kesalahan kata & frasa.ppsx

99
KESALAHAN KATA dan FRASA JALALLUDIN IBRAHIM

Upload: siti-husna-mohd-basir

Post on 05-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KESALAHAN KATA dan FRASA

Page 2: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KESALAHAN FRASA1. Hukum D-M2. Frasa Nama Jamak3. Kata Ganda4. Penjodoh Bilangan 5. Kata Bilangan6. Rumus Frasa Adjektif7. Rumus Frasa Kerja Transitif8. Rumus Frasa Kerja Tak Transitif9. Rumus Frasa Adjektif10. Rumus Frasa Sendi Nama11. Rumus Penggunaan Kata Pemeri12. Rumus Penggunaan Kata Bantu13. Hukum Aneksi Pesona

Page 3: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

1. Kredit kad perlu digunakan secara berhemah. ( )

2. Ayam telur yang dipeliharanya itu diserang penyakit selesema burung. ( )

3 Saya akan menaiki bas Nasional ekspres apabila balik bercuti ke Kota Bahru. ( )

4. Esok Menteri Perdana Singapura akan melawat Malaysia. ( )

5. Murid-murid banyak menghabiskan masa di siber kafe. ( )

HUKUM D - M

Page 4: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

1. Kredit kad perlu digunakan secara berhemah. ( X )

2. Ayam telur yang dipeliharanya itu diserang penyakit selesema burung. ( / )

3 Saya akan menaiki bas Nasional ekspres apabila balik bercuti ke Kota Bahru. ( X )

4. Esok Menteri Perdana Singapura akan melawat Malaysia. ( X )

5. Murid-murid banyak menghabiskan masa di siber kafe. ( X )

HUKUM D - M

Page 5: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Hukum D-M menetapkan bahawa perkara yang diterangkan hendaklah mendahului perkara yang menerangkan.

Contoh: ayam telur (Perkara yang hendak diterangkan atau diberikan penekanan ialah ayam)

Hal ini demikian kerana terdapat banyak jenis ayam seperti ayam daging, ayam kampung, ayam pencen dan sebagainya.

HUKUM D - M

Page 6: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Salah Betul

Murni Hotel Hotel Murni

Cili Sos Sos Cili

Rahmat Restoran Restoran Rahmat

Servis stesen Stesen servis

Kejohanan Mini Olahraga

Kejohanan Olahraga Mini

Goreng pisang Pisang goreng

…contoh-contoh lain

Page 7: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

FRASA NAMA JAMAK

1. Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan yang hangat daripada peminatnya( )

2. Segala bukti-bukti itu akan dikemukakan di mahkamah nanti. ( )

3. Pekerja syarikat itu kebanyakannya terdiri daripada pesara perkhidmatan awam. ( )

4. Masalah sosial dalam kalangan remaja adalah antara isu-isu yang akan dibincangkan ( )

5. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering menjadi tempat tumpuan pelancong. ( )

Page 8: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

FRASA NAMA JAMAK

1. Koleksi lagu penyanyi terkenal itu mendapat sambutan yang hangat daripada peminatnya( / )

2. Segala bukti-bukti itu akan dikemukakan di mahkamah nanti. ( X )

3. Pekerja syarikat itu kebanyakannya terdiri daripada pesara perkhidmatan awam. ( / )

4. Masalah sosial dalam kalangan remaja adalah antara isu-isu yang akan dibincangkan ( X )

5. Gugusan pulau-pulau di sekitar Filipina sering menjadi tempat tumpuan pelancong. ( X )

Page 9: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Perkataan yang mendukung konsep jamak (banyak) tidak boleh diikuti oleh kata jamak sebaliknya hendaklah diikuti oleh kata tunggal (satu).

Contoh: semua pelajar ( / ) semua pelajar-pelajar ( X )

banyak perkara ( / )banyak perkara-perkara ( X )

FRASA NAMA JAMAK

Page 10: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KATA GANDA

1. Murid-murid yang menaiki bas itu saling tolak- menolak ( )

2. Mereka saling menuduh antara satu sama lain.( )

3. Pihak polis sedang tembak-menembak dengan penjenayah itu. ( )

4. Mereka saling baling-membaling ketika kejadian itu berlaku. ( )

5. Kita janganlah kata-mengata kerana tindakan itu boleh menimbulkan pergaduhan. ( )

Page 11: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KATA GANDA

1. Murid-murid yang menaiki bas itu saling tolak- menolak ( X )

2. Mereka saling menuduh antara satu sama lain.( / )

3. Pihak polis sedang tembak-menembak dengan penjenayah itu. ( / )

4. Mereka saling baling-membaling ketika kejadian itu berlaku. ( X )

5. Kita janganlah kata-mengata kerana tindakan itu boleh menimbulkan pergaduhan. ( / )

Page 12: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata ganda apabila digandakan membawa maksud jamak, saling dan berulang. Contoh: potong-memotong ( / ) saling potong-memotong ( X ) saling memotong ( / )

tolong-menolong ( / )saling tolong-menolong ( X )saling menolong ( / )

KATA GANDA

Page 13: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

PENJODOH BILANGAN ..sebuah

1. Beliau mengidamkan sebuah kejayaan menerusi filem arahannya. ( )

2. Dia menyimpan sebuah cita-cita untuk menjadi pegawai tentera.( )

3. Ayah membeli sebuah rumah di bandar itu. ( )

4. Kakak mempunyai sebuah impian untuk menjadi usahawan tani.( )

5. Bapa saudara saya membeli sebuah tanah daripada Pak Hamid untuk dijadikan dusun durian.( )

Page 14: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

PENJODOH BILANGAN ..sebuah

1. Beliau mengidamkan sebuah kejayaan menerusi filem arahannya. ( X )

2. Dia menyimpan sebuah cita-cita untuk menjadi pegawai tentera.( X )

3. Ayah membeli sebuah rumah di bandar itu. ( / )

4. Kakak mempunyai sebuah impian untuk menjadi usahawan tani.( X )

5. Bapa saudara saya membeli sebuah tanah daripada Pak Hamid untuk dijadikan dusun durian.( X )

Page 15: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

PENJODOH BILANGAN ..sebuah

Kata nama abstrak tidak memerlukan penjodoh bilangan.

