ekstremis agama.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

14 AUM DR 9/8/2017

72. PR-1352-L01735

Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilakah skim perkhidmatan pencen baharu untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan direalisasikan bagi membela dan menyelesaikan masalah yang dihadapi veteran ATM yang tidak berpencen.

73. PR-1352-L02733

Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Indian Blueprint atau IBP untuk kaum India

di Malaysia telah dibuat penilaian keberkesanan projek-projek sebelumnya.

74. PR-1352-L01480

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Bin Salleh [ Kalabakan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berikutan dengan pertempuran

antara pihak keselamatan Filipina dengan pihak Pengganas Daesh di Malawi Filipina, apakah pihak Kementerian boleh menjamin bahawa rakyat di kawasan pertempuran tidak akan menyelusup masuk ke negeri Sabah.

75. PR-1352-L02310

Tuan Wong Ling Biu [ Sarikei ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan

adakah untuk menjadi seorang doktor di Malaysia, graduan-graduan perubatan hanya wajib menyertai latihan di hospital Kerajaan dan bukan di hospital swasta atau hospital Negara luar.

76. PR-1352-L02199

Tuan Ahmad Marzuk Bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan status kes siasatan terhadap bekas Timbalan Menteri Kewangan, Senator Awang Adek Hussin berhubung dakwaan wujudnya penyiasatan terhadap salah laku semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

77. PR-1352-L02606

Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir di Kelantan khususnya di sepanjang sempadan Malaysia dan Thailand .

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 15

78. PR-1352-L01979

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan tindakan susulan terhadap laporan polis yang saya buat di IPD Kluang, serta apakah tindakan yang diambil ke atas orang-orang mengganggu dan menyerang saya dan kakitangan pejabat Ahli Parlimen saya pada 10hb Jun 2017 di bazar Ramadan, Kluang.

79. PR-1352-L01785

Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran Bin Abdul Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sebab kematian pelajar

UPNM baru-baru ini dan apakah tindakan yang diambil.

80. PR-1352-L02337

Dato' Haji Mahfuz Bin Haji Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan berhasrat mengenakan semula

60 jenis barangan makanan dalam senarai yang dikena GST selepas dibatalkan baru-baru ini sedangkan Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan ( Pembekalan berkadar sifar)(Pindaan)(No 2) 20117 telah diwartakan pada 6 Jun 2017.

81. PR-1352-L02344

Tuan N. Surendran A/L K. Nagarajan [ Padang Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk memansuhkan

hukuman mati memandangkan bahawa dalam proses menggantung seorang banduan adalah tidak boleh dipastikan bahawa kematian akan segera (instantaneous) setelah akibat patah leher ataupun mereka mengalami kesakitan yang teruk disebabkan tercekik.

82. PR-1352-L02459

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah betul pasangan yang didakwa

bertanggungjawab untuk skim piramid yang menipu lebih 400,000 orang di China berjumlah RM19 bilion telah melarikan diri ke Malaysia. Apakah tindakan yang telah diambil setakat ini .

83. PR-1352-L02059

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah status Jawatankuasa Kabinet untuk Hak

Tanah Orang Asal. Berikan program, perancangan, penguatkuasaan, peruntukan dan sebagainya yang telah diambil oleh Kerajaan dalam mempertahankan hak orang asal di seluruh Malaysia.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

16 AUM DR 9/8/2017

84. PR-1352-L02398

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan sama ada Kerajaan berniat untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Dewan Rakyat, sepertimana yang menjadi kelaziman sejak zaman 60-an hingga 80-an, agar Peguam Negara dapat bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen.

85. PR-1352-L01926

Dr. Azman Bin Ismail [ Kuala Kedah ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan asas pemberhentian sementara projek

tebus guna tanah Aman Laut di Kuala Kedah. Atas perkiraan apakah maka Kementerian akan membenarkan atau menghentikan projek tersebut .

