report.doc

36
Kajian Bebas KERJA RUMAH : TINJAUAN TERHADAP KEPERCAYAAN DAN AMALAN GURU BAHASA ARAB KOMUNIKASI Abdullah Hassan Pendahuluan Kerja rumah, ‘homework’ atau " ي ت ي ب لط ا ا ش لنا" memenuhi sebahagian besar kehidupan para guru dan pelajar, namun jarang sekali menjadi tumpuan perbincangan. Kajian terhadap guru Bahasa Inggeris sekolah menengah di Malaysia mendapati amalan kerja rumah tersasar dari matlamat sebenar kursus yang menekankan kemahiran komunikatif, mungkin menggambarkan kelangsungan rutin yang tidak dipertikaikan ini. Walau bagaimanapun, beban tugas yang dijana oleh kerja rumah menyebabkan banyak masa terpaksa dikorbankan. Akibatnya guru tidak berpeluang untuk berhenti sejenak dan merenung kembali apa yang sedang mereka lakukan dan mengapa? Mungkin ini antara situasi lazim yang kerap berlaku dalam pengajaran bahasa, khususnya Bahasa Arab. Kajian ini, cuba meninjau kepercayaan dan amalan guru terhadap kerja rumah dalam pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Latarbelakang Kajian Kajian ini cuba meninjau kepercayaan dan amalan guru bahasa Arab terhadap aktiviti kerja rumah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Pengkaji ingin melihat dua 1

Upload: zaihassirazainuddin

Post on 02-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: REPORT.doc

Kajian Bebas

KERJA RUMAH : TINJAUAN TERHADAP KEPERCAYAAN DAN AMALAN

GURU BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Abdullah Hassan

Pendahuluan

Kerja rumah, ‘homework’ atau " البيتي memenuhi sebahagian besar "النشاط

kehidupan para guru dan pelajar, namun jarang sekali menjadi tumpuan perbincangan.

Kajian terhadap guru Bahasa Inggeris sekolah menengah di Malaysia mendapati

amalan kerja rumah tersasar dari matlamat sebenar kursus yang menekankan

kemahiran komunikatif, mungkin menggambarkan kelangsungan rutin yang tidak

dipertikaikan ini. Walau bagaimanapun, beban tugas yang dijana oleh kerja rumah

menyebabkan banyak masa terpaksa dikorbankan. Akibatnya guru tidak berpeluang

untuk berhenti sejenak dan merenung kembali apa yang sedang mereka lakukan dan

mengapa? Mungkin ini antara situasi lazim yang kerap berlaku dalam pengajaran

bahasa, khususnya Bahasa Arab. Kajian ini, cuba meninjau kepercayaan dan amalan

guru terhadap kerja rumah dalam pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah

Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

Latarbelakang Kajian

Kajian ini cuba meninjau kepercayaan dan amalan guru bahasa Arab terhadap aktiviti

kerja rumah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Pengkaji ingin melihat dua

aspek penting berkaitan kerja rumah; adakah wujud polisi kerja rumah yang selaras di

sekolah sebagai sebahagian dari kurikulum persekolahan? Dan bagaimana guru

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) membuat keputusan perancangan untuk memastikan

tugasan kerja rumah yang dapat menyumbang kepada objektif kursus Bahasa Arab

Komunikasi di SMKA.

Ringkasnya, kajian ini cuba meninjau kefahaman dan persepsi guru BAK tentang

konsep kerja rumah di Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di

bawah tadbiran kerajaan persekutuan. Selain itu, kajian akan melihat sejauhmana

amalan pengurusan kerja rumah di kalangan guru tersebut dan bagaimana mereka

membuat perancangan untuk memastikan tugasan kerja rumah yang diberikan kepada

1

Page 2: REPORT.doc

Kajian Bebas

pelajar dapat menyumbang kepada tercapainya objektif matapelajaran BAK.

Walaupun sebelum ini terdapat beberapa panduan tentang isu tersebut, namun tiada

kajian atau tulisan yang menyentuh tentang kerja rumah dalam pengajaran bahasa

Arab sebagai bahasa asing di Malaysia.

Ringkasnya, kajian ini secara keseluruhannya merujuk kepada isu penyelarasan

polisi yang berkesan dalam menguruskan kerja rumah sebagai satu bahagian dalam

kurikulum pendidikan Bahasa Arab Komunikasi. Polisi atau dasar merujuk kepada

rancangan tindakan, kenyataan atau hal-hal yang ideal dan sebagainya yang

dicadangkan atau diterima oleh guru dalam mengendalikan kerja rumah. Pengwujudan

polisi ini dirasakan begitu penting kerana dengan wujudnya polisi yang jelas akan

dapat mengarah dan menghalatujukan segala tindak tanduk guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam pemberian kerja rumah. Polisi akan

menentukan jenis kerja rumah, amaun kerja rumah yang sesuai, peruntukan masa dan

cara maklum balas guru terhadap kerja rumah pelajar.

Pernyataan Masalah

Amalan memberi kerja rumah kepada para pelajar bukanlah satu perkara baru. Ia telah

menjadi rutin kebiasaan di kalangan guru dan diamalkan di setiap peringkat sekolah,

rendah atau menengah, di dalam dan luar negara. Pelbagai pihak memberi reaksi

berbeza terhadap amalan ini. Sesetengah pihak menyokong amalan pemberian kerja

rumah kerana mempunyai pertalian yang erat dengan pencapaian akademik pelajar;

tidak kurang pula yang mempertikaikannya dengan menganggap kerja rumah sebagai

“beban” kepada pelajar dan guru. Fenomena ini menjadikan “kerja rumah” sebagai

satu isu dalam bidang pendidikan.

Perbincangan tentang amalan kerja rumah telah lama mendapat tempat di kalangan

pengkaji luar negara. Golongan pendidik dan ibu bapa telah menunjukkan minat

terhadap amalan ini sejak kurun ke-20 (Hedges, 1971). Isu ini dikatakan telah menjadi

punca pertelagahan di kalangan mereka sebagaimana dinyatakan oleh Hedges… “A

major cause of misunderstandings and conflicts among teachers, parents and school

administrators is homework” (1971: 479).

2

Page 3: REPORT.doc

Kajian Bebas

Di Amerika Syarikat, National Education Association (1960) melaporkan bahawa

Suruhanjaya Dasar Pendidikan Amerika Syarikat (Educational Policies Commission)

telah menyenaraikan kerja rumah sebagai salah satu daripada 10 isu semasa dalam

bidang pendidikan. Coulter (1985) berpendapat kerja rumah merupakan satu isu yang

kontroversi dalam pendidikan.

Pelbagai interpretasi diutarakan berkaitan persoalan kerja rumah. Ada pendapat

yang mendakwa kerja rumah dapat menggalakkan inisiatif pelajar, membentuk

kemahiran belajar dan memberi masa untuk mempraktis apa yang telah dipelajari di

sekolah. Manakala kritikan mengenainya pula mendakwa bahawa kerja rumah telah

“merompak” dan merampas masa lapang pelajar tersebut dan membebankan mereka.