Contoh : sebuah pemikiran ( X ) sebuah harapan ( X )

Penjodoh bilangan sebuah hanya digunakan untuk kata nama konkrit.

Contoh: sebuah rumah ( / ) sebuah kereta ( / )

-

Page 16: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KATA BILANGAN TAK TENTU…. TIDAK DIIKUTI OLEH PENJODOH BILANGAN

1. Semua orang peserta perlu membawa komputer riba ketika mengikuti kursus itu.( )

2. Dia menumpahkan beberapa tompok cat di atas lantai itu.( )

3. Beberapa kenderaan telah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat itu.( )

4. Segala kelengkapan telah disiapkan sebelum kumpulan itu bertolak. ( )

5. Beberapa bilah parang terpaksa digunakan untuk memotong kayu itu. ( )

Page 17: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

KATA BILANGAN TAK TENTU…. TIDAK DIIKUTI OLEH PENJODOH BILANGAN

1. Semua orang peserta perlu membawa komputer riba ketika mengikuti kursus itu.( X )

2. Dia menumpahkan beberapa tompok cat di atas lantai itu.( / )

3. Beberapa kenderan telah terlibat dalam kemalangan yang dahsyat itu.( X )

4. Segala kelengkapan telah disiapkan sebelum kumpulan itu bertolak. ( / )

5. Beberapa bilah parang terpaksa digunakan untuk memotong kayu itu. ( / )

Page 18: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

-Kata bilangan tak tentu tidak memerlukan penjodoh bilangan. Namun terdapat satu kata bilangan tak tentu yang memerlukan penjodoh bilangan iaitu beberapa.

Contoh: segala ekor binatang ( X ) segala binatang ( / )

semua orang guru ( X ) semua guru ( / )

Kekecualian: beberapa buah kereta ( / ) beberapa kereta ( X )

KATA BILANGAN TAK TENTU…. TIDAK DIIKUTI OLEH PENJODOH BILANGAN

Page 19: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

FRASA ADJEKTIF1. Datuk Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang terhebat sekali di negara kita. ( )

2. Pemandangan di pantai itu sungguh indah nian.( )

3. Begitu malang sekali nasib pemuda itu kerana keretanya dicuri orang.( )

4. Lionel Messi merupakan pemain bola sepak yang termasyhur sekali di dunia.( )

5. Pelakon lelaki yang terkenal sekali di negara kita ialah Aaron Aziz.( )

Page 20: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

FRASA ADJEKTIF1. Datuk Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang terhebat sekali di negara kita ( X )

2. Pemandangan di pantai itu sungguh indah nian.( / )

3. Begitu malang sekali nasib pemuda itu kerana keretanya dicuri orang.( / )

4. Lionel Messi merupakan pemain bola sepak yang termasyhur sekali di dunia.( X )

5. Pelakon lelaki yang terkenal sekali di negara kita ialah Aaron Aziz .( / )

Page 21: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM 247, 259 & 417

KATA PENGUAT

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu:

i. Kata penguat hadapan

ii. Kata penguat belakang

iii. Kata penguat bebas

Page 22: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Penguat Hadapan

Kata penguat hadapan terletak di hadapan kata adjektif.Contoh : terlalu, paling, agak, cukup, makin, kurang,

i. Pokok di belakang rumahku terlalu tinggi.ii. Masakan ibunya paling sedap.iii. Sungai itu agak dalam.iv. Pemandangan di pantai itu cukup indah.v. Harga emas makin mahal.vi. Buku yang dirujuknya kurang sesuai.

Page 23: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Penguat BelakangKata yang letaknya di belakang kata adjektifContoh: sekali, benar, betul, nian

i. Kelakuan para pelatih itu baik sekali.ii. Lambat benar bas itu tiba.iii. Keputusan peperiksaannya buruk betul.iv. Pemandangan di pantai itu indah nian.

Page 24: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Penguat Bebas

Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

Contoh:amat, sangat, sungguh

i. a) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.b) Pakaian seragam PBSM itu kemas amat.

ii. a) Pemandangan di pantai itu sungguh indah.b) Pemandangan di pantai itu indah sungguh.

iii. a) Dia terbeli baju yang sangat besar.b) Dia terbeli baju yang besar sangat.

Page 25: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM 247, 259 & 417

FRASA ADJEKTIFKata adjektif boleh disertai oleh kata penguat depan, belakang atau bebas

amat pandai ( / ) makin pandai ( / )

sangat pandai ( / ) lebih pandai ( / )

sungguh pandai ( / ) kurang pandai ( / )

pandai amat ( / ) agak pandai ( / )

pandai sangat ( / ) pandai sekali ( / )

pandai sungguh ( / ) pandai betul ( / )

amat pandai sekali ( / ) pandai benar ( / )

sangat pandai sekali ( / ) terpandai ( / )

sungguh pandai sekali( / ) paling pandai ( / )

teramat pandai ( / )

tersangat pandai ( / )

terlalu pandai ( / )

Page 26: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM 247, 259 & 417

FRASA ADJEKTIF & KATA PENGUAT

Penggunaan kata penguat yang salah

amat terpandai ( x )

sangat terpandai ( x )

sungguh terpandai ( x )

teramat pandai sekali ( x )

tersangat pandai sekali ( x )

terpandai sekali ( x )

paling pandai sekali ( x )

terpaling pandai ( x )

paling terpandai ( x )

sungguh terpandai sekali ( x )

sangat riang gembira ( x )

Page 27: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

tersohor, terkenal, termasyhur

tersohor = terkenal = masyhur

ter dalam perkataan tersohor dan terkenal bukan bermaksud paling.