86. PR-1352-L02354

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan apakah Garis Kemiskinan dan Garis Kemiskinan Tegar untuk tahun 2016 bagi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

87. PR-1352-L02450

Puan Hajah Fuziah Binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah yang di ambil oleh pihak Kementerian untuk menangani dan membanteras kes MDR (multi drug resistant) TB yg semakin menular ; dan

(b) sama ada wujud penyelidikan khusus untuk MDR TB di Malaysia kini.

88. PR-1352-L01970

Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah sebabnya siasatan polis terhadap perhimpunan-perhimpunan BERSIH 5 dan "Bebas Maria" diteruskan tetapi siasatan ugutan bunuh terhadap Maria Chin Abdullah dan keganasan oleh Baju Merah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).

89. PR-1352-L02318

Dr. Hajah Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ramai di antara pekerja asing memakai

"permit bebas" di mana mereka menggunakan nama syarikat outsourcing atau syarikat binaan untuk dapat permit kerja tapi kerja di tempat tidak sesuai dengan kelulusan Jabatan Imigresen. Apakah tindakan Kementerian telah dilakukan terhadap majikan dan pekerja asing tersebut.

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 17

90. PR-1352-L02116

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah pelarian dari Syria yang telah ditempatkan semula di Malaysia berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Najib untuk menempatkan semula 3000 pelarian dari Syria di Malaysia dan pengagihan pelarian ini mengikut negeri.

91. PR-1352-L02019

Puan Nurul Izzah Binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) jumlah tenaga pengajar TVET di seluruh institusi Malaysia berdasarkan pecahan kelayakan DKM, DKLM, SKM, diploma, ijazah dan pengalaman dalam industri dari tahun 2012 hingga Jun 2017; dan

(b) apakah indikator dalam mengukur kompetensi dan kemahiran pengajat TVET secara sistematik.

92. PR-1352-L01868

Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan melalui dasar yang

diperkenalkan oleh Kementerian, apakah pendekatan dan pencapaian yang telah dilaksana dan diperoleh oleh Kementerian dalam membantu rakyat, khususnya para mahasiswa yang menganggur bagi mengambil bahagian dalam projek-projek yang disediakan oleh Kementerian sehingga tahun 2017 untuk mengurangkan pengangguran di kalangan mahasiswa.

93. PR-1352-L02775

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah punca yang menyebabkan masalah rasuah di kalangan penjawat awam semakin hari semakin serius dan apakah usaha dan langkah-langkah Kerajaan Persekutuan bagi memerangi gejala rasuah; dan

(b) senaraikan 10 Kementerian yang masih tidak menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sehingga hari ini dan apakah sebab -sebab Kementerian tersebut tidak menandatangani IBR ini. .

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

18 AUM DR 9/8/2017

94. PR-1352-L(5)00008

Puan Teo Nie Ching [ Kulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI

menyatakan jumlah laporan polis yang diterima terhadap Sunner Group International Berhad yang telah buat 'misrepresentation' kepada pembeli mesin vending jalur lebar mudah alih (wifi) dan tindakan yang akan diambil untuk melindungi hak-hak pembeli.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

95. PR-1352-L(5)00010

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan secara terperinci:-

(a) jumlah kamera penguatkuasaan elektronik AES yang sudah dipasang dan akan dipasang seluruh negara berdasarkan lokasi; dan

(b) berapa jumlah kos yang terlibat untuk memasang sistem penguatkuasaan elektronik ini serta jumlah kutipan saman.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

96. PR-1352-L(5)00017

Tuan Gooi Hsiao Leung [ Alor Setar ] minta PERDANA MENTERI

menyatakan dengan pendakwaan jenayah Peranchis terbaru, sama ada Kerajaan akan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat dakwaan rasuah terhadap pembelian kapal-kapal Scorpene yang berlaku 15 tahun dahulu, dan adakah Kerajaan bersedia membuat yang sama untuk kerugian pertukaran wang asing Bank Negara yang berlaku 25 tahun lalu.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

97. PR-1352-L(5)00007

Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin [ Pagoh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan sudah menyediakan

pelan pemulihan Felda termasuk FGV yang kini menanggung kerugian. Dari manakah Kerajaan Malaysia memperoleh sumber kewangan untuk melaksanakan 6 insentif kepada Peneroka FELDA seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 23 Julai 2017.

