report kaedah mengajar (dr khalid)

13
a Mengenalpasti dan menghasilkan hasil pembelajaran berdasarkan Taksonomi Kognitif, Taksonomi Afektif, dan Taksonomi Psikomotor. Taksonomi Bloom Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan kepada persamaan dan perbezaan sifat organisma itu ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Manakala, konsep taksonomi dalam bidang pendidikan adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan iaitu objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap, dan psikomotor (kemahiran). Oleh yang demikian terdapat tiga domain yang terlibat dalan mengenalpasti dan menghasilkan hasil pembelajaran iaitu domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor. Seterusnya, domain kognitif merupakan satu domain yang merujuk kepada pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Manakala, domain afektif pula merujuk kepada perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai pelajar yang berbeza mengikut aras penghayatannya. Domain psikomotor merupakan satu domain yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar yang berbeza mengikut kepakaran perlaksanaannya. Oleh itu, ketiga-tiga domain ini memainkan peranan penting dalam mengenalpasti dan menghasilkan hasil pembelajaran bagi sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran. Domain Taksonomi Bloom i) Domain Kognitif Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan kepada proses peringatan semula, pengecaman pengetahuan, dan perkembangan kebolehan intelek. Oleh itu, objektif kognitif ini akan berubah-ubah daripada proses mengingat kembali topik yang dipelajari hingga kepada proses menggabungkan dan mensintesiskan idea baru dengan lebih kreatif. Selain itu, domain kognitif ini sangat sesuai digunakan untuk membina hasil pembelajaran dengan menggunakan perlakuan berkaitan (related behaviours). Seterusnya, satu hirarki kognitif telah disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Elemen-elemen ini telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.

Upload: sufi-lee-fizah-chuswan

Post on 06-Jul-2015

1.347 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Mengenalpasti dan menghasilkan hasil pembelajaran berdasarkan Taksonomi Kognitif,

Taksonomi Afektif, dan Taksonomi Psikomotor.

Taksonomi Bloom

Taksonomi merupakan kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan

organisma berdasarkan kepada persamaan dan perbezaan sifat organisma itu ( Kamus Dewan

Edisi Keempat, 2005). Manakala, konsep taksonomi dalam bidang pendidikan adalah satu

model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan iaitu objektif

pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap, dan psikomotor

(kemahiran). Oleh yang demikian terdapat tiga domain yang terlibat dalan mengenalpasti dan

menghasilkan hasil pembelajaran iaitu domain kognitif, domain afektif, dan domain psikomotor.

Seterusnya, domain kognitif merupakan satu domain yang merujuk kepada pemikiran pelajar

yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.

Manakala, domain afektif pula merujuk kepada perkembangan sikap, perasaan, emosi dan nilai

pelajar yang berbeza mengikut aras penghayatannya. Domain psikomotor merupakan satu

domain yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar yang berbeza mengikut

kepakaran perlaksanaannya. Oleh itu, ketiga-tiga domain ini memainkan peranan penting dalam

mengenalpasti dan menghasilkan hasil pembelajaran bagi sesuatu proses pembelajaran dan

pengajaran.

Domain Taksonomi Bloom

i) Domain Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran

intelektual berdasarkan kepada proses peringatan semula, pengecaman pengetahuan, dan

perkembangan kebolehan intelek. Oleh itu, objektif kognitif ini akan berubah-ubah daripada

proses mengingat kembali topik yang dipelajari hingga kepada proses menggabungkan dan

mensintesiskan idea baru dengan lebih kreatif. Selain itu, domain kognitif ini sangat sesuai

digunakan untuk membina hasil pembelajaran dengan menggunakan perlakuan berkaitan

(related behaviours). Seterusnya, satu hirarki kognitif telah disusun dari aras rendah hingga ke

aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Elemen-elemen ini telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah

dan pemikiran aras tinggi.

Page 2: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Berikut adalah hierarki taksonomi bloom berdasarkan domain kognitif.