Kajian-kajian yang menghubungkan amalan pemberian kerja rumah dengan taraf

pencapaian pelajar menghasilkan dapatan yang bertentangan; ada yang mendapati

semakin lama pelajar menghabiskan masa untuk membuat kerja rumah, semakin

tinggi pencapaian akademiknya (Keith, 1982, Tymms & Gibbon, 1992 dan Hagborg,

1991). Barber (1986) pula berpendapat bahawa kerja rumah tidak dapat membantu

meningkatkan pencapaian akademik pelajar malah beliau mengkritik kajian-kajian

lepas yang disintesiskan oleh Walberg et. al dengan menegaskan …“Contrary to

Herbert Walberg’s claims, research does not show that homework raises achievement

scores or invigorates apathetic learners” (1986: 55).

Kerja rumah juga merupakan antara isu pendidikan di Malaysia, namun tidak

mendapat perhatian sewajarnya dari kalangan pengkaji dan pendidik. Mungkin ini ada

kaitan dengan kefahaman dan sikap sesetengah dari mereka yang menganggap kerja

rumah hanyalah rutin harian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan tidak

mempunyai kesan yang efektif terhadap pencapaian pelajar.

Tidak dinafikan ada sesetengah guru sekolah menengah menghabiskan banyak

masa merancang, mengumpul, memeriksa dan menyerahkan kembali kerja rumah

yang dibuat pelajar. Begitu juga kalangan pengetua dan guru lain yang sering

mengingatkan para pelajar agar menyiapkan kerja rumah mengikut jadual yang

ditentukan. Bagi ibu bapa pula, kerja rumah pelajar merupakan antara petunjuk yang

dapat menggambarkan kelangsungan hubungan yang erat antara sekolah dengan

3

Page 4: REPORT.doc

Kajian Bebas

institusi keluarga di rumah. Ibu bapa yang membaca laporan pencapaian anaknya dan

menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) lazimnya menyedari

bahawa merekalah yang sepatutnya mendorong dan menggalakkan anak-anak

melakukan kerja rumah. Dengan meninjau kepada segala aktiviti dan retorik kerja

rumah di atas, adalah memeranjatkan;

(i) apabila didapati pelajar seringkali cuai dalam melakukan kerja rumah

dan tidak membuatnya dengan cara yang berkesan, juga

(ii) terlalu sedikit tumpuan pemikiran yang memfokuskan isu tersebut,

contohnya sedikit sangat tulisan atau kajian yang dibuat mengenainya.

Dari tinjauan pengkaji, terdapat hanya dua kajian setakat ini yang meninjau

persepsi pelajar tentang keberkesanan kerja rumah dalam matapelajaran Matematik

dan persepsi mereka terhadap kerja rumah secara keseluruhan (lihat Nora, 1988 dan

Putehyah, 1992). Hanya satu kajian yang cuba melihat pengurusan kerja rumah di

kalangan guru sekolah menengah yang dijalankan oleh Zaharah (2001). Sementara

kajian North & Pillay (2002) pula membincangkan tentang keperluan polisi tentang

amalan kerja rumah dalam pengajaran Bahasa Inggeris di Malaysia. Tinjauan-tinjauan

lain pula sekadar membincangkan kerja rumah sebagai komponen kecil dalam kajian-

kajian yang berkaitan pengurusan bilik darjah, penggunaan masa lapang pelajar (Hui,

1981), pemupukan kemahiran berfikir dan beban tugas guru.

Isu kerja rumah juga didapati menular ke dalam Pendidikan Bahasa Arab,

khususnya Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang dilaksanakan di SMKA seluruh

Malaysia. Walaupun matlamat dan objektif utama BAK adalah untuk memahirkan

para pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab, namun ia tidak

dapat lari dari tujuan asal matapelajaran tersebut iaitu untuk mencapai kecemerlangan

melalui pencapaian akademik. Tambahan pula kursus ini dijalankan berdasarkan

“regimentasi peperiksaan” yang mementingkan pencapaian gred dan markah pelajar.

Ini adalah selari dengan sistem penilaian pendidikan di Malaysia yang secara

keseluruhannya bergantung kepada peperiksaan awam. Mungkin kerana sikap

sesetengah guru bahasa BAK yang menganggap pemberian kerja rumah tidak dapat

4

Page 5: REPORT.doc

Kajian Bebas

membantu mempercekap kemahiran komunikatif pelajar menyebabkan mereka

memandang ringan dalam isu berkaitan kerja rumah.

Begitu juga dapat diperhati kepada kajian-kajian lepas yang berhubung dengan

Pendidikan Bahasa Arab. Tiada satu kajian khusus membincangkan isu berkaitan

kerja rumah di kalangan guru mahupun pelajar Bahasa Arab. Kebanyakan kajian

tertumpu di sekitar masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan

isu penguasaan kemahiran bahasa (mendengar, membaca, menulis dan bertutur) dan

kurikulum Pendidikan Bahasa Arab (lihat Sofian & Zainal Abidin, 1986, Datin Sohair,

1990, Zainal Abidin, 1990, Mohamed Ibrahim, 1999, Nik Mohd. Rahimi &

Kamarulzaman, 2000 dan Zawawi Ismail, 2001).

Pendapat Sini et. al (1983) cenderung mengatakan bahawa pembelajaran bahasa

berdasarkan kajian moden lebih merupakan latihan, aplikasi dan komunikasi antara

guru dan pelajar, antara pelajar dan rakan-rakan serta antara diri dengan masyarakat

persekitaran. Perkembangan dan kemajuan pelajar dalam bahasa juga bergantung

kepada bilangan jam perhubungannya dengan orang lain disertai dengan komunikasi

yang positif. Pembelajaran bahasa tidak lagi bergantung kepada bilangan pelajaran

yang telah dihabiskan atau lembaran kertas yang telah dipelajari tanpa memberi

peluang untuk menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan harian.

Di sana ada kebenarannya berdasarkan matlamat pembelajaran bahasa Arab itu

sendiri, namun melihat kepada realiti pendidikan negara masakini yang mementingkan

budaya peperiksaan, jelas menuntut penekanan kepada pencapaian akademik pelajar,

bukannya penguasaan bahasa mereka secara total (Sufean Hussin, 1993). Melihat

kepada penilaian pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Penilaian Menengah Rendah

(PMR) pula, soalan-soalan lebih cenderung kepada menguji kefahaman pelajar dan

penguasaan perbendaharaan kata pelajar, atau lebih tepat lagi sekadar menguji

pengetahuan calon kepada perbendaharaan kata sahaja, bukan untuk tujuan

berkomunikasi (Ahmad Ismail et. al, 2002).