[ Pertanyaan di bawah PM.22(5) ]

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

19 AUM DR 9/8/2017

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. ( D.R. 28/2017 ) Rang Undang-undang Perkapalan Saudagar (Pindaan) 2017 - Menyambung semula Perbahasan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang” (8 Ogos, 2017)

[ Menteri Pengangkutan]

2. ( D.R.13/2017 ) Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. ( D.R.17/2017 ) Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2017 [ Menteri Dalam Negeri ]

4. ( D.R.33/2017 ) Rang Undang-undang Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

5. ( D.R.31/2017 ) Rang Undang-undang Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2017 [ Menteri Pertahanan ]

6. ( D.R.30/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

7. ( D.R.32/2017 ) Rang Undang-undang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Pengangkutan ]

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 20

8. ( D.R.34/2017 ) Rang Undang-undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017 [ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ]

Bacaan Kali Yang Kedua

9. ( D.R. 29/2017 ) Rang Undang-undang Setem (Pindaan) 2017 [ Menteri Kewangan ]

10. ( D.R.27/2017 )

Rang Undang-undang Sistem Insurans Pekerjaan 2017 [ Menteri Sumber Manusia ]

11. Menteri Kewangan akan mencadangkan :- "Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 11(1) dan subseksyen 11(2), Akta Kastam 1967 supaya Perintah Duti Kastam yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.43/2017, ST.44/2017, ST.48/2017, ST.49/2017, ST.50/2017 dan ST. 51/2017 disahkan."

12. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 6(1), Akta Eksais 1976 supaya Perintah Duti Eksais yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.45/2017, ST.46/2017 dan ST.47/2017 disahkan."

13. Menteri Kewangan akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan Majlis ini sebagai kertas statut bilangan ST.42/2017 disahkan."

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

21 AUM DR 9/8/2017

14. PR-1352-U(27)038 Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut: Pindaan Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [ Akta 355 ] dipinda dalam proviso kepada seksyen 2 dengan menggantikan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali" dengan perkataan "penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu ratus kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah Syariah."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

15. PR-1352-U(27)039

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 60 tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan antara satu sama lain dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara secara bersama dan merealisasikan Impian Malaysia." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

16. PR-1352-U(27)040 Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan akan mencadangkan supaya Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan melakukan pungutan suara antara rakyat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 22

17. PR-1352-U(27)041 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memberikan semua rakyatnya kebebasan beragama. Dan mengambil maklum juga bahawa Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamarataan hak untuk warganya bagi menjalani kehidupan harian mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, Malaysia sebagai negara peneraju gerakan kesederhanaan global dibawah pimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia, telah berjaya memahat nama di persada antarabangsa dimana Malaysia menjadi model penerimaan kepelbagaian agama dan kaum sebagai sumber kekuatannya. Dan mengambil maklum juga bahawa, konsep penerimaan kepelbagaian agama dan bangsa melalui Gagasan 1Malaysia adalah model yang terbaik dalam mewujudkan keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kaum dan agama di negara ini. Dan mengambil maklum juga bahawa, sejak akhir-akhir ini, perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semakin terhakis memandangkan terdapat segelintir rakyat yang tidak lagi peka kepada kepentingan untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama semata-mata untuk kepentingan politik atau kepentingan individu mereka. Dan mengambil maklum juga bahawa, insiden-insiden yang boleh menyebabkan keruntuhan perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama di negara ini kian menular dan yang terkini adalah dimana Azril Mohd Amin telah dengan lantang menggesa Kerajaan untuk mengharamkan "Christian Evangelicalism" dengan tanpa mengambil kira apa yang termaktub dalam Perkara 11 Perlembagaan Malaysia. Maka, bagi menangani perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat perpaduan, keharmonian serta toleransi kaum dan agama yang negara ini kecapi oleh negara sekian lama, maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa, pihak Kerajaan hendaklah dengan segera mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang bertanggungjawab agar tidak menjadi teladan di masa akan datang demi untuk kepentingan negara."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