ter dalam perkataan termasyhur bermaksud paling

termasyhur = paling masyhur paling termasyhur ( x )tersohor = masyhur paling tersohor ( / )terkenal = masyhur paling terkenal ( / )

sohor sekali ( x ) kenal sekali ( x )paling sohor ( x ) paling kenal ( x )tersohor sekali ( / ) paling tersohor sekali ( x )terkenal sekali ( / ) paling terkenal sekali ( x )termasyhur sekali ( x ) paling termasyhur sekali ( x )

Contoh ayat:1. Beliaulah yang paling termasyhur antara mereka. [ x ]2. Beliaulah yang paling tersohor antara mereka. [ / ]3. Beliaulah yang paling terkenal antara mereka. [ / ]4. Beliaulah yang paling masyhur antara mereka. [ / ]5. Beliaulah yang masyhur sekali antara mereka. [ / ]

Page 28: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Transitif (FKT)

Kata Kerja Transitif (KKT) → (diikuti) Kata Nama (KN)

1. Pegawai penyiasat kes itu akan menyelidiki dahulu kebenaran kata-kata saksi itu.( )

2. Atlet negara dijangka akan memperoleh dua pingat emas dalam Sukan Olimpik di Beijing nanti.( )

3. Wartawan akan melaporkan dari kota London berita terkini tentang kejadian pengeboman itu.( )

4. Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol Ann David atas kejayaannya ( )

5. Mereka membeli juga barang-barang itu walaupun harganya mahal dan tidak munasabah.( )  

Page 29: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Transitif (FKT)

Kata Kerja Transitif (KKT) → (diikuti) Kata Nama (KN)

1. Pegawai penyiasat kes itu akan menyelidiki dahulu kebenaran kata-kata saksi itu.( X )

2. Atlet negara dijangka akan memperoleh dua pingat emas dalam Sukan Olimpik di Beijing nanti.( / )

3. Wartawan akan melaporkan dari kota London berita terkini tentang kejadian pengeboman itu.( X )

4. Perdana Menteri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Nicol Ann David atas kejayaannya ( X )

5. Mereka membeli juga barang-barang itu walaupun harganya mahal dan tidak munasabah.( X )  

Page 30: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Transitif (FKT) Kata Kerja Transitif (KKT) → (diikuti) Kata Nama (KN)

Frasa kerja transitif mestilah terdiri daripada kata kerja transitif yang diikuti oleh kata nama sebagai objek. menendang bola itu ( / )menyatakan perkara itu (/)menyatakan tentang perkara itu (x)meningkatkan lagi pencapaian (x)memahami akan perkara itu (x) menulis semula karangan itu. (x) Dia menendang bola dengan sekuat-kuat hatinya.( / )Dia menendang lagi dengan sekuat-kuat hatinya bola itu.( x)

Page 31: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) → (diikuti) Kata Sendi (KS)

1. Azhar dan Azman pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas.( )

2. Pasukan Itali muncul juara dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia 2006.( )

3. Guru menjelaskan bahawa peperiksaan akan berlangsung bulan hadapan.( )

4. Saya terserempak ahli sukan itu ketika berkelah di pantai Teluk Cempedak.( )

5. Kami telah berbincang tentang isu kontroversi dalam mesyuarat tergempar semalam.( )

Page 32: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) → (diikuti) Kata Sendi (KS)

1. Azhar dan Azman pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas.( X )

2. Pasukan Itali muncul juara dalam pertandingan bola sepak Piala Dunia 2006.( X )

3. Guru menjelaskan bahawa peperiksaan akan berlangsung bulan hadapan.( X )

4. Saya terserempak ahli sukan itu ketika berkelah di pantai Teluk Cempedak.( X )

5. Kami telah berbincang tentang isu kontroversi dalam mesyuarat tergempar semalam.( / )

Page 33: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Tak Transitif (FKTT) Kata Kerja Tak Transitif (KKTT) → (diikuti) Kata Sendi (KS)

Frasa kerja tak transitif mestilah terdiri daripada binaan kata kerja tak transitif yang diikuti oleh kata sendi nama. Contoh:Kapal itu sedang menuju ke garisan penamat. ( / )Kapal itu sedang menuju garisan penamat.(x)

Pak Sahak bermandikan ( x ) Pak Sahak bermandikan peluh ( / )

Page 34: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) → (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Bola itu telah saya tendang ke arah pintu gol.( )

2. Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa seminggu.( )

3. Berita itu akan saya sampaikan kepada keluarganya.( )

4. Anugerah itu akan disampaikan oleh beta.( )

5. Segala titah perintah tuanku akan dilaksanakan oleh patik.( )

Page 35: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) → (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Bola itu telah saya tendang ke arah pintu gol.( / )

2. Laporan itu akan disediakan oleh kami dalam masa seminggu.( X )

3. Berita itu akan saya sampaikan kepada keluarganya.( / )

4. Anugerah itu akan disampaikan oleh beta.( X )

5. Segala titah perintah tuanku akan dilaksanakan oleh patik.( X )

Page 36: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Pertama (KGD1) → (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

Frasa kerja pasif diri pertama menetapkan bahawa kata ganti nama diri pertama diikuti oleh kata kerja tanpa awalan.

Contoh: Buku itu saya baca ( / )Buku itu saya membaca ( X ) Buku itu dibaca oleh saya ( X )

Tugas itu mesti kita pikul ( / )Tugas itu mesti kita memikul ( X )Tugas itu mesti dipikul oleh kita ( X )

Page 37: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) → (diikuti)

Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Kerja itu mestilah disiapkan oleh awak esok.( )

2. Tiket kapal terbang itu telah diambil oleh engkau tadi.( )

3. Keputusan itu hendaklah tuan hamba terima.( )

4.Wang itu telah saudara terima pada minggu lepas.( )

5. Pemilihan itu hendaklah dibuat oleh anda. ( )

Page 38: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) → (diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Kerja itu mestilah disiapkan oleh awak esok.( X )

2. Tiket kapal terbang itu telah diambil oleh engkau tadi.( X )

3. Keputusan itu hendaklah tuan hamba terima.( / )

4.Wang itu telah saudara terima pada minggu lepas.( / )

5. Pemilihan itu hendaklah dibuat oleh anda. ( X )

Page 39: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Kedua (KGD2) →(diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

Frasa kerja pasif diri kedua menetapkan bahawa kata ganti nama diri kedua diikuti oleh kata kerja tanpa awalan.