Rajah 1 : Hierarki Taksonomi Bloom

a) Aras Pengetahuan

Elemen pertama yang terdapat dalam hierarki taksonomi bloom adalah aras

pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini dapat menguji tahap

keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah

dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan iaitu: i) pengetahuan fakta

khusus yang berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol ii) pengetahuan

tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam

menyelesaikan masalah iii) pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan

abstrak dalam sesuatu bidang seperti siapa, apa, di mana, bila dan beri. Oleh yang

demikian, ciri-ciri khusus aras pengetahuan ialah murid perlu menggunakan proses

mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip

dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas. Kata

kerja yang sering digunakan pada aras pengetahuan ialah melabel, melakar, memadan

dan sebagainya. Seterusnya, guru juga dapat membentuk hasil pembelajaran daripada

kata kerja yang bersesuaian pada aras ini. Contohnya :

Page 3: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat ;

i) Menyenaraikan (B-aras) 70% faktor-faktor pemilihan (D) media pengiklanan.

Justeru itu, perkataan „menyenaraikan‟ dalam hasil pembelajaran ini menunjukkan aras

yang hendak dicapai oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan ini

guru akan dapat membezakan setiap aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah

berdasarkan aras yang ditetapkan dalam Taksonomi Bloom.

b) Aras Kefahaman

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman yang merujuk kepada keupayaan murid

dalam memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi

kepada tiga iaitu: i) penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke

bahasa lain tanpa menggubah makna asal ii) mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir

idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri iii) ekstrapolasi

iaitu membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan

berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri bagi aras kefahaman adalah membuat

interpretasi mudah dengan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat

serta maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering

digunakan dalam aras kefahaman ini adalah seperti membanding beza, memberikan

contoh, menambah, menentukan, menerangkan dan lain-lain lagi. Oleh itu, contoh hasil

pembelajaran yang dapat dihasilkan pada aras ini ialah:

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat

i) Memberikan contoh (B) 70% jenis-jenis (D) media pengiklanan.

Oleh yang demikian, melalui hasil pembelajaran guru dapat mengenalpasti aras yang

hendak dicapai dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui perkataan

„memberikan contoh‟ serta aktiviti yang dijalankan dengan pelajar.

c) Aras Aplikasi

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar

menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Hal ini kerana pada aras ini

pelajar perlu benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan

masalah. Oleh yang demikian, proses yang terlibat adalah penggunaan proses aplikasi

mental. Perkataan yang sering digunakan pada aras ini adalah seperti menyelesaikan,

Page 4: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

menunjukkan, membentuk, menulis, dan sebagainya. Contoh hasil pembelajaran pada

aras ini ialah:

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat ;

i) Mempamerkan gambar (B) 80% jenis-jenis media pengiklanan (D) berasaskan

maklumat yang diberi.

Justeru itu, perkataan „mempamerkan gambar‟ dapat menunjukkan bahawa pelajar pada

aras aplikasi. Hal ini kerana pelajar telah mengenalpasti jenis-jenis media pengiklanan

yang telah dipelajari mengikut maklumat yang diberi oleh guru.

d) Aras Analisis

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk

memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian

antara unsur-unsur tersebut. Selain itu juga, aras ini menekankan keupayaan pelajar

mengenalpasti unsur–unsur dan struktur. Terdapat tiga kategori pada aras ini iaitu:

i) analisis unsur yang memerlukan pelajar untuk mengenalpasti yang terdapat dalam

sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah dan sebagainya. Pelajar juga perlu mencari bukti

untuk menyokong unsur yang sedia ada. ii) analisis hubungan antara unsur merujuk

kepada kebolehan melihat dan mencerakinkan hubungan antara pemboleh ubah,

bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dengan idea

yang lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat dan

sebagainya. iii) analisis prinsip organisasi unsur iaitu pelajar dapat mengenal pasti

prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan

menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Contoh kata kerja pada aras analisis

ialah membezakan, mengenalpasti, menentukan, mengasingkan, mengkategorikan,

mengesan dan lain-lain lagi. Manakala, contoh hasil pembelajaran yang dapat dibina

pada aras ini ialah:

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat ;

i)Mengenalpasti (B) 70% jenis-jenis (D) media pengiklanan

Oleh yang demikian, perkataan „mengenalpasti‟ ini menunjukkan aras pelajar yang

dapat dicapai selepas tamat proses pembelajaran dan pengajaran. Aras yang telah

ditentukan oleh guru ini sangat penting kerana guru dapat mengetahui tahap

penguasaan pelajar terhadap sesuatu topik yang telah diajar.