18. PR-1352-U(27)042

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid dan graduan dinegara ini adalah pada tahap yang amat minima dan keadaan ini telah menjadikan sumber tenaga manusia negara ini kurang berdaya saing di luar negara. Dan mengambil maklum juga bahawa, kebanyakan bahan-bahan rujukan untuk pengajian yang terdapat diatas talian dan buku-buku rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris. Mengambil maklum juga bahawa oleh kerana tidak dapat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik, sumber tenaga manusia dan para graduan dari negara Malaysia tidak berpeluang untuk berkerja dan bersaing di peringkat global.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

23 AUM DR 9/8/2017

Dan mengambil maklum juga bahawa sumber tenaga manusia daripada negara-negara yang membenarkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran mereka, misalnya negara Filipina, adalah lebih mendapat pasaran tenaga kerja di peringkat antarabangsa. Mengambil maklum juga bahawa Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru Sabah telah menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sejak penubuhannya pada tahun 1903 sehinggahlah dimansuhkan pada lewat tahun 1970an. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera meluluskan penubuhan sekolah menengah aliran Bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya satu sekolah menengah disetiap kawasan Parlimen sebagai permulaan dan bagi kawasan Parlimen P.173 Putatan, Sekolah Menengah La Salle Tanjung Aru sebagai perintis."

[ Menteri Pendidikan ]

19. PR-1352-U(27)043

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, masalah setinggan dibandar adalah masalah yang saban hari saban meningkat kerana migrasi dari luar bandar ke bandar, terutama sekali untuk tujuan mencari pekerjaan. Dewan ini hendaklah juga mengambil maklum bahawa migran ekonomi yang berpindah daripada luar bandar ke bandar ini adalah dari golongan yang kurang berkemampuan / berpendapatan rendah dan mereka tidak mampu untuk membeli atau memiliki rumah-rumah yang dibina oleh pihak pemaju atau prima yang ada pada ketika ini, dimana kebanyakkan mereka ini hanya mampu untuk membayar kadar sewaan dibawah RM350.00 sebulan. Dan mengambil maklum juga bahawa, matlamat Kerajaan mensasarkan sifar setinggan terutama sekali dikawasan bandar adalah agak sukar untuk dicapai selagi masalah perumahan bagi migran yang dimaksudkan diatas tidak ditangani secara tuntas, Dan mengambil maklum juga bahawa, Program Perumahan Pakyat (PPR) yang dahulunya untuk sewaan tanpa had masa dilihat sebagai satu langkah alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dan sekaligus memberikan kumpulan sasar untuk menduduki rumah yang agak selesa. Tetapi malangnya, status PPR tersebut telah dipinda kepada status rumah transit untuk pendudukan untuk tempoh tidak melebihi lima (5) tahun. Dan mengambil maklum juga bahawa Program Perumahan Pakyat atau PPR yang ada sekarang ini merupakan sumber alternatif bagi mengatasi masalah setinggan dibandar dimana rumah-rumah PPR ini diubah syarat daripada sewaan kepada sewa beli bagi membolehkan mereka yang dimaksudkan diatas untuk akhirnya memiliki rumah mereka sendiri. Maka, bagi menangani masalah setinggan bandar dan kekurangan perumahan untuk golongan kurang mampu, Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan hendaklah meminda syarat pendudukan rumah PPR diseluruh negara daripada syarat sewaan bulanan kepada syarat sewa-beli." [ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 24