Contoh: Pinggan itu kamu basuh.( / ) Pinggan itu kamu membasuh ( X )Pinggan itu dibasuh oleh kamu. ( X )

Surat itu awak tulis. ( / ) Surat itu awak menulis ( X )Surat itu ditulis oleh awak ( X )

Page 40: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

1. Barang itu telah diambil mereka semalam.( )

2. Majlis itu akan baginda rasmikan.( )

3. Permohonan itu diluluskan oleh beliau pada pagi tadi.( )

4. Lagu tema perayaan itu akan dia nyanyikan nanti.( )

5. Gaji kami telah dibayar oleh pihak syarikat tersebut.( )

Page 41: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

1. Barang itu telah diambil mereka semalam.( / )

2. Majlis itu akan baginda rasmikan.( X )

3. Permohonan itu diluluskan oleh beliau pada pagi tadi.( / )

4. Lagu tema perayaan itu akan dia nyanyikan nanti.( X )

5. Gaji kami telah dibayar oleh pihak syarikat tersebut.( / )

Page 42: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga (di --- (oleh) KGD3)

Frasa kerja pasif diri ketiga menetapkan bahawa kata kerja yang berawalan di- hendaklah diikuti oleh kata ganti diri ketiga. Kata sendi nama oleh selepas kata kerja pasif diri ketiga boleh digugurkan dengan syarat kata nama atau pelaku mengikuti selepasnya.

Contoh: Kereta yang dinaiki mereka. ( / ) Kereta yang dinaiki oleh mereka. ( / )

Kereta yang mereka naiki. ( x )

Surat yang ditulis beliau ( / )Surat yang ditulis oleh beliau ( / )Surat yang beliau tulis ( X )

Page 43: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu →(diikuti)

KGD1 & 2 →(diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Tajuk itu telah saya ajarkan pada minggu lepas. ( )

2. Mereka boleh kamu hadiahi dengan sehelai baju kurung Kedah. ( )

3. Nabil yang menghadapi masalah keluarga itu kita akan bantu. ( )

4. Tetamu yang hadir itu kalian akan layani. ( )

5. Kami akan hantar rayuan itu sebelum hari Selasa. ( ) 

Page 44: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu →(diikuti)

KGD1 & 2 →(diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

1. Tajuk itu telah saya ajarkan pada minggu lepas. ( / )

2. Mereka boleh kamu hadiahi dengan sehelai baju kurung Kedah. ( X )

3. Nabil yang menghadapi masalah keluarga itu kita akan bantu. ( X )

4. Tetamu yang hadir itu kalian akan layani. ( X )

5. Kami akan hantar rayuan itu sebelum hari Selasa. ( X ) 

Page 45: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Hukum Aneksi Pesona: Kata Bantu →(diikuti)

KGD1 & 2 →(diikuti) Kata Kerja Tanpa Awalan

Hukum Aneksi Pesona menegaskan bahawa ruang di antara KGD1 & 2 dengan kata kerja tanpa awalan tidak boleh diletakkan kata bantu , kata nafi atau unsur-unsur lain.  Contoh: Kucing itu telah saya beri makan. ( / )

Kucing itu saya telah beri makan. ( X )

Bilakah buku itu akan kamu ambil? ( / ) Bilakah buku itu kamu akan ambil? ( X )

Page 46: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan

→(diikuti) Kata Nama (KN)1. Negara mendapatkan alat berasaskan teknologi

yang canggih. ( )

2. Pasukan pencari dan penyelamat itu bergerak berpandukan pada kompas. ( )

3. Pemergian mereka ke Melaka berbekalkan doa daripada seluruh ahli keluarga. ( )

4. Budak-budak yang ketinggalan bas itu tidur berbantalkan lengan di bangku stesen bas. ( )

5. Hujah-hujah yang dikemukakan itu sungguh bernas kerana berdasarkan pada bukti yang jelas.( ) 

Page 47: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan

→(diikuti) Kata Nama (KN)1. Negara mendapatkan alat berasaskan teknologi

yang canggih. ( / )

2. Pasukan pencari dan penyelamat itu bergerak berpandukan pada kompas. ( X )

3. Pemergian mereka ke Melaka berbekalkan doa daripada seluruh ahli keluarga. ( / )

4. Budak-budak yang ketinggalan bas itu tidur berbantalkan lengan di bangku stesen bas. ( / )

5. Hujah-hujah yang dikemukakan itu sungguh bernas kerana berdasarkan pada bukti yang jelas.( X ) 

Page 48: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Kerja tak Transitif (FKTT) ber-...-kan →(diikuti) Kata Nama (KN)

Frasa kerja tak transitif (FKTT) yang mempunyai kata kerja berapitan ber-..-kan mestilah diikuti oleh kata nama.

Contoh: berdasarkan perkara itu. ( / )berdasar pada perkara itu. ( / )berdasarkan pada perkara itu. ( x )

berbekalkan doa ( / )berbekal dengan doa ( / )berbekalkan dengan doa ( X )

Page 49: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :

meN-...kan →(diikuti) objek bergerakmeN-...i →(diikuti) objek tak bergerak

1. Ayah melontarkan kambing itu dengan batu. ( )

2. Ayah melontari kambing itu dengan batu. ( )

3. Ayah melontarkan batu ke arah kambing itu.( )

4. Ayah melontari batu ke arah kambing itu.( )

5. Hidayah menaikkan kereta untuk ke sekolah.( )

6. Hidayah menaiki kereta untuk ke sekolah. ( )

7. Pihak sekolah mengirimkan surat kepada ibu bapa. ( )

8. Pihak sekolah mengirimi surat kepada ibu bapa. ( )

 

Page 50: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :

meN-...kan →(diikuti) objek bergerakmeN-...i →(diikuti) objek tak bergerak

1. Ayah melontarkan kambing itu dengan batu. ( X )

2. Ayah melontari kambing itu dengan batu. ( / )

3. Ayah melontarkan batu ke arah kambing itu.( / )

4. Ayah melontari batu ke arah kambing itu.( X )

5. Hidayah menaikkan kereta untuk ke sekolah.( X )

6. Hidayah menaiki kereta untuk ke sekolah. ( / )

7. Pihak sekolah mengirimkan surat kepada ibu bapa.

( / )

8. Pihak sekolah mengirimi surat kepada ibu bapa. ( X )

 

Page 51: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan meN-...kan dan meN-...i :

meN-...kan →(diikuti) objek bergerakmeN-...i →(diikuti) objek tak bergerak

Apitan meN-...kan dan meN-..i yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak.

