rencana

9
RENCANA Pendahuluan, kemuncak dan kesinambungan merupakan tiga perkara utama dalam penulisan rencana. Anda perlu mencernakan fakta-fakta yang diperolehi dan memilih fakta- fakta yang paling menarik bagi pembaca. Setiap fakta-fakta tersebut perlu ada kesinambungan antara satu sama lain. Dengan ini, pendahuluan yang sesuai dapat dipilih bagi permulaan rencana. Kerangka penulisan rencana perlu disediakan terlebih dahulu. Dalam penulisan rencana kelak, penilisan perlu dilakukan dengan cermat supaya kesinambungan sentiasawujud di antara ayat-ayat dan isi-isi rencana atau idea -idea penulis. Kesinambungan ini berfungsi sebagai jambatan tempat pembaca menyeberang.kalau jambatan bengkang-bengkok atau runtuh tentulah pembaca terjatuh yakni tidak memahami rencana yang dibaca. Rencana biasanya memuatkan hokum-hukum jenaka,kasihan dan khhayalan.seseorang yang biasa menulis berita secara tidak langsungnya dapat menulis rencana dengan baik. Dalam penulisan rencana, disamping memuatkan kesemua penyataan,penulis boleh memakai segala daya khayal, daya cipta dan keupayaannya yang lain. MENGETAHUI KHALAYAK PEMBACA

Upload: maizira

Post on 13-Jun-2015

539 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu Komunikasi

TRANSCRIPT

Page 1: Rencana

RENCANA

Pendahuluan, kemuncak dan kesinambungan merupakan tiga perkara utama

dalam penulisan rencana. Anda perlu mencernakan fakta-fakta yang diperolehi

dan memilih fakta-fakta yang paling menarik bagi pembaca. Setiap fakta-fakta

tersebut perlu ada kesinambungan antara satu sama lain. Dengan ini,

pendahuluan yang sesuai dapat dipilih bagi permulaan rencana.

Kerangka penulisan rencana perlu disediakan terlebih dahulu. Dalam

penulisan rencana kelak, penilisan perlu dilakukan dengan cermat supaya

kesinambungan sentiasawujud di antara ayat-ayat dan isi-isi rencana atau idea -

idea penulis. Kesinambungan ini berfungsi sebagai jambatan tempat pembaca

menyeberang.kalau jambatan bengkang-bengkok atau runtuh tentulah pembaca

terjatuh yakni tidak memahami rencana yang dibaca.

Rencana biasanya memuatkan hokum-hukum jenaka,kasihan dan

khhayalan.seseorang yang biasa menulis berita secara tidak langsungnya dapat

menulis rencana dengan baik. Dalam penulisan rencana, disamping memuatkan

kesemua penyataan,penulis boleh memakai segala daya khayal, daya cipta dan

keupayaannya yang lain.

MENGETAHUI KHALAYAK PEMBACA

Di dalam penghasilan rencana, penulis mestilah memahami kehendak

golongan pembaca samada pembaca itu kanak-kanak, golongan dewasa atau

orang tua.

Jumlah edaran majalah dan surat khabar boleh menggambarkan tentang

golongan pembaca tersebut. Angka-angka tentang peringkat umur, pendidikan

dan pendapatan golongan pembaca bagi satu terbitan juga dapat membantu

menentukan golongan pembaca.

Jumlah edaran juga dapat memberitahu tentang minat daripada pembaca.

Contohnya jika edaran sebuah majalah 50,000 naskhah dan rencana tentang

hikmat beristeri dua atau tiga, kebetulan isu tersebut sedang hangat

Page 2: Rencana

diperkatakan, jangkaan untuk menulis rencana yang lengkap dengan fakta-fakta

boleh dihasilkan dan akan dibaca oleh golongan yang berumur 20 tahun ke atas.

Dalam penulisan rencana, adalah seperti bercakap dengan pembaca, yakni

samalah halnya dengan apa yang dipelajari tentang pendengar semasa berucap

atau berceramah. Penulisan rencana juga adalah untuk menyatakan idea-idea

kepada pembaca yang berminat dan bersedia mendengar hasil kajian dan

pengalaman penulis.

MEMAHAMI TEMA RENCANA

Topik sepatutnya menjadi tema iaitu konsep utama yang dijadikan dasar

utama. Tema ialah pusat fikiran atau pusat moral anda. Setiap perenggan

merupakan bungkusan fikiran yang dihubungkan kepada perenggan lain dengan

suatu tema yang konsisten. Setiap ayat memperluaskan dan mendalamkan lagi

tema tersebut. Dalam pemilihan tema perlulah :

1) Memilih tema yang berkait rapat dengan kehidupan pembaca dan cukup

bererti dalam hidupnya . Dengan demikian , permasalah hidup yang dihadapi

pembaca seperti ekonomi, kesihatan, rasuah, barang tiruan, penjagaan anak,

rumahtangga, pekerjaan, cita dan pentadbiran perlulah diketahui terlebih

dahulu.