20. PR-1352-U(27)044

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa Chinese Independent School di Malaysia menjalankan taksiran peperiksaan persekolahan mereka melalui sijil yang dikenali sebagai Unified Examination Certificate (UEC) yang mana dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Unified Examination Certificate -Junior Middle (UEC-JM), Unified Examination Certificate Vocational (UEC-V) dan Unified Examination Certificate Senior Middle (UEC-SML). Dan mengambil maklum juga bahawa, persijilan UEC telah pun diguna pakai dalam persekolahan oleh United Chinese School Committees Association Of Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1975. Dan mengambil maklum juga bahawa sijil UEC yang diperkenalkan oleh UCSCAM ini telah diikiraf oleh universiti diserata negara seperti di United Kingdom, United States of America, Taiwan, Hong Kong, China, Australia, Canada, Singapore dan lain-lain negara. Dan mengambil maklum juga bahawa malangnya, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau secara khususnya, Lembaga Akreditasi Negara tidak mengiktiraf sijil UEC ini terutama sekali bagi kemasukkan ke universiti awam Malaysia, walaupun National University Of Singapore yang berkedudukan tempat keempat universiti terbaik di dunia mengiktiraf sijil UEC ini. Dan mengambil maklum juga bahawa dengan ketiadaan pengiktirafan yang dimaksudkan diatas, negara Malaysia secara tidak langsung mengalami kerugian yang besar dimana pemegang sijil UEC ini terpaksa meneruskan pendidikan tinggi mereka di luar negara dimana aliran wang keluar daripada negara ini dan juga kecenderungan lepasan sijil UEC ini untuk terus berkerja di luar negara adalah tinggi, di mana dalam hal ini negara Malaysia akan kerugian "aliran keluar" tenaga mahir ke luar negara. Maka, bagi menangani masalah ini, dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan haruslah dengan segera mengiktiraf Sijil Unified Examination Certificate bagi manfaat negara."

[ Menteri Pendidikan ]

21. PR-1352-U(27)045 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kesan pemanasan global dan perubahan cuaca kini menjadi topik perbualan harian diseluruh pelusuk dunia dimana ianya bukan lagi satu fenomena tetapi telah menjadi realiti yang mana setiap warga dunia mempunyai tanggungjawab untuk sama-sama melaksanakan langkah-langkah mitigasi bagi mengurangkan impaknya keatas kehidupan manusia. Dan mengambil maklum juga bahawa salah satu penyebab utama kedua-dua masalah diatas adalah akibat daripada kesan penebangan pokok-pokok disebabkan aktiviti ekonomi seperti pembukaan ladang dan sebagainya. Dan mengambil maklum juga bahawa pihak berkuasa tempatan berperanan untuk mengambil bahagian dalam usaha

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

25 AUM DR 9/8/2017

untuk langkah mitigasi bagi mengatasi kedua-dua masalah diatas walaupun dalam bentuk kecil, dengan menanam lebih banyak pokok-pokok diseluruh kawasan seliaan mereka. Maka, bagi menangani masalah ini, Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa Kerajaan Malaysia hendaklah meminta pihak berkuasa tempatan untuk segera menanam lebih banyak pokok-pokok dikawasan dibawah seliaan mereka disamping memperbanyakkan kempen menanam pokok untuk menyemai budaya menanam pokok di kalangan rakyat setempat."

[ Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ]

22. PR-1352-U(27)046

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa Kabinet Malaysia pada 19 Mac 2011 telah bersetuju untuk menjadikan Malaysia ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa Statut Rom "Rome Statute of the International Court (ICC)" Namun, sebarang tindakan kesertaan tidak dilakukan sehingga kini. Diharapkan Dewan ini akan mengambil keputusan dengan mengarahkan Kementerian Luar Negeri dan Peguam Negara untuk menfailkan kertas kerja yang diperlukan tanpa melengahkan masa lagi."

[ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

23. PR-1352-U(27)047

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini membahaskan keadaan bon Kerajaan Malaysia."

[ Menteri Kewangan ]

24. PR-1352-U(27)048

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menggesa bahawa Laporan penuh Jawatankuasa Siasatan Bebas mengenai kejadian kebakaran Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Oktober 2016 hendaklah diumumkan untuk makluman dan pengetahuan rakyat tentang punca-punca berlakunya kebakaran tersebut. Kerajaan juga didesak untuk menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk mencegah dan mengelakkan tragedi kebakaran berulang lagi di mana-mana hospital atau pusat perubatan." [ Menteri Kesihatan ]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 26