Mungkin ada yang berpendapat cadangan pengkaji untuk melihat amalan

pengurusan kerja rumah di kalangan guru BAK tersasar jauh dari matlamat asal kursus

5

Page 6: REPORT.doc

Kajian Bebas

BAK, namun pengkaji merasakan perlunya tinjauan dibuat terhadap aspek tersebut

kerana ia mungkin dapat mendedahkan senario yang telah lama berlaku dalam

Pendidikan Bahasa Arab, tetapi tidak mendapat perhatian sewajarnya. Ini disokong

oleh kajian-kajian sebelum ini yang menghubungkan pencapaian akademik pelajar

yang tinggi dengan amalan pemberian kerja rumah oleh guru kepada pelajar.

Oleh kerana tiada panduan jelas tentang pengurusan kerja rumah maka tidak

hairanlah jika guru BAK juga menghadapi masalah yang sama dengan guru

matapelajaran lain dalam soal berkaitan kerja rumah. Amalannya sering mendapat

reaksi positif dan negatif, sama ada dari guru sendiri, pelajar mahupun ibu bapa

mereka. Ia masih dianggap sebagai aktiviti tradisional dalam pengajaran dan

merupakan bebanan terhadap tugasan yang sedia ada dan seringkali tidak dirancang

dengan teliti.

Antara cabaran yang dihadapi oleh guru BAK hari ini adalah dalam memberikan

kerja rumah yang bermakna dan bersesuaian dengan isi pelajaran dan kebolehan

pelajar. Pencapaian pelajar didapati meningkat secara signifikan apabila guru sering

memberikan tugasan untuk diselesaikan di rumah dan pelajar menyudahkannya secara

sedar. Kerja rumah dapat membantu membentuk sikap dan tabiat yang baik di

kalangan pelajar. Ia dapat mendidik disiplin diri dan sikap bertanggungjawab pelajar,

dan yang lebih penting ia menggalakkan sifat cintakan belajar sama ada di rumah atau

di sekolah.

Segala hasrat dan harapan ini tidak akan dapat direalisasikan sekiranya kefahaman

guru BAK tentang kerja rumah dan pengurusannya masih tidak jelas. Ada kalangan

guru yang memberikan kerja rumah kerana mengikut-ikut guru matapelajaran lain,

tanpa memikirkan keperluan dan kesesuaiannya. Malah ada yang terpaksa

menyediakan kerja rumah kerana didesak oleh pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa.

Ada pula yang menyediakan set soalan kerja rumah di saat-saat akhir waktu kelas

tanpa membuat perancangan terlebih dahulu. Inilah antara realiti yang berlaku dalam

Pendidikan Bahasa Arab Komunikasi masakini yang dirasakan pengkaji dapat

mencacatkan mutu pendidikan negara secara keseluruhannya. Guru BAK perlu faham

dan jelas tentang konsep kerja rumah dan bagaimana ianya dapat dilaksanakan supaya

6

Page 7: REPORT.doc

Kajian Bebas

dapat memenuhi harapan yang disasarkan dan meningkatkan pencapaian prestasi

pelajar. Apa yang hendak ditekankan di sini ialah, pengurusan kerja rumah yang

berkesan merupakan strategi ke arah pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Objektif Kajian

Kajian dibuat berdasarkan tujuan berikut;

i). Untuk meninjau kepercayaan dan pandangan BAK terhadap aktiviti kerja rumah.

ii). Untuk melihat bagaimana guru BAK membuat perancangan tentang amalan kerja

rumah dengan merujuk kepada lima dimensi; sebab, bahan tugasan, jenis, peruntukan

masa dan cara maklum balas guru terhadap kerja rumah.

Persoalan Kajian

Berdasarkan tujuan kajian, beberapa persoalan kajian berikut dapat difikirkan;

i). Apakah kepercayaan dan pandangan guru BAK terhadap aktiviti kerja rumah?

ii). Bagaimanakah guru BAK membuat perancangan tentang amalan kerja rumah?

Kepentingan Kajian

Kajian ini meninjau kepercayaan dan amalan guru BAK tentang pengurusan kerja

rumah di SMKA. Justeru, kajian cuba mendedahkan senario yang berlaku dalam

Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, supaya dapat memberi maklumat baru dan

bermanfaat kepada pihak-pihak tertentu agar dapat difikirkan cadangan penyelesaian

yang boleh memantapkan mutu Pendidikan Bahasa Arab di negara ini. Ringkasnya,

dapatan kajian ini diharap dapat dimanfaatkan dalam hal-hal berikut;

(i) Dapat menyedar dan menambah kefahaman guru akan konsep kerja rumah

yang sebenarnya dan bagaimana menguruskannya dengan berkesan.

(ii) Memandu dan mengarahkan guru dalam merancang pemberian kerja

rumah dengan lebih sistematik supaya hasil yang diperolehi nanti akan

dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Bagi pihak pentadbir dan pengurus sekolah, dapatan kajian dijangka dapat menjadi

panduan dalam membentuk satu polisi yang jelas dan teratur tentang pengurusan kerja

rumah dengan memberi perhatian sewajarnya terhadap jenis, peruntukan masa, amaun

7

Page 8: REPORT.doc

Kajian Bebas

dan prosedur penilaian dan pemarkahan. Ini bagi memastikan amalan pemberian kerja

rumah diberi perhatian sepenuhnya di kalangan guru, bukannya amalan tradisional

seperti yang difahami oleh sesetengah guru. Keperluan terhadap polisi ini begitu

mendesak kerana hubungannya yang signifikan dengan taraf pencapaian pelajar.

Batasan Kajian

Kajian merujuk kepada persepsi dan pandangan guru BAK terhadap lima dimensi

kerja rumah yang berkesan; kepercayaan guru, sebab memberi tugasan, jenis-jenis,

peruntukan masa (kuantiti), bahan tugasan dan cara penilaian kerja rumah. Kajian

tidak melihat hubungannya dengan pencapaian pelajar, memandangkan kajian ini

adalah tinjauan deskriptif dan agak ringkas.

Kajian terbatas kepada semua guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Arab

Komunikasi di empat buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di negeri

Kelantan. Maklumat kajian diperoleh daripada subjek berdasarkan maklum balas yang

diterima dari borang soalselidik yang diedarkan. Kesahan dan kebolehpercayaan

dapatan kajian bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan subjek menjawab item-

item kajian.

Definisi Konsep

Berikut adalah beberapa istilah yang digunakan khusus untuk maksud kajian ini;

i. Kerja Rumah

Konsep “kerja rumah, homework, المنزلية atau hausaufgaben” mempunyai الواجبات

pelbagai definisi. Seperti konsep-konsep lain dalam pendidikan, beberapa istilah lain

sering digunakan hampir sama dengan maksud kerja rumah. Antaranya ialah

‘pembelajaran terarah kendiri’ (self-directed learning), ‘pembelajaran kendiri’

(independent learning), ‘pembelajaran bermodul’ (learning modules), ‘pembelajaran

tanpa bimbingan’ (unsupervised study) dan ‘pembelajaran secara individu’

(individualized study) (Klein, 1982).