2) Memilih tema yang berkait rapat dengan emosi dan nilai-nilai asasi manusia

dan perkara-perkara yang paling banyak mempengaruhinya. Misalnya, iman,

kebencian, kasih, ketakutan, dukacita, perjuangan, kegembiraan. Penekanan

perbezaan perasaan itu seperti kasih dengan benci, harapan dan putus asa

dapat menarik perhatian pembaca.

3) Memilih tema tentang hal seseorang yang penulis tahu mendalam

tentangnya.

4) Memilih tema tentang persoalan berkaitan penulis sendiri dan persoalan juga

berkaitan dengan keluarga penulis, teman, jiran atau sesiapa sahaja yang

penulis perhatikan seperti di perhentian bas, di restoran, di pawagam dan

kejadian yang penulis sendiri baca dalam majalah dan surat khabar.

Page 3: Rencana

5) Memilih tema terhadap perkara yang benar. Penulisan rencana hendaklah

berdasarkan fakta yang betul dan berdasarkan penyelidikan dan pemerhatian

secara objektif.

PENDAPAT

Kebanyakkan rencana ditulis daripada pendapat orang ketiga ‘dia’ atau

‘mereka’. Jikalau rencana ditulis berbentuk ini, jangan sesekali beralih kepada

orang pertama, ‘saya’.

MENGATUR BAHAN

Sebelum menulis, nota perlu dibuat terlebih dahulu. Fikirkan bagaimana

hendak menyusun rencana samada secara kronologi, geografi atau saintifik.

Adakah menggunakan petikan deskriptif, kutipan panjang atau dokumentasi

mendalam? Apakah isi penting yang perlu digunakan untuk menyokong

penjelasan? Manakah hasil temu ramah yang memberikan hasil terbaik?

Manakah sumber yang memberikan bahan yang terbaik? Kumpulkan semua

nota, kutipan serta bahan-bahan yang diperolehi sebelum memulakan penulisan

rencana.

Taip draf pertama dengan langkau sebaris, dengan satu setengah inci margin

kira-kanan halaman teks untuk penyuntingan.

MENYUSUN RENCANA

Seperti esei, rencana juga mengandungi pengenalan (pendahuluan), isi dan

penutup. Bagi rencana 1300 perkataan, kira-kira 100 perkataan untuk perenggan

pendahuluan, 100 perkataan untuk perenggan penutup dan 1100 perkataan

untuk isi dalam beberapa perenggan. Pengenalan dalam penulisan esei adalah

untuk memberitahu pembaca tentang perkara yang akan diperkatakan dan

dalam isi pula ialah tentang memperkatakan pengenalan tersebut.

Page 4: Rencana

Walau bagaimanapun, permulaan dalam rencana memerlukan pendahuluan

yang berupa satu kutipan, satu perwatakan, satu anekdot, satu pertanyaan atau

satu fakta menarik untuk menawan pembaca supaya membaca terus rencana

tersebut.

Pendahuluan boleh menjadi tema seperti halnya dalam contoh fakta atau

maklumat yang menawan pembaca. Perwatakan dan anekdot boleh

menggunakan dua perenggan untuk mengembangkan yang bermakna satu

langkah memperlahankan rencana. Cara begini bersesuaian dengan rencana

jenis profil. Jikalau pendahuluan dianggap bahagian pertama pengenalan,

bahagian kedua adalah penjelasan kepada pembaca tentang rencana itu

selanjutnya.

ISI

Sebagaimana dalam esei, isi rencana bermaksud penghuraian pengenalan

rencana. Perkara yang paling penting antara perenggan-perenggan seluruh

rencana ialah peralihan hubungan di antara perenggan-perenggan yang

mengajak pembaca menghayati rencana tersebut perenggan demi perenggan.

Perkataan peralihan seperti ‘tetapi’, ‘dan’, ‘walau bagaimanapun’, ‘namun’, dapat

mengaitkan fikiran penulis dan juga pembaca. Dengan demikian, penulis

hendaklah meneruskan kesinambungan idea-idea dari satu perenggan ke

perenggan yang lain.

PENUTUP

Penutup pula merupakan bingkisan fakta, kutipan, perwatakan atau anekdot

yang telah dibincangkan di atas. Penutup rencana hendaklah tidak lebih daripada

dua perenggan.

Page 5: Rencana

MENYEMAK RENCANA

Setelah rencana siap ditulis, semaklah keseluruhan rencana tersebut.

Tindakan penyemakan ini juga bermaksud penyuntingan.