Contoh:Ayah menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (kain batik sebagai objek bergerak)

Ayah menghadiahi ibu sehelai kain batik (Ibu sebagai objek tidak bergerak)

Page 52: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:

Subjek bergerak →(diikuti) di-...kan Subjek tak bergerak →(diikuti) di-... i

1. Kambing dilontarkan oleh ayah dengan batu.( )

2. Kambing dilontari oleh ayah dengan batu.( )

3. Batu dilontarkan ayah ke arah kambing itu.( )

4. Batu dilontari ayah ke arah kambing itu. ( )

5. Kereta dinaikkan oleh Hidayah untuk ke sekolah.( )

6. Kereta dinaiki oleh Hidayah untuk ke sekolah.( )

7. Surat dikirimkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( )

8. Surat dikirimi oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( )

 

Page 53: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:

Subjek bergerak →(diikuti) di-...kan Subjek tak bergerak →(diikuti) di-... i

1. Kambing dilontarkan oleh ayah dengan batu.( X )

2. Kambing dilontari oleh ayah dengan batu.( / )

3. Batu dilontarkan ayah ke arah kambing itu.( / )

4. Batu dilontari ayah ke arah kambing itu. ( X )

5. Kereta dinaikkan oleh Hidayah untuk ke sekolah.( X )

6. Kereta dinaiki oleh Hidayah untuk ke sekolah.( / )

7. Surat dikirimkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( / )

8. Surat dikirimi oleh pihak sekolah kepada ibu bapa.( X )

 

Page 54: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Pasangan apitan di-...kan dan di-...i:

Subjek bergerak →(diikuti) di-...kan Subjek tak bergerak →(diikuti) di-... i

Dalam ayat pasif, subjek yang bergerak hendaklah diikuti oleh apitan di-…kan dan subjek yang tidak bergerak hendaklah diikuti oleh apitan di-…i.

Contoh:Sehelai kain batik dihadiahkan oleh ayah kepada ibu ( Kain batik sebagai subjek bergerak)

Ibu dihadiahi oleh ayah sehelai kain batik. ( Ibu sebagai subjek tidak bergerak) 

Page 55: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan meN-…kan dan awalan meN- :

meN-...kan →(diikuti) objek bernyawameN-…. →(diikuti) objek tidak bernyawa

1. Ibu menjahitkan adik baju sekolah. ( )

2. Ibu menjahitkan baju sekolah untuk adik.( )

3. Ibu menjahit adik baju sekolah.( )

4. Ibu menjahit baju sekolah untuk adik.( )

5. Pelayan itu membawakan kami minuman sejuk. ( )

6. Ibu membacakan adik buku cerita. ( )

7. Kakak membeli baju baharu untuk adik ( )

8. Azman mencarikan ubat batuk untuk Pak Hussein ( ) 

Page 56: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan meN-…kan dan awalan meN- :

meN-...kan →(diikuti) objek bernyawameN-…. →(diikuti) objek tidak bernyawa

1. Ibu menjahitkan adik baju sekolah. ( / )

2. Ibu menjahitkan baju sekolah untuk adik.( X )

3. Ibu menjahit adik baju sekolah.( X )

4. Ibu menjahit baju sekolah untuk adik.( / )

5. Pelayan itu membawakan kami minuman sejuk. ( / )

6. Ibu membacakan adik buku cerita. ( / )

7. Kakak membeli baju baharu untuk adik ( / )

8. Azman mencarikan ubat batuk untuk Pak Hussein ( X ) 

Page 57: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan meN-…kan dan awalan meN- :

meN-...kan →(diikuti) objek bernyawameN-…. →(diikuti) objek tidak bernyawa

Apitan meN-.....kan dan awalan meN-.. yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan tidak bernyawa.

Contoh:Ibu memasakkan ayah sup kambing. (ayah sebagai objek bernyawa)

Ibu memasak sup kambing untuk ayah.(sup kambing sebagai objek tidak bernyawa)

Page 58: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan di-....kan dan awalan di-... :Subjek bernyawa → di-...kan Subjek tak bernyawa →di-....

1. Adik dijahitkan baju sekolah oleh ibu.( )

2. Baju sekolah dijahitkan oleh ibu untuk adik.( )

3. Adik dijahit baju sekolah oleh ibu.( )

4. Baju sekolah dijahit oleh ibu untuk adik. ( )

5. Kami dibawakan minuman sejuk oleh pelayan itu.( )

6. adik dibacakan buku cerita oleh ibu.( )

7. Baju baharu dibeli oleh kakak untuk adik.( )

8. Ubat batuk dicarikan oleh Azman untuk Pak Hussein.( )

Page 59: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan di-....kan dan awalan di-... :Subjek bernyawa →di-...kan Subjek tak bernyawa →di-....

1. Adik dijahitkan baju sekolah oleh ibu.( / )

2. Baju sekolah dijahitkan oleh ibu untuk adik.( X )

3. Adik dijahit baju sekolah oleh ibu.( X )

4. Baju sekolah dijahit oleh ibu untuk adik. ( / )

5. Kami dibawakan minuman sejuk oleh pelayan itu.( / )

6. Adik dibacakan buku cerita oleh ibu.( / )

7. Baju baharu dibeli oleh kakak untuk adik.( )

8. Ubat batuk dicarikan oleh Azman untuk Pak Hussein.( )

Page 60: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Apitan di-....kan dan awalan di-... :Subjek bernyawa →di-...kan Subjek tak bernyawa →di-....