Kamus Dewan (1989) mentakrifkan kerja rumah sebagai pekerjaan yang berkaitan

dengan sekolah, yang dibuat oleh pelajar di rumah untuk memahirkan mereka dalam

pelajaran tertentu. Rowntree (1981) dan LaConte (1981) bersependapat mengatakan

8

Page 9: REPORT.doc

Kajian Bebas

kerja rumah adalah tugasan yang diberikan guru kepada pelajar untuk disiapkan di

luar waktu persekolahan biasa. Ianya merupakan kerja lanjutan dari tugasan di dalam

bilik darjah. Spritze (1985) mendefinisikan kerja rumah sebagai kerja sekolah yang

diberikan untuk memenuhi masa selepas waktu persekolahan. Manakala Cooper

(1989) mentakrifkannya sebagai tugasan yang diberi oleh guru kepada pelajar untuk

diselesaikan diluar waktu persekolahan rasmi. Kebanyakan pengkaji bersetuju bahawa

kerja rumah merupakan tugasan tambahan atau lanjutan yang dibekalkan oleh guru

kepada pelajar supaya ianya disiapkan di rumah dengan harapan ia dapat membantu

aktiviti pembelajaran pelajar.

Kerja rumah ialah tugasan yang dirancang untuk disiapkan di luar jadual waktu

kurikulum tetapi tidak semestinya dibuat di rumah. Ianya mengandungi satu elemen

pembelajaran kendiri yang lazimnya tidak dikawal oleh seorang guru dan merupakan

lanjutan kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diberi dan diuruskan mengikut

objektif yang ada dalam kurikulum sekolah (Mohammed Sani, 1999). Tegasnya, kerja

rumah ialah tugasan berkaitan dengan pelajaran yang diberikan oleh guru untuk dibuat

oleh para pelajar di rumah yang melibatkan pelajar secara langsung dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (Zawawi, 1984).

Kerja rumah diberikan dalam pelbagai bentuk, tetapi biasanya mengandungi

latihan dan tugasan tambahan dari apa yang telah dipelajari di dalam bilik darjah.

Kerja rumah ini kemudiannya akan diperiksa dan diberi markah serta komen oleh

guru. LaConte (1981) mengkategorikan kerja rumah yang sesuai diberi kepada pelajar

sekolah rendah dan menengah kepada tiga; latihan dari apa yang telah dipelajari,

persediaan untuk pelajaran akan datang dan membuat tugasan baru. Beattie (1987)

membahagikan aktiviti kerja rumah dalam pengajaran bahasa kepada lima; menulis,

membaca, mendengar dan bertutur, mentelaah dan meneroka aspek baru dalam subjek

berkaitan. Manakala North & Pillay (2002) memperincikan jenis tugasan yang

diberikan guru dalam pengajaran Bahasa Inggeris kepada 26 jenis. Dalam kajian ini,

kerja rumah dapat digolongkan kepada dua aspek tugasan utama;

(i) Tugasan yang diberikan sebagai latihan pengukuhan terhadap tajuk yang

telah diajar oleh guru di bilik darjah. Ia meliputi segala aktiviti seperti

9

Page 10: REPORT.doc

Kajian Bebas

menulis, membaca, menghafaz, mempraktikkan sesuatu tugasan seperti

dialog, mendengar radio atau menonton TV yang berkaitan dan

sebagainya.

(ii) Tugasan persediaan atau membuat kajian baru yang dibuat di luar bilik

darjah, namun ada kaitannya dengan pembelajaran yang akan dijalankan.

Contohnya membaca bahan tertentu atau membawa alat yang dapat

membantu pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Kepercayaan

Konsep ‘kepercayaan’ atau ‘belief’ sering menonjol dalam kajian-kajian bidang

pendidikan sejak dahulu lagi, telah menular ke dalam Pendidikan Bahasa Arab.

Walaupun kepopularannya di kalangan pengkaji, namun tiada persepakatan tentang

makna di samping penggunaannya yang agak kabur. Justeru, apakah sebenarnya

‘kepercayaan’? Konsep ini akan bertambah jelas sekiranya beberapa aspek berikut

dipertimbangkan (Borg, 2001);

i. Ada unsur ‘kebenaran’ – kepercayaan ialah kenyataan minda/fikiran yang

mengandungi pernyataan yang diterimapakai sebagai benar oleh individu,

walaupun ia sedar bahawa kepercayaan yang dipegangnya mungkin

berbeza daripada individu lain. Inilah antara perbezaan utama di antara

‘kepercayaan’ dan ‘ilmu pengetahuan’ atau ‘knowledge’, seperti yang

diketahui adalah benar “justified true belief” (Fenstermacher, 1994).

ii. ‘Kepercayaan’ mempunyai hubungan dengan ‘tingkahlaku’ (Behaviour) –

kebanyakan definisi tentang kepercayaan mendorong dan memandu

pemikiran dan tindak – tanduk manusia.

iii. ‘Kepercayaan’ boleh berlaku secara sedar atau tidak sedar. Di sini terdapat

percanggahan, sesetengah takrifan mendakwa unsur kesedaran wujud

secara semulajadi dalam definisi ‘kepercayaan’, manakala yang lainnya

berpendapat unsur tersebut mungkin ada pada individu pada sebilangan

kepercayaan, tidak pada yang lain.

iv. ‘Kepercayaan’ sebagai komitmen nilai– kebanyakan takrifan memasukkan

aspek dapat dinilai dalam konsepnya.

10

Page 11: REPORT.doc

Kajian Bebas

Ringkasnya, ‘kepercayaan’ ialah suatu kenyataan yang mungkin dimiliki secara

sedar atau tidak, dapat dinilai memandangkan ia dianggap benar oleh individu tertentu

dan cenderung dipengaruhi emosi dan komitmen. Ia merupakan panduan kepada corak

pemikiran dan tingkahlaku seseorang.

Kepercayaan memainkan peranan penting dalam banyak aspek pengajaran dan

hidup guru. Ia membantu setiap individu memahami dunia, mempengaruhi bagaimana

melihat maklumat baru sama ada ia diterima atau ditolak. Begitu juga kepercayaan

membantu individu membentuk kerangka sikap dan pemahaman terhadap sesuatu hal.

‘Kepercayaan guru’ merujuk kepada kepercayaan tentang sesuatu kaedah

pengajaran dan yang berkaitan dengan metod pengajaran yang dianuti guru sendiri.

Antara bidang yang sering menjadi tumpuan kajian ialah kepercayaan guru tentang

pengajaran, pembelajaran, pelajar, matapelajaran (Bahasa Arab sebagai bahasa asing),

diri sebagai guru dan peranan guru (Calderhead, 1995).