Page 5: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

e) Aras Sintesis

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk

menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Oleh yang demikian, aras ini dapat

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu: i) proses penghasilan satu komunikasi unik yang

merujuk kepada pembinaan suatu komunikasi bagi pelajar dalam menyampaikan idea,

pengalaman atau perasaan kepada orang lain. ii) proses penghasilan suatu

rancangan/pelan operasi berdasarkan kepada sesuatu tujuan atau mengikut keperluan

tertentu. iii) proses membina hubungan yang abstrak berdasarkan teori atau hipotesis

untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Kata kerja yang

sering digunakan dalam mebina hasil pembelajaran pada aras ini ialah berkomunikasi,

membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara

operasi, menganalogi dan sebagainya. Maka, contoh hasil pembelajaran pada aras ini

ialah:

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat ;

i) Mendefinisikan (B) 70% jenis-jenis (D) media pengiklanan

Justeru itu, melalui perkataan „mendefinisikan‟ dapat menunjukkan aras pelajar dalam

menguasai topik media pengiklanan ini. Oleh itu, pelajar akan dapat membuat

perbandingan terhadap jenis-jenis media pengiklanan yang sesuai digunakan oleh

sesebuah syarikat dalam memasarkan produk.

f) Aras Penilaian

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai

sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat

pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian bahan, dan

sebagainya. Pertimbangan ini dibuat melalui piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,

memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah pelajar

perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu

tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau

kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan

kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,

menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan

kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh

seseorang. Kategori kedua adalah pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian

Page 6: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya

perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai

kebudayaan tertentu. Kata kerja yang boleh digunakan pada aras ini ialah membuat

keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik dan lain-lain lagi. Oleh yang

demikian, contoh hasil pembelajaran pada aras ini ialah:

Sebelum tamat proses pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C),

pelajar-pelajar Tingkatan 4 Perdagangan (A) dapat ;

i) Mengesan perbezaan (B) 70% jenis-jenis (D) media pengiklanan yang

memasarkan produk.

Pada aras ini pelajar dapat membuat perbandingan bagi setiap media pengiklanan yang

mereka pelajari bagi memasarkan produk. Pelajar akan membuat perbandingan dari

segi kebaikan dan keburukan penggunaan sesuatu media pengiklanan.

Kesimpulannya, taksonomi bloom dapat menghuraikan aras yang terdapat dalam domain

kognitif yang melibatkan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan

berfikir.

Page 7: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Domain Objektif Afektif

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Afektif berkaitan dengan perasaan dan emosi dan

bukannya fikiran atau daya berfikir. Kurikulum afektif pula merupakan sebuah kurikulum yang

dirancang untuk mengajar pelajar berbakat tentang emosi, harga diri, dan kemahiran sosial. Hal

ini adalah bermanfaat bagi semua pelajar dimana mereka yang telah dikumpulkan bersama

dengan pelajar jauh lebih tua dan lebih muda daripada usia mereka, namun menggunakan

program akademik khas yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.

Krathwohl dan rakan-rakannya (1964) adalah antara penyelidik yang julungkalinya

menggunakan terminologi afektif dalam memperkenalkan lagi satu domain penting dalam

kehidupan manusia. Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada

penerimaan receiving, tindakbalas responding, menyelaraskan sistem nilai organizing a vale set

dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks.

Manakala, Morgan dan Saxton (1991) pula mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai

‘questions of feelings’ iaitu soalan berdasarkan perasaan. Pendapat ini adalah serasi dengan

apa yang dinyatakan oleh Bolton (1973) ‘learning needs to be felt for it to be effective’ yang

bermakna pembelajaran melalui perasaan sahaja yang akan lebih afektif. Domain ini amat

penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana pertaliaanya yang cukup kuat dan domain

kognitif dalam proses kemahiran berfikir.

Oleh itu, domain afektif ini dapat dikategorikan kepada 5 aras taksonomi Krathwohl iaitu

penerimaan, gerak balas, menilai, organisasi dan perwatakan (Kamarudin, 1988).

i) Penerimaan

Aras ini merujuk kepada kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar

mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau

persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan kepada

kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab

dengan lengkap. Oleh yang demikian, terdapat tiga perkara yang berhubung dengan aras ini

ialah kesedaran, kesudian untuk menerima dan perhatian terkawal atau terpilih. Dalam konsep

kesedaran, pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran

mereka. Kesudian untuk menerima pula bermaksud sesuatu pengajaran harus disampaikan

dalam suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.