Dalam ayat pasif ini, subjek bernyawa hendaklah diikuti oleh apitan di-...kan dan subjek tidak bernyawa diikuti perkataan berawalan di...

Contoh: Ayah dimasakkan sup kambing oleh ibu.( ayah sebagai subjek bernyawa)Sup kambing dimasak oleh ibu untuk ayah. (sup kambing sebagai objek tidak bernyawa)

Page 61: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

1. Kerajaan akan memperlebar jalan raya untuk mengurangkan kesesakan.( )

2. Mereka sedang mempereratkan hubungan antara ahli persatuan.( )

3. Penyanyi itu memperdengarkan suaranya kepada para hadirin.( )

4. Beliau mengupah buruh Indonesia untuk memperbesarkan rumahnya. ( )

5. Pihak kami akan memperuntuk sejumlah RM50,000.00 untuk projek itu.( )

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.

Page 62: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

1. Kerajaan akan memperlebar jalan raya untuk mengurangkan kesesakan.( / )

2. Mereka sedang mempereratkan hubungan antara ahli persatuan.( X )

3. Penyanyi itu memperdengarkan suaranya kepada para hadirin.( / )

4. Beliau mengupah buruh Indonesia untuk memperbesarkan rumahnya. ( X )

5. Pihak kami akan memperuntuk sejumlah RM50,000.00 untuk projek itu.( X )

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.

Page 63: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Perkataan yang berawalan memper.... tidak boleh diikuti oleh akhiran ...kan jika kata dasarnya terdiri daripada kata adjekltif.

Contoh: memperluas ( / ) memperkecil ( / ) meluaskan ( / ) mengecilkan ( / )memperluaskan ( X ) memperkecilkan ( X )

mempercantik ( / ) mencantikkan ( / ) memperkasakan ( / )mempercantikkan ( X ) 

Pasangan apitan memper... dan memper...kan.

Page 64: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kelewahan Bahasa

1. Kita perlu bekerja kuat demi untuk bangsa dan negara. ( )

2. Sejak dari semalam saya tidak nampak kelibatnya. ( )

3. Jika sekiranya saya lulus dalam peperiksaan ini, saya akan mengadakan kenduri kesyukuran. ( )

4. Pegawai itu berjaga hingga ke pagi. ( )

5. Selain daripada itu, pembakaran terbuka juga mencemarkan udara.( ) 

Page 65: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kelewahan Bahasa

1. Kita perlu bekerja kuat demi untuk bangsa dan negara. ( X )

2. Sejak dari semalam saya tidak nampak kelibatnya. ( X )

3. Jika sekiranya saya lulus dalam peperiksaan ini, saya akan mengadakan kenduri kesyukuran. ( X )

4. Pegawai itu berjaga hingga ke pagi. ( X )

5. Selain daripada itu, pembakaran terbuka juga mencemarkan udara.( X ) 

Page 66: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kelewahan Bahasa

a) Kata hubung tidak boleh berderetan.

Contoh: jika sekiranya (x) jika ( / ) sekiranya ( / )

b) Kata sendi tidak boleh berderetan.

Contoh: demi untuk negara ( x ) demi negara( / ) untuk negara ( / )

Page 67: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Sendi dari dan daripada

1. Kami akan berada di sini daripada pagi hingga petang.( )2. Anda berasal daripada mana? ( )3. Projek buku ini lahir daripada perbincangan itu.( )4. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru. ( )5. Ukiran itu diperbuat dari logam.( )6. Perkara itu diketahui dari semalam lagi.( )7. Cara berfikirnya lain dari yang lain. ( )8. Saya menerima surat daripada kenalan saya yang tinggal di Bandung, Indonesia.( )9. Orang itu wakil dari Pejabat Daerah.( )10. Dia lebih tinggi dari abangnya.( )

Page 68: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Sendi dari dan daripada

1. Kami akan berada di sini daripada pagi hingga petang.( X )2. Anda berasal daripada mana? ( X )3. Projek buku ini lahir daripada perbincangan itu.( / )4. Ahli PIBG terdiri daripada ibu bapa dan guru. ( / )5. Ukiran itu diperbuat dari logam.( X )6. Perkara itu diketahui dari semalam lagi.( / )7. Cara berfikirnya lain dari yang lain. ( X )8. Saya menerima surat daripada kenalan saya yang tinggal di Bandung, Indonesia.( / )9. Orang itu wakil dari Pejabat Daerah.( / )10. Dia lebih tinggi dari abangnya.( X )

Page 69: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Sendi dari dan daripadaKata sendi dari digunakan untuk:arah (A), tempat (T) dan masa (M): (ATM)

Kata sendi daripada digunakan untuk: Keanggotaan (K), Abstrak (A), Bandingan (B), Orang atau Organisasi (O) dan Sumber (S) : (KABOS) Contoh: Angin bertiup dari utara. (arah) Ayah baru sampai dari Kucing, Sarawak (tempat)Saya menunggu kedatangannya dari semalam. (masa)Pasukan itu terdiri daripada lima orang remaja. (keanggotaan)Kejayaannya bermula daripada kesusahan (abstrak)Budak itu lebih pandai daripada abangnya. (bandingan)Dia selalu mendapat bantuan daripada abangnya.(orang)Borang itu boleh didapati daripada Kementerian Pelajaran. (organisasi)Beg itu diperbuat daripada kulit buaya. (sumber)

Page 70: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan

1. Projek itu bukan usaha saya.( )

2. Bas itu tidak dari Ipoh, tetapi dari Gemas.( )

3. Bangunan itu tidak besar sangat.( )

4. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bemain sahaja.( )

5. Ucapannya bukan menghina kita sekadar mengingatkan sahaja.( )

Page 71: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan

1. Projek itu bukan usaha saya.( / )

2. Bas itu tidak dari Ipoh, tetapi dari Gemas.( X )

3. Bangunan itu tidak besar sangat.( / )

4. Dia bukan hendak belajar, tetapi hendak bemain sahaja.( / )

5. Ucapannya bukan menghina kita sekadar mengingatkan sahaja.( / )

Page 72: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Nafi Tidak dan Bukan

Kata nafi Tidak →(diikuti) kata kerja dan kata adjektifKata nafi Bukan →(diikuti) kata nama atau kata sendi nama Kata nafi tidak hendaklah diikuti oleh kata kerja dan kata adjektif manakala kata nafi bukan hendaklah diikuti oleh kata nama atau kata sendi nama. Contoh:

Kata nafi bukan hanya boleh digunakan di hadapan kata kerja dan kata adjektif apabila digunakan untuk mendukung maksud pertentangan maklumat.