Walaupun banyak kajian dilakukan untuk melihat kesan kerja rumah, namun

sedikit sahaja yang meninjau sikap dan amalan guru. Kajian Savage (1966) yang

dilaporkan oleh Johnson & Pontius (1989) mendapati golongan pendidik (termasuk

guru dan pentadbir) di New England cenderung memberi kerja rumah yang

menggabungkan latihan bertulis, bacaan dan projek jangka panjang. Beliau

merumuskan bahawa golongan dewasa (guru, pentadbir dan ibu bapa) melihat kerja

rumah dapat membantu memupuk inisiatif pelajar dan sikap bertanggungjawab.

Manakala Maffei (1977) yang menjalankan tinjauan terhadap guru Matematik di

sekolah tinggi mendapati guru tersebut tidak bersetuju bahawa pelajar mereka dapat

melatih diri sendiri untuk membuat kerja rumah seperti mana yang dilakukan oleh

pelajar-pelajar sebelum itu.

Memandangkan guru bertanggungjawab menilai hasil pembelajaran pelajar

berdasarkan pengajaran harian, adalah penting lebih banyak kajian dibuat bagi melihat

amalan dan kepercayaan guru terhadap kerja rumah. Featherstone (1985) mendapati

terdapat percanggahan di antara dapatan kajian dengan justifikasi yang selalu diberi

dalam amalan pemberian kerja rumah. Sementara guru, pengetua dan ibu bapa

11

Page 12: REPORT.doc

Kajian Bebas

mengharapkan agar kerja rumah akan mengukuhkan kemahiran akademik, mereka

sering mensasarkan disiplin kendiri dan pembelajaran bebas sebagai hasilnya yang

terpenting. Namun sebaliknya, beliau dapati kajian yang dilakukan lebih tertumpu

kepada pencapaian akademik, bukannya perubahan karakter personaliti pelajar. Ini

menunjukkan betapa kurangnya maklumat yang meninjau sama ada kerja rumah dapat

mencapai matlamat yang disasarkan atau tidak.

Dapatan kajian Johnson & Pontius (1989) tentang kepercayaan guru menunjukkan

guru sangat bersetuju bahawa kerja rumah ada kaitan langsung dengan tanggungjawab

pelajar dan memberi faedah kepada pelajar untuk menguasai kandungan pelajaran.

Walaupun kebanyakan guru merasakan pembelajaran banyak berlaku di dalam kelas

dan kerja rumah mengambil banyak masa guru, kebanyakan respon menyokong idea

pemberian kerja rumah sebagai pengukuhan kepada pembelajaran yang berlaku di

dalam kelas. Apa yang menarik dari dapatan kajian tersebut ialah, kebanyakan guru

(72% dari 63 guru) tidak akan memberi terlalu banyak kerja rumah, walaupun ianya

mudah ditadbirkan. Pada pendapat mereka, melalui pengalaman pengajaran yang

lepas telah membuktikan bahawa pemberian kerja rumah selama satu jam atau kurang

dari itu dua kali seminggu sudah memadai untuk mencapai objektif yang diharapkan.

Amalan guru dalam pengurusan kerja rumah merupakan cerminan dari

kepercayaan mereka. Kebanyakan guru memberi tugasan, mengumpul dan memeriksa

kerja rumah sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Selain itu, mereka juga

menjadikan kerja rumah sebagai keperluan pemberian gred pelajar. Coulter (1985),

Berliner & Casanova (1985) dan ramai pengkaji lain menyatakan bahawa pelajar akan

lebih serius melakukan kerja rumah sekiranya ia diberi komen dan markah oleh guru.

Ringkasnya, guru percaya dan yakin bahawa kerja rumah mempunyai pelbagai

fungsi dalam kurikulum sekolah. Lazimnya guru bersetuju bahawa ia dapat

mengukuhkan pembelajaran yang telah berlaku di dalam kelas di samping

membenarkan guru mempertimbangkan keperluan mengajar semula. Ia juga bertindak

sebagai persediaan untuk pelajaran seterusnya atau sebagai lanjutan dan aplikasi

terhadap kemahiran yang dipelajari dalam bentuk latihan dan projek individu. Namun,

12

Page 13: REPORT.doc

Kajian Bebas

kajian mendapati guru lebih kerap memberi tugasan kerja rumah bertujuan

mempraktik kemahiran yang dipelajari di dalam bilik darjah.

iii. Amalan

Amalan atau ‘practice’ merujuk kepada perbuatan mengamalkan sesuatu sebagai

kebiasaan, dibuat secara nalar dan berulang-ulang (Hornby, 1989). Menurut Kamus

Dwibahasa (1999), praktis ialah perbuatan membuat sesuatu, amalan, pelaksanaan,

sesuatu yang selalu dibuat atau diamalkan, kelaziman dan kebiasaan.

Amalan guru berkaitan kerja rumah merujuk kepada cara guru merancang,

mengurus dan mengendali aktiviti kerja rumah yang telah menjadi rutin harian dalam

pengajarannya. Ini termasuklah sebab-sebab guru memberi kerja rumah, material yang

digunakan, jenis-jenis kerjarumah dan cara penilaiannya.

iv. Bahasa Arab Komunikasi (BAK)

Terdapat dua jenis Pendidikan Bahasa Arab dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) iaitu Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dan Bahasa Arab Tinggi

(BAT). BAK adalah matapelajaran tambahan pada peringkat menengah rendah

(Tingkatan 1–3) dan matapelajaran elektif pada peringkat menengah atas (Tingkatan

4–5). BAT pula hanya ditawarkan pada peringkat sekolah menengah atas dan tidak

dijadikan mata pelajaran di peringkat sekolah menengah rendah. Ini bermakna para

pelajar dari Tingkatan Satu hingga Tiga akan mempelajari Bahasa Arab Komunikasi,

Manakala di Tingkatan Empat, mereka diberi pilihan samaada mengambil BAK atau

BAT sebagai matapelajaran elektif.

Antara tujuan am BAK adalah untuk melahirkan pelajar yang berbangga dengan

bahasa Arab sebagai bahasa al-Qur’an dan al-Hadith. Juga untuk membolehkan

pelajar memperolehi kemahiran asas bahasa Arab (mendengar, bertutur, membaca dan

menulis) dan menggunakannya dalam pelbagai situasi kearah memahami teks al-

Qur’an, al-Hadith dan bahan-bahan rujukan Islam yang lain. Selain itu ia juga

bertujuan membolehkan pelajar menggunakan bahasa Arab dalam bentuk komunikasi

yang lebih halus, di samping berminat untuk mendengar dan membaca bahan-bahan

13

Page 14: REPORT.doc

Kajian Bebas

ilmiah serta menikmati keindahan bahasa itu (Kementerian Pendidikan Malaysia,

1995). Selain itu, objektif kurikulum ini juga digariskan dengan jelas seperti berikut;

Mendengar dan membaca ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang terpilih dan

memahami makna secara umum serta membicarakan tentang kedua-duanya.

Mendengar siaran dalam bahasa Arab dan memahaminya serta dapat

memberikan pendapat tentangnya.

Bertutur dengan fasih dan lancar serta berkemampuan mengeluarkan pendapat

dan hujah-hujah dalam situasi tertentu.

