releksi benchmarking

7
REFLEKSI INDIVIDU ALYSSA GOH HARN YIING 931016-13-5416 Pertama sekali saya ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya segala perancangan dan pelaksanaan untuk program Bina Insan Guru Fasa 5 PISMP ambilan Januari 2013 ini telah selesai dan berjaya dilaksanakan, walaupun banyak kekangan yang telah ditempuh. Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai- nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan danagama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa. Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ini bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar di mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah. Sebelum itu, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Apabila terdapat kemusykilan, kami merujuk kepada penyelaras program BIG, iaitu Encik Mohd Razali bin Hashim dan Mentor kami iaitu Dr Chan Siew Meng. Tugasan BIG Fasa 5 ini mengehendaki kami untuk memilih antara sekolah berikut: 1. Sekolah Cemerlang 2. Sekolah Harapan Negara

Upload: hellowu

Post on 03-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

REFLEKSI INDIVIDUALYSSA GOH HARN YIING931016-13-5416

Pertama sekali saya ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya segala perancangan dan pelaksanaan untuk program Bina Insan Guru Fasa 5 PISMP ambilan Januari 2013 ini telah selesai dan berjaya dilaksanakan, walaupun banyak kekangan yang telah ditempuh. Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan danagama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat yang menjadi tonggak pembinaan sesebuah Negara bangsa.

Program Lawatan Penanda Aras (benchmarking) ini bertujuan mendedahkan para guru pelatih kepada alam persekolahan yang sebenar di mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Melalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, para guru pelatih akan dapat didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.

Sebelum itu, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Apabila terdapat kemusykilan, kami merujuk kepada penyelaras program BIG, iaitu Encik Mohd Razali bin Hashim dan Mentor kami iaitu Dr Chan Siew Meng. Tugasan BIG Fasa 5 ini mengehendaki kami untuk memilih antara sekolah berikut:1. Sekolah Cemerlang2. Sekolah Harapan Negara3. Sekolah Inovasi4. Sekolah Prestasi Tinggi5. Sekolah Bestari

Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni yang merupakan sekolah kluster kecemerlangan.

Pada 12 Februari 2015 (Khamis), para guru pelatih semester 5 dari kelas major Pendidikan Pemulihan 1 SJKC dan Reka Bentuk dan Teknologi 2 SJKC telah mengendalikan Lawatan Penanda arasan Benchmarking di bawah program Bina Insan Guru (BIG) ke Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, Batu Pahat, Johor. Lawatan yang merupakan salah satu silibus wajib Bina Insan Guru telah disertai seramai 27 orang guru pelatih dan diiringi oleh dua orang pensyarah.

Sebelum ini, saya tidak faham apa itu sekolah kluster. Sehinggalah pelaksanaan lawatan penanda arasan ini barulah saya mendapat tahu bahawa sekolah kluster merupakan sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya yang dapat melahirkan murid yang holistik dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta penampilan diri. Sekolah ini juga mempunyai kebitaraan (niche areas) yang menggambarkan watak sekolah. Guru besar SK Seri Sabak Uni mengatakan bahawa prasyarat untuk dipilih menjadi sekolah kluster adalah sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia -Sekolah (SKPM) terkini. Syarat pemilihan yang lain adalah seperti berikut:- i. Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiahii. Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.iii. Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.iv. Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.v. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.vi. Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.Selain itu, saya juga telah menimba pengetahuan mengenai ciri-ciri kepimpinan yang diamalkan di SK Seri Sabak Uni. Saya sedar bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamalkan oleh warga sekolah iaitu pelajar, kakitangan sokongan, guru-guru dan pihak pentadbir. Pihak yang amat besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah itu ialah pemimpin sekolah iaitu guru besar dan pentadbir di sekolah. Sekolah memerlukan pemimpin atau pengurus yang berkesan untuk mentadbir dan jika tidak, masalah akan wujud dalam organisasi tersebut. En. Maiden bin Abu Bakar sebagai guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni merupakan orang yang terutama di peringkat sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Saya sedar bahawa kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti. Seorang pemimpin yang berpandangan jauh, proaktif dan berani melakukan perubahan demi kepentingan dan masa depan pelajar mengikut perkembangan dan kesesuaian zaman, dapat melonjakkan pencapaian sekolahnya ke peringkat yang lebih cemerlang. Melalui temu ramah dengan Encik Maiden bin Abu Bakar, saya dapat merumuskan beberapa perkara :-1. Pemimpin Sekolah mesti memiliki ilmu yang mencukupi - ada sesetengah mereka mendakwa daripada pengalaman terdapat pengurus sekolah yang tidak tahu banyak perkara. Apabila guru merujuk masalah kepada mereka, mereka meminta guru sendiri mencari jalan penyelesaian. Apabila tersilap atau tidak memenuhi keinginan mereka, gurulah yang akan menjadi mangsa. Impaknya mereka tidak disukai dan akan dijauhi. Encik Maiden bi Abu Bakar bukan seorang pemimpin yang sebegitu. Beliau seorang yang berilmu, berpengalaman dan sudi memberi pendapat profesionalnya kepada guru-guru yang meminta pandangan dan tunjuk ajar daripadanya. 2. Pemimpin Sekolah mesti berlaku adil - setiap orang adalah penting. Tidak kira guru sekolah atau pekebun di sekolah, setiap orang adalah sebahagian daripada organisasi sesebuah sekolah itu. 3. Pemimpin Sekolah mesti menjadi perancang yang bijak, terutamanya apabila merancang pelan pembangunan sekolah.4. Pemimpin Sekolah mesti mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan Melalui pengumpulan maklumat dan pandangan beberapa guru di SK Seri Sabak Uni, ramai guru yang sangat bersetuju dengan perkara ini kerana berpendapat bahawa pemimpin sekolah yang dapat berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkat motivasi para guru, rasa hormat serta keseronokan bekerja. Mereka tidak suka pengurus sekolah yang hanya tahu mengarah,berleter atau marah yang tidak padan dengan kesalahan atau tempat.