Contoh: Dia bukan tinggal di kota tetapi di desa.( / )

TIDAK BUKAN

tidak menyanyi / Kata kerja bukan menyanyi X Kata kerja

tidak cantik / Kata adjektif bukan cantik X Kata adjektif

tidak nyanyian X Kata nama bukan nyanyian / Kata nama

tidak dari X Kata sendi bukan dari / Kata sendi

Page 73: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Pemeri ialah dan adalah.

1. Proton Saga adalah kereta yang pertama dikeluarkan oleh negara Malaysia.( )

2. Rencana itu adalah tentang budaya masyarakat Iban di Sarawak.( )

3. Maklumat yang terkandung dalam risalah itu adalah tidak tepat.( )

4. Berbohong adalah perbuatan yang tidak baik. ( )

5. Buaya adalah sejenis reptilia yang boleh hidup di dalam air dan dan di atas daratan.( )

Page 74: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Pemeri ialah dan adalah.

1. Proton Saga adalah kereta yang pertama dikeluarkan oleh negara Malaysia.( X )

2. Rencana itu adalah tentang budaya masyarakat Iban di Sarawak.( / )

3. Maklumat yang terkandung dalam risalah itu adalah tidak tepat.( / )

4. Berbohong adalah perbuatan yang tidak baik.( X )

5. Buaya adalah sejenis reptilia yang boleh hidup di dalam air dan dan di atas daratan.( X )

Page 75: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata Pemeri ialah dan adalah.

ialah : Frasa Nama (FN)adalah : Frasa Adjektif (FA) & Frasa Sendi (FS) Kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.Contoh: Sepak takraw ialah acara sukan yang telah diwarisi sejak berzaman lagi. (frasa nama) Kata pemeri adalah digunakan sebelum kata atau frasa adjektif dan juga frasa sendi. Contoh:-Tema cogan kata itu adalah tepat sekali. (frasa adjektif)- Harta benda awam itu adalah untuk kegunaan orang ramai. (frasa sendi) 

Page 76: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata pemeri adalah tidak boleh hadir dihadapan kata kerja atau frasa kerja. Contoh:Kegagalan projek itu adalah disebabkan oleh kecuaian pihak pemandu.( x )Kegagalan projek itu disebabkan oleh kecuaian pihak pemandu.(/)

Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.Contoh:Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan pensyarah maktab.(x)Siswazah yang baru lulus itu bukan pensyarah maktab.( / )

Namun demikian, kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif. Contoh:Kenyataan itu adalah tidak benar.

Kata pemeri adalah dan ialah tidak perlu diikuti oleh kata merupakan. Contoh:Dia adalah merupakan murid sekolah ini ( X )Dia ialah murid sekolah ini.(/) Dia merupakan murid sekolah ini.(/)

Page 77: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Sendi Nama Berpasangan

1. Tindakan akan diambil dari masa ke semasa untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah( )

2. Dari masa ke masa, pihak polis akan membuat pemantauan tentang keadaan keselamatan negara.( )

3. Ibu menunggu kepulangan abang daripada hari ke hari.( ) 

Page 78: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Sendi Nama Berpasangan

1. Tindakan akan diambil dari masa ke semasa untuk memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah( X )

2. Dari masa ke masa, pihak polis akan membuat pemantauan tentang keadaan keselamatan negara.( / )

3. Ibu menunggu kepulangan abang daripada hari ke hari.( X ) 

Page 79: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Frasa Sendi Nama Berpasangan

Frasa Sendi nama berpasangan mempunyai satu bentuk ulangan yang sama dan berpasangan.

Contoh:masa ke masa ( / ) masa ke semasa ( X ) semasa ke semasa( / ) semasa ke masa ( X ) hari ke hari ( / ) hari ke sehari ( X ) sehari ke sehari sehari ke hari ( X )

Page 80: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke

1. Mereka masih berada di sana.( )

2. Dari petang ke malam, dia masih berada di Dataran Putrajaya.( )

3. Sebagai adik beradik, kita semua perlu sepakat di dalam semua perkara. ( )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( )

Page 81: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke

1. Mereka masih berada di sana.( / )

2. Dari petang ke malam, dia masih berada di Dataran Putrajaya.( / )

3. Sebagai adik beradik, kita semua perlu sepakat di dalam semua perkara. ( X )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( / )

Page 82: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata sendi nama di digunakan untuk tempat dan dieja secara terpisah. Contoh: di sana, di samping, di Kedah Kata sendi nama di tidak boleh digunakan untuk waktu, masa atau zaman.Contoh: di zaman (x), pada zaman ( / ), di waktu (x) pada waktu ( / ) Kata sendi nama ke digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah, waktu dan masa.Contoh: ke sana, ke bawah, ke petang, ke pagi 

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan ke

Page 83: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan pada

1. Lukisan di dinding itu sungguh menarik. ( )

2. Murid-murid diminta menulis jawapan di papan putih. ( )

3. Berita jenayah banyak disiarkan di dada akhbar ( )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( )

5. Harga barang-barang semakin meningkat di pasaran ( )

Page 84: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan pada

1. Lukisan di dinding itu sungguh menarik. ( X )

2. Murid-murid diminta menulis jawapan di papan putih. ( X )

3. Berita jenayah banyak disiarkan di dada akhbar ( / )

4. Gambar yang terpampang di ruang tamu rumahnya ialah gambar arwah ayahnya.( / )

5. Haraga barang-barang semakin meningkat di pasaran ( / )

Page 85: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Kata sendi nama di digunakan untuk tempat dan dieja secara terpisah.

