remaja dan kesalahan juvana

3
REMAJA DAN KESALAHAN JUVANA : SALAH SIAPA ? Assalamualaikum wrht dan Salam Sejahtera kepada Puan Noryana dan rakan-rakan sekalian,. Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan suatu tajuk yang sering terpapar di dada akhbar iaitu Isu Remaja dan Kesalahan Juvana. Sebelum kita melihat isu ini dengan lebih lanjut, saya akan mendefinisikan maksud remaja dan jenayah juvana. Menurut Kamus Dewan , remaja merujuk kepada seseorang yang mulai dewasa dan sudah akil baligh manakala kesalahan juvana pula ialah kesilapan yang dilakukan oleh anak muda yang belum matang. Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja yang bertindak menyalahi undang-undang. Isu ini merupakan satu isu sosial yang penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang mengganggu hak asasi manusia. Antara jenayah juvana yang dilakukan ialah rogol, samun, mencuri motosikal, pecah rumah, dan termasuklah perbuatan agresif terhadap manusia seperti peras ugut. Selain itu, vandalisme juga merupakan jenayah yang sering berlaku di taman permainan dan sekolah. Harian Metro telah menunjukkan statistik kes juvana di Malaysia berjumlah sebanyak 25 626 kes sehingga tahun 2011.

Upload: spagetti-marinara

Post on 06-Dec-2014

180 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Remaja Dan Kesalahan Juvana

REMAJA DAN KESALAHAN JUVANA : SALAH SIAPA ?

Assalamualaikum wrht dan Salam Sejahtera kepada Puan Noryana dan rakan-rakan sekalian,.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan suatu tajuk yang sering

terpapar di dada akhbar iaitu Isu Remaja dan Kesalahan Juvana. Sebelum kita melihat isu ini

dengan lebih lanjut, saya akan mendefinisikan maksud remaja dan jenayah juvana.

Menurut Kamus Dewan , remaja merujuk kepada seseorang yang mulai dewasa dan sudah

akil baligh manakala kesalahan juvana pula ialah kesilapan yang dilakukan oleh anak muda

yang belum matang. Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa

maksud yang sama, iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun.

Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah yang dilakukan oleh golongan

remaja  yang bertindak menyalahi undang-undang. Isu ini merupakan satu isu sosial yang

penting kerana golongan ini adalah kumpulan yang mengganggu hak asasi manusia.

Antara jenayah juvana yang dilakukan ialah rogol, samun, mencuri motosikal, pecah rumah,

dan termasuklah perbuatan agresif terhadap manusia seperti peras ugut. Selain itu,

vandalisme juga merupakan jenayah yang sering berlaku di taman permainan dan sekolah.

Harian Metro telah menunjukkan statistik kes juvana di Malaysia berjumlah sebanyak 25 626

kes sehingga tahun 2011. Angka ini sangat menakutkan dan sekarang pada tahun 2013, angka

itu pasti akan terus meningkat.

Suspek kes juvana yang didapati bersalah akan dihantar ke Sekolah Henry Gurney dan

Sekolah Tunas Bakti manakala terdapat persalah yang dikenakan kerja amal mengikut jam

oleh mahkamah.

Saya percaya setiap tindakan yang dilakukan oleh remaja pasti tersirat sesuatu di sebaliknya.

Setelah dikaji, antara punca yang membawa kepada berlakunya kes juvana ialah keluarga

yang bermasalah.

Antara masalah yang dihadapi dalam keluarga ialah kehilangan ketua keluarga, kekurangan

kasih sayang dan kesempitan kewangan, tiada idola yang baik untuk dicontohi dalam

keluarga serta pelbagai faktor lagi.

Perkara ini menyebabkan remaja mengalami tekanan secara emosi lalu menyertai kumpulan-

kumpulan di luar rumah sebagai sumber bagi memenuhi kelompangan emosi mereka.

Page 2: Remaja Dan Kesalahan Juvana

Namun, kumpulan-kumpulan di luar ini gagal memberikan sokongan secara positif dan

menarik remaja ini ke kancah jenayah juvana. Pada zaman teknologi maklumat ini, ibu bapa

bekerja untuk mendapatkan wang sehingga mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak

agar menjadi insan yang berguna.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya turut menjadi punca berleluasanya jenayah juvana dalam

kalangan pelajar. Hal ini demikian kerana pelajar sekolah lebih banyak menghabiskan masa

bersama rakan sebaya semasa di sekolah dan selepas pulang dari sekolah. Mereka lebih suka

melepak bersama rakan sebaya dan sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh rakan

sebaya.

Media massa turut menjadi punca kegiatan jenayah juvana semakin menular. Kemudahan

seperti internet, emel, televisyen dan radio yang disalahgunakan oleh remaja menyebabkan

mereka mudah akses kepada perlakuan jenayah dan mendorong mereka untuk meniru

perbuatan tersebut.

Kesimpulannya, jenayah juvana yang berlaku dalam kalangan remaja kita bermula dengan

pelbagai punca seperti kekangan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, pengaruh rakan sebaya

dan media massa. Justeru kerajaan perlu berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk

mengatasi masalah ini agar tidak terus merosakkan imej baik Negara demi masa depan

Malaysia yang lebih cemerlang dan gemilang.