Pengurusan sekolah yang sistematik juga satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, kerana pembolehubah pengurusan seperti kepimpinan guru besar adalah pengaruh utama dalam mennetukan kualiti pendidikan dan pencapaian akademik pelajar. Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan. Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pentadbiran atau pengurusan adalah penting. Pada pendapat saya, pentadbiran pendidikan ialah satu proses untuk menyelaras usaha di kalangan berbagai-bagai anggota bagi memenuhi matlamat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Mengikut kefahaman saya, matlamat akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah atau institusi ialah untuk meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran. Ia meliputi peranan yang dimainkan oleh sekolah, jabatan pendidikan, institut pendidikan guru dan juga universiti. Pentadbiran sekolah tidak boleh dibezakan dengan bidang lain. Pada asasnya ia adalah segala usaha yang dijalankan oleh sesuatu organisai untuk memenuhi matlamat dan tujuan tertentu di samping menyelenggarakan dan mengekalkan struktur organisasi. Secara umumnya saya dapat faham bahawa pengurusan pendidikan di sekolah adalah disokong oleh struktur pentadbiran yang lengkap dan mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu di mana setiap fungsi itu saling melengkapi kepada fungsi yang lain. Sesebuah pengurusan pendidikan yang cekap dapat menggunakan semua sumber dengan berkesan.

Selain itu, saya juga mendapat pengetahuan baru tentang definisi budaya dan iklim sesebuah sekolah. Sebelum ini saya sangka bahawa budaya merujuk kepada jenis kaum pelajar di sekolah dan iklim pula bermaksud suasana pembelajaran di sekolah. Tetapi rupa-rupaya maksud budaya dan iklim sekolah lebih luas daripada ini. Budaya sekolah dan iklim sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis-praktiskeselamatan dan struktur organisasi di sekolh yang mempengaruhi dan memberi kesankepada proses pembentukan tingkah laku dan keselamatan pelajar di sekolah. Kaedah P&P, keterbukaan dan bentuk hubungan yang wujud antara pentadbir, guru, ibu bapa dan pelajar menyumbang kepada pembentukan iklim sekolah. Walau bagaimana pun, budaya sekolah dan iklim sekolah adalah dua bentuk yang saling berkaitan. Namun begitu, iklim sekolah lebih merujuk kepada kesan persekitaran sekolah ke atas pelajar manakala, budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Saya sedar bahawa pendidikan nilai-nilai masyarakat amat perlu diutamakan di sekolah. Pembudayaan di sekolah juga harus dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan kurikulum tidak formal. Terdapat beberapa contoh budaya yang disemai di SK Seri Sabak Uni, seperti budaya penyayang, budaya hormat-menghormati, budaya berani menyoal dan budaya Membaca. Namun, saya berpendapat bahawa setiap budaya yang dinyatakan perlulah diiringi dengan pelbagai aktiviti yang berkaitan contohnya budaya penyayang boleh dipupuk melalui penganjuran lawatan ke rumah orang tua atau khidmat masyarakat.