Kata sendi nama pada digunakan untuk menyatakan tempat berlakunya perbuatan.

Contoh: Ahmad menampal notis pada papan kenyataan Perbuatan yang dimaksudkan ialah perbuatan menampal.

Penggunaan Kata Sendi Nama di dan pada

Page 86: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

Penggunaan Kata Sendi Nama dalam dan untuk

1. Kerjasama antara guru dengan murid amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang. ( )

2. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan anak mereka. ( )

Page 87: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Kerjasama antara guru dengan murid amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang.( X )

Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama hendaklah diikuti oleh kata nama dan BUKAN kata kerja, kata adjektif atau kata tugas.

Dalam ialah kata sendi nama. Perkataan dalam tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Membentuk ialah kata kerja.

Ayat yang betul:

Kerjasama antara guru dengan murid amat penting dalam pembentukan generasi yang cemerlang.

membentuk = kata kerjapembentukan = kata nama (abstrak)

Penggunaan Kata Sendi Nama dalam dan untuk

Page 88: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Kerjasama antara guru dengan murid amat penting dalam membentuk generasi yang cemerlang.( X )

Perkataan `untuk` berfungsi sebagai:i. kata sendi nama ii. kata hubung keterangan.

Dalam bahasa Melayu, kata sendi nama `untuk` hendaklah diikuti oleh kata nama.

Kata hubung keterangan `untuk‘ pula hendaklah disertai oleh kata kerja.

Ayat yang betul:

Kerjasama antara guru dengan murid amat penting dalam pembentukan generasi yang cemerlang.

Kerjasama antara guru dengan murid amat penting untuk membentuk generasi yang cemerlang.

Penggunaan Kata Sendi Nama dalam dan untuk

Page 89: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

1. Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

AYAT YANG MANA BETUL

2. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

3. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

4. Sejak akhir-akhir ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( )

Page 90: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

1. Sejak kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( X )

AYAT YANG MANA BETUL

2. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

3. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

4. Sejak akhir-akhir ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.( / )

Page 91: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

- Sejak akhir-akhir ini- Sejak masa-masa yang kemudian ini

- Kebelakangan ini - Belakangan ini =Sejak kebelakangan ini = - Sejak sejak akhir-akhir ini ini- Sejak sejak masa-masa yang kemudian ini ini

1 a. Kebelakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1b. Belakangan ini, kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1c. Akhir-akhir ini , kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

1d. Sejak masa-masa yang kemudian ini , kejadian banjir kilat semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

Page 92: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Sejak kebelakangan ini, belakangan ini atau kebelakangan ini

1. Akhir-akhir ini, kejadian banjir semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

2. Kebelakangan ini, kejadian banjir semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

3. Belakangan ini, kejadian banjir semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

4. Sejak masa-masa yang kemudian ini, kejadian banjir semakin kerap berlaku di Kuala Lumpur.

Page 93: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Betulkah ayat ini?

Salah satu daripada punca murid ponteng sekolahialah mereka bosan berada di sekolah.( X )

Satu daripada punca murid ponteng sekolahialah mereka malas belajar atau bosan berada disekolah.

Satu satu punca murid ponteng sekolahialah mereka malas belajar atau bosan berada disekolah.

Page 94: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Salah satu daripada, satu daripada

Menurut Kamus Dewan, salah satu (sebuah, seorang) bermaksud satu antara dua atau banyak (orang, buah, dan lain-lain). Lihat penggunaan rangkai kata tersebut dalam ayat yang di bawah ini: 1. Salah satu punca murid ponteng sekolah ialah mereka malas belajar atau bosan berada di sekolah.

2. Salah seorang murid sekolah ini telah berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu.

3. Salah sebuah kereta yang terbabit dalam kemalangan itu telah terbakar.

Page 95: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Soalan:Bagaimanakah perkataan `marcapada’ digunakan dalam penulisan karangan?Jawapan:Marcapada bermaksud dunia sekarang ini.

Contoh ayat:1. Dalam marcapada yang penuh dengan cabaran, kita terpaksa menghadapi krisis kenaikan harga minyak.

2.Dalam marcapada ini, negara kita sering menjadi tumpuan warga asing.  Sebenarnya, penggunaan ungkapan “Dalam marcapada ini” dianggap lewah dalam bahasa Melayu. makna. Oleh sebab `marcapada’ bermaksud `dunia sekarang ini’, ungkapan tersebut akan menjadi `Dalam dunia sekarang ini ini’ apabila digantikan dengan maksud tersebut.

MARCAPADA

Page 96: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Pada masa ini

Pada masa kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Kini bermaksud pada masa ini atau sekarang. Terdapat unsur kelewahan bahasa dalam rangkai kata tersebut. Lihat ayat di bawah ini:

*Pada masa pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

 

Page 97: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Oleh hal yang demikian, ayat yang betul ialah:

Pada masa ini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Sekarang, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Kini, banyak remaja yang terbabit dalam perlumbaan haram dan penagihan najis dadah.

Page 98: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

Justeru itu

Penggunaan ‘justeru itu’ salah dari segi tatabahasa kerana perkataan ‘justeru” digunakan sebagai penanda wacana yang bermaksud “oleh”.

Perkataan ‘justeru’ sebenarnya bukan penanda wacana, sebaliknya perkataan ‘justeru’ ialah kata hubung. Lihat maksud perkataan itu seperti yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga di bawah ini:

justeru1. kebetulan, tepat, kena benar: Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi?

2. malahan, bahkan: Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia.

Page 99: KESALAHAN KATA & FRASA.ppsx

JALALLUDIN IBRAHIM

SEKIAN

JALALLUDIN IBRAHIMIPG, KTAA

BIASAKAN YANG BETULBETULKAN YANG BIASA