Page 8: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Seterusnya perhatian terkawal pula adalah pelajar membezakan keseluruhan keadaan pada

bahagian-bahagian komponen dan kemudian pilih satu daripada aspek tertentu dan terus

memberikan tumpuan atau perhatian.

ii) Gerak balas

Merujuk kepada pembentukan sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai

dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina

beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Selain itu, pada aras ini pelajar

memberi perhatian dan juga memberikan reaksi terhadap aktiviti yang dijalankan.

Menunjukkan “minat” dan keseronokan dalam kegiatan tertentu. Contohnya, menyertai

perbincangan di dalam bilik darjah, sukarela untuk melakukan tugas-tugas khas, dan

sebagainya.

iii) Menilai / menghargai

Pada aras ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan

sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam

keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Selain itu, aras ini juga

merujuk kepada nilai seorang pelajar memberi tumpuan kepada satu objek tertentu,

fenomena, atau tingkah laku. Pada aras pelajar juga akan menunjukkan sikap mengambil

berat tentang kebajikan orang lain. Contohnya, menolong menyelesaikan masalah rakan

sekelas, memuji rakan di dalam bilik darjah pada masa yang sesuai, dan sebagainya.

iv) Organisasi

Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai

dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina

beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Contohnya, pelajar berhujah

mempertahankan pendapatnya.

v) Perwatakan

Bermaksud seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya

sebagai satu cara hidup. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan

perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan

mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan dan sistemnilai tersendiri iaitu

mempunyai prinsip hidup sendiri.

Page 9: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Kesimpulannya, domain „afektif‟ dan „emosi‟ adalah dua istilah yang berbeza tetapi sama dari

segi makna dan pemahaman. Hal ini kerana kedua-dua istilah ini menegaskan tentang

kepentingan elemen perasaan, sistem nilai, sistem kepercayaan, keyakinan dalam membuat

proses keputusan, memberikan pendapat, pembentukan personaliti dan pegangan hidup

seseorang pelajar.

Domain Objektif Psikomotor

Menurut Moore, D.Kenneth. (1989), semua profesion mempunyai kemahiran tersendiri dan

sentiasa berusaha meningkatkan ke tahap yang lebih pakar. Namun begitu tiada satu profesion

pun yang boleh mengakui bahawa pihaknya telah tamat dan sempurna berjaya menjadi pakar

dalam kemahirannya. Oleh itu semua pihak akan terus belajar dan berlatih bagi meningkatkan

kecekapan. Pihak profesional umunnya, tidak puas akan kepakaran yang mereka miliki lalu

sentiasa beriktiar bagi mempertajamkan kemahiran mereka.

Pembelajaran psikomotor mengikut Moore, D.Kenneth. (1989), merupakan pemerolehan ilmu

pengetahuan bermula daripada kemahiran asas sehingga menguasai tahap kemahiran yang

kompleks. Terdapat tiga (3) tahap iaitu;

i) Peniruan (Imitation): memperolehan kemahiran asas dengan petunjuk dan penyeliaan.

Individu mempamerkan kemahiran asasnya dengan penyeliaan dan berpandukan kepada

garis panduan. Individu cuba meniru setiap perkara yang dilihatnya. Contoh kemahiran ialah

guna, ikut, tukar, cuci.

ii) Manipulasi (Manipulation): pamerkan kemahiran secara bersedirian.

Keupayaan individu menunjukkan kemahiran secara bersendirian. Kemahiran ini dilakukan

secara urutan dengan hanya menggunakan sedikit tenaga sahaja. Contoh kemahiran ialah

sambung, ketatkan, reka, buat, lakar, timbang.

Page 10: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

iii) Penghalusan (Precision): pamerkan kemahiran dengan lebih tepat lagi.

Keupayaan individu menghasilkan pergerakkan yang tepat, berkesan dan harmoni. Dapat

melengkapkan koordinasi pemerolehan kemahiran yang kompleks. Contoh kemahiran

ialah fokus, ubahsuai, selaras, kalibrasi, bina, konstruk dan manipulasi

Satu lagi domain pembelajaran psikomotor (Dave's, R.H., 1970) yang agak sama dengan

Moore, D.Kenneth (1989) tetapi domain ini diluaskan lagi kepada lima (5) tahap. Tahap

penguasaan kemahiran adalah seperti berikut:

1. Peniruan (Imitation)

Mengulangi setiap perkara yang dilihat atau mendapat penerangan daripada pihak kedua.