25. PR-1352-U(27)049

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini menyokong cadangan menetapkan sebarang pembelian aset atau sistem pertahanan yang melebihi 100 juta oleh Kementerian Pertahanan, mesti dibawa ke Parlimen dibahas dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara supaya untuk syarat meneruskan pembelian ini. Ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan integriti dan keberkesanan pembelian sistem pertahanan. Ini adalah diakibatkan oleh pembelian Kapal Selam Scorpene telah menimbulkan banyak persepsi negatif terhadap negara." [ Menteri Pertahanan ]

26. PR-1352-U(27)050

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini bersetuju mengurangkan peruntukan untuk JPM dan menyalurkan kepada peruntukan bagi hal ehwal pendidikan, pengangkutan awam, kesihatan dan kebajikan rakyat. Peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri telah dihadkan tahapnya pada tahun 2008 iaitu masing-masing sebanyak RM3.4 bilion bagi peruntukan pengurusan dan RM3.5 bilion untuk pembangunan. Ini membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM6.9 bilion. Berbanding 2017, anggaran peruntukan pengurusan dan pembangunan telah melepasi tahap ditetapkan pada 2008 tersebut iaitu masing-masing sebanyak RM4.92 bilion dan RM11.02 bilion yang membawa kepada jumlah keseluruhan RM15.94 bilion." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

27. PR-1352-U(27)051

Tuan Liew Chin Tong [ Kluang ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini memuatkan semua Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab, Jawapan-Jawapan Pertanyaan Bertulis, serta Undi-Undi dan Perjalanan Mesyuarat (Votes and Proceedings) bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara ke dalam portal rasmi Parlimen Malaysia untuk memastikan ketelusan Parlimen." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

27 AUM DR 9/8/2017

28. PR-1352-U(27)052 Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru mengeluarkan kenyataan bahawa "ketupat segera" yang dimasak di dalam plastik yang popular sebagai hidangan Hari Raya atau oleh penjual-penjual satay boleh mengakibatkan kemandulan dan kanser. Ini kerana beg plastik yang mengandungi bahan polietilena berketumpatan tinggi (HDPE) digunakan untuk merebus ketupat dalam masa yang lama akan merembeskan bahan kimia beracun lain iaitu organik mudah terpeluwap (VOC) yang membawa kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Kementerian Kesihatan mesti mengambil tindakan segera menyiasat dan mengambil tindakan bagi menasihati pengguna dengan kadar segera. "

[ Menteri Kesihatan ]

29. PR-1352-U(27)055

Dato' Johari Bin Abdul [ Sungai Petani ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menyedari masyarakat umum berpendapat terdapat kecelaruan Kementerian Dalam Negeri mentadbir dan mengendalikan pendaftaran pekerja dan pendatang asing di negara ini. Adalah dicadangkan setiap warga asing yang menetap di negara ini sama ada sebagai pekerja, pelajar, pengajar, atau investors jika tinggal lebih lama dari satu masa yang layak seperti yang diberikan dalam visa, mereka mestilah memohon Kad Izin Tinggal Terbatas (KITT). Di dalam kad ini akan tersimpan nama, negara asal pemegang kad, tempuh tinggal yang dibenarkan, no. pasport, nama majikan, alamat dan no. telefon majikan, maklumat kesihatan dan lain-lain . KITT ini, seperti Mycard, diwarna dengan berbagai warga bagi memisahkan kategori mereka. Dengan mempunyai KITT ini, mereka tidak perlu lagi membawa pasport mereka. Juga amat mudah bagi pihak berkuasa mengesan mereka jika mereka tidak berada di tempat yang diluluskan untuk bekerja, atau mereka menghilangkan diri dari majikan mereka " [ Menteri Dalam Negeri ]

30. PR-1352-U(27)057 Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan supaya YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota Menteri Kabinet mengisytiharkan harta dan aset mereka kepada Dewan Rakyat tiap-tiap tahun pada bulan Disember." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 28

31. PR-1352-U(27)059

Tuan Nga Kor Ming [ Taiping ] akan mencadangkan :-

"Bahawasanya Dewan yang mulia ini meluluskan satu ketetapan selaras dengan titah Majlis Raja-Raja Melayu di mana Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dibentang dan dikaji semula di Dewan Rakyat dengan kadar segera." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