1. Struktur: Semak adakah kesemua perenggan berturutan? Adakah

menggunakan istilah baru dan penjelasan? Susunlah setiap halaman rencana

secara urutan nombor.

2. Penjelasan: Semak ejaan semua perkataan, nama dan pastikan semua

angka adalah betul.

3. Khalayak pembaca: Adakah bahasa bersesuaian dengan peringkat

pembaca? Adakah rencana tersebut menggunakan terlalu banyak istilah

khusus, bahasa pasar, bahasan kutipan atau bahasa ilmiah?

4. Tema: Adakah setiap ayat, setiap perenggan tidak terkeluar dari tema

rencana tersebut?

5. Terjemahan: Karya yang dihasilkan hendaklah dapat dibaca keseluruhannya.

Setiap bahan dari bahasa asing hendaklah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

6. Klise: Dalam dunia penulisan, perkataan berulang merupakan gejala umum

dan hanya dapat dihindari oleh penulis yang baik. Perkataan yang berulang

atau sama makna, jika digunakan dalam penulisan, menggambarkan bahawa

penulisnya kurang berhati-hati seperti contoh di bawah:

a) Matanya bulat dan bersinar-sinar.

b) Nenek yang sudah tua benar itu berumur 80 tahun.

c) Air kopi itu hitam dan gelap.

7. Kutipan: Kebanyakkan rencana memerlukan kutipan seperti:

a) Memasukkan pendapat seseorang dalam rencana yang berbentuk kutipan

langsung dapat menguatkan dan ‘menyerikan’ suatu rencana.

Sehubungan ini, ia hendaklah bersesuaian.

b) Kebanyakkan majalah atau surat khabar menggunakan gaya

kewartawanan mengutip bahan daripada penerbitan lain seperti ‘Menurut

penulis dalam “Tajuk Rencana” dan tidak menggunakan semua maklumat

terbitan seperti tempat, tarikh dan penerbit.

c) Jika perlu, masukkan setiap kutipan keseluruhannya dan jangan dipecah-

pecahkan ayat tersebut. Walau bagaimanapun, kutipan boleh diguna

dalam pelbagai cara iaitu:

Page 6: Rencana

Kutipan separuh: Dia berkata dia seorang ‘pelakon yang suka melukis’

Kutipan terganggu: ‘Mereka’, katanya, ‘adalah budak-budak nakal.’

Kutipan penuh: ‘Mereka adalah budak-budak nakal,’ katanya.

d) Apabila memasukkan suatu perbualan (kutipan) daripada satu perenggan

ke suatu perenggan yang lain, dan orang yang sama yang bercakap

janganlah gunakan tanda penutup kata di hujung perenggan pertama.

Gunakan tanda pembuka kata di permulaan perenggan kedua dan semua

perenggan berikutnya sehingga penuturnya habis bercakap, barulah

diletakkan tanda penutup kata di hujung perenggan terakhir.

e) Jangan gunakan tanda baca untuk menyatakan eufemisme seperti

‘menghembuskan nafas terakhir’, ‘pergi ke alam baka’ atau ‘buang air

besar’.

f) Dalam dialog, mulai dan akhiri perenggan dengan tanda pembuka kata

dan tanda penutup kata setiap kali orang bercakap.

g) Gaya penulisan sekarang ialah meletakkan tanda kutip di luar koma dan

noktah:

‘Dia seorang gadis yang cantik’, katanya.

‘Ayahnya sudah meninggal.’

Katanya dia ‘rajin,’ tetapi ‘gagal.’

8. Ayat aktif dan positif: Gunakan ayat atau kenyataan dalam bentuk aktif dan

positif, bukan dalam bentuk negatif. ‘Beliau telah dilantik menjadi presiden

oleh jawatankuasa persatuan itu,’ lebih baik dari ‘Jawatankuasa persatuan itu

melantik beliau menjadi presidennya.’ Malah, ianya dapat memendekkan

perkataan seperti ‘Dia sihat’ daripada ‘Dia tidak pernah sakit.’

9. Eufemisme: Jangan menggunakan perkataan-perkataan sukar jika yang

mudah dan umum sudah ada: ‘menghembuskan nafas terakhir’ bagi

‘meninggal/mati’, ‘bilik air’ bagi ‘tandas’, ‘lemah dan lesu tidak bermaya’ bagi

‘letih.’

10.Pembaziran perkataan: Gunakan perkataan yang tepat, ayat yang ringkas,

padat dan jelas.

Peringatan:

Segala bentuk penyemakkan sebenarnya merupakan usaha penyuntingan

dengan teliti. Dalam hal ini, bukan sahaja penyemakkan dan pembetulan

Page 7: Rencana

pada ejaan perkataan, nama orang dan nama-nama lain, tetapi juga pada

struktur dan tatabahasa supaya jalan bahasa mudah difahami dan menarik

minat pembaca.