Membaca pelbagai bahan bacaan dan merumus isi-isi penting serta

membicarakan tentangnya.

Menulis pelbagai jenis tulisan dan membicarakan tentang isi kandungannya.

Menguasai kemahiran menulis tiga bentuk tulisan Arab (Nasakh, Raqa’ah dan

Thuluth).

Menguasai sekurang-kurangnya 3000 patah perkataan Arab dan

menggunakannya ketika bertutur, membaca dan menulis.

Menguasai tatabahasa bahasa Arab yang mudah serta berkemampuan

menggunakannya secara praktikal.

Menggunakan kamus bahasa Arab untuk mempertingkatkan perbendaharaan

kata.

Dengan merujuk kepada matlamat dan objektif Pendidikan Bahasa Arab

Komunikasi di Malaysia, dapatlah dirumuskan bahawa tujuan pelaksanaannya adalah

untuk memupuk kemahiran yang diperlukan dalam pembelajaran bahasa iaitu

kemahiran membaca, mendengar, bertutur dan menulis.

Kurikulum Bahasa Arab digubal semula apabila KBSM dilaksanakan dan

digunakan di semua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah

Berasrama Penuh (SBP) dan Kelas Aliran Agama (KAA) mulai tahun 1991.

penggubalan ini hasil dari kesedaran bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa

Arab yang sedia ada kurang memberi kesan kepada penguasaan bahasa Arab di

kalangan pelajar, di samping bertujuan memantapkan matapelajaran ini. Hal ini juga

berlaku ekoran dari kesedaran guru-guru sendiri yang sudah mula terdedah kepada

14

Page 15: REPORT.doc

Kajian Bebas

pendekatan komunikatif dalam pengajaran bahasa Arab hasil dari pelbagai kursus dan

latihan yang mereka ikuti.

Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa berusaha menyemak dan

menyesuaikan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab dengan keperluan dan perkembangan

dunia semasa, dengan tidak mengabaikan aspek kreativiti, estetika, sains dan

teknologi. Buku teks juga menerima perubahan yang agak ketara dalam memenuhi

keperluan tersebut. Namun dokumen sukatan pelajaran tersebut tidak mengemukakan

sebarang garis panduan tentang tabii dan kekerapan pemberian kerja rumah dalam

Bahasa Arab Komunikasi.

Literatur Berkaitan

Laporan-laporan tentang kecemerlangan akademik pelajar menyarankan agar guru

menambah amaun kerja rumah (homework) dan memastikan agar ia disiapkan oleh

pelajar. Sintesis yang dibuat oleh Walberg et al. (1985) terhadap 15 kajian empirikal

menunjukkan bahawa kerja rumah mempunyai kesan yang besar dan konsisten

terhadap pembelajaran pelajar di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Kerja

rumah mempunyai potensi untuk meningkatkan pencapaian dan membentuk sikap,

terutama sekali apabila ia diberi komen atau markah (Paschal et. al 1984).

Tugasan yang dibuat di rumah yang merupakan lanjutan kepada tugasan-tugasan

di bilik darjah memberikan sumbangan berharga kepada proses pembelajaran, dan

penggubalan sesuatu polisi untuk menguruskan kerja rumah secara sedar sudah pasti

akan menjadi satu pengalaman pendidikan yang berkualiti untuk para pelajar. Dari

segi teori, kerja rumah digubal, disemak oleh guru dan dipantau oleh ibu bapa, namun

hakikat yang sebenar, ia tidak diimplementasi secara profesional di kebanyakan

sekolah. Begitu juga kerja rumah yang dikatakan berguna kepada pelajar, namun

realitinya ia dianggap membosankan dan pelajar sedaya upaya cuba mengelakkan diri

dari tugasan tersebut. Adalah sukar bagi sesebuah sekolah untuk mencapai kejayaan

kerana persepsi tentang kegunaan dan pelaksanaan kerja rumah masih terbuka kepada

pelbagai interpretasi.

15

Page 16: REPORT.doc

Kajian Bebas

Kerja rumah merupakan satu cara belajar yang penting kepada pelajar untuk

meningkatkan prestasi dan motivasi belajar. Beberapa kajian lepas mendapati amalan

kerja rumah yang bersesuaian dengan matapelajaran dan dikendalikan dengan teratur

dapat menjadi komponen yang bernilai dalam proses pembelajaran (Murphy &

Decker, 1989 dan Tymms & Fitz-Gibbon, 1992). Kerja rumah dapat merangsang

kemahiran mengingat semula, memperkukuh apa yang telah dipelajari pada hari itu,

menilai pencapaian dan menyediakan pelbagai maklum balas yang penting (Keith et.

al, 1986), dan apa yang lebih diharapkan oleh guru dan ibu bapa adalah, amalan kerja

rumah dapat menimbulkan sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar (Warton,

1997).

Tidak dinafikan bahawa persoalan tentang kerja rumah sering melibatkan

pengaruh emosi. Ada kalangan guru dan pelajar yang membencinya, malah

menganggap ia sebagai gangguan tambahan terhadap apa yang telah mereka lalui pada

hari persekolahan. Kritikan terawal dibuat sekitar tahun 1910 di dalam Ladie’s Home

Journal dan School Review yang mendakwa kerja rumah tidak dikawal selia secara

profesional dan ia memaksa pelajar membawa pulang buku sekolah serta

membenarkan mereka melakukan kesilapan (Walberg et. al, 1985). Kerja rumah

dikatakan menjadi beban fizikal dan mental terhadap pelajar. Menurut Krumm (1972),

32% pelajar di sekolah berasaskan kursus akademik berumur 11-12 tahun

menghabiskan masa selama 2 1/2 jam setiap petang untuk menyelesaikan kerja rumah.

Kerja rumah juga telah mengurangkan masa lapang pelajar untuk beristirehat dan

membataskan masa untuk bermesra dengan keluarga (Keck, 1985). Majoriti pelajar

berasa letih selepas enam atau tujuh jam waktu persekolahan, dengan menambah

tugasan di rumah akan menghadkan masa mereka untuk bermain dan melakukan

riadah untuk kesihatan diri. Sekiranya mereka menghabiskan terlalu banyak masa

untuk menyiapkan kerja rumah, kemungkinan mereka akan mengabaikan aktiviti-

aktiviti lain. Tambahan pula, tugasan tambahan yang dibekalkan guru akan

mengurangkan tenaga dan semangat mereka untuk menghadapi hari persekolahan

yang berikutnya (Hedges, 1971). Seperti kesan positif juga, sebenarnya masih banyak

lagi kesan negatif yang disebabkan oleh kerja rumah yang dapat difikirkan. Namun

bukanlah tujuan pengkaji untuk mengemukakan setiap aspek tersebut dalam kajian ini.