32. PR-1352-U(27)060

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa cukai pelancongan perlu dimansuhkan memandangkan industri pelancongan terutama pengusaha hotel tempatan bakal berhadapan dengan risiko kemerosotan jumlah pelancong dan seterusnya akan menjejaskan peluang pekerjaan. Dewan yang mulia ini hendaklah mengambil maklum bahawa pengenalan cukai ini juga berisiko melembapkan aktiviti ekonomi dan menjejaskan pendapatan rakyat yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan." [ Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan ]

33. PR-1352-U(27)061

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] akan mencadangkan :-

"Dewan ini mengambil maklum bahawa banyak pengusaha teksi persendirian mahu pun berdaftar di bawah syarikat swasta menghadapi kesukaran dan ada yang terpaksa menutup operasi mereka. Salah satu punca permasalahan ini adalah dengan kewujudan Uber dan GrabCar yang jauh lebih efisien daripada operasi mereka melalui penggunaan teknologi aplikasi dengan menggunakan telefon pintar. Maka dengan menyedari hakikat ini, Dewan yang mulia ini hendaklah membahaskan langkah-langkah strategik bagi menyelamatkan pengusaha teksi yang ada dalam menghadapi persaingan daripada Uber dan GrabCar ini." [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

34. PR-1352-U(27)063 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan menggesa Kerajaan untuk menghentikan pembinaan pusat penyembelihan ayam di pasar borong Selayang sehingga kajian kesesakan lalu lintas dan alam sekitar dapat dilakukan." [ Menteri Wilayah Persekutuan ]

Page 29: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

29 AUM DR 9/8/2017

35. PR-1352-U(27)065 Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [ Batu ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Malaysia untuk membawa isu ketegangan Saudi dan Qatar ke OIC dan mewujudkan satu mekanisme pendamaian." [ Menteri Luar Negeri ]

36. PR-1352-U(27)067

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gegaja pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai - kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama. " [ Menteri Kewangan ]

37. PR-1352-U(27)068

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan." [ Menteri Dalam Negeri ]

38. PR-1352-U(27)069

Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan :-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai -nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [ Menteri Pendidikan ]

Page 30: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 30

39. Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] akan mencadangkan :- “Bahawa pada 24.07.2017, saya telahpun menerima surat pemberitahuan bertarikh 21.07.2017 dimana 3 soalan pertanyaan jawab lisan saya ditolak di bawah Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan Peraturan Mesyuarat 23 (1)(g). Saya kepilkan di sini sesalinan surat-surat berkenaan untuk rujukan mudah Tan Sri Dengan segala hormatnya, saya usulkan supaya keputusan tersebut dikaji semula menurut Peraturan 43 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat di atas alasan-alasan berikut: 1. Pertanyaan PR1352-LO2403 berkaitan status siasatan kes 1MDB

dan SRC bukan dikeluarkan dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang dan yang belum jadi masalah sepertimana dinyatakan.

(i) Kes 1MDB dan SRC sedang disiasat oleh PDRM pada 12.04.2017,

Ketua Polis Negara telahpun menyatakan bahawa kertas siasatan telahpun dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. (Sila lihat laporan Malay Mail Online yang dilampirkan di sini bertarikh 12.04.2017 yang jelas kandungannya.)

(ii) Oleh yang demikian, sebab soalan PR1352-LO2403 ditolak iaitu dengan tujuan mendapat buah fikiran atau hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum jadi tidak betul dan perlu diketepikan.

(iii) Adalah jelas bahawa soalan tersebut tidak melanggar mana-mana

peraturan mesyuarat dan seharusnya dijawab.

2. Pertanyaan PR1352-LO2404 berkenaan dengan langkah-langkah yang akan diambil oleh negara kita, Malaysia dalam saman DOJ di Amerika Syarikat khususnya di mana ianya melibatkan wang berbilion ringgit: (i) Ini tidak sama sekali melencungkan perkara yang sedang dibicarakan

oleh Mahkamah.