Mereka mencuba gerak balas yang sama seperti yang dilihat. Kesilapan dan kesalahan

sering berlaku sehingga mereka berjaya membuat yang gerak balas yang serupa. Contoh

meniru hasil karya seni.

2. Manipulasi (Manipulation)

Mereka berlatih urutan dalam sesuatu kemahiran sehingga menjadi habit. Pada tahap ini

mereka mula cekap dan yakin dengan apa yang dilakukan. Namun begitu mereka masih

belum mampu kawal diri. Contohnya menghasilkan produk setelah merujuk buku atau

menghadiri kursus atau kelas tuisyen.

3. Penghalusan (Precision)

Pada tahap ini, prestasi tindakan atau pergerakkan akan diperhalusi lagi dari segi

kecepatan, kesempurnaan dan ketepatan. Perbuatan ini dilakukan dengan sedikit usaha

sahaja tanpa sebarang tekanan dari mana pihak. Hasil kerja menjadi lebih kemas.

Kesilapan kurang dan mula mencapai kriteria tahap terbaik.

4. Artikulasi (Articulation)

Pada tahap ini proses pemindahan pembelajaran telah berjaya. Kebolehan atau

kemahiran telah dimilki. Cuma mereka akan mengawal bentuk-bentuk pergerakkan dalam

mana-mana kemahiran yang telah dikuasai itu mengikut situasi masalah dan memenuhi

keperluan. Siri pergerakkan yang dilakukan konsisten dan harmoni. Contoh merakam

video yang mengandungi muzik, warna, dan bunyi .

Page 11: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

5. Peneutralan (Natruralization)

Dengan kebolehan dan kemahiran mereka mula bergerak balas secara automatik seolah-

olah dah menjadi darah daging. Tindakan yang dihasilkan secara semulajadi tanpa

berfikir. Mereka mula mengumpul pengalaman, mencipta pergerakan yang terbaru dan

berpotensi serta mampu memanipulasikan bahan.

Kesimpulannya, kefahaman terhadap ketiga-tiga domain pembelajaran dapat membantu guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana apabila guru memahami domain-

domain tersebut maka, cara gaya pengajaran guru akan menjadi lebih praktikal iaitu mengikut

kesesuaian tahap kemahiran pelajar. Selain itu, pembelajaran secara praktikal lebih baik

daripada secara teoritikal kerana perubahan tindakan dalam kemahiran mengikut tahap demi

tahap. Unsur peneguhan dan dorongan boleh diamalkan secara langsung atau setelah tamat

sesi praktikal tersebut. Kepentingan perancangan adalah kunci kejayaan pengajaran di dalam

bilik darjah. Oleh itu, melalui perancangan akan membantu guru mengetahui setiap perkara

yang dilakukan oleh pelajar dan perjalanan kerja supaya dapat mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Page 12: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a

Rujukan

1. Moore, D.Kenneth (1989), Classroom Teaching Skills: A Primer, Rrandom

House, New York.

2. Guilford, J.P. (1950), Creativity, American Psychologist, 5, 444-454.

3. Guilford, J.P. (1967), The nature of Human Intelligence. McGraw-Hill, New

York.

4. Schmidt, R.A. (1982), Motor Control and Learning: A Behavioral Emphasis.

Human Kinetics, Champaign.

5. Simpson, E.J. (1972). The Classification of Educational of Objective in the

Psychomotor domain. The Psychomotor Domain, Gryphorn House, Washington

D.C.

6. Goldberger, Michel, Moyer dan Steve (1982). A Schema For Classifying

Educational Objectives In The Psychomotor Domain, Quest, 34(2), 134 - 142.

7. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk Dan pengurusan Latihan: Konsep dan

Amalan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

8. Singer, Robert.N. (1975). Motor Learning and Human Performance: An

Application To Physcal Education Skills. 2nd Edition. Macmillan Publishing Co.

Inc., New York.

9. Harrow, Anita.J. (1971). A Taxonomy of the Psychomotor Domain, David

McKay Co. Inc., New York.

10. Fitts, Paul.M. dan Posner, Michael (1967), Human Performance, Brooks/Cole

Publishing Co, Belmont California.

11. Cratty, Bryant J. (1966). A Three-Factor Lever Theory of Perceptual-Motor

Behavior, Quest, 6:3-10.

12. Adam, Jack A. (1968). Respone Feedback and Learning, Psychological Bulletin, 70:486-504

Page 13: Report kaedah mengajar (dr khalid)

a