rencana

2
rencana ARKIB : 19/05/2011 Tingkatan interaksi pelajar pelbagai kaum TAN SRI LEE LAM THYE Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) GENERASI muda Malaysia yang berbilang kaum perlu meningkatkan usaha integrasi kaum dan perpaduan selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia. Dengan setiap hari yang berlalu, saya semakin percaya bahawa rakyat Malaysia perlu mengetepikan perbezaan perkauman dan menghulurkan tangan persahabatan kepada kaum lain. Perpaduan hendaklah dijadikan panduan prinsip semua sekolah dalam menjalankan aktiviti sukan hinggalah aktiviti ko-kurikulum yang bertujuan untuk memupuk pemahaman antara kaum yang lebih tinggi. Pelbagai program juga perlu diperkenalkan dan dimulakan untuk menemukan para pelajar dari sekolah yang berlainan seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk membolehkan mereka berinteraksi dan berkenalan berdasarkan kepentingan utama untuk membina negara. Perpaduan dan keharmonian mesti ditanamkan di dalam budaya kita dan lebih banyak peluang wajib diwujudkan untuk anak-anak dan para remaja dari pelbagai kaum bertemu bagi menjalinkan persahabatan lebih erat dan membina pemahaman demi masa hadapan negara dan 1Malaysia. Ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam memupuk semangat 1 Malaysia dengan menggalakkan anak-anak mereka bercampur gaul dan mempunyai kenalan berbilang kaum. Sungguhpun kerajaan memainkan peranan utama memenuhi matlamat perpaduan melalui pembentukan polisi dan pelaksanaannya yang sesuai, anak- anak muda juga perlu dididik tentang perpaduan melalui penglibatan dan penyertaan ibu bapa.

Upload: haziana

Post on 26-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

etnik

TRANSCRIPT

rencana

ARKIB : 19/05/2011Tingkatan interaksi pelajar pelbagai kaumTAN SRI LEE LAM THYENaib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)GENERASI muda Malaysia yang berbilang kaum perlu meningkatkan usaha integrasi kaum dan perpaduan selaras dengan konsep Gagasan 1Malaysia.Dengan setiap hari yang berlalu, saya semakin percaya bahawa rakyat Malaysia perlu mengetepikan perbezaan perkauman dan menghulurkan tangan persahabatan kepada kaum lain.Perpaduan hendaklah dijadikan panduan prinsip semua sekolah dalam menjalankan aktiviti sukan hinggalah aktiviti ko-kurikulum yang bertujuan untuk memupuk pemahaman antara kaum yang lebih tinggi.Pelbagai program juga perlu diperkenalkan dan dimulakan untuk menemukan para pelajar dari sekolah yang berlainan seperti sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk membolehkan mereka berinteraksi dan berkenalan berdasarkan kepentingan utama untuk membina negara.Perpaduan dan keharmonian mesti ditanamkan di dalam budaya kita dan lebih banyak peluang wajib diwujudkan untuk anak-anak dan para remaja dari pelbagai kaum bertemu bagi menjalinkan persahabatan lebih erat dan membina pemahaman demi masa hadapan negara dan 1Malaysia.Ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam memupuk semangat 1 Malaysia dengan menggalakkan anak-anak mereka bercampur gaul dan mempunyai kenalan berbilang kaum.Sungguhpun kerajaan memainkan peranan utama memenuhi matlamat perpaduan melalui pembentukan polisi dan pelaksanaannya yang sesuai, anak- anak muda juga perlu dididik tentang perpaduan melalui penglibatan dan penyertaan ibu bapa.Kanak-kanak adalah kanak-kanak. Mereka adalah ikhlas dan jujur dan pemikiran mereka tidak dicemari oleh isu-isu perkauman. Mereka mampu bercampur gaul dan bermain dengan satu sama lain tanpa mengira bangsa.Ibu bapa yang dibesarkan dan bersahabat dalam suasana kepelbagaian kaum sewajarnya menggalakkan anak-anak mereka bercampur gaul. Anak-anak akan sedar betapa pentingnya keharmonian antara kaum dan antara agama.Usaha yang berterusan perlu dilakukan terutamanya untuk menangani masalah polarisasi kaum di kalangan pelajar pelbagai kaum.Dalam hal ini pengenalan Khidmat Negara adalah satu cara untuk menangani masalah polarisasi ini. Ibu bapa perlu memberi galakan kepada anak mereka untuk menyertai program Khidmat Negara kerana ia akan menerapkan semangat patriotisme, perpaduan dan kepercayaan di kalangan golongan muda dari pelbagai kaum itu.Peningkatan tahap interaksi di kalangan pelajar pelbagai kaum dari sekolah kebangsaan dan vernakular adalah amat penting untuk memastikan mereka membesar sebagai rakyat Malaysia yang sebenar dari segi penampilan, pemikiran dan perlakuannya.Penerapan nilai dan harapan murni yang menjadi sandaran kepada perpaduan perlu bermula dari sekolah rendah supaya kita dapat melahirkan generasi masa hadapan Malaysia yang menyedari tanggungjawab mereka untuk membangunkan negara.

Artikel Penuh:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz3Zb9h4b31 Utusan Melayu (M) Bhd