(ii) Tindakan mesti diambil oleh Malaysia untuk melindungi hak-hak kami dalam kes itu dan juga pastikan bahawa usaha dijalankan untuk menuntut semula wang yang boleh dituntut untuk negara kita khususnya di mana ianya melibatkan satu jumlah wang yang cukup besar.

(iii) Tindakan yang dicadangkan perlu dinyatakan dengan terperinci dan

oleh itu, keputusan Tuan Speaker untuk menolaknya seharusnya diketepikan dan soalan tersebut perlu dijawab.

Page 31: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

31 AUM DR 9/8/2017

3. Pertanyaan PR1352-LO2412 berkenaan dengan sama ada ataupun tidak mana-mana Kerajaan lain telahpun meminta bantuan bersama dalam siasatan kes 1MBD atau SRC: (i) Perkara ini bukan dengan tujuan hendak mendapat buah fikiran atau

hendak mendapat penyelesaian berkenaan perkara undang-undang yang belum menjadi masalah.

(ii) Pada 14.04.2017, pihak berkuasa Switzerland telahpun dilaporkan menyatakan bahawa mereka bersedia untuk bekerjasama sekiranya apa-apa bantuan diminta oleh Malaysia berkenaan siasatan SRC dan 1MDB. (Sila lihat petikan daripada Malaysiakini bertarikh 14.04.2017.)

(iii) Pada 16.06.2017, Peguam Negara kita, Tan Sri Apandi Ali pula

dilaporkan berkata bahawa tiada mana-mana negara yang meminta bantuan Malaysia dalam siasatan kes 1MDB. (Sila lihat petikan daripada NST bertarikh 16.06.2017.)

(iv) Jadi cukup jelas bahawa soalan PR1354-LO2412 adalah berkenaan

perkara undang-undang yang sudah terjadi dan oleh itu sebab atas mana soalan itu ditolak tidak berasas sama sekali. Ianya seharusnya dijawab.

Saya dengan segala hormatnya ingin menegaskan sekali lagi bahawa soalan-soalan yang ditanya itu adalah relevan dan perlu dijawab oleh Menteri-Menteri berkenaan. Saya juga difahamkan bahawa banyak soalan-soalan berkenaan 1MDB dan/ atau perkara yang berhubungkait dengannya telahpun ditolak. Soalan-soalan ini adalah penting dan berkaitan dengan perkara-perkara yang sedang berlaku dan diketahui umum sepertimana dinyatakan dan oleh yang demikian, adalah tugas dan tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen untuk membangkitkannya dalam Dewan Rakyat. Saya dengan itu merayu supaya usul saya dibenarkan dibahaskan dan keputusan Tuan Speaker itu dikaji semula dan diketepikan dengan serta-merta.” [ Menteri di Jabatan Perdana Menteri ]

Page 32: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

AUM DR 9/8/2017 32

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

TAHUN 2016

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

ST. 157

Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Yayasan Tun Razak Bagi Tahun 2016

9 Ogos 2017

TAHUN 2017

RISALAT/DOKUMEN TARIKH DIBENTANGKAN

DR. 6

Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara

- Pengurusan Program Akuakultur

Jabatan Perdana Menteri / Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)

9 Ogos 2017

ST. 57

Laporan Tahunan Dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan Tahun 2017

9 Ogos 2017

Page 33: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileKementerian dalam menyediakan perkhidmatan dialisis buah ... Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre Bin ... DALAM NEGERI menyatakan apakah status

33 AUM DR 9/8/2017

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh

Ucapan

Ahli Yang Berucap

Tajuk Ucapan

Menteri Yang

Bertanggungjawab

1. 9.8.2017 (Rabu)

1. YB Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa

(Parit Buntar)

1. Menuntut Kerajaan Mengembalikan Elaun Guru Pelatih.

1. YB Menteri Pendidikan

2. 9.8.2017 (Rabu)

2. YB Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh

(Sandakan)

2. Lebih Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Sabah.

2. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

** Ucapan-ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)