16

Page 17: REPORT.doc

Kajian Bebas

Kesimpulan yang dapat dibuat dari pendedahan di atas adalah, setiap kesan yang

timbul dari amalan kerja rumah kebanyakannya berpunca dari kefahaman guru tentang

konsep kerja rumah dan pengurusan pelaksanaannya. Kebanyakan guru menganggap

kerja rumah sebagai rutin harian yang diberikan kepada pelajar tanpa melalui

perancangan yang rapi dan teratur. Pemberian kerja rumah oleh guru kepada pelajar

kadang-kadang dilaksanakan atas arahan pihak pentadbir sekolah dan bukan diberi

atas kefahaman dan kesedaran guru bahawa kerja rumah itu adalah suatu komponen

yang tidak kurang pentingnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat kajian

(Bond & Smith, 1966) yang menunjukkan guru selalunya mengenepikan perbezaan

individu yang dimiliki oleh pelajar-pelajar dalam memberi kerja rumah. Menurut

Mohammed Sani (1999), pelaksanaan secara terancang kerja rumah tidak begitu

diambil berat oleh guru-guru sekolah sama ada di bandar atau di luar bandar. Ini

berdasarkan kepada pernyataan-pernyataan berikut;

a). Guru lebih berminat mengadakan kelas tambahan untuk meningkatkan

prestasi pelajar. Oleh itu kerja rumah diberikan secara tidak bersungguh-

sungguh.

b). Guru memberi kerja rumah yang berdasarkan buku kerja, bukannya latihan

yang dibuat oleh guru sendiri berasaskan keupayaan dan kebolehan setiap

pelajar.

c). Tiada pendedahan secara formal diberikan kepada guru sama ada dalam

bentuk bengkel, seminar atau latihan dalaman khusus bagi melaksanakan kerja

rumah secara terancang dan berkesan demi meningkatkan kemahiran,

pengalaman dan motivasi pelajar.

d). Kerja rumah diberi secara tidak dirancang, jadi guru tidak mementingkan

kepada aspek memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar yang membuat

kesilapan dan kesalahan.

e). Guru merasakan sebagai suatu bebanan tugas, baik kepada pelajar mahupun

guru sendiri, sekiranya tugasan kerja rumah hendak diteliti, diperiksa dan

diberi bimbingan.

Kualiti dan keberkesanan kerja rumah bukan sahaja ditentukan oleh perancangan

rapi dan pelaksanaan sistematik guru dan pentadbir sekolah, bahkan ibu bapa dan

17

Page 18: REPORT.doc

Kajian Bebas

keluarga juga turut sama memainkan peranan. Sekiranya salah satu dari pihak

tersebut, termasuklah pelajar sendiri tidak saling menyokong antara satu sama lain,

akibatnya terlalu sedikit matlamat yang akan dicapai dalam pengajaran dan

pembelajaran. Tanpa galakan dan dorongan keluarga, guru sendiri tidak dapat

menjamin keberkesanan amalan kerja rumah. Menurut Holtzman (1969), faktor

terpenting yang mempengaruhi keberkesanan kerja rumah adalah persekitaran di

rumah. Ini merujuk kepada kecenderungan keluarga, terutama ibu bapa untuk

memantau dan memberi galakan kepada anak mereka di rumah. Galakan di sini

bukan sahaja bermaksud memberi semangat dan dorongan, bahkan menyediakan

suasana pembelajaran yang sesuai dan tenang supaya anak mereka dapat

menyelesaikan tugasan mereka dengan selesa.

Pengkaji bersetuju dengan dapatan-dapatan kajian yang dikemukakan sebelum ini

tentang kesan kerja rumah dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Amalan

kerja rumah yang dirancang dan dilaksanakan dengan pertimbangan tertentu

mempunyai pengaruh yang positif terhadap prestasi pelajar. Apa yang perlu

ditekankan di sini adalah keperluan mewujudkan suatu polisi yang jelas tentang

pengurusan dan pelaksanaan kerja rumah di kalangan guru. Polisi ini akan membantu

guru merancang dan mengendalikan amalan kerja rumah yang menepati proses

pengajaran dan pembelajaran. Selagi polisi tentang kerja rumah tidak jelas kepada

guru, maka persoalan ini akan terus berada dalam dilemma.

Kerja rumah perlu dirancang secara sistematik bagi mencapai keberkesanannya

dengan melibatkan tiga elemen penting iaitu strategi, kaedah dan teknik (Zawawi

Ahmad, 1984). Strategi merujuk kepada suatu sistem aktiviti-aktiviti yang difokuskan

kepada pelajar dengan tujuan membawa perubahan-perubahan di kalangan mereka.

Kaedah pula merupakan suatu siri tindakan guru yang sistematik serta bertujuan

mencapai objektif spesifik satu-satu matapelajaran. Manakala teknik adalah unit-unit

kecil yang terdapat dalam kaedah, seperti aktiviti-aktiviti, perlakuan dan kemahiran

guru yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran dengan tujuan mencapai

pembelajaran yang semaksimum mungkin.

18

Page 19: REPORT.doc

Kajian Bebas

Strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dikatakan mempunyai

pertalian yang erat dengan pencapaian pelajaran di sekolah. Banyak kajian telah

dijalankan untuk melihat faktor-faktor dalaman mahupun luaran yang mempengaruhi

taraf pencapaian pelajaran. Faktor luar sekolah merangkumi taraf sosioekonomi

pelajar, lokasi dan saiz sekolah. Manakala faktor dalam sekolah pula merujuk kepada

kaedah pengajaran dan pembelajaran, bahan dan kemudahan pembelajaran serta

amalan pengurusan bilik darjah. Antara amalan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran adalah berhubung dengan masa dan kekerapan membuat latihan.

Amalan ini biasanya dilaksanakan melalui pemberian kerja rumah kepada para pelajar

(Putehyah, 1992).

Berdasarkan kepada kepentingan pelajar, kajian ini cuba meninjau sikap dan

kefahaman guru BAK tentang konsep kerja rumah di SMKA. Selain itu, kajian akan

melihat sejauhmana amalan pengurusan kerja rumah di kalangan guru tersebut dan

bagaimana mereka membuat perancangan untuk memastikan tugasan kerja rumah

yang diberikan kepada pelajar dapat menyumbang kepada tercapainya objektif

matapelajaran BAK. Walaupun sebelum ini terdapat beberapa panduan tentang isu

tersebut (dalam konteks pendidikan umum), namun terlalu sedikit atau tiada langsung

kajian atau tulisan yang menyentuh tentang kerja rumah dalam pengajaran bahasa

Arab sebagai bahasa asing di Malaysia. Pengkaji dapati hanya satu artikel yang

menyentuh pengurusan kerja rumah dalam pengajaran bahasa asing iaitu dalam

pengajaran Bahasa Inggeris di Malaysia hasil kajian North & Pillay (2002).