Iklim sekolah pula adalah sifat dan suasana yang ada di sekolah yang membezakannya dengan sekolah yang lain. Sifat dan suasana yang ada di sekolah adalah hasil interaksi antara guru dan pelajar serta masyarakat yang terdapat di dalam sekolah tersebut secara keseluruhannya. Saya sedar bahawa iklim sekolah sangat mempengaruhi perkembangan pelajar, terutamanya melalui pengenalan konsep kendiri, keberkesanan keupayaan bekerja dan kemampuan membina hubungan yang baik dengan orang lain. Ini adalah kerana pengaruh sekolah memainkan peranan utama selepas keluarga dalam pembentukan personaliti pelajar. Ada juga sesetengah pelajar yang menganggap sekolah merupakan pengganti keluarga. Pengaruh guru dan rakan sebaya memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri pelajar. Oleh yang demikian , peranan iklim sekolah amat bersangkut paut dengan personaliti dan perkembangan kecemerlangan akademik pelajar serta keberkesanan sesebuah organisasi sekolah itu sendiri. Saya sedar bahawa guru-guru di sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam mewujudkan iklim sekolah yang teratur, terkawal, tenang, dan tertib yang menyediakan satu suasana yang kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan positif, bukannya suasana seperti riuh-rendah ikut suka, kelam-kabut, hingar-bingar dan seumpamanya. Kesimpulannya, sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Seperti sekolah-sekolah yang lain, SK Seri Sabak Uni juga membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut.

Lawatan penanda aras ini telah memberi banyak pendedahan kepada saya mengenai ciri-ciri kepimpinan sekolah kluster, pengurusan sekolah, iklim sekolah, budaya sekolah, infrastruktur dan infostruktur sekolah tersebut. Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Dari segi infrastruktur, SK Sabak Uni memiliki keluasan tapak sebanyak 1 ekar yang memuatkan secara keseluruhannya 20 buah bilik darjah termasuk prasekolah, 3 buah bilik guru, sebuah pusat sumber,1 bilik akses, 1 bilik J-QAF, 1 dewan terbuka, bilik pemulihan khas, bilik kaunseling & bimbingan, 1 bilik mesyuarat, 1 surau, 1 bilik tayangan, 1 bilik muzik, 1makmal sains, 1 makmal komputer, 1 stor ,1 bilik data dan maklumat, 1 bilik peperiksaan, 1 bilik pam dan 1 bilik operasi buku teks (SBPT). Dewan terbuka iaitu kawasan untuk berkumpul merupakan salah satu kelebihan SK Seri Sabak Uni dari segi penyediaan infrastruktur kerana memudahkan aktiviti murid-murid. Selain itu, kebitaraaan Bahasa Melayu dan Bola sepak juga merupakan salah satu keunikan sekolah ini. Apa yang mengagumkan saya adalah sekolah ini menyediakan bola sepak dan kasut bola sepak yang paling baik dan rapi kepada murid-muridnya. Dari segi infostruktur, Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni memang mempunyai ciri-ciri yang boleh dipuji. Beberapa aspek telah saya dapati terdapat di sekolah ini. Antaranya termasuklah papan maklumat. Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni memaparkan maklumat secara sistematik di papan maklumat. Papan maklumat ini menyatakan visi dan misi sekolah, piagam pelanggan serta lagu sekolah itu sendiri. Sekolah ini turut menyediakan papan info di mana terdapatnya beberapa maklumat mengenai unit beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan. Papan info ini memudahkan pihak guru, pelajar mahupun ibu bapa untuk mengetahui info semasa mengenai aktiviti gerak kerja kokurikulum di sekolah. Dari segi akademik pula, sekolah ini menyediakan ruangan khas bagi papan info pencapaian akademik sekolah. Papan info akademik ini menunjukkan prestasi murid-murid sekolah di mana pencapaian mereka diiktiraf oleh pihak sekolah. Papan info in penting kerana dapat memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar sekolah untuk mencapai prestasi yang tinggi juga. Secara keseluruhan, saya rasa infrastruktur SK Seri Sabak Uni agak lengkap, cuma saya cadangkan agar sekolah melengkapkan lagi bengkel Kemahiran Hidup. Infostruktur sekolah ini juga amat tersusun, sentiasa dikemas kini, dan dipaparkan dengan jelas.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ke SK Seri Sabah Uni (sekolah kluster) ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang. Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan dan ciri-ciri kepimpinan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsipnya untuk membimbing sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIG Fasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.