Ringkasnya, kajian ini secara keseluruhannya merujuk kepada isu penyelarasan

polisi yang berkesan dalam menguruskan kerja rumah sebagai satu bahagian dalam

kurikulum pendidikan Bahasa Arab Komunikasi. Polisi atau dasar merujuk kepada

rancangan tindakan, kenyataan atau hal-hal yang ideal dan sebagainya yang

dicadangkan atau diterima oleh guru dalam mengendalikan kerja rumah. Pengwujudan

polisi ini dirasakan begitu penting kerana dengan wujudnya polisi yang jelas akan

dapat mengarah dan menghalatujukan segala tindak tanduk guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, khususnya dalam pemberian kerja rumah. Polisi juga

akan menentukan jenis-jenis kerja rumah, amaun kerja rumah yang sesuai, masa yang

19

Page 20: REPORT.doc

Kajian Bebas

perlu diperuntukkan dan penilaian serta pemarkahan guru terhadap kerja rumah

pelajar.

Faulkner & Blyth (1995) dalam kajian mereka mencadangkan agar suatu kontrak

bertulis dibuat antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang peri pentingnya perancangan

dan pelaksanaan kerja rumah sebagai salah satu komponen penting dalam polisi

sekolah. Sebagai menjaga kepentingan dan keutamaan kerja rumah, mereka

mencadangkan juga pihak kerajaan menjadikan tugasan lepas waktu sekolah

termaktub dalam undang-undang persekolahan. Hedges (1971) mencadangkan agar

diwujudkan satu polisi bertulis tentang kerja rumah yang menyatakan secara jelas

bahawa ibu bapa dan guru sama-sama bertanggungjawab melancarkan pelaksanaan

kerja rumah kepada pelajar. Di sini jelas bahawa pengwujudan polisi yang jelas

tentang konsep dan pelaksanaan kerja rumah adalah “vital” dalam membantu

meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Sekiranya guru dan ibu bapa, sebagai

pemegang polisi tersebut dapat bertindak secara sedar dan konsisten di bawah

panduan polisi, pengkaji yakin kerja rumah akan dapat membantu meningkatkan

prestasi pelajar BAK di SMKA.

Tatacara Menjalankan Kajian

Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan rekabentuk tinjauan

‘cross–sectional’ di mana data dipungut sekali sahaja pada masa tertentu. Pengkaji

akan menggunakan set borang soalselidik yang ditadbirkan kepada guru yang

mengajar Bahasa Arab Komunikasi di 4 buah SMKA. Pengkaji cuba meninjau sikap

kefahaman responden terhadap konsep kerja rumah dan pengurusannya, sebagaimana

yang telah diterangkan sebelum ini.

Alat kajian

Pengkaji menggunakan set borang soalselidik yang ditadbirkan kepada guru BAK

untuk mendapatkan maklumat berkaitan latarbelakang responden dan kefahaman

mereka tentang konsep kerja rumah. Soalselidik dengan skala pengukuran 4 peringkat

atau 4 mata model Likert diambil dan diubahsuai dari kajian Johnson & Pontius

20

Page 21: REPORT.doc

Kajian Bebas

(1989), Zaharah (2001) dan North & Pillay (2002). Soalselidik mengandungi 68

soalan terbahagi kepada 3 bahagian;

BAHAGIAN A : Profil responden kajian; 6 soalan tentang jantina, umur,

kelayakan akademik, kelayakan ikhtisas, pengalaman mengajar dan jumlah

waktu mengajar dalam sminggu..

BAHAGIAN B : 57 item berkaitan kepercayaan dan amalan guru terhadap

kerja rumah yang dibahagi kepada dimensi berikut;

B1. Kepercayaan guru; 10 soalan.

B2. Sebab memberi kerja rumah; 13 soalan.

B3. Senarai bahan tugasan untuk kerja rumah; 5 item.

B4. Jenis-jenis kerja rumah; 19 item.

B5. Cara maklum balas guru terhadap kerja rumah pelajar; 10 soalan.

BAHAGIAN C : Soalan berkaitan pendapat guru tentang amalan kerja rumah

yang lazim diamalkan dalam pengajaran mereka; 5 soalan.

Lokasi Kajian

Kajian akan dijalankan di 4 buah SMKA terpilih di Kelantan Darul Naim. Berikut

adalah perincian lokasi kajian;

(i) SMKA Na’im li al-Banat, Jln. Sultan Yahya Petra, Langgar, 15150, Kota

Bharu, Kelantan darul Naim.

(ii) SMKA Falahiah, Pasir Pekan, 16250, Wakaf Bharu, Kota Bharu, Kelantan.

(iii) SMKA Wataniah, 18500, Machang, Kelantan Darul Naim.

(iv) SMKA Melor, Padang Raja, 16400, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dan sampel kajian terdiri daripada semua guru Bahasa Arab Komunikasi

yang mengajar di SMKA terbabit. Pengkaji tidak dapat memastikan sampel yang

mewakili dalam kajian ini, cuma sekadar mentadbirkan soalselidik kepada responden

kajian dan memungutnya semula kerana beberapa kekangan yang tidak dapat

dielakkan.

21

Page 22: REPORT.doc

Kajian Bebas

Tatacara Pengumpulan Data Kajian

Pengumpulan data kajian dilakukan sebaik sahaja mendapat kebenaran dari pihak

berkenaan yang terlibat dalam kajian; Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan

pengetua–pengetua sekolah kajian. Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia telah mengeluarkan surat akuan kepada pengkaji untuk memudahkan segala

urusan dan pelaksanaan kajian ini.

Pengkaji bercadang untuk pergi sendiri ke lokasi kajian dan mentadbirkan

soalselidik kepada responden kajian dan menuntut mereka menyiapkannya dalam

masa tertentu. Pengkaji akan memastikan responden menjawab semua soalan dan

mengembalikannya kepada pengkaji menurut masa yang akan ditetapkan.

Walaubagaimanapun, setiap responden akan diberi penerangan dan mereka berhak

menolak untuk tidak mengambil bahagian dalam kajian ini.

Tatacara Analisis Data Kajian

Jawapan soalselidik yang telah dikumpulkan akan dianalisis menggunakan pakej SPSS

10.0 for Windows (Statistical Packages for Social Sciences). Skor mentah dari

soalselidik akan dimasukkan ke dalam perisian tersebut dan, pengkaji menggunakan

statistik deskriptif atau statistik pemerihalan untuk melaporkan dapatan kajian.

Dalam statistik deskriptif, pengkaji akan membuat analisis min, frekuensi dan

peratusan untuk menghuraikan latarbelakang responden dan menjawab pelbagai

persoalan kajian sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini. Analisis min juga

digunakan untuk meninjau persepsi/pandangan responden terhadap pembolehubah–

pembolehubah dalam kajian ini. Penilaian skor min dalam analisis tersebut

dibahagikan kepada dua tahap;

(i) Min 1.00 – 2.55 berada pada tahap rendah.

(ii) Min 2.56 – 4.00 berada pada tahap tinggi.

Skor min maksimun (tertinggi) yang digunakan dalam kajian ini adalah 4.00 bagi

menandakan pernyataan setuju. Manakala skor min rendah pula menggambarkan

pernyataan tidak bersetuju.

22